KENAL DIRI KENAL TUHAN (231) TUNKU ABDUL RAHMAN BAPA KEMERDEKAAN KURNIAAN ILAHI
You wrote on Najib Razak's timeline. View post in "Posts To Page".
Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak bertemu dengan para pemimpin dan perwakilan Kelab UMNO luar negara sempena #PAU2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - Admin
SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN
Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Disambung oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang,
Menceroboh masuk terus meradang;
Tunku memikir merasa bimbang,
Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita,
Ingin berkuasa merebut tahta;
Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban,
Mempertahankan negara habis-habisan;
Nyawa di badan jadi taruhan,
Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman,
Perjuanganmu menjadi kenangan;
Kau gugur dalam kemenangan,
Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.
Tungku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2011
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA KE -55 TAHUN PADA 31 OGOS 2012)
(DISIARKAN SEMPENA PRU KE-13)
14 April 2013
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
4 SAFAR 1436H
27 NOVEMBER 2014
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KE-68 'UMNO KEJAYAANMU KEJAYAAN ISLAM KEJAYAAN BANGSA MELAYU')
"Mutakhir ini, sekalipun ekonomi dunia tidak menentu, Malaysia telah mencapai pertumbuhan positif dalam semua sektor dan mencatatkan kenaikan KDNK sebanyak 6.1 peratus. Sayugia saya menyatakan, pencapaian ini, telah menempatkan kita sebagai yang paling tinggi di kalangan negara ASEAN."
Anda boleh membaca Ucapan Dasar Presiden UMNO yang disampaikan Dato' Sri Najib Razak pada perasmian #PAU2014 pagi tadi dihttp://najibrazak.com/blog/ucapan-dasar-presiden-umno/ - Admin
(4 photos)Anda boleh membaca Ucapan Dasar Presiden UMNO yang disampaikan Dato' Sri Najib Razak pada perasmian #PAU2014 pagi tadi dihttp://najibrazak.com/blog/ucapan-dasar-presiden-umno/ - Admin
You wrote on Najib Razak's timeline. View post in "Posts To Page".
Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak bertemu dengan para pemimpin dan perwakilan Kelab UMNO luar negara sempena #PAU2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - Admin
Saya meluangkan sedikit masa malam ini untuk meneliti teks ucapan dasar yang akan saya sampaikan esok sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014. Saya berharap perhimpunan kali ini akan berlangsung lancar dan mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO demi kemajuan parti dan negara, Insya-Allah. Selamat bersidang.
4 SAFAR 1436H
27 NOVEMBER 2014
0 comments:
Post a Comment