Friday, 14 January 2022

SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (181) MAKRIFAT ILMU

SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (181) MAKRIFAT ILMU


Suka
Komen
Kongsi

YA ALLAH KURNIAKAN KAMI MAKRIFAT ILMU
Ya Allah
keluarkan kami dari kegelapan ragu dan
muliakan kami dengan cahaya kefahaman
bukakanlah kami makrifat ilmu,
berilah cahaya pada hati kami
sebagaimana Engkau beri cahaya
kepada matahari dan bulan.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
CINTA KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Kau dilahirkan
untuk memberi
Rahmat Sekalian Alam
Berpekerti mulia
menempuh segala cabaran
dan dugaan semata-mata
untuk menyebar
Agama Suci Allah
Berkorban apa saja
demi umat sezamannya
dan akhir zaman
Sambil berdiri, duduk dan
berbaring sentiasa
mengingati umatnya
mencintai umatnya
sepenuh hati
sepenuh jiwa
Masya-Allah!
Sentiasa berdoa pada Tuhan
agar umatnya mati dalam
ucapan kalimah
Laa Ilaaha Illallah Muhammadar Rasulullah
Risaunya Nabi terhadap umatnya
hingga nafas terakhir
menyebut-nyebut umatnya
‘Umatku! Umatku! Umatku!
Duhai Kekasih Allah
Nabi Muhammad S.A.W
Biarpun telah tiada jasadmu
Budimu…
Pengorbananmu…
Cintamu kepada umatmu
akan dikenang…
dihargai dan
disanjung tinggi hingga
ke akhir hayat kami
Kami tahu kau mencintai kami
ketika berdiri… duduk dan berbaring
hingga ke akhir hayatmu
Amatlah rugi dunia akhirat!
malang dunia akhirat!
Jika kami tidak membalas cintamu
Wahai Nabi Allah
Kekasih Allah
Sebagai balasan cintamu
pada kami umatmu
kami akan menjadi
pewaris setiamu
menyebarkan dakwahmu
Al-Quran dan Hadis
yang kau tinggalkan
untuk kami umatmu
Selawat untukmu
wahai kekasih Allah
terimalah kami
menjadi kekasihmu
sebagaimana kau
menjadi Kekasih Allah
Moga dengan cinta kami ini
dapatlah kami keberkatan
cintamu di dunia …
Di Padang Masyar
mendapat Syafaatmu
Amin Ya Rabbal A’lamin.
Karya RAtu Rimba Niagara
24 Muharram 1434H
7 Disember 2012M
Sulaiman Dawud and Dhei Melon like this.
Sulaiman Dawud Allahumma Sholli 'Alaa Muhammad Wa 'Ala Alihi washohbihi Ajma'iin
STATUS KITA ADALAH MILIK-NYA
Duhai bidadaraku yang kucinta kerana-Nya...
aku suka sama kamu kerana semangat juang fisabilillahmu
aku jatuh cinta sama kamu kerana kau Kekasih-Nya
maka aku ingin menjadi milikmu jika kau sudi
kerana kaulah akan membimbingku menyokongku
agar bersama menggapai bintang di langit ke tujuh
bintang yang ingin digapai itu adalah cinta-Nya
Insya-Allah jika kau yakin
cinta kita adalah anugerah dari-Nya
gelombang di Lauh Mahfuz...
bergema di hatiku di hatimu
makanya kau akan menyahut gelombang itu
tanda kau dan aku syukur pada-Nya
bahawa aku milikmu
kau milikku
status kita adalah hamba-Nya milik-Nya
akan pulang ke Pangkuan-Nya
moga kita pulang dalam
jiwa yang tenang
diterima sebagai roh-roh suci
asal kejadian kita daripada roh suci
bila sampai masanya dijemput pulang
pulangnya kita nanti sebagai roh suci juga
Insya-Allah Aamiin Aamiin Aamiin
Ya Rabbal A'Lamin.
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Disember 2012
BUNGA-BUNGA SYURGA
Bunga-bunga Syurga
sentiasa mewangi
menyegarkan iman
menjadi hambaNya yang bertaqwa
antara hamba dengan PenciptaNya
Bunga-bunga Syurga
dilerai-leraikan kelopak bunganya
lalu diagih-agihkan kepada
mereka yang tersayang keranaNya
dibahagi-bahagikan wangian cintaNya
agar terus meresap ke kalbu hati
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
MencintaiNya
rasa tak jemu-jemu
memujiNya memujaNya
rasa dunia ini tersenyum indah
semakin memujiNya semakin rindu
semakin memujaNya semakin cinta
rasa masa cepatnya berlalu
Aku sesungguhnya cinta
terpana Dzat cintaNya
Allahu Akbar
tiada apa lagi yang hendak kusandarkan cinta
KECUALIMU
janganlah Kau pergi dariku
Aku bersujud tanda aku cintaMu
aku berzikir tanda aku rinduMu
Aku karangkan puisi rindu
aku karangkan puisi cinta
tanda rindu dan cintaku hanya untukMu
Dalam aku rindu aku cinta padaMu
KAU hadirkan bidadara Syurga untukku
Allahu Akbar
begitu ENGKAU amat memahamiku
mengurniakan aku hambaMu
agar aku lebih dekat denganMu
agar aku dan dia mencintaiMu
mengatasi segalaNya
Hanya ENGKAU yang kami cinta
karena kami cintaMu
kami redha cinta kami disatukan dalam redhaMu
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Disember 2012
PELAYARAN PURNAMA MALAM
Duhai dinda
pelayaran ini indah
syair gurindam puisi pantunmu
seindah pelayaran kanda di malam penuh syahdu
Bulan bintang menemani kanda
sepanjang pelayaran ini
setiap kali kanda membaca
syair gurindam pantun puisimu
ombak bersahutan
bagaikan irama dan lagu
sungguh syahdu
deruan ombak
kilauan bintang
sinaran rang bulan
membuatkan pelayaran bahtera diRaja Kayangan
indah seindah cinta kita
Sabarlah menanti dinda
gelombang di Lauh Mahfuz
tak pernah berhenti bergema di kalbu
percayalah cinta kita sudah tercatat sejak azali
sabarlah menanti dinda
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Disember 2012
TERIMA KASIH SUDI MENCINTAI AKU
Duhai kasih
terima kasih kerana sudi mencintaiku
biar pun kau tahu aku selalu sepikan kamu
aku buat-buat tak tahu kau sukaku
aku saja buat-buat tak tahu kau cintaku
ah! kenapa malu
suka bilang suka
cinta bilang cinta
yang kutahu
kau sudah dimiliki cinta
siapalah aku di hatimu
tapi izinkanlah aku
bertahta di hatimu
sekadar melepaskan rindu
yang terpendam
malu untukku luahkan padamu
ah! siapalah aku
kau yang kurindu
kau yang kucinta
tapi aku tak bisa memadamkan rindu
tapi aku tak bisa memadamkan cinta
puas kucuba melupakanmu
bayanganmu ada di mana-mana
mengekoriku
ah! cintamu membuat aku jadi galau
malamku bertemankan purnama
hatiku rasa damai
melihat senyumanmu
di purnama kau membalas rinduku
ah! indahnya di kala itu
rinduku
cintaku
kau bawa bersama di purnama malam
sungguh aku rindu
sungguh aku cintakanmu
moga DIA merestui cinta kita
Karya Ratu Rimba Niagara,
31 Disember 2012
SABARLAH SAYANG
Sabarlah sayang
sapukan air matamu
percayalah setitis airmatamu
bisa disaksikan oleh seluruh penghuni langit dan bumi
kaulah yang berjiwa penyayang
biarpun dalam perih
biarpun dalam terseksa
kau masih berusaha
mendapatkan makanan untuk keluargamu
Allahu Akbar
kaulah bapa yang penyayang
kau lah Adam idola sedunia
kaulah pencinta Hawa sejati
kau cintakan anak-anak Hawa
makanya tiada alasan untuk kau berusaha
mencari sesuap rezeki demi cintamu pada keluargamu
aku tabik hormat padamu duhai idola Adamku
Moga Allah SWT merahmatimu sekeluarga
Insya-Allah Aamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Disember 2012
KANDA SAJA YANG SAYANG PADAMU SHAHRINA!
