Saturday 19 May 2018

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (140) GURINDAM PUISI UNTUK TUN MAHATHIR & GELOMBANG RAKYAT


BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (140) GURINDAM PUISI UNTUK TUN MAHATHIR & GELOMBANG RAKYAT

Ratu Rimba Niagara berkongsi siaran.
10 jam
Scienze Fanpage
18 jam
Meravigliosi arcobaleni 

Ratu Rimba Niagara berkongsi siaran.
10 jam
Borneo Voice
16 jam

Ratu Rimba Niagara berkongsi siaran.
10 jam
Wajah tua ini yg memegang tampok pemerintahan
Wajah tua ini yg mengorbankan masa tua nye demi negara tercinta
Wajah tua ini yg berjuang bangkit mengubat segala masalah negara
Wajah tua ini yg menghabiskan waktu tuanya
Wajah tua ini xkenal erti penat dan lelah
Wajah tua ini yg tidurnya hanya 2 jam sehari
Wajah tua ini yg kuatkan dirinya semampunya
Wajah tua inilah yg akan kita kenang sampai bila2
Wajah tua inilah sumber kekuatan anak bangsa
Dan wajah tua ini lah yg akan kita ceritakan pada anak2 siapakah beliau dlm negara MALAYSIA..
Moga Allah swt panjangkan umur & sihatkan TUN MAHATHIR MOHAMAD.. aamin





YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat dari Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pagi ini. Mereka berbincang selama 30 minit mengenai hubungan dua negara - Admin @ Putrajaya


Ratu Rimba Niagara berkongsi siaran.
14 jam


SAJAK UNTUK TUN MAHATHIR

Tun Mahathir...
apa yang terbuku di hatimu
kami seluruh rakyat Malaysia faham
betapa kau rela korbankan dirimu
demi kerana sayangkan rakyat dan negara

Tun Mahathir...
walaupun usiamu melewati senja
kau tetap bersemangat seperti seorang wira
walaupun kudratmu tinggal hanya sisa-sisa
kau terus kuat
sedangkan jiwamu terseksa
luka yang terlalu dalam
kau bebat lukamu sendiri
agar sentiasa kuat demi rakyat
yang kau kasihi sepenuh jiwa ragamu

Tun Mahathir...
kau ketepikan segala kepentingan sendiri
sedangkan kau boleh saja beristirahat bersama isteri tercinta
yang lebih menyayat hati
kau mengaku kesilapanmu
memohon maaf kepada semua kawan-kawan seperjuanganmu
dan seluruh rakyat Malaysia
air matamu tertumpah di hati kami

Tun Mahathir...
kerana kerendahan hatimu
kami seluruh rakyat Malaysia
bangkit bersama citamu
untuk menebus segala kekhilafan yang dilakukan
pemimpin terkini...
inilah masanya kita hidupkan
gelombang rakyat
dengan memberi kemenangan kepada PAKATAN HARAPAN

Tun Mahathir...
senyumlah...
gerhana di hatimu
kami balas dengan pelangi indah
seindah pelangi di malam hari
senyummu dan senyum seluruh rakyat Malaysia
terpatri hingga ke Syurga
insya-Allah Aamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
19 Sya'ban 1439H
4 Mei 2018
(Sajak dikarangkan istimewa untuk Tun Mahathir yang dikasihi Dunia Akhirat, terima kasih kerana sudi menjadi Perdana Menteri kami buat kali keduanya. Amat terharu hingga saat ini, Tun M rela menjadi lilin seumur hidup kerana rakyat dan negara tercinta. Moga Allah SWT membalas Syurga Firdaus untukmu. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin)


TUN MAHATHIR KEBANGGAAN RAKYAT

Aku menyanjungimu
di sebilang masa
di setiap ketika
kau tetap di hatiku

Jasamu bak gunung
tak dapat dibalas
walaupun dengan kata-kata
kau idolaku
kau sumber inspirasiku

Perjuanganmu tepat dan jelas
walau apapun jua rintangan
yang datang
kau harungi penuh tabah

Kau menabur budi
bukan untuk dibalas
cukuplah sekadar ucapan,
"Terima Kasih! "

Kau menyemarakkan semangat
patriotik di jiwa rakyat!
kau kata, "Rakyat Boleh!"
Rakyat jawab,"Malaysia Boleh!"

