Monday, 10 September 2018

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (370) HIJRAH 1440H



BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (370) HIJRAH 1440H

Akhmed Al Faqir berada di Bandara Internasional Soekarno Hatta.
#Alfaqir
أَلَيْسَ اللهُ بِكَافٍ عَبْدَه.
" Barangsiapa yang menunaikan hak-hak Allah, maka Allah akan menjamin segala sesuatu yang menjadi kebaikannya di dunia dan akhirat. " - Ibnu Rajab -
1 jam

PENHITAM.COM
MENGHANTAR jenazah ke kubur merupakan kelaziman, sebagai salah satu tanda memberi penghormatan terakhir. Namun buat wanita yang bergelar isteri, rupanya perkara tersebut adalah

Chinta Nabiha ke Hadirkan CINTA dalam Dzikirmu (Tenteram hati 'kan jadi milikmu)
SUBHAN'ALLAH..
ALLAHUAKBAR..
BIAR GAMBAR BERBICARA..
*SHOLAT ITU TIANG AGAMA*
🌿🌷🌿🌷🌿🌷🌿🌷🌿🌷🌿🌷🌿

"I'll miss you Dad" ~ Photo by Cecilio M. Ricardo Jr
("and I may never see you again" ~ the sad reality of conflict and war)
1 jam


