Sunday 25 August 2019

PERJUANGANKU PERJUANGANMU (424) SINAR KASIH-NYA


PERJUANGANKU PERJUANGANMU (424) SINAR KASIH-NYA

7 tahun yang lepas
Bidadari Dunia Mencari Cinta Sejati-Nya sedang bersama Yulia Damayanti dan 39 yang lain.
'''
==

Diantara ribuan kuntuman bunga..
aku salah seorang itu yang betul-betul berada dihadapanmu..
berdoa agar engkau tersadar akan kehadiran aku…
agar terdetik walau sesaat akan kewujudan aku di dalam hati mu…
karena engkau hanya memandang kearah ribuan kuntuman bunga yang cantik dan mekar yang lain tanpa pernah engkau menyadari
kehadiran aku
karena siapalah aku diantara kuntuman bunga-bunga itu…
doa pada sujudku adalah ALLAH bukakan hati engkau untuk menyadari kewujudan aku dalam hidup engkau…
Komen
  • INDAH-NYA ALLAH INDAH-NYA SYURGA

    OH! MARIA MARGANI

    Maria...
    Membaca setiap baris bicaramu
    Hatiku pasti jadi sayu syahdu jatuh kasih
    Mahu kukucup tanganmu
    Agar sudi menjadi rakan alam mayaku
    Biar kita jadikan laman taman fb kita
    Seperti taman-taman penghuni Syurga
    Bercanda bergurau senda sambil
    Berkejar-kejaran di kali Syurga
    Tiada rasa penat
    Kita duduk berbual di pohonan Syurga
    Yang rendang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
    Syurga..SUBHANALLAH...bahagia di kala itu kita dapat berbual mengenai persahabatan kita tika di dunia dulu...sambil bercerita kita memerhatikan permandangan Taman Syurga
    yang indah-Nya tak terjangkau oleh pemikiran kita untuk nak laafazkan melainkan SUBHANALLAH! Rezeki yang Allah beri tak putus-putus kita perolehi. Kita tak perlu susah payah lagi semuanya ada dalam sekelip mata sahaja. tika di dunia dulu umur kita berbeza..di Syurga umur kita sebaya sentiasa cantik dan muda. Setiap kali kita bertemu kau pasti melihatku bertambah cantik dan kau juga bertambah cantik. Segala kenikmatan dunia ada di Syurga. Dan nikmat segala nikmat apabila kita dapat melihat wajah Kekasih kita Allah Azzawajallah SUBHANALLAH! INDAH-NYA ALLAH INDAH-NYA SYURGA!

    Moga Allah kurniakan kita Cinta-Nya
    Moga Allah kurniakan kita Syurga-Nya

    Untuk mendapat Cinta-Nya dan Syurga-Nya
    Kita pasti diuji tanda DIA cintakan kita
    Moga kita tabah dan sabar menghadapi
    Ujian-Nya itu tanda kita membalas Cinta-Nya
    Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    15 Ramadan 2012
    4 Ogos 1413H
    7 hours ago · Like · 1

    Maria Margani Temanku.. Putri Rimba Niagara..Tiada kata secantik bahasa nak ku ucapkan selain terima kasehku atas warkahmu yang mencuit hatiku..tiap patah perkataan menyentuh sanubariku.. tidak dapat ku balas dengan segala keindahan bicara..hanya hati berkata semuga Allah perkenankan doa kita, agar kita kan jadi teman yang paling akrab walau cuma di alam maya.. Amin3x,
    7 hours ago · Unlike · 1

