Friday, 1 May 2020

CITA-CITAKU CITA-CITAMU (337) SELAMAT HARI PEKERJA 1 MEI 2020


CITA-CITAKU CITA-CITAMU (337) SELAMAT HARI PEKERJA 1 MEI 2020

Perihal laman web ini
CHANGE.ORG
Teruskan PKP. Batalkan PKP


SASTERAKU DUNIAKU PERJUANGANMU SASTERAKU

(KARYA DISIARKAN SEBAGAI BAHAN BACAAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA MENGISI MASA LAPANG SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN)

  • SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN HERO MALAYSIA DATUK DR NOOR HISHAM
    Selamat ulangtahun kelahiran
    buat insan teristimewa
    Datuk Dr Noor Hisham ...

    Akhwan Afandi ZulkifliIkuti
    Esok 21 APRIL, Ulangtahun Kelahiran Insan hebat ini, Apakah ucapan dan doa terbaik untuknya...
    Komen
    Tuliskan komen...


  • (Puisi diilhamkan istimewa untuk PM ke-8 dan seluruh rakyat
    Malaysia tercinta)
    Komen
    2 daripada 226
    • Mohd Noor Syukur Allah tunjukkan negarawan bukan politikus!.
      1
      • Suka
      • Balas
      • 1h
    • Norehan Jannah PM TSMY BAPA HARAPAN RAKYAT
      1


    • Tengku Nor Raudhah Abah terbaikkk..👍👍👍👍
    • Herry Putra Terbaik abah 🇲🇾
    • Suratman Kesot PENTINGNYA RAKYAT MALAYSIA BERSATU DALAM PN. KERANA PN WEWAKILI SEMUA RAKYAT MALAYSIA

      Politik Malaysia memerlukan politik yang kukuh.

      Politik yang kukuh memerlukan penglibatan semua pari politik di Malaysia. Ini bermakna setiap rakyat atau kaum di Malaysia ada wakilnya di kerajaan agar kaum itu tidak terpinggir dalam arus pembangunan negara.Mengikut pandangan saya PN adalah parti yang melibatkan
      penglibatan semua kaum di Malaysia. Parti yang bersetuju menyertai PN kini ialah PAS, UMNO, PBBM, PARTI-PARTI DI SARAWAK, MCA, MIC. Semasa nak ditubuhkan PN mempelawa PKR, DAP dan WARISAN menyertai PN kerana pembangunan negara akan mudah disalurkan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana setiap parti atau rakyat yang memasuki parti itu ada wakilnya dalam kerajaan. Dengan ini mudahlah segala bantuan disalurkan kepada rakyat, dengan syarat ADUN, Ahli Parlimen, Exco Negeri, Anggota Kabinet jujur dan amanah, tidak rasuah, kepentingan rakyat dan negara lebih diutamakan dan wang diperuntukan untuk rakyst tidak dicuri.
      Tetapi PKR, DAP dan WARISAN enggan menyertai PN.
      Setelah PN ditubuhkan, tawaran PM 8 ditawarkan kepada Tan Seri Muhyiddin bin Yassin, beliau bersetuju dan nama TSMY di ajukan kepada Yang DiPertuan Agong. Setelah diperkenan TSMY dilantik menjadi PM 8,dan upacara angkat sumpah di Istana Negara pun di jalankan.
      Setelah TSMY menjadi PM 8,beliau melantik anggota kabinet, tetapi mengikut pandangan beliau, anggota kabinet Malaysia seharusnya diserta oleh semua parti di Malaysia agar setiap rakyat yang memasukki parti tersebut ada wakilnya dalam kabinet Malaysia dengan ini peruntukkan kerajaan mudah disalurkan kepada sekuruh rakyat Malaysia.
      Untuk tujuan itu, PM 8 telah menawarkan ahli psrlimen PH untuk menyertai kabinet Malaysia agar suara PH ada dalam kerajaan PN. Tetapi tawaran itu di tolak oleh ahli parlimen parti-parti dalam PH.
      Seharusnya sekiranya sesuatu dasar atau sesuatu projek yang dilaksanakan oleh anggota kabinet PN, parti-parti dalam PH tidak menentang dan seharusnya bersetuju kerana semasa ketika hendak dibentuk kabinet Malaysia dalam PN PM 8 telah mempelawa ahli psrlimen PH menyertai anggota kabinet tetapi ahli parlimen PH enggan.
      Kini disuasana Covid19, di atas ujian Allah semua rakyat Malaysia mengalami kesusahan, maka kerajaa PN telah melaksanakan, rangsangan perihatin rakyat untuk mengatasi masalah seluruh rakyat Malaysia. PH seharusnya setuju dengan program ini. Sekiranya PH tak setuju dengan program ini bermakna PH bukan parti yang berjiwa rakyat, sebaliknya sebuah parti yang parti yang tidak ada rasa belas kasihan terhadap masalah yang di hadapi oleh rakyat. Parti yang sebegini seharusnya rakyat tidak menyokong perjuangannya.

      Justeru itu bersatulah semua rakyat di Malaysia dibawah Perikatan Nasional(PAS, UMNO,PBBM, MCA, MIC, PARTI-PARTI DI SARAWAK, kalau boleh parti yang disertai orang Melayu Islam yang lain di Malaysia menyertai PN) agar mejoriti di parlimen di kuasai oleh PN. Ini penting kerana sistem pemilihan Perdana Menteri diMalaysia dipilih melalui sistem pilihan raya bukan sistem syuro. Sistem syuro ialah sistem perlantikan pemimpin dalam Islam, sistem ini diamalkan oleh sahabat nabi dulu dan kerajaan Islam yang lampau. Dalam sistem pilihan raya yang ditinggalkan oleh British setelah berjaya menjajah Malaysia beratus tahun lamanya, mana-mana parti politik(contoh sekarang PN - setelah bersatu dalam PN bilangan ahli parlimennya menguasai mejoriti di parlimen dan boleh mengemukakan calon perdana menteri kepada Yang di Pertuan Agung untuk dilantik jadi Perdana Menteri - sekarang PM 8). Justeru itu bersatulah kita semua rakyat Malaysia dalam politik (bersatu dalam PN kerana PN mewakili seluruh rakyat Malaysia) demi kepentingan negara dan rakyat, ketepikan kepentigan peribadi dalam masuk politik, utamakan kepentingan negara dan rakyat. Semoga tertubuhnya PN semua rakyat dapat menikmati pembangunan. Terkini kerajaan PN juga telah menyalurkan peruntukan RM 100,000.00 kepada ahli parlimen dan ADUN bukan parti pemerintah agar peruntukan ini dapat di salurkan kepada rakyat. Ini menunjukkan kerajaan PN perihatin terhadap rakyat.
      Rayuan kepada ahli exco negeri PN, anggota kabinet Malaysia PN, uruslah kerajaan PN dengan cekap, amanah, dan jangan makan rasuah, jangan curi duit negara agar Malaysia akan terus baik.
      Harus diingat tumbangnya kerajaan BN dulu, dan kemenangan PH, kerana para pemimpin BN dulu terpalit dengan rasuah dan perkara ini telah dihidu oleh rakyat dan ada ada para pemimpin di Malaysia yang menentangnya.
      Jika kerajaan PN ingin kekal jadi kerajaan dan boleh memenangi PRU 15,uruslah kerajaan dengan cekap, amanah,berlaku adil kepada semua kaum di Malaysia, jangan makan rasuah dan kepentingan negara dan rakyat harus diutamakan.
      Sebagai rakyat biasa kami suka kepada kerajaan yang cekap, amanah, para pemimpinnya tidak rasuah, tidak curi duit negara dan adil kepada semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan para pemimpinnya lebih mengutamakan kepentingan negara dan rakyat berbanding kepentingan peribadi.
      Kedatangan covid 19 makhkuk dari Allah,seharusnya menginsafkan kita
      semua sebagai rakyat Malaysia, semua terasa kepayahannya, kerana kena duduk rumah, menginsafkan kita semua, pemimpin dan rakyat agar kita(rakyat yang beragama Islam) kembali kepada ajaran Allah, kerana Allahlah yang mencipta corona virus.Kepada pemimpin dan rakyat yang bukan beragama Islam, ubahlah kehidupan kepada corak kehidupan yang lebih baik kerana kebaikan itu rata-rata di sukai manusia.

