Friday, 11 July 2014

PERMATA DI ATAS TAHTA (478) PEMBANGUNAN PENCAKAR LANGIT & PEMBANGUNAN MODAL INSAN


PERMATA DI ATAS TAHTA (478) PEMBANGUNAN PENCAKAR LANGIT & PEMBANGUNAN MODAL INSAN

UnlikeUnlike ·  · 


BAWALAH KASIH DAN RINDU IBU DI SYURGA
"Ibu...redhakanlah permergiaan anakanda...
Syurga sedang menanti anakanda...terlalulah indah Syurga ibu...."
"Ya anakku...ibu redha ...darah syahidmu ini menjadi saksi fisabilillahmu.
Tunggulah ibu di Pintu Syurga nak... di Syurga kasih kita menyatu...
kita tidak akan terpisah kasih dan rindu lagi. Senyumlah anakku pejamkan matamu
bawalah kasih dan rindu ibu bersama di Syurga agar kasih dan rindu kita sentiasa
hidup abadi selamanya. Allahu Akbar Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin."
Ratu Rimba Niagara
13 Ramadhan 1435H
11 Julai 2014
Oh Mother don't cry, in heavens inshaAllah we will meet. Palestine, Gaza .
LikeLike ·  · 
DUHAI YAHUDI LAKNATULLAH AKU BERSUMPAH ATAS NAMA TUHANKU!
Hari ini bumi Gaza dihujani bom
tanpa henti tanpa ehsan
di langit malam bercahaya bom
di bumi Gaza bermandikan darah
jasad keluarga dan sanak saudaraku
bergelimpangan sana sini tak bernyawa
daging manusia bersepai di sana sini
kejamnya bila hati
diselubungi dendam kesumat
wajah manusia tapi
sebenarnya syaitan bin iblis
yang ada di hati
kejam....kejam...kejam..
kejam tanpa ehsan
dengar sini baik-baik
rejim zionis
yahudi laknatullah
kebahagiaan keluargaku
telah kau renggut
atas nama Tuhanku
aku bersumpah
akan menuntut kematian keluargaku
jangan kau pandang sebelah mata sumpahku ini...
kerana doa orang yang dizalimi tanpa hijab
ini bulan ramadhan
bulan penuh berkat
segala permintaan dimakbulkan
tentera-tentera islam di luar sana
sedang siap sedia
untuk membantu dan menolong kami yang dizalimi
Syurga menunggu mereka di sini
mereka syahid fisabilillah
bila syahid fisabilillah
mereka akan hidup selamanya di Syurga
itulah kelebihan kami
di dunia tempat ujian
di Syurga balasan setiap kebaikan atas nama kerana-Nya...
Allahu Akbar AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Ramadhan 1435H
10 Julai 2014
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA SAUDARA SEISLAMKU YANG BERADA DI BUMI GAZA, KETAHUILAH DERITAMU DERITAKU JUA MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP MATIMU HIDUP MATIKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
LikeLike ·  · 
  • Ratu Rimba Niagara
an dgn dunia luar adalah melalui Rafah dan terowong2 disitu. Setelah kejatuhan Presiden Mesir Dr Morsi, pintu Rafah ditutup dan terowong2 dimusnahkan oleh tentera Mesir sendiri. Bantuan utk Gaza lumpuh 100%. Malam kelmarin wakil dr MAPIM memberitahu dikhabarkan lebih 1000 buah kereta kebal Israel di tempatkan di Rafah. Ini bermakna umat Islam Gaza telah terkepung dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diratah oleh Zionis. Mungkin inilah antara agenda mereka menggulingkan Dr Morsi. Saya hanya menyampaikan apa yg telah disampaikan pd saya dan jemaah yang lain oleh wakil MAPIM tentang amanat Perdana Menteri Palestin. "Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk mempertahankan tanah umat Islam,tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir. Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia".Jika itu juga tidak mampu kamu lakukan bagaimana kamu hendak menjawab dihadapan Allah kelak?". Sila sebarkan jika anda peduli... Hj. Nazri Deraman, Pengerusi Cakna Palestin Ambil masa lebih kurang 5 minit utk sebarkn msg ini supaya kita boleh menjawab soalan dari Allah s.w.t apabila ditanya apa yg kita buat. Harap anda tidak membiarkan msg ini berhenti disini shja. Sebarkan...Demi agama kita, Islam. Ingat kita ni umat islam ada DOA , mari DOA kan mereka ! Wallahua'lam....
UnlikeUnlike ·  · 
  • You and 8 others like this.
  • Ratu Rimba Niagara ENGKAULAH PEJUANG KECIL FISABILILLAH

