Friday 28 September 2018

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (405) JIKA AKU PUNYA SEGUDANG WANG


BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (405) JIKA AKU PUNYA SEGUDANG WANG

Ratu Rimba Niagara mengirim dalam 12 kumpulan.
Bahagia bagi siapapun yang selalu ikhlas dalam memberi


-0:39
  • JIKA AKU PUNYAI SEGUDANG WANG
    Jika aku punyai segudang wang
    aku mahu jayakan segala cita terpendam
    langkah pertama mahu terbitkan
    seribu tajuk buku pelbagai tema
    jika Manifesto Pakatan Harapan 100 Hari
    aku pun inginkan 100 hari untuk 1000 tajuk buku
    karya sendiri...
    jika ada segudang wang
    itu semua tidak mustahil
    kerana bahan-bahan sasteraku sudah tersedia ada
    hasil kuberkarya sejak puluhan tahun
    yang tersimpan di perpustakaan alam nyata
    dan di perpustakaan alam maya
    lainlah jika aku baru mula hendak mengarang
    itu barulah mustahil...
    Sekarang yang mustahil aku tak punya segudang wang
    aku hanya punya segudang karya pelbagai tema...
    Selagi aku tidak berputus asa
    selagi itu ada harapan
    walaupun tidak punyai segudang wang
    tapi aku berangan Mat Jenin
    Aku bahagi-bahagikan kerja pada
    Penyusun karya-karyaku 10 orang
    seorang untuk 100 tajuk buku
    bayaran RM10,000.00
    jika 10 orang RM100,000.00
    Editor 10 orang
    seorang untuk 100 tajuk buku
    Bayaran seorang editor RM10,000.00 untuk 100 tajuk buku
    jika 10 orang jumlah RM100,000.00

    Pereka Grafik 10 orang
    seorang untuk tajuk 100 buku
    bayaran seorang pereka grafik RM10,000.00
    untuk 100 tajuk buku
    jika 10 orang jumlah RM100,000.00
    Aku anggarkan kos cetak buku untuk 1,000 tajuk buku RM1,000,000.00
    aku cetak buku jumlah yang paling maksima
    Mana hendak kucari wang sebanyak itu
    tapi tak salahkan jika aku berangan Mat Jenin
    tak rugi pun!
    Tapi andai realiti anganku
    jika tak ada yang beli bukuku
    tak rugi ke?
    Selama dalam dunia sastera
    aku tak pernah untung pun malah sanggup rugi
    bila sudah minat mengatasi kerugian
    tidak jadi masalah
    Aku rasa bahagia yang teramat sangat
    apabila melahirkan sebuah buku
    inikan seribu buku dalam 100 hari
    aku mencabar pada diriku sendiri
    pada pandangan orang mustahil
    tapi jika Allah kata Kun Fayakun
    tiada yang mustahil
    Aku usaha
    aku tawakal
    aku pasrah...
    padaNya kugantungkan sejuta harapan
    moga Allah makbulkan aku punyai segudang wang
    agar terealit segala cita-citaku
    insya-Allah aamiin.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    18 Muharram 1440H
    28 September 2018
  ILMU ALLAH TIADA PENGHUJUNG
Alhamdulillah...
Syukur Ke Hadrat Ilahi...
Segala Pujian Anya Bgi Allah...
Betapa Dasyatnya Allah S.W.T...
Ilmu Allah Yg Tiada Penghujung...
Ilmu Allah Yg Tiada Batasannn...
Ilmu Allah Yg Tiada Akhirnyaaa...
Ilmu Allah Yg Luas Dan Besarrr...
Pergh...Terbaik Derrr...(n_n)...
YMTT...OMG...Fisabilillah...///...
Oleh:Acap Taddo
Muhammad Umar Affan Alhamdulillah. .
Acap Taddo He3...Syukur...Pada msa yg sma mengeratkan siratulrahim...amin...
