BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (188) PANGGILAN SYAHADAH
Ratu Rimba Niagara
25 Disember 2012
ASSALAMUALAIKUM WBT DUNIA ALLAH
ALLAH MAHA HEBAT ALLAH MAHA KUASA. SIAPALAH. KITA TANPA ALLAH
ALHAMDULILLAH QU KEPADA MU. YA ALLAH QU MASIH LAGI BERNAFAS. QU MASIH MELIHAT KEBESARAN MU YA ALLAH. YA QARIM...............HIT LIKE AND TYPE SUBAHANALLAH — berasa menakjubkan.
Allahu Akbar
Bersama kita ke Syurga Aamiin
Senyumanmu yang menawan siapalah yang tak sudi membalas salammu sayang.... waalaikummussalam sayangku...hehehe makanya sudilah like tanda saling berbalas ucapan salam nan indah ini. Jika tak like lain kali hamba di sini tak sudi membalas salammu itu kerana kamu tega sepikan jawapan salamku ini...kita akan bahagia bilamana sama-sama win - win iyakan sayang....hehehe
Subhanallah semuanya atas kehendak Allah
setiap kejadian pasti ada hikmah di sebalikNya
Allahu Akbar
Doaakan semoga bayi ini berada dalam keadaan sihat dan dilindungi
Allah selalu..aminnn
SAHABAT JANGAN DITANGISI ANDAINYA AKU PERGI DULU SEBELUMMU, BIARLAH AKU MENANGIS TANDA KASIH SAYANGKU PADAMU SEHINGGA NAFAS TERAKHIRKU....REDHALAH PERMERGIAANKU, KENANGLAH DAKU DALAM DOAMU...
AKU KEHILANGAN WARNA BUNGA
Aku miliki sebuah taman
Bunga nan indah
Pelbagai bentuk
Pelbagai rupa
Pelbagai warna
Harumannya juga pelbagai
Aku suka...aku suka ...
Bahagia punyai tanaman bunga
Bak berada di taman-taman Syurga
Aku teruja melihat taman bungaku
Tanpa menghiraukan taman-taman yang lain
Bagiku inilah tamanku
Taman yang indah-indah
Ditiup bayu dari Syurga
Terlentok-lentok bunga-bunganya
Berzikir setiap masa
Bersyukur berada di taman nan indah permai
Dalam aku teruja melihat tanaman
Bunga-bungaanku nan ini
Aku terperanjat bunga-bunga yang pelbagai warna
Semuanya tak berwarna
Warnanya hilang entah ke mana...
Aku kebingungan
Kenapa jadi begini
Kenapa...kenapa....kenapa....?
Dalam aku kebingungan
Datang seorang nenek kebayan
"Cucuku...ketahuilah oleh mu...
Tiada bunga yang cantik di dunia ini...walaupun sejuta kali
Mengatakan dialah bunga Syurga...tapi hakikatnya warna yang kau puja itu. Hanyalah ada di Syurga tiada di dunia ini seperti yang kau disangkakan."
"Tapi nenek...kenapa nenek kata begitu warna bunga di dunia tiada yang ada cuma di Syurga. kenapa nenek?"
"Jika cucu mahu memiliki bunga yang warnanya ada di Syurga...
cucu haruslah dapat merasai sendiri deria iman
di kalbu adakah bunga yang tak berwarna itu pada pandangan kalbu cucu punyai warna Syurga, fikir-fikirkan cucu..barulah bunga yang tak berwarna itu akan berwarna bunga Syurga."
Sejurus setelah habis berkata nenek kebayan hilang daripada pandangan mata. Aku kebingungan untuk memahami apa yang dikatakan nenek kebayan.
Ratu Rimba Niagara
25 Disember 2012
Subhanallah
PANTUN MUHASABAH DIRI SENDIRI
Tidurku lena yang panjang;
Terkeduku bila terjaga dari lena;
Aku menyesal memanjang,
Alam barzah menantiku dari lena.
Aku ketakutan pabila jaga dari lena,
Air mata penyesalan sudah tiada erti;
Lenaku di dunia membawaku ke sini,
Alam barzah yang sedia menanti.
Datang ke sini tanpa bekalan,
Aku menyesal terlepas peluang;
Peluang yang diberiNya kubiarkan,
Matilah aku dalam bekalan yang kosong.
Tuhan hidupkan aku ke dunia semula,
Mahuku berbuat segala amalan;
Berbuat baik pada Allah jua manusia,
Agar dapat kutebus segala penyesalan.
