MUJAHID FISABILILLAH-MU (81) HATI PERLU DIBERSIHKAN DENGAN SELALU INGAT MATI
Daniah Kahlishah shared Siakap Keli's video to the group:KITA SEMUA MILIK ALLAH SWT.
Bila2 masa malaikmaut akan tarik nyawa kita...ampunkan segala dosa2 kami ya Allah Aamiin YaRabbal Al'amiin
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji
YA ALLAH MATIKAN KAMI DALAM KEINDAHAN HATI DAN IMAN AAMIIN
HATI PERLU DIBERSIHKAN DENGAN SELALU INGAT MATI
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji
YA ALLAH AKHIRKAN AKU DALAM KEINDAHAN
Allah Engkau Maha Mendengar...
segala isi hatiku
aku mahu hidup dalam keindahan
aku mahu mati dalam keindahan
keindahan dalam berbahasa
keindahan hati berbunga iman
kerana mahu hidupku
berakhir dalam keindahan
aku rela merendah diri kepada semua manusia
menyebarluaskan Rahmat Kasih-Mu yang tiada
had kepada semua hamba-Mu tanpa terkecuali
selagi hidup selagi itu
Kau memberi peluang kepada semua hamba-Mu
menempah tiket ke Syurga...
Syurga sebagai balasan hamba-Mu
yang beramal soleh kerana-Mu...
bukan kerana habuan duniawi
Syurga rahsia-Mu...
tidak seorang pun tahu
adakah dia layak masuk ke Syurga
walaupun pahalanya setinggi gunung
masih belum memberi jaminan masuk ke Syurga
Engkau memberikan Syurga
bukan kerana banyaknya pahala hamba-Mu...
dengan Rahmat Kasih-Mu diberikan Syurga...
dengan Pengampunan-Mu diberikan Syurga
dengan Syafaat kekasih-Mu Nabi Muhammad saw diberikan Syurga...
Allahu Akbar begitu Rahmat Kasih-Mu tanpa had
Syurga tempat yang terindah yang menjadi cita-cita semua hamba-Mu,
Andai Syurga itu milikku
pastilah aku hamba-Mu yang paling bertuah di dunia ini
beramal cuma sedikit dibalas Syurga...
tapi aku masih malu memiliki Syurga
kerana aku sudah salah iktikad
aku beramal kerana Syurga
bukan kerana-Mu...
jika itulah aku
aku yakin pasti Syurga bukan tempatku
kerana aku tidak ikhlas dapat beribadat...
beramal kerana Syurga pasti nerakalah tempatku...
kerana Rahmat Kasih-Mu tidak akan ada
pada mereka yang beramal selain daripada-Mu...
semua-Nya kerana-Mu...
Betapa baiknya manusia itu
dia sama sekali tidak tahu berakhirnya dia
berakhir dalam keindahan atau kejelekkan
Betapa jahatnya manusia itu
dia sama sekali tidak tahu berakhirnya dia
berakhir dalam kejelekkan atau kebaikan
Sebab itu sesama manusia tidak layak
menghukum
Syurga tempatku Neraka tempatmu...
dia bukan Tuhan untuk menghukum
sebab itu Allah tidak mengira bermulanya kamu
Allah mengira berakhirnya kamu
Ya Allah...aku mahu berakhir dalam kebaikan yang Kau Redhoi
berakhirnya sebuah kehidupan yang penuh ujian hidup dengan keindahan
ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
.....................................................................
sampai kapan pun aku hamba-Mu
yang mahu pulang ke Pangkuan-Mu...
dalam Rahmat Kasih-Mu,
dalam Pengampunan-Mu,
mendapat Syafaat Nabi-Mu Muhammad saw
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
14 Safar 1437H
26 November 2015
PANTUN MUHASABAH DIRI SENDIRI
Tidurku lena yang panjang;
Terkeduku bila terjaga dari lena;
Aku menyesal memanjang,
Alam barzah menantiku dari lena.
Aku ketakutan pabila jaga dari lena,
Air mata penyesalan sudah tiada erti;
Lenaku di dunia membawaku ke sini,
Alam barzah yang sedia menanti.
Datang ke sini tanpa bekalan,
Aku menyesal terlepas peluang;
Peluang yang diberiNya kubiarkan,
Matilah aku dalam bekalan yang kosong.
