SYAIFUL RAHMAT PENCINTA ILMU HARUM MEWANGI ALLAHU AKBAR MOGA SYURGALAH TEMPATMU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
QZ8501 Hari ke-21: Mistik mayat ke 40
Hizamie - Saturday, January 17, 2015
KALIMANTAN, (MLP) – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas semasa dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura telah memasuki hari ke 21.
Pasukan menyelam yang diketuai Badan Mencari Dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) telahmenemui kedua-dua kotak hitam pesawat pada Selasa lalu.
Pelbagai spekulasi mengenai nahas kejadian mula timbul namun tiada satu antaranya yang boleh dianggap rasmi berikutan proses analisa perakam data pesawat sedang berjalan.
Dalam kesibukan pihak berkuasa dan para media menafsir kandungan kotak hitam, petugas di Rumah Sakit Sultan Imanuddin (RSSI) Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah didatangi jenazah korban ke 40 awal minggu lalu.
Rata-rata mayat yang ditemui sejak hari pertama sehingga ke sepuluh berada dalam keadaan yangkurang baik, mayat yang dibawa itu sedikit ‘berbeza’ dengan puluhan jenazah sebelumnya.
Jenazah yang dibawa menggunakan helikopter tersebut berada dalam keadaan lengkap dan sempurna berbanding mayat-mayat sebelumnya yang separa reput.
Hasil pemeriksaan awal mendapati jenazah lelaki itu masih elok dan tidak menunjukkan tanda-tanda mula mereput. Persalinan yang turut didapati bersama masih berada dalam keadaan baik.
Berdasarkan pakaian, para petugas RSSI mengesyaki jenazah itu adalah jasad Syaiful Rahmat yang merupakan juruteknik AirAsia QZ8501.
Menurut kenalan kepada Syaiful, dia adalah seorang yang alim dan gemar mengikuti majlis-majlis ilmu. Bahkan seorang rakan kepada Syaiful turut menghidu bau harum dari tubuhnya semasa kali terakhir bertemu.
Beberapa spekulasi mula timbul yakni jenazah tersebut berada dalam keadaan baik ekoran baru sahaja meninggal.
Sehingga semalam, sudah 50 mayat dijumpai dan identiti 38 daripadanya sudah dikenalpasti.
Kredit gambar: malaysianinsider
26 RABIULAWAL 1436H
17 JANUARI 2015
1Pasukan menyelam yang diketuai Badan Mencari Dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) telahmenemui kedua-dua kotak hitam pesawat pada Selasa lalu.

0 comments:
Post a Comment