Sunday, 7 October 2018

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (425) KOTA BUKU RATU RIMBA NIAGARA IMPIANKU



BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (425) KOTA BUKU RATU RIMBA NIAGARA IMPIANKU



1 tahun lepas


  
Ratu Rimba Niagara kemas kini gambar profil beliau.
Foto Rabeah Binti Mohd Ali.


MOGA SASTERA YANG AKU TULIS MEMBERI TUAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK INSYA-ALLAH AAMIIN
3 tahun yang lepas
MOGA SASTERA YANG AKU TULIS MEMBERI TUAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK INSYA-ALLAH AAMIIN
Sekalipun namaku bukan bernama Tuah tapi aku ingin apa yang aku usahakan dalam bidang sastera memberi tuah kepada mereka yang ingin mengusahakan sasteraku sehingga berjaya. Sama-sama bertuah kerana sama-sama meraih keuntungan. Moga semua rakan kongsi perniagaan sasteraku menjadi hamba-Nya yang bertuah dunia dan akhirat. Insya-Allah Aamiin.
Dr Tuah adalah idolaku s...
Teruskan Membaca

Foto drtuah.
drtuah
HARI INI, drtuah LIVE di Selangor FM, 7.30 pagi, tajuknya berkenaan membina tuah sambil mengelak malang.


Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang sedang bersama Jpk Mat Kilau dan 3 yang lain.
Kuala Lumpur dinamakan Ibu Kota Buku Dunia bagi tahun 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), menerusi akaun twitter mereka hari ini.
Menurut kenyataan Unesco dalam laman sesawangnya, ibu negara Malaysia itu dipilih berikutan fokus yang kukuh terhadap pendidikan terangkum, pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan pembacaan yang boleh diakses oleh semua peringkat penduduk di bandar raya berkenaan.
Menurut kenyataan itu, permohonan bandaraya Kuala Lumpur diterima oleh sebuah Jawatankuasa Penasihat terdiri daripada wakil Persatuan Penerbit Antarabangsa (IPA), Persekutuan Persatuan Perpustakaan Antarabangsa (IFLA) dan Unesco.
Bandar raya yang dipilih sebagai Ibu Kota Buku Dunia oleh Unesco akan berusaha untuk mempromosikan buku dan pembacaan serta menganjurkan aktiviti sepanjang tahun.
Kuala Lumpur adalah bandar raya ke-20 memenangi gelaran itu sejak 2001.
Pemenang sebelum ini termasuk Madrid (2001), Alexandria (2002), New Delhi (2003), Anvers (2004), Montreal (2005), Turin (2006), Bogota (2007), Amsterdam (2008), Beirut (2009), Ljubljana (2010), Buenos Aires (2011), Erevan (2012), Bangkok (2013), Port Harcourt (2014), Incheon (2015), Wroclaw (2016), Conakry (2017), Sharjah (2019), dan Athens (2018).
Tahun sambutan akan bermula pada 23 April 2020, pada Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa slogan “KL Baca – penjagaan menerusi pembacaan”, akan memberi tumpuan kepada 4 tema: pembacaan dalam semua bentuknya; pembangunan infrastruktur industri buku; kebolehcapaian digital dan inklusif; dan pemberdayaan kanak-kanak menerusi pembacaan.
“Antara acara dan aktiviti lain termasuk pembinaan sebuah bandar buku (Kompleks Kota Buku), kempen membaca bagi penumpang kereta api, meningkatkan perkhidmatan digital dan kebolehcapaian oleh Perpustakaan Negara Malaysia bagi golongan kurang upaya, dan perkhidmatan digital baru bagi perpustakaan di 12 buah perpustakaan di kawasan perumahan miskin di Kuala Lumpur.
Program hebat bagi Ibu Kota Buku Dunia ini dihubungkan dengan Wawasan 2020 bagi Kuala Lumpur dan projek eko-bandar raya dikenali sebagai “River of Life” dengan menempatkan kedai buku dan perpustakaan terbuka berhampiran laluan air yang baru dibaik pulih di bandar raya berkenaan,” menurut kenyatan itu.

Ratu Rimba Niagara berkongsi foto.
 
8 Oktober 2012
News Media Network sedang bersama Irly AL Fateh dan 15 yang lain.
TAHUKAH ANDA??
1) Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.
2) Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.
3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.
4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.
5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.
6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.
7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.
8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.
9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.
10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.
Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..
Siapa dia? Ya... dia lah...
TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia .
Say  dan TERIMA KASIH TUN DR MAHATHIR !
copy paste dari Kaki bising dot com.

ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI KE-8
Sekalung tahniah untuk
Datuk Seri Anwar Ibrahim
seluruh rakyat Malaysia
menyokong perjuanganmu......
 


1 min
13 jam
Tak Nak BN
Demi masa depan negara, ayuh undi Anwar! 👍🏼

2 Oktober jam 6:08 PTG
2 Oktober jam 6:08 PTG
GURINDAM JIWA UNTUK DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Subhanallah
sejuk perut ibumu
mengandungkanmu
melahirkanmu
membesarkanmu
mendidikmu
dengan ilmu dunia
jua ilmu akhirat
kau menjadi
anak soleh
Alhamdulillah
Syukur padaNya
kerana dikurniakan
seorang anak
yang berjiwa pemimpin
sanggup berkorban
demi rakyatnya
suka duka bersama
derita rakyat
air mata rakyat
pemasalahan rakyat Malaysia
ingin dikongsi bersama
lalu difikir
diselesaikan dengan
semampu mungkin
sekudrat pemikiran
diperah habis
peluh setitik tidak dipersiakan
kerana terlalu
amat berharga
untuk rakyat tersayang
untuk negara tercinta
maka bergemalah
lagu patriotik
'Kusayang Rakyatku DemiNya'
di setiap pelosok bumi bertuah Malaysia
di bawah pimpinanmu
dan disahut penuh gemuruh
lagu rakyat untuknya
'Pemimpin Kasihmu Abadi Di Hati Kami'
siapa yang mendengar
pasti mengharu-birukan kalbu
lalu menangislah
pemimpin kesayangan rakyat itu
bersama-sama dengan rakyatnya
lalu mengundang rahmat
Tuhan Yang Menguasai Langit Dan Bumi
suasana sepi seketika
bertafakur dalam kesyukuran padaNya
Allahu Akbar
dengan KebesaranMu Tuhan
Kau kurniakan seorang pemimpin
berjiwa rakyat
kami syukuri dalam sujud!
kami sayang pemimpin kami
hadirnya kami hargainya
perginya, kami iringi doa restuMu
Kau balaslah segala bakti ikhlasnya
dengan SyurgaMu
kami ingin bersamanya di Syurga juga
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
3 Ramadan 1439H
19 Mei 2018
(Karya diilhamkan istimewa untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terima kasih membela nasib seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Kami amat terharu atas pengorbanan Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup dipenjarakan selama
20 tahun demi rakyat dan negara, akan kami kenang selagi hayat di kandung badan!)

Ratu Rimba Niagara
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8
Sekalung tahniah untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim
kerana seluruh rakyat Malaysia
menyokong perjuanganmu...
perjuanganmu ikhlas
membela rakyat yang tertindas
telah banyak bukti
dan terbukti
jasa baktimu untuk rakyat,
rakyat adalah keutamaanmu
kau rela bersusah demi rakyat
masamu hanya untuk rakyat
setiap apa yang difikirkan
rakyat...rakyat ...rakyat...
'Sudah ditakdirkan
darah yang mengalir di tubuhku ini
berbakti untuk rakyat demiNya
derita rakyat adalah deritaku
masalah rakyat adalah masalahku
akan kubela nasib rakyatku
semampu dayaku
selagi nafasku ada
selagi itu aku berbakti
akan aku banteras
semua rasuah
yang boleh menjadikan negaraku muflis
akan kutentang habis-habisan
sehingga tiada lagi wujud rasuah
jika aku gagal membanteras rasuah
aku akan letak jawatanku
kerana bagiku
agama, bangsa dan negara
adalah menjadi matlamat kenapa aku menjadi pemimpin
aku menjadi pemimpin
adalah amanah Tuhanku
kepercayaan rakyatku
maka rakyat memilih aku menjadi pemimpin mereka
mana mungkin kepercayaan rakyat dan amanah rakyat
hendak aku persendakan...
aku yakin jika aku dapat membanteras rasuah
di semua jabatan di bawah pemerintahanku nanti
Malaysia menjadi negara yang bebas rasuah dan rakyatnya hidup aman damai dengan ekonomi berpendapatan tinggi menjelas 2020 Insya-Allah Aamiin
ayuh! rakyat yang kukasihi
kita sama-sama perjuangkan
bahawa bumi bertuah Malaysia ini
yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita
adalah sebuah negara kaya raya
yang boleh membuatkan
negara dan semua anak bangsa Ibu Pertiwi
maju jaya dalam semua bidang
tiada lagi rakyat hidup dalam kesusahan
semuanya terbela dan dibela kehidupannya
Insya-Allah akan kita jayakan sama-sama
susah sama susah
senang sama senang
susahmu susahku
senangmu bahagiaku
jasa dan baktiku sentiasa ada untukmu duhai rakyatku
andai aku dipilih menjadi pemimpinmu
apa saja yang membuatkan negaraku
boleh aman damai
akan kucuba pertahankan sehingga ke titisan darah terakhir!
Karya Ratu Rimba Niagara
29 September 2018
(Puisi dikarangkan istimewa untuk bakal Perdana Menteri Malaysia ke-8 Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh rakyat yang menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Ratu Rimba Niagara
PORT DICKSON MEMILIH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM!
Duhai orang kampungku
seluruh warga Port Dickson
patut berbangga
Datuk Seri Anwar Ibrahim
pemimpin berjiwa rakyat
bertanding untuk
kerusi Parlimen Port Dickson
Syukur Alhamdulillah
tuah orang kampungku
bakal mempunyai pemimpin berjiwa rakyat
yang akan membela nasib seluruh warga
Port Dickson terkenal pantainya yang indah
pusat pelancongan dikenali
dari dalam dan luar negara
Port Dickson dikenali juga
sebagai, 'Bandar Tentera Darat,'
Sekolah Tentera dan Latihan Tentera Darat
terdapat di Port Dickson
Inilah masanya warga Port Dickson memilih
Datuk Seri Anwar Ibrahim
pemimpin tersohor Malaysia
berjiwa rakyat tanpa memilih kaum
lantang bersuara...
segala cadangan yang diusulkan
warga Port Dickson
pasti akan dibawa di Parlimen
Port Dickson yang sudah terkenal
akan bertambah terkenal lagi
mana tidaknya
semua bangunan yang terbengkalai
akan dimajukan semula
dengan ini menambah pendapatan
seluruh warga Port Dickson
Seluruh warga Port Dickson
pasti berbangga dan bertuah
pemimpin pilihan mereka
bakal menjadi Perdana Menteri ke-8
Syukur Alhamdulillah
senyuman terukir sampai ke bintang
Terima kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim
kerana sudi menjadi pemimpin warga
Port Dickson...
kepimpinanmu yang berpaksikan rakyat
amat kami hargai dan dikenang sampai
bila-bila!
Karya Ratu Rimba Niagara
30 September 2018
(Puisi diilhamkan istimewa untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh warga Port Dickson.'HARAPAN PD, HARAPAN MALAYSIA" sama kita realitikan dengan memberi sokongan 100%)
Comments
Ratu Rimba Niagara was 🎉 celebrating friendship.
Salam semanis kurma untuk semua rakan fbku yang disayangi dunia akhirat. Terima kasih atas persahabatan.
Ratu Rimba's posts have been liked 7,000 times
  • Ratu Rimba Niagara's photo.
     29
  •  
  • 'SELAMAT TINGGAL MOCIK

Mocik kucing kesayangku telah pergi...
pergi buat selamanya meninggalkan aku
sedih....pilu...
bagaikan kaca terhempas ke batu

Sudah 16 tahun aku menjaga Mocik
ikut pada usia manusia 16 thn X 7 thn
112 Thn usia Mocik

Sebulan Mocik tak seceria sebelumnya
hanya termenung dan tak aktif
makan pun kurang...
tapi Mocik suka sangat bila aku mengaji
dia pasti duduk di sebelahku...
bila aku mengarang hingga larut malam
dialah yang menemaniku...
kini sudah tiada lagi 
semuanya tinggal kenangan manis yang terindah

Ketika Mocik tak sihat ...
aku membawanya ke klinik haiwan
ingin tahu apa penyakit yang dihidapi Mocik
doktor mengambil darah Mocik
esok setelah mendapat keputusan darah
Mocik disahkan sakit buah pinggang tahap kritikal
sebab itu Mocik tak lalu makan 
dan tak aktif lagi

Teringatku 16 tahun dahulu
ketika itu Mocik baru dilahirkan seminggu
Mama Ren yang hantar ke rumahku
Mama Ren ibu Mocik
ibu kucing yang penyayang
setiap hari datang ke rumahku
membawa makanan untuk Mocik
yang aku kagum pada Mama Ren
sanggup bawakan burung hidup 
macam mana Mama Ren tangkap burung pun aku tak tahu
ikan hidup, ayam KFC
untung Mocik dapat ibu yang penyayang

Aku pindah rumah...
Mocik terputus kasih dengan Mama Ren
Mocik membesar dengan penuh kasih sayangku
makan minum diberi secukupnya...
bilamana kami berbual sekeluarga
Mocik pasti mendengar penuh kusyuk
seolah Mocik sebahagian dari ahli keluarga kami

Watak Mocik yang manja dan penyayang
membuatkan kami sekeluarga amat menyayanginya
tapi kini hanya tinggal kenangan....