    MOGA KITA SERING BERTEMU DI SINI

    Aamin Aamin Aamin

    Duhai Maria kusayang
    Kuingin sekali menjadi sahabatmu
    Tapi ku takut dengan bayang-bayangku sendiri
    KU amat takut kehilangan mu
    Kerana sebelum ini rakan-rakan yang kucintai
    Dan kukasihi banyak yang telah kulepaskan
    Berlalu pergi...
    Bukan aku tak mahu setia
    Tapi demi kebahagiaan semua
    Kulepaskan kasih demi-Nya
    Biar hatiku yang terluka
    Biar hatiku remuk redam
    Asalkan rakan yang kulepaskan itu bahagia
    Kerana setiap rakan-rakan fbku
    Mula suka hendak berkawan denganku
    Tapi lama-lama jadi tak suka denganku
    Dia diam...aku diam
    Dia sepi aku sepi...
    Awalnya sayang terus hilang ditelan ombak rindu..
    Biarpun sudah ditelan ombak rindu
    Bayang-bayang bekas rakan-rakan fbku sentiasa ada di hatiku sebab sekali aku berjabat tangan walaupun sekadar di alam maya akan abadi selamanya. Biarpun cuma bayangan
    Biarpun tak pernah ketemu di alam realiti namun hati ini masih mahu berkawan dan berharap akan menjadi sahabatnya di Syurga nanti. Aamiin.

    Mungkin ini adalah dugaan bagiku
    Maria....kerana ku tak mahu kehilangan kasihmu
    Harap kau sudi memahami keadaan sengsara jiwaku dan sudi memaafkan aku bila mana aku ada menguriskan hatimu...kerana biarpun di sini kita berkenalan...aku tak kehilangan kasihmu...
    moga Allah selalu ketemukan kita di sini...
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    'KU SAYANG KAMU DEMI-NYA'

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    4 Ogos 2012
    15 Ramadan 1413H
    6 hours ago · Like · 1

    Maria Margani http://youtu.be/WdNSM0bIS28 khas buatmu temanku RABEAH MOHD ALI Dengarkan lah...

    Fauziah Latiff : Sahabat (HQ Audio)
    www.youtube.com
    Fauziah Latiff : Sahabat (HQ Audio)
    6 hours ago · Edited · Unlike 

    Fauziah Latiff : Sahabat (HQ Audio)
    www.youtube.com
    Fauziah Latiff : Sahabat (HQ Audio)
    3 hours ago · 

    Putri Rimba Niagara:

    Maria...kusayang kamu
    Biarpun ku tinggal di rimba jauh dari hiruk pikuk kota
    Kau masih sudi berkawan denganku...
    Terima kasih maria...
    Terharu aku...Terujaku pada keluhuruan hatimu
    Moga Allah SWT membalas kebaikanmu padaku. Aamiin.
    6 hours ago · Like · 1

    Maria Margani :

    Putri Rimba Niagara..
    Aku hanya insan biasa sejenismu..
    punya hati walau sering terluka..
    punya perasaan walau sering terguris..
    punya senyuman walau terkadang hambar..
    namun ku tak punya kekuatan..
    aku sering tergoda kata manis..
    aku sering terpedaya olih kata cinta..
    aku tiada berdaya menolak asmara...
    terima kasehku andai ada kesudianmu..
    menjadikan aku sahabatmu..temanmu..
    harapanku agar tiada sengketa antara kita..
    kerana bagiku didunia ini ku tak punya sapa..
    melainkan teman2ku dialam maya mahupun nyata..
    Semuga persahabatan ini kan berkekalan...
    hingga akhir nanti.. biarlah kau dan aku maseh bersahabat,
    Amin Ya Rabbal Alamin...
    aku tak pandai berbicara sepertimu..
    bahasaku mungkin tak seindah bahasamu...
    andai mengguris hatimu..maafkan aku sahabatku... 
    6 hours ago · Unlike · 2

    Putri Rimba Niagara:

    Duhai maria...
    Aku tak terdaya menolak kata cinta dan asmaramu
    hehehe kerana kata asmaramu tidak memperdayakan aku untuk jatuh cinta padamu tapi membuatkan aku percaya kaulah sebaik teman yang sudi susah senang bersamaku yang sentiasa sudi membalut lukaku dengan benang cintamu dan sentiasa sudi menyapu air mataku di kala aku menangis pilu dan sudi menyokong dunia sastera yang kudambakan seperti sikunta si kunte rakan baikku yang telah mati ditelan ombak rindu demi membahagiakan aku mereka rela pertaruhkan nyawa untukku. Semenjak ketiadaan mereka yang selalu menghiburkan aku di kala duka ...aku menjadi seorang pemurung dalam derita sepi yang mencengkam jiwa...aku amat sengsara Maria...jika kau sudi mengambil tempat si kunta si kunte ku Insya-Allah kita boleh teruskan persahabatan ini..sudi ke dikau Maria...kerana yang kudambakan kawan-kawan seperti si Kunta si Kunte...maafkan aku jika kataku ini ada yang membuat hatimu terguris...
    5 hours ago · Like · 1