Biar apa jua tohmahan dan kritikan
yang dilemparkan!
kau tetap berdiri teguh
dengan keyakinan
berpijak di bumi nyata

Pembangunan! Kemajuan!
pesat membangun!
rakyat kagum!
kepimpinanmu terbukti hebat!

Keakrabanmu sesama pemimpin erat!
dengan rakyat ada keeratan yang
lebih kukuh lagi!
hinggakan rakyat
tidak dapat melupakanmu

Kau terus menabur bakti tanpa
mengira bangsa dan keturunan
kau pencerna semangat
perpaduan kaum!

Laungan suaramu
bergema di seluruh pelosok dunia
kau wira bangsa yang dikagumi!
lagi dihormati!

Setiap butiran kata-katamu
menjadi perhatian setiap
yang mendengar!
rakyat kagum!
dunia terkesima!
"Tahniah Malaysia!" kata-kata
yang terlafaz dari mulut mereka

Kau pencetus keamanan
banyak negara miskin akibat perang
kaulah pembelanya!
laungan suara kedamaian bergema
di seluruh pelosok dunia!

Bangganya kami...
punyai pemimpin sepertimu!
perjuanganmu suci dan luhur!

Semoga kau sentiasa dilimpahi
rahmatNya dunia akhirat
atas segala kebaikan yang
telah kau curahkan
pada Malaysia dan dunia

Budimu sentiasa dalam lipatan hatiku!
bahkan rakyat semua menyanjungimu
jua warga dunia!


Malaysia boleh!
Aku sentiasa benarkan
Hanya itu aku harapkan
Aku terus
Tabah
Hadapinya
Insya-Allah
Rakyat sentiasa di hatiku


Terima kasih Tun Mahathir
kau rela menjadi lilin untuk kami
akan kami kenang sepanjang hayat
moga kasihmu kasih rakyat jelata
terpatri sampai Syurga
insya Allah Aamiin


Karya Ratu Rimba Niagara
24 Syaaban 1439H
10 Mei 2018
(Puisi dikarang istimewa untuk Tun Mahathir dan seluruh rakyat Malaysia yang menyokong PAKATAN HARAPAN, "Setiap rakyat sentiasa ada harapan untuk direalitikan impian kerana Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia Ke-7 dan barisan kabinetnya sentiasa bersedia berkhidmat menabur bakti untuk rakyat)

TUN M SABAR APABILA DIZALIMI

Kami rasa Tun tidak perlu berjanji apa apa terhadap rakyat.. Sebab selama 22 Tahun pemerintahannya Tun tidak pernah berjanji... Tapi apa yang Tun cakap.. Tun pasti akan buat..
He did his way.. Itulah Tun M.
.
Di arah tinggalkan Petronas tanpa sebab, Tun akur...
Di arah keluar dari Proton, Tun akur.
Di tarik balik keistimewaan polis pengiring, Tun akur...
Di tarik balik darjah kebesaran Kelantan, Tun akur...
Di halang dari menziarahi pusara Allahyarham TGNA, Tun akur...
Di halang dari mendaftar parti, Tun akur...
Di gunting...di tampal gambar wajahnya, Tun akur sambil senyum saja...
Di caci...di hina..., Tun diam saja sambil tersenyum...
Di gelar tiang buruk, tiang inilah yang masih berdiri kukuh sampai saat ini...!!!
Di halang dari menegakkan kebenaran, haaaaaa...itu Tun lawan dgn team barunya!!!
.
Setiap perubahan ke arah pembaikkan perlukan masa. Bagi ruang untuk pucuk pimpinan baru ini. Kita tidak berada di tempat mereka jadi kita tidak merasa keperitan & dugaan yang mereka alami selama ini.
.
Sebak perhatikan Tun tatkala mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam usia 93 tahun. Nampak keletihan Tun tapi dalam masa yang sama terpancar semangat untuk pulihkan negara. Untuk siapa? Untuk kita semua rakyat Malaysia!
.
Jadi,doakan yang terbaik untuk mereka ini. Kuasa di tangan rakyat dan ini sudah terbukti.
.
Semoga Allah sentiasa melindungi Tun M kami.
.
#weareMalaysian
#hapuskanrasuah
#hapuskankroni
#bersatutegakkankeadilan
.
p/s : baca dan faham dengan hati yang jujur. Gunakan akal untuk berfikir secara logik & rasional.


