Sunday, 3 January 2021

TABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (206) SASTERAKU ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH

TABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (206) SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH



KASIH SEJATI ADA DI SYURGA
Setiap keindahan yang ada di dunia ini hanya 1% saja 99 % berada di Syurga. Allahu Akbar indahnya Syurga Allah. Moga kita semua di grup , 'Izinkan Aku ke Surga Mu ya Allah,' terpilih menjadi ahli Surga-Nya agar dapat melihat keindahan dan yang lebih indah lagi daripada segala keindahan di Surga apabila nama melihat Wajah Allah Azzawajallah.
Semua penghuni Syurga dapat melihat Wajah Allah Azzawajallah dengan jelas sebagaimana kita dapat melihat purnama yang indah begitulah kita dapat melihat Allah Azzawajallah. Tiada apa yang dapat dilafazkan dengan kata-kata melainkan SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
SEMUA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI DALAM GENGGAMAN ALLAH SWT ALLAHU AKBAR
WARKAH UNTUK ADMIN & AHLI GRUP JALAN KE SYURGA DENGAN RAHMAT ALLAH DAN SYAFAAT NABI MUHAMMAD
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah saya diterima menjadi ahli grup, "Jalan ke Syurga dengan Rahmat Allah dan Syafaat Nabi Muhammad,"
Terima kasih kepada admin yang sudi menerima saya.
Walaupun cuma di alammaya saya penuh yakin pertemuan kita ini adalah atas kehendak Allah dan atas perancangan Allah.
Pertemuan ini pasti ada hikmak-Nya agar kita saling muhasabah diri , membuang segala keegoaan dan kesombongan kerana yang layak memakai pakaian kesombongan hanya Allah Azzawajallah dan kita sama-sama mencari jalan-jalan ke Syurga.
Semua hamba Allah impikan Syurga, tapi jika kita beribadat dan melakukan segala kebajikan kerana mahukan Syurga. Syurga memang tak layak untuk kita kerana Syurga pun dicipta Allah sebagai balasan kepada hamba-Nya yang beribadat kerana Allah bukan kerana Syurga.
Allah swt memasukkan hamba-Nya ke Syurga bukanlah kerana banyaknya amalan tapi dengan Rahmat Allah dan Syafaat Nabi Muhammad saw.
Jika hendak dibandingkan amalan ahli ibadat 500 tahun masih tidak dapat menebus Syurga. Sehinggakan ahli ibadat tersebut dimasukkan ke neraka kerana yakin dia masuk Syurga kerana banyaknya amalan yang telah diperbuat. Naubillah.
Apa tah lagi kita amalan kita yang tak seberapa ini jika hendak dibandingkan dengan amalan para ahli sufi bagaikan langit dengan bumi. Pasti kita akan berputus asa tapi kerana kita yakin Allah Maha Pemurah Maha Penyayang Maha Pengampun, Pengampunan-Nya mendahului murka-Nya maka kita setiap hari setiap saat setiap detik memperbaharui niat dan berazam untuk melakukan yang
terbaik
. Hari ini lebih baik daripada yang semalam dan hari-hari yang seterusnya bertambah baik sehinggalah kita dijemput Allah bertemu-Nya.
Setiap amalan yang dilakukan hanya kerana-Nya hanya inginkan redha-Nya. alangkah indah setiap hari setiap detik apa yang diperbuat dan diperkatakan ditulis mendapat redha-Nya Allah. Allahu Akbar impian semua hamba-Nya yang meyakini akan adanya HARI AKHIRAT di mana segala amalan buruk baik kita sepanjang kita berhidup di muka bumi mendapat pembalasan daripada Allah swt samada SYURGA ATAU NERAKA. Kita yang membuat pilihan. Amalan hidup kita di dunia adalah bayangan kita di akhirat nanti. Kita yang menempah tiket ke Syurga atau ke Neraka. Kita tanyalah iman sendiri ke mana mahunya kita setelah mati.