Duhai dinda Shahrina ...
Jika sayang pada kanda...
Kenapa sepikan kanda
Kenapa tak singgah di laman fb kanda
Asyik kanda je beri komen di wallmu
Tapi dinda tak langsung beri komen di wall kanda
Adil ke itu Shahrina Ahmad Sharkawi
Kitakan kawan akhirat
Sama-sama hendak pergi ke akhirat
Sama-sama sudah dikenalkan sejak alam azali lagi...
Kalau kita benar kawan
Pasti kita saling berkomunikasi apabila perlu
Ini tidak kanda je yang terhegeh...hegeh pada dinda
Shahrina...
Sedih hati kanda ni...
Jika takdir memisahkan kita gara-gara
Komunikasi yang bisu dan lesu ini
Maafkan kanda ye...
Kanda cuma mahu berkawan
Dalam suasana win win
Tak mahu kanda je mengalah
Berkomunikasi seorang-seorang
Seolah kanda tak wujud
Sebab itu rakan fb kanda tak ramai
Yang mana bisu dan lesu
Terus kanda undurkan diri
Kerana kanda disepikan mereka
Sebab kanda sudah anggap mereka
Seperti keluarga kanda sendiri
Sakit mereka
Sakit kanda juga
Tapi apalah artinya kanda saja yang sayang
Tapi mereka tak sayangpun kanda...
Izinka kanda pergi kalau itu boleh membahagiakan dinda...
Bergembiralah bersama dengan kawan-kawanmu Sharina...
Kanda yang terlara sepi olehmu...
Ratu Rimba Niagara
31 Disember 2012
KUPETIK BINTANG UNTUKMU
duniaku karya
karya....karya...karya...
tak berkarya
seakan berhenti jantungku
Rakan-rakanku adalah sumber inspirasiku berkarya
terima kasih kawan-kawan
tanpamu pasti kusepi
kehadiranmu menceriakan aku
menceriakan aku berkarya
Seakan setiap hari
kupetik bintang di langit ke tujuh
bahagianya dunia karyaku
lagi kupetik kemudian kuagih-agihkan
lagi banyaknya bintang-bintang
menyuruh aku memetiknya
sehingga bakulku yang kosong di pagi hari
tak sampai senja hari dah penuh
tapi masih lagi tak habis memetik bintang
tak sampai hati bila bintang ada yang kecil hati
lalu menangis kerana aku tak sudi memetiknya
bukan aku tak sudi sayang...
bakulku terlalu penuh dengan bintang-bintang...
takut aku tak terpikul amanah sayang...
nanti jika diizinkanNya
akan kupetikmu jua
sabarlah ye....
doamu amat kuperlukan
agar dapat kupetik semua bintang-bintang ini
untuk kuhadiahkan kepada semua
penghuni bumi yang tersayang
kalian terlalu berharga untukku
kasih kalian budi kalian
pada seluruh penghuni bumi
amat kami syukuri
kalianlah Permata Syurga
yang nilainya terlalu amat
berharga daripada alam dan seiisinya.
tiada apa yang dapat dilafazkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLLAH ALLAHU AKBAR
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Disember 2012
MENGGAPAI BINTANG DI LANGIT KE TUJUH
HIDUPKU CERIA
MAKANYA AKU PERLUKAN INSAN YANG MENCERIAKANKU
CERIA BUAT HATI ADA TAMAN
TAMAN KASIH TAMAN RINDU TAMAN SAYANG
TAMAN YANG BISA MEMBUATKAN HATIKU JADI
KERUH...KELAM...JERUBU...SUNYI SEPI
AKU TAK MAHU SAHABAT YANG GITU
MAKANYA SAHABAT FBKU
TOLONG JANGAN SEPIKAN AKU
JIKA MAHU MENJADI KAWAN FBKU
JIKA KAMU SUKA BACA KARYA-KARYAKU
SUDILAH JUGA BERKOMUNIKASI
DENGAN KARYA-KARYAKU
WALAUPUN SATU PERKATAAN
JIKA KAMU BISU DAN TERUS SEPIKAN KARYAKU
HARAP DIAMPUN JIKA KARYAKU HILANG DARI SKRIN PANDANGANMU, MAAFKAN AKU
KEHADIRANMU UNTUK MENCERIAKAN
KARYA-KARYAKU
BUKAN BUAT KARYAKU JADI NESAN
BIARPUN SIPENGARANGNYA MASIH HIDUP
ITULAH AKU
JIKA AKU SUDAH TIADA NANTI
BARU KAMU MAHU BERKOMUNIKASI DENGAN KARYAKU
PASTI AKU TIDAK DAPAT MENJAWABNYA WALAUPUN SEPATAH PERKATAAN ,' ALHAMDULILLLAH'
DUHAI SAHABAT FBKU
TOLONG HARGAI PERSAHABATAN KITA
KERANA AKU TERIMAMU SEBAGAI RAKAN FBKU
BUKANLAH SEKADAR SUKA-SUKA
TAPI SERIUS
SERIUS DEMI
AKHIRATKU
JIKA KAMU SIBUK
TOLONG TINGGALKAN AKU
KERANA AKU CUMA TERIMA
MEREKA YANG ADA MASA
WALAUPUN SEMINIT
PUN SUDAH MEMADAI
INI MAHU JADI SAHABAT FBKU
TAPI MACAM TAK WUJUD
AKU TAK MAHU BEGITU...
KEPADA MEREKA YANG AKU TINGGALKAN
MAAFKAN AKU ...KERANA AKU TIADA MASA
UNTUK MENUNGGU SAPAANMU... AKU SAHAJA
BERHARAP....BERHARAP....
KEHADIRANMU HANYALAH UNTUK
MENGHAMPAKANKU MEMADAMKAN KECERIAANKU
AKU TAK SUKA BERSAHABAT
SALING BISU MEMBISU
SALING SEPI MENYEPI
DUHAI SAHABAT FBKU YANG 40 ORANG INI
JIKA KAMU RASA AKU INI SAHABAT
YANG MEMBUATKAN HATIMU CERIA
TOLONG HADIRKAN SUARAMU
DI KARYAKU....
JIKA KALIAN TERUS SEPI DENGANKU
MELEPASKANMU ADALAH SATU PENYEKSAAN
DALAM TERSEKSA AKU LEPASKAN JUA
AGAR AKU TAK TERIKAT RINDU DAN KASIHMU
YANG PASTI AKAN MEMADAMKAN
KECERIAAN AKU BERKARYA
HIDUPLAH DENGAN KESIBUKANMU TEMAN
DAN AKU TIDAK AKAN MENGANGGU DENGAN
KESIBUKANMU LAGI
KERANA DUNIAKU DI SINI
DUNIA KARYA
DUNIA FANTASI
DUNIA CITA-CITA
CITA-CITA MENGGAPAI BINTANG DI LANGIT KE TUJUH
AGAR DIA SUDI MEMAKBULKAN CITA-CITAKU
AGAR DIA SUDI MEMBALAS CINTAKU
SEBELUM MATA TERPEJAM
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Disember 2012
Kedaton Kraton Wahyu Utama Selamat tahun baru ,......semangat hidupmu adalah bagian dari kekautan karya karya satra mu adinda Ratu dunia Sastra Nusantara ....Engkau pasti kuat dan kuat melahirkan sastra satra mu nan agung dan Mulia selamat tahun baru sayang ......salam buat semuanya putra putrimu cucumu salam penuh kasih dari jogjakarta bangkit semangat dan semangat menyambut mengisi keindahan tahun baru 2013...