GURINDAM JIWA UNTUK TUN MAHATHIR

Subhanallah
sejuk perut ibumu
mengandungkanmu
melahirkanmu
membesarkanmu
mendidikmu
dengan ilmu dunia
jua ilmu akhirat
kau menjadi
anak soleh
Alhamdulillah
Syukur pada-Nya
kerana dikurniakan
seorang anak
yang berjiwa pemimpin
sanggup berkorban
demi rakyatnya
suka duka bersama
derita rakyat
air mata rakyat
pemasalahan rakyat Malaysia
ingin dikongsi bersama
lalu difikir
diselesaikan dengan
semampu mungkin
sekudrat pemikiran
diperah habis
peluh setitik
tidak dipersiakan
kerana terlalu
amat berharga
untuk rakyat tersayang
untuk negara tercinta
maka bergemalah
lagu patriotik
'Kusayaang Rakyatku Demi-Nya'
di setiap pelosok bumi bertuah Malaysia
di bawah pimpinanmu
dan disahut penuh gemuruh
lagu rakyat untuknya
'Pemimpin Kasihmu Abadi Di Hati Kami'
siapa yang mendengar
pasti mengharu-birukan kalbu
lalu menangislah
pemimpin kesayangan rakyat itu
bersama-sama dengan rakyatnya
lalu mengundang rahmat
Tuhan Yang Menguasai Langit Dan Bumi
suasana sepi seketika
bertafakur dalam kesyukuran pada-Nya
Allahu Akbar
dengan Kebesaran-Mu Tuhan
Kau kurniakan seorang pemimpin
berjiwa rakyat
kami syukuri dalam sujud!
kami sayang pemimpin kami
hadirnya kami hargainya
perginya... kami iringi doa restu-Mu
Kau balaslah segala bakti ikhlasnya
dengan Syurga-Mu
kami ingin bersamanya di Syurga juga
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
3 Ramadan 1439H
19 Mei 2018
(Karya dikarang istimewa untuk Tun Mahathir, terima kasih sudi menjadi Perdana Menteri kami buat kali keduanya, Seluruh rakyat Malaysia amat terharu atas pengorbanan Tun Mahathir akan kami kenang selagi hayat di kandung badan)

ALLAH YANG MAHA TEPAT TINDAKAN-NYA

DENGAN HATI YANG SELALU PUTIH

Bila mana Allah telah
temukan hati kita yang selalu putih
tiada lagi kesangsian
ikatan suci ini
tiada kesangsian
apa saja ujian menimpa
kita akan berani menempuhnya
tanpa mengharap pertolongan sesiapa lagi
melainkan DIA
Iya DIA Yang Memenuhi Segala Keperluan Kita
kerana DIA Pencipta kita DIA saja yang memahami kita
jika semua makhluk di dunia ini menghalang
apa yang kita citakan
jika DIA menghendaki tiada siapa yang dapat
menghalang-Nya
jika DIA tidak menghendaki biarpun seluruh makhluk menyokong tidak akan berjaya
begitu hebat-Nya Kekuasaan-Nya
Tanpa Batas Tanpa Had
cumanya kita perlu bersangka baik kepada-Nya
kerana DIA mengikut apa yang kita sangkakan
maka bersangkalah yang baik-baik
agar kita selamat dunia dan akhirat
Aamin Ya Rabbal A'Lamiin


Karya Ratu Rimba Niagara
18 Mei 2012

"Warna kulit tidak sesekali membezakan kita!
Perbezaan pendapat itu biasa tapi matlamatnya tetap sama agar kita sama
pertahankan kemerdekaan ini sehingga ke titsan darah terakhir!"

"Jadilah kita seperti pohonan yang menjulang tinggi untuk merendangi pohonan yang  rendah
dan jangan jadi seperti rumput sesuka hati dipijak orang barulah anak bangsa berbangga
dengan perjuangan leluhur moyang meraka!"


APABILA MENDUNG MENJADI PELANGI CINTA!