    Maria Margani:

    Terima kaseh sahabatku Putri Rimba Niagara..
    Semuga persahabatan antara kita kan berpanjangan...
    4 hours ago · Unlike · 1

    (PETIKAN DARIPADA WALL MARIA MARGANI & PUTRI RIMBA NIAGARA)
    4 Ogos 2012
    15 Ramadan 1433H


KOLEKSI SASTERA RATU RIMBA NIAGARA SEMPENA 100 HARI MEMBINA MALAYSIA BAHARU & SAMBUTAN HARI
KEBANGSAAN 2018 (BHG 1)
SYAIR MEMBINA MALAYSIA BAHARU
Tersebutlah kisah sebuah negara,
Malaysia digelar diberi nama;
Kerajaan dan rakyat bekerjasama,
Agar Malaysia jadi ternama.
Malaysia Baharu ilham Perdana Menteri,
Galakan rakyat bersatu hati;
Demi kerana negara dicintai,
Moga hidupmu terus diberkati.
Tun Mahathir mengajak rakyat bersatu,
Pelbagai kaum bersatu padu;
Memupuk minda generasi baharu,
Demi kerana Malaysia yang satu.
Perdana Menteri bekerja tak kira masa,
Pentingkan rakyat dari segala;
Kerahkan menteri beri kerjasama,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Perdana Menteri kerja bersungguh,
Demi rakyat negara teguh;
Petah bicara bila berhujah,
Agar rakyat dapat berteduh.
Perdana Menteri pencetus revolusi,
Galakan rakyat berkreativiti;
Minda penuh daya imaginasi,
Lahirkan produk berinovasi tinggi.
Menteri kabinet beri perhatian,
Ikut arahan dalam panduan;
Ada kuasa jangan disia-siakan,
Hilang kuasa dalam penyesalan.
Apalah ada pada kuasa,
Salah guna bawa binasa;
Jalankan tugas hati yang waja,
Hidupmu pasti rasa bahagia.
Rakyat perlu pemimpin berjasa,
Menabur jasa sudahlah biasa;
Ramah tamah tak gila kuasa,
Moga hidupmu aman sejahtera.
Melayu Cina India janganlah iri,
Segala usaha tidak menjadi;
Bila bersatu wajah berseri,
Pelbagai bangsa jadi menteri.
Sabah Sarawak tidak dilupakan,
Sama rata diberi peruntukan;
Justeru itu kekalkan perpaduan,
Pasti hidup dalam kesejahteraan.
Mari semua hidup berdamai,
Fikirkan negara amanlah damai;
Indah sungguh hidup yang permai,
Segala budi sama disemai.
Kementerian Pendidikan iktirafkan guru,
Guru berkualiti amat diseru;
Biar murid berminda baharu,
Demi kerana Malaysia Baharu.
Ilmu itu pelita hati,
Hati gelap akan diterangi;
Bila gagal cubalah lagi,
Kejayaan cemerlang sedia menanti.
Penjawat awam ubahlah minda,
Jadikan minda kelas pertama;
Seiring dengan kehendak arus perdana,
Kerajaan dan rakyat pasti berjaya.
Majikan perlukan pekerja ikhlas,
Sungguh-sungguh melakukan tugas;
Janganlah ada bersikap malas,
Majikan pun tidak bertegas.
Usahawan cemerlang negara terbilang,
Azam bersungguh tidak pernah hilang;
Usahakan hati terang benderang,
Barulah usaha jadi terbilang.
Budi bahasa budaya kita,
Adab sopan apabila bicara;
Bila begitu ramai yang suka,
Hidup pasti lebih ceria.
Sifat jujur haruslah ada,
Ke mana pergi tenanglah jiwa;
Takkan ada rasa kecewa,
Hati pun bersih hasad pun tiada.
Bertuahnya hidup di bumi Malaysia,
Berkat kepimpinan yang bijaksana;
Di bawah pemerintahan Agong adil dan saksama,
Rakyatnya hidup aman dan sejahtera.
Pos Malaysia lambang merdeka,