MA'AL HIJRAH MENUJU CINTA-MU
Ya Allah ...
Aku sepi tanpa perhatian-Mu
Aku pilu tanpa hidayah-Mu
Amalanku pasti tak bersinar
Sepertimana mahu-Mu
Malanglah aku jika begitu
Kerana terpedaya
Dengan diri sendiri
Betapa taksubnya aku dengan amalan tak bererti
Kebanggaan memakan amalanku
Ya Allah...
Pakaian kebanggaan
Pakaian kesombongan
Hanyalah layak untuk-Mu
Bukan untukku
Hinanya aku Ya Allah...
Menjadi hamba-Mu
Yang baru diberi
Setitis ilmu sudah sombong
Diberi kekayaan sudah bongkak
Diberi darjat lagilah aku sombong bongkak
Ya Allah...
Aku hamba-Mu
Yang tak sempurna Ya Allah...
Pesona dunia
Darjat...
Kekayaan...
Kebijaksanaan..
Telah memperdayakan imanku yang tandus...
Ya Allah...
Aku datang kepada-Mu Ya Allah..
Merayu pada-Mu
Agar Kau ampunkan
Segala kekhilafanku pada-Mu
Jika Kau tak ampunkan
Tiadalah bererti lagi hidupku ini
Kerana
Darjatku kekayaanku kebijaksanaanku
Telah menzalimi diriku sendiri
Sedangkan darjat kekayaan kebijaksanaan
Adalah untuk bertambah zuhudku pada-Mu
Ya Allah...
Aku sudah sedar kekhilafanku
Menjadi seorang hamba-Mu
Sepertimana mahu-Mu
Makanya ampunkan segala
Kekhilafanku
Ya Allah...
Sempena Maal Hijrah 1440H..
Dengan Rahmat Kasih-Mu Tanpa Batas...
Kau bersihkan catatan buku amalanku
Yang akan diangkat ke langit ke tujuh
Disimpan menjadi saksi di Neraca Timbangan nanti
Di hari itu segala darjat kekayaan kebijaksanaan
Sudah tidak bererti dan membantu walau sebesar zahrahpun
Yang ada amalan yang Kau terima walaupun sebesar zahrah
Makanya dengan amalanku yang sebesar zahrah ini
Kau pandanglah dengan Belas Kasihan dan Rahmat Kasih-Mu
Ampunkan aku
Ampunkan keluargaku
Ampunkan sahabat-sahabatku
Ampunkan pembaca karya-karyaku
Ampunkan semua saudara seislamku
Samada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia
Semoga kami semua diberi buku amalan diterima dengan tangan kanan dan ringan timbangan buku amalan kami
Insya-Allah Aamiin
Ya Allah,
aku beramal soleh bukan kerana Syurga
tapi kerana-Mu...
aku mahu ditempatkan di Syurga kerana di situlah
tempat melihat Wajah-Mu...
Subhanallah itulah yang aku citakan dan semua hamba-Mu citakan amat rugilah umur kami yang tersisa ini
dibiarkan sia-sia tanpa memikir
Hari Akhirat
Hari Pembalasan segala yang dilakukan tika hidup di dunia
maka atas kesedaran dan keinsafan diri hamba-Mu yang kerdil ini
berilah kami peluang melakukan segala amal soleh dan kebaikan
yang Engkau redhai
izinkanlah Ya Allah AAmiin
Ya Allah...
Sempena Maal Hijrah 1438H
Sinarkan Nur Hidayah Kasih-Mu
Sehingga akhir hayat kami
Satukan hati-hati kami
Untuk kembali
Ke jalan-jalan sebenar
Menuju cinta-Mu
Maal Hijrah Menuju Cinta-Mu
Doa hamba-Mu yang kerdil..
Dengan Belas Kasihan Dan Rahmat Kasih-Mu
Makbulkanlah doaku dan doa semua yang
Membaca karya doaku ini
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
1 Muharram 1440H
11 Sept 2018
SAHABATKU YANG BERNAMA NUR HIJRAH
Duhai sahabatku yang bernama Nur Hijrah
sudilah bersahabat denganku
hidupku bagaikan burung patah sayapnya tanpa kamu
kau pelita hatiku
kau menerangi perjalanan hidupku yang kelabu
sekelabu awan biru yang berjerubu
kabus tebal menutup pandangan mataku
untuk menuju jalan pasti dalam mencapai redho Ilahi
aku keliru, aku terkeliru dengan keputusan hidupku sendiri
rasanya semuanya tidak menjanjikan jawapan yang pasti
yang pastinya aku keliru dengan hidupku sendiri
di mana-mana aku mencari ...mencari terus mencari
mana bisa mungkin dalam kegelapan aku dapat mencari
selagi aku rasa hidupku sempurna
selagi itulah keegoan mengusai diri
lalu aku muhasabah diri
menginsafi diri
bahawa tiada manusia yang sempurna kecuali Allah SWT
jalan untuk muhasabah diri mendapat ketenangan diri
aku mesti berubah
daripada yang kelabu kehidupan kepada yang
mencerahkan kehidupan dunia akhiratku
dari itu aku mesti berhijrah
berhijrah tanpa ilmu pasti tak akan berubah
maka duhai sahabatku yang bernama Nur Hijrah
sudilah menjadi sahabatku kerana engkau sudah lama berhijrah
sejak penghijrahan Nabi Muhammad saw dari Kota Mekah ke Kota Madinah
demi penghijrahan mendapat cinta dan redho Allah...
perlukan pengorbanan
pengorbanan jiwa, harta dan nyawa
itulah erti penghijrahan yang sebenar
kerana jiwamu jiwa penghijrahan
aku mahu bersamamu
susah senang bersama
pasti hidupku tenang
setenang hatimu yang disinari Nur Hidayah Kasih-Nya...
maka sudilah tumpangkan aku berteduh bersamamu agar mendapat
limpahan Sinaran Nur Hidayah Kasih-Nya
sehingga akhir hayatku
sehingga akhir hayatmu...
Insya-Allah Aamiin
Terima kasih sahabatku Nur Hijrah
moga Allah swt merahmati
hidup matimu
hidup matiku
berkat penghijrahan yang sama kita azamkan tekadkan...
samalah kita jayakan
Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A' Lamiin
'SALAM MA'AL HIJRAH 1440H'
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Sahabat Dunia Akhiratmu
Ratu Rimba Niagara
1 Muharram 1440H
HIJRAH KARYA YANG LEBIH BAIK UNTUK MENGHASILKAN KARYA YANG TERBAIK DI SISI ALLAH AZZAWAJALLA
IN SHAA ALLAH AAMIIN.