Syukur Alhamdulillah berkat kesabaran seorang isteri yang hebat!
meneruskan perjuangan suami tercinta
walaupun dalam seribu kepayahan
tetap tenang dan tersenyum

20 tahun menunggu kepulangan suami tercinta
adalah satu ujian keimanan yang paling tinggi
air mata bukan penghalang untuk meneruskan perjuangan
kerinduan terhalang dengan dinding penjara
namun kerinduan semakin menebal
rindu berbalas rindu pada suami tercinta

Perjuangan suami untuk membela rakyat
sentiasa tertanam di jiwa
dihina dikeji tidak mengapa
asalkan Tuhan tahu di mana kebenarannya

Apabila dendam dibalas dengan kemaafan
adalah suatu keindahan kemanisan iman
menyatukan ukhuwah kasih berpanjangan
sampai ke Syurga...
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
lafaz tasbih yang terindah!
anugerahNya yang terindah!

Berkat kesabaran kesetiaan kepada suami tercinta
akhirnya mendung menaungi hatimu
bertukar menjadi pelangi cinta
suami tercinta dengan izinNya dibebaskan dari penjara
Allah membalas setiap ujian kepada hambaNya
tepat pada masanya
tika kau meraikan kejayaan kemenanganmu
dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ke-7
merupakan wanita pertama Malaysia yang menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri
Subhanallah takdirNya tiada siapa yang tahu
janjiNya adalah pasti
tapi yang pastinya
setiap kesabaran dibalas dengan keindahan
inilah takdir yang terindah untukmu
takdir yang terindah untuk suamimu
takdir yang terindah untuk seluruh rakyat Malaysia...
mendapat Perdana Menteri Tun Mahathir dan barisan kabinetnya yang bersedia berkhidmat mencurahkan bakti kepada seluruh rakyat
Malaysia tercinta yang terdiri pelbagai kaum.

Selamat
 pulang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim
pulang kepada ke pangkuan keluarga tercinta
bertuah mempunyai isteri yang setia cantik menawan iman

Selamat
 meneruskan perjuangan membela rakyat
bersama Tun Mahathir
demi Agama, bangsa dan negara
bersatunya hati semanis iman

"PEMIMPIN DAN RAKYAT BERPISAH TIADA
SENTIASA SEHATI SEJIWA DEMI RAKYAT"

Karya Ratu Rimba Niagara
29 Syaaban 1439H
15 Mei 2018
(Puisi dikarang istimewa untuk Datuk Seri Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Mahathir dan seluruh rakyat Malaysia yang menyokong PAKATAN HARAPAN)


SASTERA RAKYAT DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT
DIMARTABATKAN PAKATAN HARAPAN

Norhaza Fazal Ratu Rimba Niagara..puisi yang Indah buat Ayahanda Dr. Mahathir menyatukan Nadi Suara Rakyat Untuk Menbina Malaysia Alaf Baru. Ayahanda Mahathir Dikagum Global Seluruh Dunia..

Ratu Rimba Niagara Sabarnya Tun Mahathir...demi rakyat dan negara...Tun M relakan dirinya menjadi lilin seumur hidup.

Ratu Rimba Niagara Ayuh rakyat Malaysia kita bersama Tun M dan barisan kabinetnya membantu memajukan dan memakmurkan Malaysia tercinta untuk dihadiahkan kepada generasi akan datang.

Azhar Mat Isa terbaik..

Kenny Lyt Bahasa yang cukup indah👍👍👍

Ratu Rimba Niagara Kenny Lyt dan Azhar Mat Isa terima kasih atas komen yang mengobarkan semangatku untuk terus berpena, SASTERA RAKYAT DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT dimartabatkan oleh PAKATAN HARAPAN salah satu cadangan untuk memenuhi harapan rakyat.

Kenny Lyt Ratu Rimba Niagara - Saya sekolah kebangsaan tetapi fail sastera. By the way I'm glad if we can be friend and share a view ya

KOTA SASTERA RAKYAT HARAPAN SEORANG RAKYAT

Kenny Lyt saya pun bukan pandai bersastera tapi minat sangat menulis sejak di bangku sekolah rendah lagi. Pelbagai tema saya tulis termasuk politik tapi bentuk puisi syair pantun gurindam...ada yang suka dan ada yang tak suka. Itu semua saya tak kisah. Yang penting saya tulis demi kerana Agama, bangsa dan negara.