Tapi apakan daya nasibku malang,
Aku yang menempah nasibku begini;
Bukan Allah tidak memberiku peluang,
Ketika hidup aku orang yang rugi.
Menyesal aku sendiri,
Merana aku sendiri;
Kini aku menyendiri,
Alam barzah meranaku sendiri.
Oh! Tuhan di pagi yang mulia dan penuh berkat ini
Kau masih memberi aku peluang untuk aku merebut segala
peluang amalan sebagai bekalan ke alam barzah.
Dengan Belas-EhsanMu Tanpa Batas Kau Limpahkan
Sinar Nur Hidayah KasihMu padaku hingga ke nafas
terakhirku agar aku dapat membawa bekalan yang Kau Redhai.
Amin Ya Rabbal ALamin.
Karya Ratu Rimba Niagara
28 Mei 2012
ROBOT YANG TAK PUNYA HATI
JIKA MANUSIA ITU ROBOT
OTAKNYA ROBOT JUGA
MENGIKUT SAJA ARAHAN
JIKA TIDAK DIARAH
JADILAH DIA KAKU DAN BEKU
BAYANGKAN JIKA KAMU DAPAT
PELAKON MACAM ROBOT
PASTI FILEM YANG DIHASILKAN PUN
MACAM ROBOT JUGA
DAN YANG DATANG TONTON
MANUSIA YANG BEROTAK ROBOT
ADUHAI DIANUGERAHKAN NANTI
PENGARAH DAN PELAKON TERBAIK ROBOT ABAD KE-21
MAKANYA AKU TAK MAHU HATI MANUSIA BEROTAKKAN ROBOT
OTAK ROBOT PASTI TAK ADA HATI
KERANA BILA MATI
HATI YANG AKAN DIPERSOALKAN NANTI
MASYA-ALLAH BERERTINYA HATI
HATI YANG DIBAWA SAMPAI MATI
MAKANYA SEBELUM MATI
AKU MAHU SUCIKAN HATI DARI PENYAKIT HATI...
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
'MANUSIA JIKA MESIN PEMBUAT MAKNA ITU BUKAN MANUSIA ITU ROBOT'
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
27 Rabiulawal 1435H
29 Januari 2014M
ww
MELAYU SAMA MELAYU SUKA BERDENGKI,
DENGAN BANGSA ASING PIJAK SEMUT PUN TAK MATI,
JIKA TAK DIUBAH HASAD DENGKI,
BANGSA ASING MENANG MELAYU YANG RUGI.
YANG MENYEBABKAN KEGAGALAN BANGSA MELAYU
YANG MENYEBABKAN KEGAGALAN BANGSA MELAYU ADALAH...
SELAGI DENGKI KHIANAT BERSARANG DI HATI
SELAGI ITULAH BANGSA MELAYU TIDAK AKAN MAJU
PEMIKIRANNYA SELALU TIDAK BOLEH MELIHAT
ORANG LAIN LEBIH DARI DIRINYA
SEDANGKAN SETIAP MANUSIA YANG LAHIR KE DUNIA INI
ALLAH SWT BERIKAN KELEBIHAN APAPUN STATUSNYA
JIKA ALLAH SWT BERIKAN SEMUA KELEBIHAN PADA SEORANG HAMBA
PASTILAH AKAN JADI SEPERTI FIRAUN
MERASA SOMBONG DAN BONGKAK ATAS KESEMPURNAANNYA
SEHINGGA SANGGUP MENGAKU DIRINYA TUHAN
MERASAKAN DIRINYA TERLALU BERKUASA
SEHINGGA MENYURUH RAKYATNYA MENYEMBAHNYA
AKHIRNYA ALLAH SWT PERINTAHKAN LAUT TERBELAH DUA
DAN TERUS FIRAUN MATI DITELAN LAUTAN
BEGITU JUGA DENGAN QARUN
KARENA MERASAKAN KEKAYAANNYA
ADALAH USAHANYA SENDIRI
BUKAN TUHAN YANG KURNIAKAN
ALLAH SWT PERINTAH BUMI TENGGELAMKAN QARUN
BERSAMA-SAMA DENGAN HARTANYA
MOGA SETIAP APA YANG TUHAN
KURNIAKAN KELEBIHAN PADA KITA
PUNYAI KUASA, HARTA, PANGKAT DAN ILMU
DAPAT KITA INFAKKAN KEPADA YANG MEMERLUKAN
HARTA DAN KELEBIHAN YANG DIINFAKKAN ITULAH
HARTA ABADI YANG KEKAL DI AKHIRAT NANTI
YANG KITA PUNYA
MAKANYA ITULAH KEPERCAYAAN
TRANSFOMASI TAKDIR YANG HENDAK KITA UBAH
KARENA ALLAH SWT TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM
MELAINKAN KAUM ITU YANG MENGUBAHNYA SENDIRI
JIKA HENDAK BERJAYA DUNIA AKHIRAT
BUANGKAN DENGKI HIANAT
SUKA BERUSAHA
MERENDAH DIRI
MUHASABAH DIRI
JANGAN PERKECILKAN KEISTIMEWAAN ORANG LAIN KARENA DIRI SENDIRI PUN ADA KEISTIMEWAAN CUMA TAK MAHU PERKEMBANGKAN KERANA TIDAK YAKIN DIRI
SUKA BEKERJASAMA BERPASUKAN
PUNYAI NIAT BAIK PADA ORANG
SUKA MEMBANTU
PEMURAH
TIDAK PELIT, KEDEKUT HARTA, ILMU, IDE WALAUPUN CUMA SEKADAR LIKE
BUANGKAN KEEGOAN DAN KEBANGAAN DIRI
BERBUAT BAIK BUKAN UNTUK DIBALAS ATAU DIHARGAI HANYA HARAP REDHO ALLAH
JUJUR DAN AMANAH
TIDAK MENGAMBIL KESEMPATAN DALAM KESEMPITAN
SALING MEMAHAMI BERTOLAK ANSUR
SALING MEMAAFKAN
TIDAK BERDENDAM
HANYA ALLAH DIPERGANTUNGKAN SEGALA HARAPAN SETELAH BERUSAHA
HARUS INGAT ESOK BELUM TENTU KITA MASIH HIDUP ATAU TIDAK
MAKANYA SETIAP PERBUATAN ATAU KATA-KATA
DIRASAKAN ITULAH KATA-KATA TERAKHIR YANG HENDAK AKU SAMPAIKAN
ANDAI KATA-KATAKU ITU AKAN MENJADIKAN AKU TERSEKSA DI ALAM KUBUR
KERANA HATI SUKA BERDENGKI KHIANAT MATILAH KITA BERSAMA TULANG BELULANG YANG MENJADI SAKSI DI AKHIRAT KELAK! NAUZUBILAH
YA ALLAH JAUHKAN AKU DARI DENGKI KHIANAT
YA ALLAH JAUHKAN AKU DARI ORANG YANG DENGKI KHIANAT DENGANKU
KARENA AKU TAK TAHU SAMADA ESOK AKU MASIH HIDUP LAGI ATAU TIDAK
AKU MAHU BERTEMU-MU DALAM HATI YANG BERSIH JIWA YANG TENANG
DALAM FITRAH-MU TIKA ROHKU DI TIUPKAN KE DALAM KANDUNGAN IBUKU
FITRAH ROH ASAL KEJADIANKU YANG KAU CIPTAKAN ITULAH YANG AKU DAMBAKAN DALAM HIDUP INI YA ALLAH...AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
(SETIAP HASIL KARYAKU ADALAH MUSAHABAH UNTUK DIRIKU SENDIRI TIADA DITUJUKAN ATAU MENGAJAR SESIAPA KERANA AKU SENTIASA SEDAR ILMU KU TAK SETINGGI KIAI, USTADZ ATAU MEREKA YANG LEBIH BERILMU...AKU HAMBA-NYA YANG KERDIL TANPA NUR HIDAYAH KASIH-NYA JADILAH AKU HAMBA-NYA YANG HINA DI SISI-NYA. AKU RELA AKU DIPANDANG HINA OLEH SELURUH MANUSIA DI BUMI INI TAPI AKU TAK RELA AKU DIHINAKAN ALLAH SWT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT JIKA ITU TERJADI AKU RELA ALLAH SWT AMBIL NYAWAKU KARENA AKU TAK SANGGUP DERITA DI DUNIA DERITA DI AKHIRAT)
YA ALLAH JAUHKAN LAMAN FBKU DARIPADA MEREKA YANG DENGKI HIANAT DENGANKU
HADIRKANLAH MEREKA YANG BERHATIKAN SYURGA AKHLAKNYA SEPERTI PENGHUNI SYURGA AGAR AKHLAK DAN BICARAKU SEPERTI PENGHUNI SYURGA JUGA
HAMBA-MU YANG KAU HADIRKAN ITU WALAUPUN CUMA DI ALAMMAYA NILAINYA ADALAH LEBIH BERHARGA DARI ALAM DAN SEISI-NYA...KARENA DENGAN AKHLAK DAN HATINYA SEMURNI SYURGA AKU DAPAT BERTEMU DENGAN-MU DALAM KAU REDHO ...REDHA LAGI DIREDHOI ITULAH HIKMAHNYA KENAPA AKU KAU TAKDIRKAN MENJADI SEORANG PUJANGGA. AKU REDHO MENJADI PUJANGGA-MU PUJANGGA SEMUA YANG KAU CIPTAKAN DI LANGIT DAN DI BUMI. TERLALULAH BESAR-NYA KURNIAAN-MU PADAKU MAKA-NYA AKU BERSUJUD DI SEJADAH CINTA-MU TANDA SYUKUR.
