Wednesday, 20 October 2021

SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (143) SASTERAKU DUNIAKU

SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (143) SASTERAKU DUNIAKU

 
Dikongsi dengan Awam
Awam
 
Dikongsi dengan Hanya saya
Hanya saya
Mungkin imej alam, lautan, senja dan langit
𝚂𝚞𝚗𝚜𝚎𝚝 𝚜𝚎𝚗𝚓𝚊 𝚢𝚐 𝚝𝚎𝚛𝚒𝚗𝚍𝚊𝚑..
𝑘𝑢𝑎𝑙𝑎 𝑛𝑒𝑙𝑎𝑦𝑎𝑛 𝑟𝑢𝑛𝑔𝑘𝑢𝑝 𝑘𝑒𝑐𝑖𝑙 𝑏𝑎𝑔𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑡𝑢𝑘 𝑝𝑒𝑟𝑎𝑘..😍


 
Dikongsi dengan Awam
Awam
Mungkin imej teks
Seni Lukis..
“Damselfy in distress..”
Damselfly menyerupai Dragonfly..yg telah ujud sejak hampir 350 juta tahun dulu..perbezaanya Damselfy lebih ramping berbanding Dragonfly..
Kabus pagi
Jln Gunung Keriang Alor Setar
+VivoY30
+Snapseed
+Photo Studio
Mungkin imej alam, jalan, kabus dan pokok
Anda dan 330 yang lain
16 Komen
2 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
16 Komen
Semua Komen

 
Dikongsi dengan Awam
Awam
Mungkin imej senja, alam, langit dan lautan
Awal pagi menanti mentari muncul 12 Rabiul Awal 1443 Hijrah
selasa 19 Okt 2021




 
Dikongsi dengan Awam
Awam
 
Dikongsi dengan Awam
Awam
SEMUA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI DALAM GENGGAMAN ALLAH SWT ALLAHU AKBAR
WARKAH UNTUK ADMIN & AHLI GRUP JALAN KE SYURGA DENGAN RAHMAT ALLAH DAN SYAFAAT NABI MUHAMMAD
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah saya diterima menjadi ahli grup, "Jalan ke Syurga dengan Rahmat Allah dan Syafaat Nabi Muhammad,"
Terima kasih kepada admin yang sudi menerima saya.
Walaupun cuma di alammaya saya penuh yakin pertemuan kita ini adalah atas kehendak Allah dan atas perancangan Allah.
Pertemuan ini pasti ada hikmak-Nya agar kita saling muhasabah diri , membuang segala keegoaan dan kesombongan kerana yang layak memakai pakaian kesombongan hanya Allah Azzawajallah dan kita sama-sama mencari jalan-jalan ke Syurga.
Semua hamba Allah impikan Syurga, tapi jika kita beribadat dan melakukan segala kebajikan kerana mahukan Syurga. Syurga memang tak layak untuk kita kerana Syurga pun dicipta Allah sebagai balasan kepada hamba-Nya yang beribadat kerana Allah bukan kerana Syurga.
Allah swt memasukkan hamba-Nya ke Syurga bukanlah kerana banyaknya amalan tapi dengan Rahmat Allah dan Syafaat Nabi Muhammad saw.
Jika hendak dibandingkan amalan ahli ibadat 500 tahun masih tidak dapat menebus Syurga. Sehinggakan ahli ibadat tersebut dimasukkan ke neraka kerana yakin dia masuk Syurga kerana banyaknya amalan yang telah diperbuat. Naubillah.
Apa tah lagi kita amalan kita yang tak seberapa ini jika hendak dibandingkan dengan amalan para ahli sufi bagaikan langit dengan bumi. Pasti kita akan berputus asa tapi kerana kita yakin Allah Maha Pemurah Maha Penyayang Maha Pengampun, Pengampunan-Nya mendahului murka-Nya maka kita setiap hari setiap saat setiap detik memperbaharui niat dan berazam untuk melakukan yang terbaik. Hari ini lebih baik daripada yang semalam dan hari-hari yang seterusnya bertambah baik sehinggalah kita dijemput Allah bertemu-Nya.
Setiap amalan yang dilakukan hanya kerana-Nya hanya inginkan redha-Nya. alangkah indah setiap hari setiap detik apa yang diperbuat dan diperkatakan ditulis mendapat redha-Nya Allah. Allahu Akbar impian semua hamba-Nya yang meyakini akan adanya HARI AKHIRAT di mana segala amalan buruk baik kita sepanjang kita berhidup di muka bumi mendapat pembalasan daripada Allah swt samada SYURGA ATAU NERAKA. Kita yang membuat pilihan. Amalan hidup kita di dunia adalah bayangan kita di akhirat nanti. Kita yang menempah tiket ke Syurga atau ke Neraka. Kita tanyalah iman sendiri ke mana mahunya kita setelah mati.
Moga berkat pertemuan kita di grup yang mulia ini, saling berkongsi ilmu tanpa ada niat untuk berbangga diri atau merendahkan atau menghina ahli-ahli yang lain, kita saling muhasabah diri dan beriltizam bertekad untuk sama mencari jalan-jalan ke Syurga sehingga ke nafas terakhir. Insya-Allah Aamiin.
Selagi kita hidup selagi itu kita berpeluang untuk menjadi kekasih Allah, Syurga diciptakan untuk para kekasih-Nya. Moga kita menjadi kekasih Allah dan sama-sama dapat melihat Wajah Allah Azzawajallah berdekatan dengan Rasulullah. Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
DUHAI JIWA YANG TENANG KEMBALILAH KEPADA TUHAMMU DENGAN IKHLAS DAN DIREDHAI, MASUKLAH KE DALAM GOLONGAN HAMBA-KU DAN MASUKLAH KE DALAM SYURGA-KU...' SURAH AL FAJR 27-30
SALAM MAAL HIJRAH & MUHARRAM 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
"MOGA PERTEMUAN ATAS KEHENDAK ALLAH INI KITA SAMA-SAMA MENCARI JALAN-JALAN KE SYURGA. AAMIIN"
Yang benar,
Sahabat Dunia Akhiratmu,
Ratu Rimba Niagara,
Statusku aku milik-Nya sampai kapanpun aku hamba-Nya.
4 Muharram 1437H
18 Oktober 2015