pada 31hb Disember 2012 jam 8.55 ptg ·
Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamin. Terima kasih kanda kerana sudi mendoakan dinda..moga kanda pun begitu jgua sukses dunia akhirat Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
pada 31hb Disember 2012 jam 11.21 ptg ·
YA ALLAH MAKBULKAN CITA-CITA KAMI
2017 membawa arti
bererti bagi kau dan aku
kita bersama memintal pelangi cinta dan cita
menjadi pelangi nan indah
untuk kita hadiahkan kepada anak cucu
agar mereka bisa senyum
agar mereka bisa syukur
bahawa kita menyayangi anak cucu
dengan rasa penuh tanggungjawab
dengan rasa penuh kasih teramat kasih di jiwa
karena kasih
karena sayang
kuturutkan jua walau pun tak berdaya
kuturutkan jua walau pun terseksa
Tuhan tolonglah kami
makbulkan segala cita-cita kami
sebelum kami dijemput pulang ke PangkuanMu
berilah kami peluang
untuk menyebar luaskan
penghambaan cinta kami kepadaMu
agar mereka pun sama menjadi hambaMu
mengabdikan diri semata-mata karenaMu
berkat cinta kami yang setulus ikhlasnya padaMu
temukan kami di SyurgaMu
Aamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Disember 2016
DAMAINYA DI SINI
damainya di sini
kedamaian inilah yang kuimpikan
duhai hati sabarlah menanti
saat-saat damai yang kau impikan
akan menjelma membebat hatimu yang luka
jika lukamu teramat parah
atas bekas-bekas pijakan mereka ke kamu
bila sampainya kamu di situ
bekas-bekas pijakan yang melukakan hatimu itu
akan disapu habis oleh simbahan air laut yang tenang itu
hingga satu bekas pijakan kaki hilang semuanya
segeralah datang
kedamaian ini untuk kamu nikmati
betapa damainya sebuah ketenangan abadi
sedamai cintaNya padamu
setenang cintaNya padaku
kita bersama mengecapi bahagia nan abadi
Oh! Tuhan andai dia takdir
yang Kau takdirkan untukku
kuterima dalam hati nan tenang
setenang air di Kali Syurga.
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Disember 2012
SABARLAH WAHAI HATI
Sabarlah wahai hati
sesungguhNya Allah SWT
bersama hambaNya yang sabar
diduga kamu
tanda DIA cinta
tanda DIA sayang
diduga kamu sesuai dengan kemampuanmu
yakinlah kau bisa hadapi segala dugaan dengan redha
bahagia dunia
bahagia akhirat
Jika hatimu terluka lantaran
pengkhianatan manusia ke kamu
izinkan aku menjahit lukamu dengan benang cintaku
agar air matamu bertukar menjadi
mutiara-mutiara cinta dari Syurga
bisa membuatmu tersenyum
bagaikan bidadari dari Syurga...
itulah Ketentuan dariNya
berkat kesabaranmu
yakinlah janjiNya
sabarlah menanti....
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Disember 2012
TOLONGLAH AKU DEMI AKHIRATKU!
Duhai manusia di luar sana
beruntunglah kamu kerana diberi peluang masih hidup lagi
aku di sini sedang diazab dalam kawah api neraka
panas ....sakit...terpekik terlolong aku tiada siapa
yang boleh menolong aku
sedangkan ketika aku masih hidup di dunia dulu
ramai kawan-kawanku bersumpah setia
mahu tolong aku di kala aku susah atau senang
sekarang aku benar-benar azab lagi diazabkan
bukan Allah yang mengazabkan aku
tapi aku yang mengazabkan diriku sendiri
kerana menjadi hambaNya yang sombong
tidak mahu tunduk dan patuh kepada perintahNya
sekarang aku tanggung sendiri kekhilafanku
kekhilafan yang sudah tak tertebus lagi
dan penyesalan yang sudah tak bererti lagi
Tika di dunia dulu
wangku punyalah banyak tak terkira
aku mati pun masih banyak lagi tak luak-luak
bertambah ada lagi kerana perniagaan aku
diwarisi oleh pewaris aku
siapa yang kawan dengan aku
daripada miskin terus jadi kaya raya
sudah kaya raya terus tinggalkan aku
tapi aku tak kisah...hilang satu kawan
akan ramai lagi yang suka berkawan dengan aku...
hari...hari...gelak ketawa...
hendak saja beli apa...
semuanya dapat tak payah diimpi-impikan
begitulah hebatnya dunia orang kaya seperti aku
Rupanya aku silap memilih kawan....
sepatutnya aku memilih kawan akhirat
pastinya kawan akhiratku akan menolong aku
jika aku jatuh di dalam gaung sekalipun dia pasti
akan cuba sedaya upaya menyelamatkan aku
akan diberikan tali untuk keluarkan aku dari gaung tersebut
dia pasti akan bersyukur dan aku pun bertaubat
tidak mahu lagi terlalai
dan pasti aku mahu membawa bekalan untuk akhiratku
pasti bekalan akhiratku itu dapat menyelamatkan aku
daripada azab sengsara api neraka ini
apa hendak buat aku sudah terlambat untuk
membuat segala amalan soleh untuk kubawa pulang
yang mana sebesar zarahpun amal amat berharga di sini
alangkah bahagianya jika pewarisku terbuka hatinya
untuk menginfakkan harta yang kutinggalkan kepada mereka
lalu diniatkan dsedekahkan kepadaku...pasti akan dapat
meredakan aku dari kepanasan api neraka yang membahang-bahang ini hanya Tuhan saja yang tahu aku penuh mengharap sesuatu yang tak pasti pewarisku lakukan demi akhiratku.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
31 Disember 2012
SENYUM ADA PAHALA MEMBAWA KE SYURGA
Baru aku tahu kenapa senyum itu satu sedekah
Ada yang tersirat disebalik kata-kata itu
Senyum selalunya ikhlas
Senyum lahir dari hati yang ikhlas
Jika senyum dibuat-buat senyum
Pasti senyum jadi tawar dan hambar
Yang melihatnya juga tahu senyum itu hambar
Senyum membuatkan wajah berseri bagaikan seri purnama
Senyum tanda kasih sayang
Kata-kata yang diluahkan
Membangkitkan kasih dan sayang
Sayang tak semestinya cinta
Sayang dalam erti kata yang luas
Sayang dan kasih kerana Allah SWT
Itulah matlamat senyum itu sendiri
Itulah hikmah di sebalik senyum
Sebab itu senyum itu satu sedekah
Senyum mengundang cinta
Senyum mengundang sayang
Senyum mengundang kata-kata semanis gula
Senyum mengundang rezeki
Senyum memanjangkan talisiraturrahim
Senyum hilang segala duka dalam luka
Senyum ada pahala
Makanya senyumlah jangan tak senyum
Kerana senyum ada pahala membawa ke Syurga
Rugi kalau tak senyum.
Wajahmu dipandang tak jemu-jemu
Kerana semanis gula
Di wajahmu ada Syurga
Bersahabat denganmu hatiku tenang,
Bersahabat denganmu fikiranku lapang
Bersahabat denganmu banyak pengkongsian ilmu
Membuatkan aku terharu dalam syukur
Moga persahabatan kita sentiasa mewangi sewangi hatimu
'SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN BAHARU 2017
BERSAMA AZAM BARU, KUSENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT UNTUKMU'
MOGA KITA TERGOLONG DI KALANGAN HAMBANYA YANG SENTIASA BERSYUKUR
Semuanya cantik kerana semuanya adalah Ciptaan Allah
Memuji kecantikan sesorang sebenarnya kita telah sedang memuji Allah
Tapi jika kita mengeji kejelekan rupa paras seorang bererti kita harus muhasabah (koreksi) diri kerana takut Kemurkaan Allah kerana setiap kejelekan itu adalah atas kehendak Allah . Cantik atau hodoh adalah dugaan dari Allah samada kita tergolong dari hambaNya yang bersyukur atau tidak.
Karya Ratu Rimba Niagara,
31 Disember 2011
Rans Romeo Dengan selalu bersyukur dan mensyukuri, tentulah kenikmatan iman akan di dapat..
Dan orang yang tahu bagaimana caranya menikmati hidup, tidak akan menjadi tua berapapun umurnya...
pada 31hb Disember 2011 jam 9.24 ptg ·
Ratu Rimba Niagara Bersahabat denganmu hatiku tenang
Bersahabat denganmu fikiranku lapang
Bersahabat denganmu banyak pengkongsian ilmu
Membuatkan aku terharu dalam syukur
Moga persahabatan kita sentiasa mewangi sewangi hatimu
'SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN BAHARU 2012
BERSAMA AZAM BARU, KUSENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT UNTUKMU'
Rans Romeo Begitu jua denganmu duhai Penulis Hebat,
Bersahabat denganmu membuka cakrawala yg sempit menjadi luas,Bersahabat denganmu membuat kedamaian di dalam kalbu,
Bersahabat denganmu dan membaca setiap karyamu, banyak pengalaman baru yg kudapat..