Kerana terpanggil untuk berjasa;
Demi kerana negara tercinta,
Jasamu dikenang setiap masa.
PM mahu PDRM berintegriti,
Jalankan tugas penuh teliti;
Agar rakyat rasa dilindungi,
Jasa baktimu tetap dihargai.
Pemimpin dan rakyat sayangkan negara,
Rasa cinta terus membara;
Teruskan perjuangan walau di mana,
Sekalipun terpaksa berkorban nyawa.
Sekian sahaja syair Malaysia kusayang,
Rakyatnya hidup tolong menolong;
Budi yang baik tak akan hilang,
Moga Malaysia terus gemilang.
Karya Ratu Rimba Niagara
24 Sya’aban 1439H
10 Mei 2018
(Syair disiarkan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 agar seluruh rakyat, ‘Sayangi Malaysiaku’ dan ucapan sekalung tahniah kepada kerajaan Pakatan Harapan buat kali pertama meraikan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2018 disambut penuh gilang gemilang, rakyat rasa bersyukur atas kemenangan Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7).
SAYANGI MALAYSIAKU
Selamat menyambut
Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61
di bawah pemerintahan Pakatan Harapan
kami seluruh rakyat Malaysia
menaruh harapan yang tinggi
agar kerajaan Pakatan Harapan
dapat membina Negara Bangsa
dengan jayanya!
Rakyat berbilang kaum
sehati sejiwa
saling bekerjasama
dalam rasa muhibah
berkasih sayang!
Apabila negara ditimpa kesusahan
rakyat yang senang bantu
rakyat susah negara bantu
saling bantu membantu
pemimpin dan rakyat berpisah tiada
semuanya saling berkorban
kerana kita semua, ‘Sayangi Malaysiaku’.
Karya Ratu Rimba Niagara
10 Mei 2018
(Puisi diilhamkan sempena perlantikan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7, semua Menteri Kabinet Pakatan Harapan dan seluruh rakyat yang, ‘Sayangi Malaysiaku’).
SAJAK UNTUK TUN MAHATHIR
Tun Mahathir
apa yang terbuku di hatimu
kami seluruh rakyat Malaysia faham
betapa kau rela korbankan dirimu
demi kerana sayangkan rakyat dan negara.
Tun Mahathir
walaupun usiamu melewati senja
kau tetap bersemangat seperti seorang wira
walaupun kudratmu hanya tinggal sisa-sisa
kau terus kuat
sedangkan jiwamu terseksa
luka yang terlalu dalam
kau bebat lukamu sendiri
agar sentiasa kuat demi rakyat
yang kau kasihi sepenuh jiwa ragamu.
Tun Mahathir
kau ketepikan segala kepentingan sendiri
sedangkan kau boleh saja beristirahat
bersama isteri tercinta
yang lebih menyayat hati
kau mengaku kesilapanmu
memohon maaf kepada
semua kawan seperjuangan
dan seluruh rakyat Malaysia
air matamu tertumpah di hati kami!
Tun Mahathir
kerana kerendahan hatimu
kami seluruh rakyat Malaysia
bangkit bersama cita-citamu
untuk menebus segala kekhilafan
yang dilakukan pemimpin terkini
inilah masanya kita hidupkan
gelombang rakyat dengan memberi
kemenangan kepada Pakatan Harapan!
Tun Mahathir
senyumlah
gerhana di hatimu
kami balas dengan pelangi indah
seindah pelangi di malam hari
senyumanmu dan senyuman seluruh rakyat Malaysia
terpatri sampai Syurga
insya-Allah Aamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
18 Sya’aban 1439H