MIMPI ILUSI JADI REALITI DENGAN IZIN-NYA JUA
Duhai Raja Pesona Cinta Dunia Akhirat
Anganmu anganku
Senada seirama
Sehati sejiwa
Dari mula tunasnya anganku
Kau ingin cambahkan
Menjadi kuntuman bunga-bunga Syurga
Mewangi di kalbu imanmu ku dan semua
Ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
Kuntuman bunga-bunga Syurga
Mengharumkan setiap benua kalbu
Sama-sama teruja
Berkasih sayang sesama insan kerana-Nya
Bukan kerana mendapat pujian manusia
Mencipta nama ataupun pesona dunia
Yang dimahu hanyalah cinta Ilahi
Sama-sama jatuh cinta dengan Pencipta
Semesta Alam Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tuhan Berkasihan Belas pada semua hamba-Nya
DiKurniakan Syurga bukan karena banyak amalan
Semua-Nya kerana Rahmat Kasih-Nya yang tiada had
Asalkan setiap banyak atau sikitnya amalan ikhlas kerana-Nya
Bukan tujuan untuk berbangga atau menyombong diri
Biar pun berdarjat atau pun tidak
Semua-Nya sama Di Sisi-Nya
Maka apa hendak dikisahkan dengan darjat
Yang penting mensyukuri DiKurniakan darjat diRaja ataupun bangsawan
Untuk menginfak harta ke jalan-Nya
Itulah sahaja bekalan harta dibawa pergi
Sebagai penyelamat melindungi kita
Daripada haru biru negeri akhirat abadi selama-Nya
Duhai Raja Pesona Cinta Dunia Akhirat
Cinta Allah diutamakan
Apa yang diniatkan semua-Nya kerana-Nya
Barulah segala cita dimakbulkan-Nya
Tiada yang mustahil bagi Allah
Biarpun sekadar mimpi ilusi
Jika DIA Berkehendak
Cuma berkata
KUN FAYAKUN
Maka jadilah
Mimpi ilusi
Realiti
DiRealitikan Atas Kehendak-Nya
Maka tidak mustahil
Tiada siapa akan menafikan kebenaran
Kekuasaan Allah Mengatasi Segala-Nya
Cita-citamu cita-citaku menjadi realiti
Atas kehendak-Nya
Dengan izin-Nya jua
Mimpi ilusi menjadi realiti
Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 Oktober 2012
TEATER BANGSAWAN DIRAJA,'KERAJAAN RATU RIMBA NIAGARA KERAJAAN ALAM GHAIB YANG ALLAH ILHAMKAN' Karya Ratu Rimba Niagara & Sri Pemangku Adat
KERAJAAN ALAM GHAIB YANG ALLAH ILHAMKAN
Benar apa yang dikatakan ini...
ini adalah pengalaman hamba sendiri...
kehidupan hamba dari kecil selalu berada di alam fantasi
seolah hamba ini dari keturunan dari raja-raja kayangan
dengan izin Allah swt diturunkan ke bumi memegang jawatan
sebagai RATU RIMBA NIAGARA
memerintah sebuah kerajaan rimba
yang mana rakyat rimbanya semua hatinya seperti hati Syurga
maka di Rimba Niagara ini Syurga bagi hamba
saling berkasih sayang dengan semua rakyat hamba
demi kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat hamba
rela nyawa dipertaruhkan untuk mereka
begitu juga rakyat hamba sanggup menggadaikan nyawa
demi kebahagiaan hamba sebagai Ratu/Raja mereka
rakyat Niagara amatlah paham hamba minat mengarang
makanya segala karangan hamba dihargai dan di simpan di Galeri
Perpustakaan Istana Ratu Rimba Niagara...
mereka amat sayangkan karya-karya hamba mahukan hamba menulis selagi nyawa ada di badan...yang lebih mengharu birukan hamba apabila mereka sanggup mendermakan darah mereka sebagai tinta hamba menulis...begitu sekali mereka memberi sokongan/dukungan kepada hamba...makanya mereka tidak akan benarkan mana-mana pihak cuba dengan niat jahatnya untuk menghina karya-karya yang hamba tulis...dan lebih mengharu birukan hamba apabila mereka sanggup menggadaikan nyawa demi mendapatkan mahkota hamba yang hilang di lautan luas ...katanya mahkota itu adalah lambang kekuasaan hamba sebagai RATU RIMBA NIAGARA yang memerintah rakyat rimba niagara...jika hilang akan hilanglah kuasa sebagai Ratu. Hamba bilang pada mereka...hamba rela hilang mahkota diRaja dan kuasa daripada kehilangan mereka buat selamanya kerana kasih sayang mereka pada hamba lebih berharga daripada kuasa dan darjat....kerana menghargai pengorbanan mereka yang rela mati demi melihat hamba memerintah Rimba Niagara ...hamba redha ditakdirkan menjadi RATU RIMBA NIAGARA." Itulah serba sedikit kenapa hamba gunakan nama RATU RIMBA NIAGARA walaupun itu cuma kerajaan Alam Ghaib Yang Allah Ilhamkan di pemikiran hamba.
Waallahualam.
RATU RIMBA NIAGARA
12 Ramadhan 1434H
21 Julai 2013M
Like · · Unfollow Post · Share · July 21 at 2:41pm
Sri Pemangku Adat likes this.
Sri Pemangku Adat Drpd. Karaton Nusantara adakah kerajaan alam ghaib itu wujud??? atau sesiapa yang boleh memberikan jawapan sebelum kami AJK Karaton Nusantara mempertanyakan kepada YTM Sri Pemangku Adat, amin ya allah.
July 21 at 7:05pm ·
Ratu Rimba Niagara HANYA MEREKA YANG DIBUKAKAN KHASHAF MEMAHAMI.
July 21 at 7:18pm ·
(PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA DAN GROUP SRI PEMANGKU ADAT)
26 Ramadhan 1434H
4 Ogos 2013M
MERDEKA INDONESIAMU MERDEKA MALAYSIAKU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'
October 18 at 10:31pm · Like · 5
TAHTA UNTUK RAKYAT
Jiwa seorang raja
adalak untuk rakyat
tiada difikirkan
kepentingan sendiri
tahta yang dimiliki
hak rakyat
bahagia rakyat
bahagia raja
derita rakyat
terseksa raja
harta yang dipunyai
adalah harta rakyat
diagih-agih
pada rakyat
memerlukan
karna dia tahu
harta
yang diberikan
itulah
harta sebenarnya
milik abadi
dibawa pulang
ke negeri abadi
tahta raja
bukan untuk
kemegahan
kebanggaan
untuk
direbut-rebut
kekuasaan
tapi
yang ada
dijiwa raja
tahtanya
adalah untuk
berbakti pada
rakyat sepenuh
jiwa dan raga
karna
jika salah
gunakan tahta diRaja
akan dipertanggungjawabkan
kepada Yang Maha Berkuasa
Daripada Segala Yang Berkuasa
Raja Segala Raja,
Yang Menguasai
Hari Pembalasan
Allah Robbul Idzatii
tahta raja
adalah untuk rakyat
karna
jiwa dan raganya
dipikiran
rakyat...rakyat...rakyat...
mahukan rakyat hidup
sejahtera
di bumi bertuah SeNusantara
karna itu
tahta raja adalah untuk rakyat
SeNusantara tercinta
dan demi rakyat
bukan setakat tahta
diberikan untuk rakyat
malah nyawanya
menjadi taruhan
untuk rakyat
SeNusantara tercinta...
Itulah raja dambaan rakyat
yang mahu dimartabatkan oleh
seluruh rakyat SeNusantara
biarpun nyawa jadi taruhan
demi raja berjiwa hamba
ALLAH ROBBUL IDZATII
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
13 Agustus 2013
MERDEKA INDONESIAMU MERDEKA MALAYSIAKU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'
October 18 at 10:33pm · Like ·
MARILAH BERSAMA BETA SUSAH SENANG KITA BERSAMA
TUANKU DIRAJA NUSANTARA BERJIWA KEPERWIRAAN
DEMI AGAMA RAKYAT DAN NEGARA NUSANTARA AKAN
DIPERJUANGKAN HINGGA KE TETESAN DARAH TERAKHIR...
DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI
RAKYAT BETA YANG DIKASIHI,
MARILAH BERSAMA BETA;
PERTAHANKAN BUMI NUSANTARA INI,
SUSAH SENANG KITA BERSAMA.
BETA PERTARUHKAN NYAWA,
DEMI RAKYAT NUSANTARA TERCINTA;
INILAH TANDA CINTA BETA,
PADA RAKYAT & NUSANTARA TERCINTA.
TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SEINCI,
DI BUMI BERTUAH NUSANTARA INI;
KITA LAYARKAN PERJUANGAN ILAHI,
AGAR KITA SEMUA DIBERKATI.
USAHLAH DIBIMBANG DUHAI RAKYAT,
KASIH BETA ADALAH MENGUTAMAKAN RAKYAT;
KERANA ITU TANGGUNGJAWAB BETA PADA RAKYAT,
BERUSAHA SELAGI DAYA MAJUKAN RAKYAT.
JANGANLAH DARJAT MEMISAHKAN KITA,
DARAH KITA WARNA YANG SAMA;
BERSAMALAH MAJUKAN NEGARA KITA,
SUSAH SENANG KITA BERSAMA.
ANDAI KATA BETA DIJEMPUT ILAHI,
JAGALAH BUMI BERTUAH NUSANTARA INI;
AGAR DAPAT GENERASI WARISI,
BARULAH TENANG DI SANA NANTI.
KIRIMAN DOA AMAT DINANTI,
JANGAN DILUPAI SAMA SEKALI;
ALAM BARZAH TEMPAT ABADI,
SEMENTARA QIAMAT DATANGI.
MOGA KITA BERTEMU LAGI,
DI SYURGA NEGERI ABADI;
SEGALA KEINDAHAN DIKECAPI,
DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA KERABAT DI RAJA NUSANTARA & RAKYAT NUSANTARA TERCINTA)
13 Agustus 2013
MERDEKA INDONESIAMU MERDEKA MALAYSIAKU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013.
October 18 at 10:33pm · Like ·
PEWARIS LAKSAMANA HANG TUAH & HANG JEBAT
Badar Al-ahmadi Ratu Rimba Niagara...Patik waris daripada Daeng Ahmad(anak raja BUGIS CHEMPA) Penghulu Bukit Mor & Datu Pabitah (Penghulu Padang, Muar) sebelah Bonda patik..
Ratu Rimba Niagara Masya-Allah pastinya kita saling berkenalan sejak zaman nenek moyang kita...kerana ratu rimba adalah cucu cicit kepada hulubalang Raja Bugis sebelah bonda.Itulah kebesaran Tuhan.
Badar Al-ahmadi Ya..Walaupun patik berdarah anak raja dri bonda..patik tetap manusia biasa yg akan kembali kpdNYA...
Ratu Rimba Niagara sebenarnya tuankulah raja yang sejati yang didambakan oleh rakyat jelata...dan tuanku berhak dimartabatkan sebagai raja untuk memerintah negara tuanku patik doakan...cumanya patik saja yang bukan berdarah diraja tapi menyamar sebagai ratu di alam fantasi sebuah kerajaan yang diinginkan oleh patik...patik wujudkan kerajaan rimba niagara...penghuni rimba adalah rakyat patik yang setia sentiasa prihatin dengan patik menyokong perjuangan patik ...mengajar patik apa itu arti nilai kasih sayang sejati karna Allah Taala...sebab itu patik mencari kawan-kawan sejati walaupun sekadar rakan alammaya. Tapi jika rakan alammaya yang diharapkan tidak memperdulikan cita-cita patik dalam dunia sastra patik...patik akan kecewa dan patik dengan berat hati meninggalkan mereka...bukan patik sombong...tapi itulah patik...andainya Allah izinkan cita-cita patik berjaya...patik akan menetap sehingga akhir hayat di rimba niagara kehidupannya seperti alam kayangan penuh dengan bahasa-bahasa Syurga tidak akan ada lagi kecewa dikecewakan semuanya berkasih sayang demi-Nya seolah berada di Syurga Firdausi...manalah tahu semua rakyat Rimba Niagara di alam realiti semua nya ditulis Allah sebagai penghuni Syurga Firdausi. In Syaa Allah . AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Badar Al-ahmadi Patik x layak sbenarnya mjdi Pemerintah Negara, sekadar rakyat biasa yg x gilakan Pangkat @ Darjat..Patik syg dgn wilayah Nusantara, tanah tumpah nenek moyang kita turun-menurun..Teruskan usaha murni itu...patik menyukai sastera2 yg didendangkan oleh tuanku Ratu Rimba Niagara...Patik akan menyokong Sastera Ratu..Allah SWT amat sayang pd org yg perjuangkan Niat keranaNYA.Jika diizinkan olehNya, satu hari kita berdua akan bertemu di alam realiti..Amiin Ya Rabbal A'Lamiin.....
Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin. Terharu rasa patik mendengarnya tuanku. Moga Allah sahaja yang dapat membalas-Nya. AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
PETIKAN DARIPADA GALERI SASTRA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
8 Syawal 1434H
15 Ogos 2013
MERDEKA INDONESIAMU MERDEKA MALAYSIAKU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'
October 18 at 10:36pm · Like ·
SELURUH PELOSOK BUMI NUSANTARA BERGEMALAH DAULAT DIRAJA NUSANTARA!
Assalamualaikum kekanda-kekanda diRaja,
Darah Kepahlawananmu lambang kesatria diRaja;
Rakyat jelata pasti gembira menantikan gema diRaja,
Di seluruh pelosok bumi Nusantara bergemalah daulat diRaja.
Dari dulu ditunggu kabar berita,
Agar Institusi diRaja dimartabatkan;
Dimartabatkan seluruh bumi Nusantara,
Maka bergembiralah seluruh rakyat jelata.
Perjuangan kanda sentiasa dinda dukungi,
Agar kanda tak mudah berputus asa;
Percayalah kanda telah ditakdirkan sejak Azali,
Untuk memerintah rakyat di bumi Nusantara.
Allah melantik kekanda menjadi raja di bumi ini,
Pasti ada hikmah di sebalik takdir ini;
Agar sentiasa membela nasib rakyat dizalimi,
Maka itulah hikmah kenapa Allah memilih kanda terajui.
Jika sebenar suci bersih niat kanda membela rakyat jelata,
Dan kanda yakin ini adalah tanggungjawab kanda;
Pasti kanda tidak mudah berputus asa,
Akan memperjuangkan hingga berjaya.
Percayalah kanda di setiap langkah kanda,
Allah sentiasa menyertai niat suci kanda;
Untuk membela hamba-hamba-Nya,
Moga kanda selalu berada dalam Rahmat kasih-Nya.
Jangan sekali menjadi raja penakut,
Takut mengaku raja kerana tak mahu dipulaukan;
Dinda tak suka raja yang penakut,
Sedangkan kanda adalah kerabat yang dimuliakan.
Dinda ditakdirkan menjadi pejuang diRaja,
Jika kanda berputus asa memperjuangkan hak kanda;
Tak apalah biarlah dinda perjuangkan bagi pihak kanda,
Mungkin ada sebab tersendiri remuknya hati kanda.
Kepada kekanda-kekanda di Raja yang lain,
Adinda tabik dengan perjuangan kanda;
Biarpun remuk dilambung tsunami sekalipun,
Kekanda-kekanda tetap berjuang selagi hayat ada.
Perjuangan kekanda adalah perjuangan adinda,
Perjuangan adinda adalah perjuangan rakyat jelata;
Makanya matlamat yang jelas itu adinda menyokong kanda,
Harap kanda jangan sekali berundur demi harapan rakyat jelata.
Kemenangan kekanda-kekanda adalah kebanggaan rakyat,
Rakyat pasti berbangga punyai raja sehebat kanda;
Matlamat kanda menjadi raja adalah untuk rakyat,
Makanya rakyat jelata akan menyokong perjuangan kanda.
Jangan kanda lupakan sejarah diRaja,
Mempertaruhkan nyawa demi rakyatnya;
Itulah jiwa kesatria sebenar diRaja,
Rela gugur di medan juang demi rakyatnya.
Inilah di sebalik hikmah takdir Ilahi,
Memilih kanda sebagai kerabat diRaja;
Untuk membela rakyat dizalimi,
Maka rakyat mensyukuri Kurniaan dari-Nya.
Moga doa rakyat dimakbulkan Tuhan,
Institusi diRaja dimartabatkan;
Maka bergemalah suara rakyat penuh kesyukuran,
Daulat diRaja & Ketinggian Islam dimartabatkan.
(Aamiin Ya Rabbal A'Lamin)
Karya Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
13 Agustus 2013
MERDEKA INDONESIAMU MERDEKA MALAYSIAKU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'
October 18 at 10:32pm · Like · 5
BERAKHIR SUDAH SUMPAHAN PUTRI ARNAB
Duhai Putri Arnabku sayang
Janganlah menangis sayang
Siapakah yang telah melukakan hatimu sayang
Mari sini sayang...
Kanda bawakan lobak kuning kegemaranmu
Yang kanda ambil dari di Taman Istana Merak Kayangan...
Sesudah dinda Putri Arnab makan lobak kuning diRaja ini
Tamatlah sumpahan tuan putri
Akan menjadi putri nan jelita....
Jangan merajuk lagi ya...
Kesedihanmu telah dapat dirasai oleh semua