Tuhan hidupkan aku ke dunia semula,
Mahuku berbuat segala amalan;
Berbuat baik pada Allah jua manusia,
Agar dapat kutebus segala penyesalan.
Tapi apakan daya nasibku malang,
Aku yang menempah nasibku begini;
Bukan Allah tidak memberiku peluang,
Ketika hidup aku orang yang rugi.
Menyesal aku sendiri,
Merana aku sendiri;
Kini aku menyendiri,
Alam barzah meranaku sendiri.
Oh! Tuhan di pagi yang penuh berkat ini
Kau masih memberi aku peluang untuk aku merebut segala
peluang amalan sebagai bekalan ke alam barzah.
Dengan Belas-EhsanMu Tanpa Batas Kau Limpahkan
Sinar Nur Hidayah KasihMu padaku hingga ke nafas terakhirku agar aku dapat membawa bekalan yang Kau Redhai.
Amin Ya Rabbal ALamin.
Karya Putri Rimba Niagara
16 Jun 2012
Yesterday at 11:45am · Like
SubmitSEMUA JASAD BAKAL DIMAKAN CACING DAN ULAT
Secantik dan setampan apa-pun wajah kita. sesexi dan segagah apa-pun tubuh kita. Sekaya dan setinggi apa-pun jabatan kita. Jangan-lah terlalu berlebih-lebihan membanggakan diri dengan KESOMBONGAN..!!! Sesungguhnya semua itu akan HANCUR kelak termakan CACING dan ULAT...!!!
(PETIKAN DARIPADA SUARA AKHIRAT)
16 Jun 2012
Unlike · · about a minute ago ·
You and Khai Noor like this.
ULAT ROH
Semua orang pasti mati
tak tahu bila masanya
akan mati
mahu tak mahu pasti tempuhi juga
muda atau tua
pasti mati
aku tak terkecuali
pasti mati
adakah aku takut?
Ya ...aku takut
kalau matinya aku
tanpa bekalan
kalau aku yakin ada bekalan
tapi aku tetap takut
takut bekalan yang kubawa
tidak diterimaNya
lalu aku dicampakkan ke Neraka
itulah yang kutakuti
bukan aku takut mati
aku takut...aku takut bekalanku tak diterimaNya nanti.
Apabila mati...
Jasadku tentu membusuk
dimakan jutaan ulat
jika itu hukum alam
aku redha
tapi jika amalanku
dimakan ulat-ulat rohku
macam mana?
Allahu Akbar
merana rohku
merana yang tak tertebus!
Nak menangis pun tak berguna
jasad dah hancur dimakan ulat
tangisan roh percuma saja.
Ya Allah ... aku rela jasadku dimakan ulat
tapi aku tak mahu amalanku dimakan ulat-ulat roh
tolonglah Ya Allah kasihanlah aku
izinkan aku melakukan amalan ikhlas semata keranaMu
agar ianya menjadi
bekalan yang Kau terima
dan jauhkan bekalanku dimakan ulat-ulat roh.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Putri Rimba Niagara
16 Jun 2012
TENTANG MATI
Kenapa takut mati?
Takut mati mati
Hindari mati mati
Sihat mati
Sakit pun mati
Tua muda mati
Kaya miskin mati
Semuanya akan mati
Mati milik semua
Bersedia atau tidak mati
Mati tak kira siapa
Tak kira di mana
Di mana-mana boleh mati
Bersedia atau tidak mati
Yang penting mati dalam husnul khotimah
Mati dalam kebaikan dalam redho-Nya Ilahi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Jun 2012
TERIMA KASIH SUARA AKHIRAT
Kaya macam mana manusia itu
Dia tetap miskin
Apa maksudmu?
Sebab aku ni kaya punya harta tak terkira banyaknya
Kau lahir ke dunia ini kosong...
Lagi aku tak faham?
Apa maksud kosong
Aku lahir atas kehendak ibu dan ayah aku
Apa pulak kosong...
Kau silap...
Kau lahir atas kehendak Pencipta-Mu
Kalau kau lahir atas kehendak ibu dan ayahmu
Pasti mereka hendak anak mereka sempurna cantik dan tampan
Tak ada satu pun celaan yang menyusahkan hati mereka
Dan yang kukatakan kosong itu...tika kau lahir
Tiada apa pun yang kau bawa ....kosong
Mati pun cuma kain kafan yang kau bawa
Kalau mati membawa semua hartamu yang ada
Jenuh juga orang nak menggali kuburmu
Satu bulan hendak menggali kubur pun tak siap-siap...
