Sunday, 21 February 2016

KERANA-MU (61) CINTA ADAM DAN HAWA


KERANA-MU (61) CINTA ADAM DAN HAWA


CINTA ADAM DAN HAWA , 'CINTA IDOLA'










ADAM DAN HAWA CINTA IDOLA
ALLAHU AKBAR
Aisbarby Barby to KITA SEMUA MILIK ALLAH SWT
15 hrs
Allahu Akbar ( Allah Maha Besar )
Inilah Telapak kaki , Jubah , dan Makam Nabi Adam AS ,,, Subhanallah ,,,,,,,,
Jgn abaikan gmbar ini tanpa menulis
Subhanallah sahabat ku,,,,,


CINTA ADAM DAN HAWA


KETINGGIAN NABI ADAM AS & POHON DI SYURGA

Hadis Nabi Tentang Ketinggian Nabi Adam (Gambar)

Hadis Nabi Tentang Ketinggian Nabi Adam (Gambar) Hadis Nabi Tentang Ketinggian Nabi Adam | Heboh di Internet tentang jubah Nabi Adam AS dipaparkan kepada umum. Untuk makluman, baju tersebut hanyalah sebuah replika yang dibuat di Jeddah, Arab Saudi. Sekadar untuk melihat setinggi manakah rupa bentuk (saiz) Nabi Adam as. Tempoh menjahitnya selama 18 hari. Panjang 29 meter dan lebar 9 meter. Apakah benar tinggi dan besarnya Nabi Adam sedemikian? Wallahualam. Hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi berdasarkan hadis nabi di bawah, kita akan dapat bayangkan juga setinggi mana Nabi Adam AS. Dari Abu Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda “Allah menciptakan Adam dalam bentuknya setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya, Allah berkata: Pergilah dan ucapkanlah salam kepada kelompok itu, yaitu beberapa malaikat yang sedang duduk, dan dengarkanlah apakah jawapan mereka kerana itulah ucapan selamat untukmu dan keturunanmu. Maka Adam pergi menghampiri lalu mengucapkan: “Semoga keselamatan bersama kalian”. Mereka menjawab: “Semoga keselamatan dan rahmat Allah bersama kalian”. Mereka menambahkan “rahmat Allah”. Maka setiap orang yang memasuki syurga itu seperti bentuk Adam yang tingginya enam puluh hasta. Seluruh makhluk setelah Adam terus berkurang tingginya sampai sekarang.” Hadis riwayat Muslim Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda “Sesungguhnya di syurga itu ada sebuah pohon (sangat besar dan rendang) sehinggakan seseorang mengelilinginya, maka masa 100 tahun, belum cukup baginya.” Hadis riwayat Bukhari .

KETINGGIAN NABI ADAM AS & POHON DI SYURGA

ALLAH SWT MENCIPTAKAN NABI ADAM AS SETINGGI 60 HASTA
SETELAH DIITUPKAN ROH KE ATAS JASAD NABI ADAM AS ALLAH
SWT MENYURUH NABI ADAM AS MENGUCAPKAN SALAM KEPADA
SEKUMPULAN PARA MALAIKAT YANG SEDANG DUDUK,
'SEMOGA KESELAMATAN BERSAMA KALIAN".
JAWAB MALAIKAT, ' SELAMAT UNTUKMU DAN KETURUNANMU
RAHMAT ALLAH UNTUKMU DAN KETURUNANMU,'

SETIAP HAMBA ALLAH YANG MASUK SYURGA KETINGGIANNYA
60 HASTA DAN DICERITAKAN JUGA BAHAWA DI SYURGA ADA SEBUAH POHON (SANGAT BESAR DAN RENDANG) SEHINGGA SEORANG MENGELILINGINYA MENGAMBIL MASA SERATUS TAHUN MASIH BELUM CUKUP,
ALLAHU AKBAR KEKUASAAN ALLAH MENGUASAI SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DIBUMI .'

