Tuesday, 30 June 2020

SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (3) BERCITA-CITA JADI INSAN YANG BAIK



SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (3) BERCITA-CITA JADI INSAN YANG BAIK

YA ALLAH SESUNGGUH-NYA ENGKAU MAHA BERKUASA MENJADIKAN ALAM INI SEBEGINI INDAH MENGIKUT KEMAHUAN-MU ALLAHU AKBAR!
8 tahun yang lepas
KITA SAMBUNGKAN KASIH SAYANG KITA HINGGA KE SYURGA-NYA
Moga kita terpilih untuk mengungkap kata-kata seperti ahli Syurga...mana tahu berkat berkata-kata seperti ahli Syurga kita hidup berkasih sayang dalam redha-NYa dan menyambung kasih sayang kita di dunia ini hingga ke Syurga-Nya. Aamin
itulah dunia yang aku dambakan dan aku ungkapkan di setiap karyaku,
moga dapat mengundang Nur Hidayah Kasih-Nya padaku dan kepada
mereka yang sudi membaca karyaku.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
30 JUn 2012
Komen
  • Irma Sri Kabulatirin Kala malam menjemput pekat.
    Gelap malam terterangi bintang dan rembulan.
    Dialah penunjuk jalan dalam gelapnya malam.

    Mentari penghangat dunia demi ciptaan Nya.
    Setiap dan sesuatu patut kita syukuri.
    Semoga kebersamaan kita atas ridho ilahi rabbi.
    2

RAKAN SASTRAKU SUDI MAAFKAN DAKU DAN FAHAMI DAKU
Duhai rakan sastraku.....
Yang pernah menjadi rakan fbku
Maafkanlah daku jika kau tidak lagi menjadi rakan fbku
Bukan aku tidak sudi meneruskan persahabatan kita sebagai rakan fb
Tapi rakan fbku terlalu terhad
Hanya mereka yang selalu berkomunikasi denganku
Bicara tentang dunia sastraku
Setiap rakan fbku adalah sumber inspirasiku berkarya
Tapi jika kehadirannya bisu sunyi sepi
Sejujurnya aku tak mampu meneruskakan persahabatan fb
Bukan aku ego...
Sebab di grup mereka tetap rakan sastraku dan sudah berkali-kali untuk meminta Maaf....harap sudi memafkan aku ye....kita tetap sahabat sampai kapanpun
Cumanya tiada jodoh sebagai rakan fbku...itu saja....
Duhai rakan sastraku....
Harap jangan kerana kita sudah tidak menjadi rakan fb
Membuatkan kau mendendami aku....
Tolong maafkan daku....
Aku pun pernah diremove sebagai rakan fb
Tapi aku tetap memaafkan mereka
Mungkin mereka ada sebab yang tersendiri tidak mahu menjadi rakan fbku
Tujuan aku mengujudkan akaun fb kerana mahu mencari rakan fb
Yang benar-benar meniupkan semangat membara aku berkarya
Laman fbku bahasa setiap yang keluar dari penulisan mereka
Seperti bahasa mengundang Rahmat Kasih-NYa
Seperti kita bersahabat dengan bulan
Melihat keindahannya
Akan memberi sumber inspirasi nan indah-indah
Dan kita akan ingat Kebesaran Allah Azzawajallah
Dan makanya jika aku bersalah atas kekhilafan aku ini
Maafkan aku duhai rakan sastraku
Di grup ini kita tetap bersahabat
Dan ditakdirkan berjumpa di alam realiti
Kita tetap berjabat tangan kerana
Talisiraturrahim kita tak pernah putus...
Harap maafkan daku dan sudi mamahami daku
Duhai semua rakan fbku yang pernah menjadi rakan fbku
Tak kira di mana anda berada
Aku tetap mengingati kamu....
Dan sayangi kamu sebagaimana
Aku menyayangi semua yang ada
Di langit dan di bumi
Aku cukup takut masalah remeh temeh ini
Dibawa ke akhirat makanya maafkan daku
Dan sejak dulu aku sudah maafkan kalian semua
Moga Allah ampunkan kesalahan kita dalam soal hati ini
Soal hati yang ingin diselesaikan di dunia
Tidak mahu dibawa ke akhirat
Harap sudi maafkan daku dan memahami daku
Yang mahu terusan menulis dengan caraku sendiri
Tanpa ada niat mahu menyakiti hati pembaca
Aku menulis untuk mentarbiyahkan diriku sendiri
Dan aku mahu kongsi apa yang kutulis itu pada
Rakan-rakan grup...
Aku pun tak sangka gimana aku terlibat dengan grup
Mungkin mereka ada sebab tersendiri untuk menjemput aku ke
Grup mereka mahu aku berkongsi karyaku dengan mereka
Makanya sebagai menghargai mereka ke aku
Aku siarkan karyaku tak kira masa
Kalau mereka suka baca dan tak suka diamkan aje
Kalau tak suka lagi removekan aje aku sebagai ahli grup
Habis cerita...
Tak banyak dosa....
Kerana penulisan aku telah mengujudkan kalau bilau di grup
Tersebut baiklah disingkarkan aku saja
Kerana aku tak mahu kehadiran aku
Akan mengganggu ahli-ahli lain berkarya
Aku redha aku dimasukan sebagi ahli grup
Dan aku redha jia aku disingkarkan
Yang penting aku ....
Aku dapat berkarya dan terus berkarya
Kepada mereka yang sudi membaca karya-karyaku
Yang lahir dari kasih sayang setulusnya kerana-NYa
Dengan harapan menjadi bekalan
Setelah aku tiada di dunia ini
Dan tanda aku pernah berhidup di muka bumi ini
Tanda aku sayang kepada semua penghuni bumi ini
Ya Allah moga Kau terima penulisan aku ini
Dan semua rakan-rakan sastra aku ini
Sebagai bekalan di akhirat nanti
Aammin Ya Rabbal A'Lamin
PUTRI RIMBA NIAGARA
30 Jun 2012

 tahun yang lepas
AYUH TERUS MAJU INDONESIA!
INDONESIA HARUS TERUS MAJU MENGIKUT KEHENDAK RAKYATNYA DAN KATA-KATA DI ATAS TELAH CUKUP MEMAHAMKAN PADA MEREKA YANG NGGAK FAHAM-FAHAM....SAYA PENUH YAKIN KATA-KATA DI ATAS TELAH MEMBUKA MATA HATI SEMUA YANG MEMBACANYA...AYUH TERUSKAN PERJUANGANMU DUHAI KSATRIAKU! AKU DI SINI SENTIASA MEMBERI DUKUNGAN PADA KALIAN...
PUTRI RIMBA NIAGARA
30 Jun 2012

8 tahun yang lepas
AKU MENULIS BUKAN FANTASI ATAU ANGAN-ANGAN
Jangan risau duhai puteri melati...selagi kamu menulis untuk mengundang Rahmat Kasih Ilahi...pasti jiwamu akan tenang dan tak hiraukan pandangan dari manusia....cumanya bezanya kau dan aku...
aku menulis mengikut gerak hati bukan fantasi atau angan-angan seperti yang kamu dan kawan kamu bilang ke aku...malangnya aku cuma di grup ini saja tiada yang sudi like tapi di grup lain like dan sentiasa meniupkan semangat untuk aku menulis...sehingga terhenti nafas terhentilah pena...dan aku percaya setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Aamiin.
PUTRI RIMBA NIAGARA
20 Jun 2012
Komen
  • Puteri Melati:

    Maaf, sy tidak pernah menganggap diri sy penyair dan sy tidak perlu pujian sesiapa.