    Mashaa Allah betapa tabahnya mu sayang
    dalam keadaan tubuhmu hancur berkecai
    angkara yahudi laknatullah kamu masih tenang
    redho andai ini terjadi pada diriku pasti
    teriakkan sepenuh bumi tak tahan menangung kesakitan
    Allahu Akbar engkaulah pejuang kecil fisabilillah
    Syurga lah tempatmu sayang...

    Duhai saudara se islamku yang penyayang
    andai kalian tidak dapat membantu rakyat gaza
    cukuplah sekadar doamu mengiringi ketabahan hati 
    mereka yang sedang menerima ujian yang amat 
    hebat!

    Ya Allah berilah ketabahan kepada semua hamba-Mu
    yang ada di Gaza

    Ya Allah bukakanlah mata hati kami untuk membantu
    saudara seislam kami di bumi Gaza

    Ya Allah balaslah kebaikan kepada semua yang membantu
    rakyat Gaza yang sengsara akibat kekejaman yahudi laknatulllah
    AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    Ratu Rimba Niagara
    13 Ramadhan 1435H
    11 Julai 2014
  • KEMANISAN IMAN DALAM MENGINFAKKAN HARTA KE JALAN-NYA
    Indahnya hidup ini jika apa kelebihan yang Allah swt kurniakan kepada kita dapat kita bagi-bagikan kepada semua saudara seislam kita tanpa ada rasa rugi walau sedikit pun.Malah rasa bersyukur dikurniakan sifat pemurah Allah swt kepada kita, dirasakan mahu hidup seribu tahun lagi agar dapat terus berbagi-bagi (sedekah).
    Ya Allah pilihlah aku dan mereka yang membaca karya-karyaku terdiri daripada kalangan hamba-Mu yang pemurah agar kami dapat rasakan kemanisan iman apabila menginfakkan harta ke jalan-Mu. Kami mahu pulang membawa saham akhirat yang Engkau terima sebanyaknya semampu daya kami bukan mati tinggalkan harta bertimbun membuatkan kami menyesal di akhirat nanti. Allahu Akbar Aamiin.
    Ya Allah berilah aku peluang agar dapat bersedekah memberi para tetamu-Mu berbuka puasa di Masjidil Haram dan di Masjid Nabawi . Allahu Akbar adalah sesuatu yang indah serasa berbuka puasa bersama-sama dengan ahli Syurga-Mu. Allahu Akbar AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
    Ratu Rimba Niagara
    5 Ramadhan 1435H
    3 Julai 2014
    اللهم أرزقنا الإفطار في مدينة رسول الله  هذا العام في رمضان ..
    LikeLike ·  · 