Semasa Mocik nazak
aku katakan pada Mocik
"Sabar Mocik yer...Mocik kan haiwan kesayangan Rasulullah
nanti kita jumpa di Syurga.." Mocik memandangku penuh sayu....air matanya tergenang...
dadaku sesak...sesesak nafas Mocik....
Mocik pergi buat selamanya meninggalkan aku 
dengan seribu kenangan manis yang tak dapat kulupakan
moga dengan izin Allah aku ditemukan dengan Mocik di Syurga menyambung 
kasih sayangku padanya yang tak pernah padam sampai kapanpun. Aamiin.

Karya Ratu Rimba Niagara
3 Rejab 1439H
21 Mac 2018'
     10
  •  
  • 'SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU-IBU BIDADARI SYURGA YANG ADA DI BUMI

Sempena hari ibu disiarkan karya bertemakan,'Ibu' istimewa untuk semua peminat karya RATU RIMBA NIAGARA tersayang...

PANTUN ANAKANDA TERSAYANG AYAHANDA TERCINTA

Anakanda yang disayangi dunia akhirat,
Anakanda pengikat kasih ayahanda bonda;
Kelahiranmu membuatkan kasih bertaut erat,
Moga menjadi anak kebanggaan ayahanda bonda.

Pembesaranmu setiap tahun ayahanda pastikan,
Anakanda mempelajari Hadis dan Al-Quran;
Mindamu terisi dengan ilmu yang tidak menjemukan,
Berusaha terus berusaha menuju kejayaan.

Ayahanda akan terus memimpin anakanda,
Mendidikmu berpandukan Al-Quran dan Hadis;
Agar menjadi khalifah Allah duhai anakanda,
Pasti ayahanda dan bonda bersyukur terus-menerus.

Semakin banyak waktu ayahanda berkongsi,
Semakin anakanda bersedia menghadapi masa hadapan;
Anakandalah harapan ayahanda tanpa sangsi,
Ayahanda sentiasa letakkan sejuta harapan.

Sekalipun anakanda tidak mampu melangkah ke hadapan,
Ayahanda akan terus membimbingmu;
Agar anakanda berani menghadapi segala rintangan,
Yang datang mengujimu dari segenap penjuru.

Anakanda pergilah semampu sejauh mungkin,
Memburu impian menggapai cita-cita;
Ayahanda bonda sentiasa memberi sokongan,
Agar menjadi realiti segala yang dicita.

Capai setinggi mana mungkin cita-citamu,
Ilmu yang dituntut jangan sekali rasa jemu;
Kegagalan tidak akan pernah bertamu,
Kejayaanmu kebanggaan ayahanda bondamu.

Dalam menuju segala kejayaan,
Cahaya keimanan amat diperlukan;
Allah jangan sekali dilupakan,
Barulah cahaya hidayah menjadi peneman.

Kasih sayang ayahanda tidak pernah luntur,
Ayahanda rela berkorban apa saja untukmu;
Asalkan anakanda cekal dan sabar,
Kerana sabarmu mengundang Rahmat dari Tuhanmu.

Apabila segala ilmu terpasak di dada,
Pasti anakanda sendiri melepaskan tangan ayahanda;
Dan tika itu ayahanda tersenyum bangga,
Melihat anakanda menyambung perjuangan ayahanda.

Anakanda… buah hati ayahanda pengarang jantung,
Ingatlah pesanan ayahanda dan bonda ini;
Jadilah anak soleh berjiwa pejuang,
Moga kita sekeluarga ke Syurga nanti.

Ayahanda dan bonda tersayang,
Kasih sayangmu anakanda tak akan persiakan;
Anakanda berjanji akan menjadi anak cemerlang,
Menjadi anak soleh beriman yang dibanggakan.

Anakanda hargai pengorbanan ayahanda ,
Tanpa jemu mendidik membimbing anakanda;
Moga Allah membalas segala budi ayahanda bonda,
Alhamdulillah anakanda diKurniakan ayahanda bonda.

Ayahanda dan bonda yang disayangi,
Anakanda akan berazam mencapai cita-cita;
Meneruskan perjuangan ayahanda yang suci murni,
Membela agama bangsa dan Negara tercinta.

Anakanda sentiasa bangga dengan ayahanda,
Ayahanda pemimpin idola anakanda;
Membela agama dan bangsa walau di mana,
Hatimu putih bersih bak mutiara.

Perjuangan ayahanda tepat dan jelas,
Rela berkorban demi rakyat tercinta;
Segala jasa dicurah tanpa harap dibalas,
Demi kerana Allah tercinta.

Bangganya anakanda ayahanda seorang pejuang,
Rela pertaruhkan nyawa di setiap penjuru;
Moga sentiasa berjaya ketika berjuang,
Darah perjuanganmu mengalir dalam darah anakandamu.

Doakan anakanda menjadi pejuang sejati,
Mewarisi kepahlawanan ayahanda tercinta;
Kita berjuang hingga ke mati,
Demi mempertahankan kedaulatan Negara tercinta.

Syukur anakanda setiap hari,
Keluarga kita dilimpahi sakinah dariNya;
Kasih sayang ayahanda bonda anakanda hargai,
Moga kita sekeluarga hingga ke SyurgaNya.

Anakanda tersayang ayahanda tercinta,
Kasih berpadu bersama bonda dicintai;
Hidup berkeluarga sakinah tercipta,
Insya-Allah sekeluarga menghuni SyurgaNya nanti.

Duhai anakanda tersayang Fahd Al-Warith,
Ayahanda bonda doakan anakanda menjadi anak soleh;
Dewasa nanti menjadi seorang Khalifah,
Khalifah Islam yang boleh dibangga dan dimegah.

Ayahanda bonda tercinta kesayangan anakanda,
Cita-cita ayahanda akan anakanda kotakan;
Berusaha anakanda biarpun dugaan datang melanda,
Asalkan anakanda menjadi Khalifah Islam yang dibanggakan.

Karya: Putri Rimba Niagara
16 Jun 2012
(Sempena Sambutan Hari Bapa )
(Pantun Diilhamkan Teristimewa Untuk Semua Bapa Di Dunia Yang Masih Hidup Dan Yang Telah Meninggal Dunia Disedekahkan Al-Fatehah Moga Dimasuk Roh Bapa Kedalam Hamba-Nya Yang Beramal Soleh Aamiin)
Yesterday at 12:12pm · Like

PERMATA SYURGA-MU

Bunda...
Nanda rindukan ayahanda

Sabarlah nanda...
Ayahandamu pergi di medan juang
Membela ibu pertiwi

Nanda...
Sudah dewasa nanti jadilah seperti
Ayahanda membela nusa dan bangsa
Demi kesejahteraan rakyat jelata

Bunda...
Adakah nanda dilahirkan kedunia ini
Untuk menjadi kasatria seperti ayahanda

Iya nanda...
Sudah dewasa nanti
Nanda mesti jadi seperti ayahanda
Seorang ksatria berjiwa rakyat
Kehidupannya didambakan untuk rakyat

Bunda...
Tidakkah bunda rasa kesepian
Tanpa ayahanda dan nanda nanti
Jika nanda juga jadi ksatria
Seperti ayahanda...bunda...

Duhai nanda...
Karna ayahandamu
Seorang ksatrialah
Bunda jatuh cinta padanya

Bunda...
Apakah itu namanya cinta bunda...
Ditinggalkan seperti tidak dimiliki cinta bunda...

Nanda...
Itulah namanya cinta sejati
Biarpun terpisah jauh dengan ayahanda
Tapi hatinya telah menyatu di hati bunda
Hingga ke nafas terakhir ...nanda....

Bunda...
Sungguh suci hati bunda...
Bertuah ayahanda
Memiliki cinta seperti bunda
Yang meletakkan cinta kepada
Kehidupan rakyat mengatasi segalanya
Percayalah bunda cinta bunda...
Nanda janji tidak akan nanda
Persiakan...nanda bersumpah akan
Meneruskan percintaan bunda
Mematrikan cinta bunda dan ayahanda
Dengan kehidupan nanda juga seperi ayahanda
Akan nanda dambakan kepada
Kehidupan rakyat yang harus dibela
Selagi jantung ksatria nanda berdetak
Sehingga ke tetesan darah terakhir!
Itulah lambang cinta bunda pada ayahanda?

Nanda...
Nandalah sebenarnya lambang cinta
Bunda dan ayahanda
Makanya nandalah
Permata Syurga
Kurniaan Allah
Tuk ayahanda dan bunda

Syukur Ya Alllah
Atas Kurniaan
Permata Syurga-Mu
Tuk semua keluarga kasatria
Di bumi-Mu ini

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
10 Jun 2012

MENYAHUT PANGGILAN SEMBOYAN PERJUANGAN IBU PERTIWI MU!

Duhai nanda pertiwiku
Biarpun bunda bukan lahir di bumi bertuah Indonesia
Tapi bunda ditakdirkan untuk menyayangi negaramu
Bunda tak tahu kenapa
Darah yang mengalir ditubuh bunda ini
Serasa denyut nadinya seiring dengan ibu pertiw mu
Serasa roh pertiwimu memanggil-manggil bunda
Untuk menyahut semboyan perjuangan di bumimu
Roh-roh suci pejuang negaramu yang telah lama bersemadi
Hidup dalam jiwa bunda
Mahu bunda teruskan perjuangan mereka
Bersama-sama dengan para pejuang di bumimu
Mahu bunda lupakan panggilan semboyan perjuangan itu
Lagi bunda ingin memadamkan
Lagi membara-bara gelora api perjuangan
Biarpun bunda tidak ditakdirkan lahir di bumi Indonesia
Tapi bunda ditakdirkan untuk menyahut panggilan ibu pertiwimu
Dan bunda redho karena itu takdir-Nya
Biarpun bunda tidaklah segagah pahlawan-pahlawan di medan juang
Izinkan bunda berpena bertintakan darah dan air mata bunda
Untuk sama-sama berbakti kepada ibu pertiwimu
Moga perjuangan suci bunda ini jangan sekali disalah artikan
Dan sudilah terima perjuangan suci bunda ini sesuci perjuangan
Para pejuangmu yang masih hidup atau yang telah mati di medan juang!

Karya Putri Rimba Niagara
24 Mei 2012

Andi Surya:

Bundaku adalah ibu pertiwi
Digenggam rembulan dan matahari
Tak pamrih memberi
Inspirasi dan motivasi
Membangun negari
Hingga kini
Di sini
Di hati
Pertiwi...

JADILAH RAJA YANG UTAMAKAN RAKYAT LEBIH DARIPADA KEPENTINGAN SENDIRI

Teungku Sayyid Deqy

Ibu...
Maafkan putramu...
Aku sedang berada di titik nadir hidupku,
Aku sedang terbuang dan terhina oleh dunia ini,
Namun...mengapa aku pun tersisihkan dari hatimu?
Semua ini sungguh membuatku lemah,

Ibu kusayang...
Putramu hanya ingin istirahat sejenak di rumahmu...
Izinkanlah dihari-hari terakhirku ini,
Dan ketika kuberpulang pada NYA, aku dalam hangat pelukanmu.

Putri Rimba Niagara:

Duhai nanda putra kesayanganku...
Napa nanda berkata demikian rupa
Hancur lulur hati bunda
Sebak hati bunda ...
Adakah selama ini bunda abaikan kasih sayang bunda...
Katakan putra kesayangan bunda...
Puluhan tahun bunda mendidik dan membesarkan nanda
Tidak cukupkah kasih sayang bunda pada nanda selama ini....
Bukan kasih sayang saja yang bunda berikan pada nanda
Malah nyawa bunda pun sanggup jadi taruhan demi nanda tercinta...
Jika pelukan bunda ini boleh menenangkan jiwa nanda
Marilah ke mari bunda dodoikan gurindam dan syair
Yang selalu bunda dendangkan semasa nanda bayi lagi...

"Duhai putra bunda tersayang...
Buah hati bunda pengarang jantung bunda
Bunda kasih ...bunda sayang sangat-sangat...
Tidurlah lena...jangan nakal-nakal...
Besar nanti jadilah anak yang soleh lagi beriman
Jadi Raja yang utamakan rakyatnya daripada kepentingan sendiri...
Jadilah Raja yang adil Raja yang pemurah
Raja yang ingin hidup mencari jalan-jalan redhoNya
Nanda diberi darjat yang tinggi bukan untuk membangga diri
Tapi adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan...
Makanya jadilah Raja yang disayangi rakyat bukan dibenci rakyat
Ingatlah pesanan bunda ini nanda...
Bunda sangat-sangat sayang pada nanda
Nandalah saham dunia akhirat bunda
Tiada bunda nanti di dunia ini
Kirimkan doa untuk bunda jangan dilupakan
Itulah tanda kasih sayang nanda pada bunda...
Di pintu Syurga bunda menantimu penuh kerinduan..."

Masihkah nanda ingat dengan gurindam yang bunda dendangkan padamu ? Inilah gurindam yang ditiup suburkan dijiwamu agar terpasak dalam sanubarimu nanda...

Makanya jangan nanda berkata seolah ingin pergi dulu
daripada bunda....memanglah kita tidak tahu siapa yang pergi dulu....tapi biarlah bunda yang pergi dulu...
Nanda muda lagi dan tenaga nanda masih segagah pahlawan perkasa...

Bunda dalam usia begini sudah terlalu uzur dan lemah ....
Cumanya semangat saja yang menguatkan bunda meneruskan pengembaraan di dunia ini....
Makanya bunda berharap sangat Tuhan panjangkan usia nanda...