      Doa

      Ya Allah lindungi lah kami semua rakyat Malaysia
      dari dijangkiti korona virus. Sesungguhnya engkaulah sebaik-baik pelindung kepada hamba-hambanya yang nak kembali kepada ajarannya.
      Sesungguhnya Engkaulah juga ya Allah yang berhak menghentikan penurunan virus corona.
      1
      • Suka
      • Balas
      • 2h

    PANTUN KKM PENYAYANG PESAKIT DISAYANG
    Hospital kerajaan rakyat banggai,
    Diberi perhatian kerajaan Malaysia;
    Menabur budi bukan untuk dipuji,
    Demi semata rakyat tercinta.
    Kerajaan utamakan kesihatan rakyat Malaysia,
    Asalkan rakyat hidup sejahtera;
    Hospital kerajaan ada di mana-mana,
    Diberi rawatan amat sempurna.
    Kementerian Kesihatan Malaysia patut dipuji,
    Utamakan kesihatan rakyat Malaysia;
    Pelbagai kaum semua dirawati,
    Asalkan rakyat sihat sentiasa.
    Kami sedia membantu anda,
    Kedatangan anda kami nantikan;
    Kami utamakan kesihatan anda,
    Kesembuhan anda kami doakan.
    Warga KKM kerja secara profesional,
    Bekerja berpasukan bersungguh-sungguh;
    Pesakit datang saling kenal mengenal,
    Sayang menyayang sakit pun sembuh.
    Dijangkiti COVID-19 cepatlah bertindak,
    Dapatkan rawatan sebelum terlambat;
    Itu tandanya orang yang bijak,
    Segera sembuh penyakit berjangkit.
    Apabila sakit berjumpa doktor,
    Pergi farmasi mengambil ubat;
    Terima kasih kerana bersabar,
    Kerana sabar menantikan ubat.
    Pesakit sakit doktor rawat,
    Pesakit sembuh doktor gembira;
    Semua sakit boleh dirawat,
    Asalkan usaha tawakal dan doa.
    Wad kecemasan sentiasa kesibukan,
    Doktor bekerja penuh komitmen;
    Dugaan datang penuh kesabaran,
    Kesabaran anda mendapat ganjaran.
    Bilik pembedahan sunyi sepi,
    Pakar bedah bekerja penuh teliti;
    Menjalankan pembedahan berhati-hati,
    Pesakit sembuh senang hati.
    Sabarlah pesakit atas dugaan,
    Ku doakan dikau segera sembuh;
    Warga KKM penuh sopan,
    Penyayang mereka buat mu sembuh.
    Cucilah tangan sebelum makan,
    Jaga kebersihan mesti diutamakan;
    Segala penyakit dapat dijauhkan,
    Anda sihat terukir senyuman.
    Doktor bekerja tak tentu masa,
    Nyawa pesakit amat diutamakan;
    Apabila bekerja tidak tergesa-gesa,
    Agar pesakit dapat disembuhkan.
    Terhibur hati terima senyuman,
    Senyuman warga KKM hati terhibur;
    Kurangnya sakit bila tersenyum,
    Bicaramu sopan lagi teratur.
    Tiada langsung bersikap sombong,
    Biarpun berjawatan Ketua Pengarah;
    Warga KKM dihormati kerana penyayang,
    Mereka bekerja tanpa diarah.
    Ketua Jururawat seorang berpersonaliti,
    Menggalakkan jururawat berpekerti tinggi;
    Melayani pesakit seperti keluarga sendiri,
    Kesembuhan pesakit itu dihajati.
    Sabarlah duhai pesakitku,
    Sakitmu sakitku juga;
    Kudoakan segera sembuh untukmu,
    Moga Allah perkenankan semua doa.
    Gembiranya hati dapat layanan,
    Warga KKM baik budi;
    Semua pesakit mendapat rawatan,
    Sakit COVID-19 dapat diubati.
    Ucapan terima kasih warga hospital,
    Merawat pesakit dalam kesabaran;
    Datang ke sini saling kenal-mengenal,
    Moga Tuhan membalas segala kebaikan.
    Rajinlah makan ubat duhai pesakitku,
    Segera sembuh itu doaku;
    Sembuhmu kebahagiaanku,
    Kesihatanmu keutamaanku.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    21 April 2020
    (Pantun dikarangkan istimewa untuk Ketua Pengarah Kesihatan, Doktor, Jururawat,dan semua warga KKM yang bekerja di barisan hadapan bertungkus lumus untuk kami, moga Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan duhai wira dan wirawati KKM tersayang)
    PUISI WARGA KKM PENYAYANG
    Duhai warga KKM kusayang
    Kusanjung setiap budimu.
    Kau bekerja tanpa
    mengenal penat dan lelah
    Kau tetap tabah melayani kerenah pesakit
    kau layani mereka dengan penuh
    tanggungjawab,
    prihatin dan
    kasih sayang.
    Ikhlas kerjamu!
    suci kerjamu!
    sopan santun tutur katamu!
    terubat hati terima senyuman iklasmu.
    sakitku kau ambil peduli
    kau ubati sehingga sembuh
    Syukur Alhamdulillah
    kudoakan moga segala kebaikanmu
    dibalas Syurga Firdaus oleh Yang Maha Esa
    Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin
    Karya Ratu Rimba Niagara
    21 April 2020
    (Puisi dikarangkan istimewa untuk Ketua Pengarah Kesihatan, Doktor, Jururawat, dan semua warga KKM yang bekerja di barisan hadapan bertungkus lumus untuk kami,moga Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan duhai wira dan wirawati KKM tersayang)
    PANTUN COVID-19
    Malaysia kini sedang diuji,
    Covid-19 penyakit berjangkit;
    Penyakit berjangkit amat digeruni,
    Perintah dikeluarkan agar tidak berjangkit.
    Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan,
    Duduk di rumah satu arahan;
    Bagi menghentikan covid-19 tak berpanjangan,
    Kesihatan rakyat sentiasa diutamakan.
    Rakyat yang engkar diambil tindakan,
    Agar covid-19 dapat diputuskan;
    Musnah negara jika tak diendahkan,
    Justeru rakyat bersama hentikan.
    Covid-19 merebak tanpa disedari
    Bagaikan tsunami datang melanda;
    Ramai sudah dijangkiti ada yang mati,
    Itu yang merisaukan rakyat jelata.
    Ramai pesakit membuat saringan,
    Bagi memastikan tidak dijangkiti;
    Apabila dijangkiti meranalah badan,
    Menentukan antara hidup dan mati.
    Rakyat dikehendaki patuhi arahan kerajaan,
    Duduk di rumah agar tak dijangkiti;
    Rataian covid-19 dapat diputuskan,
    Rakyat sihat hidup dalam kesejahteraan.
    Covid -19 penyakit berjangkit,
    Bila dijangkiti merana badan,
    Mesti dijauhi agar tak menjangkit,
    Keselamatan rakyat diutamakan.
    Rakyat diseru jaga kesihatan,
    Kebersihan diri mesti diutamakan,
    Covid-19 tidak kelihatan ,
    Ada wujudnya jika tak diendahkan.
    Bahaya Covid -19 memakan diri,
    Bila dijangkiti sakit tak terperi,
    Rakyatku kamu tak sendiri,
    Sokongan padu sentiasa diberi,