INSYA-ALLAH DI SYURGA MENANTI
Rakan fbku
Kau adalah sahabat dunia akhiratku
Di kala aku terlena
Kau yang kejutkan aku dari lena
Agar aku bangun
Mengejar masa yang tertinggal
Masa yang tak akan dapat kuraih kembali
Terima kasih rakan fbku
Rakan fbku
Di kala aku berduka
Kaulah penyembuh dukaku
Dukaku kau rawat dengan benang kasih sucimu
Aku menangis hiba
Aku menangis syahdu
Aku menangis dalam sendu
Aku terharu
Sejujur terharu
Rakan fbku
Bagiku kau permata Syurga
Kiriman dari-Nya untukku Syukuri
Kau pelangi indah yang kutunggu-tunggu
Indahmu bagaikan pelangi di malam hari
Indah....indah....indah...
Terlalulah indah
Tak dapat dilafazkan dengan kata-kata
Melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Rakan fbku
Kehadiranmu kusambut
Dengan segala ketulusan jiwa kasih murni
Sesuci embunan pelangi cinta di pagi hari
Kerana hatimu suci murni bak embunan pelangi cinta
Rakan fbku
Kerana hadirmu adalah
Sumber inspirasiku berkarya
Agar aku dapat berkarya
Memuji Tentang Kebesaran Tuhan
Mahu mendalami pelbagai ilmu
Ilmu ....
Ketuhanan
Kerohanian
Kemanusiaan...
Kemanisan iman
Berkasih sayang kerana-Nya
Berukhuwah kasih kerana-Nya
Mengingati mati
Azab sengsara di alam barzah
Kenikmatan Syurga Firdausi ...
Makanya aku perlukan
Rakan fb ke arah
Ke jalan-jalan
Ke negeri Abadi...
Yang mana bila sudah sampai
Waktu dan ketikanya
Kita tak akan diberi peluang kali kedua
Untuk hidup di bumi semula
Subanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Aku tak mahu sampai
Aku menyesal yang sesungguhnya
Kerana nasi sudah menjadi bubur
Aku tak bisa dihidupkan kembali
Walaupun hanya sekadar ..
Mengucapkan Ya Allah...
Ya Allah ampunkan aku
Hidupkan aku semula
Biarpun aku meraung semesta alam
Biarpun aku menangis seluas samudera
Merayu...rayu...kepada Tuhanku...
Agar dapat dikembalikan semula ke bumi
Tapi rayuanku sudah terlambat untuk dikesali
Masa untuk kubertaubat sudah tamat....
Syukur Ya Allah....
Kau masih memberi aku kesempatan...
Pada waktu yang tersisa ini
Kau berilah aku kesempatan
Membawa sebanyak mana amal soleh
Yang Kau redhai
Itu saja yang aku dambakan pada-Mu
Ya Allah...
Dikala nyawa di kandung badan
Pintu taubat , Kau masih
Memberi aku peluang...
Makanya berilah aku peluang Ya Allah...
Belas Ehsanlah padaku Ya Allah...
Aku tahu jika nafas belum sampai di kerongkong
Kau akan terima taubatku
Setitis air mataku saja jika ikhlas merayu pada-MU
Dapat memadamkan api neraka-Mu
Allahu Akbar
Betapa Maha Pengasih Penyayang-Nya Engkau Ya Allah...
Amalanku sedikit
Rayuanku dengan tangisan hiba mahu pulang kepada-Mu
Kau terima tanpa mengira siapa aku....
Sesungguh-Nya
Akulah manusia yang paling rugi
Jika kesempatan hidup yang tersisa ini
Aku biarkan percuma tanpa perhatian-Mu Ya Alllah...
Makanya Ya Allah...
Izinkanlah aku berbuat segala amalan soleh
Bukan untuk dipandang manusia
Tapi hanyalah untuk mendapat keredhaan-Mu
Bantulah aku jika aku buntu
Bantulah aku jika aku dianiaya manusia yang mendengki
Mudahkanlah aku untuk ke jalan-jalan-Mu
Tanpa dihalang oleh sesiapa melainkan-Mu
Kerana hidup dan matiku sudah kuserahkan pada-Mu
Moga Kau makbulkan segala cita-citaku yang Kau Redhai
Aamiin Aamiin Amiin Ya Rabbal A'Lamin ...
Rakan fbku
Kerana hidup matiku hanyalah untuk-Nya
Dan tak akan kufikirkan masalah yang remeh temeh
Fikiranku hanya terfokus kepada matlamatku
Matlamat mencapai segala cita-citaku
Makanya aku sudi menjadi rakan fbmu
Niatku sentiasa baik padamu
Sayangku padamu kerana-Nya
Tolong tinggalkan aku
Jika kamu berniat tak baik padaku
Tolong tinggalkan aku jika kamu wujud tapi tak wujud difbku
Tolong tinggalkan aku jika kamu mahu menfitnahku
Tolong tinggalkan aku jika kamu sengaja mahu menyakitkan hatiku
Tolong tinggalkan aku jika kamu berdengki hati denganku
Tolong tinggalkan aku jika kamu jenis yang sibuk selalu
Tolong tinggalkan aku jika tak mahu berkomunikasi denganku
Jika kau tak mahu tinggalkan aku kerana sebab-sebab tertentu
Maafkan aku jika aku tinggalkan kamu...
Anggaplah kita bertemu kerana Allah
Kita berpisah kerana Allah juga...
Maaf...maaf ...maaf kupinta...
Andainya berpisahan terjadi jua...
Tak bertemu di alam maya
Insya-Allah di Syurga menanti....
Luahan rasa rakan fbmu,
Ratu Rimba Niagara
1 Muharram 1440H
11 September 2018
"SALAM MAAL HIJRAH 1440H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"


