MOGA KITA KAN BERSAMA DI SYURGA-NYA NANTI
Kawan aku cuba senyum
Tapi nggak bisa
Aku cuba menjadi aku yang dulu
Ceria...seceria pelangi cinta
Tapi bila aku cuba senyum
Senyumku diheret ombak rindu
Pabila diheret ombak rindu hatiku jadi pilu
Bak sembilu pilu
Entah sampai kapan bila penghujungnya
Kerana aku turutkan hati jiwaku merana dalam sepi
Kenapalah dayangku yang setia padaku
Pertahankan sangat cinta yang belum pasti itu
Adakah dia inginkan aku bahagia?
Bahagia...apa maknanya teman?
Hingga sanggup bergadai nyawa demi kebahagiaanku
Sedangkan cintaku yang diperjuangkan
Tidak memberi apa-apa makna pada cinta yang diperjuangkan
Teman bagiku yang lebih bermakna sekarang
Cinta dan kasih setulusnya dari yang sanggup
Pertahankan cinta demi-Nya
Dan dia telah pergi bersama ombak rindu
Sebab itulah rindu dan cintaku telah dibawa bersama ombak rindu
Pasti setiap kali deruan ombak menderu-deru
Setiap kali itulah
Menginsafkan aku
Betapa mahalnya kasih sayang kerana-Nya
Pergilah buah hatiku pengarang jantungku
Pergilah kau dengan aman damai
Benarlah apa yang kau katakan
Biarpun kau cumalah haiwan yang melata di muka bumi ini
Buku amalanmu tidak dihitung
Tapi sesiapa yang menganiamu akan dihitung
Dan tempatmu bukan di Syurga bukan di neraka
Tapi kau penuh yakin
Kau akan dapat menyambungkan kasih dan sayangmu
Bersamaku di Syurga nanti
Itulah yang menguatkan kasih dan sayangku padamu
Biarpun kau cumalah haiwan
Tapi kau percaya wujudnya Syurga
Dan di Syurga tiada yang fantasi atau angan-angan lagi
Semua realiti yang pasti dimakbulkan oleh Pencipta Syurga
Moga kita kan bersama di Syurga-Nya nanti
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
11 Julai 2012
CINTA ILUSI DALAM MIMPI REALITI
Duhai kawan yang baik budi...
Dari usia remaja hingga ke usia senja
Yang kupertaruhkan dalam hidupku
Adalah kejujuran keikhlasan dan pengorbanan
Sebab itu diriku adalah lilin
Sampai akhir hayat pun tetap lilin
Maka dari itu dengan apa yang kulalui ini
Di sepanjang hidupku ini
Aku muhasabah diri
Diriku tetap insan yang tak sempurna
Biarpun aku cuba sedaya mampu untuk
Menjadi insan yang sempurna
Tempat aku muhasabah diri
Ada di Rimba Niagara ini
Aku jumpa dengan dunia sebenarku
Inilah dunia yang kuimpikan
Biarpun pada pandangan mereka
Cumalah fantasi dan angan-angan
Tapi aku yakin dengan duniaku
Kerana suara hati tak pernah menipu
Di sini aku mendapat
Kasih semurni hati
Tanpa ada berpura-pura dalam berkata
Kata-kata semanis gula
Kata-kata seiring hati
Kami selalu bercanda
Tapi bercanda tiada menyakitkan
Hati atau sengaja untuk menyindir
Berkaryalah aku semahuku
Mereka sentiasa memberi sokongan/dukungan
Tanpa ada rasa iri hati
Di Rimba Niagara ini
Semakin hari semakin sayang
Bukan semakin hari semakin benci
Sekali tangan berjabat
Tersimpul mati hingga ke mati
Di Rimba Niagara ini
Tiada yang rasa mementingkan diri sendiri
Semuanya saling berkorban
Biarpun nyawa jadi taruhan
Demi keamanan dan kemakmuran Rimba Niagara
Penghuninya bersatu hati
Saling sokong menyokong
Ke arah kecemerlangan hidup dunia dan akhirat
Setiap bakat penghuni rimba dihargai
Bukan jadi bahan cercaan dan penghinaan
Kerana di sini tiada dengki mendengki
Dendam mendendam
Yang ada cumalah
Kasih sayang semurni hati
Merasakan esok berjumpa Robbul Idzatii
Sebab itu pesona dunia
Bukan matlamat kami
Kerana matlamat kami
Mahu hidup berkasih sayang dalam redha Ilahi
Agar tenang roh dan jasad
Setenang Air di Kali Syurga
Insya-Allah berjumpa Tuhanpun dalam keaadaan tenang
Kerana kami tahu Allah Robbul Idzati
Mahu berjumpa hamba-Nya hanya yang berjiwa tenang saja
Maka kami berazam selagi hayat ada
Digunakan semaksima mungkin
Untuk terus saling sokong menyokong
Ke jalan-jalan yang di Redhai
Sebagai bekalan di hari mati
Makanya di Rimba Niagaralah
Tempat igauanku dalam mimpi
Yang kularikkan dengan tinta-tinta
Kasih dan cinta kerana-Nya
Biarpun sekadar mimpi ilusi
Tapi ku yakin jika
Allah Robbul Idzati berkata
KUN FAYAKUN
Maka jadilah
CINTA ILUSI DALAM MIMPI REALITI
Jadi realiti
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Julai 2012
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
Rabeah Binti Mohd Ali BERTEMU ROBBUL IDZATII