Ratu Rimba Niagara Acap Taddo
Jika mengeratkan talisiraturrahim kenapa berpaling wajahmu ye...
macam tak nak kawan je...hehehe
kalau nggak mahu nggak apalah...
biarkan ku pergi darimu...
maafkan daku acap taddo...
kalau benar menganggap aku ini rakan fbmu
jangan palingkan wajahmu itu ye...
rakan-rakan fbku semuanya berwajah
tanda syukurnya pada Allah SWT 
Kurniakan wajah yang serba sempurna
begitulah hebat-Nya Allah SWT
KARYA ACAP TADDO & RATU RIMBA NIAGARA
1 Okt 2012
~~Di Langkah ini...~~
Biar berderu 
awan dan ombak
memegang angin
memecah jendela hati
di sebalik namamu kuseru..
Biar gegar geger memecah kata
gunung sipu tetap tersenyum
terpacak dalam buai mimpi
coretlah kicau puisi di daerah hati
biar gunung langkah termati...dalam kata-kata
Lezaihasra Lm..
besut, t'ganu.
1hb sept. 2012
TAMATLAH SEGALA SERU
Namaku tak kau seru
nama melati putih kau seru
makanya aku terlara dalam sepi tanpa seru
aku berseru namamu tanpa kau menjawab seru
aku takkan berseru
selagi kau tak jawab seru
seru menyeru
tak berbalas seru
makanya biarlah namamu kuseru 
bersama ombak menderu-deru
tiada di hatimu menyeru namaku
hinggalah aku putus asa untuk menyeru
itu maknanya sudah berakhirnya untuk menyeru
aku telah dijemput pulang kerana DIA menyeru
sudah sampai waktu pulang ke Pangkuan-Nya tamatlah segala seru
RATU RIMBA NIAGARA
1 Okt 2012
HATI PUJANGGA SESEJUK SALJI DI PERGUNUNGAN HIMALAYA
Hati pujangga
memang sukar diramal
ramalan kaji cuaca pun tak bisa meramalnya
diri sendiri pun tak bisa meramalnya
kerana hati pujangga
terlalu cepat terguris
terlalu sensitif
bagaimana dia peka dengan keadaan sekeliling
begitu juga dengannya
hati pujangga lekas panas
hati pujangga lekas sejuk
sesejuk salji di pergunungan himalaya
tapi jika hati pujangga lekas panas
dan panasnya tidak juga reda-reda
ini pasti awan kepanasannya sentiasa bergerak aktif
diaktifkan oleh kelompok-kelompok awan hitam
yang membaluti hati panasnya
agar panasnya kian membahang-bahang
jika tidak dirawat segera dengan kelompok awan putih
akan beruwap-wap lantas meletus
seperti letusan gunung berapi
berapi mengeluarkan lahar
dan laharnya akan merosakkan
sungai-sungai yang mengalir tenang
semuanya musnah dalam sekelip mata
dan tiada akan lagi kuntuman-kuntuman
bunga-bunga Syurga yang hidup di kiri kanan sungai
sungai-sungai nan indah di pandang mata
menjadi tandus
mati lesu dan hambar
Hati pujangga
terkesima
melihat alam yang indah
musnah sekelip masa
gara-gara hati pujangga
yang panasnya menjadi letusan lahar
Hati pujangga
bermuhasabah diri
menginsafi diri
hidup tak pernah sempurna
menyempurnakan kehidupan orang lain
kehidupan sendiri terabai
kezaliman diri sendiri
yang tak dapat dimaafkan
Hati pujangga
dikurniakan bakat
bukan untuk menyakat
bukan untuk menyakiti
bukan untuk berdengkian
kerana hati pujangga
pabila dia berkarya
adalah dari kalbu
bukan dari hati panas membara-bara
jika dari kalbu
karya nukilannya sentiasa bertenaga
apa yang dikaryakan
adalah untuk muhasabah dirinya sendiri
kerana merasakan dirinya hamba-Nya
yang terlalu kerdil
dan sentiasa menghargai Kurniaan bakat dari-Nya
tanda Syukur dia bergelar pujangga
Pujangga Tuhan
Pujangga insan
yang mahu mempersembahkan karya-karyanya
di hadapan Robbul Idzati
dengan sepenuh harapan karyanya diterima
sebagai bekalan di akhirat nanti
sebab itu hati pujangga mesti sesejuk salji di pergunungan Himalaya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
1 Okt 2012
TIADA KATA SEINDAH BAHASA
tiada kata seindah bahasa
bahasa bukan dipertuturkan
mengikut rasa lidah
tapi mengikut bahasa hati
tidak juga mengikut bahasa hati
kerana bahasa hati jiwa jadi celaru
tiada kata seindah bahasa
kata datang dari jiwa yang dimahu
jiwa yang datang dari cahaya
cahaya Nur Ilahi
berkemilau
menyilau
meresap ke hati meresap ke jiwa
rasa aman tenteram jiwa
rasa bahagia mendengar
tiada kata seindah bahasa
ditulis bukan mengikut rasa
ditulis mengikut gerak jiwa rasa
penuh berhati penuh daya fikir
agar ditulis diiringi doa pada yang Esa
moga apa yang ditulis
memberi manfaat buat diri sendiri
buat mereka yang membaca
tiada kata seindah bahasa
jika semua pujangga
menulis gaya tersendiri
memeriahkan warna-warni hati
berpelangi-pelangi cintakan Ilahi
berseri-seri di laman hati
indah...lindah...indah...