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA ALLAH & SEMUA YANG DICIPTAKAN DI LANGIT DAN DI BUMI
DARI-NYA AKU DATANG DARI-NYA AKU DIKEMBALIKAN
26 Rabiulawal 1435H
28 Januari 2014M
BUANGKAN PRASANGKA YANG MENYEBABKAN KEGAGALAN
Sebab itu perlu usaha disertaikan keyakinan yang tinggi.
Buangkan segala prasangka yang menyebabkan kegagalan
Allah swt mengikut prasangka hamba-Nya
makanya aku mahu percaya segala yang baik datang dari-Nya
yang khilaf itu datang dari kejahilan aku sendiri
sekira aku yakin segala ilmu yang memberi kebaikan dunia akhirat
sebagai pegangan tauhidku
TAKDIR akan berubah
karena Allah swt tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum selagi ianya
tak mahu berubah sendiri
YAKIN DENGAN YANG DITAKDIRKAN ALLAH SWT SETELAH BERUSaHA SEDAYA MAMPU ITULAH LAMBANG KEJAYAAN DAN KEMENANGAN DUNIA AKHIRAT
IN SHAA ALLAH AAMIIN.
RATU RIMBA NIAGARA
26 Rabiulawal 1435H
28 Januari 2014M
ROBOT YANG TAK PUNYA HATI
JIKA MANUSIA ITU ROBOT
OTAKNYA ROBOT JUGA
MENGIKUT SAJA ARAHAN
JIKA TIDAK DIARAH
JADILAH DIA KAKU DAN BEKU
BAYANGKAN JIKA KAMU DAPAT
PELAKON MACAM ROBOT
PASTI FILM YANG DIHASILKAN PUN
MACAM ROBOT JUGA
DAN YANG DATANG TONTON
MANUSIA YANG BEROTAK ROBOT
ADUH DECH DIANUGERAHKAN NANTI
PENGARAH DAN PELAKON TERBAIK ROBOT ABAD KE-21
MAKANYA AKU NGGAK MAHU HATI MANUSIA BEROTAKKAN ROBOT
OTAK ROBOT PASTI NGGAK ADA HATI
KARENA BILA MATI
HATI YANG AKAN DIPERSOALKAN NANTI
MASYA-ALLAH BERARTINYA HATI
HATI YANG DIBAWA SAMPAI MATI
MAKANYA SEBELUM MATI
AKU MAHU SUCIKAN HATI DARI PENYAKIT HATI...
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
'MANUSIA JIKA MESIN PEMBUAT MAKNA ITU BUKAN MANUSIA ITU ROBOT'
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
27 Rabiulawal 1435H
29 Januari 2014M
DALAM KAMUS SEORANG PEJUANG TIADA MENGENAL ARTI PUTUS ASA , TIDAK BRANI MENCOBA ATAS DASAR TAKUT KALAH ITU NAMANYA PENGECUT
SI PENGECUT JANGAN BERMIMPI MAHU JADI PEMIMPIN
SIMPAN SAJALAH MIMPI ITU DALAM GUBUK MIMPI
JIKA DI MEDAN PERANG PEJUANG YANG PENGECUT
AKAN DITEMBAK MATI KARENA JIWANYA MATI SEBELUM DIMATIKAN.
JANGAN HIRAUKAN KATA-KATA BERACUN JIKA MAHU BERJAYA
KAIL SEJENGKAL JANGAN DI DUGA LAUTAN DALAM
ITU KATA-KATA ORANG YANG TAK BERANI MENCOBA
SEKALI PUN KAIL SEJENGKAL COBALAH
KARENA ALLAH SUKA ORANG YANG BERUSAHA
USAHA TANGGA KEJAYAAN
DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN
INGAT ITU BUKAN PEJUANG NAMANYA
SEKALI MENDENGAR SUARA MELEMAHKAN SEMANGAT
TERUS UNDUR MATI SEMANGAT
ANDAI KAMU MATI SEMANGAT SOBAT IDOLAKU
AKU NGGAK MAHU LAGI DUKUNG KAMU
CAPEK DECH MENIUPKAN BARA API PERJUANGAN
AKHIRNYA TEWAS PADA SUASA-SUARA BERACUN
JIKA AKU JADI KAMU ...AKU REMOVEKAN SAJA
SUARA-SUARA YANG MEMATIKAN SEMANGAT JUANGKU...
