JIWA PATRIOTIK NUSANTARA (36) KAU BERKUASA DI KERAJAAN LANGIT DAN BUMI
CINTA TUHAN ABADI SELAMA-NYA
Kenangan Anda di Facebook
Ratu Rimba Niagara, kami mengambil berat tentang anda dan kenangan anda berkongsi di sini. Anda telah berkongsi siaran ini daripada Srikandi 2 tahun lalu.
Enthroned
Saya masih berada di Kuala Kangsar untuk menyaksikan pertabalan Sultan Perak XXXV,Sultan Nazrin Shah berlangsung di Istana Iskandariah,Bukit Chandan.
Mungkin ini sekali seumur hidup saya menyaksikan sendiri majlis pertabalan ini.Semasa pertabalan yang lepas,saya masih di alam roh. :)
Jadi,di hadapan mata saya,saya menyaksikan bagaimana raja-raja Perak ditabalkan,umumnya adat dan protokol raja-raja Melayu ditabalkan.Meskipun zaman berganti zaman,namun institusi beraja Melayu masih bertahan,bukan sekadar simbol atau pelestarian budaya tetapi terpateri dalam perlembagaan dan undang-undang.
Dalam sejarah Asia Tenggara,institusi raja-raja Melayu adalah paling tertua,dengan diikuti institusi beraja Kemboja dan akhirnya Thailand.
Institusi beraja Burma berakhir dengan Raja Thibaw diguling British pada tahun 1885 dan institusi beraja Vietnam berakhir dengan Raja Bao Dai diguling oleh perdana menterinya sendiri pada tahun 1955.
Kesultanan Kedah misalnya memiliki riwayat bersambung-sambung sejak abad ke-12 sehingga ke hari ini dan antara kesultanan tertua di dunia.
Kesultanan Perak jika diperhalusi memiliki riwayat lebih lama,mewarisi institusi beraja dari Kesultanan Melaka yang juga mewarisi kuasa dan motivasi politik dari empayar Melayu Srivijaya sejak Sang Nila Utama,kerabat diraja Srivijaya dari dinasti Mauli menubuhkan kerajaan Temasek sehingga pewaris terakhirnya,Permaisura menubuhkan Kesultanan Melaka yang pengaruhnya menjangkau sebahagian Sumatera dan semenanjung Tanah Melayu.
Pewaris terakhir Kesultanan Melaka,Sultan Muzaffar Shah I pula mengasaskan Kesultanan Perak selepas dijemput oleh beberapa pembesar Perak yang juga mewarisi sistem beraja tersendiri sejak era 'Three Kingdoms' antara kerajaan Gangga Negara,Beruas dan Manjung berakhir pada abad ke-16.
Menurut sejarah,ketika Sultan Muzaffar Shah I menyelusuri Sungai Perak untuk mencari tapak yang sesuai bagi menubuhkan 'city-states' negeri Perak yang baru,alangkah terkejutnya beliau apabila di sana terdapat sistem pembesar dan bangsawan sudah sedia ada termasuk seorang yang digelar 'maharaja' iaitu Maharaja Lambor.
Walaupun di sana terdapat garis salasilah yang berbeza dan ada raja yang naik melalui persetujuan atau perjanjian tertentu,namun yang penting ialah institusi beraja Perak bersambung dari waris diraja dari satu generasi ke satu generasi.
Setiap negeri ada keunikan adatnya tersendiri,bagi saya,negeri Perak adalah negeri yang misteri dan penuh sensasi.Anda boleh menyelami sejarah dan kehidupan orang-orang di negeri Perak khasnya ketika tahun-tahun 60-an ke 80-an apabila membaca novel-novel thriller SBDJ karangan Tamar Jalis.