4 Mei 2018
(Sajak dikarangkan istimewa untuk Tun Mahathir yang dikasihi dunia akhirat, terima kasih kerana sudi menjadi Perdana Menteri kami buat kali keduanya. Kami amat terharu hingga saat ini. Tun Mahathir rela menjadi lilin seumur hidup demi rakyat dan Malaysia tercinta. Moga Allah SWT membalas Syurga Firdaus untukmu. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin).
GURINDAM JIWA UNTUK DATUK SERI ANWAR
IBRAHIM
Subhanallah
sejuk perut ibumu
mengandungkanmu
melahirkanmu
membesarkanmu
mendidikmu
dengan ilmu dunia
jua ilmu akhirat
kau menjadi
anak soleh
Alhamdulillah
Syukur padaNya
kerana dikurniakan
seorang anak
berjiwa pemimpin
sanggup berkorban
demi rakyatnya
suka duka bersama
derita rakyat
air mata rakyat
pemasalahan rakyat Malaysia
ingin dikongsi bersama
lalu difikir
diselesaikan dengan
semampu daya
sekudrat pemikiran
diperah habis
peluh setitik
tidak dipersiakan
kerana terlalu
amat berharga
untuk rakyat tersayang
untuk negara tercinta
maka bergemalah
lagu patriotik
'Kusayaang Rakyatku DemiNya'
di setiap pelosok bumi bertuah Malaysia
di bawah pimpinanmu
dan disahut penuh gemuruh
lagu rakyat untuknya
'Pemimpin Kasihmu Abadi Di Hati Kami'
siapa yang mendengar
pasti mengharu-birukan kalbu
lalu menangislah
pemimpin kesayangan rakyat itu
bersama-sama dengan rakyatnya
lalu mengundang rahmat
Tuhan Yang Menguasai Langit Dan Bumi
suasana sepi seketika
bertafakur dalam kesyukuran padaNya
Allahu Akbar
dengan KebesaranMu Tuhan
Kau kurniakan seorang pemimpin
berjiwa rakyat
kami syukuri dalam sujud!
kami sayang pemimpin kami
hadirnya kami hargainya
perginya, kami iringi doa restuMu
Kau balaslah segala bakti ikhlasnya
dengan SyurgaMu
kami ingin bersamanya di Syurga juga
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
3 Ramadan 1439H
19 Mei 2018
(Sastera diilhamkan istimewa untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terima kasih membela nasib seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Kami amat terharu atas pengorbanan Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup dipenjarakan selama 20 tahun demi rakyat dan negara, akan kami kenang sepanjang hayat!).
APABILA MENDUNG MENJADI PELANGI CINTA!
Syukur Alhamdulillah berkat kesabaran seorang
isteri yang hebat!
meneruskan perjuangan suami tercinta
walaupun dalam seribu kepayahan
tetap tenang dan tersenyum.
20 tahun menunggu kepulangan suami tercinta
adalah satu ujian keimanan yang paling tinggi
air mata bukan penghalang untuk meneruskan perjuangan.
Kerinduan terhalang dengan dinding penjara
namun kerinduan semakin menebal
rindu berbalas rindu pada suami tercinta.
Perjuangan suami untuk membela rakyat
sentiasa tertanam di jiwa
dihina dikeji tidak mengapa
asalkan Tuhan tahu di mana kebenarannya.
Apabila dendam dibalas dengan kemaafan
adalah suatu keindahan kemanisan iman
menyatukan ukhuwah kasih berpanjangan
sampai Syurga!
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
lafaz tasbih yang terindah!