    Sy baca karya2 penyair yg mmg hebat. Sy akui puisipuisi mrk bagus dan tdk pernah sekali pun sy anggap yg sy ni lebih hebat daripada mrk. Walaupun mrk pernah memberi pujian dan ada mengatakan 'ramai yg tersihir goresan pena' sy... sy anggap itu satu usikan bukan pujian.

    Jika ada yg menegur, sy terima dgn hati dan minda terbuka krn msh bnyk yg perlu sy pelajari.

    Apakah sy minta puan doakan utk karya2 sy? Tidak. Adakah sy minta puan puji karya2 sy? TIDAK!

    Jika karya itu layak diberi pujian, sy akan 'LIKE' dan puji. Jika tidak, sy tidak akan 'LIKE'... dan jika sy tidak faham, sy akan bertanya.



  • Putri Rimba Niagara:

    Jangan risau duhai puteri...selagi kamu menulis untuk mengundang Rahmat Kasih Ilahi...pasti jiwamu akan tenang dan tak hiraukan pandangan dari manusia....cumanya bezanya kau dan aku...
    aku menulis mengikut gerak hati bukan fantasi atau angan-angan seperti yang kamu dan kawan kamu bilang ke aku...malangnya aku cuma di grup ini saja tiada yang sudi like tapi di grup lain like dan sentiasa meniupkan semangat untuk aku menulis...sehingga terhenti nafas terhentilah pena...dan aku percaya setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Aamiin.


    puteri melati "cumanya bezanya kau dan aku...
    aku menulis mengikut gerak hati bukan fantasi atau angan-angan seperti yang kamu dan kawan kamu bilang ke aku"

    Sebab itukah karya yg dipost di grup lain, yg ada tanda 'LIKE' di'tayangkan' di sini??? Di manakah terletaknya keikhlasan dan ketulusan kamu tika membuat demikian. Untuk apa tujuan kamu? Bukankah itu tandanya 'menunjuk' puan?

    Jika karya sy tiada yg 'LIKE' di grup ini, sy akan anggap mutu karya sy tiada dan harus sy perbaiki walaupun di grup lain ramai yg 'LIKE'.

    Selera individu berbeda dan itu sy akur, sy terima.


    Putri Rimba Niagara:

    Itulah yang sebaiknya berkarya dalam rasa jiwa seorang hamba-Nya yang terlalu hina dan kerdil...moga kita semua sebagai penulis menulis ke arah kebaikan dalam menuju jalan Ketuhanan dan menjadi bekalan setelah mati nanti..Aamin Ya Rabal A'Lamin...



  • Puteri Melati Kalau benar mahu menulis pada arah kebaikan  ... bacalah puisi2 sufi dan juga yang berunsur ketuhanan. lihatlah gaya dan penyampaian mereka.


    Putri Rimba Niagara:

    Aku cuma mahu baca karya mu dan kawanmu dang yang berbaurkan kesufian agar tenang jiwaku...makanya sebelum menulis pastikan berdoa dulu pada Allah SWT agar dikurniakan ilham kesufian untuk menulis. Aamiin.
    Tapi kalau sengaja menyakitkan hati pembaca...kamu boleh agak sendirilah...apa mesej yang hendak kamu sampaikan...dan Tuhan sentiasa tahu isi hati kamu itu kerana DIA tak pernah tidur.
    TUHAN TIDAK MENGIRA BERMULANYA KAMU
    TAPI TUHAN MENGIRA BERAKHIRNYA KAMU
    MAKANYA MARILAH SAMA-SAMA KITA MOHON
    PADA ALLAH SWT AGAR DAPAT HIDUP BERAKHIR DENGAN
    REDHA-NYA ILAHI MAKANYA PENTING KITA MENGAKHIRI KARYA
    KITA YANG DITERIMA OLEH-NYA AAMMIN YA RABBAL A'LAMIN.
    MAKANYA MULAI DETIK INI DAN SAAT INI MENULISLAH
    YANG DAPAT MENGUNDANG NUR HIDAYAH KASIH ILAHI
    YANG MENULISNYA TENANG DAN YANG MEMBACANYA PUN TENANG
    SETENANG AIR DI KALI SYURGA INSYA-ALLAH AMMIIN
    4 minutes ago · Like
Tuliskan komen...

8 tahun yang lepas
KERANA RINDU BUAT AKU TERLUKA
Ahhh aku benci pada rindu
Kerana rindu buat aku terluka
Kerana rindu aku tertunggu-tunggu
Jawapan yang tak pasti
Aku tak suka yang tak pasti
Aku cemburu dengan dia...
Memiliki rindumu
Dan rindumu bukan milikku
Lalu aku terluka dalam duka mencuka
Hatiku sakit dengan dia....
Dia....dia...yang kau puja...
Aku mengelamun dalam
Cinta tak kesampaian...
Malangnya aku mencintaimu
Cintaku tak terbalas cinta
Biarpun begitu
Aku terus merinduimu...
PUTRI RIMBA NIAGARA
29 Jun 2012

Komen
  • Irma Sri Kabulatirin Rindu yg sama membuat ku luka.
    Rasa teriris sembilu.
    Hianat tak juga menghilangkan rasa rinduku pada si dia.

    Namun kucoba tepis semua rindu yg tak bermakna.
    Luka hatiku begitu dalam.
    Tak sanggup ku awali dengan kata ma'af.
    Kubiarkan airmataku berderai tanpa seorangpun tau.
    Walau semut sekalipun.
    Karena airmataku akan menenggelamkan seisi bumi.
    Kan kutepis marah dan dendam.
    Biar berganti cinta dan kasih sayang.