seindah Taman-Taman Syurga
bilamana berpadunya warna-warni hati
pujangga di laman maya
sedia berbakti
pada Ilahi
pada apa yang DiCipta-Nya
di langit dan di bumi
pasti di langit dan di bumi menyayangi
indahnya bahasa indahnya semai bakti tanpa henti
bila pasti terhenti.....di Sana menanti pasti
Cinta Abadi Seabadi Cintamu pada-Nya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
1 Okt 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
1 Okt 2012
MAAFKAN SAYA JIKA TERSALAH DALAM BERKATA-KATA
yang penting hati mau baik...
baik pada pandangan Allah
baik pada nilaian manusia yang selalu bersangka baik...
kelemahan saya apabila saya bersahabat fb 
sepi menyepi seolah saya tak wujud
sedangkan Allah itu wujud dapat dirasakan kehadiran-Nya
walaupun tak nampak pada zahir-Nya
Jika saya diberi piihan 
samada batu permata berharga
atau rakan fb
saya akan memilih rakan fb
kerana bagi saya rakan fb terlalu berharga daripada permata berharga kehadirannya di fb saya memberi impak yang paling berharga untuk kebahagiaan dunia dan akhirat saya...
makanya setiap rakan fb saya terlalu bermakna
jika mereka tidak memberi apa-apa makna
sejujurnya saya minta maaf
kerana saya tak dapat pertahankan dia sebagai rakan fb
tapi di hati masih mengaku sahabat 
kerana takut memutuskan talisiraturrahim
kerana tidak akan masuk Syurga
jika seseorang hamba memutuskan talisiraturrahim
maka itulah prinsip saya
harap boleh faham apa maksud saya ye
maafkan saya jika tersalah dalam berkata-kata...
RATU RIMBA NIAGARA
1 Okt 2012
SEPIMU MEMBUATKAN AKU RINDU
Sahabatku Emalia...
kemarilah ke laman fbku ...
kerana aku rindu sama kamu...
kamulah penawar sepiku...
kamu jualah yang membalut luka di hatiku 
dengan benang kasihmu yang setulus hati
aku kangen sama kamu Emalia...
jika kau sudi sambutlah kasih yang teramat kasih dariku 
sabahabatmu di benua Malaysia
bukankah kita sudah berjanji mahu menjadi sahabat yang setia?
tidak saling sepi menyepikan
sepimu membuatkan aku rindu...
RATU RIMBA NIAGARA
1 Okt 2012
REMBULAN MENGAJAR ERTI KEISTIMEWAAN
Kau mengajar sang pencinta erti sebuah keistimewaan
bahawa cinta luhur itu tidak semurah di pasar lelong
ia sukar dimiliki lantaran memiliki suatu keberuntungan
ia sukar dimiliki lantaran memiliki suatu anugerah 
cinta menemui rahsia sebuah kerahsiaan
cinta seiring peradaban kemanusiaan
dan cinta bagaikan nelayan jauh melaut menemui pantainya
rembulan, kau mengajar makna martabat cinta
sukarnya memiliki
namun memilikinya bagaikan menemui kembali permata yang hilang.
MURBA TERPINGGIR
Kuala Lumpur.
ANEHKAH DIA?