'JANGAN TAKUT TEWAS DALAM PERJUANGAN'
RATU RIMBA NIAGARA
28 Rabiulawal 1435H
30 Januari 2014M
WW
WWW
Ya Allahu Akbar Aamiin
'ALLAH KUSAHUT PANGGILAN SYAHADAH-MU '
kerana di hati ada sebesar zarah sifat belas kasihan dan penyayang sesama insan Allah SWT berikan hidayah kerana hidayah milik Allah
berbahagialah mereka yang telah mendapat hidayah-Nya.
ALLAH TIDAK MENGIRA BERMULANYA KAMU
ALLAH MENGIRA BERAKHIRNYA KAMU
SEBAB ITU KITA DIGALAKKAN SENTIASA BERSANGKA BAIK
PANGGILAN SYAHADAH
'SELAMAT DATANG SAUDARA SEISLAMKU'
salam sejahtera duhai saudara baruku
moga Rahmat Kasih-Nya
teruntuk untukmu untukku untuk semua...
kepercayaanmu
kepercayaanku
kepercayaan semua saudara Islam
hanyalah satu
yang menguatkan tauhid kita
TIADA TUHAN YANG DISEMBAH KECUALI ALLAH
NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
kalimah tauhid ini yang hendak kita bawa
sampai ke hujung nyawa kita
salam sejahtera duhai saudara baruku
ketenangan di wajahmu
ketenangan di hatimu
keharuman imanmu
amat menyejukkan iman kami di sini
kami rasa panggilan syahadah yang bertahta di hatimu
bagaikan suara-suara dari Syurga
agar kamu dan kami
saling bekerjasama
menautkan hati-hati untuk bersatu
merealisasikan misi dan visi
sebagai tanggungjawab
Khalifah di muka bumi-Nya ini
ALLAHU AKBAR
benarlah Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
mahukan hamba-Nya
saling bantu membantu
kepada semua saudara seislam
tanpa mengira dari negara mana mereka berasal
kerana kita bernafas
dari bumi yang sama
kita hanyalah menumpang di bumi-Nya...
satu saat nanti kita akan dipanggil pulang ke Pangkuan-Nya..
moga berkat kita bersilaturrahim
membawa kita jalan-jalan ke Syurga-Nya...
In Shaa Allah bersama di Syurga Firdausi
memandang Wajah Allah Azzawajallah
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
indahnya di kala itu hanya DIA yang tahu
akan kesyukuran kita
ALLAHU AKBAR
mendengar cerita Syurga kita sudah gembira
inikan pula menjadi penghuni Syurga
sebelum menjadi penghuni Syurga
selagi ada waktu tinggal di bumi-Nya ini
selagi nyawa ada di kerongkong
kita bersama berhijrah
untuk bersama bersumpah setia
mahu mengikut jalan-jalan ke Syurga-Nya
tanpa ada pendustaan dalam kata-kata
kerana Rahmat Kasih-Nya
masih mendahului murka-Nya...
agar kita masih berkesempatan...
meraih cinta dan redha-Nya...
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Saudara Seislammu Yang Menyayangimu Demi-Nya,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
3 Muharram 1435H
7 November 2013M
(Alhamdulillah, seorang gadis Kristian Catholic MEXICO, Rhieannon GuZman-cruz telah memeluk Islam
Selamat Datang wahai saudari Islam kami semua
Tahniah kerana berani membuat pilihan yang tepat .
Alhamdulillah, semakin ramai umat Islam
Jom LIKE -> Dato' Siti Nurhaliza)
PETIKAN DARIPADA WALL AARON AZIZ, DATO' SITI NURHALIZA & RATU RIMBA NIAGARA
3 Muharram 1435H
7 November 2013M
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
12 RABI'UL AWWAL 1437H
24 DISEMBER 2015
"SALAM MAULIDUR RASUL12 RABI'UL AWWAL 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
Alhamdullilah !!! AL-QURAN Dirumah Anjelina Jolie Dan Brad Pitt Demi Didikan Untuk Anak-anak
Posts by my friends about His Majesty Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
Ratu Rimba Niagaraposted toKami taat setia Kdymm Sultan Kelantan dan Tengku Mahkota Kelantan
MATI DALAM TULANG BELULANG PENUH KEDENGKIAN!