CUKUP SAMPAI DI SINI
Duhai Mawar Putih
hadirmu buatku pilu
dulu memang kurindu kehadiranmu
tapi semenjak kau
guris pilu hatiku
hingga luka
aku jadi sedih
dulu kaulah
yang kutunggu-tunggu
hadirmu
dapat kuhidu bauanmu sewangi kasturi
memenuhi seluruh benua kalbuku
tapi semenjak kata-katamu
terus menghilangkan bauan wangianmu
terus aku tak mahu menunggu mu lagi
tahukah kau
kehadiranmu
kutunggu
puisimu seindah pelangi
mengindahkan benua hatiku
puisi mu kubaca berulang-ualng kali
tanpa jemu
kerana teruja dengan puisimu
kucetak
kuperindahkan dengan
gugusan bunga-bunga mawar putih
kucapai pelangi
untuk mengindahkan puisimu
memang indah
bahan seni nan indah...
indah....indah...indah...
kuletakka puisi yang telah kubingkai indah itu
di dinding kamarku
setiap hari kubaca
setiap hari kupandang
terlalulah suka melihat puisimu itu
tapi... kau buat ku sedih...
puisimu yang kubingkaikan itu pun turut sedih
kulihat puisimu yang kuhiaskan dengan pelangi
telah hilang yang ada kelompok-kelompok awan hitam
puisi yang ceria telah dicemari dengan kelompok awan hitam
yang bergerak aktif...
puisi nan indahmu telah berubah
segala keceriaan hilang
yang ada suram
suasana suram yang menyeramkan...
menakutkan...
makanya ku ambil puisi
lalu kubuangkan
kerana aku tak mahu
puisi itu merosakkan pemikiranku...
selepas itu puisimu tak kubaca lagi...
maafkan aku
bukan tak sudi membaca puisimu
kerana puisimu buat aku
kecewa dengan hidup
seolah kau menghukum aku
akulah seorang pendendam
akulah seorang pencinta kekayaan
akulah seorang pemarah
akulah seorang sombong
akulah seorang suka membagga diri
apa tujuan kau mengatakan aku begitu
kau puji aku
dalam masa yang sama
kau tikam aku
semahumu
aku bukan robot tak faham maksudmu
aku sangatlah faham
yang aku tahu dengan kata-katamu itu
biarlah semua yang membaca
memandang betapa jeleknya aku
itu mahumu kan?
kerana aku tak mahu
terdera luka dengan kata-katamu
yang menikam jiwa
makanya aku melenyapkan
karyaku di situ
agar kau tak sakit hati lagi
ketiadaaku berkaryalah semahumu
dengan teman barumu itu
yang telah berjaya
mempengaruhimu
maka berpisahlah kita
untuk selamanya
dan puisi terakhirku ini
kuhadiahkan kepadamu
agar kau tahu
isi hatiku
betapa aku
terlalu kecewa denganmu
tolong sudi maafkan aku
kerana aku tak berdaya
pertahankan cinta....
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
16 November 2012