Anehkah
bila dia berzikir kasih
bila dia bertasbih sayang
bila dia beratib rindu
bila dia berwirid pilu
bila cinta disurahkan
bertahajud pada rasa cinta
di daerah kasih
sesama manusia
dia mencari sakral
suluhan wahyu
semoga terminologi alam tinggi
menyuluh alam manusiawi
dia mewaraskan cinta
pada jalanNya.
MURBA TERPINGGIR
Kuala Lumpur.
SASTERAWAN MENCATAT SEMUA
Laut ketika tenang dan geloranya
daratan ketika damai dan ributnya
ruang angkasa ketika cerah dan mendungnya
hati ketika suka dan dukanya
isteri ketika sayang dan bencinya
suami ketika kasih dan hambarnya
pepohon ketika segar dan layunya
kisah hidup dan berita kematiannya
sasterawan mencatat
lagi dan lagi..
rajinnya sasterawan
rajinnya sasterawan
rajinnya mencatat
rajinnya mencatat.
MURBA TERPINGGIR
Kuala Lumpur.
◦˚☆☆ — Kata Mutiara ◦˚☆☆ —
Orang pandai dan beradab tak kan diam di kampung halaman..
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang...
Pergilah, kan kau dapatkan pengganti dari kerabat dan teman..
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang..
Aku melihat air yang diam menjadi rusak karena diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih jika tidak dia kan keruh menggenang....
Singa tak kan pernah memangsa jika tak tinggalkan sarang...
Anak panah jika tidak tinggalkan busur tak kan kena sasaran
Jika saja matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang...
Rembulan jika terus-menerus purnama sepanjang zaman...
Orang-orang tak kan menunggu saat munculnya datang..
Biji emas bagai tanah biasa sebelum digali dari tambang
Setelah diolah dan ditambang manusia ramai memperebutkan
Kayu gaharu tak ubahnya kayu biasa di dalam hutan...
Jika dibawa ke kota berubah mahal jadi incaran hartawan...
Salam Ukhuwah fillah selalu.....
SALAM CINTA SASTRA NUSANTARA
·
KITA PEWARIS LELUHUR
Kita pewaris leluhur
kita pewaris perjuangan
kita pewaris peradaban
dan kita pewaris tamadun besar
warisan leluhur
perjuangan!
MURBA TERPINGGIR
Kuala Lumpur.
SASTRA YANG DIMATLAMATKAN BERSASTERA
Terima kasih kerana sudi memahamiku
dunia sasteraku sastramu
pasti kamu peminat karyaku
pasti juga aku peminat karyamu
kamu faham duniaku kerana
dunia aku adalah dunia mu juga
Sama-sama pengabdi sastra
kerana sastralah kita disatukan hati
kerana jiwa kita sastra
tanpa sastra jiwa hambar tak berarti
Sastra yang dimatlamatkan bersastera
mahu Memuja-Nya
Meng-Agungkan-Nya
lantas jatuh cinta pada-Nya
Moga setiap baris sastra kita
dapat mengundang Rahmat Kasih Ilahi
ada kita dan pada semua yang membaca karya kita
Moga berkat bersastra kasih kita semua terpatri hingga ke Syurgawi
AAmiin Ya Rabbal A'Lamin
RATU RIMBA NIAGARA
30 Sept 2012
KITA JADI SEPI DALAM BERKARYA
KITA HIDUP APA YANG KITA MATLAMATKAN
WALAUPUN SEKADAR RAKAN FB
KENAPA KITA MEMBUKA AKAUN FB
KALAU KITA MEMBUKA AKAUN FB SEKADAR SUKA-SUKA
SUKA-SUKALAH MATLAMATNYA
KITA BERKARYA TAKUT ORANG KATA RIAK
KITA LIKE TAKUT ORANG MENYAMPAHKAN KITA
KITA KOMEN TAKUT SALAH
SEMUANYA TAKUT...TAKUT ORANG KATA
MAKANYA KITA JADI BISU DAN SEPI
DALAM BERKARYA
JANGAN MENGUBAH DIRIMU HANYA KERANA PENDAPAT
ORANG LAIN TENTANGMU
JANGAN BIARKAN MEREKA BAHAGIA TAPI SENDIRI TERSEKSA
RATU RIMBA NIAGARA
12 SEPT 2012
PUISI OH! PUISI
hehehehe
selamat siang mas....sayang...