H.H Haji Hassanal Bolkiah
We have reached more than 10,000 followers
THANK YOU ALL
GOD BLESS AND I INVITE TO ENJOY THE PICTURES AND VIDEOS OF THE ROYAL FAMILY
Kami telah mencapai lebih daripada 10,000 pengikut
TERIMA KASIH SEMUA
GOD BLESS DAN saya INVITE UNTUK NIKMATI PICTURES DAN VIDEOS OF THE ROYAL KELUARGA
Unlike · · Share · 765 · 2 hours ago ·
You and 75 others like this.
Azhar Taib pandai kah kau inda cakap melayu ane?
2 hours ago · Like · 1
Mizuno Pro pengikut atau peserta ni....mcm parti saja bunyinya...
about an hour ago via mobile · Like
E-man El Demon Jgn sja ko mngakun ank sultan atau ank mnantu sultan..... ingat ah...jgn ko jdi c akun poklen cam Status mu ari atu..
49 minutes ago via mobile · Like
Ratu Rimba Niagara maaf ye adakah hamba ini tersalah dengar..skrip-skrip begini...
25 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara
MATI DALAM BELULANG PENUH DENGKI MENDENGKI!
Tuhan bersama dengan orang yang benar..tolong jelaskan agar perselisihan ini segera ditamatkan dan tidak menjadi teka teki rakyat Nusantara...Ampun kan patik Tuanku jika ini benar wall Tuanku kalau cuma penyamaran nama yang digunakan sebagai Tuanku Sultan segeralah minta maaf dan membuat pengakuan sebenar mohon ampun dari Sultan Brunei...
Secara lojik seakan benar kerana:
1) Semua gambar diRaja Brunei...
2) Mana ada rakyat berani mengambil identiti kerabat diRaja
3) Niatnya baik mempopularkan Brunei di NUsantara
4) Di dalam wall yang menggunapakai nama
H.H.Haji Hassanal Bolkiah semuanya tentang aktiviti kerabat diRaja Brunei...jika tak rapat dengan kerabat pasti tak dapat menyiarkan
gambar-gambar yang menarik ini. Pastinya memdapat kebenaran dari
pihak istana diRaja Brunei.
5) Katakanlah menyalah gunakan nama Sultan Brunei...sudah pasti
pegawai istana menyiasat perkara ini secara terperinci...
6) Makanya saya yakin wall fb H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH adalah
wall sudah diluluskan oleh pihak istana Brunei untuk bersiaran.
JIKA KITA TAK DAPAT MENYUMBANG IDEA YANG BAIK UNTUK
PENGHUNI BUMI
LEBIH BAIKLAH KITA DIAM DARIPADA BERKATA-KATA
KERANA TAKUT-TAKUT KATA-KATA KITA MENGHALANG KEBAIKAN
ALANGKAH RUGINYA HIDUP JADI BEGINI...
TAK DAPAT MENCURAHKAN BAKTI
TAPI MENGHALANG ORANG BERBAKTI
DENGKI KHIANAT NAMANYA ITU
CEMBURU NAMANYA ITU
KITA BERBAKTI BUKAN UNTUK DIPUJI ATAU DIPANDANG MANUSIA
TAPI MENANDAKAN KITA PERNAH HIDUP DI MUKA BUMI INI
BILA MATI NANTI ...TIDAK DIKENALI OLEH MEREKA YANG HIDUP
ALANGKAH RUGINYA KITA BERGELAR PENGHUNI BUMI YANG
TAK MAHU MENABUR JASA KEPADA PENGHUNI BUMI...
PERGINYA KITA HANCUR BERSAMA TULANG BELULANG KEBENCIAN & KEDENGKIAN...ADUHAI APAKAH SELAMAT KITA DI ALAM BARZAH NANTI? TANYA IMAN TANYALAH KEMANA PILIHAN MATLAMAT KITA SEBENARNYA...MAHU BERBAKTI ATAU MAHU MEMUSNAHKAN BAKTI DAN MATI DALAM HATI PENUH DENGKI MENDENGKI!