Yang menyayangimu di luar istana....
Apa yang Tuan Putri Arnab perjuangkan
Untuk memartabatkan Institusi diRaja
Sedikit masa lagi akan menjadi kenyataan
Dengan tamatnya sumpahan
Tuan Putri menjadi arnab
Sejak sekian lama
Oleh mereka yang menafikan hak pemerintahan diRaja
Untuk memerintah rakyat dengan adil dan saksama
Akan menjadi kenyataan...
Makanlah lobak kuning diRaja
Duhai Putri Arnab
Jika mahukan sumpahan ini
Ditamatkan segera...
Bertawakallah setelah Tuan Putri berusaha sedaya upaya
Manalah tahu Tuhan kasihan
Menamatkan sumpahan ini
Rakyat di luar sana
Sedang menantikan
Berita gembira ini,,,
Moga Allah makbulkan
Institusi diRaja SeNusantara
Dimartabatkan segera
Sumpahan ini juga ditamatkan segera
Insya-Allah Aamiin.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
13 Agustus 2013
MERDEKA INDONESIAMU MERDEKA MALAYSIAKU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'
TENTERA BERKUDA INDONESIA YANG MENJADI KEBANGGAAN INDONESIA. NAMPAK KEPERKASAAN PERAJURIT BERKUDA APABILA BERADA DI MEDAN PERANG! SEKALUNG BUNGA IBU PERTIWI BUAT SEMUA PERAJURIT INDONESIA.
October 18 at 10:34pm · Like · 5
ANGSA PUTIH KAU AKAN DINOBATKAN MENJADI RATU DI ISTANA RAJA SULAIMAN & RATU BALQIS
duhai angsa putih di tasik rindu
janganlah kau berduka dan sepi
mari ke mari terbang bersamaku dan kawan-kawanku
jangan terlalu rendahkan dirimu
hingga kau anggap kaulah paling malang di dunia ini
jangan menangis lagi sayang....
hentikan tangisanmu itu
kebahagiaan sudah menantimu di sini bersama-sama kami
jangan kau hukum dirimu
karna ketidak sempurnaan takdirmu
yakinlah itu semua adalah untuk menyempurnakan imanmu
setiap titisan airmata yang mengalir menjadi lautan
adalah lautan cinta menuju jalan-jalan ke Syurga-Nya
yakinlah Allah menduga kamu
tanda Allah cinta
Allah mendugamu
mengikut kemampuanmu
karna kesabaranmu
atas segala penghinaan cercaan ke atasmu
selama kau berhidup di tasik rindu
akan berubah menjadi cinta istana bahagia
Istana Raja Sulaiman sedang menunggumu di merak kayangan
Kami diutuskan untuk menjemputmu ke istana Ratu Balqis
Yang Allah takdirkan kaulah yang akan menjadi ratu
Di istana Raja Sulaiman & Ratu Balqis
Tepat bulan mengambang penuh
Kau akan ditabalkan menjadi Ratu untuk Pangeran Nusantara...
Ditakdirkan itulah cintamu yang Allah redha...
Maka bersiap sedialah duhai angsa putih kesayangan semua
Kami sedang menjemputmu ke istana Raja Sulaiman & Ratu Balqis
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
13 Agustus 2013
MERDEKA INDONESIAMU MERDEKA MALAYSIAKU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'
October 18 at 10:35pm · Like · 5
TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'PARA RAJA SE DUNIA BERKUMPUL DI KOTA BANGSAWAN DIRAJA'
"Para Raja se Dunia Kumpul di Malang"
MALANG - Ratusan raja, sultan dan bangsawan dari seluruh Indonesia dan berbagai belahan dunia, bakal hadir di Malang. Mereka akan menghadiri Silaturahmi Nasional (silatnas) raja-raja dan sultan nusantara yang dijadwalkan di gelar Juni mendatang di Malang. Presiden RI, Susilo Bambang Yudhoyono dijadwalkan membuka kegiatan tersebut.
Hal ini dijelaskan Sekjen Badan Pengurus (BP) Silatnas Raja dan Sultan Nusantara Indonesia, Raja Samu Samu VI, Upu Latu ML Benny Ahmad Samu Samu, di balai kota kemarin. Dia menyampaikan rencana tersebut kepada Wali Kota Malang Peni Suparto.
Sebelumnya Upu Latu ML Benny Ahmad Samu Samu, yang merupakan raja asal Maluku itu, juga menyampaikan rencana tersebut kepada Bupati Malang, H Rendra Kresna. Hal yang sama juga disampaikan kepada Wali Kota Batu, Eddy Rumpoko, tadi malam.
Rencananya yang hadir dalam silatnas III ini sebanyak 220 raja dan sultan dari seluruh Indonesia. 40 sampai 50 raja dan sultan dari negara sahabat serta 50 bangsawan dari seluruh dunia, jelasnya.
Upu Latu ML Benny Ahmad Samu Samu merinci,  utusan dari 80 negara dijadwalkan hadir dalam kegiatan ini. Diantaranya dari belahan Asia, Eropa dan Timur Tengah. Sedangkan para bangsawan asal luar negeri yang bakal hadir diantaranya berasal dari Spanyol, Brazil, Inggris, Monaco dan beberapa negara lainnya.
Kegiatan kami di Malang direncanakan diadakan pada 21 sampai 23 Juni. Rencananya dibuka Presiden Susilo Bambang Yudhoyono. Kami sudah menyampaikan rencana ini kepada presiden, jelasnya dengan dialek Maluku.
Ia menyampaikan apresiasi kepada para kepala daerah di Malang Raya yang memberi perhatian khusus terhadap Silatnas III raja-raja dan sultan. Saudara-saudara beta (saya) disini menyambut positif, ucapnya bangga.
Malang dipilih sebagai tempat berlangsungnya Silatnas III raja-raja dan sultan, bukan tanpa alasan. Menurut Upu Latu ML Benny Ahmad Samu Samu, Malang dipilih karena ada catatan sejarah.
Kami memilih Malang karena ada sinkronisasi sejarah. Malang punya sejarah yang sangat tinggi. Kerajaan-kerjaan besar di Jawa berasal dari Malang, ucapnya bersemangat.
Sejumlah kegiatan bakal dihelat dalam even ini. Diantaranya menggelar festival Rakyat Malang sebagai tanda kebersamaan. Selain itu menyebar pesan perdamaian kepada seluruh elemen masyarakat.
Ia menegaskan, mereka tak pernah menghidupkan sistem feodalisme. Namun melalui para raja dan sultan seluruh Indonesia inilah, pesan perdamaian, kebersamaan dan melestarikan adat istiadat terus dikobarkan.
Kami hanya pemegang dan penerus ada dan budaya. Kami bagian dari Republik Indonesia, aset bangsa dan negara. Kami sudah sepakat berada dalam NKRI, tandas Upu Latu ML Benny Ahmad Samu Samu.
Wali Kota Malang, Peni Suparto pun antusias menyambut para raja dan sultan di Kota Malang. Inep, sapaan akrab Peni Suparto mengatakan, bahwa kerajaaan di seluruh negeri ini menjadi bagian dari sejarah bangsa dan elemen pemersatu bangsa.
Dia lantas mengingatkan bahwa kerajaan dan kesultanan sudah berdiri sejak jauh hari sebelum Indonesia merdeka. Namun ketika Indonesia  memproklamasikan diri sebagai negara yang berdaulat, para raja dan sultan itu bersatu dalam NKRI.
Inep lantas mencontohkan eksistensi kerajaan di Yogyakarta, Solo, Kutai hingga Maluku yang masih bertahan sampai sekarang. Pertemuan ini mengharukan. Saya dengan hati yang tulus menyampaikan terima kasih. Karena nilai historisnya sangat tinggi, Kota Malang siap untuk ditempati kegiatan Silatnas dan saya siap membantu, katanya bersemangat.
Mantan anggota DPR RI ini memastikan siap menampilkan berbagai jenis tarian saat silatnas berlangsung. Dan tentu, puluhan ribu, bahkan ratusan ribu masyarakat akan turun karena filosofi kegiatan ini sangat tinggi. Yakni persatuan dan perdamaian, tandas Inep yang dalam pertemuan itu beberapa kali berkata menggunakan bahasa Sansekerta. (van/avi)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
SMS Raja Samu Samu IV (21Maret2013):
“Silatnas Raja & Sultan Nusantara I - 2009, dibuka oleh Presiden RI, di Istana Merdeka - Jakarta, Silatnas Raja & Sultan Nusantara II - 2011, dibuka oleh Wapres RI, di Bandung, Insya Allah Silatnas Raja & Sultan Nusantara III -2013, juni 2013 mendatang, rencana akan dibuka Presiden RI, di Malang.
DUM.
Wassalam (Raja Samu Samu VI)
Cc.: Bestdaya Bdg”. — with Rusdal Fajr St Inayatsyah and 34 others at Istana Negara RI.
MERDEKA INDONESIAMU MERDEKA MALAYSIAKU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'
October 18 at 10:43pm · Like · 5
Ratu Rimba Niagara KOTA WISATA BAGAIKAN KOTA KAYANGAN TURUN KE BUMI
Kota Wisata di Jawa Timur
Bagaikan Kota Kayangan Turun Ke Bumi...
Mengindahkan bumi
Di malam hari bercahaya bergemerlapan
Bagaikan bermandikan cahaya bintang-bintang di langit
Di siang hari berwarna-warnikan bunga-bungaan
Bauan wangiannya
Mengharum di setiap penjuru
Kota Wisata Kayangan
Kota Wisata Kayangan
Sebuah istana tersergam indah
Di kelilingi pelbagai Universitas, Politeknik Kesehatan
Dan punyai ratusan PTS
Kota Wisata Kayangan
Digelar juga Kota Militer terpilih sebagai Kota Satria
Didirikan tempat pelatih militer
Agar rakyat berjiwa satria
Demi mengekalkan kemerdekaan Indonesia
Kota Wisata Kayangan
Kota segala cita dan cinta
Bersemi di situ
Semuanya bercita-cita murni semurni hati Syurga
Semuanya punyai cinta untuk saling menyayangi
Mengasihi sepenuh hati yang ikhlas karena Allah Azzawajallah
Pengurnia Cinta Dan Rindu
Karena Cintakan hamba-Nya Diciptakan Adam...
Adam tidak dibiarkan hidup tanpa cinta
Makanya DiKurniakan Hawa untuk Adam cintai sepanjang hayat
Bermula cinta di Syurga
Berakhir cinta di Syurga yang tidak bernoktah
Indahnya cinta di Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Begitulah bermulanya cinta
Untuk semua anak cucu Adam Dan Hawa contohi
Adam Dan Hawa idola cinta
Karena mensyukuri Cinta Kurniaan Ilahi
Di Kota Wisata kayangan
Penghuninya sentiasa berbahasa santun
Saling menghormati
Saling menghargai bakat Kurniaan Ilahi
Saling mendukungi cita dan perjuangan
Tiada dibiarkan tersisih
Walau siapa pun mereka
Darjat tidak pernah untuk saling menyisihkan
Tapi untuk mentautkan kasih tersisih demi meraih redho Ilahi
Kota Wisata bagaikan kayangan yang indah mempersonakan
Mengingatkan kita Kebesaran Tuhan betapa indah-Nya Syurga
Sesungguhnya Syurga itu Indah-Nya tidak terjangkau oleh pemikiran
Manusia tak pernah terdengar tak sama yang dibayangkan
Karena terlalu indah-Nya Syurga
Hanya mereka yang telah diizinkan Allah SWT menjadi penghuni Syurga
Segala keindahan di dunia ini Allah SWT cuma perlihatkan 1%
99% ada di Syurga SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Keindahan 1% yang Allah perlihatkan sudah cukup cantik dan indah
Inikan pula 99% SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Sesunguh-Nya Allah Azzawajallah sajalah yang layak Di-Agungkan
Segala Kesempurnaan Milik-Nya
Segala Kekayaan Milik-Nya
Segala kebijaksanaan Milik-Nya
Kita didatangkan ke dunia ini
Hanyalah titipan untuk menyemarakkan
Cinta Suci Allah Azzawajallah kepada segenap sanubari manusia
Perjuangan kita untuk saling memberi manfaat kepada yang memerlukan
Sebagai bekalan kita untuk Alam Akhirat Dipersembahkan kepada Allah Azzawajallah
Moga bekalan kita mendapat Pandangan Rahmat Kasih dari-Nya
In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Kota Wisata Kota Kayangan Syurga
Biarpun indahnya cuma 1% dibandingkan Keindahan Syurga tapi sudah cukup menginsafkan satu keindahan di dunia ini cumalah sementara
Apalah yang hendak dibanggakan dengan darjat , pangkat, harta dan ilmu dimiliki semua-Nya bersifat sementara yang kekal hanya milik Allah Azzawajallah yang Dikurniakan di dunia ini kita Syukuri
Hidup saling menghargai di antara satu sama lain
Saling menyayangi hanyalah untuk meraih cinta dan redho Allah Azzawajallah, kita saling menjalinkan talisiraturrahim sesama Islam seiring hati berbunga Syurga
Di Kota Wisata bagaikan Kota Kayangan dari Syurga yang turun ke bumi
Menginsafkan kita tentang Kebesaran Tuhan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Indah-Nya Kota Wisata Kota Kayangan Syurga Kurniaan dari Ilahi untuk semua yang Mensyukuri Kurniaan Ilahi
Karya Ratu Rimba Niagara @ Puteri Alam Nilam Purnama
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapura/Thailand
8 Syaaban 1434H
18 Juni 2013
(PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MERAIKAN JALINAN TALISIRATURAHMI NASIONAL RAJA SULTAN NUSANTARA III JUNI DI KOTA MALANG)
Ratu Rimba shared Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari'sphoto.
Monday baru belajar membela monyet comel ini
Ratu Rimba Niagara INI LAH PENGGANTI SI KUNTA SI KUNTE KU YANG TELAH MATI LEMAS DI OMBAK RINDU TIKA MAHU MENCARI MAHKOTAKU YANG HILANG. ALLAH SWT TELAH MENGGANTIKAN YANG LAIN UNTUK MENYOKONG PERJUANGAN SASTERAKU. APA NAK BUAT NAK HARAPKAN RAKAN FB TAK ADA YANG SUDI NAK MENYOKONG...SEDIH HATIKU BUKAN KEPALANG...TENGAH PIKIR NAK BAGI NAMA APA NICH ...
Ratu Rimba Niagara KU BERI NAMA
SATRIA DIRAJA NUSANTARA ...
Kedaton Kraton Wahyu Utamaposted toRatu Rimba Niagara
March 21
Sertifikat kerabat kedaton kraton Wahyu Utama dianugerahkan kepada Ratu Rimba Niagara
Hendra Ibrahim Bangsa melayu bukan hanya sekadar menjaga kebudayaan dan adat istiadat Melayu saja, Bangsa Melayu adalah Bangsa yang besar yang dikenal diseluruh dunia dengan semua kemampuan dan potensinya, serta adat istiadat yang sangat santun dan bermartabat, Bangga dan berusahalah membesarkan dan membangkitkan Melayu yg telah pudar dan jangan lemah menghadapi arus zaman, karena melayu tak kan hilang ditelan zaman. Bangsa yang besar ditentukan oleh para satria dan pemimpin2 nya. kalau sudah memegang nama melayu, berjuanglah, jgn bermalas2an. karena melayu itu sangat Agung dan Mulia.
Daulat Tuanku...
Ampun Tuanku beribu ampun,
Mohon patik masuk mengadap
Mohon patik merangkai khilaf
Mohon patik persembah rasa
Tuanku pelindung keluhuran
Tuanku Payung kesejahteraan
(DANA KARYA SASTRA NUSANTARA DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN JALINAN TALISIRATURAHMI NASIONAL RAJA SULTAN NUSANTARA III JUNI DI KOTA MALANG SALAM SUKSES SEMUA YANG HADIR DARIPADA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA HAMBA SAYANG SEMUA DEMI-NYA SELAGI HAYAT DI KANDUNG BADAN)
23 Juni 2013
INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA DIMARTABATKAN MELALUI KARYA-KARYA TEATER BANGSAWAN DIRAJA KARYA RATU RIMBA NIAGARA IN SHAA ALLAH AAMIIN.
MERDEKA INDONESIAMU MERDEKA MALAYSIAKU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'
(PETIKAN DARIPADA WALL MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN & RATU RIMBA NIAGARA)
13 Zulhijjah 1434H
18 Oktober 2013M
PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA
PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
1 Rejab 1435H
1 Mei 2014
Tiada huraian foto disediakan.