    Duhai rakyat patuhi arahan,
    PKP untuk keselamatan anda,
    Anda selamat sukalah kerajaan,
    Begitu berharganya nyawa anda.
    Anda adalah permata negara,
    Covid-19 boleh kehilangan nyawa,
    Kematian anda hilanglah permata negara,
    Kerajaan berkorban hingga hujung nyawa.
    Barisan hadapan berkorban demi anda,
    KKM PDRM ATM BOMBA bersatu tenaga,
    Bekerja tak kira masa demi anda,
    Duduk di rumah tanda setia.
    Pesakit Covid -19 kian meningkat,
    Dijangkiti begitu mudah dan cepat,
    Wujudnya Covid-19 tidak bertempat,
    Covid -19 dijangkiti begitu cepat.
    Covid -19 tidak mengenal siapa,
    Sesiapa saja boleh dijangkiti,
    Justeru semua mesti berwaspada,
    Agar terselamat dari dijangkiti.
    KKM paling sibuk merawat pesakit,
    Pesakit Covid-19 bertarung nyawa,
    Berharganya nyawa setiap pesakit,
    Diselamatkan hingga hujung nyawa.
    Setiap yang hidup pasti mati,
    Pesakit Covid-19 ada yang mati,
    Jenazah diasingkan agar tak dijangkiti,
    Dari jauh didoakan tanda diingati.
    Pergilah dengan aman duhai yang disayangi,
    Kasih sayang tetap dikenangi,
    Di dunia kasih tersimpul mati,
    Di Syurga selamanya kasih abadi.
    Terima kasih kerajaan penyayang,
    Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri,
    Jasamu sentiasa dikenang,
    Moga Allah SWT merahmati.
    Agong penyayang PM penyayang,
    Bertuah sungguh rakyat Malaysia,
    Covid-19 berterusan nyawa melayang,
    PKP dipatuhi demi cinta Malaysia.
    Agong dan PM sehati sejiwa,
    Siang dan malam fikirkan rakyat,
    PKP diarahkan selamatkan jiwa,
    Kekal duduk di rumah duhai rakyat.
    Pantun Covid-19 dikarangi,
    Buat semua rakyat Malaysia,
    Yang sentiasa disayangi,
    Moga rantaian Covid-19 dapat diputuskan.
    Aamiin
    Terima kasih Agong
    Terima kasih PM
    Terima kasih Jemaah Menteri Perikatan Nasional
    Terima kasih KKM
    Terima kasih PDRM
    Terima kasih ATM
    Terima kasih BOMBA
    Terima kasih PARA SUKARELAWAN
    Terima kasih semua rakyat Malaysia
    Atas pengorbanan diberikan demi Malaysia tercinta!
    Syukur Alhamdulillah
    Karya Ratu Rimba Niagara
    10 April 2020
    (Pantun dikarangkan istimewa untuk Agong, PM, Semua Warga KKM.
    PDRM, ATM, BOMBA dan para sukarelawan dan semua rakyat
    Malaysia yang mematuhi ,'Perintah Kawalan Pergerakan')
    SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN HERO MALAYSIA
    DATUK DR NOOR HISHAM
    Selamat ulangtahun kelahiran
    buat insan teristimewa
    Datuk Dr Noor Hisham
    dilahirkan ke dunia
    untuk berbakti
    terus berbakti
    kepada rakyat Malaysia
    Kau hero Malaysia
    menyandang jawatan
    Ketua Pengarah
    Kementerian Kesihatan Malaysia
    Sebagai ketua
    kau menjalankan tugas
    penuh tanggungjawab
    menberi komitmen
    yang tinggi
    sehingga dinobatkan antara
    3 doktor terbaikdalam mengendalikan
    wabak COVID-19 di dunia
    sekalung tahniah untukmu!
    Berganding bahu bersama
    Perdana Menteri Kesayangan
    Rakyat Malaysia
    bagi menghentikan segera
    penularan wabak COVID-19
    justeru rakyat juga mesti
    memberi kerjasama mematuhi
    Perintah Kawalan Pergerakan
    hanya duduk di rumah
    Mereka yang sakit dirawati
    yang sihat berwaspada
    agar tidak dijangkiti
    bila dijangkiti
    kematian menanti
    begitu merbahayanya COVID-19
    Nyawa setiap rakyat Malaysia
    terlalu berharga untuk negara
    justeru rakyat harus
    bersyukur dikurniakan
    seorang Perdana Menteri Penyayang
    dan Ketua Pengarah Kesihatan
    yang prihatin setiap nyawa
    rakyat Malaysia
    Jutaan terima kasih
    kepada Datuk Dr Noor Hisham
    dan semua barisan hadapan
    yang sanggup pertaruhkan nyawa
    untuk menyelamatkan nyawa
    rakyat Malaysia
    Moga Allah SWT saja yang
    dapat membalas segala kebaikan
    dengan balasan Syurga yang tertinggi
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
    Karya Ratu Rimba Niagara
    21 April 2020
    (Puisi diilhamkan istimewa untuk Datuk Dr Noor Hisham dan
    semua barisan hadapan yang terlibat bagi memutuskan
    rantaian COVID-19).
    USTAZ EBIT LEW
    Ustaz Ebit Lew
    kau insan pilihanNya
    berbakti tanpa lelah
    tidak kira di mana-mana
    terus berbakti
    menghulurkan bantuan
    pada mereka tanpa
    mengira agama dan bangsa
    pelbagai bangsa kau bantu
    Ustaz Ebit Lew
    bagimu semuanya saudara
    yang kau sayang
    kerana Allah Taala
    bakti yang diberikan
    bukan untuk dipuji
    jauh sekali untuk dibalas
    Ustaz Ebit Lew
    menyapa ramah
    bertanya kabar
    memberi makanan
    dan wang
    sebagai hadiah
    tanpa rasa kerugian
    memberi terus memberi
    kesusahan dan kesulitan
    saudaramu ingin kau bantu
    semampu daya
    mereka menangis sendu
    terharu terima bantuan ikhlasmu
    bagaikan mimpi di siang hari
    dengan kehadiranmu
    meringankan beban yang ditanggung
    Subhnallah
    akhlakmu
    akhlak Rasulullah
    menyayangi semua
    ikhlas kerana Allah
    Ustaz Ebit Lew
    moga jerih perihmu
    segala pengorbananmu
    dalam berdakwah
    dibalas Syurga Firdaus tertinggi
    oleh Robbul Izati
    bersama ibu, ayah,
    seluruh keluargamu tercinta
    dan bersama muslimin muslimat
    yang kau anggap saudaramu
    menjadi penghuni Syurga
    itulah matlamatmu dalam berdakwah
    Ustaz Ebit Lew
    moga segala niat suci murnimu
    indah akhlakmu
    seindah akhlak Rasulullah
    berdakwah penuh
    rasa kasih sayang sejati
    setiap kata-katamu
    butiran hikmah
    untuk dijadikan pedoman
    hidup di dunia dibawa ke akhirat
    agar bersama menuju Jannah
    Insha Allah Aamiin
    Karya Ratu Rimba Niagara
    18 April 2020
    (Puisi diilhamkan istimewa untuk Ustaz Ebit Lew
    dan semua yang mengenali Ustaz Ebit Lew)
    (KARYA DISIARKAN SEBAGAI BAHAN BACAAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA MENGISI MASA LAPANG SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN)