PELANGI CINTA ITU MENGUKIR NAMA-NYA NAMAMU NAMAKU SUBHANALLAH INDAHNYA DI KALA ITU
~Pelangi Indah~
Saling menjaga perasaan di dalam hatii ...
Terus menunggu satu jawaban yang tak pastii ...
Mungkin jarak mampu memisahkan raga kita ..
... Namun jarak tak mampu memisahkan cinta yang ku ukir di hatimu ...
I.S.A
By: Ihsan Sivam Abdullah
AWAN PELANGI CINTA ITU MENGUKIR
NAMA-NYA NAMAMU NAMAKU
SUBHANALLAH INDAHNYA DI KALA ITU
Putra Arjuna:
Hari ini hujan turun mencurah...
tembusi hati...
datangan rasa...
tik-tik bunyi melemaskan telingaku..
bila hujan berhenti...
renyai,mentari menyusur keluar..terbit pelangi...
warna-warna itu...terukir di awan...
membentuk namamu..sudahlah anganku...
tidak pernah berhenti..dalam benak fikiranku..ini.
Warna coklat,kebiru-biruan membentuk namamu di awan sana
bersama rakannya lelangit ungu, kemerahan hati..antara kau dan aku..
AWAN PELANGI CINTA
Pelangi ...
Kau indah
Sungguh indah
Warna-warnimu berkemilauan
Membuatkan hatiku terpana keasyikan memuja-Nya
Datang pula kelompok-kelompok awan warna-warni
Pelangi nan indah membentuk nama-Nya
Allahu Akbar aku terkesima
Betapa indahnya di kala itu
Tanpa diduga kelompok awan berwarna coklat, kebiru-biruan
Membentuk namamu PUTRA ARJUNA di sebelah kanan
Awan pelangi yang tertera Kalimah ALLAH SWT
Awan ungu , kemerahan hati tertera nama RATU RIMBA NIAGARA di kiri
Terpesona aku di kala itu
Menangis aku tanpa henti
Melihat keajaiban yang Allah SWT perlihatkan padaku
Syahdu aku bercampur kesyukuran yang kusambut
Dengan lafaz
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Karya : Ratu Rimba Niagara
12 Muharram 1434H
ALAM FIRDAUS SELUAS LANGIT DAN BUMI
Putra Arjuna:
Dalam dunia yang sempurna, atau dalam alam Firdaus seluas langit dan bumi, atau dalam alam Nirwana, atau dalam alam Jannah, atau dalam alam dunia baru nanti, seluruh umat manusia hanya memiliki satu kewarganegaraan yaitu : Warga Negara Kerajaan Surga, satu bahasa dan satu Agama, di mana dunia binatangpun akan hidup harmonis berdampingan dengan umat manusia, Anda percaya? Saya percaya!
Ratu Rimba Niagara :
Yang penting dalam merealisasikan impian Negara Kerajaan Surga semua umat manusia harus saling faham memahami, bertolak ansur dan hidup berbelas ehsan dalam kasih sayang semurni hati demi-Nya
Insya-Allah hadirlah Keberkatan dan Rahmat dari Illahi. Aamin.
12 Muharram 1434H
KEABADIAN CINTA TERPATRI DI SYURGA
Aku berjalan selalu di pantai ini. Antara pasir dan buih, Air pasang bakal menghapus jejakku. Dan angin kencang menyembur hilang buih putih. Namun lautan dan pantai akan tinggal abadi
By: Putra Arjuna
DI KAKI LANGIT SUDAH MEMBERI JAWAPAN
YANG KAU CINTAKAN AKU
Aku selalu bicara pada ombak dan pantai
Ombak dan pantai seakan mengerti
Betapa aku rindu sama kamu
Malangnya rinduku kamu sepikan
Dan aku menanti dan menanti tanpa jemu
Mendengar deruan ombak
Sudah cukup membahagiakan aku
Seolah kau membalas rinduku
Yang kau sepikan sejak sekian lama...
Kutunggu...kutunggumu tapi penuh hampa
Aku tersenyum pabila ku pandang di kaki langit
Lambang cinta kasih suci ada di sana
Tahulah aku bahawa kau pun rindukan aku
Biarpun kau tidak merindukanku
Di kaki langit sudah memberikan jawapan
Yang kau cintakan aku
Melebihi aku rindukanmu
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Muharram 1434H
SIMFONI NUR HIDAYAH KASIH-MU
Kasih...
Kau kata
Cintamu ke aku
Seperti simfoni terindah
Lalu aku senyum
Senyumku berpelangi cinta
Hatiku yang mendung terus berpelangi cinta
Di mana-mana
Cinta...cinta....cinta...
Suatu ungkapan
Yang boleh menghidupkan segala yang suram
Hidup yang sepi... muram....suram
Terus ceria seperti bunga kembang pagi
Hari-hari ceria...ceria...ceria...
Seceria pelangi cinta
Indah dipandang mata
Indah di kalbu
Hari-hari berlagu rindu
Hari-hari berlagu kasih
Agar kasih tak tersisih
Saling cinta
Saling sayang
Saling memahami
Saling mengerti
Saling berbaik sangka
Tiada rasa terluka
Tiada rasa disakiti hati
Melainkan bahasa-bahasa Syurga
Yang membuatkan semua mendengar terasa
Tenang roh dan jasad
Hidup di dunia dirasakan di Syurga
Sedangkan Syurga adalah teramat indah
Daripada dirasakan di dunia ini
ALLAHU AKBAR
Syurga idaman semua yang mencintai-Nya
Cintakan-Nya mudah dilafazkan
Untuk buktikan...
Ramai yang gagal
Karna ujian untuk buktikan cinta seikhlas-Nya
Terlalu hebat
Sehebat cinta-Nya
Jika kita jatuh cinta pada-Nya sekali
DIA akan balas bekali-kali tak terkira banyak-Nya
ALLAHU AKBAR
Bila cinta-Mu wujud takkan hilang
Hingga KAU bawa ke Syurga-Mu
Memang benarlah KAU Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Kasihku dan amalanku yang terlalu sedikit
KAU balas dengan berganda-ganda banyak-Nya Ya Allah
ALLAHU AKBAR
Malu aku Ya Allah
Syahdu hatiku
Betapa Kau
Maha Pengasih
Maha Penyayang
Tanpa Batas
Tanpa Had
Cinta-Mu pada hamba-Mu
Yang mencintai-Mu
Tanpa syarat siapakah status hamba-Mu itu
Asalkan ikhlas mencintai-Mu
Sanggup berkorban apa saja demi meraih cinta-Mu
Apa yang dibuat bukan mahu pandangan manusia
Tapi hanya mahu pandangan-Mu Ya Allah
Ya Allah kami semua mengaku sebagai hamba-Mu
Kami mahu taat pada semua perintah-Mu
Kami mahu kasih pada-Mu
Kami mahu cinta-Mu
Maka-Nya balaslah kasih dan cinta kami
Agar kasih kami tak KAU sisih
Agar kami tak menyesal setelah kami mati
Di dunia kami bertemu-Mu tika solat
Tika nafas terhenti roh kami diangkat bertemu-Mu
ALLAHU AKBAR
Saat betapa indahnya pertemuan di kala itu
Pasti hanya KAU dan HAMBA-MU saja yang tahu
Betapa indah-Nya Pertemuan di kala itu
Maka-Nya sebelum kami
Bertemu-Mu
Limpahkan Nur Hidayah Kasih-Mu
Pada kami hamba-Mu
Simponi Nur Hidayah Kasih-Mu
Mengajak
Semua hamba-Mu
Meng-Agungkan-Mu
Di sebilang masa dan ketika
Agar roh dan jasad
Kami tertabiyah
Untuk menuju ke jalan-jalan
Nur Hidayah Kasih-Mu
Selagi hayat di kandung badan
Perkenankanlah Ya Allah
Perkenankan hajat-hajat kami
Untuk menuju jalan-jalan ke Syurga-Mu
Aaamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA: RATU RIMBA NIAGARA
12 Muharram 1434H
PABILA DIA MEMBALAS CINTA
Duhai kasih...di daunan kasih kuukir namamu
Tapi di kalbu tertera nama-Nya
DIA kupuja
Kau kusayang
DIA kurindui
Kau kuingati
Kerana-Nya aku menyayangimu
Kerana-Nya ku jatuh cinta padamu
Jika kasihmu tiada kepada-Nya
Jangan kau coba mendekati aku
Bukan aku tak sudi
Tapi hatiku tiada ke kamu
Bila tiada hati cinta tak bererti
Cinta akan jadi mati
Cinta terus terhenti
Makanya cintailah DIA
Karna DIA Pencipta cinta paling sempurna
Ketahuilah kamu duhai kasihku
Kasihku ada ke kamu
Jika cintamu pada-Nya mengatasi segala-Nya
Maka disitulah kunci cintaku padamu
Jika kau tak sudi menghargai kunci cintaku ini
Makanya undurkanlah cintamu
Biarkan aku bahagia bersama
Cinta yang pabila Dia membalas cinta
Bahagia dunia akhiratku
Insya-Allah Aamin.
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Muharram 1434H
TIKET KE-SYURGA SEORANG WANITA
Duhai ...
Dinda Siti Ayuni....
Izinkan kanda untuk berbicara pada mu sayang...
Kenapa kau harus mendambakan cinta yang begitu
Cinta yang tak mengajakmu ke Syurga-Nya
Dia bilang mahu sediakan sebuah istana
Hingga sekarang nggak ada
Dia bilang mahu belikan mobil besar
Hingga sekarang nggak ada
Dia bilang mahu menikahi kamu
Hingga sekarang nggak ada
Semuanya nggak ada...
Bila ku tanya bila dia mahu menikahi mu ...
Engkau diam tanpa jawapan
Tapi napa kau masih mendambakan cintanya?
Sedangkan engkau sendiri tahu dia sudah memiliki cinta yang sah
Dan punya cahaya mata...
Tapi kau mahu juga setia pada cintanya
Oklah aku hormati dengan kesetiaan cinta mu itu...
Tapi andai kata ditakdirkan dia mati hari ini
Adakah kau akan setia dengan cintanya?
Dan adakah kau yakin dia akan membawa cinta suci mu itu ke Syurga?
Coba kau fikir di dunia lagi dia tidak mahu memberi tiket ke Syurga pada mu
Mana bisa mungkin dia boleh membawa cinta setia mu ke Syurga
Bagi seorang wanita tiada yang lebih mulia jika
Mendapat tiket ke Syurga daripada seorang pria yang beriman
Dengar lah dinda Ayuniku sayang...
Dambakanlah cinta yang boleh membawa mu ke Syurga
Jika kita dambakan cinta dunia....dunia akan tinggalkan kita
Jika kita dambakan cinta akhirat...dunia akan mengejar kita
Pikirlah dengan mata hatimu
Jangan butakan mata hatimu
Biar kita buta jangan buta hati
Kerana dia yang kau cinta
Menjadi pujaan hatimu
Berdoalah pada Allah SWT agar lembut hatinya untuk memberi mu
Tiket ke Syurga
Agar cinta mu dan dia terpatri hingga ke Syurga
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Muharram 1434H
PATRIKAN CINTA KAMI HINGGA KE SYURGAWI
Duhai bakal bidadariku...
Kau kata
Padaku
Jika ikatan kita sudah terpatri cincin cinta Syurga
Setiap hari kau akan menyediakan aku
Secawan kopi cinta
Itu adalah lambang cintamu yang takkan pudar padaku
Semakin hari semakin cinta
Semakin hari semakin sayang
Semakin hari semakin rindu
Tak perlu lagi ditunggu ungkapan
Cinta sayang dan rindu di ombak rindu
Tak perlu ditungggu tak perlu dilaungkan lagi
Setiap kata-katamu membuatkan
Aku teruja untuk memilikimu
Menyangimu mencintaimu seumur hidupku
Andai kata aku tidak memilikimu
Mahu rasanya kopi cinta itu
Terbayang-bayang wajahmu
Terbayang-bayang candamu yang menghiburkan
Terbayang kata-kata yang memukau kalbu
Kau mengujakan aku untuk terus memiliki cintamu
Tapi kau bilang...
Jika ingin memiliki cintamu...
Aku haruslah meletakkan cinta Allah Tempat Teratas
Barulah kau akan terima cintaku
Kau bilang cinta mu ada ke aku
Kiranya cintaku pada Allah Yang Pertama
Tersyahdu aku terkedu aku
Yang selama ini mengujakan cinta seorang wanita
Tapi kau mentarbiyahkan aku mencintai Allah
Mengatasi segalaNya
Cintamu sekadar apa adanya...
Dan kau mencintai aku lebih adanya
Kata-katamu itu menusuk di kalbuku
Aku muhasabah diriku
Apakah selama ini
Aku terlalu taksub dengan pesona cinta dunia?
Ya Allah aku bersyukur padaMu
Kau Kurniakan
CintaMu dengan
Hadirnya dia
Untuk kami terus-terusan mencintaiMu
Mencari jalan-jalan redhoMu
