Saturday, 5 December 2015

MUJAHID FISABILILLAH-MU (136) KEHEBATAN KALAMULLAH-MU TIADA TANDINGAN-NYA


MUJAHID FISABILILLAH-MU (136) KEHEBATAN KALAMULLAH-MU TIADA TANDINGAN-NYA


Jumilah Abdul Rashid and ‎سيتي محفوظا‎ posted in KITA SEMUA MILIK ALLAH SWT.
9:45/9:45
Kopi Lekat
Rugi tak dengar..tak hayati..dan xamal..rugi!!
Rugi jugak kalau tak SHARE..sekurang2nya dapat saham Akhirat..insyaAllah kalau niat ikhlas..


KALAMULLAH-MU INDAH DIBACA INDAH DIDENGAR DIHAYATI LALU DIAMALKAN MENJADI PEDOMAN HIDUP DUNIA AKHIRAT SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR


YA ALLAH BETAPA INDAH-NYA BILAMANA KALAMULLAH-MU DIBACA
DI HAYATI MERESAP DI KALBU DICINTAI DI SETIAP SAAT DAN WAKTU...ALLAHU AKBAR betapa indahnya kehidupan sebegini pasti berada bagaikan di Taman-Taman Syurgawi....

aku terkesima kelunakkan suara memukau segenap jiwa yang mendengar lantunan bacaan Al-Quran .....

ALLAHU AKBAR sungguh aku terkesima syahdu hingga saat ini
betapa indah-Nya KALAMULLAH-MU YA ALLAH.


SALAM NUZUL AL-QURAN

Pada tahun ini kita semua akan menyambut Nuzul Al-Quran pada 4 Julai 2015 (Sabtu)
bersamaan 17 Ramadhan 1436H. Semoga kita sebagai umat Islam sentiasa mengambil iktibar peristiwa Nuzul Al-Quran dan sentiasa manjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita agar kita semua sentiasa di jalan yang benar. InsyaAllah...

Sejarah
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan
dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad
s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Nuzul_Quran

Posted by Pejabat Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia at 12:00 PTG Tiada ulasan:


Assalamualaikum... Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam sudah tiada lagi didunia ini. Namun baginda tidak membiarkan umat selepas kewafatannya dalam keadaan terbiar tanpa sebarang petunjuk dan panduan. Baginda meninggalkan kita semua satu mukjizat terbesar yang tidak akan berubah, hilang dan musnah hingga ke hari kiamat.

Ianya menjadi rujukan dan panduan yang lengkap lagi relevan bagi setiap bangsa, keadaan dan zaman. Itulah Al-Quran, kitab untuk umat Islam.

Al-Quran merupakan kitab yang lengkap sebagai panduan dan rujukan bagi umat Islam. Tidak ada satu perkara pun yang terlepas atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan, segalanya terkandung di dalam al-Quran.

Firman Allah SWT: “Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).” (Al-An’am:38)

“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Mempercayai Al-Quran itu merupakan rukun iman. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Nuzul al-Quran 17 Ramadan 1435H
‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.
‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia.

Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpunnya segala ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, pengubat, kehidupan, sains, alam dan sebagainya.

Sempena memperingati hari turunnya Al-Quran ini marilah kita bersama-sama mendekati dan membaca Al-Quran. Sedikit demi sedikit cubalah fahami dan amalkan setiap suruhan, ingatan dan panduan yang tercatat didalamnya agar kita beroleh petunjuk dan hidayah untuk menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa disisi Allah SWT. Semoga kita beroleh kebahagian di dunia dan akhirat... InsyaAllah.

Tiada cara lain untuk kita menghayati dan memahami Al-Quran dan kerana itulah surah pertama dan malah ayat pertama yang diturunkan menyuruh kita 'BACALAH!'. Hanya melalui membacalah terbukanya segala ilmu, jalan, panduan dan pedoman untuk apa jua yang kita perlukan serta inginkan.