Ratu Rimba Niagara
091212
(PETIKAN DARIAPADA WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH)
9 Disember 2012
·
SUARA SIMATI JIKA DIBERI PELUANG HIDUP SEMULA
Berbuat baiklah biarpun hati terluka
Mengundurkan diri bukan bererti tak suka
Tapi demi merawat hati terluka
Agar tak terluka lagi
Keimanan penawar hati
Bersangka baik semuanya baik hati
Untuk meneruskan perjuangan tersendiri
Kepada mereka yang hanya memahami
Tidak mengganggu kesibukan orang lain
Walau pun ada perbezaan pendapat di antara kita
Matlamatnya tetap sama
Mahu pulang ke Pangkuan-Nya
Sebelum pulang
Mahu sentiasa berfikir yang baik-baik
Sentiasa mahu berbuat baik
Sentiasa mahu berkata baik
Kerana bila sudah mati peluang untuk berbuat baik sudah tamat
Menyesallah sendiri jika tidak mahu berbuat baik
Maka aku mahu muhasabah diri sendiri
Agar Tuhan memberiku peluang
Berbuat baik sebelum maut menjemput pergi...
"SI MATI JIKA DIA DIBERI PELUANG HIDUP BIARPUN SESAAT
MAHU MEMENUHI HIDUPNYA DENGAN BERBUAT BAIK DAN
PASTI DIA BERPESAN PADA YANG HIDUP...AYUH TEMAN HIDUPKU
MARI KITA BERBUAT BAIK SEBELUM BERGELAR ARUAH
JIKA KAMU TAHU PAHALA SEDEKAH AMAT BERHARGA DI ALAM BARZAH NESCAYA KAMU AKAN BERSEDEKAH SETIAP HARI ITU DI ANTARA PERBUATAN BAIK YANG BESAR GANJARAN-NYA DI SISI ALLAH TAALA BERSEDEKAHLAH DENGAN IKHLAS KERANA ITULAH HARTA YANG KITA PUNYA DI ALAM BARZAH ...DI KUBURAN YANG KAMU SANGKA SEPI PADA PANDANGAN KAMU TAPI KAMI DI SINI SIBUK DENGAN URUSAN KUBUR DI SOAL DIPUKUL SETIAP MASA OLEH MALAIKAT NUNGKAR NANGKIR TEMPAT HURU HARA TERPEKIK TERLOLONG TAK DAPAT LARI DI MANA-MANA MENYESAL PUN TAK GUNA MERATAPI NASIB MALANG DI KUBURAN MEMOHON EHSAN PADA TUHAN TAK BERPELUANG LAGI MALANGLAH BEGITU MENYESAL SEPANJANG AKHIRAT...DAN BAGI YANG BAHAGIA DI KUBURAN SEPERTI TIDUR DI TAMAN-TAMAN SYURGA DI NAMPAKKAN TERUS KE SYURGA FIRDAUS MENUNGGU QIAMAT DENGAN GEMBIRA HATI.
MAKANYA TEMAN HIDUPKU....MANA SATU KALIAN MAHU PILIH MATI SEBAGAI AHLI SYURGA ATAU NERAKA? TEPUK DADA TANYA-NYA
KEHENDAK ROH DAN JASADMU...AKU TANYAKAN INI BUAT DIRIKU SENDIRI MOTIVASI DIRIKU DAN KEPADA MEREKA YANG SUDI BERMATLAMAT YANG SAMA MAHU MATI SEBAGAI AHLI SYURGA INSYA-ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN."
Sahabat akhiratmu,
Yang menyayangimu demi-Nya
Yang bermatlamat sama,
Yang mahu mati dalam kebaikan
Dalam kalimah Syurga,
LAAILAAHAILLAH MUHAMMADDAR RASULULLAH
Aamiin Ya Rabbal A'lamin
Yang menyayangimu demi-Mu,
Sahabat akhiratmu yang ingin setia denganmu,
Sehingga nafas terakhirku
Insya-Allah Aamiin
12 Safar 1434H
25 Disember 2012
Rabbi najjinii minal qaumazhzhaalimiin.( QS:28/21)
ARTINYA;
Wahai Tuhanku,selamatkanlah aku dari orang2 yg zhalim
Rabbi innii limaa anzalta ilayya min khairin faqiir. (QS: 28/24)
ARTINYA :
Ya Tuhanku ,sesungguhnya ǎku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yg Engkau turunkan kepadaku.