anugerahNya yang terindah!
Berkat kesabaran kesetiaan kepada suami tercinta
akhirnya mendung menaungi hatimu
bertukar menjadi pelangi cinta
suami tercinta dengan izinNya dibebaskan dari penjara
Allah membalas setiap ujian kepada hambaNya
tepat pada masanya
tika kau meraikan kejayaan kemenanganmu
dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia
ke-7 merupakan Wanita Pertama Malaysia yang menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri
Subhanallah takdirNya tiada siapa yang tahu
janjiNya adalah pasti
tapi yang pastinya
setiap kesabaran dibalas dengan keindahan
inilah takdir yang terindah untukmu
takdir yang terindah untuk suamimu
takdir yang terindah untuk seluruh rakyat Malaysia
mendapat Perdana Menteri Tun Mahathir dan barisan kabinetnya yang bersedia berkhidmat mencurahkan
bakti kepada seluruh rakyat Malaysia tercinta yang terdiri pelbagai kaum.
Selamat pulang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim
pulang kepada ke pangkuan keluarga tercinta
bertuah mempunyai isteri yang setia cantik menawan iman.
Selamat meneruskan perjuangan membela rakyat
bersama Tun Mahathir
demi Agama, bangsa dan negara
bersatunya hati semanis iman.
‘Pemimpin dan rakyat berpisah tiada sehati sejiwa demi rakyat’
Karya Ratu Rimba Niagara
29 Sya’aban 1439H
15 Mei 2018
(Puisi dikarang istimewa untuk Dato’ Seri Dr Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir
dan seluruh rakyat Malaysia yang menyokong PAKATAN HARAPAN)
SAYA WARGANEGARA MALAYSIA
Saya warganegara Malaysia
yang mengamalkan Rukun Negara
sentiasa mendaulatkan Institusi diRaja
oleh semua rakyat Malaysia
setia kepada Raja
setia kepada Negara
termasuk Rukun Negara yang kedua.
Rakyat negara saya terdiri daripada
pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
India.
Walaupun berbeza agama, bahasa,
budaya dan warna kulit,
kami hidup aman damai, bersatu padu,
tolong menolong dan saling hormat menghormati
sentiasa sehati sejiwa tanpa sebarang sengketa.
Perdana Menteri saya yang ke-7
namanya YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Saya menghargai Perdana Menteri ke-7
kerana dapat mencetuskan idea
100 Hari Membina Malaysia Baharu
di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.
Saya yakin selepas 100 Hari semua manifesto
yang telah dijanjikan berjaya berkat kesepakatan di antara Raja, Pemimpin dan Rakyat.
Malaysia Baharu yang telah lama diimpikan oleh
seluruh rakyat yang menyokong kerajaan Pakatan Harapan menjadi kenyataan! Hidup sejahtera,
aman damai memburu cita-cita murni
agar dapat diwariskan Kemerdekaan Malaysia
kepada generasi akan datang!
Pemimpin dan rakyat akan mempertahankan
Kemerdekaan Malaysia sehingga ke titisan darah
terakhir kerana kami,‘Sayangi Malaysiaku,’ selagi
hayat di kandung badan!
Karya Ratu Rimba Niagara
16 Ramadan 1439H
1 Jun 2018
(Puisi diilhamkan istimewa untuk semua kanak-kanak Malaysia agar,‘Sayangi Malaysiaku,’sejak dari kecil lagi).