    Ratu Rimba Niagara shared Mario Teguh's photo.

    Mario Teguh
    Jangan memperjuangkan orang yang tidak berani memperjuangkan Anda.
    Mario Teguh

    Hassanal Bolkiah
    Anda harus mempercayai apa yang anda lakukan untuk mendapatkan apa yang anda mahukan,

    SIMBOLIK WARNA MERAH BUNGA KEBANGSAAN MALAYSIA

    PEMIMPIN : Merahmu membara-bara untuk kemenangan bagi
    pihak rakyat yang dibela seikhlasnya.

    RAKYAT : Merahmu membara mahu dibela difahami pemimpin
    agar hidup terbela di negara sendiri.

    Negara : Merahmu kepada penyatuan keharmonian pekerja,
    majikan, pemimpin dan seluruh rakyat negara ini yang mahu 
    kemerdekaan dikekalkan selagi ada bulan dan matahari.

    MAJIKAN : Merahmu menyala mendapat keuntungan
    dan berkongsi sama dengan pekerja memberi
    gaji dan bonus yang sepatutnya.

    PEKERJA : Merahmu membara-bara...
    Bangkit dengan semangat juang untuk
    meneruskan kehidupanmu dan keluarga.


    Karya Ratu Rimba Niagara
    1 Mei 2020

    PANTUN TERIMA KASIH PERDANA MENTERI
    Terima kasih Perdana Menteri,
    Sudi menjadi Perdana Menteri kami;
    Pengorbananmu rakyat hargai,
    Namamu indah tersemat di hati.
    Perjuanganmu setulus ikhlas,
    Membela rakyat pelbagai kaum;
    Budi ditabur tiada harap dibalas,
    Bangganya rakyat penuh kagum.
    Jasamu Perdana Menteri rakyat hargai,
    Turun ke padang tak kira masa;
    Setiap masalah rakyat cuba difahami,
    Agar rakyat hidup sempurna.
    Tiada istilah penat dan jemu,
    Sentiasa fikirkan masalah negara;
    Masalah negara difikirkan tanpa jemu,
    Diselesaikan agar rakyat hidup sejahtera.
    Hidupmu penuh dengan kebaktian,
    Berbakti kepada rakyat juga negara;
    Bersyukur rakyat mempunyai pemimpin,
    Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara.
    Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara,
    Mahukan negara terus maju;
    Semangat perjuangan terus membara,
    Negara dipacu rakyat terus maju.
    Negara dipacu rakyat terus maju,
    Negara maju rakyat berinovasi;
    Negara maju dunia terpukau,
    Hasil negara terus dikongsi.
    Rakyat berbilang kaum dalam perpaduan,
    Bermuafakat bersatu hati;
    Bersatu hati untuk merealisasikan,
    Kejayaan negara menanti pasti.
    Setiap usaha pasti jadi kenyataan,
    Asalkan rakyat dan pemimpin bersatu hati;
    Bersatu hati saling memberi kepercayaan,
    Kepercayaan berdasarkan keikhlasan hati.
    Kejujuran hati membentuk kerajaan,
    Kerajaan cekap dan amanah;
    Rakyat sentiasa diberi perhatian,
    Pemerintahan dilaksana secara berhemah.
    Pemerintahan dilaksana secara berhemah,
    Tiada perkecilkan mana-mana parti;
    Nasib rakyat dan negara terpikul amanah,
    Kesejahteraan rakyat dan negara sudahlah pasti.
    Perdana Menteri kaulah pertiwi,
    Perjuanganmu tak terhenti;
    Semangatmu membara kami kagumi,
    Budimu indah mewangi di hati .
    Terima kasih Perdana Menteri,
    Nasihatmu sentiasa kami ingati;
    Pengorbananmu kami sanjungi,
    Budi baikmu sentiasa kami hargai.
    Terima kasih Perdana Menteri,
    Tan Sri Muhyiddin kesayangan kami;
    Moga sentiasa dirahmati,
    Dirahmati ketika hidup dan mati.
    Malaysia tersenyum kesejahteraan tercipta,
    Pemimpin dan rakyatnya sehati sejiwa;
    Saling faham memahami di antara mereka,
    Demi kerana negara tercinta.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    29 April 2020
    (Pantun dikarang untukmu Perdana Menteri kesayangan rakyat Malaysia
    terima kerana sudi menjadi Perdana Menteri kami moga Allah merahmatimu Aamin)
    SAYA SAYANG PERDANA MENTERI SAYA
    Saya warganegara Malaysia.
    Rakyat negara saya terdiri daripada
    pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
    India. Walaupun berbeza agama,
    bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidup
    aman damai tanpa sebarang sengketa.
    Kami hidup bersatupadu, tolong
    menolong dan hormat menghormati.
    Perdana Menteri saya yang ke-8
    namanya YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
    Saya menghargai Perdana Menteri saya
    kerana membantu dan membela nasib
    seluruh rakyat Malaysia dalam sebarang
    situasi.
    Terima kasih Perdana Menteri,
    kami rakyat Malaysia rasa bertuah
    mempunyai seorang Perdana Menteri
    yang baik hati dan penyayang
    sayangkan rakyatnya melebihi
    nyawa sendiri.
    Moga Malaysia berjaya
    rakyat sihat, aman makmur
    selamanya!
    Karya Ratu Rimba Niagara
    26 April 2020