PETIKAN HADIS RIWAYAT BUKHARI DIOLAH SEMULA RATU RIMBA NIAGARA
13 Muharram 1435H
17 November 2013M


AKU PERCAYA ADAM BAPAKU HAWA IBUKU

CINTA ADAM DAN HAWA
BERMULA DI SYURGA
MENYAMBUNG PERCINTAAN DI BUMI
BERAKIR DI SYURGA
CINTA SEJATI
HAWA DICIPTAKAN UNTUK ADAM CINTAI
ADAM MENSYUKURI KURNIAAN ILAHI
MERPATI SEJOLI
SALING CINTA MENCINTAI
CINTA SETULUS HATI
CINTA SAMPAI MATI MENCINTAI
MENSYUKURI KURNIAAN ILAHI
WALAUPUN TERIPISAH JAUH
MASIH MENGHARAP CINTA BERTAUT KEMBALI
TIKA BERJAUHAN
SAMA-SAMA MERINDUI
ADAM MENCARI HAWA HINGGA KE HUJUNG DUNIA
HAWA MENUNGGU PENUH SABAR DALAM DOA
AKHIRNYA DENGAN IZIN ALLAH
DITEMUKAN ADAM DAN HAWA DI JABBAR RAHMAH
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
BERSYUKUR DUA HAMBA ALLAH
BERSUJUD SYUKUR
BERTEMU CINTA SEMULA
ALLAH MENGUJI TANDA CINTA
HAMBA-NYA SABAR TANDA MEMBALAS CINTA ALLAH
ADAM DAN HAWA SABAR DIUJI APABILA DIPISAHKAN
DIPISAHKAN MENGUJI SEJAUH MANAKAH CINTA
ADAM DAN HAWA
TERNYATA ADAM DAN HAWA
SALING MENCINTAI KERANA ALLAH TAALA
FAHAM ARTI QADA DAN QADAR
DITEMUKAN DIPISAHKAN TETAP REDHO
CINTA ADAM DAN HAWA TELAH TERTULIS DI LAUHMAHFUZ-NYA
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
INDAHNYA PERCINTAAN ATAS DASAR KERANA ALLAH TAALA
MURNINYA CINTA ADAM DAN HAWA
SEMURNI HATI SYURGA
DARI ALLAH ADAM DICIPTAKAN
DARI ALLAH HAWA DICIPTAKAN UNTUK ADAM CINTAI
DARI ALLAH BERANAK PINAKNYA ANAK ADAM DAN HAWA
ADAM BAPA MANUSIA
HAWA IBU MANUSIA
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
KU CINTA ALLAH KERANA MENCIPTA ADAM DAN HAWA
ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
CINTA DAN RINDUKU HANYA UNTUK-MU ALLAH
KURNIAKAN AKU CINTA SEPERTI ADAM DAN HAWA
MENGHARGAI CINTA KERANA KAU YANG TEMUKAN CINTA
KAU YANG MENAUTKAN CINTA AGAR MENCINTAI-MU MENGUTAMAKAN-MU
LEBIH DARIPADA CINTA YANG KAU KURNIAKAN
KAULAH RAJA CINTA
YANG BERHAK DICINTAI DAN DIRINDUI
MAKA MENCINTAI-MU MEMBUATKAN AKU
MEMAHAMI APA ITU ARTI CINTA ATAS DASAR KERANA-MU
SEBAB ITU INDAHNYA CINTA ADAM DAN HAWA
MAKA KURNIAKAN AKU CINTA SEPERTI ADAM DAN HAWA
UNTUK SAMA MENCARI JALAN-JALAN PULANG BERTEMU-MU

YA ALLAH TEMUKAN KAMI DENGAN BAPA KAMI ADAM
DAN IBU KAMI HAWA
KAMI RINDUKAN BAPA DAN IBU KAMI
PASTI INDAH PERTEMUAN DI KALA ITU
KU INGIN PELUK BAPAKU ADAM DAN IBUKU HAWA
DUHAI ADAM KAULAH BAPAKU
DUHAI HAWA KAULAH IBUKU
KURINDU UNTUK BERTEMU ADAM BAPAKU DAN HAWA IBUKU
MOGA ALLAH MAKBULKAN PERTEMUAN KITA DI SYURGA
BERSAMA MENATAP WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

.................................................................
aku hamba-Mu
aku percaya ADAM bapaku HAWA ibuku
ITULAH QADA DAN QADAR YANG AKU IMANI
5 Rabiulakhir 1435H
7 Mac 2014