ALLAHU AKBAR INDAHNYA PERSAHABATAN DI ALAMMAYA
KERANA-NYA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Terima kasih atas persahabatan
biarpun sekadar di alammaya
biarpun sekadar gambar yang disiarkan
tapi sudah cukup bermakna dalam sebuah persahabatan
di alammaya
persahabatan nan indah
kita saling berbagi ilmu dunia akhirat tanpa jemu
tanpa berkira
yang kita cari
sahabat yang saling memahami
erti sebuah persahabatan di alammaya
erti sebuah persahabatan dalam menyambungkan silaturrahim
bilamana kita faham
tidak akan ada rasa berjauh hati
apa lagi berdendam hati
yang ada saling memaafkan
saling memahami
kita diketemukan Allah swt di alammaya ini
untuk saling muhasabah diri siapa diri kita
sebab kita tidak tahu adakah esok kita
akan terus berhidup lagi
andai maut menjemput
persahabatan alammaya pun terhenti
kita tidak akan muncul lagi di alammaya
yang tinggal sebuah persahabatan
yang akan dirindui sepanjang hayat
kita berharap
persahabatan alammaya berhatikan Syurga
akan dapat kita sambungkan di Syurga
kita ketemu di alammaya tidak di alam realiti
tapi kita ketemu di Syurga
itulah realiti yang paling indah
Kurniaan dari Allah Azzawajallah
yang kita sama syukuri sepanjang
persahabatan kita di alammaya...
ALLAHU AKBAR INDAHNYA PERSAHABATAN DI ALAMMAYA
KERANA-NYA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
'MAAF ZAHIR BATHIN ANDAI ADA KEKHILAFANKU SEPANJANG PERSAHABATAN KITA DI ALAMMAYA, SESUNGGUNYA AKU INSAN YANG TAK SEMPURNA SENTIASA TIDAK LARI DARI KEKHILAFAN DALAM PERSAHABATAN DI ALAMMAYA.'
SALAM RAMADHAN SEMOGA AMALAN KITA DITERIMA-NYA BERKAT SILATURRAHIM KITA DI ALAMMAYA. AAMIIN
Ratu Rimba Niagara,
Sahabat Alammayamu Yang Menyayangi Semua Sahabat,
3 Ramadhan 1435H
1 Julai 2014
TERIMA KASIH BANYAK ATAS PERSAHABATANNYA...
THANK YOU VERY MUCH FOR YOUR FRIENDSHIP...
ARIGATOU GOZAIMASHITA... MERCI... SYUKRON...
[Foto: Resim & Fotoğraf | BH 290614 JKT]
LikeLike ·  · 