~Srikandi
'untuk kome-kome jee'
'untuk kome-kome jee'
PESANAN TOKKU PALOH
"MAKA TINGGALKANLAH DUNIAMU DAN BELAYARLAH MENUJU TUHANMU. JANGANLAH SEKALI-KALI ENGKAU MELABUHKAN SAUH KETIDAKPASTIAN ITU BIARLAH APA KATA MEREKA PADA DIRIMU. BERHIJRAHLAH, BELAYARLAH MENUJU TUHANMU KERANA KAULAH MELAYU"
Cakarawala Sumber Inspirasi Saya Berkarya
Saya suka kepada bulan kerana
bulan suka senyum kepada saya
...Teruskan Membacabulan suka senyum kepada saya
Akademi Kajian Rantau Nusantara - AKAR
PESANAN TOKKU PALOH
"MAKA TINGGALKANLAH DUNIAMU DAN BELAYARLAH MENUJU TUHANMU. JANGANLAH SEKALI-KALI ENGKAU MELABUHKAN SAUH KETIDAKPASTIAN ITU BIARLAH APA KATA MEREKA PADA DIRIMU. BERHIJRAHLAH, BELAYARLAH MENUJU TUHANMU KERANA KAULAH MELAYU"
SEJARAH KEGEMILANGAN MELAKA BERULANG KEMBALI DI ABAD KE -21.
The Patriots
MELAKA PELABUHAN KAMPUNG JE KE?
Pelabuhan Melaka bukan lah macam jeti penambang perahu macam dalam cerita P. Ramli Pendekar Bujang Lapok . Pelabuhan Melaka adalah pelabuhan terkaya di timur sewaktu itu lengkap dengan sistem cukai dan pengurusan yang sistematik.
Pelabuhan Melaka dapat membangun dengan cepat dan muncul sebagai pelabuhan yang tiada tolok bandingnya adalah sebab sistem cukainya yang teratur dan berpatutan. Kadar cukai bergantung kepada nilai barang yang dibawa oleh pedagang. Kadar pembayaran adalah berbeza untuk setiap golongan pedagang. Kadar yang dikenakan adalah seperti berikut:
(a) Pedagang-pedagang dari India, Sri Langka, Burma, Siam dqn Sumatera - 6 peratus daripada nilai kargo.
(b) Pedagang dari Melaka dan negeri Melayu Semenanjung - 3 peratus daripada nilai kargo.
(c) Pedagang dari China, Sumatera Selatan, Jawa dan Maluku - Memberi hadiah-hadiah bemilai 1 peratus daripada kargo mereka.
Walaupun begitu, adalah menjadi kebiasaan bagi pedagang-pedagang dalam dan luar negeri yang membawa persembahan kepada Sultan, Bendahara dan pembesar Melaka. Pada umumnya persembahan itu bemilai satu atau dua peratus daripada jumlah nilai barangan mereka. Selepas semua cukai dibayar, urusan jualan barangan pun bermula di sepanjang jambatan Melaka, di jalan raya berhadapaan bangunan lama sekarang dan di bazar-bazar.
Kerajaan Melaka telah mengeluarkan sejenis lesen kebenaran berniaga kepada para peniaga dan penjual. Pengeluaran lesen ini adalah sebahagian pendapatan kerajaan. Para pentadbir sentiasa memerhati dan mengawas urusan jual beli agar barangan import yang 13 tersimpan tidak rosak atau jualnnya lembab.
Tidak ada bukti yang menunjukkan para penjual asing mengalami kerugian. Urusan pemiagaan mempunyai dua bentuk lauu meialui sistem tukar barang dan yang kedua menerusi proses penjuaian dan pembelian. Tome Pires menyebut wang logam di Melaka dibuat daripada calains dalam bentuk timah yang terpahat nama Sultan Melaka yang memerintah. Pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, mata wang emas telah digunakan dalam perdagangan. Terdapat juga mata wang dari perak dan timah yang dikeluarkan ataupun dibuat di Melaka.
Peringkat penjuaian dan penyebaran barangan yang diimport mengikut Tome Pires keseluruhannya dijalankan oleh pedagang Melayu. Peniaga ini membeli barangan dar pemborong dan menjualkannya di pasar-pasar, di pondok-pondok yang dibina di atas jambatan, di lorong-lorong depan rumah, kedai, bazaar ataupun sistem lambakan di tepi jalan. Dalam Sejarah Melayu disebut “Tunku, sekarang lebih kita tidak betul, banyak kedai yang menganjur, baik juga tuanku membetuli; kalau-kalau Yang Dipertuan berangkat, dilihat baginda lebuh tidak betul, murka kelak akan tuanku. ” (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 254)
Sistem penyebaran pula ialah barangan yang dimport akan disebarkan ke Gugusan Kepulauan Melayu dengan mengunakan kapal-kapal.