CINTA SEMURNI ADAM & HAWA

CINTA ADAM DAN HAWA
BERMULA DI SYURGA
MENYAMBUNG PERCINTAAN DI BUMI
BERAKIR DI SYURGA
CINTA SEJATI
HAWA DICIPTAKAN UNTUK ADAM CINTAI
ADAM MENSYUKURI KURNIAAN ILAHI
MERPATI SEJOLI
SALING CINTA MENCINTAI
CINTA SETULUS HATI
CINTA SAMPAI MATI MENCINTAI
MENSYUKURI KURNIAAN ILAHI
WALAUPUN TERIPISAH JAUH
MASIH MENGHARAP CINTA BERTAUT KEMBALI
TIKA BERJAUHAN
SAMA-SAMA MERINDUI
ADAM MENCARI HAWA HINGGA KE HUJUNG DUNIA
HAWA MENUNGGU PENUH SABAR DALAM DOA
AKHIRNYA DENGAN IZIN ALLAH
DITEMUKAN ADAM DAN HAWA DI JABBAR RAHMAH
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
BERSYUKUR DUA HAMBA ALLAH
BERSUJUD SYUKUR
BERTEMU CINTA SEMULA
ALLAH MENGUJI TANDA CINTA
HAMBA-NYA SABAR TANDA MEMBALAS CINTA ALLAH
ADAM DAN HAWA SABAR DIUJI APABILA DIPISAHKAN
DIPISAHKAN MENGUJI SEJAUH MANAKAH CINTA
ADAM DAN HAWA
TERNYATA ADAM DAN HAWA
SALING MENCINTAI KERANA ALLAH TAALA
FAHAM ARTI QADA DAN QADAR
DITEMUKAN DIPISAHKAN TETAP REDHO
CINTA ADAM DAN HAWA TELAH TERTULIS DI LAUHMAHFUZ-NYA
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
INDAHNYA PERCINTAAN ATAS DASAR KERANA ALLAH TAALA
MURNINYA CINTA ADAM DAN HAWA
SEMURNI HATI SYURGA
DARI ALLAH ADAM DICIPTAKAN
DARI ALLAH HAWA DICIPTAKAN UNTUK ADAM CINTAI
DARI ALLAH BERANAK PINAKNYA ANAK ADAM DAN HAWA
ADAM BAPA MANUSIA
HAWA IBU MANUSIA
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
KU CINTA ALLAH KERANA MENCIPTA ADAM DAN HAWA
ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
CINTA DAN RINDUKU HANYA UNTUK-MU ALLAH
KURNIAKAN AKU CINTA SEPERTI ADAM DAN HAWA
MENGHARGAI CINTA KERANA KAU YANG TEMUKAN CINTA
KAU YANG MENAUTKAN CINTA AGAR MENCINTAI-MU MENGUTAMAKAN-MU
LEBIH DARIPADA CINTA YANG KAU KURNIAKAN
KAULAH RAJA CINTA
YANG BERHAK DICINTAI DAN DIRINDUI
MAKA MENCINTAI-MU MEMBUATKAN AKU
MEMAHAMI APA ITU ARTI CINTA ATAS DASAR KERANA-MU
SEBAB ITU INDAHNYA CINTA ADAM DAN HAWA
MAKA KURNIAKAN AKU CINTA SEPERTI ADAM DAN HAWA
UNTUK SAMA MENCARI JALAN-JALAN PULANG BERTEMU-MU

YA ALLAH TEMUKAN KAMI DENGAN BAPA KAMI ADAM
DAN IBU KAMI HAWA
KAMI RINDUKAN BAPA DAN IBU KAMI
PASTI INDAH PERTEMUAN DI KALA ITU
KU INGIN PELUK BAPAKU ADAM DAN IBUKU HAWA
DUHAI ADAM KAULAH BAPAKU
DUHAI HAWA KAULAH IBUKU
KURINDU UNTUK BERTEMU ADAM BAPAKU DAN HAWA IBUKU
MOGA ALLAH MAKBULKAN PERTEMUAN KITA DI SYURGA
BERSAMA MENATAP WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

.................................................................
aku hamba-Mu
aku percaya ADAM bapaku HAWA ibuku
ITULAH QADA DAN QADAR YANG AKU IMANI
5 Rabiulakhir 1435H
7 Mac 2014


ADAM DAN HAWA CINTA IDOLA


Hidup di Syurga terasa sunyi,
Sedangkan semuanya ada pasangan;
Kesunyian Adam Allah memahami Dijadikan Hawa sebagai pasangan.

Bersyukur Adam Allah memahami keperluannya,
Mendapat cinta dan kasih sayang seorang wanita;
Hawa cantik rupawan seindah budi bahasanya,
Patutlah Allah jadikan Hawa ibu mithali segala manusia.

Adam dan Hawa tinggal di Syurga,
Memadu cinta dan kasih sayang sejati;
Wangian Syurga sewangi wangian cinta,
Mereka bersyukur Kebesaran Allah yang dicintai.