Kerana terlalu minat berkarya sastera, bercita-cita untuk mengujudkan ,'KOTA SASTERA RAKYAT,' dengan harapan mendapat sokongan daripada Perdana Menteri Ke-7 Tun Mahathir dan para barisan kabinet PAKATAN HARAPAN.

Mula aktif menulis di alam maya sejak 2011 hingga sekarang. Telah ribuan karya yang ditulis. Sekarang tiba masanya karya yang banyak di alam maya dibukukan.
Telah enam buah buku diterbitkan. Jika Kenny Lyt berminat boleh PM saya yer. Tajuk buku:

1. ANTOLOGI PUISI ALLAH KAU KUCINTA
2. GEMA PUISI SEKALI MERDEKA! MERDEKA SELAMANYA!
3. KOLEKSI PUISI SAYA SAYANG BUMI! SAYA CINTA MALAYSIA!
4. DIMENSI KARYA PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA.
5. NOVEL RATINA
6. EDISI KHAS BUKU PUISI UNTUK TUN M TAJUK,
'BUDIMU DALAM LIPATAN HATIKU .Cetakan Terhad kerana diterbit 15 tahun yang lalu semasa Tun M mula bersara sebagai Perdana Menteri Ke-4.'

HARGA BUKU PUISI RM 25.00 TIDAK TERMASUK POS
(Tebal lebih kurang 300 muka surat)

NOVEL RATINA RM 20.00 TIDAK TERMASUK POS

EDISI KHAS BUKU PUISI TUN MAHATHIR (RM 50.00 kulit tebal)
Moga buku-buku yang tersebut juga dapat dilancarkan oleh TUN MAHATHIR PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7 dan mendapat sokongan daripada semua rakyat Malaysia yang telah menyokong Pemimpin PAKATAN HARAPAN.

'SASTERA RAKYAT DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT.'

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,
RATU RIMBA NIAGARA,
28 Sya'ban 1439H
14 Mei 2018


"NAMAMU KUUKIR DI BATU WALAUPUN DALAM SERIBU KEPAYAHAN."
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI
@ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN
@ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
29 Sya'ban 1439H
15 Mei 2018

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen

Suka
Balasan1j
Ratu Rimba NiagaraAnda dan 10,719 yang lain menyertai UNIT PAKATAN HARAPAN OFFICIAL (MALAYSIA BARU) dalam masa dua minggu lalu. Alhamdulillah terima kasih sudi menyokong SASTERA RAKYAT DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT!

Sabarnya Tun Mahathir...demi rakyat dan negara Tun M rela menjadi lilin seumur hidup!

ALLAH YANG MAHA TEPAT TINDAKAN-NYA


SAAT AKU KEHILANGANMU
saat aku kehilanganmu
bayanganmu mengekori setiap langkahku
lalu aku terkedu
dalam bayanganmu yang tak jemu
kutunggu dalam rindu...
Putri Rimba
1852012
DENGAN HATI YANG SELALU PUTIH
Bila mana Allah telah
Temukan hati kita yang selalu putih
Tiada lagi kesangsian
Ikatan suci ini
Tiada kesangsian
Apa juga yang datang ujian menimpa
Kita kan berani menempuhnya
Tanpa mengharap pertolongan sesiapa lagi
Melainkan DIA
Iya DIA Yang Memenuhi Segala Keperluan Kita
Kerna DIA Pencipta kita DIA saja yang memahami kita
Jika semua makhluk di dunia ini menghalang
Apa yang kita citakan
Jika DIA menghendaki tiada siapa yang berani menghalang-Nya
Jika DIA tidak menghendaki biarpun seluruh makhluk menyokongnya
Tidak akan berjaya
Begitu hebat-Nya Kekuasaan-Nya
Tanpa Batas Tanpa Had
Cumanya kita perlu bersangka baik dengan-Nya
Kerna DIA mengikut apa yang kita sangkakan
Makanya bersangkalah yang baik-baik
Agar kita selamat dunia dan akhirat
Aamin Ya Rabbal A"Lamin
PUTRI RIMBA NIAGARA
18 Mei 2012
ALLAH YANG MAHA TEPAT TINDAKAN-NYA