aku nggak bisa nulis puisi...
tapi aku suka baca puisi...
puisi bikin hati ku senang
aku ketawa bila baca puisi
puisi bikin aku kenal diriku
puisi bikin aku kenal Tuhanku
puisi bikin aku sayang pada semua
puisi bikin aku sayang pada penulis puisi
hehehehe aku suka...suka...suka banget...
hehehehe
puisi....puisi...oh puisi ku sayang...
aku sayang kamu...
aku akan baca mu selalu
aku akan doakan si penulis puisi
diRahmati Allah dikala hidup dan matinya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
16 Mei 2013
(KARYA DISIARKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI GURU UNTUK TATAPAN SEMUA PEMBACA SETIA KARYA SASTRA/SASTERA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA DI ALAMMAYA...KUSAYANG KALIAN SELAGI NYAWAKU ADA IN SHAA ALLAH SAMPAI SYURGA KUBAWA KASIH SAYANGMU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
SALAM CINTA SASTRA 5 BENUA
Kepada Admin yang budiman sekiranya puisi-puisi hamba ada menimbulkan huru ara harap dilupuskan dengan segera kerana tujuan hamba berpuisi mahukan saling berbagi ilmu dalam suasana yang harmonis dan sejahtera...jika tak sejahtera... hamba nggak bisa berpuisi lagi... kepada rakan-rakan lama sastra hamba maafkan hamba jika tidak menjadi rakan fb hamba lagi...kerana rakan fb hamba terlalu terhad cuma mereka yang sentiasa memberi dukungan/sokongan pada hamba sepenuhnya saja diutamakan...faham ajelah dunia hamba dunia sastra dan puisi...mereka yang sepi menyepi terpaksa diundurkan walaupiun hati terdera rindu....hhehehe di grup kita tetap menjalinkan silaturrahim. Harap sudi memaafkan hamba dan sudi memahami dunia hamba.
Hamba sentiasa menyayangi semua sahabat sastra hamba
di 5 benua di 5 samudra. Cinta 5 benua tu...hehehe
SALAM KEMAAFAN
SALAM SASTRA
SALAM UKHUWAH KASIH 5 BENUA
SALAM RINDU DAN SAYANG
DARI HAMBA
RATU RIMBA NIAGARA
18 Sept 2012
AKU JEMPUT REMBULAN KE KAMAR HATIKU
Sudah lama kujemput rembulan singgah ke kamar hatiku
akan kuhampar permaidani rindu menunggu kedatanganmu
akan kuhias tirai bercorak reranting meranti tempat pungguk merindu
dan kurenjis kasturi biar semerbak sewangi kasihku
namun rembulan tetap bermusafir di angin lalu
kamar hatiku sepi seperti selalu.
MURBA TERPINGGIR
Kuala Lumpur.
AKU CUMA MAHU JADI RATU DI HATI RAKYAT
AKU CUMA MAHU MENJADI RATU DI HATI RAKYAT
DAN RATU DI HATIMU
BIARPUN AKU BUKAN SEORANG RATU
CUMA RATU DI HATIMU
JIKA RAKYAT TAK SUDI
KAMU TAK SUDI
IYALAH TAK APA
ASALKAN ALLAH SUDI ITU SUDAH LEBIH BERMAKNA
DARI ALAM DAN SEISI-NYA
IN SHAA ALLAH AAMIIIN
RATU RIMBA NIAGARA
15 April 2013
DARI ALLAH AKU DATANG KEPADA ALLAH AKU DIKEMBALIKAN
JANGAN KITA HALANG ORANG MEMBUAT KEBAIKAN
SEDANGKAN KITA LANGSUNG TIDAK MAHU BERBUAT KEBAIKAN
INI BERMAKNA DI PEMIKIRAN KITA MAHUKAN KEHANCURAN SEBUAH NEGARA JIKA KITA BERSIKAP BEGITU LEBIH BAIK SEGERA MATI DARIPADA HIDUP KERANA HIDUP TIDAK MEMBERI ERTI PADA DIRI KITA SENDIRI APATAH LAGI PADA ORANG LAIN....