Surah pertama diturunkan-surah al-‘alaq
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Salam Nuzul Al-Quran dari Relaks Minda... Bersama kita menghayati dan mengamalkan Al-Quran sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan kita. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT agar beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah...

Ditulis oleh :
Bin Muhammad
Artikel : Salam Nuzul Al-Quran 1435H

SALAM NUZUL AL-QURAN, SALAM ISRAQ MIKRAJ DAN SALAM AL-AQSA UNTUK KDYMM SULTAN KELANTAN DAN TENGKU MAHKOTA KELANTAN

SALAM NUZUL AL-QURAN

SALAM NUZUL AL-QURAN
MOGA KITA TERGOLONG PENCINTA AL-QURAN
KERANA CINTA ALLAH KITA MENGHAYATI AL-QURAN
DI ALAM BARZAH MENJADI PENGUAMBELA KITA ADALAH AL-QURAN
BEGITU BERMAKNANYA HIDUP DAN MATI KITA KERANA AL-QURAN
AL-QURAN PENYULUH HIDUP KITA
AL-QURAN PELINDUNG DUNIA AKHIRAT KITA

YA RABB
PILIHLAH KAMI UNTUK MENCINTAI KALAMULLAH-MU
KALAMULLAH-MU INDAH SEINDAH BAHASA-MU
BAHASA-MU TIADA SIAPA YANG DAPAT TANDINGI
KAULAH PUJANGGA
KAULAH PEMUISI
KAULAH AHLI FALSAFAH
KAULAH ILMUAN MAHA BIJAKSANA
ILMU YANG TERKANDUNG DALAM AL-QURAN
TIADA SATU PUN YANG TERTINGGAL
SEMUA-NYA SEMPURNA
KALAMULLAH-MU LAGI DIBACA LAGI DIHAYATI
MEMBUATKAN SEMUA PARA PENCINTA-MU
MAKIN TERUJA UNTUK MENCINTAI-MU
MENJADI PENDAMBA CINTA-MU

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
SIAPALAH YANG TAK SUKA MELIHAT KALAMULLAH-MU
YANG INDAH ITU BERADA DI HADAPAN MATA JELAS WUJUD-NYA MU
SESUSUNGGUH-NYA KAU MAHA BERKATA-KATA
KATA-KATA NAN INDAH-INDAH
TERSUSUN TERANGKAI SALING BERKAITAN
DI ANTARA SATU AYAT KE SATU AYAT
MEMANG TIADA SEORANG PUJANGGA PUN DI DUNIA INI
DAPAT MENIRU BAHASA-MU
WALAU PUN DENGAN SATU PERKATAAN
MENGANDUNGI SEJUTA MAKNA SEJUTA HIKMAH-NYA
DAN GANJARAN PAHALA BAGI SESIAPA YANG MEMBACA KALAMULLAH-MU
AKAN KAU LIPAT KALIGANDAKAN GANJARAN PAHALA
SUBHANALLAH AMAT RUGILAH JIKA KAMI TIDAK MEMBACA KALAMULLAH-MU

TIKA HAMBA-MU MEMBACA AL-QURAN
ITU BERMAKNA ENGKAU SEDANG BERKOMUNIKASI DENGAN
HAMBA-MU, SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
KALAMULLAH-MU BUKTI YANG SIAPAPUN TIDAK BOLEH MENAFIKAN
KEWUJUDAN-NYA ENGKAU

AL-QURAN BUKTI WUJUD-NYA ENGKAU YA ALLAH
SEBAB ITU SEMUA YANG PERCAYA WUJUD-NYA ENGKAU
MESTI MENYEMBAH ENGKAU
TIADA TUHAN LAIN SELAIN ENGKAU YANG LAYAK DISEMBAH
DAN DI AGUNGKAN DI SEBILANG MASA DAN KETIKA

AL-QURAN KALAMULLAH-MU ,
ENGKAU BERKOMUNIKASI DENGAN KAMI
TIKA SOLAT KAMI BERKOMUNIKASI DENGAN-MU
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
MEMANG BENARLAH AL-QURAN DAN SOLAT
PENYAMBUNG CINTA DI ANTARA HAMBA DENGAN PENCIPTA-NYA
ALLAHU AKBAR