Bunda doakan Allah SWT sentiasa memberi kekuatan pada nanda untuk meneruskan perjuangan bunda dan nanda bahagia ....

Justru jangan ragui cinta dan kasih sayang bunda pada nanda lagi...bunda kasih dan sayangkan nanda dari dunia ini di bawa hingga ke SyurgaNya....
Aaamin Ya Rabbal A'Lamin

Ikhlas daripada:

Bunda Permaisuri Rimba Niagara
Malaysia
1 April 2012

DUHAI WANITA YANG BERGELAR ISTERI KEPADA SUAMIKU

Duhai wanita yang bergelar isteri kepada suamiku
Jangan kau zalimi suamiku
Kerana aku adalah bidadari DiCiptakan Allah untuknya
Di dunia dia suamimu...
Di Syurga dia adalah suamiku
Di dunia takdir di Azali telah tercatat untukmu
Di Syurga akulah isterinya merangkap bidadarinya

Bersyukurlah kau bersuamikan suamiku
Tahukah kau apa saja amal baktimu kepada suamiku
Adalah balasan Syurga untukmu
Carilah redho suamimu
Kerana di situ ada redho-Nya Allah padamu
Suamimulah yang memberikan kunci Pintu Syurga kepadamu
Tempahlah tiket Syurga dengan amal baktimu pada suamimu
Di mana ada redho suamimu di situlah redho Allah
Kamu cuma taat dan patuh kepada suamimu
Dan menjaga amal ibadat wajibmu kepada Tuhanmu
Masuklah mana-mana pintu Syurga yang kamu suka...

Tapi aku merayu padamu
Jangan sekali-kali kamu kecewakan mereka
Jangan sekali-kali kamu derhaka kepada mereka
Jangan sekali-kali kamu menyakiti hati mereka
Jika membuatkan mereka sedih kecewa merana lantaran kamu
Tunggulah neraka sebagai balasannya

Duhai para suami yang teraniaya...
Sabarlah kanda ...dinda..adalah isteri kanda di Syurga
Dinda diciptakan untuk menjadi isteri kanda di Syurga
Dindalah bidadari yang diciptakan untuk kanda cintai...
Berkat kanda percaya pada Allah swt dan rela syahid demi-Nya
Jangan kanda bimbang ...di dunia kanda tidak dapat
Dilayani sebagai seorang suami yang sepatutnya
Di Syurga ada dinda yang melayani kanda seikhlas hati demi-Nya
Sabarlah ye kanda ...berdoalah agar isteri kanda di dunia
Berubah hatinya untuk menjadi isteri solehah untuk kanda
Dan berazam bersama kanda untuk menjaga dan mendidik
Permata hati agar menjadi hamba-Nya yang beriman...
Sabarlah ye kanda...
Dinda nasihatkan utamakan keluarga
Biarpun hati kanda terlara karna isteri kanda berhati kering
Bersabarlah dan berdoa sebanyaknya
Jadikanlah rumah tangga kanda
'RUMAHKU SYURGAKU'
Kanda jadi imam kepada isteri dan anak-anak kanda
Pimpinlah keluarga kanda menuju jalan-jalan ke Syurga
Agar kanda tidak akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti
Jika kanda sudah berusaha semampu daya untuk membimbing mereka
Tapi mereka masih berhati kering juga
Kanda berdoalah kepada Tuhan....
Bersangka baiklah kepada Tuhan...
Kerana di situlah tercatat Takdir Kanda....

Jika kanda yakin
Akan janji-Nya Tuhan...
Janji-Nya pasti
Pasti ditepati
Pastinya kanda akan lalui semua dugaan di dunia ini
Dengan tabah dan redha..

Percayalah kanda...
Cinta dinda sentiasa ada untuk kanda
Dindalah bidadari yang menanti kanda di Syurgawi...
Dinda bersyukur kerana kanda diciptakan untuk dinda cintai Demi-Nya.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
10 Mac 2013
(KARYA DIILHAMKAN UNTUK SEMUA PARA WANITA YANG BERGELAR ISTERI SEMPENA MENYAMBUT HARI WANITA ...DUHAI WANITA DI LUAR SANA KUHARGAIMU KERANA KAMU WANITA UNTUK DICINTAI ADAM)

REDHO CINTA SEORANG BIDADARA DUNIA

Kau selalu di hati
Kau selalu di jiwa
Cinta mu ikhlas
Suci murni
Semua karna-Nya
Karna itu aku terima cintamu karna-Nya juga
Sayang...
Terima kasih cinta
Karna sudi menyintaiku
Merealisasikan dalam cinta redha Ilahi
Moga cinta kita sampai Syurga bercinta
Terima kasih cinta...
Karna ikhlas mencintaiku
Atas dasar cinta kerana-Nya
Kita bersumpah setia sehidup semati
Apa saja takdir sepanjang cinta kita
Kita redha
Bila berpisah dijemput Ilahi
Akan redha
Kerana redho cinta seorang bidadara
Itulah kunci pintu Syurga
Untuk bidadari dunia
Duhai bidadara dunia
Percayalah cinta kita
Telah tercatat sejak Azali
Sebagai menghargai cintamu itu
Terimalah secawan kopi cinta dariku ini
Kopi cinta diRaja Nusantara....hehehe

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
9 Mei 2013

KAU BIDADARAKU
AKU BIDADARIMU

KENAPA KAU TAK INGIN MELEPASKANKU
SEDANGKAN KAU TAK PERNAH MEMPERDULIKAN AKU
KARYA-KARYAKU KAU SEPIKAN BEGITU SAJA
TEGA KAU BEGITU PADAKU
SEOLAH AKU TAK WUJUD
APA GUNA KITA MENJADI TEMAN FB
SALING MEMBISU SERIBU BAHASA
SEDANGKAN PERKENALAN KITA BUKAN KITA YANG RANCANG
KITA BERTEMAN ATAS DASAR SUKA SAMA SUKA
KAMU SUKA BERKAWAN DENGANKU
MAKANYA AKU SUKA BERKAWAN DENGANMU
SAMA-SAMA KAWAN
KAWAN SAMPAI MATI
KAWAN SAMPAI SYURGA
TAPI GIMANA ITU
KAMU ANGGAP AKU BUKAN KAWANMU
KAMU SEPIKAN AKU
TIDAK PERNAH AKU MENDENGAR SAPAANMU
JIKA AKU MENYAPAMU KAU BUAT TAK TAHU SAJA
SEDIH LHO KAMU TEGA BIKIN AKU GITU
AKU JADI PENASARAN LHO
KARNA PERTEMANAN KITA ADALAH SERIUS
BUKAN CUMA CANDA-CANDA KOSONG...
KITA BERTEMAN FB
SALING BERBAGI ILMU
SALING SOKONG MENYOKONG
TIADA LANGSUNG UNTUK TIKAM MENIKAM
TIADA LANGSUNG UNTUK BISU MEMBISU
TIADA LANGSUNG UNTUK SALING TAK MENGENAL
YANG ADA ADALAH MEMBINA TALISARATURRAHMI
AGAR TERJAGA DENGAN HATI SEMURNI SYURGA
ANDAINAY SAPAANKU INI MEMBUAT HATIMU
MASIH TAK SUDI MENYAPAKU
MAAFKAN AKU
AKU TAK TEGA DISEPIKAN KAMU
DUHAI RAKAN FBKU...
SUKA KATAKAN SUKA
BENCI KATAKAN BENCI
AGAR AKU TAK TERNANTI-NANTI KASIH YANG TERSISIH
KASIH DAN RINDUKU
KAU BIARIN HANYUT
DI LAUTAN ASID BERGELORA
KAU BIARKAN TANDUS KEGERSANGAN
DI GURUN SAHARA
KUTUNGGU JAWAPAN DARIMU DUHAI RAKAN FBKU DI BENUA SANA
SAMADA ADAKAH AKU LAYAK UNTUK BERADA
DI SUDUT HATIMU
AGAR DAPAT KAU HARGAI PERSAHABATAN INI
SEMATA-MATA
BUKAN AKU SAPA-SAPA
BUKAN KAU SAPA-SAPA
HANYA UNTUK MENDAPAT REDHO ILAHI
DALAM JALINAN TALISIRATURRAHIM
SESAMA INSAN SALING KENAL MENGENAL
UNTUK SALING BERBAGI ILMU YANG ADA
TANPA ADA RASA SEDIKITPUN PELIT ILMU
BERBAGI ILMU DALAM RASA MERENDAH HATI
BERKATA PADA HATI
INILAH KATA-KATA YANG TERAKHIR AKAN AKU TULIS
MAKANYA AKU NAK TULIS YANG BAIK-BAIK SAJA
MANALAH TAHU KATA-KATA INI
BISA MENYELAMATKAN AKU DARI
SEKSAAN API NERAKA
PASTI KITA MENULIS
YANG TERBAIK DARI YANG TERBAIK....
INILAH HIKMAH DI SEBALIK KITA DIKETEMUKAN
DI ALAMMAYA
BUKAN TIDAK DISENGAJAKAN
TAPI DISENGAJAKAN
JIKA KAMU TERGOLONG DARI MEREKA YANG BERPIKIR...
MAKANYA PIKIR...PIKIRKANLAH
SAMADA AKU KAU SUDI TERIMA
DI SUDUT HATIMU
ATAU SELAMANYA KAMU MAHU SEPIKAN
KALAU SELAMANYA KAMU MAHU SEPIKAN
TOLONG IZIKAN AKU PERGI DARI SUDUT HATIMU
SIAPALAH AKU DI HATIMU
CUMALAH DAGANG MAK MALAU
DAGANG TAK BERTEMPAT
SEDIH HATIKU
KARNA KARYA-KARYAKU
TIADA TEMPAT DI HATIMU
MAKANYA KAU TEGA SEPIKAN
TANPA SEDIKITPUN EHSANMU....
DI DUNIA KITA TAK KETEMU
MOGA DI SYURGA KITA BISA KETEMU
KAU BIDADARAKU
AKU BIDADARIMU

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
5 Mei 2013

CINTA TERPATRI HINGGA KE SYURGAWI

Duhai cinta hatiku...
Di wajahmu ada ketenangan
Senyuman mu memukau kalbuku

Duhai cinta hatiku...
Di hatimu ada cinta
Sesuci embun pagi
Bicaramu selembut sutera
Aman roh dan jasadku mendengar
Setiap bait-bait katamu
Tiada membuatkan hatiku rasa diguris-guris pilu

Kau membuka mata hatiku
Tentang indahnya cinta kerana-Nya
Kau memuja-Nya
Aku memuja-Nya
Saling cinta mencintai 
Ikhlas sepenuh hati kerana-Nya
Kita sama-sama keasyikan memburu
Cinta-Nya yang tiada penghujung-Nya

Dalam kita bercinta 
Tiada sesaat pun kita melupakan-Nya
Indahnya cinta kita
Bagaikan berada di alam Syurga
Bahasamu bahasaku
Senada seirama
Menenangkan jiwa
Menenangkan roh
Lalu kita terbuai dalam alunan 
Zikir pada-Nya tiada penghujung-Nya

Biarpun bumi terbelah dua
Biarpun berbumbungkan langit
Kita akan teruskan
Percintaan ini dalam redha-Nya
Agar kita sama-sama bercinta kerana-Nya
Kerna kita berdua memahami 
Hakikat sebenar kenapa kita
Diketemukan
Bukan sia-sia
Bukan tidak disengajakan
Tapi disengajakan oleh-Nya
Atas kehendak-Nya
Kita bercinta kerana-Nya

Syukur Ya Allah
Atas Kurniaan Yang Berharga ini
Izinkan kubawa cinta pemberian-Mu ini
Hingga ke Syurgawi-Mu
Kerna aku mahu menjadi 
Bidadarinya di dunia jua di Syurga-Mu
Aamin Ya Rabbal A'Lamin

Terima kasih cinta hatiku
Yang kudambakan kerana-Nya
Kerana sudi menerima cintaku
Untuk menaungi tulang rusuk kirimu
Dengan izin-Nya kau menyempurnakan
Cintaku yang membawa ke Syurga-Nya
Makanya jika aku pergi dulu sebelummu ...
Redhailah pemergianku nanti...
Kerna dengan redhamu
Syurga menantiku ...
Dan aku menunggumu 
Di Pintu Syurga
Kerana akulah bidadarimu
Yang Allah catatkan
Cinta kita terpatri hingga ke Syurgawi
Aamin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Putri Rimba Niagara
25 April 2012

CINTA MEMBAWA KE SYURGA

Awak...
Terharu saya mendengar mengakuan awak
Sungguh ikhlas pengakuan awak pada saya
Cinta awak ke saya seperti saya 
Mendapat tiket ke Syurga
Selangkah kaki saya ke Syurga
Awak tahu tak...
Cinta yang sebeginilah yang saya dambakan
Jika orang yang mencintai saya
Cintanya mestilah cinta Allah 
Tempat Yang Teratas 
Saya tak mahu 
Cintanya ke saya
Mengheret saya dan dia 
Kelalaian daripada 
Mengingati Allah
Lalu terjebak
Dalam 
Kemurkaan Allah
Jika itu berlaku
Adakah cinta namanya?
Pastinya tidak
Itu semuanya cinta 
Palsu yang memusnahkan cinta suci
Makanya
Pabila saya mendengar mengakuan awak
Yang ikhlas itu 
Saya terus menangis kesyukuran
Di sejadah cintaNya
Mengucapkan syukur padaNya
Yang tak terucap
Kerna DiKurniakan 
Cinta dari hambaNya
Yang tulus ikhlas
Semata keranaNya
Syukur Ya Allah
Terima kasih cinta hati saya
Yang sudi melamar saya
Untuk sama-sama 
Menempah tiket ke Syurga
Moga dengan tersarungnya
Cincin Syurga ke jari manis saya
Jadilah saya bidadari awak
Bidadari yang setia
Hingga ke SyurgaNya

Awak menerima cinta saya keranaNya
Saya membalas cinta awak keranaNya
Inilah cinta yang telah tercatat di Lauhmahfuz
Wallahualam

Karya Putri Rimba.
25 April 2012

CINTA KERANANYA

Cinta ungkapan terlalu mudah disebut
Untuk menjadikan cinta itu seikhlas hati
Agak sukar dimengertikan
Mula cinta jadi benci
Mula sayang akhirnya melayang
Mulanya bicara manis
Akhirnya menjadi bicara yang merosakkan hati
Lalu hati terluka
Masing-masing tidak berkenan di hati
Apakah itu namanya cinta?