      
DI BULAN IBU KIRIMKAN RINDU UNTUKMU NAK!
Jangan bersedih andai ibu tak mampu bersastera lagi....
bacalah karya sastera yang telah banyak ibu karangkan untukmu nak...
sastra yang ibu tinggalkan adalah tanda kasih sayang ibu 
tanpa penghujungnya padamu nak....
jika rindu pada ibu lihatlah bulan
telah ibu kirimkan rindu pada bulan
bahawa kasih kita tak pernah terpadam buat selamanya...
di Syurga kasih kita berpadu Insya-Allah AAmiin
Ibu yang menyayangimu nak,
Ibu Ratu Rimba Niagara
23 Rejab 1436H
12 Mei 2015

Foto Sociedad Argentina de Horticultura.
Sociedad Argentina de Horticultura sedang bersama Elsa Amelia Ygich dan 29 yang lain.
Que descansen amigos de SAH...
Sociedad Argentina de Horticultura
Desde 1936 al Servici


      
WALAUPUN DUNIA TAHU IBU INI GARANG TAPI SEBENARNYA IBU ADALAH SEORANG IBU YANG PENYAYANG PADA SELURUH ANAK-ANAK DI SELURUH DUNIA....hehehe

Foto Project Happiness.
Project Happiness
"Do small things with great love." ~ Mother Theresa
Often it's the smallest things that take up the most room in our heart...a mother holds her child's hand for a moment and their heart for a lifetime. HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL!
      


      
Ya Allah bentangkan aku jalan ke Syurga-Mu Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Foto Vintage Belle Broken China Jewelry.
Vintage Belle Broken China Jewelry
A river of flowers - amazing!
More inspiring photos here: http://vbelleblog.com/?s=river
INDAHNYA BAHASA HATI BAHASA JIWA BAHASA KALBU
Indah bagi yang mengerti bahasa hati
bahasa jiwa bahasa bangsa
bahasa yang boleh mengusutkan fikiran
bahasa yang boleh menenangkan jiwa
tapi yang kupilih bahasa yang mententeramkan kalbu
mendamaikan roh dan jasad
moga pertemuan antara dua hati ini
kekal abadi disatukan di alam realiti
berbicara empat mata satu hati
sehati sejiwa mengungkap kata bahasa hati bahasa jiwa
indahnya pertemuan di kala itu
bagaikan hidup di alam fantasi tapi realiti
saling mengerti saling memahami
bahasa hati bahasa jiwa
cuma yang mengerti betapa indahnya
bahasa hati bahasa jiwa bahasa kalbu
bahasa yang mendamaikan roh dan jasad
bahagia...
Karya Putri Rimba Niagara
14 Mei 2012