Demi cinta Adam kepada Hawa,
Terpengaruh dengan hasutan iblis;
Dituruti kehendak Hawa memakan buah larangan di Syurga,
Lalu terpisahlah mereka di bumi sukanya iblis.

Setelah sekian lama mereka terpisah,
Masing-masing tercari-cari;
Cinta di hati tidak berubah,
Di Jabbar Rahmah pertemuaan dua hati.

Kisah cinta sejoli Adam dan Hawa,
Menjadi idola pasangan bahagia;
Bersyukur dalam sujud kepada yang Esa,
Takdir cinta bahagia selamanya.

Justeru hargailah cinta Adam,
Adam pula menghargai cinta Hawa;
Allah merestui cinta yang terpendam,
Biarpun dipisahkan angkara alpa.

Cinta Adam dan Hawa mengusik kalbu,
Terima kasih sahabatku:
Kata-katamu mencetuskan ilhamku,
Moga Allah berkati hidup matimu.

Adam dan Hawa Cinta Idola,'
Menjadi idola bagi pasangan yang ingin bahagia;
Bahagia di dunia dan di akhirat juga,
Allah restui cinta dua insan abadi selamaNya.

Karya: Ratu Rimba Niagara.
9 Ramadhan 1432H
9 Ogos 2011


BERLABUH DIDERMAGA CINTA

Ku berlayar di tengah badai,
akankah sampai waktuku
berlabuh didermaga cinta. Kukayuh
biduk sederhana tanpa dayung.
Akankah tiba masaku menggapai
pelabuhan hati. Malam berganti
siang, rembulan dan matahari
berkejaran tak henti menjaga.
Takkan perih kubawa letih kearah
tuju hingga sampai diujung
samudramu yang terus bergelora.
Aku tahu hidup baru menunggu,
sebuah bilik hangat di tanah
harapan. Dan karena kumau maka
ku sanggup wujudkan mimpiku.
By : Tunteja Teja

SEINDAH CINTA ADAM & HAWA

Duhai mimpi
hadirlah dalam mimpiku
mimpi indah
mimpi tentang bidadara Syurga
mimpi tentang Adam yang setia menantiku

duhai Adam hadirlah dalam mimpiku
kesetiaanmu pada Hawa amat kukagumi
kau mencintai Hawa bermula di Syurga
kerana kesepianmu Allah kurniakan Hawa untukmu
dan kau Syukuri
dalam leka menjalinkan cinta
kerana terlalu cintakan Hawa
kalian makan buah larangan di Syurga
kerana termakan hasutan iblis
yang tak senang dengan percintaan Adam dan Hawa
lantaran itu Adam dan Hawa dikeluarkan dari Syurga
dan terpisah di dunia
Adam mencari Hawa
Hawa menanti kedatangan Adam
Adam merindui Hawa
Hawa merindui Adam
mereka saling cinta dalam rindu yang membara
berkat kesabaran dalam pencarian Adam
dan berkat kesabaran penantian Hawa
Allah temukan Adam dan Hawa di Jabbar Rahmah
Di Jabbar Rahmah pertemuan Adam & Hawa
menjadi saksi kesetiaan cinta yang setulus ikhlas kerana-Nya

Hawa diciptakan untuk Adam
Adam mencintai Hawa sepenuh iman
Cinta Adam dan Hawa menjadi idola cinta
Bagi mereka yang memahami arti hakikat
Cinta kerana-Nya...

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 Ogos 2012

BERCINTA DI SYURGA
TERPATRI DI SYURGA

Kadang2 aku tertanya-tanya?
Adakah kekasih sesetiamu?
Adakah kekasih sejujurmu?
Adakah kekasih mencintaimu kerana-Nya?
Adakah kau idola cinta Hawa dan Adam?
Makanya kudoakan moga kau
DiKurniakan cinta sesuci Adam & Hawa...
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Diciptakan Hawa untuk Adam...
Untuk Adam cintai
Untuk Hawa syukuri
DiKurniakan cinta Adam...
Saling cinta mencintai
Ditemukan bukan untuk berpisah
Tapi menyatukan hati
Hingga ke hujung nyawa
Dari Syurga Adam dan Hawa bercinta
Hingga ke Syurga Adam dan Hawa ..
Mematrikan cinta
Sungguh suci cinta Adam & Hawa...
Sungguh indah....indah...indah...
Mungkin ini skrip Adam kepada Hawa...
"Hawa kau bidadariku...
Untuk aku cintai seumur hidupku"
"Adam kau bidadaraku...
Untuk aku syukuri pada-Nya seumur hidupku,"
SUBHANALLAH
Indah....indah...indah...
Cinta Adam & Hawa ...
Cinta Idola....
Bagi semua pasangan
Yang bercinta kerana-Nya
Bercinta di Syurga
Berakhir di Syurga
Cinta abadi selamanya