BUKANKAH ALLAH SURUH KITA BERAMAL KEPADA TUHAN DAN BERBAKTI KEPADA MANUSIA BERBEZAAN PENDAPAT ITU BIASA TAPI MATLAMATNYA TETAP SAMA MAHU MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI YANG ALLAH REDHA SEBELUM DIJEMPUT PULANG KE PANGKUAN-NYA.
KAMU HARUS INGAT MANUSIA ITU HIDUP ATAS NIATNYA
JIKA KITA NIAT JAHAT PASTI MATI DALAM KEJAHATAN
JIKA KITA NIAT BAIK PASTI MATI DALAM KEBAIKAN KERANA SETIAP KEBAIKAN ITU
ADALAH DATANG DARI ALLAH ....
DARI ALLAH AKU DATANG KEPADA ALLAH AKU DIKEMBALIKAN
MOGA AKU MATI DALAM KEBAIKAN MEMBAWA NIAT-NIATKU YANG BAIK-BAIK
IN SHAA ALLAH AAMIIN.
RATU RIMBA NIAGARA
15 April 2013
AKU BUKAN KATAK DI BAWAH TEMPURUNG
aku bukan katak di bawah tempurung
aku adalah katak di bawah tempurung lut sinar
yang membolehkan aku memerhatikan seluruh dunia
apabila aku keluar dari tempurung lut sinar
aku tahu keadaan seluruh dunia
makanya kejayaan aku
benar-benar Allah yang ciptakan
DIA yang kehendaki takdirku begitu
berjaya atas usaha sendiri
dan Allahlah yang menentukan
usahaku berjaya atau tidak
bagaimana hebatpun aku bersastera
aku tetap hamba-Nya yang kerdil
kerana tanpa izin-Nya
aku cumalah hamba Allah yang tak tahu apa-apa
tentang ilmu dunia dan akhirat...
makanya tidak layaklah aku memakai pakaian sombong
seorang ratu... kerana aku bukan bercita-cita hendak menjadi ratu
aku hanya mahu menjadi hamba Allah dengan pakaian iman dan takwa
Moga Allah Perkenankan segala cita-citaku yang murni ini
Kepada agama bangsa dan negara jua di seluruh dunia
Bumi Allah tempat persinggahan untuk mempersiapkan bekalan ke negeri abadi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
KARYAKU ASET NEGARAKU TERCINTA
KARYAKU ASET BUMI NUSANTARA TERSAYANG
MOGA KARYAKU MENJADI ASET AKHIRATKU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
9 April 2013
MINDA YANG SIHAT TIADA SEMPADAN MASA ATAU USIA
ALLAH RAHMATILAH HIDUP MATIKU DAN SEMUA MEREKA YANG MENGENALI KARYAKU DI ALAMMAYA INI.
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Ruhut Ricky Karya sastramu adalah obat paling ampuh utk mengobati jiwa2 nazak sperti yg kumiliki... Alhamdulillah... Allahu Akbar... Sejuta syukurku untuk Sang Khalik yang telah mengutusmu sebagai Penyembuh, Pemberkat, dan yang tak kalah pentingnya juga sebagai Cinta dan Kasih Sayang... Biarkan aku tenggelam dalam indahnya lautan sastramu yang sakral...
YANG KITA CARI ADALAH KETURUNAN / NASAB .... YANG DI DALAM BADAN / HATINYA TERTANAM RUH ALLAH .....YAITU ORANG - ORANG YANG BERIMAN KEPADA ALLAH ROBBUL'IZZATI
Yang Aku Cari Rakan Yang Bisa Menambahkan Saham Akhiratku jika itu ada padamu aku ingin menjadi teman dunia akhiratku seumur hidupku.
CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
Ya Allah kuburku sempit
Engkau luaskanlah sebagaimana Engkau luaskan karyaku seluas-luasnya
Ya Allah kuburku gelap gelita
Engkau indahkanlah sebagaimana Engkau izinkan aku berkarya yang indah-indah seindah Taman Syurga
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Menepati Janji
Engkau luaskanlah kuburku seluas-luasnya jadikanlah kuburku Taman-Taman Syurga tempat istirahatku yang bahagia abadi sehingga hari KEBANGKITAN. Termasuk juga mereka yang menyokong perjuangan sasteraku, AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
1 MUHARRAM 1438H
2 OKTOBER 2016
CINTA YANG TERAGUNG SEAGUNG CINTA-MU ALLAH

PERSAHABATAN DI ALAM MAYA
AMAT BERHARGA BAGIKU
LEBIH BERHARGA DARIPADA 
PERMATA BERHARGA
INDAHNYA SEPERTI PELANGI
DI MALAM HARI

ANDAINYA SAHABATKU
PERGI TANPA RELAKU
RASA TERHENTI DETAKAN JANTUNGKU
MANA MUNGKIN KASIH BERTUKAR BENCI
TAPI AKU REDHO
PASTI ADA SEBAB TERTENTU
DIA PERGI DARIKU
BIARPUN HATIKU REMUK REDAM
AKU TETAP MAAFKAN DIA
KARENA DIA PERNAH BERTAHTA DI HATIKU
BARANGKALI SINAR KASIHKU TELAH TERPADAM DI HATINYA
KASIH MEMANG TAK BOLEH DIPAKSA
KASIH MEMANG TAK BOLEH DIBELI
KASIH YANG ADA DIANTARA KITA
TERSISIH DAN AKHIRNYA TERPISAH
MOGA DI MANA JUA KAU BERADA
DI ALAM NYATA ATAU DI ALAM MAYA
SUDI MAAFKAN AKU
WALAUPUN KASIH KITA TERPISAH
KASIHMU TETAP BERTAHTA DI HATI INI
KUSIMPAN HINGGA KE UJUNG NYAWA
KUBAWA SAMPAI DITANYA DI ALAM BARZAH
SIAPAKAH SAUDARA KAMU DUHAI ROH
AKAN KUJAWAB DENGAN LANCAR
SAUDARAKU ADALAH
UMAT MUSLIMIN MUSLIMAT
YANG BERAGAMA ISLAM YANG ADA DI MUKA BUMI ALLAH SWT
TANPA TERKECUALI
IN SHAA ALLAH MOGA AKU KAU DAN SEMUA SAUDARA SEISLAMKU
DAPAT MENJAWAB SOALAN DI KUBUR APABILA TIBA MASANYA NANTI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

TAPI ANDAINYA
AKU PERGI UNDURKAN DIRI DARIPADA SAHABATKU
DI ALAM MAYA
MOGA MEREKA SUDI MAAFKAN AKU
BIARPUN BERPISAH KITA TETAP
BERSAUDARA SEISLAM SELAMANYA PERCAYALAH
SIAPAPUN KAMU
DI MANA KAMU BERADA
AKU TETAP MENGINGATIMU
MENGINGATI PERSAHABATAN KITA
KITA TERPISAH DI DUNIA MAYA
TAPI KITA TAK AKAN TERPISAH DI DUNIA REALITI
KITA AKAN BERSAUDARA SELAMANYA
SEKALIPUN AKU PERNAH LUKAKAN HATIMU
KAU PERNAH LUKAKAN HATIKU
APALAH ADA PADA LUKA DI DUNIA INI
DIBANDINGKAN LUKA DI ALAM BARZAH TIKA MENJAWAB SOALAN
DI KUBUR...AKU TERLALU TAKUT DAN KHUATIR
JIKA TIBA MASANYA NANTI DI TANYA SIAPAKAH SAUDARA KAMU?
TERKELU LIDAHKU MENJAWAB
KARENA TIKA HAYATKU
AKU SUKA MEMUTUSKAN SILATURRAHIM NAUZUBILLAH
MOGA AKU KAU DAN SEMUA SAUDARA SEISLAMKU
BISA MENJAWAB SOALAN DI KUBUR DENGAN LANCAR
BERKAT SALING MEMAAFKAN DAN MENERIMA APA ADANYA SAHABAT
SEKALIPUN SEKADAR DI ALAMMYA.