    TERIMA KASIH PM KE-8 TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
    Sekalung tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
    atas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke-8.
    Kehadiranmu tepat pada masanya di kala rakyat amat
    memerlukan seorang Perdana Menteri berjiwa rakyat.
    "Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan
    melantik saya sebagai Perdana Menteri.
    Ini adalah kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia
    Tuanku sebagai Ketua Negara yang menjalankan
    fungsi baginda selaras dengan Perlembagaan
    Persekutuan.
    Saya sedar bahawa pelantikan saya bukanlah
    melalui pilihanraya.
    Sebaliknya, saya dilantik setelah mendapat
    sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
    Saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat
    Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah.
    Baik saudara orang Melayu, saudara orang Cina,
    saudara orang India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun,
    Murut, orang asal, atau apa jua kaum dan etnik,
    saya adalah Perdana Menteri saudara.
    Saya tawarkan jiwa dan raga saya untuk rakyat
    dan negara.
    Terus mencurah bakti kepada rakyat, walaupun saya
    bukan pilihan rakyat tapi saya dan semua jemaah menteri
    di bawah pemerintahan saya, akan cuba sedaya mampu
    membantu rakyat tanpa seorang pun dipinggirkan semuanya
    akan mendapat perhatian!"
    Baharu saja menyandang jawatan Perdana Menteri
    tanpa diduga berlakunya penularan wabak COVID-19
    justeru kerajaan mewajibkan rakyat mematuhi Perintah
    Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan
    rantaian COVID -19. Jika perintah ini tidak dipatuhi,
    segala tindakan akan menjadi sia- sia.
    Setiap nyawa rakyat Malaysia terlalu berharga justeru
    kerajaan melindungi daripada terkena jangkitan wabak
    COVID-19.Kerana memahami kesusahan rakyat akibat
    penularan wabak COVID-19 pelbagai pakej Ransangan
    Ekonomi Prihatin Rakyat dilancarkan di mana semua
    golongan rakyat dibantu tanpa tanpa seorangpun dipinggirkan.
    Subhanallah baru menyandang jawatan Perdana Menteri
    sudah membuktikan kemampuan membantu dan
    memperjuangkan nasib rakyat.
    Dalam ujian ada rahmat, rakyat menerima bantuan dalam
    rasa syukur dan gembira.
    Syukur Alhamdulillah dikurniakan seorang Perdana Menteri
    pemurah, bertangggungjawab, mengasihi dan mementingkan
    rakyat daripada kepentingan sendiri.
    Rakyat terpegun dengan keluhuran budi dan pengorbananmu.
    Kaulah Perdana Menteri yang didambakan rakyat.
    Moga dipanjangkan usia untuk terus menerajui tampuk
    pemerintahan kini dan akan datang.
    Terima kasih Perdana Menteri kerana sudi menjadi
    Perdana Menteri kami, menabur bakti bersama
    Jemaah Menterimu.
    Sebagaimana kau mengasihi rakyat dan prihatin setiap
    masalah rakyat kami juga menyayangimu.
    Didoakan setiap budimu dibalas Syurga tertinggi
    sebaris para nabi kekasih Allah kerana pemimpin
    yang adil dan amanah. Insya-Allah Aamiin.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    18 April 2020
    (Puisi diilhamkan istimewa untuk PM ke-8 dan seluruh rakyat
    Malaysia tercinta!)



    SELAMAT HARI PEKERJA SEDUNIA 1 MEI 2020
    DISIARKAN PUISI KARYA RATU RIMBA NIAGARA TERISTIMEWA 
    UNTUK SELURUH PEKERJA DI SELURUH DUNIA.

    "Gajimu dibayar oleh majikamu
    Gajiku dibayar oleh TUHANku"

    PEKERJA MEREALISASIKAN TRANSFORMASI NEGARA

    Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja,
    Berkerjalah dengan setulus ikhlas ;
    Hidupmu akan dihargai kerana berjasa,
    Moga budimu Allah membalas.

    Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
    Justeru ada Negara adalah pekerja;
    Apapun bidang kerja sumbangannya pada Negara,
    Kerajaan tidak dapat dipisahkan dengan pekerja.

    Kerajaan pembela nasib pekerja,
    Pekerja kerajaan dilayan seperti anak emas;
    Tepat masa pulang habislah kerja,
    Kerajaan naikkan gaji juga diberi bonus.

    Untungnya sungguh pekerja kerajaan,
    Kerja senang tak banyak cabaran;
    Rakyat datang jangan cepat baran,
    Pekerja berbudi bahasa menjadi pujaan.

    Rakyat datang mahu berurusan,
    Berurusan dengan penjawat awam;
    Menunggu lama amat membosankan,
    Membosankan berurusan penjawat awam.

    Gaji nak bonus pun nak,
    Tapi kerja tak setimpal gaji;
    Bonus tak dapat mula memberontak,
    Pekerja cemerlang kerajaan tetap memuji.

    Kerajaan menyeru penjawat awam ,
    Semua pekerjanya lakukan transformasi;
    Demi kecemerlangan Negara dan orang awam,
    Negara maju kerana pekerja berdedikasi.

    Malang sungguh pekerja swasta,
    Masih ada juga sistem penghambaan;
    Bekerja separuh mati gaji entah ke mana,
    Kejamnya majikan tak ada perasaan.

    Di era Negara maju serba moden,
    Majikan untung berlipat ganda;
    Gaji pekerja mereka tak naikkan,
    Derita pekerja menyara keluarga.

    Kerja separuh mati tak setimpal gaji,
    Demi kehidupan teruskan juga;
    Bos menghendik juga mengeji,
    Hati merintih ditahankan juga.

    Hati merintah ditahankan juga,
    Demi meneruskan sebuah kehidupan;
    Sanggup bersusah demi keluarga,
    Mengharapkan sinar cahaya di masa depan.

    Sabar pekerja menahan cabaran,
    Menghadapi majikan yang tamak haloba;
    Salah sikit dah panas baran,
    Pekerja bersabar dalam kesempitan.

    Gaji diberi tidak mencukupi,
    Untuk menyara kehidupan keluarga;
    Padahal majikan hidup serba mencukupi,
    Sumbangan pekerja tidak berharga.

    Mogok pekerja bos yang susah,
    Mogok bos pekerja tak bergaji;
    Hidup pekerja semakin susah,
    Negara moden selalu tak begini.

    Hari-hari bekerja demi sesuap nasi,
    Mencari nafkah keluarga tercinta;
    Setiap tahun bos menabur janji basi,
    Memberi bonus semuanya helah belaka.
    Mana lagi tempat hendak mengadu,
    Pekerja malang derita tanggung sendiri;
    Syukurlah ada hamba Allah ambil tahu,
    Membela pekerja tidak dibiarkan sendiri.

    Segala masalah mengadu kepada WNK,
    Berjuang habis- habisan demi pekerja;
    Berhujan berpanas sanggup bertekak,
    Asalkan terbela nasib pekerja.

    Dikutuk dihina tidak diambil peduli,
    Memperjuangkan nasib pekerja bermati-matian;
    Terbela nasib pekerja kepuasan di hati,
    Kemenanganmu sentiasa kami nantikan.

    Ya Tuhan jika kami di pihak yang benar,
    Berilah kami kekuatan dan keazaman;
    Moga rintihan kami mereka mendengar,
    Bahagialah kami demi sebuah kehidupan.