Istimewa kukarang madah cinta ini untukmu
Si pemburu cinta Adam & Hawa
Inilah madah cinta
Inilah puisi cinta
Inilah cerpen cinta
Yang dinanti-nanti abad ini
Moga memberi manfaat
Dunia akhirat untuk semua
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 Ogos 2012

Assalamualaikum Cinta
by: D'ya Kesuma

~Assalamualaikum cinta
dirimu selalu dalam ingatanku
sudah tentu bayanganmu mendamaikanku
kerana kita disimpulkan sebuah rasa yang serupa
assalamualaikum cinta
genggamlah hatiku
hingga ku tak berpaling jauh darimu
kerana ku ingin selalu bersamamu
bahagia bersama keindahanmu
seolah-olah apa saja yang menimpa kita
tidak pernah mencuit cinta kita...~ —

By: D'ya Kesuma

CINTA KITA TULUS IKHLAS KERANA-NYA

Waalaikummussalam cinta...
Terima kasih kerana sudi mencintaiku
Percayalah dengan takdir ketentuan-Nya
Kau ditemukan denganku
Bukan tidak disengajakan
Tapi disengajakan oleh-Nya
Percayalah kau ditemukan denganku
Bukan untuk berpisah
Tapi untuk mematrikan cinta hingga ke Syurga-Nya

Jika kau faham dengan takdir apa itu cinta kerana-Nya
Cinta kita akan terus mewangi
Wangiannya dari dunia
Terpatri hingga ke Syurga
Moga kau yakin dengan cinta kita ini...
Cinta kita setulus ikhlas kerana-Nya
Itulah makna cinta sayang
Maka hargailah cintaku padamu sayangku...

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 Ogos 2012

Ra Tu shared Luahan Hati ~ Bisikan Rindu's photo.
sesedap rasa...
sesedap manis...
harga dia cinta kamu ?

~sayangku hanya untukmu,
untuk selamanya,
betapa aku amat menyanyangi dirimu lebih dari diriku,
aku amat-amat menyanyangi dirimu,
hanya Allah saje yang mengetahui bahawa aku amat-amat menyanyangi dirimu,
kaulah nyawa ku,
kaulah semngatku,
walaupun dikau melihatku sebegitu tapi aku sebenarnya amat-amat menyanyangi diri,
sepenuh hati ku,
aku sanggup lakukan apa saja untuk dirimu,
ketahuilah aku amat-amat menyanyagi dirimu.

apa yang kau mahu untuk aku buktikan bahawa aku benar-benar menyanyangimu,
aku tidak mahu sesiapapun yang dekat denganmu,
aku tidak mahu berkongsi kasih dengan orang lain selaIN
sayangku,
ketahuila bahawa aku benar-banar menyayangi dirimu sepenuh hati ini
By: Bisikan Rindu

~hati ku seolah2 trtutup utk yg lain.....
hanya namamu yg trpatri dihatiku
tak mampu ku sygi insan lain kerna hanya kau trlintas difikiranku....
By: Bisikan Rindu

JIKA NAMAKU TERLINTAS DI FIKIRANMU

Jika namaku terlintas di fikiranmu
berarti cintaku ada untuk kamu
berarti akulah cinta untuk kau miliki ...
makanya tunggulah aku dalam mimpimu
ku hadir menyatakan aku cinta dan rindukanmu sayang
bukan kerana kejelitaanmu
bukan kerana darjatmu
tapi kerana kau sudah ditakdirkan untuk aku miliki
dan kuberjanji untuk mencintaimu seumur hidupku...
By Ratu Rimba Nigara

(PETIKAN DARIPADA SKRIP NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA)
22 Mac 2013

KASIH KITA KASIH SEJATI

TINGGI TINGGI SEPOHON JATI,
TINGGI LAGI HAJAT DIHATI;
MAHU BERSAMA SEHIDUP SEMATI,
MOGA CINTA ALLAH JADI REALITI.