Makanya sebelum melahirkan ungkapan 
Cinta dan sayang 
Tanya pada diri
Adakah aku ikhlas mencintainya?
Atau aku saja untuk menyakitkan hatinya?
Pabila dia kecewa itu adalah matlamatku....
Kalau beginilah cinta pura-pura terjadi
Amat malanglah yang empunya diri
Membalas cinta pada si pendusta cinta!
Makanya sebelum hati terlara segera putuskan
Kerna akan meracuni jiwamu

Jika hatimu terlara kerana cinta palsu
Binalah keyakinan semula
Menyatakan
Allah sayang padamu
Kerna Dia
Telah merencanakan cinta yang terbaik untukmu
Cinta yang boleh membawamu ke SyurgaNya
Jika kau sabar dengan setiap KETENTUANNYA
Pasti kebahagiaan dunia akhirat menanti
Di masa itu baru kau tahu betapa nikmatnya
Penantian cintamu keranaNya 
Bercinta keranaNYa
Membalas cinta keranaNya
Terpatri cinta dari dunia hingga ke Syurgawi
Insya-Allah Aamin

Karya Putri Rimba.
25 April 2012

ASSALAMUALAIKUM CINTA

Assalamualaikum Cinta
by: D'ya Kesuma
~Assalamualaikum cinta
dirimu selalu dalam ingatanku
sudah tentu bayanganmu mendamaikanku
kerana kita disimpulkan sebuah rasa yang serupa
assalamualaikum cinta
genggamlah hatiku
hingga ku tak berpaling jauh darimu
kerana ku ingin selalu bersamamu
bahagia bersama keindahanmu
seolah-olah apa saja yang menimpa kita
tidak pernah mencuit cinta kita...~
By: D'ya Kesuma

CINTA KITA TULUS IKHLAS KERANA-NYA

Waalaikummussalam cinta...
Terima kasih kerana sudi mencintaiku
Percayalah dengan takdir ketentuanNya
Kau ditemukan denganku
Bukan tidak disengajakan
Tapi disengajakan oleh-Nya
Percayalah kau ditemukan denganku
Bukan untuk berpisah
Tapi untuk mematrikan cinta hingga ke SyurgaNya
Jika kau faham dengan takdir apa itu cinta keranaNya
Cinta kita akan terus mewangi
Wangiannya dari dunia
Terpatri hingga ke Syurga
Moga kau yakin dengan cinta kita ini
Cinta kita setulus ikhlas keranaNya
Itulah makna cinta sayang
Maka hargailah cintaku padamu sayangku

Karya Ratu Rimba Niagara
28 Ogos 2012

HINGGA HUJUNG NYAWA KUMENCINTAIMU KERANA ENGKAULAH BIDADARIKU

Gee isteriku yang tercinta sepenuh jiwa dan raga...
sudah tiga tahun pemergianmu
kehilanganmu separuh jiwaku hilang...
kerana ini takdirNya kuredha...
namun aku bersyukur padaNya
mengurniakan seorang isteri sebaikmu sesolehamu

Jujur kukatakan sepanjang menjadi suamimu aku bahagia
tidak pernah pun setiap detik kau melukakan hatiku
kata-katamu semuanya membuatkan jiwaku tenang....
aku bahagia sebahagianya
Syukur Ya Allah terima kasih isteriku

Segala makan minumku kau sediakan dengan seikhlas hatimu katamu, "Terima kasih kanda kerana sudi menikahi dinda ikhlas kerana Allah, dinda amat terharu dalam syukur padaNya Insya-Allah setiap detik dinda akan membuatkan kanda bahagia hidup bersama dinda, andai ada perbuatan dan tutur kata dinda membuatkan kanda terluka hati tersakiti hati beritahulah dinda kerana dinda perlu minta maaf selagi kanda tak maafkan hidup dinda tak akan tenang dunia akhirat ..."

"Dinda adalah kurniaan Ilahi yang kanda syukuri...kasih sayang dinda setulus ikhlas kepada kanda telah membuatkan diri kanda terasa sempurna, kandalah lelaki yang paling bertuah berjaya memiliki cinta dinda..."

"Tahukah kanda selagi dinda bergelar isteri kanda, Allah swt telah menjanjikan Syurga buat dinda...dengan syarat dinda menjadi isteri yang taat dan soleha kepada kanda. Cuma yang dinda harap kanda redha hidup dan mati dinda dan jika boleh dinda mahu mati dalam pelukan kanda...."

Setiap hari isteriku akan menyediakan secawan kopi cinta untukku sebelum ke pejabat...katanya..,' Duhai kanda tahukah kanda dengan hanya membuat secawan kopi cinta untuk kanda ganjaran pahala seluas langit dan bumi...itu tidak termasuk yang lain....Allahu Akbar siapalah tak mahu menjadi isteri soleha...terima kasih kanda kerana sudi menjadi suami dinda...Insya-Allah hingga hujung nyawa dinda berbakti kepada kanda ikhlas kerana Allah Taala.

Takdir mengatasi segalanya apabila isteriku gee disahkan mengidapi penyakit barah otak...walaupun lemah gee tetap tersenyum padaku katanya wajah gee yang tak secantik dulu lagi kanda masih lagi mencintai gee...kanda memandangkan umur gee tak panjang kanda carilah pengganti gee yer...agar hidup kanda tak kesepian......

"Gee, tak akan ada siapa yang akan mengambil tempat gee kerana kanda mencintai gee sehingga hujung nyawa kerana geelah bidadari kanda...cinta kita sampai Jannah..."

Karya Ratu Rimba Niagara
18 Ramadan 1437H
23 Jun 2016

PATRIKAN CINTA KAMI HINGGA KE SYURGAWI

Duhai bakal bidadariku...
Kau kata
Padaku
Jika ikatan kita sudah terpatri cincin cinta Syurga
Setiap hari kau akan menyediakan aku
Secawan kopi cinta
Itu adalah lambang cintamu yang takkan pudar padaku
Semakin hari semakin cinta
Semakin hari semakin sayang
Semakin hari semakin rindu
Tak perlu lagi ditunggu ungkapan
Cinta sayang dan rindu di ombak rindu
Tak perlu ditungggu tak perlu dilaungkan lagi
Setiap kata-katamu membuatkan
Aku teruja untuk memilikimu
Menyangimu mencintaimu seumur hidupku
Andai kata aku tidak memilikimu
Mahu rasanya kopi cinta itu
Terbayang-bayang wajahmu
Terbayang-bayang candamu yang menghiburkan
Terbayang kata-kata yang memukau kalbu
Kau mengujakan aku untuk terus memiliki cintamu
Tapi kau bilang...
Jika ingin memiliki cintamu...
Aku haruslah meletakkan cinta Allah Tempat Teratas
Barulah kau akan terima cintaku
Kau bilang cinta mu ada ke aku
Kiranya cintaku pada Allah Yang Pertama
Tersyahdu aku terkedu aku
Yang selama ini mengujakan cinta seorang wanita
Tapi kau mentarbiyahkan aku mencintai Allah
Mengatasi segalaNya
Cintamu sekadar apa adanya...
Dan kau mencintai aku lebih adanya
Kata-katamu itu menusuk di kalbuku
Aku muhasabah diriku
Apakah selama ini
Aku terlalu taksub dengan pesona cinta dunia?
Ya Allah aku bersyukur padaMu
Kau Kurniakan
CintaMu dengan
Hadirnya dia
Untuk kami terus-terusan mencintaiMu
Mencari jalan-jalan redhaMu
Hingga ke akhir hayat kami
Dan patrikan cinta kami
Hingga ke Syurgawi
Aamin

KARYA RATU RIMBA NIAGARA,
18 Ramadan 1437H
23 Jun 2016

MAKRIFAT CINTA...

Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.

Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.

Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.

Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajallah kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya

Memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta

"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"

TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH

"HIKMAH"

Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.

JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .

BERTENUN CORAK TUJUH PELANGI

Ya Allah aku mahu memandang WajahMu di Syurgawi
berdekatan dengan Rasulullah KekasihMu 
Allahu Akbar Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin.

Ya Rasulullah kurniakan kepada kami syafaatmu kerana kami mahu memandang Wajah Allah Azzawajallah di Syurgawi berdekatan denganmu Ya Rasulullah Kekasih Allah 
Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin.

SEMOGA CINTA IBU DAN AYAHKU TERPATRI SAMPAI JANNAH AAMIIN

BAPAKU SEORANG NELAYAN

Bapaku seorang nelayan,
Pergi ke laut menangkap ikan;
Suka hati bapa mendapat hasilan,
Hasil jualan untuk saraan.

Duduk di pantai menanti bapa,
Menanti bapa bersama ibu;
Dari jauh senyumnya bapa,
Senyuman buat hatiku terharu.

Rehat bapa bersama kami,
Keringat mengalir di dahi bapa;
Kulap peluh bapa masih kuingati,
Bapa suka ibu pun suka.

Bekalan dari rumah sudah terhidang,
Kami makan di bawah pohon rendang;
Penuh selera tak hiraukan orang ,
Berlaukkan sambal belacan juga rendang.

Seronok sungguh di kala itu,
Kami makan ditiup angin sepoi-sepoi ;
Selera sungguh bapa dan ibu,
Sambil makan memandang keindahan pantai.

Sungguh lucu melihat bapa,
Sudah kenyang lalu mengantuk;
Tertidur bapa penuh lena,
Nun di sana daunan kelapa terlentuk-lentuk.

Kenangan bersama bapa takkan kulupa,
Amat indah untuk dikenangi;
Moga bahagia bapa di Alam Syurga,
Bersama ibu yang dicintai.

(Ya Allah Kau Perkenankan Doaku Untuk Ibu 
Dan Bapa Tercinta Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin)

Karya Ratu Rimba Niagara,
6 Oktober 2011

KUSAYANG IBU SAMPAI JANNAH.

Hari ini genap sebulan ibuku meninggal dunia,
sayu...hiba...sendu...masih terasa...
sayu kerana aku teringatnya selalu
hiba kerana aku tak berpeluang memanggil ibu lagi
sendu kerana rindu tak berbalas rindu

Hari-hari rindukan ibu
hari-hari rinduku tak tertahan
hari-hari kuberharap dapat bertemu ibu 
dalam mimpi walaupun seketika hilang rinduku pada ibu

Dalam usia selewat ini
aku masih tidak dapat membalas jasa ibuku
setiap kali pulang ke kampung
ibu akan tersenyum meleret
demam terus sihat
demam kerana rindu

Sudah lama aku dan puteriku tidak pulang ke kampung
Ibuku bersiap-siap ajak aku dan puteriku
pergi ke pekan Port Dickson 
singgah kedai emas

"Pilihlah mana yang berkenan..., nak gelang ke rantai.." kata
ibu padaku...
"Mahallah emak..."
"Tak apa emak bayar...emak ada duit...
ha gelang tu cantik berkenan tak?"

Setelah tawar menawar gelang menjadi milikku. 
Ibuku senyum melihat aku memakai gelang pilihannya yang aku suka."

Kami singgah di pasar...
Aku membeli apa yang digemari ibuku.

Sampai di rumah aku masakkan ibu.
Ibu memang suka apa yang aku masak
Suka aku melihat ibuku makan masakanku...

"Perut dah kenyang tapi selera masih ada lagi...apa runding..."
Kami gelak melihat telatah ibuku setiap kali makan masakanku.

"Tambah lagi Mak Wa...ibu memang pandai masak," kata puteriku.

"Orang berselawat tu yang sedap..." kata ibu memujiku.

Kenangan demi kenangan bersama ibuku terlalu banyak...
semuanya kenangan yang tak dapat kulupakan...

Kusayang ibuku
sayang sesungguh sayang
kurindukan ibuku
rindu bergugus-gugus rindu...

Kusayang ibuku Allah lebih lagi menyayangi ibuku
sebab itu aku tak perlu bimbang
aku tak perlu sedih
ibuku kepunyaan Allah...
akupun kepunyaan Allah
Allah takdirkan ibu adalah ibuku
untuk Allah pinjamkan kasih sayang ibuku
agar aku menjadi anak yang bersyukur 
punyai ibu sebaik ibuku

Ya Allah sebagaimana Engkau takdirkan aku dapat hidup
bersama ibuku saling berkasih sayang, Engkau takdirkan juga aku ditemukan dengan ibuku di Syurga-Mu bersama dengan ayahku dan seluruh ahli keluargaku Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

Ibu..
walaupun ibu sudah tiada...
semasa ibuku hidup lagi
aku bercita-cita hendak membina Pondok Amal untuk ibuku dan ayahku...lambang cintaku pada ibu dan ayah...
moga Allah SWT makbulkan cita-citaku...
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.