Moga berkat pertemuan kita di grup yang mulia ini, saling berkongsi ilmu tanpa ada niat untuk berbangga diri atau merendahkan atau menghina ahli-ahli yang lain, kita saling muhasabah diri dan beriltizam bertekad untuk sama mencari jalan-jalan ke Syurga sehingga ke nafas terakhir. Insya-Allah Aamiin.
Selagi kita hidup selagi itu kita berpeluang untuk menjadi kekasih Allah, Syurga diciptakan untuk para kekasih-Nya. Moga kita menjadi kekasih Allah dan sama-sama dapat melihat Wajah Allah Azzawajallah berdekatan dengan Rasulullah. Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
DUHAI JIWA YANG TENANG KEMBALILAH KEPADA TUHAMMU DENGAN IKHLAS DAN DIREDHAI, MASUKLAH KE DALAM GOLONGAN HAMBA-KU DAN MASUKLAH KE DALAM SYURGA-KU...' SURAH AL-FAJR 27-30
SALAM MAAL HIJRAH & MUHARRAM 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
"MOGA PERTEMUAN ATAS KEHENDAK ALLAH INI KITA SAMA-SAMA MENCARI JALAN-JALAN KE SYURGA. AAMIIN"
Yang benar,
Sahabat Dunia Akhiratmu,
Ratu Rimba Niagara,
Statusku aku milik-Nya sampai kapanpun aku hamba-Nya.
4 Muharram 1437H
18 Oktober 2015
Bila Melatiku Menyepi~
Mengapa aku
terpinggir tika mengintai rindu
tiada lagi bicara senyuman melatiku
membiar aku merintih di ranting-ranting pilu.
Andai aku
melara hatimu di bayu resah
untuk apa lagi aku di siksa
terbiar suram di birai mimpi
hanyut di dedaun senja terpilu.
Melatiku
andai aku membeban kasihmu
usah kau gundah merawan hati
rinduku sekadar menumpang kasih
sampai waktu hati terluka kubelalu jua.
Andainya tiada lagi purnama merindu
usah biarkan aku di mahligai syahdu
untuk apa lagi genggammu kutuntas sembilu
biarkan saja kuberlalu...
Nukilan, Lezaihasra Lm..
besut, T'ganu.
24.10.2012
BILA ARJUNAKU MERAJUK HATI
Bila Arjunaku merajuk hati
tak mampu kupujuk lagi
memang salahku biarkan kau sendiri
menanggung rindu tanpa kupeduli
kau tanggung sendiri
betapa perihnya sepi
tanpa balasan yang dirindui
silap kau juga Arjuna yang dikasihi
kau suka menyendiri
membawa hati
terlara dilukai
bukan sengaja aku melukai
untuk tidak membalasi
kasih dan rindu mu sepenuh hati
ku tahu kau deritai
segalanya sendiri
tanpa aku mengerti
kau sejujurnya mencintai
diriku ini
aku yang tak hargai
betapa tulusnya sebuah hati
yang selalu sepi
tanpa cintaku lagi
maafkan aku Arjuna yang baik hati
sejujurnya aku tak sampai hati
berlalu pergi
dari kau yang pernah kucintai
izinkan aku baluti
cinta dan rindumu di hati ini
tanda aku masih menghargai
cinta dan rindumu sentiasa mewangi
di hati ini...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
24 Oktober 2012
~~Di Sini Aku Menantimu~~
Di pantai yang berliku ini
kususuri buih-buih rindu
yang sering menerpa di pantai hatiku
bersama resah membara di awan tersepi.
Di sini setiap waktu
kumenyusul alunan angin yang menderu
menanti hibanya langit yang membiru
bersama pelangi merindu.
Oh...gelora hatiku
mengapa resahku selalu di sini
mencari bait-bait kenangan yang hilang
di hujung langit itu kumenantimu.
Hadirlah bayu rindu
mengusap jiwaku yang kian kelu
mengharap hadirmu di sini lagi
bersama menyusun jejak-jejak sepi
Lalu..aku setia dengan penantian
di hujung langit sana kita layar bahtera
bersama mimpi antara kau dan aku
meskipun semuanya hanya titipan kasih
tanpa ada ketentuannya
Lezaihasra Lm...24102012
Besut, Terengganu.