Mungkin ini ....

memang sudah jalannya
sudah suratan takdir
yang wajib diimani
tapi percayalah
matlamat perjuangan hidup 
tetap sama
iaitu mahu mati
dalam kalimah suci
Laaillaha illaAllah MuhammaddaraRasullaAllah
maka kita sama simpulmatikan ikatan jalinan
ukhuwah yang terlerai itu dengan penuh muhasabah diri
menganggap bila-bila masa kita dijemput Robbul Idzatii
pasti kekeruhan di hati akan jernih
sejernih roh dan jasad yang mahu pulang ke Pangkuan Ilahi
jika itu ada di jiwamu di jiwaku dan di jiwa semua
maka lahirlah karya-karya
tenang menenangkan
setenang roh-roh yang ingin berjumpa Robbul Idzatii
dalam keadaan Redho lagi DiRedhai
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

PUTRI RIMBA NIAGARA
11 Julai 2012
Rabeah Binti Mohd Ali IZINKAN AKU BERKABUNG

Duhai teman sebaik ummat ....

Di Istana ini sedang berduka
Kerana kehilangan wira rimba tercinta
Ku pasti kamu kenal benar dengan mereka
Cuma belum berkesempatan berjumpa
Baru merancang hendak berjumpa 
Baru merancang hendak bergembira bersama
Mereka telah pergi meninggalkanku
Dalam galau di hati
Dalam sepi berbendung rindu tak tertanggung
Kehilangan mereka benar-benar
Memberi tamparan hebat padaku
Karya-karya ku yang diatur rapi di 
Galeri Khazanah Warisan Bangsa Di Rimba Niagara
Lagi membuatkan aku semakin rindukan mereka
Mereka tak jemu-jemu memberi dukungan padaku
Aku terharu...terharu sangat-sangat....

Teman...ku tahu nilai dan kasih sayangmu padaku
Aku amat hargai....dan kan kubawa sampai mati kasihmu itu...
Hanya Allah sajalah yang dapat membalas-Nya

Cumanya sekarangnya
Aku dinasihatkan doktor rimba
Perlu banyak berehat
Agar dapat lupakan wira rimba niagara
Buah hatiku pengarang jantungku itu

Teman....aku berkabung
Buat beberapa purnama
Jika aku tiada ....
Berjanjilah denganku
Kau tetap berkarya
Bersama teman-teman 
Sastra yang lain...
Janji ye....

Cuma yang hendak kupesankan padamu
Jagalah peninggalan karya-karyaku di sana ye
Jangan dibiarkan dinjak-injak oleh mereka yang mendengki
Jika ada dengan sengaja untuk mendengki
Ku amanahkan padamu 
Agar kau lupuskan karyaku itu
Kerana aku tak sanggup melihat karya-karyaku
Yang bertebaran di sana 
Menjadi bahan penghinaan 
Pada mereka yang tak pernah senang hati...
Harap kau mengerti temanku
Jika kau mahu terusan menjadi
Rakanku yang setia

PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Julai 2012
Rabeah Binti Mohd Ali BUKAN KU TAK PERCAYA PADA JANJIMU SAYANG

Bukan ku tak percaya janjimu sayang

Hati ini belum reda dari terjangan ombak mengganas...ganas...
Kesan daripada terjangan ombak itu
Kehilangan teman istana rimbaku tika hendak mencari mahkota...