JALINAN PUISI CINTA BAWA KE SYURGA-NYA
Duhai sahabat yang kusayang dari dulu hingga kini...
Air matamu air mataku
Kita sama-sama ketawa dalam duka
Kita sama-sama berpuisi
Menyulam kata-kata indah
Ada kalanya kita terluka hati dek tersalah berbicara puisi
Kerna kita insan yang tak sempurna
Makanya maafkan aku
Sepanjang persahabatan kita
Buatkan mu terluka
Aku amat percaya
Luka didunia ini masih bisa dirawat kok
Dengan saling memaafkan
Justru salam damai sampai mati kita damai
Salam rindu yang telah lama terpendam
Salam sayang...
Sayang...sayang...sayang
Padamu...
Pada semua sahabat puisi tersayang
Biar di wall grup ini
Kita berkumpul semula
Berpuisi seperti
Di taman-taman Syurga
Berpuisi seolah esok akan mati
Mana tahu kita bisa senyum
Tika hari mati
Kerna masalah remeh-temeh dunia kita udah selesaikan
Sebelum mati
Dan Insya-Allah di akhirat nanti
Kita tidak akan ditanya
Segalanya sudah bersih hati tika di dunia
Kerna di Syurga diterima cuma amalan yang bersih
Kirim salam sayang aku pada semua sahabat
Puisi kita di sini yang pernah mengenaliku
Dan sahabat baikmu vra bella
Katakan aku minta maaf pada mereka semua
Kerna aku terdera rindu pada kawan-kawanku
Kawan-kawan puisiku
Mana tahu puisi kita yang lahir dari kalbu nan suci
Ini bisa dierima-Nya sebagai bekalan di Sana nanti
Dan sama-sama berpuisi di Di-Syurga-Nya juga
Alangkah bahagia...kekal abadi bersahabat
Berkat berkasih sayang atas nama jalinan
Puisi Cinta Bawa Ke Syurga-Nya
Allah Maha Pengasih Maha Penyayang
Berkat kasih yang tulus ikhlas kerna-Nya
Kita bersama mematri kasih persahabatan
Hingga ke Syurga-Nya
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Putri Rimba Niagara
17 Mei 2012
SENYUMMU PENGOBAT DI KALA DUKAKU
Duhai teman...
Mahalnya nilai senyummu
Mahalnya seperti berjuta ringgit
Wow...macam itu mahalnya aku
Tak mampu membeli senyum mu
Kerna aku cuma ada daunan kasih
Sebagai pengganti wang ringgit
Sampai kapan pun aku tak bisa memiliki senyummu
Sedangkan aku ingin sangat kau senyum padaku
Mujurlah gambarmu yang tersenyum manja itu
Pengobat dukaku di kala aku rindu padamu
Itulah mahalnya senyummu
Senyumanmu ikhlas
Seikhlas hatimu
Mengukirkan senyuman
Senyummu mahal daripada jutaan ringgit
Kerna
Senyum itu satu sedekah
Karya Putri Rimba Niagara
17 Mei 2012
3 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
TANPA KITA SEDARI BUMI INI BERPUTAR SEDAR TAK SEDAR USIA KITA MENINGKAT SETIAP TAHUN SAMPAI SUATU SAATNYA PASTI AKAN MENINGGALKAN BUMI INI MAHU TIDAK MAHU BERSIAP ATAU TIDAK KEMATIAN PASTI MENJEMPUT KITA.MOGA KITA MENINGGALKA DUNIA DI KALA ALLAH REDHA AKAN KITA DAN SEMUA MANUSIA YANG MENGENALI KITA REDHA ATAS KEMATIAN KITA. BARULAH TENANG ROH DI KALA ITU. AAMIIN


Bajang Laut, Nazib Hashim and 2 others like your post in Melayu bani jawi: "TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMINAT...".
May 14 at 5:19pm
سيريه امس, Angnila Anggada and 2 others like your post in Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara): "TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMINAT...".
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
27 REJAB 1436H
16 MEI 2015
(ALAM ISRAK MIKRAJ 27 REJAB 1436H & SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU DI DUNIA NYATA MAHUPUN DI DUNIA MAYA TERIMA KASIH CIKGU YANG TIDAK JEMU MEMBERI ILMU DUNIA AKHIRAT KEPADA KAMI MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP DUNIA AKHIRAT CIKGU AAMIIN)

Foto SAUJANA.
SAUJANA sedang bersama Muhammad Firmansyah Al Alwi dan 14 yang lain.
15 MEI 1948 itu 06 REJAB 1367H - ia hari NAKBAH!! Nakbah bermaksud “malapetaka” dalam bahasa Arab. Ia kisah HARI MALAPETAKA di PALESTIN.
Secara rasminya kemuncak peristiwa Nakbah berlaku pada 15 Mei 1948. Pada petang 14 Mei 1948 bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya berkibarlah bendera 'The Star of David' dan pada keesokkan harinya iaitu pada 15 Mei 1948 negara haram ISRAEL diisytiharkan oleh Perdana Menterinya yang pertama David Ben Gurion.
Tragedi Nakbah menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanah air mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini. Jumlah mereka kini sudah mencecah lebih dari 5 juta orang dan sehingga kini mereka tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya.
#nakbah #nakba #palestin #palestine #freedom #15may #jumaat #rejab

Foto Kami taat setia Kdymm Sultan Kelantan dan Tengku Mahkota Kelantan.

PETIKAN PERPUSTAKAAN ALAM MAYA RATU RIMBA NIAGARA,

4 RAMADAN 1439H
20 MEI 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;