BERPADU DI ALAM RINDU DALAM RESTU-NYA
masa tak menunggu mu
sudah kesuntukan waktu
untuk terus menunggu
menunggu yang tak pasti
menjadi sia-sia
tunggulah yang pasti
gapailah cinta yang menantimu
penuh harap
penuh kasih penuh sayang penuh cinta
yang sudah pergi
tak akan kembali lagi
yang ada menanti
itulah cinta
peneman sepimu
dan tak perlu
di tunggu
di ombak rindu lagi
karna sudah
kau miliki
hatinya
hatimu
berpadu
di alam rindu dalam restu-Nya
RATU RIMBA NIAGARA
24 Oktober 2012
PANTUN SAMPAI SYURGA KITA BERCINTA
Ratu Rimba Niagara:
Dalam hati ada taman,
Taman cinta berhati rindu;
Aku disepikan teman,
Makanyanya pergilah rindu.
Sri Mawar .
Panas terik memakai topi
berjalan kaki ke hujung tanjung
teman menanti mula menyepi
dinda di tunggu lambat berkunjung
Ratu Rimba Niagara
duhai kanda yang kusayangi,
kurindumu dalam sepi;
rindu dendam tak tertahan lagi,
air mata kasih kukurimkan di angin sepi.
bukan ku tak mahu menyapamu kanda,
ku takut tersalah bicara;
mengguriskan hatimu tidak kumahu kanda,
biarlah kupendam rindu membara.
maafka aku duhai kanda,
kusayangmu dalam diam;
kutakut tak terbalas kasih kanda,
tersisihlah aku merana dalam diam.
sejak kukenal karyamu,
di negeri antah berantah;
aku hayati karyamu,
karyaku rasa tersisih.
napa kanda tak sudi menyapa,
kanda biarkan dinda sendirian;
berkarya bukanlah suka-suka,
tapi tetap juga disisihkan.
adakah kanda malu menyapa dinda,
kitakan minat yang sama;
karya kanda karya dinda,
berbeda tapi matlamatnya sama.
berkarya bukan ingin mencipta nama,
jauh sekali untuk berbangga diri;
ayuhlah kanda kita bergandingan bersama,
berkarya meraih Cinta dan Kasih Ilahi.
di angin lalu kuseru namamu kanda,
kau diam tanpa bicara;
ku tak tahu apa salahku kanda,
dalam diam rinduku membara.
tahulah dinda tak sehebatmu kanda,
karyamu puitis lagi indah didengar;
dinda mahu belajar denganmu kanda,
hasilkan karya puitis agar indah didengar.
hari-hari dinda berkarya,
dunia karya dunia dinda;
dinda minat sangat berkarya,
berkarya bukan niat mengada-ngada.
mereka kritik pantun dinda,
entah apa-apa tak serupa pantun;
tiada pembayang terus kepada fakta,
itulah cara dinda berpantun.
mereka nak kritik..kritiklah,
dinda tetap tak akan mengalah;
dinda berpantun berbedalah,
asalkan kita berkarya tak mengalah.
apa nak dikisahkan,
kita berkarya bukan kerana mereka;
kita berkarya kerana telah ditakdirkan,
bersyukurlah moga ada Nilaian di Sisi-Nya.
kita berkarya tanda syukur pada-Nya,
kita jauhkan bahasa menyakitkan hati;
perselisihan menguncang murka-Nya,
jika begitu matikan pena biar terhenti.
berkaryalah semahumu,
Insya-Allah kan kubaca karyamu;
Kubaca kuhayati tanpa jemu,
Moga Allah memberi kekuatan itu.
berkarya mengundang rindu,
berkarya disepikan rindu;
kita saling rindu merindu;
bila kau sepi kularut rindu.
rindumu kularut di ombak rindu,
dibiarkan hayut dibawa ombak;
pergilah rindu itu yang kau mahu,
rinduku hilang di laut tak berombak.