Tome Pxres melaporkan bahawa perdagangan juga dijalankan oleh masyarakat bangsawan Melayu kelas atasan seperti Sultan Muzaffar Syah :
"...he devoted much care to the improvement to Malacca, he bought dan built jinks and sent them out with merchants. ”
Sultan Alauddin pula:
"...the king o f country puts his share in each junk that goes out, that is a way fo r the kings o f malacca to obtain large amounts of money; and hence there is no doubt that the kings of Malacca are veiy rich indeed. ”
Para pembesar Melaka melibatkan diri dalam perdagangan kerana ia menguntungkan. Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan oleh pedagang luar negeri. Mereka menyediakan gudang untuk disewa, tempat penginapan untuk pedagang menginap dan juga perkhidmatan memperbaiki kapal, jahit-menjahit dan bungkus-membungkus (Zainal Abidin , 1996).
Menurut Ismail, A.Aziz dan Abd. Rahman (1995), sungguhpun hampir semua pedagang datang ke Melaka dan tinggal di Melaka buat sementara sahaja tetapi bekalan makanan mereka perlu disediakan. Oleh itu kerajaan Melaka membawa masuk makanan
dari Jawa dan Siam. Menurut Tome Pires:
dari Jawa dan Siam. Menurut Tome Pires:
“...he always maintained his friendship with the said king; and a large quantity o f foodstuffs come from Jawa. ”
Raja-raja lain di bawah taklukan Melaka juga terlibat dalam kegiatan urusniaga dan berdagang di Melaka. Tome Pires mengatakan Raja Pahang, Kampar , Inderagiri yang menanam modal dan menghantar wakil urusan untuk berdagang. Terdapat juga saudagar yang kaya raya dan berkemampuan untuk menghantar tiga hingga empat buah kapal besar ke tempat asing misalnya Tome Pires menulis:
“ ...capable o f sending each year a junk to China, add another to Benggal, and another to Pulicat, and another to Pegu, and the merchants of Malacca and for the ports took shares in these. ”
Walaupun begitu menurut Andaya(1983), Raja-raja Melaka turut berniaga tetapi jika dihitung seluruh cukai yang didapat oleh kerajaan, jumlah pemiagaan Raja-raja tidaklah seberapa besar berbanding dengan cukai terhadap kapal-kapal dagang yang berpusu-pusu masuk berlabuh ke Melaka.
Dianggarkan dua ribu buah kapal yang berlabuh di Melaka dalam satu-satu masa. Menurut Zainal Abidin (1996) pula, hasil kutipan cukai digunakan untuk membiayai pertahanan empayar Melaka dan juga untuk meluaskan serta memesatkan kegiatan ekonomi, politik, sosial dan agama Islam. Sebahagian dari hasil cukai itu juga digunakan oleh raja dan kaum kerabatnya. Bentuk harta atau khazanah yang gemar mereka kumpulkan ialah emas dan perak.
Di peringkat betjaja, de Eredia, Barbosa dan de Albuquerque menyatakan bahawa urusniaga banyak dijalankan oleh pedagang pribumi sebagai peniaga di bazaar, pasar Melaka ataupun berdagang di tempat lain dengan menggunakan “small coastal praos and light ships”. Kaum wanita juga turut memainkan peranan akiif dalam mengendalikan kedai runcit dan gerai-gerai. Ini menunjukkan bahawa terdapat dua pola pemiagaan iaitu pedagang secara besar-besaran dan pedagang kecil-kecilan.
De Edredia mengatakan bahawa pedagang kecil-kecilan tertumpu di Sabak iaitu sepanjang tebing sungai Melaka dan pedagang secara besar-besaran yang terdiri dari pemerintah dan golongan elit tertumpu di atas dan di lereng bukit. Sementara itu pedagang sepenuh masa dan kaya raya tertumpu dan menetap di kawasan Upeh (Terenquera) atau Iler (Bandar Hilir).
Menurut Zainal Abidin (1996), ada segolongan rakyat Melaka yang digelar orang kiwi yang merupakan pedagang dan peniaga yang aktif di Melaka. Mereka bukan hanya berniaga d- Melaka tetapi juga pemah berdagang ke India, China dan negeri-negeri Kepulauan Melayu.