Sandra Putria sedang bersama Teteh Ratu Tea dan 11 yang lain.

♥☀◦˚☆♥♥☆ — Kata Mutiara ♥☀◦˚☆♥♥☆ —
Orang pandai dan beradab tak kan diam di kampung halaman..
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang...
Pergilah, kan kau dapatkan pengganti dari kerabat dan teman..
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang..
Aku melihat air yang diam menjadi rusak karena diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih jika tidak dia kan keruh menggenang....
Singa tak kan pernah memangsa jika tak tinggalkan sarang...
Anak panah jika tidak tinggalkan busur tak kan kena sasaran
Jika saja matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang...
Rembulan jika terus-menerus purnama sepanjang zaman...
Orang-orang tak kan menunggu saat munculnya datang..
Biji emas bagai tanah biasa sebelum digali dari tambang
Setelah diolah dan ditambang manusia ramai memperebutkan
Kayu gaharu tak ubahnya kayu biasa di dalam hutan...
Jika dibawa ke kota berubah mahal jadi incaran hartawan...
Salam Ukhuwah fillah selalu.....
1 Perkongsian
Kongsi
PANTUN SAMPAI SYURGA KITA BERKASIH
Ratu Rimba Niagara:
Dalam hati ada taman,
Taman cinta berhati rindu;
Aku disepikan teman,
Makanyanya pergilah rindu.
Sri Mawar .
Panas terik memakai topi
berjalan kaki ke hujung tanjung
teman menanti mula menyepi
dinda di tunggu lambat berkunjung
Ratu Rimba Niagara
duhai kanda yang kusayangi,
kurindumu dalam sepi;
rindu dendam tak tertahan lagi,
air mata kasih kukurimkan di angin sepi.
bukan ku tak mahu menyapamu kanda,
ku takut tersalah bicara;
mengguriskan hatimu tidak kumahu kanda,
biarlah kupendam rindu membara.
maafka aku duhai kanda,
kusayangmu dalam diam;
kutakut tak terbalas kasih kanda,
tersisihlah aku merana dalam diam.
sejak kukenal karyamu,
di negeri antah berantah;
aku hayati karyamu,
karyaku rasa tersisih.
napa kanda tak sudi menyapa,
kanda biarkan dinda sendirian;
berkarya bukanlah suka-suka,
tapi tetap juga disisihkan.
adakah kanda malu menyapa dinda,
kitakan minat yang sama;
karya kanda karya dinda,
berbeda tapi matlamatnya sama.
berkarya bukan ingin mencipta nama,
jauh sekali untuk berbangga diri;
ayuhlah kanda kita bergandingan bersama,
berkarya meraih Cinta dan Kasih Ilahi.
di angin lalu kuseru namamu kanda,
kau diam tanpa bicara;
ku tak tahu apa salahku kanda,
dalam diam rinduku membara.
tahulah dinda tak sehebatmu kanda,
karyamu puitis lagi indah didengar;
dinda mahu belajar denganmu kanda,
hasilkan karya puitis agar indah didengar.
hari-hari dinda berkarya,
dunia karya dunia dinda;
dinda minat sangat berkarya,
berkarya bukan niat mengada-ngada.
mereka kritik pantun dinda,
entah apa-apa tak serupa pantun;
tiada pembayang terus kepada fakta,
itulah cara dinda berpantun.
mereka nak kritik..kritiklah,
dinda tetap tak akan mengalah;
dinda berpantun berbedalah,
asalkan kita berkarya tak mengalah.
apa nak dikisahkan,
kita berkarya bukan kerana mereka;
kita berkarya kerana telah ditakdirkan,
bersyukurlah moga ada Nilaian di Sisi-Nya.
kita berkarya tanda syukur pada-Nya,
kita jauhkan bahasa menyakitkan hati;
perselisihan menguncang murka-Nya,
jika begitu matikan pena biar terhenti.
berkaryalah semahumu,
Insya-Allah kan kubaca karyamu;
Kubaca kuhayati tanpa jemu,
Moga Allah memberi kekuatan itu.
berkarya mengundang rindu,
berkarya disepikan rindu;
kita saling rindu merindu;
bila kau sepi kularut rindu.
rindumu kularut di ombak rindu,
dibiarkan hayut dibawa ombak;
pergilah rindu itu yang kau mahu,
rinduku hilang di laut tak berombak.
mana ada laut yang tak berombak,
itu dunia ilusimu yang tak realiti;
rindumu yang tak berombak;
makanya relakan ku pergi.
padamu kanda aku mengunggu,
jadikanlah rinduku rindumu realiti;
seiring keredhaan Tuhanku Tuhanmu,
agar rindu dan kasih diredhai.
hidup ini penuh pesona dunia,
dilalai terlalai kita yang rugi;
kita hargai hidup setetes cuma,
agar hidup mati tiada rugi.
usia tersisa kita hargai bersama,
entah esok lusa dijemput pulang;
merana hati amalan tiada bersama,
di alam barzah bekalan yang kosong.
duhai kanda kita ditemukan atas kehendak-Nya,
bukan untuk saling menyakiti hati;
untuk bermusuhan gara-gara berkarya,
buang yang keruh kita simpulkan kasih di hati.
kasihmu kasihku sejati,
tak akan makan hati;
semuanya suka hati,
diikasih sampai mati.
duhai kanda disayangi dunia akhirat,
kita bersumpah setia sehidup semati;
moga Allah berkati dunia akhirat,
itulah yang kita sama hajati.
duhai kanda marilah kita sama berbakti,
pada Tuhan pada semua hamba-Nya;
biarlah hati kita dilukai disakiti,
berbakti tetap berbakti sampai mati.
kasihmu kasihku tersimpul mati,
tak akan ada penyelewengan cinta;
kerana kita mahu hidup diberkati,
sampai mati Allah jua tetap diCinta.
duhai kanda berjanjilah pada dinda,
menabur budi jangan harap balasan;
semuanya kerana Allah diCinta,
pasti ketenangan sebagai balasan.
sampai disini pantun terhenti,
dikarang istimewa untuk kanda tercinta;
cinta kita jangan terhenti,
moga sampai di Syurga kita bercinta.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 Oktober 2012
(PETIKAN DARIPADA GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA)
3 Perkongsian
Kongsi