Hingga ke akhir hayat kami
Dan patrikan cinta kami
Hingga ke Syurgawi
Aamin
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Muharram 1434H
CINTAILAH AKU SEPERTI SETIANYA OMBAK PADA PANTAI
Kasih yang terkasih
Aku tak tahu gimana hendak kuluahkan hatiku ini
Sejujurnya kukatakan aku amat mencintaimu
Biarpun kutahu terlalu amat payah untuk kau membalas kasihku
Mungkin kau masih tercari-cari cinta yang sebenar siapakah yang
Layak bertahta di hatimu ...
Begitu lama aku menanti jawapanmu itu
Ombak rindulah yang menyaksikan penantian yang amat menyeksakan!
Aku cemburu pada pantai
Aku cemburu pada ombak
Biarpun ombak mendera pantai
Tapi pantai masih setia pada ombak
Pantai bilang...
Duhai ombak...
Seksalah aku semahumu! Kalau itu boleh membahagiakan mu...
Percayalah aku tetap setia padamu....
Selagi kau mendera aku
Selagiku itulah kau heret rinduku bersamamu
Dan aku terharu apabila mendengar deruanmu ombak
Aku tahu kau membalas cintaku
Kalau tak masakan kau membawa rinduku sekali bersamamu...
Biarpun kita terpisah benua
Namun deruan rindumu rinduku
Tak akan terpisah selamanya
Tahulah aku yang kau kasih dan sayangkan aku
Makanya terimalah senyuman ku untukmu duhai ombak yang kucinta..
Justru duhai kasih
Berjanjilah padaku yang kau akan cintai aku
Seperti setianya ombak pada pantai...
Ke mana kau pergi bawalah rindku bersamamu
Biarpun aku sudah tiada di dunia ini...
Kenang daku dalam doamu.
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Muahrram 1434H
CINTA DALAM REDHA-NYA
Kanda Putra Arjuna Yang Tercinta...
Semakin kuatnya terjangan ombak ke aku
begitulah kuatnya rinduku ke kamu....
comanya aku tak tega menangung sakitnya
terjangan ombak itu hingga aku terjaga dari lena ...
ta... aku benar-benar rindukan kamu dan karna terlalu rindu,
aku tidak boleh terima kau sepikan aku dalam hidupmu...
sejujurnya aku tak tega kehilangan kamu sehinggalah
nyawa menjemputku pulang.
Tahu ke kau sehari tidak mendengar kabar berita darimu ...
serasa bagaikan bertahun-tahun lamanya...
jika seminggu...berbulan ...lagi aku tak boleh terima...
jika terlalulah sibuknya dikau...
aku rela kau sepikan aku...
dan buanglah namaku jauh-jauh dari di sudut hatimu...
karna aku tak larat lagi mengharap balasan rindu darimu...
aku tak larat lagi pergi ke ombak rindu...
menyatakan aku rindu padamu dan bukan kau yang menjawab...
coma gema suaraku sendiri yang menjawab....
adakah kau tega melihat aku menanggung derita rindukanmu
sepanjang hari sepanjang masa?
makanya balaslah rinduku biar pun seketika ..
aku nggak bisa membuang rinduku padamu di ombak rindu.....
makanya hargailah rinduku ini tanpa alasan yang kau sibuk dengan duniamu....
jika kau tak sanggup untuk menjadi sesetia ombak kepada pantai....
makanya lepaskan rindu itu...biarlah ia pergi di bawa deruan ombak tanpa suara...bisu...sepi....kalau itu pengobat rindumu ke aku....
aku rela sepi rindu ini disepikan tanpa penantian yang menjemukan.
Moga di alam realiti kita dapat berjumpa menyatakan hasrat hati..
yang kita adalah kekasih paling sejati selepas itu kita tidak perlu
lagi mengungkapkan rindu serindunya hanya yang ada aku
sayang kamu demi-Nya
di alam realiti cinta kita terpatri dalam redha-Nya
Yang merindui mu di ombak rindu,
Ratu Rimba Niagara.
12 Muharram 1434H
GURINDAM PUISI UNTUK KANDA
Oh! Kanda...
Dinda ingin jadi temanmu yang setia
Sesetia ombak pada pantai
Oh! Kanda...
Kenapa dinda memilih kanda
Sebagai teman dunia akhirat dinda
Kerana kanda
Cintakan Allah
Lelaki soleh
Dalam hati ada taman iman
Membuatkan hati dinda
Berbunga-bunga cinta iman
Oh! Kanda...
Terima kasih kerana sudi mencintai dinda kerana-Nya
Hati dinda terharu penuh syahdu
Kerana di usia yang tersisa ini Tuhan hadirkan
Seorang bidadara Syurga untuk dinda
Oh! Kanda...
Biar siapapun dinda kanda terima dengan hati yang redha
Biar siapapun kanda dinda terima dengan hati yang redha
Ketentuan Ilahi kita sama terima dengan hati saling meredhai
Kerana siapalah kita untuk menafikan
Apa yang telah ditakdirkan-Nya pada kita
Oh!Kanda....
Selagi namanya manusia
Mahukan kesempurnaan
Tapi kita dambakan kesempurnaan iman
Yang boleh membawa jalan-jalan
Ke Syurga-Nya
Oh! Kanda...
Kehidupan ini setitis cuma
Makanya kita manfaatkan
Sebaik mampu
Beramal soleh
Yang ada nilaian
Di Sisi-Nya
Agar kita tidak menyesal
Di akhirat nanti
Oh! Kanda...
Allah meletakkan tanggungjawab yang berat padamu
Makanya berlaku adillah jika tak mahu ditanya di akhirat nanti
Jangan ada terdetik di hatimu untuk mempersiakan cinta dinda
Kerana kehadiran dinda dalam hidup kanda
Adalah satu anugerah yang patut kanda syukuri
Dan dinda juga bersyukur pada-NYa kerana kanda adalah
Anugerah Ilahi pada dinda
Kita saling syukur mensyukuri
Atas anugerah Cinta Syurga ini
Oh! Kanda...
Kita saling kasih
Kita saling sayang
Kita saling cinta
Setulus hati
Kerana-Nya
Oh! Kanda
Sebagai balasan penganugerahan
Cinta Syurga ini
Marilah kita bersumpah
Untuk bersama
Mempersiapkan
Bekalan akhirat
Selagi nyawa di kandung badan
Oh! Kanda
Dengan terpatri cinta kita dalam redha Ilahi
Kita sama-sama bergandingan menuju
Ke pelamin Cinta Syurga
Di Taman Firdausi
Mawaddah Warahmah
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Betapa indahnya kanda
Semua-Nya Ketentuan Ilahi
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Muharram 1434H
GURINDAM UNTUK KANDA TUANKU
Kanda...oh kanda...
kanda buah hati dinda
kanda cinta pertama dan terakhir dinda
Kanda...oh...kanda...
terima kasih kerana sudi mencintai dinda keranaNya
kita sama-sama cinta
kita sama-sama sayang
Kanda...oh...kanda...
moga cinta kita sentiasa membara
tak jemu dan tak bosan
cinta kita bukan kerana harta atau darjat
cinta kita lahir dari hati nan tulus dan ikhlas
tiada apa yang dapat mengubah cinta kita
kecuali kematian memisahkan kita
Kanda...oh kanda...
kanda cinta dinda
dinda cinta kanda
kita sama-sama cinta
kita sama-sama sayang
moga ikatan kita
terpatri selamanya
di dunia hingga ke Syurgawi
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu rimba Niagara
12 Muharram 1434H
BIDADARI SYURGA SEBAGAI BALASAN CINTAMU
Bila mana kau terdiam
Ini bermakna api cintamu sedang membara
Kepada dia yang kau puja dalam diam
Yang kau cinta dalam bisu
Tanpa menyapa hatimu yang kelam
Karna cintamu kelam
Segerhana malam tak berbintang
Menanti mu penuh harap
Kedatangan cinta bila menyapa
Dalam diam dalam kelam
Angin rindu datang menyapa
Lalu kau terjaga dari sepi
Malam yang kelam
Bertukar berbulan berbintang
Bergemerlapan
Kau pun suka
Dan kau menangis hiba
Karna cinta-Nya adalah lebih hebat
Dari hamba-Nya yang dijadikan dari
Tulang rusuk kirimu
Tuhan Maha Memakbulkan dan Memahami
Karena-Nya kau lebih menghargai cinta-Nya
Makanya kau Dikirimkan cinta dari
Bidadari Syurga sebagai balasan
Kau mencintai-Nya
Setulus hati tanpa tenggelam
Keasyikkan cinta pesona dunia.
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Muharram 1434H
CINTA KITA TERPATRI HINGGA KE SYURGA
Andainya akulah Bidadarimu
Cinta dan kasihku hanya padamu
Tiada yang lain bertahta di hatiku melainkanmu
Karna padamulah terletaknya Kunci Pintu Ke Syurga-Nya
Kenapa harus kutolak
Cintamu ke aku ikhlas karena-Nya
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Menangis aku di sejadah cinta-Nya
Merayu-rayu mendayu-dayu
Esakkan tangis
Sambil tersedu-sedu penuh syahdu
Bertambah rinduku pada
Yang Maha Pencipta Cinta
DIAlah Tuhanku
Tuhan...
Kau hadirkan cinta dia ke aku
Tanpa mengurangkan sedikit pun
Cinta aku pada-Mu
Tuhan...
Kau Amat Memahami
Kau Amat Memakbulkan Segala Yang Diinginkan
Bila Kau Memakbulkan
Keinginan Mendahului Apa Yang Diinginkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Bidadaraku...
Yang tampan menawan iman
Terima kasih kerana sudi
Mencintaiku
Setulus hati karena-Nya
Kau cinta aku karena-Nya
Aku membalas cintamu kerana-Nya
Semuanya kerana-Nya
Tiada yang lain semuanya kerana-Nya
Jika ada niat lain selain-Nya
Rela kuminta Tuhan mencabut nyawaku
Karna yang kudambakan
Cinta karena-Nya
Bukan kerana pesona cinta dunia
Bukan kerana menjadi Bidadari Syorga
Tapi adalah kerana
Ingin mendapat balasan
Cinta-Nya
Redho-Nya
Rela kupertaruhkan
Segala bakti suci kepada Bidadaraku demi-Nya
Syukur Ya Allah
Kerana Mengurniakan Bidadara dari Syurga
Untuk mengisi kekosongan cinta yang kudambakan demi-Mu
Di jari manisku ini
Menjadi saksi
Cincin Cinta Syurga
Yang bertahtakan
Permata dari Syurga
Berkemilauan
Seperti bintang kejora
Bersinar-sinar
Seperti indahnya sinar bulan purnama
Kukucup Cincin Cinta Syurga itu
Penuh dengan linangan air mata
Ku menangis sendu
Mengharu birukan kalbuku
Yang bergelora
Keasyikkan
Memuji Kebesaran Tuhanku
Kekuasaan-Nya Mengatasi Segala-Nya
Dalam aku memuja cinta-Nya
Tak kira masa
Di setiap waktu
Dia membalas cinta-Nya ke aku
Dengan dikirimkan Bidadara Dari Syorga-Nya
Untuk mengisi kekosongan cintaku
Aku beribadat untuk mendapat balasan cinta-Nya
Tiada terfikir untuk mendapat cinta bidadara dari Syurga-Nya
Kerana sifat-Nya
Yang Maha Pengasih daripada segala kekasih
Kerana sifat-Nya
Yang Maha Penyayang daripada segala yang penyayang
Kerana sifat-Nya
Yang Maha Pemurah Daripada Segala Yang pemurah
Dikurniakan Bidadara Syorga untukku
Agar amalanku menjadi berlipat kali ganda pahala
Agar memudahkan aku memdapat balasan Syurga-Nya
Kerna Kunci Pintu Syurga
Ada pada Bidadara Yang DiKurniakan padaku
ALLAHU AKBAR
Menangis aku
Tersungkur aku di sejadah cinta-Nya
Tika Bidadara Syurga
Menyarungkan Cincin Cinta Syurga
Ke jari manisku sambil berkata,
"Dinda...kanda cintakan dinda kerana-Nya
Kunci Pintu Syurga ada pada kanda
Simpanlah sepenuh imanmu
Kerana redho kanda
Adalah redho Allah
Mulai saat ini dan detik ini
Kanda meredhoi dinda di kala hidup dan mati
Cincin Cinta Syurga ini menjadi saksi
Cinta kita terpatri hingga ke Syurga
Aamin Ya Rabbal ALamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
12 Muharram 1434H
25 November 2012M