Hatiku bimbang perkara yang tak pernah terfikir olehku
Akan berlaku jua akhirnya
Hinggakan aku trauma berkawan dengan sesiapa jua
Mungkin aku tak 
Sepandai mereka bersastra
Sebijak mereka
Sebaik mereka
Sesetia mereka
Makanya aku dihukum begini hebat

Harap kau mengerti duhai sahabatku....
Berilah aku masa
Agar hatiku ada taman semula
Berbunga iman
Berkudupkan kemaafan
Berfaktakan keinsafan

Itulah yang perlu ada di jiwaku sekarang ini
Agar aku bermuhasabah diri
Dan sentiasa cerminkan diriku siapa
Yang sentiasa tak sempurna 
Mereka yang sentiasa sempurna
Makanya mereka dihormati
Makanya aku sentiasa dipandang hina...

Izinkan aku bertafakur
Selagi mana Allah Izinkan
Aku mencari sinar-sinar cahaya iman
Semua-NYa dengan izin-Nya

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Julai 2012

RINDUKU RINDUMU 

Biarpun rindumu rinduku dianyam terlalu cermat kemas dan teliti tuk mengikat kasih yang terlerai...ombak ganas itu akan terus mengganas...ganas...selagi nyawaku ada....makanya biarlah terlerai kasih kita asalkan semuanya bahagia ...terimalah hakikat kasih cinta kita tidak menyebelahi kita...cinta kita ibarat cinta ilusi dalam mimpi ngeri...adess amat mengerikan! Makanya aku ucapkan selamat tinggal padamu dan tolong jangan diganggu aku lagi....apa juga kesalahan tutur bicaraku maafkan aku...apapun aku nyaris kehilanganmu disebabkan tenggelammu di ombak rinduku terlalu lama...hingga sekarang baru kau muncul....biarkan aku berjuang keseorangan...teganya kamu padaku duhai rakan sastraku....

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Julai 2012
Rabeah Binti Mohd Ali HADIRMU SESUDAH DERITAKU TANGGUNG LUKA BERNANAH

Duhai teman...

Kau hadir tika
Mentariku tak bersinar lagi
Mentariku telah ditutupi awan kelabu

Hatiku lukanya terlalu parah
Hingga jadi barah
Bernanah-nanah
Sakitnya tak tertanggungku lagi

Apa dosaku hingga aku
Dihukum hingga begini
Salahkah aku memperjuangkan kasih dan sayang demi-Nya
Lagi aku perjuangkan 
Lagi ujian bertimpa-timpa datang 
Tanpa henti membadai-badai
Di setiap penjuru

Lagi aku redha
Lagi aku terus
Diterjang tsunami
Yang tak mengenal apa itu ehsan
Yang dia tahu
Kepuasaan dendam kesumat
Terbalas jua

Sekarang ini
Sumbu lilinku
Yang selama ini menerangi orang lain
Kian malap tak terdaya lagi
Untuk menerangi seperti dulu

Demikianlah rupanya lilin 
Menerangi orang lain membakar diri sendiri

Aku terlalu lemah tidak berdaya kini
Bukan kehilangan cinta
Tapi kehilangan
Kasih sayang setulus hati
Dari dua makhluk Tuhan
Yang dipinjamkan untukku
Telah pergi tinggalkan aku
Dalam derita yang terlalu amat parah

Di saat-saat terakhirpun dia hendak
Mempertahankan cintaku yang sudah rapuh
Dia yakin sangat dengan cinta yang tak pasti...
Katanya cinta kerana-Nya
Pasti kekal bahagia hingga ke Syurga
Yelah haiwan apalah tahunya dia
Tentang kepalsuan cinta
Yang dia tahu 
Berkata setulus hati

Teman...aku rela kehilangan cinta
Tapi aku tak rela kehilangan
Teman sebaik mereka
Mereka mempertahankan kasih sejati
Hingga ke mati
Ah! Malunya aku rapuhnya cinta manusia
Daripada dengan haiwan