    Doa orang teraniaya tanpa hijab,
    Hidup bersandar kepada Allah semata;
    Berusaha bertawakal doa mustajab,
    Berjuang tetap berjuang demi pekerja tercinta.

    Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
    Saling faham memahami demi Negara;
    Antara pekerja majikan juga kepimpinan Negara,
    Kerana pekerja penentu masa depan Negara.

    Pekerja penentu masa depan negara,
    Itu tidak dapat dinafikan mana-mana negara;
    Rakyat dibela diperjuangkan demi negara,
    Pekerja merealisasi tranformasinNegara

    Karya Ratu Rimba Niagara
    1 Mei 2020
    (Puisi DiIlhamkan Sempena Meraikan Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2020)


    mereka bilang...
    Teruskan Membaca
    Komen
    Tuliskan komen...

    RAMADAN MAAFKAN KAMI
    Ramadan kami menunggumu
    dalam penuh rindu membara
    kerana kedatanganmu
    membawa seribu rahmat
    segala amalan berganda
    Ramadan maafkan kami
    tidak dapat meraikanmu
    berterawih di masjid dan surau
    gara-gara menjauhi wabak COVID-19
    Ramadan kami ingin sekali
    bersolat jemaah
    beramai-ramai
    mendengar tazkirah
    bersalaman
    saling mengeratkan silaturrahim
    saling meyayangi kerana Allah
    yang telah bertahun kami amalkan
    tapi kerana COVID-19
    kami tak dapat berterawih
    maafkan kami Ramadan
    sedih teramat sedih
    moga COVID-19
    berakhir atas izinNya
    Aamiin
    Karya Ratu Rimba Niagara
    1 Ramadan 1441H
    24 April 2020
    Zainal Abidin Enai ke Himpunan Doa,Madah,Info (HDMI)☑️
    Assalamualaikum..
    Salam pagi minggu buat semua shbt.
    Inshaallah semoga kita diketemui dngn
    " RAMADHAN..."


    Terima kasih semuanya kerana sudi menyokong ideaku.
    Terima kasih daun keladi;
    Kalian semua dekat di hatiku,
    Moga semua rakyat mencintai Malaysiaku ini.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    1 Mei 2020
    (Puisi DiIlhamkan Sempena Meraikan Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2020)

    SELAMAT HARI PEKERJA YB ALAMMAYA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 'BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT DEMI TUHAN'
    Selamat hari pekerja YB Alammaya Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    Terima kasih atas ucapan mu duhai rakyat setia pembaca karyaku di alammaya
    Kami semua bekerja dibayar gaji ... adakah YB Ratu Rimba dibayar gaji oleh majikan?
    Tidak duhai rakyat alammayaku...
    Habis tu bagaimana YB hendak membela kami sedangkan YB pun tak dibayar gaji...
    Tak apalah ....
    Kenapalah tak apalah ...adakah YB sudah cukup kaya hingga tak perlukan wang?
    Wang itu perlu...tapi hidupku dari dulu hingga sekarang bertawakal kepada Allah
    Tak dibayar gaji bertawakal kepada Allah ..tak faham kami duhai YB...
    Hidupku ibarat...sepohon pokok yang tak berbuah tapi aku perlukan buah itu juga kugegar semampu daya pohon yang tak berbuah itu ...itulah gajiku
    Lagi kami tak faham....pokok yang tak berbuah diguncang semampu daya itulah gaji YB
    Kalau kamu tak faham tak apalah ...biar mereka yang faham saja faham...ha sekarang apa masalah kamu sebagai pekerja biar YB sampaikan kepada pemimpin kalian...
    manalah tahu didengari....semua masalah selesai lagipun kerajaan pentingkan rakyat
    Masalah kami akan selesai jika YB sudah dibayar gaji...itu barulah win...win...
    YB bela kami ...kami juga nak bela YB....YB sayang kami ...kami juga sayang YB...
    Bawa bertenang ye...ini yang susah nak jawab ...pening jadinya jawab salah tak jawab salah makanya... cukuplah gaji YB dibayar oleh Allah Azzawajalla
    Kerana gaji YB dibayar Allah Azzawajallah makanya...YB berehat kami pulak ambil tempat YB macam mana...kami yang akan usulkan agar YB dibayar gaji...jika tak dibayar gaji...kami nak mogok kerja....
    Waduh....waduh...rakyatku bisa pusing dech...jangan gitu...biar aku seorang yang tak dibayar gaji asalkan kalian semua dibayar gaji dengan sepatutnya oleh majikan kalian ye....pantun hari pekerja sudahpun YB siarkan di alammaya agar mendapat perhatian daripada majikanmu.
    Tambah lagi satu untuk YB Alammaya Yang Kami Kasihi Mengistiharkan HARI YB SUKARELAWAN RAKYAT.
    Itu pandai kamulah ....YB sejujurnya untuk kepentingan YB sendiri mahu dilupakan kerana YB berkhidmat untuk rakyat demi Tuhan...moga faham ye rakyat alammayaku.
    Ini pantun yang YB karangkan istimewa untuk kalian yang tersayang semua duhai rakyat alammayaku baca dan hayati...moga ada perubahan kehidupan kalian sekeluarga ....Aamiin.
    PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
    SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
    TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
    PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
    8 Ramadan 1441H
    1 Mei 2020



    Aamiin2 YRA 🤲
    Anak-anak angkatku.Moga dilindungi dari virus corona.From Ratu Rimba Niagara 😘❤️