7 tahun yang lepas
Daeng Kelana Jaya Putera ke Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan
WASIAT RAJA HAJI FISABILILLAH ALMARHUM TELUK KETAPANG (MELAKA) 1727 - 1784 KEPADA UMAT ISLAM MELAYU DI ZAMAN AKAN DATANG.BAGINDA SYAHID FISABILLAH KETIKA PERANG PENENTANGAN UMAT ISLAM MELAYU KE ATAS BELANDA DI TELUK KETAPANG (MELAKA) PADA TAHUN 1784
7 tahun yang lepas
Sweet Love bersama DrFatiha ShafiQah dan Iman Hakim.
jOm kita sama2 p raya umah iman~~*
LASKAR MUDA ADEL FADEL RIMBA NIAGARA
Sahabatku yang dikasihi dunia akhirat
Biarpun kau ada di benua sana
Aku ada di benua sini
Biarpun kau berdarjat dan berpangkat
Tapi tidak kau hiraukan itu semua
Masih sudi berkawan denganku
Biarpun aku berada di rimba ini
Biarpun rakan-rakanku semuanya penghuni rimba
Tapi itu tidak menghalangmu untuk terus berkawan denganku
Yang lebih terharu lagi
Apabila kau sudi
Menyokong setiap perjuanganku di rimba ini
Kau dengan rela hati menyandang jawatan
Sebagai Laskar Muda
Untuk Putri Rimba Niagara
Yang kini sudah ditabalkan menjadi
RATU RIMBA NIAGARA
SEMPENA SAMBUTAN HARI KELAHIRANNYA
Pada 13 Ogos 2012
Jika ada si kunta si kunte
Pasti meriah majlis pertabalan ini
Merekalah yang beria-ia sangat
Mahu hamba di lantik menjadi
RATU RIMBA NIAGARA
Agar penghuni rimba
Hidup dalam aman dan sejahtera
Agar manusia di luar sana tidak berani
Mengganggu ketenteraman dan kedamaian
Rimba Niagara
Terima kasih Laskar muda Adel Fadel
Moga sentiasa sudi menyokong dunia karya hamba
Tanpa jemu
Moga segala kebaikanmu
Allah sahaja yang dapat membalas-Nya
Aamin Ya Rabal A'Lamin
INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:
RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
22 hours ago · Like
PENGHUNI RIMBA SELALU MENGHARGAI KARYA TUAN PUTRI RIMBA NIAGARA
Duhai sahabatku...
Di Istana Rimba sekarang semuanya sedang berduka
Segerhana cuaca yang gelap gulita menunggu hujan turun
Ribut petir tidak henti-henti menyabar kiri dan kanan.
Sudah jutaan kali penghuni rimba pesan jangan
Tuan Puteri menyumbangkan karya pada mereka...
mereka bukan hargai pun
malah satu kesalahan pula...membuat mereka sakit hati...
meluahkan dendam kesumat...
Kami si penghuni rimba ni...yang sentiasa menghargai
karya Tuan Puteri...sentiasa teruja dan ternanti karya tuan puteri
apa nak dihiraukan dengan mereka...biarpun kami cumalah haiwan
tapi kami faham apa itu kasih sayang semurni hati...
sebab itu di akhirat nanti kami tidak diseksa di neraka....
manusia ni tak habis-habis....dengki.....dengki...dengki...
dengki khianat...Tuan Putri berkarya tak henti-henti pun nak sakit hati...
apatah dia orang ni ...ada otak letak kat lutut apa....
tak nak baca dan like sudahlah ini kutuk dan hina Tuan Puteri habis-habis...
macam nak bunuh karya Tuan Puteri....duhai manusia di luar sana sebelum kalian mahu bunuh karya Tuan Puteri kami...langkah mayat kami dulu....Tuan Puteri kami rela pertaruhkan air mata dan darahnya untuk berkarya...kalian senang-senang saja nak hapuskan karya Tuan Puteri kami...tidak...tidakkk..kami pastikan tak akan terjadi!!!!!
Tuan Puteri bangunlah tuan Puteri...janganlah seksa kami begini...
Kami jumpa tuan puteri dihanyut di lautan asid bergelora dan selamatkan tuan puteri...tuan puteri gembira dan ceria pelangi cinta bersama kami...tapi semenjak bercampur dengan mereka-mereka yang berhati busuk itu...tuan puteri koma semula...kejamnya mereka...madu yang diberi racun yang dibalas...tunggulah...
tunggulah pembalasan dari Tuhan kerana doa orang yang teraniaya tanpa hijab....
Tuan...Puteri...bangun....bangun.... syair ombak rindu...yang tuan puteri karangkan ...kami bacakan ye....
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
Like · · Yesterday at 11:03am ·
Datuk Jem, Ahmad Tajuddin and Adel Fadel like this.
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
13 Ogos 2012
Like · · Unfollow Post
Ahmad Tajuddin and Adel Fadel like this.