AKU BERKAWAN DENGAN HATIMU BUKAN WAJAHMU"
Salam ramadhan untuk teman tapi mesra
terima kasih atas ucapan selamat berpuasa
selamat berpuasa untukmu jua
moga puasamu puasaku diterima-Nya Aamiin
Hampir empat tahun kita berkenalan di alammaya
tanpa bersua wajah tapi bersuara ada wajah hati
hampir empat tahun kita saling mengenali hati budi
kita juga pernah dua kali terputus kasih
dan kau pasti tahu kenapa sebabnya iya kan? hehehe
sebab itu kau tak marah...
dan bukan prinsipmu untuk marah...marah...
jiwamu yang sempoy
kelakar dan sentiasa merendah diri walaupun berada di puncak jaya
tidak pernah membuatkan kamu lupa asal usulmu
itu yang membuatkan aku
suka berkawan denganmu
aku akan pujuk hatiku
jika kamu sengaja larutkan kasih dan rinduku di lautan asid bergelora
andai itu boleh membahagiakan hatimu
kamu hendak sepikan karyaku ke
sepikan kasihku ke
aku sudah tak kisah
asalkan kita tidak terpisah kasih lagi di alammaya
biarlah alammaya ini bisu tanpa bicaramu
tapi kasih silaturrahimmu sentiasa ada
itu sudah memadai untukku....
yang penting kamu jujur dan setia
menerima persahabatan kita dengan redha
kau dan aku ditemukan Allah swt di alammaya ini bukan
tidak disengajakan tapi disengajakan-Nya...
agar sama mengambil hikmah atas pertemuan ini
yang ku percaya setiap yang Allah temukan aku di alammaya ini
adalah untuk bersama saling menyokong perjuangan masing-masing
sebagai Khalifah-Nya sebelum maut menjemput itulah hikmah-Nya...
Sebab itu setiap mereka yang kuterima sebagai rakan fbku bukanlah sekadar wujud tapi tak wujud...jika tidak memberi impak pada dunia cita-cita sastraku...aku terpaksa undur diri...dan jika mereka undur diri aku tidak terasa hati...kerana kita hidup atas matlamat sendiri ...apa mahunya kita hidup sebelum mati....
KITA BUKAN BONEKA
KENAPA KITA MAHU JADI BONEKA
MAKANYA AKU TAK MAHU JADI BONEKA
DAN AKU TAK MAHU BERKAWAN DENGAN BONEKA
DI ALAMMAYA INI AKU BERKAWAN DENGAN MANUSIA YANG PUNYA
HATI...HATI BUKAN SEBARANG HATI...BILA BERKATA SEIRING HATI...BILA BERJANJI DITEPATI BUKAN MANIS DI BIBIR DI HATI LAIN BICARA...SEKALIPUN MEREKA BILANG JUJUR SETIA IKHLAS BERKAWAN DENGANKU AKHIRNYA ALLAH AKAN PISAHKAN AKU DAN DIA BEGITU HEBAT-NYA ALLAH DALAM SOAL HATI HANYA DIA YANG TAHU AKU TAK TAHU MENAHU....MAKA AKU TAK KISAH BILAMANA AKU
BERTEMU DENGAN SIAPAPUN KARENA KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN MENYATUKAN HATIKU HATINYA
Terima kasih sahabatku Datuk Jem....
sudi terima aku menjadi sahabat dunia akhiratmu
sejujurnya ingin kupatrikan kasihmu kasihku sampai Syurga
tapi siapalah aku di hatimu yang bercelaru dalam membuat keputusan...hehehe
moga hari-hari puasamu ceria selalu dirahmati Allah swt Aamiin
"AKU HANYA BERKAWAN DENGAN HATIMU BUKAN WAJAHMU"
Sahabat Alammayamu Yang Ingin Setia Sampai Jannah Aamiin,
Ratu Rimba Niagara
2 Ramadan 1435H
30 Jun 2014
LikeLike ·  · 
HIDUP BUKAN UNTUK DISANDIWARAKAN
KEPERITAN YANG KURASA APABILA TEMANKU YANG BERSUMPAH SETIA PADAKU
BERUBAH HATI LALU MEMBENCIKU SENGAJA MEMBIARKAN KASIHKU
DILARUTKAN DALAM LAUTAN ASID BERGELORA...MOGA KAU TAK BEGITU TEMANKU
ANDAI KAU BEGITU MEMBUATKANKU LUKA DALAM DIAM...IZINKAN AKU PERGI DARIMU KERANA AKU TAK MAHU BERTEMANKAN PURA-PURA KASIH, RINDU DAN SAYANG SEBELUM KASIH MELAYANG DILARUTKAN DI LAUTAN ASID BERGELORA BIARLAH AKU PERGI....
ANDAI BENARLAH KAMU SUDAH TIDAK SUKAKAN AKU LAGI...
HATIKU SUDAH KAU CURI
PULANGKAN SEMULA CARA BAIK
SAMA-SAMA TAK TERLUKA DALAM DIAM PERGI TANPA BICARA
ITU BARULAH LELAKI SEJATI
BERTERUS TERANG DALAM APA JUA KEADAAN
TIDAK DALAM TEKA TEKI TANPA JAWAPAN PASTI
KERANA HIDUP KITA BUKAN UNTUK DISANDIWARAKAN
KITA BUKAN PELAKON
KITA BUKAN ANAK WAYANG YANG HEBAT
KITA ADALAH HAMBA ALLAH