Teruskan Persahabatan ini demi terjalin silaturrahim yg tlah diamanatkan...
Ratu Rimba Niagara Teruskan persahabatan demi menjaga silaturrahim, mana logik kau di benua sana akan aku kenali;
Semuanya telah diaturkan oleh Maha Pencipta alam ini,
Moga ilmu yang setitis ini dapat sama dikongsi dan diredai.
Rans Romeo Aamiiien..
KEGAGALAN BUAT KITA LEBIH TABAH
Kegagalan adalah peluang untuk hal yang lebih baik
Kegagalan adalah batu loncatan untuk pengalaman yang berharga
Suatu hari nanti anda akan bersyukur untuk beberapa kegagalan yang anda alami
Percayalah ketika satu pintu tertutup untuk anda sebenarnya pintu yang lain sentiasa terbuka
PETIKAN DARIPADA CARIAN EFA
31 Disember 2011
SETIAP KELUKAAN ALLAH MERENCANAKAN SESUATU UNTUK KITA
Allah selalu punya hadiah terindah buat kita
Sebuah cahaya untuk sebuah kegelapan
Sebuah rencana untuk hari ini dan esok
Sebuah pelipur untuk setiap kesedihan
Sebuah kemudahan untuk setiap kesulitan
Dan kata Amin untuk setiap doa yang kita panjatkan
PETIKAN DARIPADA CARIAN EFA
31 Disember 2011
SELAMAT TAHUN BAHARU 2017
Selamat melangkah ke tahun 2017
Selamat memburu impian
Jadikan impian satu realiti
Apabila menjadi realiti
Akulah orang pertama mengucapkan
Tahniah! Untukmu dan untuk diriku
Syukurku dalam sujudku.
Karya Ratu Rimba Niagara,
31 Disember 2016
SELAMAT TINGGAL TAHUN 2016
Selamat Tinggal Tahun 2016
Moga Tahun 2016 yang ditinggalkan
Memberi kekuatan dan keazaman
Bagi meneruskan segala azam
Untuk menggapai bintang yang belum tercapai...
Kau hadir kuucapkan terima kasih dan kutinggalkanmu
Kuucapkan terima kasih juga
Bukan sengaja kumahu tinggalkanmu
Tapi kerana mahu tak mahu aku mesti melangkah ke tahun baharu, aku mesti memburu segala impian untuk aku sampai ke matlamatnya kerana aku pasti akan bertemuNya
Dan aku tak mahu menyesal bertemuNya dalam bekalan yang kosong....
Karya Ratu Rimba Niagara,
31 Disember 2016
MEMILIKI BINTANG DI LANGIT MALAM
Akan kugapai bintang di langit malam
Takkan kuhiraukan segala halangan mendatang
Kerana kutahu bintang setia menanti untukku mengapainya
Pabila aku memilikinya adalahlah Kurniaan dariNya yang patut kusyukuri hingga ke akhir hayatku!
Karya Ratu Rimba Niagara,
31 Disember 2016
KITA DITEMUKAN-NYA UNTUK SALING MEMANJANGKAN SILATURRAHIM
SEMUA RAKAN MUKABUKUKU MAAFKANLAH AKU!
SELAMAT TAHUN 2017 KEPADA SEMUA SAHABAT MUKABUKU KU SAMADA YANG MASIH ADA ATAU SUDAH TINGGAL KENANG-KENANGAN. KITA DITEMUKAN DI MUKABUKU BUKAN UNTUK SUKA-SUKA TAPI ADALAH UNTUK MENYATUKAN HATI-HATI AGAR JALINAN
UKHUKUWAH TALISIRATURRAHIM KEKAL ABADI
JIKA ADA KUKHILAF DALAM BICARA DAN MENGECEWAKANMU ATAS PERPISAHAN KITA DI ALAM MAYA MAAFKANLAHKU, BUKAN AKU SENGAJA UNTUK BERPISAH DENGANMU TAPI AKU TAK TAHAN LAGI MENANGGUNG SEKSA KEBISUANMU MENYEPIKAN KU WUJUDNYA AKU DI WALL KAMU SAJA SEPIKAN SEOLAH AKU TIDAK WUJUD DARIPADA TERUSAN TERSEKSA BIARLAH AKU RELAKAN PERPISAHAN INI BUKAN BERMAKNA AKU MEMBENCI KAMU TAPI HATIKU TETAP SEPERTI DULU MENYAYANGIMU SEBAGAI SEORANG ISLAM BIARPUN TAK DAPAT BERTEMU DI MUKABUKU LAGI, KU PENUH BERHARAP KITA BERTEMU DI SYURGA INSYA-ALLAH AAMIIN
Rakan mukabukumu yang menyayangimu,
Ratu Rimba Niagara
1 RABIULAKHIR 1438H
31 DISEMBER 2016
Kongsi
MEMILIKI BINTANG DI LANGIT MALAM
Akan kugapai bintang di langit malam
Takkan kuhiraukan segala halangan mendatang
Kerana kutahu bintang setia menanti untukku mengapainya
Pabila aku memilikinya adalahlah Kurniaan dariNya yang patut kusyukuri
Hingga ke akhir hayatku!
Karya Ratu Rimba Niagara
Kongsi
KEGAGALAN BUAT KITA LEBIH TABAH
Kegagalan adalah peluang untuk hal yang lebih baik
Kegagalan adalah batu loncatan untuk pengalaman yang berharga
Suatu hari nanti anda akan bersyukur untuk beberapa kegagalan yang anda alami
Percayalah ketika satu pintu tertutup untuk anda sebenarnya pintu yang lain sentiasa terbuka
PETIKAN DARIPADA CARIAN EFA
31 Disember 2011
Kongsi
Bersahabat denganmu hatiku tenang,
Bersahabat denganmu fikiranku lapang
Bersahabat denganmu banyak pengkongsian ilmu
Membuatkan aku terharu dalam syukur
Moga persahabatan kita sentiasa mewangi sewangi hatimu
'SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN BAHARU 2017
BERSAMA AZAM BARU, KUSENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT UNTUKMU'
Kongsi


TEATER BANGSAWAN DIRAJA,' PENGANTIN RAJA RIMBA'KARYA RATU RIMBA NIAGARA .
SINOPSIS ‘PENGANTIN RAJA RIMBA’
Mengisahkan perkahwinan harimau dengan monyet pada tahun 2020.
Betapa meriahnya hari tersebut kerana semua binatang di darat dan di laut meraikannya. Tidak kira binatang buas, jinak, besar dan kecil masing-masing membawa hadiah yang unik.
Pada sebelah malamnya pula berselerakkan bintang-bintang di langit di merata-rata tempat. Pelamin dihias dengan lampu-lampu berwarna-warni. Di hadapan pelamin penuh dengan hantaran kedua-dua belah pengantin. Sebelum monyet menyambut hari perkahwinan, monyet
menghadapi pelbagai cabaran.
Monyet mempunyai falsafah mengapa dia berkahwin dengan harimau. Di antaranya:
1. Menyatupadukan binatang buas dengan jinak.
2. Mewujudkan keharmonian masyarakat seluruh jenis binatang.
3. Mewujudkan masyarakat yang kuat membantu yang lemah.
4. Yang berlebihan membantu yang kurang.
5. Saling faham memahami di antara satu sama lain.
6. Saling sayang menyayangi di antara satu sama lain.
7. Saling hormat menghormati di antara satu sama lain.
8. Saling memberi kerjasama dalam suasana harmonis.
9. Mewujudkan masyarakat yang berwawasan.
10. Menyatupadukan pelbagai kaum dengan semangat perpaduan demi kedamaian penghuni rimba dan lautan untuk selamanya.
Pada malam yang ditunggu-tunggu oleh semua penghuni rimba dan lautan iaitu menandakan masuknya tahun 1 hb 1 tahun 2020 mereka semua menyambut dengan sorakkan dan percikkan bunga api yang mengindahkan langit rimba meraikan,' Perkahwinan Raja Rimba’ yang menjadi simbol penyatuan kaum semua penghuni rimba mengecapi kehidupan aman damai selamanya.