YA ALLAH SATUKAN HATI KAMI SALING MENYAYANGI KERANA-MU
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Ya Allah Kau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
semua hamba-Mu Kau kasih dan sayang
Kau memberikan ujian pada hamba- Mu
bukanlah berarti Kau tak kasih dan sayang
tapi itu semua lambang Kau kasih dan sayang pada hamba-Mu
itu pun mengikut kemampuan hamba-Mu mengatasi ujian
Kuatkanlah aku menjalani hidup ini untuk nebarkan cinta dan
kasih sayang demi-Mu
jika aku lemah lantaran penghinaan mereka ke aku
Kau kuatkanlah semangatku
Untuk terus dan terus menyebarkan benih-benih kasih sayang
Yang Kau Redhai...
Kau sukakan akan persaudaraan...
Jalinan tali ukhuwah kasih yang kukuh
Yang boleh membuatkan islam di dunia ini bersatu padu
Tanpa ada permusuhan sesama sendiri
Di kala aku kesedihan dalam segala bentuk penghinaan mereka
Kau kirimkan senyuman mentari ..senyuman bulan...senyuman bintang
Itu sudah cukup menyerikan senyumanku yang kelat ini
Aku tak mahu memperlihatkan senyuman yang
Kelat, perih. sendu
Kepada-Mu
Kepada mereka
Biarlah Kau saja yang tahu isi hatiku
Betapa aku sayangkan semua hamba-Mu
Yang mahu ke jalan-jalan-Mu
Dan aku yakin seyakin-Nya
Di hari di mana semua yang aku kasihi di dunia ini
Tidak dapat membantuku
Masing-masing sibuk urusan diri sendiri
Untuk mengetahui samada kaki langkah
Ke Syurga atau ke neraka
Allahu Akbar pastilah keputusan yang amat mendebarkan...
Pasti akan menyebut
Allahuma Salim..Salim...
Selamatkan saya...selamatkan saya...
Saat kacau bilau ...huru hara..penuh debaran
Dengan sejuta harapan agar mendapat syafaat
Nabi Muhammad SAW
Masing-masing mahukan syafaat Kekasih-Mu
Nabi Muhammad SAW
Yang dapat diketemui baginda Rasulullah
Di Titian Sirad...
Di Neraca Al-Mizan
Di Kolam Nabi Muhammad SAW
Yang panjang kolam itu sebulan perjalanan
Dan lebar kolam sebulan perjalanan juga
Inilah tiga tempat yang mesti kami cari
Nabi Muhammad SAW
Dan moga kami dapat bertemu Rasulullah
Di tempat tersebut dan dapat memohon syafaat
Baginda Rasulullah berkat selalu mengingatinya
Tika di dunia dulu...
Sebagaimana Rasulullah menyayangi kami
Sehingga di akhir kalamnya menyebut kami
'Umatku...Umatku...Umatku...
Sebagaimana Rasulullah sayangkan kami
Kami pun sayangkan Nabi Muhammad SAW
Syukur kami sebanyak-banyak-Nya
Kepada-Mu karna mengurniakan
Nabi Muhammad SAW Kekasih-Mu
Yang tak jemu berdakwah kepada umatnya
Berkat dakwahnya
Kami dapat memiliki ilmu Al-Quran & Hadis..
Kerana tidak akan sesat seorang hamba itu
Jika berpegang teguh kepada
Al-Quran & Hadis
Moga Al-Quran & Hadis...
Sebati dalam roh dan jasad kami
Itulah tauhid kami hingga nafas terakhir
Mogalah terlafaz kalimah Syurga
لا إله إلا الله محمدا رسول
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Kuatkan hati-hati kami
Beramal soleh hanya kerana-Mu
Bukan untuk menunjuk-nunjuk
Tapi hanyalah semata kerana-Mu
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Satukanlah hati-hati kami
Sentiasa bersatu hati
Untuk menyebarkan kasih sayang
Dengan bahasa-bahasa yang Kau Redhai
Dan setiap kata-kata kami
Adalah mutiara-mutiara Syurga
Yang ada nilaian di Sisi-Mu
Yang akan dikira tika ditimbang Di Neraca Al-Mizan
Dan dapat menyelamatkan ketika meniti Titian Sirad..
Yang mana menentukan ke Syurga atau ke neraka...
Moga berkat kami saling berkasih sayang kerana-Mu
Tika di dunia ini
Tika nafas masih ada...
Dengan Rahmat Kasih-Mu Tanpa Batas
Masukkan kami Ke Syurga-Mu
Syurga Firdaus...
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Hamba-Mu yang kerdil,
12 Muharram 1434H
(PETIKAN DARIPADA WALL SULTAN HASSANAL BOLKIAH &
WALL PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
12 Muharram 1434H
HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah.
Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU
IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
25 Disember 2020
WW
0 comments:
Post a Comment