YANG REDHA AKAN SEGALA TAKDIR YANG DITAKDIRKAN ATAS KITA
RATU RIMBA NIAGARA
2 RAMADHAN 1435H
30 JUN 2014
Selamat Bersahur & Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
LikeLike ·  · 
KARYA IBU UNTUK ANAK-ANAK TERCINTA DI SELURUH DUNIA
"Duhai anak-anakku yang berada di seluruh dunia
kasih sayang ibu sentiasa ada teruntuk untukmu
telah banyak karya yang ibu karangkan untukmu
agar manusia di luar sana memahami duniamu
dan menghargai kelahiranmu ke dunia ini.
Pelbagai tema yang ibu karangkan,
kamu terhibur, suka, ceria, mahu menjadi
anak yang baik, suka berbakti kepada kedua orang tua
dan mempunyai sifat keinsanan yang tinggi.
Kamu akan rasa hidup ini adalah satu keindahan
apabila dipenuhi dengan kasih sayang seluhur hati seindah budi.
Andai hidupmu dizalimi
sabarlah ....
percayalah hukum karma akan tertimpa kepada mereka yang zalim
kerana TUHAN itu Maha Penyayang sukakan kebaikan
mereka yang zalim akan dibayar tunai di dunia lagi
tidak di dunia di akhirat pasti menanti
Barangkali manusia di luar sana tidak
mengetahui derita yang kau tanggung di kala ini
kau dianiayai...kau dizalimi oleh darah dagingmu sendiri
dan mereka yang berhati kejam berwajah manusia tapi
berhatikan syaitan durjana...
Andai ibu ada kuasa untuk melindungimu
akan ibu usahakan
akan ibu dayakan
untuk menyelamatkan kamu
daripada mereka yang telah
menganiayai dan menzalimi kamu
Pasti bahagia
hidup kita nak...
hari-hari kita bercanda
ibu bercerita
kalian mendengar penuh kusyuk dan takjub
Sambil bercerita
ibu ketawa
anak-anak pun ketawa
saat yang paling bahagia
melihat anak-anak ketawa
rasa dunia ini berpelangi setiap masa
terlalulah indah senyumanmu nak...
membuatkan ibu rasa mahu hidup seribu tahun lagi
Bilamana cerita sedih
mendayu-dayu hiba
sambil bercerita ibu menangis hiba
anak-anak pun menangis penuh hiba
kita sama-sama menangis
sesak dada ibu untuk menghabiskan cerita
penuh luka dalam duka
atas perbuatan zalim mereka
yang bertopengkan manusia berhatikan iblis
Duhai anak-anakku yang berada di seluruh dunia...
apakan daya ibu tak dapat menumpang kasihmu
yang terlara duka dilarutkan kasih tersisih di lautan asid
dalam gulungan bara ombak bergelora tak henti membadaimu
derita ...azab ...sengsaramu hanya Tuhan yang tahu
Ibu faham
apalah ada pada kudratmu sekecil itu
kau pasrah apabila kau dizalimi tanpa ehsan
hanya air mata pengubat deritamu
sehingga airmata kering pun tiada siapa yang sudi ehsani...
sabarlah nak...
Syurga tempatmu nak...
neraka tempat mereka yang menzalimimu
derita sengsara di dunia ini sementara
tapi azab di neraka maha dahsyat!
andai kamu di tempatkan di Syurga
kamu akan lupa azab sengsaramu tika di dunia
mereka yang di tempatkan di neraka atas sebab menzalimimu
akan menyesal seumur hidup mereka...
itulah bedanya Syurga dan Neraka
maka sabarlah nak ya...
Duhai anak-anakku yang berada di seluruh dunia...
walaupun ibu tiada di sisi kalian
karya-karya ibu mengenai
arti sebuah kasih sayang
akan ibu layangkan
akan ibu terbangkan
dan ibu taburkan di seluruh dunia
apabila anak-anak terima nanti
kasih sayang ibu telah ada di sudut hatimu
pengubat lukamu
dan bayangkanlah
ibu berada di kelilingi anak-anak
yang ibu kasihi
sepenuh jiwa raga....
pasti dunia kita indah
berpelangi cinta
berpurnama sayang
kita senyum bersama bintang kejora
yang akan bersinar
menyinari hidupmu yang bergerhana bergelora derita
ALLAHU AKBAR indahnya di kala itu
hanya TUHAN yang tahu...
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
'KASIH DAN SAYANG IBU PADAMU SAMPAI KE JANNAH AAMIIN'
Karya Ibu Istimewa Untuk Anak-Anak Tercinta Yang Berada Di Seluruh Dunia,
Ratu Rimba Niagara
2 Ramadhan 1435H
30 Jun 2014
LikeLike ·  · 