Karya: Ratu Rimba Niagara
27 Disember 2012
BABAK PERTAMA (PERTENTANGAN)
Dimulakan dengan syair:
Tersebutlah kisah satu cerita,
Puteri Monyet yang cantik jelita;
Berhemah tinggi tidak terkata,
Di mana saja berdukacita.
Puteri Singa : Tuan puteri rimba! Cermin sikit
muka tu… dahlah hodoh ada hati nakkan Raja Harimau kekasih hamba.
Puteri Rimba: Kenapa tuan puteri singa sakit hati dengan beta..
kenapa? Beta tak pernah pun hina puteri singa atau sesiapa
saja. Walaupun beta tak cantik tapi beta tak pernah susahkan sesiapa
Puteri Singa : Puteri Rimba ni perasan sangat. Raja Harimau tengok wajah puteri rimba pasti tak minat.
Puteri Rimba: Puteri Singa cemburu dengan beta kan?
sebab selama ini tak ada putera-putera raja rimba yang minat dengan puteri singa.
Puteri Singa : Untuk mengetahuan puteri rimba, Raja Harimau
tak layak dengan puteri rimba tapi…kalau dengan beta bagaikan
pinang dibelah dua.(GELAK).
BABAK KEDUA (SEMANGAT)
Raja harimau pilihan hati,
Mengadu hasrat pada merpati;
Agar cinta jadi sejati,
Jasa si burung tetap diingati.
Burung : Tuan Puteri… patik tahu tuan puteri sedang
memendam rasa cinta terhadap harimau. Kenapa tuan puteri
tak mahu terus terang aje pada Raja Harimau?
Puteri Monyet : Beta malulah… siapalah beta hidung tak
mancung pipi tersorong-sorong.
Burung : Zaman sekarang ni… zaman terus terang,
siapa cepat dia dapat.
Puteri Monyet : Bukan semudah itu burung, kalau beta jatuh
cinta dengan kaum sejenis dengan beta tak apalah.
Ini dengan keturunan garang lagi ganas.
Silap… silap haribulan beta yang dibahamnya.
Burung: Dah tahu ganas dan garang kenapa jatun cinta?
Puteri Monyet : Apa nak buat… hati dah terbekenan,
Asyik rindukannya dan terngigau-ngigau...
Burung : Begitu hebat sekali cinta tuan puteri sampai ngigau-ngigau tu..
weettt...weeet....(gelak)
Puteri Monyet : (Tersipu malu senyum)
Beta harap cinta yang tertanam di sanubari ini menjadi kenyataan.
Burung : Kasihan patik mendengarnya. Angan-angan puteri rimba tinggi melangit. Kadang kala apatik fikirkan puteri ni
dah tak siuman kerana membuat keputusan yang tak
masuk akal.
Puteri Monyet: Bukan tuan hamba je yang kata aku macam tu. Boleh dikatakan semua mengatakan beta dah gila.(MENGELUH) Manalah tahu satu hari nanti tuah menyebelahi beta. Masa tu baru tuan hamba tahu siapa beta.
Burung : Tak payah tuanku cerita, semua rakyat rimba tahu…
siapa puteri rimba. Puteri rimba yang pintar, suka menolong
kawan, bercita-cita tinggi, berwawasan, berjiwa murni dan kuat
berpegang kepada falsafah.
Monyet: Ke situ pulak tuan hamba. Beta tak mintak pun tuan hamba puji beta. Yang beta mahu tuan hamba berikan beta pendapat bagaimana tuan hamba dapat menolong beta dalam mengeratkan lagi percintaan beta dengan Raja Harimau.
Burung : (KETAWA) Puteri Rimba...Puteri Rimba... tuanku ni tak kenal erti putus asa. Baiklah… Puteri Rimba karang satu warkah menyatakan hasrat hati tuanku puteri pada Raja Harimau… biarkan patik poskan surat tu pada Raja Harimau.
Monyet : (SENYUM) Ha… macam tulah kawan.Sanggup menolong beta.
BABAK KETIGA (PERTENTANGAN)
Puteri Monyet memendam rasa,
Dihina kawan tidak berasa;
Tidak mudah berputus asa,
Korban cinta untuk berjasa.
Putera Monyet Kenapa dinda tak sukakan kanda? Sedangkan
kanda boleh berikan segala-galanya pada dinda. Kitakan satu jenis, satu hati.
Puteri Monyet : Kanda ingat,cinta boleh dibeli dengan sekelip mata?
Putera Monyet : Bukan kanda saja yang menentang percintaan dinda tu, malah semua rakyat rimba niagara ini.
Puteri Monyet : Dainda tak kisah kanda... Yang bercintanya dinda… bukan mereka.
Putera Monyet : Apa kelebihan Raja Harimau tu hinggakan dinda sanggup melupakan asal usul dinda ...keturunan yang lemah?
Puteri Monyet : Cinta itu unik, murni… memerlukan pengorbanan.
Apa salahnya dinda korbankan diri dinda untuk cinta demi semata-mata…
Putera Monyet : Kepentingan dinda! Dinda ingin mengejar
glamor. Biarlah semua rakyat rimba niagara mengatakan betapa hebatnya dinda dapat memikat raja segala yang ada di rimba ini... Yalah punya kuasa, tampan dan digeruni oleh semua rakyat rimba. Macam kanda ni apalah ada.
Puteri Monyet: Betul kata kanda tu, kerana Raja Harimau mempunyai kuasa dan digeruni oleh rakyat rimba maka dinda jatuh cinta dengan tuanku raja.
Putera Monyet : Memang kanda dah agak dari awal jadi dinda ni
gilakan kuasa hingga sanggup menggadai cinta. Kanda jijik! Jijik!
Mempunyai kaum yang sejenis macam dinda ni!
Puteri Monyet : Kanda nak pandang jijik ke atau apa saja yang
kanda nak kata… katalah. Dinda tak kisah. Asalkan cinta dinda tercapai akhirnya.
Putera Monyet : Kanda pelik bin ajaib dalam sekelip mata dinda dah berubah. Dulu dinda tak macam ni. Dinda terlalu pentingkan kaum dinda. Dinda bersikap perkauman.
Puteri Monyet : Kerana ingin mengikis sikap perkauman yang
menebal dalam diri dinda inilah dinda mengambil keputusan untuk
jatuh cinta dengan Raja Harimau.
Putera Monyet : Maksud dinda?
Puteri Monyet : Cuba kanda fikir di dalam hutan ini terdiri
daripada pelbagai jenis rakyat rimba (binatang). Kalau masing-masing asyik
mementingkan kaumnya saja tanpa memikirkan kepentingan
rakyat rimba lain. Kalau macam tu bagaimana kita hendak bina
generasi kita yang berwawasan dalam keadaan huru hara.
Siapa yang susah? Anak cucu kita yang susah. Apa salahnya
kita merancang dari sekarang agar anak cucu kita mengecapi
kebahagiaan yang hakiki.
Putera Monyet : Kanda tak terfikir pun yang dinda berfikiran
sampai ke situ.
Puteri Monyet : Salahkah dinda… dinda korbankan cinta dinda untuk
anak cucu kita dan seterusnya kedamaian rimba ini. Jika kita
hidup dalam keadaan aman damai tak siapapun berani untuk
menceroboh rimba ini. Kita buktikan pada manusia, walaupun
kita haiwan tapi kita lebih mulia daripada mereka. Dinda ingin
memadamkan dalam kamus manusia kata istilah,
‘ Peragai seperti binatang.’
Putera Monyet : Sekarang baru kanda faham, mengapa dinda
jatuh cinta dengan Raja Harimau. Mulai sekarang kanda akan memberi
sokongan/dukungan agar cita-cita dinda tercapai.
BABAK KEEMPAT (JATUH CINTA)
Raja harimau termakan budi,
Sakitnya kekasih tidak terperi;
Menentang sawa kuat menjadi,
Cinta dibalas patut diberi.
Raja Harimau : Sedapnya buah durian tu… kalau beta dapat makan…
alangkah…
Puteri Monyet : Dinda faham kanda inginkan buah durian, biarlah dinda
tolong ambilkan.
Raja Harimau : Sungguh baik hati dinda… kanda kuat tapi kanda
tak boleh memanjat. Sungguhpun kanda binatang yang hebat tapi
kanda ada kekurangan.