Di saat terakhir aku memandang wajahmu ibu... bagaikan memandang indahnya purnama...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
moga Syurga lah tempatmu ibu Aamiin.

‘Anakmu yang menyayangimu sampai Jannah’

Rabeah Mohd Ali
24 Rabiulawal 1438H
24 Disember 2016

WAHAI JIWA YANG TENANG
surat Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).'
     3
  •  
  • Ratu Rimba Niagara's photo.
     1
  •  
  • Ratu Rimba Niagara's photo.
     1
    Norhaza Fazal Alhamdulillah Syukur Selamat malam Adinda syg persahabatan mewanggi kasturi
    Manage
    Reply1w
Ratu Rimba Niagara
    JIKA AKU PUNYAI SEGUDANG WANG
    Jika aku punyai segudang wang
    aku mahu jayakan segala cita terpendam
    langkah pertama mahu terbitkan
    seribu tajuk buku pelbagai tema
    jika Manifesto Pakatan Harapan 100 Hari
    aku pun inginkan 100 hari untuk 1000 tajuk buku
    karya sendiri...
    jika ada segudang wang
    itu semua tidak mustahil
    kerana bahan-bahan sasteraku sudah tersedia ada
    hasil kuberkarya sejak puluhan tahun
    yang tersimpan di perpustakaan alam nyata
    dan di perpustakaan alam maya
    lainlah jika aku baru mula hendak mengarang
    itu barulah mustahil...
    Sekarang yang mustahil aku tak punya segudang wang
    aku hanya punya segudang karya pelbagai tema...
    Selagi aku tidak berputus asa
    selagi itu ada harapan
    walaupun tidak punyai segudang wang
    tapi aku berangan Mat Jenin
    Aku bahagi-bahagikan kerja pada
    Penyusun karya-karyaku 10 orang
    seorang untuk 100 tajuk buku
    bayaran RM10,000.00
    jika 10 orang RM100,000.00
    Editor 10 orang
    seorang untuk 100 tajuk buku
    Bayaran seorang editor RM10,000.00 untuk 100 tajuk buku
    jika 10 orang jumlah RM100,000.00

    Pereka Grafik 10 orang
    seorang untuk tajuk 100 buku
    bayaran seorang pereka grafik RM10,000.00
    untuk 100 tajuk buku
    jika 10 orang jumlah RM100,000.00
    Aku anggarkan kos cetak buku untuk 1,000 tajuk buku RM1,000,000.00
    aku cetak buku jumlah yang paling maksima
    Mana hendak kucari wang sebanyak itu
    tapi tak salahkan jika aku berangan Mat Jenin
    tak rugi pun!
    Tapi andai realiti anganku
    jika tak ada yang beli bukuku
    tak rugi ke?
    Selama dalam dunia sastera
    aku tak pernah untung pun malah sanggup rugi
    bila sudah minat mengatasi kerugian
    tidak jadi masalah
    Aku rasa bahagia yang teramat sangat
    apabila melahirkan sebuah buku
    inikan seribu buku dalam 100 hari
    aku mencabar pada diriku sendiri
    pada pandangan orang mustahil
    tapi jika Allah kata Kun Fayakun
    tiada yang mustahil
    aku usaha
    aku tawakal
    aku pasrah...
    padaNya kugantungkan sejuta harapan
    moga Allah makbulkan aku punyai segudang wang
    agar terealit segala cita-citaku
    insya-Allah aamiin.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    18 Muharram 1440H
    28 September 2018

Ratu Rimba Niagara berkongsi foto.
 
8 Oktober 2017
KENANGAN INDAH BERSAMA BAPAKU MOHD ALI
Sejujurnya aku bukanlah tergolong di kalangan pelajar yang bijak pandai. Bilamana dikelilingi dengan pelajar yang bijak pandai rasa rendah diri menebal di jiwa. Aku rasakan semua lebih pandai dariku aku terkial-kial untuk hendak jadi pandai seperti mereka. Tapi yang paling menghairankan aku guru melantik aku menjadi pengawas ketika aku tingkatan 3, aku mahu menolak tapi guru tetap melantik aku jadi pengawas.
Bapa bangga aku jadi pengawas. Pergi ke sekolah pakai baju kemeja biru talileher merah dan kain putih.
Masih kuingat hingga kini bapaku setiap malam jumaat menadah air hujan untuk diberikan kepadaku minum sebagai air penerang hati.
Mengenangkan pengorbanan bapaku yang ingin aku menjadi pelajar cemerlang aku belajar bersungguh-sungguh...ulangkaji pelajaran...jika orang bijak pandai berusaha hanya sedikit tapi aku usaha berganda-ganda sejujurnya aku tidak dapat menandingi kepandaian pelajar yang otaknya gred A+++
Belajar memang lah sampai larut malam tapi bukan aku yang baca buku tapi aku tertidur di atas buku. Untuk menghilangkan rasa mengantuk aku membuat nota ...
Setiap pagi bapaku buatkan ku sarapan pagi katanya jika bersarapan pagi otak akan jadi cergas dan senang memahami apa yang dijar oleh guru.
Kenangan bersama bapaku sememangnya indah. Kini sudah puluhan tahun bapaku pergi buat selamanya . Moga roh bapaku di tempatkan bersama-sama roh yang beramal soleh dan ditempahkan di Jannah , kami sekeluarga dapat bertemu di Syurga. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
23 ZULHIJJAH 1436H
6 OKTOBER 2015
Foto drtuah.
drtuah sedang bersama Senjakala Indah.
7hb Oktober 2015 ·
DARI FAIL KECEMERLANGAN 3E
"Kalau tak nak pergi sekolah, tak nak belajar, tak nak mengulangkaji, bawa air jampi selori pun tak jadi." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
INGIN KUGAPAI BINTANG DAN BULAN UNTUK KUHADIAHKAN PADA ANAK CUCU SENUSANTARAKU TERCINTA SEPENUH JIWA RAGAKU DEMI-NYA!
" Ambilkan Bulan "
Karya: Laksamana Mas & Ratu Rimba Niagara
Ambilkan bulan bu,
Ambilkan bulan Bu
yang selalu bersinar dilangit
Dilangit bulan benderang
Cahyanya sampai ke bintang
Ambilkan bulan Bu
untuk menerangi,
tidurku yang lelap
Dimalam gelap
Beningnya suara mu menggetarkan seluruh tubuh ku,.....
"Dewi Arum Ayu Laksimi Laksitarukmi Kusumoningrat "
- Dewi Sekar Tanjung -
kebahagiaan selalu ada bersama mu,.
Amin...amin..amin..Ya Rabbalalamin......
By: Laksamana Mas
BULAN INDAH HADIAH UNTUKMU NAK!
Nak...
Ini bulan indah tuk mu nak...
Dengan keringat air mata darah
Bu usahakan sampai berjaya
Demi kebahagiaan dunia akhiratmu sayang
Bu pertaruhkan nyawa
Di setiap penjuru waktu
Demi menggapainya
Hingga berjaya sayang
Dari segi lojik
Dalam usia selewat begini
Mana bisa mampu
Bu menggapainya sayang
Tapi demi kekuatan cinta
Yang tak pernah padam padamu sayang
Bu usahakan sehingga berjaya
Biarpun hati bu remuk redam
Luka parah membarah
Pedih perih
Jerih memerihkan
Sakit menyakitkan
Bu teruskan jua perjuangan ini
Demi mu sayang...
Tak apalah
Apalah ada kebahagiaan di dunia ini
Yang cuma sementara saja
Jika dibandingkan dengan
Kebahagiaan hakiki
Di negeri abadi sayang...
Makanya jagalah
Hadiah bulan ini nak
Tulus ikhlas daripada bu...tukmu sayang...
Bu memberi hadiah yang
Paling berharga padamu sayang
Tiada niat tuk mengharap
Balasan apa-apa darimu sayang
Cuma cukuplah sekadar
Menjaga kemerdekaan ibu pertiwimu
Agar tidak akan jatuh
Ke tangan musuh durjana
Jagailah sampai kapanpun!
Selagi ada bulan dan matahari!
Jangan lupa di setiap kali
Purnama malam mengambang
Jika rindu pada bu
Tataplah senyuman bu di sana
Pasti hilang rindumu sayang...
Bu yang menyayangimu dunia akhirat
Tulus Ikhlas Daripada Bunda Permaisuri Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
14 Jun 2012
Karya Ratu Rimba Niagara & Laksamana Mas
15 Jun 2012