AKU MENULIS BUKAN FANTASI ATAU ANGAN-ANGAN
Jangan risau duhai puteri melati..selagi kamu menulis untuk mengundang Rahmat Kasih Ilahi...pasti jiwamu akan tenang dan tak hiraukan pandangan dari manusia....cumanya bezanya kau dan aku...
aku menulis mengikut gerak hati bukan fantasi atau angan-angan seperti yang kamu dan kawan kamu bilang ke aku...malangnya aku cuma di grup ini saja tiada yang sudi like tapi di grup lain like dan sentiasa meniupkan semangat untuk aku menulis...sehingga terhenti nafas terhentilah pena...dan aku percaya setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Aamiin.
PUTRI RIMBA NIAGARA
20 Jun 2012

Putri Rimba Niagara:
Itulah yang sebaiknya berkarya dalam rasa jiwa seorang hamba-Nya yang terlalu hina dan kerdil...moga kita semua sebagai penulis menulis ke arah kebaikan dalam menuju jalan Ketuhanan dan menjadi bekalan setelah mati nanti..Aamin Ya Rabal A'Lamin...
Puteri Melati Kalau benar mahu menulis pada arah kebaikan dan menuju jalan haqiqi... bacalah puisi2 sufi dan juga yang berunsur ketuhanan. lihatlah gaya dan penyampaian mereka.