Apa maksudmu?
Katakan jangan selindung-selindung aku tak suka
Jelaskan sejelas-jelasnya agar aku faham
Sebab aku ni pencinta harta
Bagiku harta adalah segala-galanya
Untuk diri aku sendiri pun aku berkira
Inikan hendak bersedekah
Kirim salamlah
Kalau nak kaya usaha sendirilah
Kau tahu kerana aku banyak hartalah aku
Ramai suka berkawan dengan aku
Aku pun pelik kenapa mereka suka berkawan dengan aku
Dan hormat gila-gila dengan aku...
Aku bukan bagi pun harta aku pada mereka
Tapi masih terhegeh-hegeh nak menjadi kawan aku
Pelik kan manusia ini..
Cuba aku papa kedana...
Seorang pun tak mahu berkawan dengan aku...
Manusia ini sukakan harta
Sebab itu aku sukakan harta
Kerana harta aku dihormati dan disanjungi
Ke mana saja aku pergi semua hormat aku
Dan sanjungi aku ...
Sebab itu aku suka...suka....sukakan harta...
Hidup aku senang lenang atas usaha aku sendiri
Harta yang banyak inilah Syurga duniaku...
Kau terpedaya dengan diri kau sendiri
Harta yang banyak itu kau nak bawa ke kubur ke?
Ha...sebab itulah aku katakan tadi
Sebulan hendak menggali kuburmu pun ak siap-siap
Sebab segala eset yang kau miliki mahu ditanam sama
Kau bayangkanlah rumah kau yang macam istana ini
Nak di kebumikan juga...
Itu baru istana belum lagi yang lain nak dikebumikan juga
Yelah nak ikut wasiat tuannya...
Dalam kubur pun kau nak teruskan perniagaan mewahmu jugakan...
Tapi aku tak pernah dengar orang dalam kubur
Jalankan perniagaan...ada ke pembelinya
Takkan ahli kubur masih lagi nak berjual beli ye..
Macam mana ye rupanya pembeli produk aku
Dibeli boleh pocong-pocong
Hee takutnya nasib baiklah aku pun sudah bergelar pocong...
Tapi apa produk yang aku nak jual ye...kalau aku jual mereka
Berminat ke nak beli...buntu aku ni...
Kalau kau tak nak buntu...dari sekaranglah kau kena berubah...
Apa maksud kau? Tolong bantu aku dari kebuntuan ini agar aku tak
Menyesal sebelum aku bergelar pocong
Hidup jangan leka sangat dengan pesona dunia...
Harta kau yang banyak-banyak ni
Banyak-banyaklah kau infakkan ke jalan-Nya
Itulah keuntungan yang tak akan habis-habis
Biarpun kau sudah berada di alam barzah
Kau bukan lagi menjadi jutawan pocong
Tapi kau adalah roh suci yang telah disucikan
Dengan harta yang telah kau infakkan ke jalan-Nya
Di dunia kau mencari jalan-jalan ke Syurga
Di kubur mu nanti kaulah ahli Syurga
Kau tidur sebagai ahli Syurga dan diperlihatkan
Syurga yang Maha Indah hingga tiada apa yang
Kau lafazkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Dan mesti kau rasa bersyukur ketika di dunia kau
Sempat bertaubat dengan menginfakkan hartamu
Ke jalan-jalan Syurga-Nya
Masya-Allah aku tak terfikir
Sebagaimana yang kau fikir
Terima kasih suara akhirat
Kaulah sahabat dunia akhiratku
Moga Rahmat Allah Azzawajalllah
DiLimpahkan kepadamu dan seluruh ahli keluargamu
Yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Jun 2012
Yesterday at 1:14pm ·
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
17 Jun 2012
JIKA AKU PUNYA SEGUDANG UANG
JIKA AKU PUNYA SEGUDANG UANG
AKU AKAN MEMBELI SEMUA KASIH SAYANG YANG TERLARA AKIBAT
KEMISKINAN
PEPERANGAN
MUSIBAH BENCANA ALAM
PENGANGURAN
KEZALIMAN MANUSIA
KETIDAKADILAN PEMERINTAH KEPADA RAKYAT
KARENA AKU MISKIN TAK PUNYA APA