    SASTERA KREATIF ISTIMEWA UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR RAKYAT MALAYSIA TERCINTA!
    PUISI IMAGINASI KANAK-KANAK KREATIF
    KIKI
    Kiki suka berada di bulan.
    Di bulan Kiki main sorok-sorok dengan awan.
    Kiki ada sayap.
    Kiki terbang ke sana ke mari
    bermain dengan bintang.
    Di kepulan awan biru Kiki meniup seruling
    sambil menyanyi lagu, ‘Ibu Oh! Ibu’.
    BULAN DAN BINTANG
    Bulan tersenyum melihat anak burung
    berbulu biru terbang mencari rezeki.
    Bulan suka lihat gelagat tiga ekor
    kucing yang suka bermain dengan bintang,
    duduk di pelangi dan seekor lagi
    duduk di tunggul kayu berangan bermain
    sorok-sorok dengan bintang dan bulan.
    HARI JADI JOHN
    Setiap tahun John meraikan hari jadi.
    Hari ini hari jadi John yang kesembilan.
    Ayah John membeli kek tiga tingkat.
    Hari jadi John sungguh meriah kerana
    diadakan di sebuah taman bunga
    di kelilingi rama-rama pelbagai warna.
    TIKAR AJAIB
    Puteri Aliya dengan Putera Aliba
    sangat gembira kerana dapat terbang
    dengan ‘Tikar Ajaib’.
    Mereka dapat terbang setelah terjumpa
    dengan ‘Pelita Ajaib’ yang boleh memberi
    kesaktian kepada si pemiliknya.
    Apabila penat mereka pulang berehat
    di Istana Kayangan yang indah
    lagi permai.
    NINA SAYANGKAN BAYI DINOSAUR
    Nina tinggal di sebuah pulau bersama
    bayi Dinosaur. Mereka berdua
    berkawan baik.
    Nina sangat sayangkan bayi
    Dinosaur.
    Bayi Dinosaur sangat comel.
    Telinganya panjang seperti arnab.
    Kukunya tajam seperti harimau.
    Nina suka cium Bayi Dinosaur.
    Bayi Didosaur tersenyum malu.
    Bayi Dinosaur sangat gembira.
    Hidupnya hari-hari ceria.
    Dia gembira kerana keluarganya
    sangat baik dengan keluarga
    angkatnya.
    Walaupun dia cumalah haiwan
    dan keluarga angkatnya manusia
    tetapi mereka saling hormat
    menghormati dan sayang
    menyanyangi di antara satu
    sama lain.
    Nina adalah kakak angkat yang
    sangat sayangkan ‘Bayi Dinosaur’.
    BERMIMPI JADI ANAK GERGASI
    Pada suatu hari Ramasamy pergi
    berkelah di sebuah pulau.
    Dia membawa bekalan.
    Ramasamy tertidur kekenyangan.
    Dia tidur dengan nyenyaknya,
    ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
    Ketika tidur Ramasamy bermimpi
    menjadi anak gergasi.
    CITA-CITA SAYA
    Cita-cita saya hendak menjadi
    seorang doktor.
    Saya mesti belajar bersungguh-
    sungguh.
    Apabila sudah menjadi doktor
    nanti, saya boleh nasihatkan
    pesakit saya supaya amalkan
    makan makanan sihat seperti
    sayur-sayuran dan buah-buahan.
    TAMAN BUNGA IBU SAYA
    Ibu saya suka tanam pokok bunga.
    Halaman rumah saya penuh dengan
    pokok-pokok bunga.
    Setiap petang saya menyiram pokok-
    pokok bunga.
    Halaman rumah saya seperti taman
    bunga yang sangat indah di pandang
    mata.
    Ibu dan ayah saya suka hati melihat
    pokok-pokok bunga yang segar dan
    cantik.
    Ibu saya kata,‘Taman bunga
    membuatkan hatinya berasa aman
    dan tenang.’
    KERETA TERBANG
    Pagi Ahad itu Ah Chong bangun pagi.
    Dia sangat gembira sambil menghirup
    udara segar di jendela.
    Setelah mendapat kebenaran ibu dan
    ayahnya, dia terbang ke awan biru.
    Ah Chong sangat gembira kerana
    tanpa sokongan kedua orang tuanya
    Ah Chong tidak akan dapat terbang
    di awan biru bersama dengan kereta
    terbang ciptaannya.
    KEINDAHAN TAMAN BUNGA
    Sungguh indah taman bunga yang
    menghijau ini.
    Menghidu bauan bunga-bungaan
    yang mewangi setiap pagi.
    Dihiburkan dengan kicauan burung-
    burung seolah-olah sedang menyanyi-
    nyanyi lagu merdu.
    Diindahkan lagi dengan Sang Rama-Rama
    yang berwarna-warni.
    Sungguh indah!
    Sungguh aman!
    Buat hati rasa tenang!
    KAMBING GURUN AJAIB
    Ini Kambing Gurun Ajaib.
    Kambing Gurun Ajaib ini namanya Lito.
    Lito boleh terbang ke mana dia suka.
    Lito suka bermain dengan bintang-bintang
    yang bergemerlapan di langit malam.
    Kadang-kadang dia menanduk bintang.
    Bintang suka berkawan dengan Lito.
    Lito baik hati dan tidak pandai bercakap
    bohong.
    HARIMAU KEMBAR SIAM
    Ini Harimau Kembar Siam.
    Mereka telah selamat menjalani
    pembedahan pemisahan semasa
    bayi lagi.
    Kini Harimau Kembar Siam telah
    dewasa.
    Ke mana pergi mereka selalu
    bersama.
    Setiap petang, Harimau
    Kembar Siam pergi ke sebuah
    tasik untuk menghilangkan
    dahaga.
    Harimau Kembar Siam sayang
    menyayangi di antara satu sama lain.
    KELUARGA ZIRAFAH
    Ini sekumpulan keluarga zirafah.
    Keluarga zirafah ini sangat bahagia.
    Ke mana pergi mereka berkumpulan
    bersama.
    Ibubapa mereka penyayang dan
    bertanggungjawab.
    Anak-anak dididik supaya hormat
    menghormati di antara satu
    sama lain.
    Mereka hidup aman damai dan
    berkasih sayang selamanya!
    KUDA BELANG
    Kasihan sungguh dengan sekumpulan
    kuda belang ini.
    Mereka berlari sekuat hati daripada
    ditembak oleh manusia yang tiada
    perasaan belas kasihan.
    Manusia kejam itu hanya mahu
    mengaut keuntungan sahaja.
    Mereka akan menjual kulit kuda
    belang dengan harga yang tinggi.
    Kuda belang akan pupus di muka
    bumi ini jika tidak dibanteras
    jenayah membunuh kuda belang.
    ZOO NEGARA
    Saya suka pergi ke Zoo Negara.
    Di Zoo Negara ada pelbagai
    haiwan hidupan liar.
    Singa senyum kepada saya.
    Anak zirafah sangat comel.
    Saya suka tengok anak gajah
    pakai topi. Sungguh comel!
    Anak gajah senyum kepada saya.
    Saya sangat sayang semua haiwan
    yang ada di Zoo Negara.
    Nanti ada peluang saya akan
    datang lagi ke Zoo Negara.
    IKAN LUMBA-LUMBA
    Ikan Lumba-Lumba sangat cerdik.
    Perangainya suka melompat-lompat
    sambil menyumpit air.
    Sungguh melucukan!
    Saya suka sangat dengan ikan lumba-lumba.
    Saya pernah bermimpi, saya duduk
    di belakang ikan lumba-lumba.
    Dalam mimpi tersebut ikan lumba-
    lumba membawa saya mengembara
    ke dasar laut yang indah lagi permai.
    Ibu kata saya tidur sambil tersenyum.
    Saya ceritakan mimpi saya kepada ibu
    saya. Ibu pun tersenyum geli hati.
    Sungguh indah permandangan di dasar aut.
    Di penuhi dengan batu karang, ikan pelbagai
    jenis dan warna, tapak sulaiman, siput dan
    bermacam-macam lagi.
    Mereka hidup bersatupadu tanpa ada
    pergaduhan. Masing-masing mencari
    rezeki tanpa mengambil hak penghuni
    lain.
    Saya suka dengan kehidupan penghuni
    laut yang aman, damai dan permai.
    HADIAH WAU
    Ayah membeli wau untuk saya.
    Wau saya cantik.
    Saya suka melihat wau saya terbang tinggi.
    Wau saya terbang tinggi ditiup angin.
    Saya gembira.
    Ayah suka hati.
    Ibu senang hati.
    Wau! Sukanya hati saya hari ini.
    Hendaknya kegembiraan saya ini
    dapat dikongsi bersama dengan
    rakan-rakan yang seusia dengan saya.
    Ibu-ibu …Bapa-bapa…Di luar sana
    hadiahkan wau untuk anak kesayangan
    anda!
    Mereka pasti gembira.
    Percayalah cakap saya.
    Tak percaya cubalah!
    Anak anda pasti gembira seperti saya.