Orang kiwi ini mempunyai kapal atau menyewa kapal untuk membawa barang dagangan mereka. Mereka mempunyai hubungan baik dengan pembesar Melaka dan boleh dianggap sebagai golongan pertengahan dalam masyarakat Melaka yang giat berniaga.
Tome Pires mengatakan bahawa para pedagang pribumi menggunakan kapal dagang mereka bukan sahaja di sekitar semenanjung Tanah Melayu tetapi uga hingga ke Koromandel, Tenasserim, Teluk Benggala, Pegu, Ceylon, China,Kepulauan Nusantara, Maluku hingga ke Mekah. Kegiatan ekomomi perdagangan dan perkapalan yang besar dan kompleks ini menyebabkan wujudnya sistem, tertentu atau aturan menggunakan kapal seperti yang terdapat di Undang-Undang Laut Melaka.
Sumber:
Aktiviti Keusahawanan Masyarakat Melayu pada Zaman
Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Zainudin Hassan dan Rozeyta Omar
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor.
Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Zainudin Hassan dan Rozeyta Omar
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor.
~ASJ~
2 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
Syababul Islam
Rahsia Orang Melayu
orang melayu adalah bangsa yang menerima islam secara baik,
orang melayu boleh sebut bahasa Arab dengan Fasih,
orang melayu menggunakan bahasa Arab dalam percakapan walaupun ia tidak sedar seperti sabar,kubur,sihat,mati,mayat,dan lain2 lagi,kenapa? sebab kita berasal dari bangsa Arab yang hilang dalam peperangan kerajaan Sargon lama sezaman nabi Ibrahim,dan keturunan nenek kita lari ke semenanjung emas selepas dibadai ombak kapal di hanyut,kalau dari darat,india,burma ,dan siam ,baru sampai ke semenanjung emas ,tetapi kita asal dari belayar,bukan datang dari darat.
Saidina Ali Karamahwajhah telah berkata ketika nazak selepas ditikam ibnu Muljan semasa waktu subuh,katanya pergilah wahai saudaraku leparkan belanti ku ke sungai Furat kerana bansa Arab tiada ada kesatuan sehingga kiamat melainkan ada satu kaum yang hilang akan kembali pada satu bendera mereka berada di timur,sebab itu Muauwiyah telah menghantar utusan ketanah melayu dan jawa,untuk melihat apa agamanya,dan begitu juga para pendakwah dari seluruh arab,yaman,gujrat,datang ke semenanjung Emas dan Jawa.
orang melayu boleh sebut bahasa Arab dengan Fasih,
orang melayu menggunakan bahasa Arab dalam percakapan walaupun ia tidak sedar seperti sabar,kubur,sihat,mati,mayat,dan lain2 lagi,kenapa? sebab kita berasal dari bangsa Arab yang hilang dalam peperangan kerajaan Sargon lama sezaman nabi Ibrahim,dan keturunan nenek kita lari ke semenanjung emas selepas dibadai ombak kapal di hanyut,kalau dari darat,india,burma ,dan siam ,baru sampai ke semenanjung emas ,tetapi kita asal dari belayar,bukan datang dari darat.
Saidina Ali Karamahwajhah telah berkata ketika nazak selepas ditikam ibnu Muljan semasa waktu subuh,katanya pergilah wahai saudaraku leparkan belanti ku ke sungai Furat kerana bansa Arab tiada ada kesatuan sehingga kiamat melainkan ada satu kaum yang hilang akan kembali pada satu bendera mereka berada di timur,sebab itu Muauwiyah telah menghantar utusan ketanah melayu dan jawa,untuk melihat apa agamanya,dan begitu juga para pendakwah dari seluruh arab,yaman,gujrat,datang ke semenanjung Emas dan Jawa.
BANI JAWI @ BANGSA JAWI / MELAYU
Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu
Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu
Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu
Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.
Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah. Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.
Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.
Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemah lembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. Jawi atau Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu & Wi=Tuhan. yakni maksud nya bangsa yg percaya kpda 1 Tuhan (mentauhidkan Tuhan). Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu??
Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia.’ Wallahualam
BANGSA PELAUT
Empayar-empayar bangsa Melayu purba sememangnya terkenal sebagai empayar maritim yang hebat. Maka tidak hairanlah apabila disebut saja tentang melayu, maka akan masyhur namanya mewangi keserata alam. Ini adalah fakta yang sebenar-benar yang perlu difahami dan dihadam oleh anak adam yang bergelar melayu. Mungkin sebelum ini, apabila disebut saja melayu, anak-anak melayu hanya akan mencemik muka , katanya melayu ini di peradaban silam bodoh, hanya tinggal di kampung-kampung, menjadi nelayan dan hanya bercucuk tanam semata.
duhai saudaraku, ketahuilah sebelum kedatangan orang-orang Eropah yang kononnya membawa kemodenan lagi, orang-orang melayu sememangnya sudah lama terkenal sebagai pelayar-pelayar yang hebat dan bangsa yang amat mahir dengan ilmu pelayaran dan pembuatan kapal-kapal besar. Lanun-lanun melayu adalah diantara lanun-lanun yang amat ditakuti pada suatu masa dahulu. cukuplah saya meyebut nama srivijaya, acheh,champa dan dan melaka yang suatu masa dahulu merupakan kerajaan-kerajaan maritim yang hebat lagi canggih teknologi perkapalannya daripada mana-mana peradaban dunia ketika itu.
Didalam buku The Golden Chersonese And The Way Thither yang ditulis oleh Isabella L Bird yang mengembara ke Timur Jauh pada tahun 1879 telah menyebut bahawa:
"of the remaining Moorish or Malay Kingdoms, Acheen, in Sumatra, was the most powerful, so powerful indeed that its king was able to besiege the great stronghold of malacca more than once with a fleet, according to the annalist of more than five hundred sail, one hundred of which were of greater size than any then constructed in Europe and the warriors and mariners that it bore amounted to sixty thousand commanded by the King in person."
nah, inilah antara bukti dimana masyarakat luar daripada alam melayu sendiri mengakui akan kemajuan kecanggihan, kepakaran dan kebijaksanaan orang melayu tika itu yang mampu mengatasi mana-mana peradaban dunia yang sering dijulang-julang oleh segolongan manusia yang menggelar diri mereka sebagai generasi moden melayu. Bahkan Bird sendiri menyatakan bahawa selepas daripada kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis, empayar melayu Aceh telah cuba menawan kembali Kota Melaka dengan segerombolan kapal-kapal perang mencecah 500 buah yang mana 100 daripadanya adalah jauh lebih besar dari mana-mana kapal yang pernah dibina di Eropah.
mungkin ada antara kita yang pernah mendengar gendang Dongsun yang banyak dipamerkan di muzium-muzium di seluruh dunia, antara fakta yang dikemukan oleh Lynda Shaffer yang dipetik daripada bukunya Maritime Southeast Asia to 1500 menyebut, bahawa sedari awal orang-orang melayu yang terkenal dengan sosok gelaran bangsa pelaut telah pun mahir dalam pelayaran-pelayaran dalam jarak yang sangat jauh sejak daripada awal kurun pertama masihi lagi,pelayar-pelayar melayu lah yang bertanggung jawab menyebarkan pasu-pasu tanah liat tradisi Sa-Huynh Kalanay dan gendang Dongsan bertebaran keseluruh Asia Tenggara. fakta ini sangat mengejutkan kerana ini adalah antara bukti yang dikaji oleh bangsa luar tentang hal ehwal keadaan orang melayu ketika itu.
menurut Lynda Shaffer, pelayar-pelayar laut melayu suatu ketika dahulu merupakan antara pelayar-pelayar laut yang termoden dan mempunyai ilmu kelautan yang sangat tinggi merentasi zaman. mereka berlayar merentasi latan yang jaraknya beribu-ribu batu dengan hanya berpandukan warna dan riak air laut, bintang, gerakan angin, dan gelombang daripada laut sendiri tanpa memerlukan alat kompas mahupun carta-carta yang bertulis dan bergambar. Menurut Lynda Shaffer lagi, pelayar-pelayar laut melayu ketika itu mampu mengesan sesebuah pulau yang jaraknya 30 batu daripada pantai dengan hanya tabiat-tabiat haiwan seperti burung , tumbuhan laut dan gerak gelombang air pada permukaan laut, bukankah ini suatu bukti yang cukup mengagumkan tentang bangsa melayu sebagai bangsa pelaut?