Adel Fadel sahabat tak dapat kupersembahkan padamu sesuatu yg berharga,selain andaikan ku dpt meneteskan air mata ini hny ketukan ucapan terima kasihku buatmu sahabat putri rimba n ku mohon maaf bilamana ku dah salah n ku ucapkan mat aidil fitri khususan buatmu..amin
31 minutes ago ·
Putri Rimba Niagara:
Ala...ini cuma drama untuk pementasan Teater Bangsawan DiRaja 'Putri Rimba Niagara'
Hamba ini bukanlah sapa-sapa ...hanyalah insan yagn kerdil mahu berbakti pada semua yang berhidup di muka bumi ini...Insya-Allah Aamiin...setida-tidaknya bila hamba tiada di dunia ini ...daunan ukiran kasih hamba ini tanda hamba sayangkan penghuni bumi dan tanda hamba pernah berhidup di muka bumi ini. doakan hamba ye duhai sahabatku di benua saja. Apapun terima kasih atas sokonganmu.
25 minutes ago ·
Adel Fadel: Aamiin Ya Robbal A'Lamin
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
14 Ogos 2012
25 Ramadan 1433H
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
15 ogos 2012
26 Ramadan 1433H
7 tahun yang lepas
APA ADA PADA GELARAN
Apa ada pada gelaran
Kerana gelaran tidak dibawa mati
Apa ada pada gelaran
Kerana kita tetap bergelar hamba Allah
Jika gelaran yang dianugerahkan manusia sesama manusia
Bukan tujuan untuk membangga diri
Tapi hanya sekadar dorongan
Mendekatkan diri pada Allah SWT
Dan nawaitu itu hanya DIA saja yang tahu...
Dan di dalam hati
Moga dengan gelaran itu...
Jadilah dia seorang khalifah di muka bumi ini
Dengan penuh rasa tanggungjawab
Dan sebagai insan yang tetap kerdil di mata-Nya
Kerana di hari kematian
Cuma kain kafan pembalut tubuh...
Bukan gelaran...bukan harta...bukan darjat...
Moga kita bersama muhasabah diri
Dalam menuju kejayaan dunia akhirat
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
26 Ogos 2012
8 Syawal 1433H
7 tahun yang lepas
SINAR KASIH-NYA
Duhai Putra Arjunaku...
Pabila linangan air mata sudah tak bemakna lagi
Pabila kesetiaan sudah tak kupercayai lagi
Pabila cinta suci mana yang hendak kusetia lagi
Dalam meniti kehidupan hatiku gundah gulana
Tak henti dilanda gerhana
Namun ku masih berharap
Sinar Kasih-Nya
Agar ehsan-Nya padaku
Memadamkan gerhana
Yang tak henti melanda
Hingga hilang semangatku
Untuk berpena
Tahukah kau Putra Arjunaku
Aku punya hati dan perasaan
Aku bukan robot
Adakalanya aku tak bermaya
Untuk meneruskan
Perjuangan ini...
Karna hidup ini
Setetes cuma
Kugagahi juga untuk terus
Melangkah ke hadapan
Biarpun dalam keadaan
Lemah tak bermaya
Mujur semangat yang DIA
Bekalkan aku berkarya
Semampu daya
Tanpa mengharap belas
Ehsan dari yang bergelar insan
Yang boleh menjanjikan apa saja...
Kini yang kuharapkan
Ehsan dari-Nya
Kerana
Hidup dan matiku
DIA yang uruskan
DIA lah pengurusku
Yang paling kupercaya dan yakini
Biarpun aku ditertawakan
Biarpun aku deprsendakan
Jutaan kali
Aku sudah tak hiraukan lagi
Yang ada di hatiku
Cuma DIA yagn memahami
Apa mahuku
Kerana DIALAH selalu
Memujukku
Akan sampai tiba masanya nanti
Aku berangkat pergi
Bertemu-Nya
Ukiran daunan kasih
Yang kutulis dengan setulusnya kasih
Pada semua yang ada di langit dan di bumi
Yang kutinggalkan untuk penghuni bumi
Tanda aku kasih dan sayangkan mereka
Hingga aku berangkat pulang bertemu-Nya
Selamat tinggal semuanya
Selamat tinggal
Dan sudilah terima... kasih dan sayangku
Setulusnya kasih
Yang kutinggalkan
Di daunan kasih cinta
Dunia akhiratku
Pada semua yang hidup di muka bumi ini
Inilah di sebalik
Dugaan yang Allah uji aku
Sepanjang aku berhidup menumpang
Di muka bumi-Nya ini
DIA uji aku dengan ketandusan cinta
Tapi dalam masa yang sama
DIA bukakan khashaf Cinta-Nya
Agar dapat aku mengukirkan
Cinta-cinta pada semua makhluk-Nya
Di ukiran daunan cinta kerana-Nya
Dan aku bahagia dalam syukur
Sebanyak-banyak-Nya kepada-Nya
Tuhan Yang Menciptakan Cinta
Cinta semasa makhluk
Hanya semata kerana-Nya
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
26 Ogos 2012
8 Syawal 1433H
HIKMAH

Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
26 Ogos  2019

0 comments:

Post a Comment

 
;