Puteri Monyet : Tuhan itu Maha Adil. Semua makhluk yang
dijadikan mempunyai kelebihan dan kekurangan. Justeru
apa salahnya kelebihan yang ada pada dinda ini dapat dinda
membantu binatang-binatang lain.
Raja Harimau : Kata-kata dinda tu menyedarkan kanda.
supaya kita jangan hidup sombong dan bongkak.
Tiada yang kekal di dunia ini melainkan Allah.
Puteri Monyet : Ha… makanlah sepuas hatimu harimau.
( MONYET MEMBERIKAN DURIAN)
Raja Harimau : (CUBA MENGOPEK DURIAN GAGAL LALU MENGELUH)
Puteri Monyet : Nanti luka … kanda harimau.
Raja Harimau : Selalunya kanda melukakan mangsa kanda tapi kopek
durian pun kanda tak boleh.
Puteri Monyet : Kali ni biarlah kuku kanda yang tajam tu hanya akan
berbisa bila hendak menyelamatkan penghuni rimba ini ye.
Biar dinda tolong kopekkan durian ni.
Raja Harimau : Hati-hati dinda… nanti luka tanganmu.
Puteri Monyet : Tak apa dinda sudah biasa terluka.
Raja Harimau : Lain macam bunyi nye tu. Mulai hari ini
tiada siapa akan berani melukakan hati dinda lagi. Kalau berani…mari bertarung dengan kanda dulu.
Puteri Monyet : Ha… dah buka pun kulit durian ni …makan puas-puas kanda..
Kalau tak cukup dinda ambilkan lagi.
(TERUS MEMANJAT POKOK TANPA MENYEDARI ADA
SEEKOR ULAR SAWA)
Puteri Monyet : Tolong lepaskan hamba! ( DIBELIT OLEH ULAR SAWA).
Raja Harimau : Hai ular sawa! Kalau tuan hamba benar-benar gagah mari turun ke mari. Jangan dengan binatang yang lemahtuan hamba nak tunjukkan kekuatan.
Ular Sawa: Tuanku hendak mencabar patik ya Raja Harimau.
Baiklah sekarang patik turun.
(HARIMAU BERLAWAN DENGAN ULAR SAWA AKHIRNYA
ULAR SAWA TEWAS)
Ular Sawa : Tuanku memang gagah. Ampunkan patik.
Patik mengaku kalah.
Raja Harimau: Tuan hamba tak salah dengan beta tapi dengan puteri rimba. Baik tuan hamba pergi minta maaf dengannya.
Ular Sawa : Puteri rimba maafkan patik kerana mengganggu puteri rimba.
Puteri Monyet : Beta maafkan . Lain kali jangan tunjuk kuat pada
binatang yang lemah. Sepatutnya binatang yang kuat membantu
yang lemah. Barulah aman. Sudahlah tu mari kita makan bersama- sama.
(KETAWA BERSAMA-SAMA)
BABAK KELIMA (SURAT)
Raja Harimau menerima surat,
Surat dibaca menyatakan hasrat;
Cinta membara bertambah sarat,
Kalau jodoh telah tersurat.
Harimau: Surat siapa yang tuan hamba bawa tu burung?
Burung : Surat istimewa ni untuk tuankulah.
Raja Harimau: Siapa ya… yang berani hantar surat istimewa
pada beta?
Burung : Surat cinta.
Harimau : Eh! Siapa pulak yang berani jatuh cinta dengan beta?
.
Burung : Kalau tak percaya … bacalah. (MEMBERI SURAT)
Selamat tinggal! Selamat membaca…
Raja Harimau : (Membuka surat lalu membaca)
Surat Puter Monyet : Salam sejahtera buat kanda harimau,
janganlah terperanjat apabila membaca warkah
pertama dinda ini. Biarlah dinda berterus terang
pada kanda bahawa dinda telah jatuh cinta pada kanda
ketika pertemuan yang tidak disengajakan tempoh
hari. Maaf!Kerana jatuh cinta tanpa pengetahuan kanda.
Kegagahan kanda melawan ular sawa amat mengagumkan dinda. Syabas! Kanda telah menggunakan kekuatan kanda untuk
menyelamatkan nyawa dinda. Dinda harap kegagahan kanda
berkekalan selamanya untuk menyelamatkan nyawa
beribu-ribu binatang di rimba ini tanpa mengira
siapa pun mereka. Iyalah kalau difikirkan siapalah
dinda untuk jatuh cinta pada kanda. Ah! Malunya dinda.
Dinda harap kanda tidak memarahi dinda setelah
mendengar pengakuan ikhlas dari dinda.
Sekiranya kanda balas cinta dinda betapa bahagianya dinda.
Secara tak lansung segala cita-cita dinda menjadi
kenyataan. Oleh itu agar dinda tidak ternanti-nanti
kanda balaslah warkah dinda ini.
Akhir kata sambutlah salam hormat dari dinda,
Yang perasan,
Puteri Rimba Niagara,
Raja Harimau : (SENYUM) Sambil melekapkan surat di dadanya.
Ya… Beda bedu….! ( GEMBIRA YANG BUKAN KEPALANG)
Puteri Harimau : Surat siapa tu? Sukanya kanda?
Kenapa? (TERUS MERAMPAS SURAT DARI RAJA HARIMAU)
Oh! Surat cinta rupanya! Patutlah tersengih-sengih.
Habis tu kanda terima cintanya?
Raja Harimau : Diam.
Puteri Harimau Kalau kanda terima puteri rimba…
cinta dinda ni kanda nak campak mana?
Raja Harimau: Dinda jadi permaisuri kedua kandalah (GELAK).
Puteri Harimau : Kanda ingat dinda suka berkongsi suami? (MARAH)
Raja Harimau Kalau tak suka… diam-diam ajelah!
Puteri Harimau : Mana dinda boleh diam kekasih dinda diambil binatang lain .
Dinda akan tentang habis-habisan!
Raja Harimau : Hei! Sejak bila kanda jadi kekasih dinda ye! Setahu kanda dinda cuma teman biasa aje. Jangan lekas perasanlah.(GELAK)
Puteri Harimau : (SAKIT HATI LALU PERGI).
BABAK KEENAM (BALAS CINTA)
Raja Harimau membalas cinta,
Gembiranya hati Puteri Jelita;
Siang dan malam bertemankan tinta,
Agar cinta terus bertahta.
Raja Harimau : (MEMBALAS SURAT KEKASIH HATI)
Buat tatapan adinda puteri rimba.., warkah dinda telah kanda terima dan diucapkan jutaan terima kasih di atas pengakuan ikhlas dinda itu.
Biarlah kanda katakana di sini niat dinda untuk menjadikan kanda kekasih dinda ...kanda terima dengan rela hati. Biarpun kanda
tahu keputusan yang kanda ambil ini akan menggemparkan seluruh binatang di darat mahupun di laut. Kanda sedar, betapa pentingnya kedamaian.
Memang kanda akui kanda bongkak, sombong dengan kekuatan
yang kanda miliki untuk membunuh mangsa-mangsa kanda tapi
setelah berkenalan dengan dinda tempuh hari segala
kebongkakkan kanda terpadam dengan tiba-tiba.
Kehadiran dinda pada hari itu telah melembutkan keganasan kanda. Terima kasih dinda puteri rimba , semoga dinda tetap menjadi kekasih kanda yang setia.
Akhirkata sambutlah salam hormat daripada kanda.
Yang Mencintaimu,
Kanda Harimau.
BABAK KETUJUH (POS)
Jasa si burung tidak dilupa,
Terbang tinggi bertegur sapa;
Mengalir keringat tidak mengapa,
Tanda kasih sedemikian rupa.
Burung : Sudah siap ke surat balasan?
Raja Harimau : Sudah…bawa tu baik-baik ye… jangan sampai tercicir.
Burung : Tuanku taka tak percayakan patik ke?
Raja Harimau: Beta cuma beri ingatan je! Kan elok saling ingat
mengingati.
Burung : Terima kasih atas nasihat tuanku tu. Patik akan pastikan
surat ini selamat sampai kepada tuan puteri rimba .
(MENGAMBIL SURAT)
* * * * *
Burung : (MENGAH) Tuan puteri rimba… ini surat tuan puteri bacalah cepat.