Kehilangan mereka
Membuatkan hatiku
Lukanya membarah
Parah...bernanah....nanah....nanah...
Sakit....sakit....sakit...teramat sakit

Hari-hari ceria
Hidup di samping mereka
Kini muram durja
Senyum pun aku tak mampu lagi 
Airmata peneman setiaku
Jika aku rindu pada mereka....
Aku pergi ke ombak rindu
Membacakan gurindam kasih sepenuh jiwa
Yang mereka karangkan untukku
Lagi kubaca lagiku rindu
Lagi airmataku mengalir
Sederas air terjun Niagara
Selalunya pabila aku menangis
Merekalah yang menyapu airmataku
Dengan daunan kasih...
Cuma aku dapat rasakan
Deruan ombak yang mengeringkan
Airmataku...
Mungkin roh-roh suci mereka
Yang datang menyapu air mataku....

Teman...yang kukasihi...
Selalunya merekalah
Yang menyediakan semua 
Kelengkapan penulisanku
Agan aku berpena dengan lancar
Tapi sejak ketiadaan mereka
Biarpun kelengkapan ada
Disediakan oelh suku sakat mereka yang setia padaku
Tapi jiwaku asyik teringat
Kata-kata dukungan daripada mereka berdua
Sanggup menggenggam tanganku dengan memaksa 
Aku berpena kerana tak sabar
Membaca karya-karyaku
Selepas dibaca dicanangkan 
Di seluruh penghuni rimba
Apa yang ditulis oleh Putri Rimba
Katanya pada penghuni rimba
Karya putri rimba bukan fantasi atau angan-angan
Tapi adalah karya yang sentiasa hidup dijiwa
Semua penghuni rimba dan manusia
Jika tak faham bacalah berulang-ulang kali
Tiada satu pun karya yang menghina sesama sendiri
Yang dia tahu kasih mengasihi sesama kerana-Nya
Makanya siapa yang bilang cuma fantasi dan angan-angan
Kami bersumpah Atas Nama Yang Mencipta Cinta dan Rindu
Jangan sesakali membaca karya Putri Rimba Kami
Jika membaca juga ....sekiranya ilmu itu datang dari Ilahi
Tak akan tercurah Nur Hidayah Kasih Ilahi pada orang-orang
Yang dalam hatinya ada dengki khianat....
Biarlah dia dengan dunia karyanya
Yang tak habis-habis untuk membalas dendam kesumat hingga Qiamat

Teman....yang kukasihi
Andai kata disuruh aku beri pilihan
Antara cinta dunia dengan cinta mereka berdua
Kan kupilih mereka....
Kerana merekalah yang mengjar aku
Apa itu cinta kerana-Nya

Pabila teringat kata-kata mereka berdua
Hatiku jadi tenang
Setenang air di Kali Syurga

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Julai 2012
Rabeah Binti Mohd Ali PUTRI RIMBA MAHU MEMULANGKAN MAHKOTA 

Di jendela kamar istana rimba niagara..putri rimba memandang ke laut ombak rindu.

Si kunta si kunte dayangnya mengetuk pintu kamar. Dan masuk setelah mendapat keizinan. 

"Tuan puteri rimba...kenapa ni...semenjak kebelakangan ini putri gundah gulana....kenapa tuan putri...adakah dia telah melukakan hati tuan putri," kata si kunta

"Sejak semalam tuan putri tak santapan. Santap sikit ye...hamba suapkan...nanti tuan putri sakit...seluruh penghuni rimba yang susah...tak lama lagi tuan putri akan ditabalkan menjadi ratu. Ratu kena kuat semangat untuk memerintah rakyat rimba. Tuan putri tak boleh berterusan begini...susah hati kami berdua," si Kunte menyuapkan bubur kegemaran tuan Putri ke mulut putri rimba yang terlalu lemah."

Putri Rimba akur , membuka mulut menerima suapan dari si kunte sambil tersenyum. Untuk menelan bubur nasi itu seperti ada duri di anak tekaknya...sakit sangat tapi demi menjaga hati si kunta si kunte ditelan jua dalam keadaan yang amat sakit. Air matnya mengalir deras sambil tersenyum. Si kunte mengusap air mata Putri Rimba.