AKU DIPANDANG SEBELAH MATA
AKU TERSISIH DARI KASIH SAYANG
SUNGGUH PUN BEGITU
TUHANKU MASIH TIDAK SISIHKAN AKU
SEKALIPUN AKU MISKIN
DIA KAYAKAN AKU
DENGAN ILHAM DAN IDE
YANG TERLALU BANYAK TAK TERKIRA
ANDAI ILHAM YANG KUTULIS
BISA BOLEH MENJADI SEGUDANG UANG ATAS IZIN-NYA
BERJAYALAH AKU MEMBELI KASIH SAYANG
SEMUA YANG TERLARA DALAM GUBUK DERITA
IN SHAA ALLAH AAMIIN
TIADA DAYA UPAYAKU MENDAPAT REJEKI UANG DAN ILHAM
MELAINKAN DENGAN IZIN-NYA JUA
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
2 Rabiulakhir 1435H
2 Februari 2014M
SERIBU TETES AIR MATA CINTA
Mengalir bukan aku memintanya
Seraya aku mengingatmu
Memerah kelopak mataku
Dahan kaca mata penuh dengan air mata
Setetes demi setetes bercucuran
Itulah senyawa rinduku
Lantas aku terseduh dalam isak tangis
Seribu tetes air mata cinta
Lantas kutitipkan air mata di dedaunan pohon talas
Yang disana tak tertampung diatasnya
Semuanya jatuh membasahi bumi
Lantas aku tak bisa berkata
Sepata katapun
Tentang kecamuk rinduku
Disiang bolong aku malu menggangkat wajahku
Disemak dan ramainya dunia
Mataku memerah
Rasa hatiku inggin berkata
Tapi...
Tak jua mulutku berkata
Karena disana engkau merasakanya
Seakan-akan prasaan dan batin telah menyatu
Disetiap hembusan nafasku
Ku berdoa untukmu
Adakah rasa jua didadamu
Melintas seogok jiwaku
Atau dalam mimpimu
Aku ingin melintas walaupun dalam benakmu
Ku ukir semua kebaikanmu dihatiku
Ku kenang namamu dimanapun
Dalam barisan bintang ku ukir jua namamu
Dalam aliran derasnya air juga ku ukir namamu
Tak ketinggalan juga senyum yang menyertaiku
Dimanapun aku berada
Samarinda, 8, 10, 2011
Mahabbah el ahmead ( Titik suswati )
Aku dilahirkan untuk meraih kasih insan
Insan-insan agar dapat kulakarkan kisah sedihnya
Agar dapat dihayati...di ehsani oleh semua insan
Yang punya hati dan perasaan
Lalu akan terehsan hati mereka untuk saling
Bantu membantu dan yang penting mempunyai rasa kemanusiaan!
Di hati-hati yang tak mengenal erti apa itu kemanusiaan!"
TELEMOVIE HIDAYAH HATI, 'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
14 SAFAR 1437H
26 NOVEMBER 2015
PETIKAN WALL GRUP IZINKAN AKU KE SURGA MU YA ALLAH,
RINDU ITU ANUGERAH ILAHI, KITA SEMUA MILIK ALLAH SWT &
GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
14 SAFAR 1437H
26 NOVEMBER 2015
- You and Haidi Yan like this.
- Rabeah Mohd Ali Tahniah! Makin mantap puisi karyamu! Moga kau terus berkarya...about an hour ago · · 1 person
- Rabeah Mohd Ali Aku dilahirkan untuk meraih kasih insan
Insan-insan agar dapat kulakarkan kisah sedihnya
Agar dapat dihayati...di ehsani oleh semua insan
Yang punya hati dan perasaan
Lalu akan terehsan hati mereka untuk saling
Bantu membantu dan yang penting mempunyai rasa kemanusiaan!
Di hati-hati yang tak mengenal erti apa itu kemanusiaan!about an hour ago · · 1 person
- (PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
8 Oktober 2011
TELEMOVIE HIDAYAH HATI, 'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
14 SAFAR 1437H
26 NOVEMBER 2015
PETIKAN WALL GRUP IZINKAN AKU KE SURGA MU YA ALLAH,
RINDU ITU ANUGERAH ILAHI, KITA SEMUA MILIK ALLAH SWT &
GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
14 SAFAR 1437H
26 NOVEMBER 2015
0 comments:
Post a Comment