Putri Rimba Niagara:
Aku cuma mahu baca karya mu dan kawanmu dang yang berbaurkan kesufian agar tenang jiwaku...makanya sebelum menulis pastikan berdoa dulu pada Allah SWT agar dikurniakan ilham kesufian untuk menulis. Aamiin.
Tapi kalau sengaja menyakitkan hati pembaca...kamu boleh agak sendirilah...apa mesej yang hendak kamu sampaikan...dan Tuhan sentiasa tahu isi hati kamu itu kerana DIA tak pernah tidur.
TUHAN TIDAK MENGIRA BERMULANYA KAMU
TAPI TUHAN MENGIRA BERAKHIRNYA KAMU
MAKANYA MARILAH SAMA-SAMA KITA MOHON
PADA ALLAH SWT AGAR DAPAT HIDUP BERAKHIR DENGAN
REDHA-NYA ILAHI MAKANYA PENTING KITA MENGAKHIRI KARYA
KITA YANG DITERIMA OLEH-NYA AAMMIN YA RABBAL A'LAMIN.
MAKANYA MULAI DETIK INI DAN SAAT INI MENULISLAH
YANG DAPAT MENGUNDANG NUR HIDAYAH KASIH ILAHI
YANG MENULISNYA TENANG DAN YANG MEMBACANYA PUN TENANG
SETENANG AIR DI KALI SYURGA INSYA-ALLAH AMMIIN
4 minutes ago · Like
Komen
  • ALLAH AZZAWAJALLA MENGIKUT PRASANGKA HAMBA-NYA

    Raisya Scorp Astaghfirullah...