KARYA IBU UNTUK ANAK-ANAK TERCINTA DI SELURUH DUNIA
"Duhai anak-anakku yang berada di seluruh dunia
kasih sayang ibu sentiasa ada teruntuk untukmu
telah banyak karya yang ibu karangkan untukmu...
Continue Reading
LikeLike ·  · 
  • Ratu Rimba Niagara
1 Saya Ingin Memohon Ampun & Maaf atas Kesalahan yang Dilakukan pada Sahabat-2 & Saudara Semua secara Sedar atau Tidak kerana 3 hari lagi Ramadhan akan tiba . 3 hari lagi TIDUR menjadi IBADAH . 3 hari lagi DOA menjadi Ijabah . 3 hari lagi PAHALA di lipat Gandakan... Tapi Itu semua Tidak akan Terjadi tanpa Maaf yang Tulus dalam Keikhlasan dari Sahabat-2 Sekalian , Izinkan Kedua Telapak Tangan Saya Bertengkup Memohon Maaf Untuk Lisan yang Terlanjur , Janji yang Terabaikan , Hati yang Berprasangka & Semua Sikap yang Menyakitkan . يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ Marhaban yaa Ramadhan . Mohon Maaf atas Kekhilafan 
UnlikeUnlike ·  · 
  • You and 7 others like this.
  • Ratu Rimba Niagara SAYA JUGA MEMOHON MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI ANDAI SEPANJANG SAYA BERSIARAN KARYA TELAH MELUKAKAN HATI SEMUA SAMADA SECARA SENGAJA ATAU TIDAK ...
    SUDILAH MAAFKAN SAYA DI MANA BULAN RAMADHAN BULAN BERKAT PINTU NERAKA DI TUTUP PINTU SYURGA DIBUKA SELUAS-LUAS-NYA. MOGA KITA TERPILIH MENJADI AHLI SYURGA DI DUNIA JUA DI AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
    4 mins · Edited · Like
  • Ratu Rimba Niagara
HANYA UNTUK-MU ALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIIN.
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
DARI ALLAH KITA DATANG DARI ALLAH JUA KITA DIKEMBALIKAN...
Continue Reading
في كل ثانية.. تنتج الشمس طاقة تعادل مليار قنبلة هيدروجينية!
LikeLike ·  · 