YA RABB...
JADIKANLAH KAMI PENCINTA KALAMULLAH-MU
JADIKANLAH KAMI HAMBA-MU YANG TAAT BERSOLAT


KAMI MAHU SELALU DENGAR KOMUNIKASI-MU
KAMI MAHU SELALU BERKOMUNIKASI DENGAN-MU
SEBAB ITU SOLAT DAN AL-QURAN
TAK DAPAT DIPISAHKAN DUA SERANGKAI
MENYATUKAN HATI HAMBA DENGAN PENCIPTA-NYA


AMATLAH RUGI JIKA KAMI TIDAK SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN
PASTILAH KAU MURKA
PASTILAH NERAKA TEMPAT KAMI NAUZUBILLAH


KAMI SOLAT
KAMI MEMBACA AL-QURAN
BUKANLAH KERANA KAMI MAHUKAN SYURGA ATAU TAKUT DIBALAS NERAKA

KAMI SOLAT
KAMI MEMBACA AL-QURAN
TANDA KAMI CINTA PADA-MU YA ALLAH
MAKANYA JADIKANLAH AL-QURAN DAN SOLAT
AMALAN HIDUP KAMI SEHINGGA KE NAFAS TERAKHIR KAMI
MELAFAZKAN KALAMULLAH-MU
LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

........................................................................
(HAMBA-MU YANG MAHU MENCINTAI-MU DAN MENCINTAI KALAMULLAH-MU)
Karya Ratu Rimba Niagara
17 Ramadan 1436H
4 Julai 2015
(PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MERAIKAN HARI NUZUL AL-QURAN 1436H)





SALAM ISRAK MIKRAJ


Salam Israk Mikraj
27 Rejab perjalanan Kekasih Allah Nabi Muhammad saw
Ke Sidratil Muntaha di langit ke tujuh
Dengan Kudrat dan Iradat Allah Azzawajallah

Salam Israk Mikraj
Perjalanan di malam hari bagaikan kilat
Dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
Naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha
Menembusi tujuh lapisan langit
Sampai ke Bawah Arasy Allah Azzawajallah

Salam Israk Mikraj
Diperlihatkan indahnya Syurga
Yang tak terjangkau oleh pemikiran manusia memikirkannya
Diperlihatkan juga azab seksa ahli neraka amat dahsyat menginsafkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
ALLAH MENUNJUKKAN KEKUASAAN-NYA MENGATASI SEGALA-NYA

Salam Israk Mikraj
Syukur Ya Allah
Dengan izin-Mu
Kau izinkan Nabi Muhammad Kekasih-Mu
Memperlihatkan Kekuasaan-Mu Mengatasi Segala-Nya
Peristiwa Israk Mikraj
Menambahkan keyakinan ummat Nabi Muhammad saw
Untuk yakin seyakinnya akan Kebesaran Kekuasaan-Mu

Nabi Muhammad Pesuruh-Mu
Menceritakan apa yang disaksikan kepada ummatnya
Bertambah kasih sayangnya kepada kami
Mendoakan kami agar dimasukkan semua ummatnya ke Syurga
Diselamatkan dari azab api neraka yang mengerikan...

Kerana terlalulah azab menjadi ahli neraka
Nabi Muhammad menangis pagi petang siang dan malam
Berdoa terus berdoa hingga ke akhir hayatnya
Agar semua ummatnya diselamatkan daripada menjadi ahli neraka
'UMMATKU UMMATKU UMMATKU'
Itulah di akhir nafasnya
Yang diucapkan
Itulah doanya yang terakhir
Betapa kasih sayangnya Kekasih-Mu kepada semua ummatnya tanpa terkecuali
Walhal Kekasih-Mu sudah dijamin masuk Syurga
Tapi masih mendoakan semua ummatnya masuk ke Syurga
Sampai akhir hayat Pesuruh-Mu Kekasih-Mu menyayangi kami
Tak terbalas kasih sayangnya kepada kami sebagai ummatnya
Makanya makbulkan doa Kekasih-Mu itu Ya Allah
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Salam Israk Mikraj
Telah terbukti
Kebesaran Kuasa Allah Azzawajallah Mengatasi Segala
Yang ada di langit dan di bumi
Telah terbukti
Nabi Muhammad saw
Mencintai semua ummatnya tanpa terkecuali
Moga bersamalah kita
Sentiasa berjiwa hamba-Nya kerana kita berstatus milik-Nya selama-Nya
Sentiasa menghargai kasih sayang Nabi Muhammad saw hingga nafas terakhir
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin


Karya Ratu Rimba Niagara
17 Ramadan 1436H
4 Julai 2015
(PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MERAIKAN HARI NUZUL AL-QURAN PADA 17 RAMADAN 1436H)




SALAM MASJIDILL AQSA


Salam Masjidil Aqsa
Masjidil Aqsa dalam kerinduan kini
kerinduan yang tak dapat dibendung lagi
sudah lama kesepian disepikan oleh hamba Allah
yang tak berkunjung untuk besolat di Masjidil Aqsa
menangis Masjidil Aqsa dalam kerinduan
menangis Syurga menunggu para mujahid

Masjidil Aqsa dalam kehibaan
hiba dizalimi dipandang hina oleh yahudi laknatullah
hati bersarang dengki khianat sampai dunia qiamat
mahu menakluki Masjidil Aqsa
kini niatnya telah tercapai
yahudi laknatullah bergembira
meraikan kemenangan menakluki Masjidil Aqsa

Mereka mendabik dada penuh angkuh,
"Duhai Aqsa menangislah kau ....
meraunglah engkau sendiriaan...
tak akan ada seorang pun yang akan datang selamatkan engkau...
haa...ha...ha....kau kesepian sedangkan engkau adalah lambang
cinta para penganut agama Islam....
cinta konon...
cinta sekadar dilafazkan
tapi tidak dibuktikan
syahid konon
tapi pengecut ?
takut mati melawan kami yang gagah perkasa!
kami yakin mujahid tak akan berani menyelamatkan engkau
apa tah lagi membebaskan engkau Aqsa yang telah menjadi hak milik kami....
hahahahaha....

Duhai yahudi laknatullah.....
jangan engkau sombong dan bongkak
tunggu masa dan ketikanya
akan datang berbondong-bondong
mujahid dari seluruh pelosok dunia
menyelamatkan Al-Aqsa
kami tak akan biarkan Al-Aqsa merindukan kami
kami tak akan biarkan Al-Aqsa dizalimi kamu
jika kami membebaskan Al-Aqsa dari cengkaman kezaliman kamu
mati kami menyelamat al-Aqsa adalah syahid...
jadi kami tak akan takut mati untuk menentangmu
sekalipun Al-Aqsa bermandikan darah mujahid
kami sudah relakan karna kami sudah lama nantikan
saat-saat bergelar syahid

Duhai Al-Aqsa
maafkan kami
membiarkan kamu kerinduan kesepian
dizalimi oleh yahudi laknatullah
tunggulah dalam penuh tawakal kedatangan kami
untuk menyelamatkan kamu
kami sedang berlatih segala ilmu kepahlawanan agar
pemergiaan kami untuk menyelamatmu mendapat
kemenangan dan kejayaan
strategi kami untuk menyelamatkan kamu mesti tepat
agar tak tersalah langkah dihidu musuh durjana.
makanya janganlah bimbang janganlah ragu
akan cinta kami padamu Al-Aqsa
kami yakin kemenangan kami nanti untuk membebaskan kamu
akan datang berbondong-bondong Ummat Muhammad
dari seluruh pelosok dunia untuk bersolat di Masjidil Aqsa
tempat ketika Nabi Muhammmad saw Israk Mikhraj dari Masjidil Haram
ke Masjidil Aqsa naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha
menembus tujuh lapisan langit sampai ke Bawah Arasy Allah Azzawajallah