    Baguslah tu puan. Sila baca dan hayati setiap yg puan tuliskan. Berhatihatilah, ya. ALLAH Maha Adil... jgn krn kepandiran dan sikap kita yg enggan menerima teguran akan menjatuhkan kita.

    Kan bagus puan baca karyakarya ahli sufi yg sdh diiktiraf agar lebih tenang dan fahami apa yg puan mahu lahirkan dlm karyakarya puan. Tahukah puan simbol2 dalam puisipuisi sufi hingga mengatakan puisi kami ada berbaur sufisme??? Jika puan kata ada sedikit unsur2 'ketuhanan' mungkin sy akan setuju tetapi itu pun terpulang pada tafsiran masing2.
    Jangan biarkan org lain ketawakan kita atas kecetekan ilmu kita, puan.

    Tuntutlah ilmu. Iqra. Bacalah. Ilmu Allah itu luas. Sy juga msh belajar. Dan sy TIDAK seberani puan utk mengatakan jika karyakarya sy atau si dia atau dia mendapatkan keredhaanNYA. Hanya Allah yg tahu bukan kita. Ingat tu.

    Berpesan-pesan, mengingati satu sama lain mmg boleh tetapi dgn bijaksana agar dapat diterima dgn baik, bukan sebaliknya.





  • ALLAH AZZAWAJALLA MENGIKUT PRASANGKA HAMBA-NYA...
    DAN AKU SELALU BERPRANGSA BAIK KEPADA-NYA
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN



  • 'Allah mengikut prasangka hamba-Nya
    Justeru jika kita berperasangka hanya untuk mencipta kejayaan dunia akhirat
    Insya-Allah ,'Kun Fayakun' menjadi kenyataan.
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin


    KITA BERCITA-CITA UNTUK MENJADI INSAN YANG BAIK

    KITA BUKANLAH INSAN YANG SEMPURNA BAIK
    TAPI APALAH SALAHNYA KITA BERCITA-CITA
    MENJADI BAIK KERANA SYURGA ADALAH
    BAGI ORANG YANG BAIK -BAIK. BERSANGKA BAIK
    DAN SENTIASA BERKATA YANG BAIK-BAIK
    MOGA KITA MENJADI HAMBANYA YANG BAIK
    PADA PANDANGAN ALLAH SWT. SEISI BUMI
    DAN LANGIT MENDOAKAN KITA AGAR MENJADI
    PENGHUNI SYURGA BERKAT KEBAIKAN KITA
    PADA ALLAH DAN SEMUA MAKHLUK TUHAN
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

    Dengan ingatan tulus ikhlas daripada,
    Putri Rimba Niagara
    MALAYSIA
    30 Jun 2012

    KITA INSAN YANG TAK SEMPURNA

    Kita memang hamba-Nya yang tak sempurna
    Tapi demi cinta kita pada-Nya kita cuba sedaya upaya menjadi
    hamba-Nya yang sempurna
    Moga Allah membantu kita ke jalan-jalan-Nya sebelum bertemu-Nya
    Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    PUTRI RIMBA.
    30 Jun 2012



  • KITA SEMUA PASTI AKAN MENINGGALKAN DUNIA INI

    Percayalah setiap yang baik itu daripada-Nya
    Yang kurang itu daripada saya
    Ilmu jika ingin disampaikan jangan seperti kita mengajar mereka
    Kalau mengajar mereka lebih tahu daripada segala ilmu...
    Tapi kalau mendidik....meresap ke kalbu kerana kita saling merasa diri kita kerdil dan mereka yang membaca menerima dengan rasa rendah hati kerana kita semua pasti akan meninggalkan dunia ini .

    JIKA KITA KEJAR DUNIA ...DUNIA AKAN TINGGALKAN KITA
    JIKA KITA MENGEJAR AKHIRAT DUNIA AKAN MENGIKUT KITA

    Karya Putri Rimba.
    30 Jun 2012
SAFARI KEBANGSAAN FORUM TRANSFORMASI INDONESIA BARU
Sudah saatnya kita bersatu bergerak untuk melakukan Gerakan Penyadaran terhadap TNI/POLRI tentang cita cita pembentukan TNI/POLRI..
Sebab TNI/POLRI berasal dari rakyat dan harus menlindungi rakyat
Melindungi Negara & TNI/POLRI bersama sama rakyat untuk membangun bangsa ini agar sesuai dengan Cita cita Proklamasi..
TNI/POLRI harus bergandengan tangan dengan rakyat agar terjaga apa apa apa yg sudah menjadi kesepakatan dalam mendirikan Bangsa & Negara ini
Kepada TNI/POLRI..mari kita bergandengan tangan dalam mencapai 5 tujuan utama mendirikan NKRI
Ke 5 Tujuan itu adalah :
1.MELINDUNGI SEGENAP BANGSA INDONESIA
2.MELINDUNGI TUMPAH DARAH INDONESIA
3.MEMAJUKAN KESEJAHTERAAN UMUM
4.MENCERDASKAN KEHIDUPAN BANGSA
5.DAN IKUT MELAKSANAKAN KETERTIBAN DUNIA
bukalah mata hati anda wahai TNI/POLRI..
bahwa Penyelenggara saat ini sudah tidakmenghiraukan cita cita para pendiri negeri
bahwa penyelenggara NKRI saat hanya sibuk dengan nafsu syahwatnya sendiri..
bahwa penyelenggara NKRI saat ini hanya sibuk memperkaya diri sendiri
mereka lupa untuk siapa & untuk apa bangsa & negara ini didirikan
TNI/POLRI adalah Dari Rakyat,Oleh Rakyat & Untuk Rakyat.. — with Roro Mia Susanthy, Gembel Mlarat, Rico Ad

AYUH TERUS MAJU INDONESIA!
INDONESIA HARUS TERUS MAJU MENGIKUT KEHENDAK RAKYATNYA DAN KATA-KATA DI ATAS TELAH CUKUP MEMAHAMKAN PADA MEREKA YANG NGGAK FAHAM-FAHAM....SAYA PENUH YAKIN KATA-KATA DI ATAS TELAH MEMBUKA MATA HATI SEMUA YANG MEMBACANYA...AYUH TERUSKAN PERJUANGANMU DUHAI KSATRIAKU! AKU DI SINI SENTIASA MEMBERI DUKUNGAN PADA KALIAN...
PUTRI RIMBA NIAGARA
30 Jun 2012
(PETIKAN DARIPADA GRUP SAFARI KEBANGSAAN FORUM INDONESIA BARU)
30 Jun 2012