ALLAH BUKAN MENGIRA BERMULANYA KAMU
ALLAH MENGIRA BERAKHIRNYA KAMU
BERBAKTI KERANA INGIN MENDAPAT PANDANGAN ALLAH BERBEZA
DARIPADA BERBAKTI INGINKAN MENDAPAT PANDANGAN MANUSIA
PANDANGAN ALLAH MENJADI SAHAM AKHIRAT
PANDANGAN MANUSIA BUAT HATI MENJADI RIAK
MANUSIA RIAK TIADA TEMPAT DI SYURGA
JIKA KITA ANGGAP MANUSIA SEMUA BAIK DARIPADA KITA
PASTI KITA BERSANGKA BAIK PADANYA DAN MENGHORMATINYA
SEHINGGA KE NAFAS TERAKHIR.
DENGAN ADANYA ROH DAN JASAD MAKA HIDUPLAH MANUSIA
JIKA TIADA ROH MATILAH MANUSIA
KITA BERMULA DICIPTAKAN DARIPADA ROH BERAKHIR DENGAN ROH JUGA
SEBAB ITU KITA WAJIB PERCAYA ADANYA ALAM GHAIB
BILA SAMPAI MASANYA KITA AKAN GHAIB JUGA DI DUNIA INI
BILAMANA SI MATI MASIH DIUMPAT KEJI OLEH MEREKA YANG MASIH HIDUP MAKA ALLAH SWT SEBAGAI PEMBELANYA BILAMANA ALLAH SEBAGAI PEMBELA TUNGGULAH AZAB YANG MAHA DAHSYAT.
KALI TERAKHIR KULIHAT WAJAHMU
Bila kutatap diriku di cermin yang kunampak
gimanakah wajahku di kala aku
berada dalam bungkusan kain kafan?
makanya setiap kehadiran rakan-rakanku
biarpun cuma di alam maya adalah permata Syurga ...
hatinya sewangi Syurga
bahasanya seperti ahli Syurga
moga dapat bertemu di Syurga
moga sebelum kain kafan menutup wajahku
itulah kali terakhir kulihat wajahmu
yang senyum padaku
dalam bicara bisu
di alam maya
tapi bicara bisumu itu
buat aku senyum
tika melafazkan
kalimah Syurga
LAILLAAHAILLALLAH MUHAMMADARASULULLAH
SUBHANALAH ALHAMDULILLAH ALAHU AKBAR
RATU RIMBA NIAGARA
11 November 2012