mana ada laut yang tak berombak,
itu dunia ilusimu yang tak realiti;
rindumu yang tak berombak;
makanya relakan ku pergi.
padamu kanda aku mengunggu,
jadikanlah rinduku rindumu realiti;
seiring keredhaan Tuhanku Tuhanmu,
agar rindu dan kasih diredhai.
hidup ini penuh pesona dunia,
dilalai terlalai kita yang rugi;
kita hargai hidup setetes cuma,
agar hidup mati tiada rugi.
usia tersisa kita hargai bersama,
entah esok lusa dijemput pulang;
merana hati amalan tiada bersama,
di alam barzah bekalan yang kosong.
duhai kanda kita ditemukan atas kehendak-Nya,
bukan untuk saling menyakiti hati;
untuk bermusuhan gara-gara berkarya,
buang yang keruh kita simpulkan kasih di hati.
kasihmu kasihku sejati,
tak akan makan hati;
semuanya suka hati,
diikasih sampai mati.
duhai kanda disayangi dunia akhirat,
kita bersumpah setia sehidup semati;
moga Allah berkati dunia akhirat,
itulah yang kita sama hajati.
duhai kanda marilah kita sama berbakti,
pada Tuhan pada semua hamba-Nya;
biarlah hati kita dilukai disakiti,
berbakti tetap berbakti sampai mati.
kasihmu kasihku tersimpul mati,
tak akan ada penyelewengan cinta;
kerana kita mahu hidup diberkati,
sampai mati Allah jua tetap diCinta.
duhai kanda berjanjilah pada dinda,
menabur budi jangan harap balasan;
semuanya kerana Allah diCinta,
pasti ketenangan sebagai balasan.
sampai disini pantun terhenti,
dikarang istimewa untuk kanda tercinta;
cinta kita jangan terhenti,
moga sampai di Syurga kita bercinta.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 Oktober 2012
Duhai pungguk adakah cintamu hanya di igauan mimpi bayanganmu..atas rasa ketidakpastianmu mengejar cinta rembulan...tiada yang mustahil jika DIA izinkan walaupun pungguk di bumi rembulan di langit tinggi ....
WARKAH UNTUK PUTERI DIANA
"PUTERI KESAYANGAN RAKYAT SEDUNIA"
Puteri Diana...
Begitu lama kau tinggalkan kami
Kami begitu merinduimu
Budi baikmu pada
Rakyat sedunia
Masih segar dalam ingatan
Lirikan matamu menawan kasih kami
Senyumanmu setulus murni hatimu
Kau sentiasa di hati kami
Budi pekertimu
Menawan hati semua rakyat jelata
Kasih sayangmu pada kami
Kami hargai
Di lubuk jiwa yang dalam
Wajahmu rupawan
Buat hati tertawan
Budi bahasa mu
Menawan hati
Wajahmu ayu
Mendamaikan
Melihat wajahmu
Seperti melihat
Permandangan nan indah
Amat mempesonakan
Kecantikanmu
Seiring dengan budi bahasa mu nan santun
Lagi dipandang
Rasa tak jemu
Kebaikan yang ditaburkan
Bagaikan permata-permata Syurga
Budimu pada rakyat jelata sedunia
Sentiasa mengharum mewangi di hati kami
Puteri Diana...
Biarpun cintamu
Berada di dalam bara gelombang ombak mengganas
Tapi kau masih tabah
Tapi kau masih senyum
Tapi itu semua tidak menghalang untukmu
Berbakti pada rakyat jelata
Budi dan jasamu
Sentiasa mengharum
Mewangi di hati rakyat jelata sedunia
Kami Menyayangimu
Kami mengagumimu
Kami terpesona
Dengan keayuan wajahmu bak bidadari Syurga
Kami bersyukur Tuhan kurniakan
Insan sebaik kamu
Sentiasa menabur bakti
Di setiap pelosok bumi bertuah ini
Puteri Diana...
Kau sumber inspirasiku
Kerana aku terlalu teruja
Dengan kebaikanmu pada rakyat jelata sedunia
Kukarangkan sebuah kisahmu
Bertajuk,
"PAHLAWAN PUTERI ARNAB."