SEHATI SEJIWA SENADA SEIRAMA
Bukan mahuku turutkan hati,
Kerna tiada langsung perasaan benci;
Cuma aku salahkan diri sendiri,
Kerna tak menghargai persahabatan sejati.
Bagiku kalianlah sahabat sejati,
Berkata tidak mengikutkan hati;
Harap maafkan aku ini,
Kerna persahabatan sentiasa abadi di hati.
Negaramu negaraku serumpun sejiwa,
Saling bersahabat saling menghormati;
Kekal abadi menjadi sahabat sehati sejiwa,
Rakyat dan pemimpin saling memahami.
Dua benua ikatan ukhwah terjalin,
Ukhwah persahabatan dalam perpaduan;
Tiada sengketa di antara dua benua lagi,
Pasti rakyat antara dua benua dalam kebanggaan.
Saling hormat menghormati bersatu hati,
Menyelesaikan segala isu negara penuh berhemah;
Tiada rasa kecewa di hati,
Maka terjalinlah kemesraan ikatan ukhwah.
Persahabatan rakyat Indonesia dan Malaysia,
Lambang Perdamaian Antara Dua Benua;
Sehati sejiwa senada seirama,
Moga berkekalan abadi selamanya.
Karya Rha NS
20 Oktober 2011
1
1 Perkongsian
Kongsi