YA ALLAH AKHIRKAN AKU DALAM KEINDAHAN
Allah Engkau Maha Mendengar...
segala isi hatiku
aku mahu hidup dalam keindahan
aku mahu mati dalam keindahan
keindahan dalam berbahasa
keindahan hati berbunga iman
kerana mahu hidupku
berakhir dalam keindahan
aku rela merendah diri kepada semua manusia
menyebarluaskan Rahmat Kasih-Mu yang tiada
had kepada semua hamba-Mu tanpa terkecuali
selagi hidup selagi itu
Kau memberi peluang kepada semua hamba-Mu
menempah tiket ke Syurga...
Syurga sebagai balasan hamba-Mu
yang beramal soleh kerana-Mu...
bukan kerana habuan duniawi
Syurga rahsia-Mu...
tidak seorang pun tahu
adakah dia layak masuk ke Syurga
walaupun pahalanya setinggi gunung
masih belum memberi jaminan masuk ke Syurga
Engkau memberikan Syurga
bukan kerana banyaknya pahala hamba-Mu...
dengan Rahmat Kasih-Mu diberikan Syurga...
dengan Pengampunan-Mu diberikan Syurga
dengan Syafaat kekasih-Mu Nabi Muhammad saw diberikan Syurga...
Allahu Akbar begitu Rahmat Kasih-Mu tanpa had
Syurga tempat yang terindah yang menjadi cita-cita semua hamba-Mu,
Andai Syurga itu milikku
pastilah aku hamba-Mu yang paling bertuah di dunia ini
beramal cuma sedikit dibalas Syurga...
tapi aku masih malu memiliki Syurga
kerana aku sudah salah iktikad
aku beramal kerana Syurga
bukan kerana-Mu...
jika itulah aku
aku yakin pasti Syurga bukan tempatku
kerana aku tidak ikhlas dapat beribadat...
beramal kerana Syurga pasti nerakalah tempatku...
kerana Rahmat Kasih-Mu tidak akan ada
pada mereka yang beramal selain daripada-Mu...
semua-Nya kerana-Mu...
Betapa baiknya manusia itu
dia sama sekali tidak tahu berakhirnya dia
berakhir dalam keindahan atau kejelekkan
Betapa jahatnya manusia itu
dia sama sekali tidak tahu berakhirnya dia
berakhir dalam kejelekkan atau kebaikan
Sebab itu sesama manusia tidak layak
menghukum
Syurga tempatku Neraka tempatmu...
dia bukan Tuhan untuk menghukum
sebab itu Allah tidak mengira bermulanya kamu
Allah mengira berakhirnya kamu
Ya Allah...aku mahu berakhir dalam kebaikan yang Kau Redhoi
berakhirnya sebuah kehidupan yang penuh ujian hidup dengan keindahan
ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
.....................................................................
sampai kapan pun aku hamba-Mu
yang mahu pulang ke Pangkuan-Mu...
dalam Rahmat Kasih-Mu,
dalam Pengampunan-Mu,
mendapat Syafaat Nabi-Mu Muhammad saw
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
1 Muharram 1440H
11 September 2018
Foto Norhayati Ahmad.
Norhayati Ahmad sedang berasa positif.
BELAIAN KASIH PERTEMANAN TERHINGGA NILAINYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
Pradita Fia Bundaku sayang / parasmu yang cantik/melambangkan hatimu yang dermawan/kalimatmu yang menyejukan/ untaian kata yang selalu kurindu/ saat kugundah/percikan nadamu/bangkitkan hati yang terluka/ sejukan jiwa yang kerontang/ dan memberikan semangat/ seperti mentari yang tak bosan berkunjung....
MARI BERSAMA KITA KEJAR AKHIRAT
Sahabatku....
Doakan saja agar dia diberi pertunjuk dari-Nya
Lupakan setiap apa yang dilakukan ke atasmu
Hanya yang harus sahabat fikirkan sekarang
Adalah apa yang sahabat mahu dalam hidup ini
Jika semua sudah sempurna dimiliki dengan rasa syukur
Syukurlah sahabat masih lagi diberi kesempatan
Untuk mengumpul sebanyak mungkin
Bekalan untuk dibawa ke alam Abadi
Moga bekalan kita semua ada Nilaian Di Sisi-NYa Aamiin
Dan persahabatan kita yang suci murni ini
Dapat diteruskan hingga ke Syurgawi Aamin Ya Rabbal A'Lamin
"JIKA KITA KEJAR DUNIA... DUNIA AKAN TINGGALKAN KITA
JIKA KITA KEJAR AKHIRAT...DUNIA AKAN MENGIKUTI KITA"
RATU RIMBA NIAGARA
1 MUHARRAM 1440H
11 SEPTEMBER 2018
SALAM MAAL HIJRAH SALAM MUHARRAM 1438H MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SAHABAT YANG SENTIASA TERSANJUNG DI HATI.
"SALAM MAAL HIJRAH 1440H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"


0 comments:

Post a Comment

 
;