APABILA TAPAK SULAIMAN/ BINTANG LAUT MENJADI BINTANG
Sejak berkurun lamanya Tapak Sulaiman
berada di dasar laut.
Tiba-tiba terdetik di hati Tapak Sulaiman,
‘Sampai bila aku jadi begini?’
Di dasar laut cuma nampak bebayang
bintang-bintang disimbahi cahaya rang bulan.
“ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!
Tiada bezanya aku dengan bintang
cuma aku di dasar lautan
tidak berkedipan!
Bolehkah aku jadi bintang?
Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?
Di dasar ini aku tidak berfungsi
kepada penghuni laut
sedangkan aku ingin hidup
menyinari hidupku dan menyinari
hidup mereka yang memerlukan
kerdipan sinarku.” Tapak Sulaiman
mula menyedari kejahilannya.
Dia telah memasang impian.
Setiap hari Tapak Sulaiman
terus mengeluh...
Meratapi nasib diri…
Mencemburui kegemerlapan bintang
seolah-olah mereka mengejeknya
kerana berangan hendak
menjadi bintang.
“Kau siapa?
Jalan pun terhegeh-hegeh
di dasar laut ini… tanpa boleh berbuat apa-apa?
Lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
kebijaksanaan aku.. Jangan nak beranganlah!
Ha…ha…ha…” Ejek naga laut sambil menayangkan
kejadiannya yang unik mempersonakan
seluruh penghuni laut kerana itu naga laut
popular dan dihormati .
“Engkau jangan memperlekehkan
cita-cita aku. Akan kubuktikan!
Lihatlah nanti!” Jerit Tapak Sulaiman
memecah ketenangan malam itu.
Laut yang tenang tiba-tiba mengaum di sertai
dengan gelombang ombak mengganas!
Gerakkan dasar laut telah membawa
Tapak Sulaiman ke dalam gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempasnya
ke pantai.
Kini Tapak Sulaiman berada di pantai
di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!
Seakan mimpi Tapak Sulaiman
berjalan ke sana ke mari
menari-nari.
Bila malam tiba Tapak Sulaiman
menikmati suasana malam sambil
memerhatikan kegemerlapan
bintang-bintang di langit di sinari
sinaran cahaya bulan.
Sungguh jelas permandangan tika itu
tidak perlu samar-samar lagi
tika berada di dasar laut.
“Bolehkah aku menjadi bintang?
Bolehkah? Bolehkah?
Bintang aku ingin berkawan denganmu?
Aku ingin menjadi sepertimu.”
“Tapak Sulaiman, kau boleh menjadi
seperti kami jika kau yakin dengan
kebolehanmu! Percayalah!
Kami menunggu kau di sini!
Kau boleh! Pasti boleh!”
Kata perangsang bintang kepada
Tapak Sulaiman pada malam itu.
“Pelik ya macam mana bintang boleh
mendengar suaraku? Sedangkan
Jarak dengannya…
Dia di langit aku di bumi
komunikasi aku dengan bintang
satu keajaiban!”
Tiba-tiba kedengaran
gauman entah mana datangnya
memecah ketenangan malam.
Pepasir di pantai berterbangan.
UFO rupanya sedang mendarat
dua makhluk asing datang
menghampiri Tapak Sulaiman.
“Tapak Sulaiman mahu ke engkau
ikut kami?” Tanyanya.
Ke mana?”
“Úntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”
“Nak! Nak! Nak! Bodohlah aku kalau tak nak!”
Malam itu mimpi Tapak Sulaiman menjadi kenyataan!
Dia telah menjadi bintang!
Disambut bintang-bintang yang
Bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
yang menakjubkan Tapak Sulaiman!
Siapa sangka impian Tapak Sulaiman menjadi kenyataan?
Tidak sia-sia impiannya selama ini!
Barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
Ini jika digunakan keajaiban minda!
“Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
akan kukongsi bersama mereka yang ingin
menjadi sepertiku!”
Janji Tapak Sulaiman pada dirinya.
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Agustus 2013
INGIN KUGAPAI BINTANG UNTUK KUHADIAHKAN KEPADA ANAK CUCU SENUSANTARAKU TERCINTA SEPENUH JIWA RAGAKU!
PANDANGLAH BULAN ...PANDANG BINTANG DI LANGIT MALAM DI SITU KASIHKU TAK PERNAH PADAM UNTUKMU"
KITA BERKASIH SAMPAI SYURGA
Salam penuh kasih sayang
Salam sayang seindah budi
Salam hati berbunga Syurga
Salam silaturahim seharum Syurga
Seindah Bahasa Seindah Budi Seindah Syurga
Kasih dan sayang
Sentiasa mewangi di hati
Bagaikan irama dan lagu
Tak dapat dipisahkan
Hanya kematian memisahkan kita
Di Syurga setia menanti
Begitu asyik berkasih sayang
Begitu indah saling menyayangi
Dibuang segala prasangka
Dibuang segala iri hati
Ditumbuhkan kasih seindah hati Berbunga Syurga
Sentiasa mewangi dan harum sehingga akhir hayat
Berkasih denganmu rasa tak jemu
Berpisah denganmu rasa terhenti degupan jantungku
Rasa dunia ini kelam ...gelam...bergerhana sepanjang musim
Tolong jangan kamu bilang mahu berpisah denganku
Sekali aku jatuh kasih dan sayang
Akan kusimpulmatikan kasih sayang itu sampai ke akhir hayat
Begitu indahnya kasih sayang bagiku
Indahnya bagaikan pelangi di malam hari
Siang berpelangi sampai ke malam berpelangi
Indah hidup ini sepanjang hari berpelangikan
Warna-warni pelangi kasih sayang
Setiap hari dan saat hanyalah senyuman terukir manis di bibir
Wajah berseri-seri sentiasa nampak bagaikan putri dan putra
Subhnallah kita hidup bagaikan di alam kayangan
Kayangan nan indah mempesonakan
Saling menyanjungi menghormati membantu antara kita
Dalam menghidupkan ikatan silaturahim kasih sayang
Semurni hati Berbunga Syurga
Semurni kasih sedingin air di Kali Syurga
Begitu indahnya berkasih sayang atas dasar kerana-Nya
Saling memahami apa itu erti qada & qadar
Tak akan terputus kasih dan sayang
Walaupun tsunami cuba memisahkan kasih kita
Kitakan tetap bersama berkasih sampai Syurga
Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
8 Syawal 1434H
15 Ogos 2013
JAGALAH WARISAN MOYANGMU
Tak akan sumbang langkah kakimu,
Karna kepahlawananmu sudah terbilang;
Kau tak pernah jemu mendidik anak bangsamu,
Agar ilmu kepahlawanan melayu jadi terbilang.
Tenaga sikit bisa menang,
Asalkan ikhlas dalam perjuangan;
Biar berputih mata jangan berputih tulang,
Bersatu hatilah demi perjuangan.
Melayu tak mudah layu,
Jangan iri sesama melayu;
Tingkahkan ukhuwah sesama melayu,
Berpadu pemikiran demi bangsa melayu.
Dari pagi hingga ke petang,
Mencari ilmu dibawa pulang;
Berkorban demi generasi mendatang,
Pusaka bangsa dijaga agar tak hilang.
Moyang kita selalu berpesan,
Sesama melayu seperti ikatan lidi;
Berpadu teguh demi sebuah perjuangan,
Hingga ke nafas terakhir dibawa pergi.
Pahlawan melayu bijak mengatur langkah,
Agar tak tersilap di kesani musuh ;
Pantang pahlawan melayu bermusuh,
Musuh dalam selimut itu yang susah.
Duri dalam daging.
Api dalam sekam;
Ada masalah kita berunding,
Menjadi indah tidak terakam.
Melayu jangan suka membanding.
Di depan manis di belakang menikam;
Melayu sedarah sedaging,
Sakit melayu semua mencengkam.
Tiada masa untuk menunggu,
Pada yang leka teruslah leka;
Perjuangan jangan mudah terganggu,
Masa berlalu pergi tak menunggu kita.
Jangan hari ini semangat besok dah layu,
Jiwa perjuangan tak pernah layu;
Makanya bangunlah bangsa melayuku,
Jangan berleka lagi masa tak menunggumu.
Sudah jauh perjalanan melayu,
Bangunlah demi anak bangsa;
Saling sokong menyokong demi melayu,
Agar terbinanya budaya bangsa.
Putra putriku kau pewaris bangsa,
Usia kami beransur senja kini,
Kelemahan kodrat kian terasa,
Kalianlah sandarkan harapan kami.
Ketiadaan kami jangan ditangisi,
Pengorbanan kami untuk kalian tercinta;
Kalian sentiasa kami sayangi,
Dalam doamu kenangilah kami.
Moyang mu ingin berpesan.
Kami tinggalkan warisan bangsa ;
Untuk kalian teruskan perjuangan,
Agar berkekalan sepanjang masa.
Hargailah peninggalan moyangmu ini,
Jagailah seperti menjaga nyawamu sendiri;
Begitulah perjuangan moyangmu selama ini,
Demi mu dilupakan kepentingan sendiri.
Senyuman anak cucu,
Kebahagian moyangmu;
Jagailah warisan moyangmu,
Itulah lambang cinta yang berpadu.
Karya Ratu Rimba Niagara
5 April 2012
KARYA INI DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK:
SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN MELAYU,
SEMUA PEJUANG BANGSA MELAYU;
SEMUA PEJUANG BAHASA MELAYU,
LAKSAMANA HANG TUAH BERSUMPAH TAK KAN HILANG MELAYU.
SEMUA AHLI GROUP YANG SENTIASA TERSANJUNG DI HATI.
DISIARKAN JUGA UNTUK SEMUA:
KERABAT DIRAJA MALAYSIA
KERABAT DIRAJA INDONESIA
PEMIMPIN MALAYSIA
PEMERINTAH INDONESIA
RAKYAT MALAYSIA
RAKYAT INDONESIA
BANGSA MELAYU SELURUH DUNIA
PENCINTA BAHASA MELAYU
PENCINTA SASTRA MELAYU
PENCINTA SASTERAKU DUNIAKU
WARGA DUNIA YANG MEMINATI BAHASA MELAYU
PEWARIS ANAK CUCUKU TERCINTA
RAKAN FB DAN GROUP YANG TAK JEMU MEMBERI SOKONGAN/DUKUNGAN UNTUK HAMBA BERKARYA SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA...
MEREKA YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM MEMBERI SOKONGAN/DUKUNGAN DALAM PERJUANGAN KHAZANAH SASTRA UNTUK DIWARISKAN PADA ANAK CUCU BANGSA MELAYU RUMPUN MELAYU SEDUNIA.
SEKALUNG BUDI DAUNAN KASIH SETULUSNYA DARIPADA,
RABEAH MOHD ALI @ RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
(PETIKAN DARIPADA GALERI SASTRA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013
IZINKAN KUBAWA KASIH SAYANGMU SAMPAI SYURGA
AKU BUKAN SEORANG RATU
AKU CUMA RATU PUJANGGA
RATU PUJANGGA HATIMU
SETIA BERPUJANGGA
ANDAI KAU SUDI TERIMA HADIAH
PUISI YANG KUKARANGKAN
AMATLAH KU HARGAI
SEUMUR HIDUPKU
SELAGI NAFAS TAK TERHENTI
IN SHAA ALLAH BERPUJANGGA
ANDAI NAFASKU TERHENTI
TELAH KUBINGKAIKAN PUISI-PUISI INDAHKU DI HATIMU
AGAR KAU TAHU BETAPA AKU CINTA DAN SAYANG AKAN KAMU SEHINGGA DI SYURGA KUBAWA KASIH DAN SAYANGMU
MOGA KITA BERTEMU DI SYURGA MENYAMBUNG PERSAUDARAAN DEMI-NYA INI
IN SHAA ALLAH AAMIIN
RAKAN ALAMMAYAMU YANG SUKA BERPUJANGGA
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
21 Zulhijjah 1434H
26 Oktober 2013
PERSAHABATAN SENTIASA MEWANGI DI HATI
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sepi bukan berarti hilang..
Diam bukan berarti lupa..
jauh bukan berarti putus..
Karena ada 1 ikatan yg tak mungkin putus,
PERSAHABATAN..
Aamiin Ya Rabbal'alamiin..
Persahabatan alammaya saling menghormati dan memahami saling memberi sokongan dan saling muhasabah diri sendiri bertemu dan berpisah kerana Allah...itulah membuatkan persahabatan sentiasa mewangi di hati walaupun tidak menjadi sahabat alammaya lagi atas memahami kesibukan kerjaya rakan alammaya kita...
Alhamdulilah syukur. Selamat pagi semua, sentiasa bersyukur dengan rezeki dan redha atas ketentuan yang telah ditakdirkanNya. #SalamMuslim#Iman #Islam#Quote
AKU JEMPUT REMBULAN KE KAMAR HATIKU
Sudah lama kujemput rembulan singgah ke kamar hatiku
akan kuhampar permaidani rindu menunggu kedatanganmu
akan kuhias tirai bercorak reranting meranti tempat pungguk merindu
dan kurenjis kasturi biar semerbak sewangi kasihku
namun rembulan tetap bermusafir di angin lalu
kamar hatiku sepi seperti selalu.
MURBA TERPINGGIR
Kuala Lumpur.
AKU CUMA MAHU JADI RATU DI HATI RAKYAT
AKU CUMA MAHU MENJADI RATU DI HATI RAKYAT
DAN RATU DI HATIMU
BIARPUN AKU BUKAN SEORANG RATU
CUMA RATU DI HATIMU
JIKA RAKYAT TAK SUDI
KAMU TAK SUDI
IYALAH TAK APA
ASALKAN ALLAH SUDI ITU SUDAH LEBIH BERMAKNA
DARI ALAM DAN SEISI-NYA
IN SHAA ALLAH AAMIIIN
DARI ALLAH AKU DATANG KEPADA ALLAH AKU DIKEMBALIKAN
JANGAN KITA HALANG ORANG MEMBUAT KEBAIKAN
SEDANGKAN KITA LANGSUNG TIDAK MAHU BERBUAT KEBAIKAN INI BERMAKNA DI PEMIKIRAN KITA MAHUKAN KEHANCURAN SEBUAH NEGARA JIKA KITA BERSIKAP BEGITU LEBIH BAIK SEGERA MATI DARIPADA HIDUP KERANA HIDUP TIDAK MEMBERI ERTI PADA DIRI KITA SENDIRI APATAH LAGI PADA ORANG LAIN....
BUKANKAH ALLAH SURUH KITA BERAMAL KEPADA TUHAN DAN BERBAKTI KEPADA MANUSIA BERBEZAAN PENDAPAT ITU BIASA TAPI MATLAMATNYA TETAP SAMA MAHU MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI YANG ALLAH REDHA SEBELUM DIJEMPUT PULANG KE PANGKUAN-NYA. KAMU HARUS INGAT MANUSIA ITU HIDUP ATAS NIATNYA
JIKA KITA NIAT JAHAT PASTI MATI DALAM KEJAHATAN
JIKA KITA NIAT BAIK PASTI MATI DALAM KEBAIKAN KERANA SETIAP KEBAIKAN ITU
ADALAH DATANG DARI ALLAH ....
DARI ALLAH AKU DATANG KEPADA ALLAH AKU DIKEMBALIKAN
MOGA AKU MATI DALAM KEBAIKAN MEMBAWA NIAT-NIATKU YANG BAIK-BAIK
IN SHAA ALLAH AAMIIN.
RATU RIMBA NIAGARA
15 April 2013
AKU BUKAN SEORANG RATU UNTUK DISANJUNGI DAULAT TUANKU! MEMADAILAH RATU PUJANGGA HATIMU YANG SETIA BERPUJANGGA!
ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA BICARA,
KEPADA SEMUA TEMAN ALAMMAYAKU,
BERSAMA BAYU KUKIRIMKAN KARYA,
TERIMA KASIH DAUN KELADI BACA KARYAKU
MAAFKAN DAKU JIKA KUKHILAF DALAM BERSASTERAKU DUNIAKU!
KARENA SAYANG AKU MENULIS,
INGIN BERBAKTI PADA SEMUA,
MAAFKANKU JIKA TERSALAH TULIS,
DALAM KARYA KUBERTALISIRATURAHIM DENGAN SEMUA.
ALLAH SUKA ORANG YANG MENYAMBUNGKAN SILATURAHIM
ALLAH BENCI ORANG YANG MEMUTUSKAN SILATURAHIM
MAKANYA MAAFKAN DAKU JIKA ADA KERETAKAN SILATURAHIM KERANA TIDAK AKAN MASUK SYURGA SI PEMUTUS SILATURAHIM
ANDAINYA KU TAK TERIMA SEBAGAI RAKAN FB BUKAN TAK SUDI KARENA INGIN MEMFOKUSKAN KEPADA KERJAYA KARYAKU DI GRUP KITA MASIH BERTALISIRATURAHIM
DI ALAM NYATA BERSILATURAHIM JUGA
MOGA IKATAN SILATURAHIM KITA SAMPAI KE KUBUR AGAR KITA LEPAS AZAB KUBUR BILA DITANYA SIAPAKAH SAUDARA KAMU...BETAPA SILATURAHIM AMAT PENTING DALAM ISLAM MOGA SYURGA TERUNTUK UNTUK KITA KERANA TIKA HIDUP KITA SALING BERSIRATURAHIM KERANA ALLAH TAALA ...
INDAHNYA SILATURAHIM DAPAT MENJAWAB SOALAN KUBUR DAPAT JUGA SYURGA HANYA MENJAGA SILATURAHIM SESAMA KITA
TIDAK MENJADI HINA JIKA KITA MEMAAFKAN ORANG YANG MEMINTA MAAF TIDAK MENJADI MULIA BAGI ORANG YANG TIDAK MAHU MEMAAFKAN KERANA KU MALU DENGAN ALLAH KU MINTA MAAF KEPADA MEREKA YANG KECIL HATI DENGAN SAYA GARA-GARA BAHASA KARYA SAYA YANG TIDAK MEMUASKAN HATI GARA-GARA TIDAK AKTIF MEMBERI KOMENTAR PADA KARYA SAYA KITA TERPISAH PERSAHABATAN DI ALAM MAYA...TAPI PERCAYALAH KITA TETAP BERSAUDARA ...SUDILAH MEMAAFKAN SAYA...SAYA TIDAK MAHU GARA-GARA SAYA BERKARYA DIKATAKAN SAYA TIDAK MAHU BERTALISIRATURAHIM DAN MEMUTUSKAN SILATURAHIM....PERCAYALAH WALAUPUN TIDAK MENJADI RAKAN FB SAYA...DI GRUP ATAU DI ALAM MAYA ATAU DI ALAM REALITI KITA TETAP BERTALISIRATURAHIM SAMPAI MATI....SAMPAI KUBUR...SAMPAI SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIN CUMA DI FB IZINKAN SAYA BERKARYA TANPA MENUNGGU KOMENTAR DARIMU LAGI. KERJA SAYA MENULIS JADI SAYA PERLUKAN KOMENTAR DARIPADA RAKAN-RAKAN FB SAYA JIKA SEBAGAI RAKAN GRUP TIDAK MEMBERI KOMENTAR TIDAK APA. HARAP SUDI PAHAMI DUNIA SASTRA SAYA...SAYA BERSASTERA BUKAN UNTUK MEMUTUSKAN TALISIRATURAHIM ...SAYA BERSASTRA UNTUK MENDAPAT KOMENTAR DARI RAKAN FB SAYA ITU SAJA YANG SAYA TAHU. JIKA RAKAN FB SAYA MEMAHAMI PASTI DIA TIDAK MENGATAKAN SAYA MEMUTUSKAN SILATURAHIM. DUHAI RAKAN FB TOLONG MAAFKAN SAYA ...TOLONG SUDI MEMAHAMI DUNIA SASTERA SAYA.
JIKA SAYA BERSASTERA KERANA MAHUKAN PENGHARGAAN DARIPADA MANUIA PASTI SAYA TIDAK AKAN MENULIS KERANA SAYA MENULIS PUN BUKAN DAPAT PENGHARGAAN DARI MANUSIA MALAH DISEPIKAN KARYA SAYA TIDAK DIPANDANG SEBELAH MATA...JAUH SEKALI MENDAPATKAN KEUNTUNGAN HASIL DARIPADA PENULISAN SAYA....JADI JANGAN SALAH ANGGAP KEPADA SAYA ..KERANA SAYA MENULIS MAHUKAN SANJUNGAN TIDAK TERDETIK HATI SAYA MAHUKAN DISANJUNG...SAYA MENULIS KERANA SAYA MENGHARGAI BAKAT YANG ALLAH SWT KURNIAKAN KEPADA SAYA UNTUK SAYA BAKTIKAN KEPADA SEMUA SAUDARA SEISLAM SAYA DI DUNIA INI. MOGA KARYA-KARYA YANG SAYA TULIS ALLAH SWT TERIMA SEBAGAI BEKALAN SAYA DI ALAM AKHIRAT MENANTI PASTI. ITULAH YANG SAYA DAMBAKAN DAN KENAPA SAYA MENULIS DAN TERUS MENULIS...
YA ALLAH KAU JADIKANLAH LAMAN FBKU SEBAGAI MEDAN JUANGKU FISABILILLAH DALAM BIDANG SASTERA YANG KUTULIS...KAU KURNIAKAN RAKAN FBKU YANG SENTIASA SUDI DAN ADA MASA UNTUK MEMBERI KOMEN/KOMENTAR YANG BERNAS SEIIRING TEMA KARYA YANG KUTULIS DENGAN BAHASA YANG DITULIS ITU KAU KIRA AMALAN SOLEH DI ALAM AKHIRAT SETELAH MATI KERANA APA YANG DITULIS ITU DIBACA JUGA MEREKA YANG HIDUP... AAMIIN