"Boleh tuan putri beritahu apa yang perlu kami lakukan ...agar boleh mengembirakan hati tuan putri seperti sedia kala...?"

" Hamba rasa dia sudah tak berminat dengan ukiran daunan kasih hamba lagi...dulu dia tak macam ni...selalu berjanji bersumpah setia akan sentiasa menyokong minat hamba berkarya...dan mahu setia dengan cintanya pada hamba.....maka hamba anggap dia sudah tiada hati pada hamba lagi....maka dari itu hamba mengambil keputusan untuk kalian memulangkan semula mahkota ini padanya. Hamba tak mahu memakainya. Mungkin hamba tak layak menerima pemberian darinya."

"Tuan putri...sabarlah sedikit masa lagi ye tuan putri...mungkin dia dalam situasi yang tekanan ...hingga dia tak mampu untuk berterus terang dengan Tuan Putri....tapi hamba percaya dengan cinta sucinya hanya untuk tuan putri seorang. Dia jatuh cinta dengan karya tuan putri bertemakan Ketuhanan...dari karya tuan putri dia jatuh cinta dengan tuan putri...berarti dia jatuh cinta dengan tuan putri kerana-Nya...kita tunggu sedikit masa lagi....kami berdua akan menyokong percintaan tuan putri," jelas si kunta bersungguh-sungguh.

"Memandangkan kamu pesuruh hamba yang setia yang hamba percaya dan sayangi dunia akhirat....hamba sabar menantikan apa yang ditentukan oleh Allah Azzawajallah pada hamba."

"Ha begitulah tuan putri...senyum ye ...jangan gundah gulana lagi...
Esok pagi-pagi kita pergi pantai ombak rindu ye...sudah lama kita tak bergurindam berpuisi bersama." 

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Julai 201
Rabeah Binti Mohd Ali Rabeah Mohd Ali CINTA ILUSI DALAM MIMPI REALITI

Duhai kawan yang baik budi...


Dari usia remaja hingga ke usia senja
Yang kupertaruhkan dalam hidupku
Adalah kejujuran keikhlasan dan pengorbanan
Sebab itu diriku adalah lilin
Sampai akhir hayat pun tetap lilin
Maka dari itu dengan apa yang kulalui ini
Di sepanjang hidupku ini
Aku muhasabah diri
Diriku tetap insan yang tak sempurna
Biarpun aku cuba sedaya mampu untuk 
Menjadi insan yang sempurna

Tempat aku muhasabah diri 
Ada di Rimba Niagara ini
Aku jumpa dengan dunia sebenarku
Inilah dunia yang kuimpikan
Biarpun pada pandangan mereka 
Cumalah fantasi dan angan-angan
Tapi aku yakin dengan duniaku
Kerana suara hati tak pernah menipu

Di sini aku mendapat 
Kasih semurni hati
Tanpa ada berpura-pura dalam berkata
Kata-kata semanis gula
Kata-kata seiring hati

Kami selalu bercanda
Tapi bercanda tiada menyakitkan 
Hati atau sengaja untuk menyindir

Berkaryalah aku semahuku
Mereka sentiasa memberi sokongan/dukungan
Tanpa ada rasa iri hati

Di Rimba Niagara ini 
Semakin hari semakin sayang
Bukan semakin hari semakin benci
Sekali tangan berjabat
Tersimpul mati hingga ke mati

Di Rimba Niagara ini
Tiada yang rasa mementingkan diri sendiri
Semuanya saling berkorban
Biarpun nyawa jadi taruhan
Demi keamanan dan kemakmuran Rimba Niagara
Penghuninya bersatu hati
Saling sokong menyokong
Ke arah kecemerlangan hidup dunia dan akhirat
Setiap bakat penghuni rimba dihargai
Bukan jadi bahan cercaan dan penghinaan
Kerana di sini tiada dengki mendengki
Dendam mendendam
Yang ada cumalah
Kasih sayang semurni hati
Merasakan esok berjumpa Robbul Idzatii
Sebab itu pesona dunia
Bukan matlamat kami
Kerana matlamat kami
Mahu hidup berkasih sayang dalam redha Ilahi
Agar tenang roh dan jasad
Setenang Air di Kali Syurga
Insya-Allah berjumpa Tuhanpun dalam keaadaan tenang
Kerana kami tahu Allah Robbul Idzati
Mahu berjumpa hamba-Nya hanya yang berjiwa tenang saja