CANTIK SUNGGUH POHON MERANTI,
CANTIK LAGI POHON JATI;
SUDAH LAMA KUMENANTI,
DIKAU DISANA YANG MINATI.

POHON JATI MENYANYI-NYANYI,
DI TIUP ANGIN SEPOI-SEPOI BAHASA;
SEPIMU KU RASA SUNYI,
TIADA KATA SECANTIK BAHASA.

MERENDANG INDAH SI POHON BERINGIN,
TEMPAT BERTEDUH SI BURUNG KEDIDI,
TEDUHAN KASIHMU SENTIASA KUINGIN,
AGAR IMANKU MENAUTKAN KASIH ABADI.

BUNGA MELUR BUNGA MELATI,
DIPETIK OLEH SI PUTERI JELITA;
TAUTAN CINTA BERTAUT DI HATI,
CINTA SAMPAI SYURGA ITU DIPINTA.

BUNGA CEMPAKA HARUM MEWANGI,
BERTABURAN MENGHARUM DI TAMAN HATI;
KASIHKU KASIHMU SENTIASA MEWANGI,
SEWANGI IMANMU IMANKU HINGGA KE MATI.

PERGI KE PASAR MEMBELI SAWI,
DI SAPA SALAM OLEH KAK MELAH;
KITA BERCINTA SAMPAI KE SYURGAWI,
MENAUTKAN CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH. .

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
13 Muharram 1435H
16 November 2013M


IZINKAN KAMI BERSAMA MENUJU CINTA-MU

ALLAH JANGAN PISAHKAN AKU DAN DIA
KERANA DIA TELAH MENCURI HATIKU
UNTUK AKU TERUS MENCINTAI-MU
SEHINGGA NAFAS TERAKHIRKU
KAU HADIRKAN DIA UNTUKKU
MENTARBIYAHKAN AKU
UNTUK MENGENAL CINTA-MU
LALU AKU JATUH CINTA PADA-MU
DAN KU INGIN MEMILIKI CINTA-MU
SEBAGAIMANA CINTA-MU DIMILIKI DIA
DIA MENCINTAI-MU
MENGAJAK SEMUA MENCINTAI-MU
TOLONG JANGAN PISAHKAN AKU DAN DIA
SATUKAN HATINYA HATIKU
AGAR CINTA-MU NAN INDAH ITU
TERUKIR DI HATIKU DI HATINYA
KAMI SALING MENCINTAI
DEMI BERSAMA MERAIH CINTA-MU
TOLONG JANGAN PISAHKAN AKU DAN DIA
KERANA CINTA-MU YANG MAHA AGUNG
KAMI MAHU BERSAMA AGUNGKAN CINTA-MU
DI SEBILANG MASA DAN KETIKA
BAHAWA TIADA YANG LEBIH BERMAKNA DI DUNIA INI
MELAINKAN CINTA DAN REDHA-MU
REDHA-MU SEMASA HIDUP REDHA-MU TIKA KAMI MATI
ANDAI AKU PERGI DULU SEBELUM DIA
IZINKAN AKU TUNGGU DIA DI PINTU SYURGA-MU
PERPISAHAN DI DUNIA MEMBAWA PERTEMUAN DI SYURGA
MENYAMBUNG PERCINTAAN DI SYURGA
TIADA PERPISAHAN SELEPAS PERTEMUAN DI SYURGA
BERKAT KAMI PERCAYA CINTA-MU
ADALAH YANG MAHA AGUNG
TIADA SIAPA DAPAT MENANDINGI KEKUASAAN-MU
HANYA ENGKAU YANG MAHA BERKUASA ATAS SETIAP SESUATU
DENGAN BELAS KASIHAN-MU
IZINKAN KAMI BERSAMA MENUJU CINTA-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

RATU RIMBA NIAGARA
12 Muharram 1435H
16 November 2013M


MOGA ALLAH MENYATUKAN KASIHKU KASIHMU KERANA KASIH KAU DAN AKU TELAH SERASI SEJAK AZALI SERASI DI DUNIA SERASI DI SYURGA AAMEEN


TUJUH PETALA CINTA BERSAMA MEREALITIKAN CINTA-NYA

SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI
KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI
INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI
TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH

"HIKMAH"

Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN BAHAGIA UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI
KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin

YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
13 JAMADIL AWAL 1437H
22 FEBRUARI 2016

"SALAM MAAL HIJRAH & MUHARRAM 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"


0 comments:

Post a Comment

 
;