SEMANGAT BERBANGSA , BERNEGARA DAN BERTATANEGARA
ORANG JOGJA ORANGNYA ISTIMEWA.
Jean Paul Sartre berkata " manusia tidak lain daripada bagaimana dia mejadikan dirinya sendiri"
HB I. Pemangku Adat Mataram juga berkata " Hamemayu Hayuning Bawana", turut serta mempercantik indahnya duni dan melestarikan bumi
Pemuda JOGJA bernyanyi "Orang Jogja Orangnya Istimewa"
Tokoh-tokoh berakal mutiara serta pemudanya yang cemerlang jiwanya mengakui apa arti eksistensi manusia
Tidak Barat, Tidak Timur, manusia jadti dirinya sama, sebagai AGENT OF CHANGE
Manusia yang ditakdirkan untuk merubah keadaan dari yang tidak sesuai dengan akal dan budinya menjadi keadaan yang nyaman bagi akal budinya.
Menciptakan lingkungan yang nyaman bagi terciptanya lingkungan yang mendukung terjadinya asah asih dan asuh
AGEN OF CHANGE adalah hak dan kewajiban setiap individu yang hidup di atas bumi pertiwi ini, jika salah langkah maka global warming akan segera menamatkan eksistensi manusia sebagai makhluk yang paling sempurna di atas bum ini.
Jangan tafsirkan AGENT OF CHANGE dalam arti sempit, tetapi tafsirkan secara luas sebagaimana anda menafsirkan apa arti Global Warming.
by : wijanarko ( Admin MAM )
( 29 Juni 2012 )
Ratu Rimba Niagara:
Kata-kata semangat perjuangan yang mantapppppp sekali!!!!!
Masyarakat Adat Mataram @Sist : terimakasih.


SEMANGAT BERBANGSA. BERNEGARA DAN BERTATANEGARA
Galuh Padjadjaran
Masyarakat yang menjunjung tinggi nilai-nilai tradisi budaya bangsa, harus bersifat terbuka karena mau tidak mau, suka atau tidak suka, tidak ada pilihan lain dalam menghadapi era globalisasi, dengan semangat berbangsa, bernegara dan bertatanegara.....
Serta Eksistensi Budaya Bangsa sebagai basis Ketahanan Hukum Nasional....
mungkin sebagai salah satu filter untuk mencegah hal klaim mengklaim atas nama budaya bangsa yang tercinta ini....
Ra-hayu.....

Prabu Sri Narayana Kusuma mohon izin sharekan kata2 pandangan saudara itu..

Ratu Rimba Niagara:
Kata-kata ukhuwah berbangsa , bernegara dan bertatanegara
Yang harus dibingkaikan di lubuk iman setiap individu yang cintakan kedamaian alam Ciptaan-Nya.
(PETIKAN DARIPADA WAL PUTRI RIMBA NIAGARA & GRUP KOMUNITAS ADAT KERATON NUSANTARA & GRUP MASYARAKAT ADAT MATARAM)
29 Jun 2012


KEINDAHAN ALAM CIPTAAN TUHAN LAGI DIPANDANG LAGI TAK JEMU KERANA KEINDAHAN YANG TERINDAH MENENANGKAN JIWA ALLAHU AKBAR
YA ALLAH JADIKANLAH KARYA SASTERAKU MENGALIR SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA YANG MENGALIR TERUS MENGALIR MENYATU HINGGA KE SUNGAI-SUNGAI SYURGA-MU
AKU MENULIS KERANA-MU
ILHAM YANG AKU TULIS DATANG DARI-MU
KAU HADIRKAN ILHAM TANPA HENTI PADAKU ATAS KEHENDAK-MU, AKU BERSYUKUR ILHAM DATANG TANPA HENTI-NYA ,ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH
TANPA IZIN-MU AKU TIDAK DAPAT MENULIS BIARPUN SEBARIS AYAT, ALLAHU AKBAR KEKUASAAN-MU MENGATASI SEGALA-NYA.
YA ALLAH KERANA KARYA SASTRA YANG KUTULIS ADALAH DARI-MU JADIKANLAH AKU DAN YANG MEMBACA KARYAKU
HAMBA-MU YANG SENTIASA REDHA ATAS TAKDIR-MU
PERCAYA SETIAP YANG DITAKDIRKAN ITU ADA HIKMAH DI SEBALIK-NYA
YA ALLAH JADIKAN KARYA SASTERA YANG KUTULIS SESUAI DENGAN ZAMAN WALAUPUN ZAMAN TERUS BERUBAH TAPI KARYAKU SENTIASA ADA DI JIWA SEMUA MANUSIA YANG MENGHAYATINYA KERANA SASTERAKU ADALAH ILHAM DARI-MU, JIKA ILHAM DARI-MU PASTI MEMBERI KEBAIKAN PADA DIRIKU DAN PADA SEMUA YANG MEMBACA KARYAKU.
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'SASTERAKU ILHAM DARI-NYA'
NAMA PENAKU INI ILHAM DARI-NYA JUGA
ADA YANG TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT
ATAS NAMA PENAKU INI
RATU SEORANG RAJA/RATU ATAU PEMIMPIN ITU YANG TERSURAT YANG TERSIRAT MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA
RIMBA AGAR SENTIASA RASA MERENDAH DIRI MEMERINTAH DI KERAJAAN RAKYAT RIMBA JADI TIADA SIAPA HENDAK CEMBURU KERANA BUKAN MEMERINTAH KERAJAAN MANUSIA ,TERSIRATNYA MAHU DAPATKAN INSPIRASI UNTUK MENJIWAI WATAK RAJA DAN PEMERINTAH UNTUK DITUANGKAN ILHAM DALAM KARYA SASTERA.
NIAGARA KARYA SASTRA YANG DIHASILKAN SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA SENTIASA MENGALIR, SENTIASA BERSASTRA TANPA HENTI SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA, BIARPUN NAFAS TERHENTI SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS-TERUSAN DIBACA OLEH YANG MASIH HIDUP ,
MOGA ILMU SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS MASUK KE AKAUN SAHAM AKHIRATKU SEPERTI MENGALIR AIR TERJUNAN NIAGARA MENYATU TERUS KE SUNGAI-SUNGAI SYURGAWI INSYA-ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Manda Conai Assalamualaikum wbt selamat malam Adinda sayang
Ratu Rimba Niagara Waalaikummussalam wr wb kandaku sayang...moga gembira membaca karya yang dinda siarkan dan diberkati olehNya. Aamiin.
Manda Conai Alhamdulillah Nak tidur suka buka FB Adik fikiran pun melayang dibuat terbuai dgn kata yg indah
Ratu Rimba Niagara Alhamdulillah tiada kata seindah bahasa ...bahasa yang membuatkan lebih mengenaliNya dan cintakanNya itulah yang terindah...Allahu Akbar Aamiin.
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
24 SAFAR 1438H
24 NOVEMBER 2016

HIKMAH


Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diredhai, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
                                         
30 Jun 2020

0 comments:

Post a Comment

 
;