Monyet : Terima kasih burung. Semoga Tuhan membalas budi baikmu, (MEMBACA KEMUDIAN SENYUM PANJANG)
Burung : Macam mana ada tindak balas tak?
Puteri Monyet: Syukur Alhamdulillah ! Cinta beta berbalas.
Burung : Tahniah tuan puteri ! Patik .. doakan cinta tuan puteri rimba berjaya. Kalau makan nasi minyak tu jangan lupa jemput patik.
Puteri Monyet : Takkanlah beta nak lupakan tuan hamba. Beta
akan jemput semua binatang di darat mahupun di laut.
Burung : Dapat patik bayangkan betapa meriahnya perkahwinan
puteri rimba tu.... Urusan kad jemputan kahwin patik
yang uruskan. Patik minta kerjasama kawan-kawan patik untuk
kirimkan kad jemputan kahwin kepada semua jenis binatang
yang ada di darat mahu pun di laut.
BABAK KELAPAN (JEMPUTAN)
Kad jemputan terus diedar,
Semua terkejut tiadalah sedar;
Ada yang memandang terus tersandar,
Asalkan pengantin cinta tak pudar.
Siput : Surat siapa yang kau bawa tu burung?
Burung : Ini bukan surat… ini kad jemputan kahwin.
Siput : Siapa pulak yang nak kahwin?
Burung : Puteri Monyet dengan Raja Harimau.
Siput : (KETAWA)
Burung : Eh! Kenapa engkau ketawa?
Siput : Aku tak percaya.
Burung : Kalau engkau tak percaya… ha…
engkau baca kad jemputan kahwin ni!
(MENGHULURKAN KAD JEMPUTAN KAHWIN KEPADA SIPUT)
Siput : (TERPERANJAT) Iya betullah. Ini satu keajaiban!
Burung : Kalau dah jodoh tak ada siapa yang menghalangnya!
Itu namanya jodoh dah tersurat .
Siput : Siapa-siapa lagi yang dijemput?
Burung : Seluruh binatang di laut dan di darat.
Siput : Hebat!
Burung : Nanti, engkau jemputlah sanak saudara engkau datang ye.
Siput : Sampaikan salam aku pada Puteri Rimba. Katakan aku ucapkan tahniah dan terima kasih atas jemputannya.
Gajah : Bila ditetapkan tarikh perkahwinan monyet dengan harimau, tu burung?
Burung : Satu haribulan satu tahun 2020.
Gajah : Tepat pada masanya. Satu tarikh yang ditunggu-tunggu oleh
semua binatang untuk meraikan satu kejayaan.
Burung : Kejayaan apa pulak tu?
Gajah : Iyalah dengan sahnya perkahwinan Raja Harimau dengan Puteri monyet secara tidak langsung pasangan pengantin tersebut telah menyatupadukan seluruh binatang.
Burung :Sungguh bijak engkau gajah.
Gajah : Tahu tak apa.
Burung : Aku pergi dulu…
jangan tak datang bawa saudara mara engkau ya gajah.
BABAK KESEMBILAN (GOTONG ROYONG)
Semua haiwan bergotong royong,
Sediakan pelamin pengantin tersayang;
Bergurau senda semakin matang,
Gembiranya hati semua yang datang.
Kucing : Macam mana dengan kain pelamin yang aku
buat ini cantik tak?
Itik : Apa yang engkau buat kucing semuanya cantik.
Singa : Siapa yang pilih warna?
Arnab : Siapa lagi pengatinlah. Katanya warna unggu adalah
lambang kedamaian. Penyatuan rasa cinta yang sukar dimengertikan.
Ayam : Romantik sungguh pengantin kita tu. Siapa pulak yang
mengantung lampu-lampu yang berwarna-warni itu? Sungguh cantik?
Kucing : Keluarga monyetlah. Mereka mahir dalam panjat memanjat.
Itik : Kamu semua terfikir tak bagaimana muka anak pengantin
kita nanti?
Singa : Rupa ibu dan bapak dialah!
Kucing : Rupa mounyetlah. Mau tu bapak dia dan nyet ibu dia.
(SEMUA TERGELAK BESAR)
BABAK KESEPULUH (TETAMU DATANG)
Malam dinantikan penuh debaran,
Persandingan Pengantin Raja Rimba yang dinantikan;
Semua gembira menantikan tibanya perkahwinan,
Majlis perkahwinan yang dibanggakan.
Tetamu datang dari daratan dan lautan,
Berpakaian cantik meraikan pengantin kesayangan;
Mengucapkan tahniah penuh kesyukuran,
Kerana pengantin idola perdamaian.
Pelbagai hadiah dibawa tetamu,
Tetamu disambut dan dijamu;
Dijamu makanan pelbagai menu,
Sambil makan menantikan pengantin rasa tak jemu.
Itik : Cantiknya pasangan pengantin bagaikan pinang
di belah dua.
Burung : Engkau engok tu… bintang-bintang di langit
bergemerlapan dan bertaburan di sana sini seolah-olah
menyerikan lagi majlis perkahwinan ini, mari kita
tengok barang-barang hantaran harimau kepada monyet.
Kucing : (MEMBELEK HANTARAN)
kasut Cinderella pun ada, hai… bertuah Puteri Rimba dapat
bersuamikan Raja Harimau.
Itik : Entah-entah satu hari nanti pulak, engkau
kahwin dengan aku.
Kucing : (KETAWA) Engkau ni mengarutlah.
Itik : (KETAWA) Dalam dunia sekarang tiada yang pelik.
BABAK KESEBELAS (SAMBUTAN MAJLIS PERKAHWINAN DAN MASUK
TAHUN 2020)
Tepat Jam 12 Malam semua bersorakkan,
Tahun baru 2020 diraikan seiring majlis pengantin;
Di langit rimba bunga api berpercikkan ,
Meraikan Pengantin Raja Rimba yang budiman.
Pengantin diarak menuju pelamin,
Gajah membawa pasangan pengantin:
Paluan kompang bernyanyi-nyanyian,
Di malam itu penuh kemeriahan.
Duduk bersanding jeling menjeling,
Sambil menjeling tersenyum sayang;
Sayangnya pengantin kepada tetamu yang datang,
Dilemparkan senyuman mesra tanda kasih sayang.
Semua kumpulan tetamu membuat persembahan,
Dipersembahkan kepada pengantin kesayangan;
Pengantin gembira keterharuan,
Melihat persembahan yang mengasyikkan.
Perkahwinan Pengantin Raja Rimba lambang kebanggaan.
Kebanggaan penghuni rimba dan lautan;
Pelbagai kaum dapat disatukan,
Hidup aman damai dalam perpaduan.
Kancil (Wakil Haiwan): Terima kasih Pengantin Raja Rimba
yang kami sayangi. Tuanku telah menyatukan penghuni
rimba yang selama ini mementingkan kaum sendiri dan
hanya mementingkan diri sendiri. Dengan perkahwinan
ini penghuni rimba dan lautan menjalani hidup bersatupadu
tolong menolong dan aman damai selamanya. Terima kasih
Pengantin Raja Rimba.
Raja Harimau : (TERSENYUM SAMBIL MEMANDANG PERMAISURINYA)
Ucapkan terima kasih kepada permaisuri beta. Dialah yang telah
membuka hati beta untuk kedamaian rimba ini dan kedamaian
penghuni lautan juga.
Puteri Monyet : (TERSENYUM BANGGA SAMBIL MEMBALAS
SENYUMAN KEPADA SEMUA TETAMU HADIR YANG
BERSORAKKAN PENUH GEMBIRA YANG AMAT SANGAT
DAN DI TAMATKAN DENGAN PERCIKKAN BUNGA API)
TAMAT
Karya: RATU RIMBA NIAGARA
16 Muharram 1434H
30 November 2012M
PANTUN MAJLIS PERKAHWINAN PUTERI HAJAH HAFIZAH SURURUL SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH & PENGIRAN MUHAMMAD RUZAINI
Ratu Rimba Niagara shared Prince Abdul Malik's photo.
September 25
ISTIADAT BERSANDING PENGANTIN DIRAJA DI BALAI SINGGAHSANA INDERA BUANA ISTANA NURUL IMAN
Cantiknya Puteri bagaikan bidadari,
Berpakaian pengantin berseri-seri;
Senyuman menyambut tetamu disayangi,
Ayahanda bonda rasa syukuri.