    SAYA WARGANEGARA MALAYSIA
    Saya warganegara Malaysia.
    Rakyat negara saya terdiri daripada
    pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
    India. Walaupun berbeza agama,
    bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidup
    aman damai tanpa sebarang sengketa.
    Kami hidup bersatupadu, tolong
    menolong dan hormat menghormati.
    Perdana Menteri saya yang ke-8
    namanya YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
    Saya menghargai Perdana Menteri saya
    kerana membantu dan membela nasib
    seluruh rakyat Malaysia dalam sebarang
    situasi.
    Terima kasih Perdana Menteri,
    kami rakyat Malaysia rasa bertuah
    mempunyai seorang Perdana Menteri
    yang baik hati dan penyayang
    sayangkan rakyatnya melebihi
    nyawa sendiri.
    Moga Malaysia berjaya
    rakyat sihat, aman makmur
    selamanya!
    Karya Ratu Rimba Niagara
    26 April 2020
    Puisi Cakarawala Sumber Inspirasi Saya
    Saya suka kepada bulan kerana
    bulan suka senyum pada saya.
    Saya suka bintang kerana
    bintang tak jemu bersinar.
    Saya suka matahari kerana
    tanpa matahari hidup saya
    gelap gelita.
    Saya suka pelangi kerana
    pelangi menceriakan hidup saya.
    Saya suka semua yang ada di cakarawala
    kerana semuanya memberi inspirasi
    kepada saya untuk menghargai Pencipta saya!
    Saya Bahagia
    Hidup saya indah
    seindah bulan di langit.
    Hidup saya terang
    Seterang bintang bergemerlapan.
    Hidup saya ceria
    seceria pelangi yang berwarna-warni.
    Hidup saya bahagia
    sebahagia matahari yang memancarkan
    sinar untuk penghuni bumi.
    Hidup saya setia
    sesetia pengedaran bumi berputar
    mengikut paksinya.
    Hidup saya aman
    seaman planet di galaksinya yang
    berputar mengelilingi matahari mengikut
    orbit masing-masing.
    Jika planet tidak mengikut orbit masing-masing
    sudah pasti berlakulah pelanggaran planet-planet
    di cakarawala, akan musnahlah segalanya.
    Justeru saya tidak mahu begitu
    yang saya mahu penghuni bumi ini bahagia
    dan sentiasa bersyukur kepada
    Tuhan saya Pencipta semesta alam!
    Karya Ratu Rimba Niagara
    26 April 2010
    PANTUN TIGA SAHABAT
    Hari-hari saya ke sekolah,
    Pergi ke sekolah bersama dinosaur;
    Sukanya hati cikgu tak marah,
    Kerana saya berkawan dengan dinosaur.
    Dinosaur saya bernama Dino,
    Saya berkawan sejak dulu;
    Pergi sekolah bersama Dino,
    Melintas jalan Dino dahulu.
    Dino tunggu di pintu sekolah,
    Saya belajar penuh semangat;
    Beg saya bewarna merah,
    Guru mengajar saya mengingat.
    Saya kenalkan Dino dengan kawan,
    Kawan gembira tidak terkata;
    Di waktu rehat dibelanja kawan,
    Dino tersenyum tersebar berita.
    Tersebar berita berkawan dengan dinosaur,
    Kedatangan Dino disambut mesra;
    Dino diberi makan sayur,
    Kemesraan mereka amat ketara.
    Dino sakit saya bimbang,
    Diberi ubat sembuh sakitnya;
    Menyayangi Dino bukan kepalang,
    Tidak ke sekolah kawan bertanya.
    Masa cuti berkelah di pantai,
    Semasa di pantai ramai berkerumun;
    Meminati Dino yang bijak pandai,
    Ramah tamah Dino mereka terpegun.
    Semasa mandi-manda kami gembira,
    Seakan berpesta besar-besaran;
    Gembiranya hati tidak terperi,
    Kerana Dino dapat kenalan.
    Peminat Dino ramai tidak terkata,
    Memberi hadiah tanda persahabatan;
    Dino terima dengan hati terbuka,
    Terima undangan tidak keberatan.
    Hari-hari hidup gembira,
    Kerana Dino sentiasa lucu;
    Pergi ke sekolah membara-bara,
    Ilmu ditimba terus maju.
    Seekor kucing melintas jalan,
    Dino selamatkan dari dilanggar;
    Syukurlah kerana dapat berjalan,
    Dibawa pulang saya bersyukur.
    Kucing diberi nama Si Seberang,
    Kerana tidak pandai menyeberang;
    Baiknya kucing tidak menyerang,
    Bahagianya kami dahulu hingga sekarang.
    Dino tidak bersikap garang,
    Walaupun Si Seberang ganas dengannya;
    Dari dahulu hingga sekarang,
    Dino bersabar dengan kerenahnya.
    Si Seberang tidak lalu makan,
    Risaunya saya bukan kepalang;
    Berjumpa doktor Dino nasihatkan,
    Sembuh terus sakit Si Seberang.
    Kami ketawa terbahak-bahak,
    Apabila Si Seberang dipakai baju;
    Sakit perut ketawa terbahak-bahak,
    Dino nasihatkan makanlah keju.
    Sudah enam tahun kami berkawan,
    Kehidupan kami amat membahagiakan;
    Dino ke sungai menangkap ikan,
    Si Seberang makan saya pun makan.
    Kami bertiga tidak pernah bergaduh,
    Kami bergurau setiap hari;
    Tiada keluar perkataan bodoh,
    Kasih sayang kami tidak terperi.
    Bersiar di padang kami bertiga,
    Si Seberang dengan saya sangat gembira;
    Dibawa Dino berjaga-jaga,
    Agar kami terus gembira.
    Ikatan kami amat mesra,
    Kami gembira hidup begini;
    Bersenda gurau gembira sentiasa,
    Saling sayang menyayangi sesama sendiri.
    Indahnya hidup setiap hari,
    Moga bahagia milik kami bertiga;
    Berkasih sayang antara kami,
    Hari-hari berbunga cinta Syurga.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    26 April 2020

    HIKMAH


    Tak ada kejadian kebetulan
    Tak ada kejadian sia-sia
    Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
    Dan semuanya pasti penuh hikmah
    Hikmah tak akan terbacam
    Oleh orang yg sarat emosi
    Sibuk memanjakan perasaan
    Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
    Langka berzikir
    Tak mau sungguh-sungguh tafakur
    Hikmah yg terbaca
    akan merubah suasana hati
    Akan mudah merubah perilaku
    Dari pedih menjadi syukur
    Dari melankolis menjadi semangat
    Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
    Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
    JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
    BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
    ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
    BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
    SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
    'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
    MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
    'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
    As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
    WAHAI JIWA YANG TENANG
    Surah Al- Farj 27-30
    “Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
    (wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diredhai, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
    BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
    Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
    (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
    DUNIA YANG HINA
    Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
    (Riwayat al-Tirmizi)
    ·
    Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
    Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
    PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
    TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
                                                               
    8 Ramadan 1441H
    1 Mei   2020 

    0 comments:

    Post a Comment

     
    ;