YA ALLAH ANDAINYA RAKAN FBKU SIBUK DENGAN URUSAN KERJAYANYA...TANPA MAHU MEMBERI KOMEN/KOMENTAR PADA KARYA-KARYA YANG KUTLILIS ..BUKAKAN HATINYA UNTUK MEMAAFKAN AKU...JIKA AKU MENGGANTIKAN TEMPATNYA PADA ORANG LAIN YANG SUDI MENJADI PEJUANG SASTERAKU...KERANA JIKA MEREKA KECIL HATI KERANA CUMA MENGHARAPKAN SEBUAH KOMENTAR DAN AKU JUGA KECIL HATI DENGANNYA SAMA-SAMA KECIL HATI...KAMI JADI SAHABAT YANG SALING MELUKAI DAN MENYAKITI DALAM SENYAP. AKU TAK MAHU BEGITU YA ALLAH...MAAFKAN KAMI BERDUA ...TIADA NIATKU UNTUK MEMUTUSKAN SILATURAHIM ...AMPUN KAN AKU YA ALLAH...AMPUNKAN SAHABAT ALAM MAYAKU JUGA.
AKU BERSASTERA MAHUKAN REDHAMU
AKU BERSASTERA MAHU SALING MENJAGA SILATURAHIM KERANA-MU WALAUPUN CUMA DI ALAMMAYA....
KEPADA SEMUA RAKAN ALAMMAYAKU YANG BERGELAR RAKAN FB, RAKAN GRUP DAN PEMBACA SETIA KARYA-KARYAKU DI ALAM MAYA INI...SUDILAH MAAFKANKU...JIKA KERANA SASTERAKU INI TELAH MELUKAI HATI KALIAN...PERCAYALAH SIAPAPUN KALIAN SELAGI BERSTATUS HAMBA ALLAH AKU SAYANG KALIAN SESUNGGUHNYA SAYANG ...SAYANG KERANA ALLAH TAALA...MAKANYA DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI MAAFKAN DAKU ....AKU MERAYU PADA KALIAN SUDI MAAFKANKU DAN SUDI MEMAHAMI DUNIA SASTERAKU....KU MERAYU KERANA KALIAN ADALAH SAUDARA SEISALAMKU YANG PATUT AKU HORMATI DAN SANJUNGI ITULAH YANG DIMAHUKAN OLEH TUHANKU ALLAH AZZAWAJALLAH.
MULAI SAAT INI DAN DETIK INI KITA KOSONG KOSONG YE...APA SUDI MAAFKANKU DAN SUDI MAAFKAN KU SAMPAI KAPANPUN!
'AKU BUKANLAH SEORANG RATU UNTUK DISANJUNGI DAULAT TUANKU!
MEMADAILAH AKU RATU PUJANGGA DI HATIMU YANG SENTIASA SUDI SETIA BERPUJANGGA DENGANMU DI BALIK BAYU HANYA BAYU MENYAMPAIKAN PUISI-PUISIKU
DENGAN IZIN-NYA PADAMU SAMADA KAMU SUDI ATAU TIDAK MEMBACANYA ..JIKA SUDI BACA DAN HAYATI JIKA ADA ILHAM BERIKAN ILHAM ITU SEBAGAI KOMEN/KOMENTARMU AGAR BISA MENGHARUMKAN SILATURAHIM DAN JIKA TAK SUDI BACA TAK APA KU TAK BERKECIL HATI.....ASALKAN KAU SENTIASA SUDI MEMAHAMI DUNIA KARYAKU ITU SUDAH MEMADAI BUATKU .'
PUJANGGA YANG SETIA BERPUJANGGA DENGANMU
YANG MAHU SENTIASA BERSILATURAHIM DALAM BERKARYA
MOHON KEMAAFAN SAMPAI KAPANPUN JIKA KERANA SASTERA KUKHIILAF
,
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
18 Syawal 1434H
2 Ogos 20131
ERTI KEBAHAGIAAN DALAM BERSAHABAT DI ALAM MAYA
biarpun alammaya ini cumalah laman sosial
saja santaikan minda
canda...canda...
suka...suka...
tapi bagiku
terlalu serius
terutama laman fbku
medan juangku bersastera
segala pemikiran
segala ide
segala ilham
dicurah di laman fbku
yang ku namakan laman fbku
KERAJAAN RIMBA NIAGARA
AKU SEBAGAI RATU MEMERINTAH KERAJAAN RIMBA NIAGARA
rakyatku adalah rakan-rakan fbku
rakyatku tidaklah ramai
lebih kurang 50 orang saja
sebagai menyandang jawatan rakyat rimba niagara
mereka juga merangkap kesatria sastera RATU RIMBA NIAGARA
kesatria sastraku jika tidak aktif
malas untuk berbakti pada KERAJAAN RIMBA NIAGARA
akan dilucutkan kerakyatannya sebagai rakyat rimba niagara
kerana telah derhaka kepada Kerajaan Rimba Niagara
tidak mahu menyumbang bakti tanda kesetiaan kepada Kerajaan Rimba Niagara.
Andai mereka yang telah kulucutkan kerakyatan
janganlah berkecil hati atau marah....anggaplah ini sandiwaraku sandiwaramu
kita sama-sama sandiwara...kau dengan sandiwaramu kenapa mahu jadi rakyat rimba niagara dan aku dengan sandiwaraku menjadi RATU RIMBA NIAGARA
jadi kita sama-sama faham dan tidak akan kecil hati jika kita tidak memahami sandiwara masing-masing.
Hiduppun satu sandiwara....kita sebagai pelakonnya...kita hendak melakonkan watak yang disenangi atau tidak terpulang kepada kita tiada siapa yang memaksanya.
Semua hidup bermatlamat...
Waima pun bersahabat dalam fb...
Jika kita hendak berkawan dalam fb kita tanya diri kita terlebih dahulu
Adakah kita berkawan ini untuk saling membahagiakan atau saling melukakan
Jika kita rasa kita tidak dapat membahagiakan kawan kita saja canda-canda
Itu satu keputusan yang silap yang perlu diperbetulkan....
Agar kita tidak saling menyalahkan kawan kita....
Moga kita bisa menjadi seorang sahabat saling membahagiakan dan memahami
Kehendak sahabat kita jika kehendaknya boleh mewangikan silaturahim sampai ke kubur sampai ke Syurga. ITULAH SAHBAT ALAMMAYA SALING MEMBAHAGIAKAN KERANA MENJAGA HUBUNGAN SILATURRAHIM AGAR TIADA KERETAKAN...ITULAH SEBENARNYA ARTI KEBAHAGIAAN DALAM BERSAHABAT DI ALAM MAYA INI.
RATU RIMBA NIAGARA
18 Syawal 1434H
25 Ogos 2013M
DENGAN PENUH KEINSAFAN AKU MEMOHON KEMAAFAN KEPADA SEMUA YANG MENGENALIKU DI ALAM MAYA ATAU DI ALAM REALITI KERANA AKU TAK MAHU MATI SEBAGAI ROH YANG RUGI TIKA BERTEMU TUHANKU.
AKU BUKANLAH ORANG YANG BAIK
TAPI AKU BERCITA-CITA MENJADI ORANG YANG TERBAIK
HUBUNGAN BAIK DENGAN ALLAH
HUBUNGA BAIK DENGAN MANUSIA
JIKA AKU BERBUAT BAIK TAPI DIBALAS RACUN AKU TETAP JUGA MEMBALAS DENGAN KEBAIKAN TANPA DENDAM DI HATI
JIKA MASIH LAGI TIDAK DISUKAI OLEH MANUSIA PADAKU AKU PERLU MUHASABAH DIRI KENAPA MANUSIA TIDAK SUKAKAN AKU...BARANGKALI AKU SEORANG YANG SOMBONG LAGI BONGKAK DENGAN MERASAKAN KESEMPURNAAN DIRIKU
MALANGLAH JIKA AKU BEGITU MANUSIA BENCIKAN AKU KERANA AKU MANUSIA YANG SOMBONG ..MEMANG PATUTLAH MANUSIA BENCIKAN AKU KERANA PAKAIAN SOMBONG ADALAH HANYA LAYAK UNTUK ALLAH SWT SAHAJA... DAN SYURGA TIDAK LAYAK BAGI MEREKA YANG SOMBONG LAGI BONGKAK..
DAN LEBIH AKU KUATIRI JIKA SEKIRANYA ALLAH JUGA MEMBENCI AKU KERANA AKU DIBENCI OLEH MANUSIA...
ALLAHU AKBAR BUMI MANA LAGI HENDAK KUTUMPANGKAN USIAKU YANG TERSISA INI....
JIKA SEBENTAR LAGI AKU DIPANGGIL TUHAN BERTEMUNYA PASTI AKU MENYESAL BILA ALLAH TAK SUDI TERIMA ROHKU ...
DAN DI KALA ITU ROHKU DICAMPAKKAN KE DALAM API NERAKA PALING HINA....ALLAHU...AKBAR.. AMPUNKAN AKU YA ALLAH KERANA AKU TIDAK MENJAGA HUBUNGAN BAIK DENGAN MANUSIA AKU MENERIMA AZAB YANG PEDIH....!!!!
SYUKUR AKU MASIH DIBERI KESEMPATAN ALLAH SWT UNTUK MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA MANUSIA YANG TELAH KUSAKITKAN HATINYA DEMI MENJAGA SILATURAHIM DI ALAM MAYA MAHUPUN DI ALAM REALITI.
SYAWAL YANG MULIA INI DAN SAMPAI AKHIR NAFASKU ...KU MENGHULURKAN SEPULUH JARI MEMOHON MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI KEPADA SEMUA SAUDARA SEISLAMKU DI ALAM MAYA INI ATAU DI ALAM REALITI SUDI MEMAAFKAN AKU AGAR AKU DAPAT MENJAWAB SOALAN DI KUBUR ....AGAR ALLAH SUDI MENERIMA ROHKU SEBAGAI ROH-ROH YANG DIMASUKKAN KEDALAM ROH-ROH YANG BERAMAL SOLEH KERANA-NYA AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'SAMPAI KAPANPUN AKU TETAP MINTA MAAF KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN ALAMMAYAKU KERANA AKU ADALAH INSAN YANG TIDAK SEMPURNA MAKA SUDILAH
RATU RIMBA NIAGARA
18 Syawal 1434H
25 Ogos 2013M
INSYA-ALLAH DI SYURGA MENANTI
Rakan fbku
Kau adalah sahabat dunia akhiratku
Di kala aku terlena
Kau yang kejutkan aku dari lena
Agar aku bangun
Mengejar masa yang tertinggal
Masa yang tak akan dapat kuraih kembali
Terima kasih rakan fbku
Rakan fbku
Di kala aku berduka
Kaulah penyembuh dukaku
Dukaku kau rawat dengan benang kasih sucimu
Aku menangis hiba
Aku menangis syahdu
Aku menangis dalam sendu
Aku terharu
Sejujur terharu
Rakan fbku
Bagiku kau permata Syurga
Kiriman dari-Nya untukku Syukuri
Kau pelangi indah yang kutunggu-tunggu
Indahmu bagaikan pelangi di malam hari
Indah....indah....indah...
Terlalulah indah
Tak dapat dilafazkan dengan kata-kata
Melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Rakan fbku
Kehadiranmu kusambut
Dengan segala ketulusan jiwa kasih murni
Sesuci embunan pelangi cinta di pagi hari
Kerana hatimu suci murni bak embunan pelangi cinta
Rakan fbku
Kerana hadirmu adalah
Sumber inspirasiku berkarya
Agar aku dapat berkarya
Memuji Tentang Kebesaran Tuhan
Mahu mendalami pelbagai ilmu
Ilmu ....
Ketuhanan
Kerohanian
Kemanusiaan...
Kemanisan iman
Berkasih sayang kerana-Nya
Berukhuwah kaseh kerana-Nya
Mengingati mati
Azab sengsara di alam barzah
Kenikmatan Syurga Firdausi ...
Makanya aku perlukan
Rakan fb ke arah
Ke jalan-jalan
Ke negeri Abadi...
Yang mana bila sudah sampai
Waktu dan ketikanya
Kita tak akan diberi peluang kali kedua
Untuk hidup di bumi semula
Subanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Aku tak mahu sampai
Aku menyesal yang sesungguhnya
Kerana nasi sudah menjadi bubur
Aku tak bisa dihidupkan kembali
Walaupun hanya sekadar ..
Mengucapkan Ya Allah...
Ya Allah ampunkan aku
Hidupkan aku semula
Biarpun aku meraung sementa alam
Biarpun aku menangis seluas samudra
Merayu...rayu...kepada Tuhan...
Agar dapat dikembalikan semula ke bumi
Tapi rayuanku sudah terlambat untuk dikesali
Masa untuk ku bertaubat sudah tamat....
Syukur Ya Allah....
Kau masih memberi aku kesempatan...
Pada waktu yang tersisa ini
Kau berilah aku kesempatan
Membawa sebanyak mana amal soleh
Yang Kau redhai
Itu saja yang aku dambakan pada-Mu
Ya Allah...
Dikala nyawa di kandung badan
Pintu taubat , Kau masih
Memberi aku peluang...
Makanya berilah aku peluang Ya Allah...
Belas Ehsanlah padaku Ya Allah...
Aku tahu jika nafas belum sampai di kerongkong
Kau akan terima taubatku
Setitis air mataku saja jika ikhlas merayu pada-MU
Dapat memadamkan api neraka-Mu
Allahu Akbar
Betapa Maha Pengasih Penyayang-Nya Engkau Ya Allah...
Amalanku sedikit
Rayuanku dengan tangisan hiba mahu pulang kepada-Mu
Kau terima tanpa mengira aku siapa....
Sesungguh-NYa
Akulah manusia yang paling rugi
Jika kesempatan hidup yang tersisa ini
Aku biarkan percuma tanpa perhatian-Mu Ya Alllah...
Makanya Ya Allah...
Izinkanlah aku berbuat segala amalan soleh
Bukan untuk dipandang manusia
Tapi hanyalah untuk mendapat keredhaan-Mu
Bantulah aku jika aku buntu
Bantulah aku jika aku dianiaya manusia yang mendengki
Mudahkanlah aku untuk ke jalan-jalan-Mu
Tanpa dihalang oleh sesiapa melainkan-Mu
Kerana hidup dan matiku sudah kuserahkan pada-Mu
Moga Kau makbulkan segala cita-citaku yang Kau Redhai
Aamiin Aamiin Amiin Ya Rabbal A'Lamin ...
Rakan fbku
Kerana hidup matiku hanyalah untuk-Nya
Dan tak akan kufikirkan masalah yang remeh temeh
Fikiranku hanya terfokus kepada matlamatku
Matlamat mencapai segala cita-citaku
Makanya aku sudi menjadi rakan fbmu
Niatku sentiasa baik padamu
Sayangku padamu kerana-Nya
Tolong tinggalkan aku
Jika kamu berniat tak baik padaku
Tolong tinggalkan aku jika kamu wujud tapi tak wujud difbku
Tolong tinggalkan aku jika kamu mahu menfitnahku
Tolong tinggalkan aku jika kamu sengaja mahu menyakitkan hatiku
Tolong tinggalkan aku jika kamu berdengki hati denganku
Tolong tinggalkan aku jika kamu jenis yang sibuk selalu
Tolong tinggalkan aku jika tak mahu berkomunikasi denganku
Jika kau tak mahu tinggalkan aku kerana sebab-sebab tertentu
Maafkan aku jika aku tinggalkan kamu...
Anggaplah kita bertemu kerana Allah
Kita berpisah kerana Allah juga...
Maaf...maaf ...maaf kupinta...
Andainya berpisahan terjadi jua...
Tak bertemu di alam maya
Insya-Allah di Syurga menanti....
Luahan rasa rakan fbmu,
Ratu Rimba Niagara
151212
PENGHUJUNG USIA SEORANG PUJANGGA
dalam tidak keupayaan
dalam keuzuran ketara
seorang pujangga
masih tegap berdiri
mencurahkan ilmu
kepujanggaan
dalam nada terketar-ketar
lemah tanpa daya
dicoba sehabis daya
menutup penglihatan hadirin
agar tidak terkesan
dia dalam kegeringan
bila datang roh kepujanggaannya
di kalbu
dia bersuara lantang
melontarkan puisi-puisinya
ke hadirin penuh membara
hadirin mendengar
penuh keterujaan
terpesona
terkesima
tanpa disedari
para hadirin
bangun
memberi tepukan
paling gemuruh
pada pujangga
hebat
bilamana dia mengaungkan
sajak-sajak
betapa dia mahu hidup
seribu tahun lagi
demi cintanya
pada dunia pujangga
tak akan pernah padam
biarpun jasadnya
sudah terbungkus dengan
kain kafan ...
belum sempat si pujangga
menghabiskan kalimah
aku cinta padamu
dunia sastraku sasteramu
si pujangga rebah
terhenti nafas kepujangganya di situ...
Karya Ratu Rimba Niagara.
8 Oktober 2012
SANG PUJANGGA SANJUNGAN
Duhai pujangga sanjungan...
Kalian berbahasa puitis
Buatkan aku membaca
Penuh teruja
Menghayati bait demi bait
Aku hanyut dalam dunia
Puisimu berbahasa puitis
Kau mengajak aku ke duniamu
Merasai apa yang ada di minda
Menyelami apa yang ada di kalbumu
Kau perlihatkan dengan jelas
Hanya dengan menggunakan bahasa puitismu itu
Aku terbius
Tanpa sedar
Aku menjadi si pemujamu
Aku menjadi si peminatmu
Dan kau adalah idolaku
Yang kuminat
Yang kusuka
Karyamu benar-benar hidup
Menghidupkan jiwa puisiku
Yang telah lama mati
Dan aku kembali bangun dengan semangat baru
Untuk memegang pena
Biarpun jemariku luka berdarah
Pedihnya dan sakitnya tak terkata
Dan kupertahankan segala yang sakit
Hingga penaku berlumurah darah
Darah pekat merah menitis di kanvas
Selembar kertas putih
Dan air mata tertetes
Mengembangkan tulisanku
Bertintakan darah dan air mata
Kerana roh semangat pujanggamu
Telah membuatkan aku
Menahan segala kesakitan
Dan akhirnya aku berjaya menulis
Bertintakan darah dan air mata
Terima kasih sang pujangga idolaku
Keranamu telah meniupkan
Roh pujanggaku
Untuk terus menulis dan menulis
Roh pujanggamu telah masuk ke
Roh pujanggaku
Semua-Nya dengan izin-Nya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
8 Okober 2012
(PUISI INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK DR LIM SWEE TIN &
& RAMLEE WAHAB @ NOKHODA @ DJ RAMZ)
AKU BUKAN KATAK DI BAWAH TEMPURUNG
aku bukan katak di bawah tempurung
aku adalah katak di bawah tempurung lut sinar
yang membolehkan aku memerhatikan seluruh dunia
apabila aku keluar dari tempurung lut sinar
aku tahu keadaan seluruh dunia
makanya kejayaan aku
benar-benar Allah yang ciptakan
DIA yang kehendaki takdirku begitu
berjaya atas usaha sendiri
dan Allahlah yang menentukan
usahaku berjaya atau tidak
bagaimana hebatpun aku bersastera
aku tetap hamba-Nya yang kerdil
kerana tanpa izin-Nya
aku cumalah hamba Allah yang tak tahu apa-apa
tentang ilmu dunia dan akhirat...
makanya tidak layaklah aku memakai pakaian sombong
seorang ratu... kerana aku bukan bercita-cita hendak menjadi ratu
aku hanya mahu menjadi hamba Allah dengan pakaian iman dan takwa
Moga Allah Perkenankan segala cita-citaku yang murni ini
Kepada agama bangsa dan negara jua di seluruh dunia
Bumi Allah tempat persinggahan untuk mempersiapkan bekalan ke negeri abadi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
KARYAKU ASET NEGARAKU TERCINTA
KARYAKU ASET BUMI NUSANTARA TERSAYANG
MOGA KARYAKU MENJADI ASET AKHIRATKU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
9 April 2013
MINDA YANG SIHAT TIADA SEMPADAN MASA ATAU USIA
ALLAH RAHMATILAH HIDUP MATIKU DAN SEMUA MEREKA YANG MENGENALI KARYAKU DI ALAMMAYA INI.
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Ruhut Ricky Karya sastramu adalah obat paling ampuh utk mengobati jiwa2 nazak sperti yg kumiliki... Alhamdulillah... Allahu Akbar... Sejuta syukurku untuk Sang Khalik yang telah mengutusmu sebagai Penyembuh, Pemberkat, dan yang tak kalah pentingnya juga sebagai Cinta dan Kasih Sayang... Biarkan aku tenggelam dalam indahnya lautan sastramu yang sakral...
YANG KITA CARI ADALAH KETURUNAN / NASAB .... YANG DI DALAM BADAN / HATINYA TERTANAM RUH ALLAH .....YAITU ORANG - ORANG YANG BERIMAN KEPADA ALLAH ROBBUL'IZZATI
Yang Aku Cari Rakan Yang Bisa Menambahkan Saham Akhiratku jika itu ada padamu aku ingin menjadi teman dunia akhiratku seumur hidupku.
CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
Ya Allah kuburku sempit
Engkau luaskanlah sebagaimana Engkau luaskan karyaku seluas-luasnya
Ya Allah kuburku gelap gelita
Engkau indahkanlah sebagaimana Engkau izinkan aku berkarya yang indah-indah seindah Taman Syurga
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Menepati Janji
Engkau luaskanlah kuburku seluas-luasnya jadikanlah kuburku Taman-Taman Syurga tempat istirahatku yang bahagia abadi sehingga hari KEBANGKITAN. Termasuk juga mereka yang menyokong perjuangan sasteraku, AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
16 Muharram 1439H
7 Oktober 2017