Pernikahan pengantin mendapat restu,
Mendapat restu ayahanda bonda;
Ikatan pengantin sentiasa direstu,
Mengundang keberkatan puteri diRaja.
Sama cantik sama padan,
Sama bijak sama pandai;
Sama soleh sama beriman,
Sama-sama mencintai Ilahi.
Pengiran Muhammad Ruzaini putera beriman,
Menjalani upacara pernikahan penuh debaran;
Dinikahkan dengan Puteri Sururul cantik rupawan,
Dengan sekali lafaz disambut dengan kesyukuran.
Selepas dinikahkan semuanya berdoa,
Mendoakan moga Allah memberkati;
Ikatan pasangan pengantin diRaja,
Bahagia abadi hingga ke Syurgawi.
Kacaknya Pengiran Muhammad Ruzaini,
Menjadi pilihan si puteri rupawan;
Beriman beramal soleh itu diingini,
Diterima lamaran penuh kesyukuran.
Di balai Singgahsana Indera Buana Istana,
Dijalankan istiadat berbedak pengantin diRaja,
Semua tetamu melihat rasa terpesona,
Adat istiadat melayu dibanggai kerabat diRaja.
Puteri Hafizah Sururul bagaikan bidadari,
Berbudi bahasa bersopan santun;
Pengiran Muhammad Ruzaini jatuh hati,
Pada Puteri Sururul bidadari kesayangan.
Pengiran Muhammad Ruzaini beriman orangnya.
Menjalani istiadat berbedak pengantin diRaja;
Upacara di Balai Singgahsana Indera Buana Istana,
Memartabatkan adat istiadat kerabat diRaja.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
25 September 2012
(PANTUN DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK PUTERI HAFIZAH SURURUL & PENGIRAN MUHAMAMD RUZAINI MOGA CINTA TERPATRI HINGGA KE SYURGAWI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN)
(PETIKAN DARIPADA WALL PRINCE ABDUL MALIK & GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
4 Oktober 2012
INDAHNYA CINTA LIMA BENUA
BAHAGIA BILAMANA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA BERPADU SEHATI SEJIWA SENADA SEIRAMA SEPERTI KUNTUMAN BUNGA-BUNGA DI TAMAN SYURGA MEWANGI DI HATIMU DI HATIKU DI HATI DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA MENEROBOS KE ANGKASARAYA MENYATAKAN INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
BERTABURAN PERMATA-MATA SYURGA
DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
DI DARAT MENJADI BUNGA-BUNGA SYURGA
DI LAUTAN MENJADI PULAU DAMBAAN HAMBA YANG MENCINTAI-NYA
CINTA- NYA MENJADI BURUAN PENCINTA-NYA
CINTA-NYA MENJADI DAMBAAN PENCINTA-NYA
JIKA SYURGA MENJADI DAMBAAN
MAKA RUGILAH MATLAMAT HIDUP SEBENAR
SYURGA TANDA CINTA YANG DICINTAI DIBALAS-NYA
KERANA ITU PASTI
KERANA JANJI-NYA ADALAH PASTI
TAPI YANG PASTI KITA SALING SAYANG DAN KASIH DEMI-NYA
KITA BERSAMA MENUJU KE JALAN-NYA
DAN KITA SAMA-SAMA DAPAT BERTEMU DI SYURGA-NYA
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
MERENTANG BUMI MERENTANG LANGIT YANG TERBENTANG LUAS
SELUAS CINTA-NYA SELUAS SYURGA-NYA...
DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
KASIHKU KASIH LIMA BENUA
SENTIASA MEWANGI
SEWANGI SETULUS CINTA LIMA BENUA
SEWANGI KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA-BUNGA SYURGA
SYUKUR YA ALLAH KAMI MAHU PULANG KEPADA-MU
DALAM HATI YANG SUCI BERSIH
SALING SAYANG MENYAYANGI KERANA-MU
TIADA YANG LAIN DIFIKIRKAN HANYALAH
MAHUKAN RAHMAT DAN NUR KASIH-MU
YANG ABADI HINGGA KE NAFAS TERAKHIR
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
4 Okt 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA &
WALL KEDATON KRATON WAHYU UTAMA & WALL H.H. SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH &
WALL PRINCE ABDUL MALIK)
Friday at 7:09pm · Like · 1
(DISIARKAN TEATER BANGSAWAN DIRAJA,'PENGANTIN RAJA RIMBA' DI WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH & SULTAN HASANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK)
30 Disember 2012
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
1 RABIULAKHIR 1438H
31 DISEMBER 2016
"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2017 KEPADA SEMUA PEMINAT SETIA KARYA RATU RIMBA NIAGARA, MOGA KARYA ALAMMAYA DAPAT DI BUKUKAN UNTUK DIBACA DAN DIHAYATI TANDA KUSAYANG SELURUH PENGHUNI BUMI TERCINTA. AAMIIN."
Kongsi


SABARLAH SAYANG...
Sabarlah sayang
Sapukan air matamu
Percayalah setitik airmatamu
Bisa disaksikan oleh seluruh penghuni langit dan bumi
Kaulah yang berjiwa penyayang
Biarpun dalam perih
Biarpun dalam terseksa
Kau masih berusaha
Mendapatkan makanan untuk keluargamu
Allahu Akbar
Kaulah bapa yang penyayang
Kau lah Adam idola sedunia
Kaulah pencinta Hawa sejati
Kau cintakan anak-anak Hawa
Makanya tiada alasan untuk kau berusaha
Mencari sesuap rezeki demi cintamu pada keluargamu
Aku tabik padamu duhai idola Adam ku....
Moga Allah swt merahmatimu sekeluarga
In Shaa Allah AAmeen.
Karya Ratu Rimba Nigara
31 Disember 2012
DIPAYUNGI NUR KASIH ILAHI
Dalam bicara kata yang bisu
Masih tercari-cari jawaban yang pasti
Menuju ke destinasi cinta berbunga rindu
Disulami cinta pasakan tauhid
Di kalbu pasrah dalam
Ketentuan takdir
Yang telah tercatat di Lauhmahfuz
Itulah jawapan yang pasti
Kuimani dalam lubuk hati
Dipayungi Nur Kasih Ilahi
RATU RIMBA NIAGARA
21 November 2012
KUMILIK-MU TUHAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah aku mulakan berkarya
Ya Allah kurniakan aku ilham
yang membuatkan jiwaku tenang
setenang air di kali Syurga
menjadi ladang amalku
sedekah jariahku
saham akhiratku
semua-Nya ada nilaian di sisi-Mu
berkarya kerana-Mu
bukan mahukan pandangan manusia
tapi hanyalah pandangan-Mu
jika aku berkarya mahukan dipandang manusia
aku sombong dan bongkak
jika pandangan-Mu
membuatkan aku teruja
menulis terus menullis tentang
Kebesaran-Mu
Keagungan-Mu
Keesaan-Mu
segala urusan dunia akhir-Nya berpulang kepada-Mu jua
aku mahu pulang dalam bekalan amal yang Kau redhai
pulang bertemu-Mu dalam fitrah-Mu
seperti aku baru dilahirkan ke dunia
jika itu yang Kau Perkenankan
tenang jiwa dan rohku
pasti indah pertemuan Kau dan aku di kala itu
AAmiin AAmiin AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
"TIADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN DENGAN IZIN-MU JUA PADA-MU KUSANDARKAN SEGALA URUSAN DUNIA AKHIRATKU KERANA SEGALA-NYA MILIK-MU"
......................................................
kuMilik-Mu TUHAN
19 Syawal 1435H
15 Ogos 2014
Assalamualaikum shbt2...
Tegakkan tauhid....tebarkan sunnah...
MOGA ALLAH MENYATUKAN KASIHKU KASIHMU KERANA KASIH KAU DAN AKU TELAH SERASI SEJAK AZALI SERASI DI DUNIA SERASI DI SYURGA AAMIIN
TUJUH PETALA LANGIT TUJUH PETALA BUMI BERSAMA MEREALITIKAN CINTA-NYA
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI
INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN BAHAGIA UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
14 Januari 2022

0 comments:

Post a Comment

 
;