Maka kami berazam selagi hayat ada
Digunakan semaksima mungkin 
Untuk terus saling sokong menyokong
Ke jalan-jalan yang di Redhai
Sebagai bekalan di hari mati

Makanya di Rimba Niagaralah
Tempat igauanku dalam mimpi
Yang kularikkan dengan tinta-tinta
Kasih dan cinta kerana-Nya
Biarpun sekadar mimpi ilusi
Tapi ku yakin jika 
Allah Robbul Idzati berkata
KUN FAYAKUN
Maka jadilah
CINTA ILUSI DALAM MIMPI REALITI
Jadi realiti
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin 

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Julai 2012
Rabeah Binti Mohd Ali CINTA ILUSI DALAM MIMPI REALITI

Duhai kawan yang baik budi...


Dari usia remaja hingga ke usia senja
Yang kupertaruhkan dalam hidupku
Adalah kejujuran keikhlasan dan pengorbanan
Sebab itu diriku adalah lilin
Sampai akhir hayat pun tetap lilin
Maka dari itu dengan apa yang kulalui ini
Di sepanjang hidupku ini
Aku muhasabah diri
Diriku tetap insan yang tak sempurna
Biarpun aku cuba sedaya mampu untuk 
Menjadi insan yang sempurna

Tempat aku muhasabah diri 
Ada di Rimba Niagara ini
Aku jumpa dengan dunia sebenarku
Inilah dunia yang kuimpikan
Biarpun pada pandangan mereka 
Cumalah fantasi dan angan-angan
Tapi aku yakin dengan duniaku
Kerana suara hati tak pernah menipu

Di sini aku mendapat 
Kasih semurni hati
Tanpa ada berpura-pura dalam berkata
Kata-kata semanis gula
Kata-kata seiring hati

Kami selalu bercanda
Tapi bercanda tiada menyakitkan 
Hati atau sengaja untuk menyindir

Berkaryalah aku semahuku
Mereka sentiasa memberi sokongan/dukungan
Tanpa ada rasa iri hati

Di Rimba Niagara ini 
Semakin hari semakin sayang
Bukan semakin hari semakin benci
Sekali tangan berjabat
Tersimpul mati hingga ke mati

Di Rimba Niagara ini
Tiada yang rasa mementingkan diri sendiri
Semuanya saling berkorban
Biarpun nyawa jadi taruhan
Demi keamanan dan kemakmuran Rimba Niagara
Penghuninya bersatu hati
Saling sokong menyokong
Ke arah kecemerlangan hidup dunia dan akhirat
Setiap bakat penghuni rimba dihargai
Bukan jadi bahan cercaan dan penghinaan
Kerana di sini tiada dengki mendengki
Dendam mendendam
Yang ada cumalah
Kasih sayang semurni hati
Merasakan esok berjumpa Robbul Idzatii
Sebab itu pesona dunia
Bukan matlamat kami
Kerana matlamat kami
Mahu hidup berkasih sayang dalam redha Ilahi
Agar tenang roh dan jasad
Setenang Air di Kali Syurga
Insya-Allah berjumpa Tuhanpun dalam keaadaan tenang
Kerana kami tahu Allah Robbul Idzati
Mahu berjumpa hamba-Nya hanya yang berjiwa tenang saja

Maka kami berazam selagi hayat ada
Digunakan semaksima mungkin 
Untuk terus saling sokong menyokong
Ke jalan-jalan yang di Redhai
Sebagai bekalan di hari mati

Makanya di Rimba Niagaralah
Tempat igauanku dalam mimpi
Yang kularikkan dengan tinta-tinta
Kasih dan cinta kerana-Nya
Biarpun sekadar mimpi ilusi
Tapi ku yakin jika 
Allah Robbul Idzati berkata
KUN FAYAKUN
Maka jadilah
CINTA ILUSI DALAM MIMPI REALITI
Jadi realiti
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin 

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Julai 2012
Rabeah Binti Mohd Ali
Tulis komen...