YA ALLAH TOLONG KAU PINJAMKAN KASIH SAYANG MOCIK PADAKU LAGI
Jama 4.30 pagi. Aku dikejutkan oleh puteri bongsuku Nor Eqa.
"Ibu kucing luar masuk rumah kita... ibu tengoklah Mocik ni..."
kata Eqa penuh cemas.
Mocik seakan nazak. Lidahnya terjelir-jelir sesak nafas.
"Mocik...Mocik...Mocik...." Ku panggil namanya berkali-kali.
Kalau Mocik mati tiadalah aku tempat bermanja lagi. Selama ini
Mociklah penyejuk hatiku. Dialah yang memahami segala masalahku.
Biarpun dia tidak berkata-kata tetapi melalui renungan matanya
aku amat memahami. Begitu juga dia amat memahami aku. Kami saling
berkominikasi melalui cara yang kami fahami sendiri.
Ketika Mocik baru dilahirkan oleh Ibunya, Si Mama Ren telah
menghantar Mocik ke rumahku. Mocik pandai berdikari dan pandai
mengambil hati kami anak beranak.
Mama Ren selalu juga datang menjenguk Mocik membawakan makanan
untuk Mocik...kepak ayam KFClah , burung yang ditangkap pun
diberikan pada Mocik dan bermacam-macam lagi.
"Zana tenguk tu...Mama Ren bawakan KFC untuk anaknya...walau
pun dia tidak membela anaknya tapi masih sayang dan ingatkan
anaknya. Anaknya ikut je cakap ibunya supaya tinggal di rumah
kita dan mesti jadi anak angkat yang baik. Patutlah Mocik baik
sangatkan."
"Iyelah ibu...zana pun nak jadi anak yang baik macam Mocik."
"Ha...jadi anak yang soleha...isteri soleha dan ibu mithali nanti
ye."
"Aamiin Ya Rabbal A'Lamin."
Itu kisah 7 tahun dahulu. Sekarang Mocik sudah dewasa ...Mocik memang
merupakan anakku yang baik sekali. Dengar kata dan pandai mengambil
hatiku.
Tapi sekarang Mocik dah nazak! Buntu aku di saat Mocik nazak.
Aku mengambil sebekas mangkuk lalu kuisikan air, aku mengambil
Mocik yang sedang nazak.
Mocik kuriba dan kumasukkan titisan air ke mulutnya. Kusapukan air
ke mukanya sambil berselawat...mengucap...seolah-olah aku sedang
mengajar Mocik mengucap sambil itu aku berdoa, "Ya..Allah tolonglah
aku Ya Allah....Tolonglah Kau pinjamkan kasih sayang mocik padaku lagi.
Aku masih belum puas berkasih sayang dengannya...tolonglah aku Ya Allah"
Aku menyuruh Eqa mengambil sehelai kain batik. Lalu kuselimutkan Mocik
dan kupeluk Mocik seperti memeluk bayi . Mocik terlena dalam dakapanku.
Karya Rha NS
20 Oktober 2011
Kongsi