HANYA UNTUK-MU ALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIIN.
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
DARI ALLAH KITA DATANG DARI ALLAH JUA KITA DIKEMBALIKAN
TERIMA KASIH SAHABATKU YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT
ATAS DOAMU DAN KATA-KATA SEMANGAT UNTUK AKU TERUS
BERKARYA...BERKARYA...BERKARYA...IN SHAA ALLAH AAMIIN
MOGA ALLAH MERAHMATIMU SEKELUARGA MERAHMATIKU SEKELUARGA DAN MERAHMATI SEMUA SAUDARA SEISLAM KITA AAMIIN
SAHABAT DUNIA AKHIRATKU....
MENDENGAR DOA INDAHMU
TERASA DI HATI INI BERBUNGA-BUNGA KASIH YANG TAK TERHINGGA SERASA PERSAHABATAN KITA BERADA DI SYURGA
WALAUPUN DI UNGKAPKAN DI ALAM MAYA BUKAN DI ALAM REALITI
TAPI TERASA SAPAANMU SEPERTI AHLI SYURGA
BARANGKALI INILAH BAHASA-BAHASA AHLI SYURGA TIKA BERADA DI SYURGA....SETIAP SAPAAN SESAMA AHLI SYURGA
ADALAH INDAH SALING MENGHARGAI SALING MEMBAHAGIAKAN
TIDAK AKAN TERGURIS WALAUPUN SEBESAR ZARRAH
BENARLAH SETIAP KALI KITA MENDENGAR SAPAAN AHLI SYURGA NAN INDAH KITA SEAKAN TERLUPA BAHAWA KITA BERADA DI SYURGA AMAT BENARLAH SYURGA ITU NEGERI KASIH SAYANG ABADI YANG DITEMPATKAN ALLAH AZZAWAJALLAH KEPADA SEMUA HAMBA-HAMBA-NYA YANG TERPILIH.
MENYEBUT SYURGA MEMANGLAH MUDAH
TAPI UNTUK MENGGAPAINYA
SEGALA UJIAN AKAN KITA TEMPUHI
JAMBATAN UNTUK KITA KE SYURGA
KITA AKAN DIUJI TERUS DIUJI SEHINGGA KE AKHIR HAYAT KITA
JIKA KITA TABAH SABAR BILA DIUJI
TANPA BERKELUH KESAH
YANG ADA SYUKUR REHDA TAWAKAL PASRAH
SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH SWT APABILA DIUJI
KERANA TIDAK DIDUGA SESEORANG HAMBA ITU MENGIKUT KEMAMPUANNYA, ALLAH TAHU KITA MAMPU MENGATASI UJIAN ITU SEBAB ITU DIA PILIH KITA MENERIMA UJIAAN DARI-NYA
SEMUA HAMBA-NYA AKAN DIUJI
TANDA DIA CINTA PADA SEMUA HAMBA-NYA
MOGA KITA TAHAN DAN REDHA APABILA MENERIMA
SETIAP UJIAN-NYA AAMIIN
YA... DI SINI BUKAN TEMPAT KITA
TEMPAT KITA ADALAH NEGERI ABADI
JIKA KITA DITEMPATKAN DI SYURGA
KITA AKAN LUPA SEGALA UJIAAN YANG KITA TEMPUHI
MALAH BERSYUKUR DITIMPAKAN UJIAN DARI ALLAH
JIKA KITA DITEMPATKAN DI NERAKA
KITA AKAN LUPAKAN SEGALA NIKMAT DUNIAWI YANG PERNAH KITA KECAPI AKAN MERASA MENYESAL
MERAYU-RAYU PADA ALLAH UNTUK DIPULANGKAN KEMBALI KE DUNIA AGAR BOLEH BERBUAT AMALAN SOLEH SEBANYAK-BANYAKNYA KERANA BETAPA DAHSYATNYA SEKSAAN NERAKA
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
DUHAI SAHABATKU YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT
SYURGA ITU RAHSIA ALLAH
SEMUA ORANG TIDAK TAHU DI MANA AKAN DITEMPATKAN
SESUDAH MATI ...HANYA KUASA ALLAH YANG MENENTUKAN
BIARPUN SELURUH MANUSIA BERANGGAPAN DIA ITU AHLI SYURGA
TAPI TIDAK ALLAH IZINKAN BUKANLAH DIA AHLI SYURGA,
BIARPUN SELURUH DUNIA BERANGGAPAN DIA ITU AHLI NERAKA TAPI ALLAH TAHU SIAPA DIA SEBENARNYA SYURGALAH TEMPATNYA
ALLAHU AKBAR!
BETAPA KERDILNYA MANUSIA UNTUK MENGHUKUM
DIA ITU AHLI SYURGA DIA ITU AHLI NERAKA
SYURGA NERAKA MILIK ALLAH
CUMA KITA BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH
YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASEHANI
TELAH MENYIAPKAN SYURGA UNTUK SEMUA HAMBA-NYA
ANDAI SEMUA HAMBA-NYA DI MASUKKAN KE SYURGA
MASIH ADA LAGI RUANG KOSONG
KERANA SYURGA ITU AMATLAH LUAS
SELUAS LANGIT DAN BUMI
MALAH LEBIH LUAS DARI ITU
SUBHANALLAH SEGALA PUJI HANYA UNTUK ALLAH
ALANGKAH INDAHNYA JIKA TIKA HIDUP DI DUNIA INI
KITA SESAMA KITA
SENTIASA SALING HORMAT MENGHORMATI
SEHATI SEJIWA
SENADA SEIRAMA
SALING MENYOKONG/MENDUKUNG PERJUANGAN
DALAM KEIKHLASAN DAN BERKASIH SAYANG KERANA-NYA
PERJUANGAN AKHIRAT HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR
BERSAMA KITA BERGANDINGAN
MENCARI MENUJU UNTUK MENGGAPAI
SEMUA YANG KITA PERJUANGKAN AMALKAN
ADALAH HANYA UNTUK-MU ALLAH KERANA KAU YANG KUCINTA
SELURUH HIDUPKU SEPANJANG HAYAT HIDUPKU
HANYALAH UNTUK-MU ALLAH
PERMUDAHKAN AKU DAN SEMUA HAMBA-MU
MENUJU KE JALAN SYURGA-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIIN
.......................................................................................
ku Milik-Mu ALLAH
27 Sya'ban 1435H
25 Jun 2014
في كل ثانية.. تنتج الشمس طاقة تعادل مليار قنبلة هيدروجينية!
LikeLike ·  · 


PETIKAN PERPUSTAKAAN & GALERI SRIKANDI SASTERA
RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA NUSANTARA
RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
13 Ramadhan 1435H
11 Julai 2014
LikeLike ·  · 
  • Indra Utama Nasution likes this.

    SIPUT YANG DIBERIKAN SI NAGA SAKTI PADA SI PUTERI BUNIAN
    DALAM TEATER BANGSAWAN DIRAJA , 'CINTA SI NAGA SAKTI DENGAN
    SI PUTERI BUNIAN,'
    LikeLike ·  · 


    PETIKAN PERPUSTAKAAN & GALERI SRIKANDI SASTERA
    RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA NUSANTARA
    RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
    13 Ramadhan 1435H
    11 Julai 2014

0 comments:

Post a Comment

 
;