Maka dari itu duhai Al-Aqsa jangan bimbang kami akan datang selamatkan kamu tunggulah kedatangan kami dengan penuh sabar dan tawakal

'Sesungguhnya tiada daya upaya kami melainkan dengan izin Allah swt'

Karya Ratu Rimba Niagara
17 Ramadan 1436H
4 Julai 2015
(PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MERAIKAN HARI NUZUL AL-QURAN 1436H)
MOGA ALLAH MEMBERI KEMENANGAN KEPADA MUJAHID MENYELAMATKAN AL-AQSA DAN KEMENANGAN ITU NANTI DAPATLAH KITA BERSOLAT DI MASJIDIL AQSA IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)


YA ALLAH JADIKANLAH KARYA SASTERAKU MENGALIR SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA YANG MENGALIR TERUS MENGALIR MENYATU HINGGA KE SUNGAI-SUNGAI SYURGA-MU


AKU MENULIS KERANA-MU
ILHAM YANG AKU TULIS DATANG DARI-MU
KAU HADIRKAN ILHAM TANPA HENTI PADAKU ATAS KEHENDAK-MU, AKU BERSYUKUR ILHAM DATANG TANPA HENTI-NYA , ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH


TANPA IZIN-MU AKU TIDAK DAPAT MENULIS BIARPUN SEBARIS AYAT, ALLAHU AKBAR KEKUASAAN-MU MENGATASI SEGALA-NYA.


YA ALLAH KERANA KARYA SASTRA YANG KUTULIS ADALAH DARI-MU JADIKANLAH AKU DAN YANG MEMBACA KARYAKU
HAMBA-MU YANG SENTIASA REDHO ATAS TAKDIR-MU
PERCAYA SETIAP YANG DITAKDIRKAN ITU ADA HIKMAH DI SEBALIK-NYA


YA ALLAH JADIKAN KARYA SASTERA YANG KUTULIS SESUAI DENGAN ZAMAN WALAUPUN ZAMAN TERUS BERUBAH TAPI KARYAKU SENTIASA ADA DI JIWA SEMUA MANUSIA YANG MENGHAYATINYA KERANA SASTERAKU ADALAH ILHAM DARI-MU, JIKA ILHAM DARI-MU PASTI MEMBERI KEBAIKAN PADA DIRIKU DAN PADA SEMUA YANG MEMBACA KARYAKU.
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.



'SASTERAKU ILHAM DARI-NYA'
NAMA PENAKU INI ILHAM DARI-NYA JUGA
ADA YANG TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT
ATAS NAMA PENAKU INI


RATU SEORANG RAJA/RATU ATAU PEMIMPIN ITU YANG TERSURAT YANG TERSIRAT MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA


RIMBA AGAR SENTIASA RASA MERENDAH DIRI MEMERINTAH DI KERAJAAN RAKYAT RIMBA JADI TIADA SIAPA HENDAK CEMBURU KERANA BUKAN MEMERINTAH KERAJAAN MANUSIA ,
TERSIRATNYA MAHU DAPATKAN INSPIRASI UNTUK MENJIWAI WATAK RAJA DAN PEMERINTAH UNTUK DITUANGKAN ILHAM DALAM KARYA SASTERA.


NIAGARA KARYA SASTRA YANG DIHASILKAN SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA SENTIASA MENGALIR, SENTIASA BERSASTRA TANPA HENTI SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA, BIARPUN NAFAS TERHENTI SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS-TERUSAN DIBACA OLEH YANG MASIH HIDUP ,


MOGA ILMU SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS MASUK KE AKAUN SAHAM AKHIRATKU SEPERTI MENGALIR AIR TERJUNAN NIAGARA MENYATU TERUS KE SUNGAI-SUNGAI SYURGAWI
INSYA-ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita


UMMAT KENA BERSATU BERJIHAD.


'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'


MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH


'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)


PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
24 SAFAR 1437H
6 DISEMBER 2015


"SALAM MAAL HIJRAH 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"

0 comments:

Post a Comment

 
;