KARYAKU DUNIAKU! SASTRAKU DUNIAKU!
Duhai hati kenapa kau setega itu?
Kau tak rasa bersalah ke pada
semua teman-teman di alam mayamu?
Adakah kau taksub dengan dunia kau?
Hingga kau setega itu melepaskan mereka
daripada menjadi teman alam mayamu...
Duhai yang memeliki hatiku...
Saat kau tanya soalan ini
aku bagaikan disaat-saat dihiris sembilu pilu...
Jiwaku meruntun merasa aku bersalah
hingga saat ini aku terluka dan retak seribu
tapi terlebih dahulu aku sudah meminta maaf
kepada mereka semua kenapa aku harus mengundurkan
diri daripada mereka
Moga mereka semua maafkan aku dan Allah ampunkan aku
Matlamat aku mahu berkawan dengan mereka kerana mahu:
Bertukar-tukar pendapat dan idea
Berkongsi pengalaman mereka
Berkomunikasi di alam maya dalam ertika kata positif,
mesra dan harmonis bertukar ilmu yang mereka ada tapi
bukan tujuan untuk berbangga diri dan merendah-rendahkan
sesiapa saling ingat mengingati nasihat menasihati dalam
suasana bijaksana dan mengundang Nur Hidayah Kasih dariNya
Pabila kusiarkan karya-karyaku pada mereka...
Cuma seorang dua saja yang memberi sokongan habis-habisan
Yang lain senyap...
Biarpun mereka sendiri orang sastera sama macam aku minat sastra
tapi tidak sebagaimana yang kuharapkan untuk menyokong minat
sasteraku ini
Habis engkau mahu mereka memuji karyamu hebat sangat!
Begitu yang kau mahu?
Tidak terlintas pun aku mahu mereka memuji karya aku begitu...
kerna aku sedar siapa aku...yang tidak sehebat sasterawan
yang hebat-hebat aku cumalah peminat sastera picisan di jalanan
yang tidak dipandang sebelah mata oleh sesiapa dan aku pun
bukan hendak dipandang sesiapa yang aku mahu Allah Taala
yang pandang kerja-kerja penulisanku...
Aku menulis kerana:
Kasih sayang pada Allah dan sekelian manusia ciptaan
Allah Taala Tuhanku
Tiada niat langsung untuk membangga diri atau hendak
mempopularkan diri
Kau tahu puluhan tahu aku menyepi diri kerana aku
tidak suka orang mengenali siapa aku tapi untuk pengetahuan
engkau bukan semudah ini aku memunculkan diriku di alam maya
Kau cakap tak serupa bikinlah...
Bukan saja kau menyiarkan ribuan karya-karya mu dan bergaya
bagaikan permaisuri apa matlamatmu? Itu yang kau katakan
bukan membangga diri?
Aku siarkan karya-karyaku kerana Allah beri aku ilham tak
akan lah aku nak lepaskan beitu saja rugilah aku kerana
setahu aku setiap yang baik itu datangNya dari Allah
moga karyaku ada nilaian di Sisi Allah
Habis tu yang kau bergaya bagaikan permaisuri tu kenapa?
Kau berangan nak jadi permaisuri ke? Cerminlah sikit diri kau tu...
jangan nak berangan yang tak akan jadi nyata...Hahaha ada hati konon
Masya-Allah aku tak terfikirpun ke situ...
ada aku kata aku nak jadi permaisuri?
Yang aku kata nak jadi Permaisuri Rimba Niagara.
Adakah kau faham apa maksud Rimba Niagara?
Rimba itu maksudnya hutan...maknanya Permaisuri Hutan. Adakah
manusia yang tinggal di hutan?
Tak ada yang ada di hutan haiwan...
Ha...tahu pun engkau...takkanlah aku nak jadi permaisuri hutan
kau kata aku hendak berbangga diri?
Ye tak ye juga ye...tapi takkan lah kau bercita-cita hendak
menjadi permaisuri hutan ye?
Engkau ni pun satu...lurus tiang sangat...ini semua untuk
menghidupkan watak dalam karyaku Putera Sang Kuriang...
Sampai begitu sekali?
Kalau aku tidak hargai karya aku siapa lagi! Kerana
Karyaku Duniaku! Sasteraku Duniaku!
Dan untuk pengetahuan engkau aku sentiasa sedar siapa
aku ini...seorang wanita yang telah lanjut usia dan
yang kau lihat cantik itu cumalah sebagai topeng makeup
dibuang makeup itu jadilah aku wanita hodoh ...
jangan terpedaya dengan topeng makeup ye...
Sekarang baru aku faham ...kenapa dan kenapa...
Apa yang kau faham tentang kenapa? Boleh aku tahu...
Kenapa kau lepaskan rakan facebookmu....
Kenapa kau bergaya bagaikan permaisuri ...
Kerana Karyaku Duniaku! Sasteraku Duniaku!
Karya Rha NS
19 Oktober 2011
1
4 Komen
4 Perkongsian
Kongsi
1
4 Komen
4 Perkongsian
Kongsi