Malah pelayar-pelayar China telah mengetahui tentang orang-orang melayu dari seawal kurun ke 3. Shaffer seterusnya dipetik sebagai berkata:
"The Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean going vessels engaged in long distance over seas trade. The Chinese in fact appear to have learned much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from woven mats reinforced with bamboo, at least several hundreds years B.C.E and by the time of the Han Dynasty (206 CE to 221 CE) the Chinese were using such sails."
maksudnya " orang-orang cina juga mengetahui tentang bangsa tersebut sebagai bangsa pembina dan krew kapal yang terlibat dalam perdagangan laut jarak jauh. orang-orang cina sebenarnya banyak belajar daripada bangsa pelayar ini. orang melayu ketika itu telah pun pandai mencipta layar yang dibuat sebagai tikar tenunan yang diperbuat daripada buluh , sekurang-kurangnya beberapa ratus tahun B.C.E , pada zaman Dinasti Han(206 CE 221 CE) ketika itu orang cina baru sahaja menggunakan layar seperti bangsa melayu"
Gaspar Correia. pencatit berbangsa Portugis telah mencatatkan seperti berikut sewatu armada perang Portugis bertembung dengan sebuah kapal melayu dari Aceh menjelaskan bahawa sisi kapal tersebut sangatlah tinggi sehingga tiada siapa yang berani untuk cuba memanjatnya dari mana-mana kapal Portugis. Kapal tersebut seolah tidak tercalar dengan serangan Portugis kerana kapal tersebut mempunyai 4 lapis perisai dan meriam Portugis yang paling besar pun hanya mampu menembusi dua lapisan sahaja
Keadaan ini telah memaksa Gabenor pada waktu itu menghantar kapal perang terbesarnya iaitu Flor De La Mar, bayangkan bagaimana kekuatan angkatan tempur laut melayu ketika itu. Walaupun demikian, kapal perang Aceh tersebut masih mampu menahan serangan selama 2 hari dua malam dan hanya tewas apabila pihak Portugis berjaya memusnahkan sirip kemudinya. Correia telah dipetik sebagai mengatakan seperti berikut:
Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portuguese ships;naos,caravellas and gales and she remained unscathed by the Portuguese fire because she had four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights and only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she carried outside as on the barges of Ribatejo..
~layar temir~
Mereka tahu tetapi mereka menyembunyikannya
-2:32
521,565 Paparan
TERDAHULU
Rashid Kocai telah menambah 2 foto baru
PG SAHABAT
Mashaallah.. Satu kubur yg menghijau di tengah padang pasir yang kering kontang.. Apakah amalan kamu?.. wallahua'lam..
Mashaallah.. Satu kubur yg menghijau di tengah padang pasir yang kering kontang.. Apakah amalan kamu?.. wallahua'lam..
deritaku siapalah yang tahu....
KITA TAHU BILA TARIKH LAHIR TAPI TAK TAHU TARIKH MATI
JIKA KITA TAHU BILA KITA MATI
PASTI KITA AKAN SENTIASA SIAP SEDIA MENGHADAPI HARI MATI
SENTIASA HENDAK BUAT BAIK NAK BERAMAL SEBELUM MATI
TARIKH MATI ADALAH RAHSIA ALLAH
AGAR HAMBA-NYA BERAMAL IKHLAS KERANA-NYA
SEBAB ITU PENTINGNYA IKHLAS
JIKA SAAT INI LAGI BEBERAPA MINIT LAGI KITA AKAN MENEMUI AJAL
PASTI KITA AKAN INGAT ALLAH BANYAK-BANYAK DAN MEMOHON TAUBAT PADA-NYA TAPI TIKA ITU SUDAH TERLAMBAT...KERANA BILAMANA SUDAH DINAMPAKKAN ALAM GHAIB YANG SELAMA INI TERDINDING OLEH HATI YANG CINTAKAN DUNIAWI.
MOGA KITA TERSELAMAT DARIPADA CINTAKAN DUNIAWI...
MENCINTAI ALLAH DAN RASUL-NYA MENJADI MATLAMAT HIDUP
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
0 comments:
Post a Comment