PERCAYALAH ALLAH SWT TEMUKAN KITA DI ALAMMAYA
BUKAN TIDAK DISENGAJAKAN TAPI DI SENGAJAKAN
AGAR KITA SALING KENAL MENGENAL
DALAM TALISIRATURRAHIM YANG SALING TERJAGA
TUTUR KATA
SANTUN DALAM BICARA
BERSANGKA BAIK
SALING BERBAGI ILMU
SALING BEKERJASAMA
MUHASABAH DIRI
SALING MEMAAFKAN
SALING MEMAHAMI SITUASI SAHABAT SAMADA
MASIH BERGELAR SAHABAT ATAU TIDAK
TETAP MEMAAFKAN DALAM KEADAAN APA SEKALIPUN RETAKAN HATI....
BERPISAH DI ALAM MAYA ATAU DI ALAM REALITI
NAMUN MEMBENCI MENDENDAM YANG TELAH MELUKAI TIDAK SAMA SEKALI
SEKALIPUN DISEPIKAN OLEH SEMUA MAKHLUK TUHAN DI MUKA BUMI INI
NAMUN ALLAH AZZAWAJALLAH MASIH ADA DI SISI KITA
SENTIASA SUDI MEMBERI KASIH SAYANG DAN MENCINTAI KITA
CINTA KITA PADA-NYA
ABADI SELAMA-NYA
TERPATRI SAMPAI KE SYURGAWI
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
CINTA YANG TERAGUNG SEAGUNG CINTA-MU ALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
23 Rabiulawal 1435H
25 Januari 2014M
MENGGENGGAM IMPIAN SEPERTI MEMINTAL ILLUSI MENJADI REALITI
Semua orang ada impian...
Impianku tinggi menggunung
Sudah puluhan tahun aku mendaki
Terlalu banyak onak dan duri kulalui
Biarpun onak dan duri sudah sebati dalam diriku
Adakalanya aku putus asa untuk menggapai impian
Ribut petir selalu membunuh anganku menggapai impian
Hinggakan aku tak mampu untuk bertahan lagi...
Tapi dek kerana misi dan visi ku yang sudah lama kudambakan
Ku terus...dan terus...memburu impian ....
Biarpun datang berjuta halangan tak kupedulikan lagi
Kerna ku sudah kesuntukan masa untuk berleka memburu impian
Impian...oh! Impian....
Impianku menjadi bahan lawak
Kerana impianku di luar kotak pemikiran
Kerana siapalah aku untuk menggapai impian itu
Mana mungkin aku seorang untuk merealisaikan impianku itu
Kerana impian ku tak pernah padam
Hingga saat ini ku masih pertahankan impianku biarpun berseorangan
Terkial-kial dalam pendakian yang entah bila penghujungnya
Biarpun hangus terbakar jemariku... Ku tetap menggenggam impian
Hingga sampai penghujungnya
Menggenggam impian seperti, ' Memintal Illusi Menjadi Realiti
Mana tahu hadirmu tanpa dugaku...
Berganding bahu denganku...
Berkongsi segala bebanan yang kupikul
Bagaikan sinar pelangi yang takkan padam...
Mengiringi pendakianku memburu impianku
Kerana impianku seiring dengan impianmu
Kerana kita punyai minat yang sama
Matlamat yang sama
Ingin jadikan impian menjadi kenyataan
Terima kasih pelangiku kerana sudi berganding bahu bersamaku
Moga indah warna-warni pelangimu takkan hilang hingga bila-bila
Selagi nafasku ada...Syukurku pada Alllah
Kehadiranmu selalu kunantikan dalam illusiku
Tapi kini bukan illusi lagi
Berkat keikhlasan hatimu padaku
Amat mengharukan aku...
Moga kau dan aku seia sekata
Senada seirama
Sama-sama menggenggam impian
Impianku impianmu berpadu menjadi realiti
Biarpun tak menjadi realiti
Setidaknya kita telah mempunyai impian yang sama
Ayuh...sama-sama kita jayakan
Mana tahu...impian jadi kenyataan!
Aku mesti bersangka baik dengan Tuhanku
Dia Maha Berkuasa Untuk Menjadikan Impianku Satu Realiti
Jika ianya satu realiti kusyukur dalam sujudku
Kerana tiada daya upayaku melainkan dengan izinNya
Karya Rha NS
25 September 2011
BELAIAN KASIH PERTEMANAN TERHINGGA NILAINYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
"SALAM MAAL HIJRAH 1440H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN 

YA RABBAL A'LAMIIN,"

18 Muharram 1440H
28 September 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;