4 Komen

  • Rans Romeo
    The Best...
    1
  • Kaulah antara sahabatku yang sentiasa ikhlas dalam memberi semangat juangku dan amat faham dengan dunia sastraku!Menulis bukan kerana nama tapi untuk mendapat kasih sayang Allah dan kasih sayang manusia di bumi ini dan jika aku tiada nanti karya-karya yang kutinggallah lambang kasih sayang aku pada penghuni bumi yang mana aku pernah berhidup di muka bumi ini termasuk juga kau kerana namamu telah kuabadikan di blogku duhai...sahabatku di benua Indonesia yang bernama Rans Romeo! Moga persahabatan antara dua benua ini menjadi lambang Perdamaian Di Antara Dua Benua!
    1
  • Rans Romeo
    Penerjemahan bahasa yg sangat dalam n mimpi yg sangat sulit tuk diraih buatku dlm mewujudkn "Perdamaian Di Antara Dua Benua!".. Intinya buat sy persahabatn terbina dari rasa ikhlas n hati yg tanpa setitikpun noda dendam.. Rasa sungkan, Sikap saling menghargai, tidak memilih latar belakang seseorg merupakn salah satu wujud persahabtan sejati...
    Bunda,.. Saya blm menerima jwban atas alasan yg diminta sblmnya..
    Smg qt m'jdi yg terbaik di antara yg baik..
    1
  • Jawapannya setakat yang dalam fahamanku saja...dan sudahku siarkan di blog bunda ...bagi bunda Persahabatan Yang Membawa Erti Perdamaian Antara Dua Benua...itulah jawapannya. Yang difikirkan Perdamaian dan Keamanan ...yang lainnya tugas mereka macam mana mahu realisasikan Perdamaian Secara Berhemah Dan Bijaksana tanpa mencetuskan kemarahan rakyat kedua benua dan akhirnya melibatkan rusuhan besar di antara dua benua. Moga semua rakyat dan pemimpin di antara dua benua menemui kata sepakat dan menerima segala keputusan dengan rasa puas hati tanpa sakit hati dan dendam yang membara-bara. Aman antara dua benua ini amanlah dunia ini ... Insya-Allah dan generasi antara dua benua boleh tersenyum bangga dalam kesyukuran.
    1
    • Suka

KUMILIK-MU TUHAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah aku mulakan berkarya
Ya Allah kurniakan aku ilham
yang membuatkan jiwaku tenang
setenang air di kali Syurga
menjadi ladang amalku
sedekah jariahku
saham akhiratku
semua-Nya ada nilaian di sisi-Mu
berkarya kerana-Mu
bukan mahukan pandangan manusia
tapi hanyalah pandangan-Mu
jika aku berkarya mahukan dipandang manusia
aku sombong dan bongkak
jika pandangan-Mu
membuatkan aku teruja
menulis terus menullis tentang
Kebesaran-Mu
Keagungan-Mu
Keesaan-Mu
segala urusan dunia akhir-Nya berpulang kepada-Mu jua
aku mahu pulang dalam bekalan amal yang Kau redhai
pulang bertemu-Mu dalam fitrah-Mu
seperti aku baru dilahirkan ke dunia
jika itu yang Kau Perkenankan
tenang jiwa dan rohku
pasti indah pertemuan Kau dan aku di kala itu
AAmiin AAmiin AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
"TIADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN DENGAN IZIN-MU JUA PADA-MU KUSANDARKAN SEGALA URUSAN DUNIA AKHIRATKU KERANA SEGALA-NYA MILIK-MU"
......................................................
kuMilik-Mu TUHAN
19 Syawal 1435H
15 Ogos 2014
Assalamualaikum shbt2...
Tegakkan tauhid....tebarkan sunnah...
MOGA ALLAH MENYATUKAN KASIHKU KASIHMU KERANA KASIH KAU DAN AKU TELAH SERASI SEJAK AZALI SERASI DI DUNIA SERASI DI SYURGA AAMIIN
TUJUH PETALA LANGIT TUJUH PETALA BUMI BERSAMA MEREALITIKAN CINTA-NYA
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI
INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN BAHAGIA UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
20 Oktober 2021


"SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLA BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

0 comments:

Post a Comment

 
;