BELAIAN KASIH PERTEMANAN TERHINGGA NILAINYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
"SALAM MAAL HIJRAH 1440H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN 
WARKAH SALSABILA DARI SYURGA UNTUK MAMA & PAPA
"Mama...biarpun Salsabila dah tiada di dunia akibat pukulan mama ...Salsabila tetap cintai mama...sebagai mana yang Salsabila tulis ...Mama , aku sangat mencintaimu...tahukah mama apa yang Salsabila tulis itu adalah lahir dari hati yang suci sesuci kasih sayang di Syurga ini mama...tapi yang Salsabila kesalkan ....mama lebih menyayangi lipstik mama dari cinta salsabila...tak apalah mama lipstik boleh mencantikan dan boleh menawan hati papa...kerana lipstik boleh membahagiakan mama ....tak apalah Salsabila dah redha atas pukulan mama itu . Tahukan mama pukulan mama itulah yang dapat menyebabkan Salsabila mendapat kasih sayang yang sejati di Syurga. Penghuni di sini semuanya menyayangi Salsabila hinggakan Salsabila melupai cinta salsabila pada mama dan papa. Maafkan salsabila ye mama kerana terlalu taksubnya cinta di Syurga ini terlupakan mama dan papa. Walau apapun mama ...Salsabila akan menantikan mama dan papa di Syurga ini untuk memberikan minuman Syurga ...setelah mama dan papa minum biarpun seteguk pasti akan mama dan papa tak akan lupakan kelazatan yang tiada tandingannya tika berada di dunia. Jika mama dan papa ingin berjumpa salsabila di Syurga ...banyakkan taubat , amalan yang diredhai Allah dan jangan sesekali ikutkan rasa marah kerana akan membawa kemusnahan hati. Salsabila selalu bersangka baik dengan mama dan papa. Salsabila berharap dapat berjumpa mama dan papa di Syurga Allah. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya Rha NS
4 Oktober 2011


BELAIAN KASIH PERTEMANAN TERHINGGA NILAINYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
"SALAM MAAL HIJRAH 1440H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN 

YA RABBAL A'LAMIIN,"

28 Muharram 1440H
8 Oktober  2018

www

0 comments:

Post a Comment

 
;