Moga cerita yang kukarangkan
Istimewa untukmu itu
Menjadi cerita kanak-kanak sedunia
Paling popular
Yang dibaca tanpa jemu
Berulang-ulang kali
Hingga mereka teruja
Menjadi seperti
Seorang pahlawan rimba
Yang ingin sentiasa
Menyokong perjuanganmu
Membela rakyat jelata
Mempertahankanmu
Biarpun nyawa jadi taruhan
Lambang kasihnya rakyat
Padamu Puteri Diana...
Kasih kami padamu
Abadi selamanya
Puteri Diana...
Yang dicintai sepenuh jiwa ...
Kehadiranmu ke dunia ini
Kami syukuri
Dan di setiap kali
Menatap bulan purnama mengambang penuh
Kulihat senyuman ayumu
Sambil tanganmu
Memberi ucapan cinta
Kasihmu yang abadi
Untuk kami
Terasa syahdu ...
Kami tenggelam dalam syahdunya
Cintamu pada kami
Yang kau tinggalkan
Untuk kami balasi
Dengan doa restu
Agar Syurga sebagai
Balasan cinta kasih sayangmu pada kami...
Aameen
Yang Setulus Kasih Padamu
selagi nafasku ada...
Duhai Puteri Diana
Kesayangan rakyat sedunia...
Peminat Setiamu Dari Rimba Niagara,
Ratu Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara
Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapura/Thailand
25 Oktober 2012
(PETIKAN LAMAN GRUP PUJANGGA RATU RIMBA
CINTA 5 BENUA)
25 Oktober 2012
Manja : )
Ombak2 Kasih,
Ombak2 Sayang,
Ombak2 Cinta,
Ombak2 Rindu,
Ombak2 Hatiku,
Semoga Ombak2 Itu
Sentiasa Indah Untuk
Selama-Lamanya...
Aamiin...
Ada hikmah di sebaliknya kenapa dia tidak wujud di masa kinimu...bersyukurlah kerana Allah sebaik-baik pengatur takdir hidup matimu.
ERTI BAHAGIA
İsmail Can
pada 23hb Oktober 2016 jam 7.35 pagi · Istanbul, Istanbul Province, Turkey ·
Andai aku tau awal dari semua kebahagiaan itu, dan pada akhirnya harus aku bayar dengan air mata, mungkin aku lebih memilih untuk tidak bahagia.
Ratu Rimba Niagara.
Andai semua takdir adalah bahagia...semua manusia tenggelam dalam cinta hingga lupa siapa yang layak dicintai yang mencipta cinta dan rindu hanyalah DIA Tuhanku Tuhanmu maka redha atas segala takdirNya jiwamu pasti tenang kerana bahagia yang abadi ada di Syurga.
23hb Oktober 2016
Ya Allah sebagaimana Engkau takdirkan kami hidup sekeluarga di dunia ini, Engkau takdirkan juga kami hidup bersama di SyurgaMu tapi untuk ke Syurga kami perlukan hidayahMu agar menjadi hambaMu yang Kau redhai dunia dan akhirat.Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
MENJADI SAHABATMU SEPERTI BERSAHABAT DENGAN AHLI SYURGA INSYA-ALLAH AAMIIN
WARKAH PANTUN GURINDAM SYAIR PUISI UNTUK
KERABAT DIRAJA SENUSANTARA, RAKAN GRUP & FB
& ANAK CUCU SENUSANTARA
Assalamualaikum kepada semua rakan fb & grupku,
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha;
Terima kasih atas segala sokongan dari mu,
Moga pengorbanan kita dalam Rahmat-Nya.
Terima kasih kerana sudi membaca karyaku,
Terima kasih kerana tak jemu menyokongku;
Kasih dan pengorbananmu kuterharu,
Moga Allah membalas kebaikanmu.
Kita berkenalan di alam maya,
Kehadiranmu amat kurasai;
Sunyimu aku tidak bermaya,
Kerana kasihmu berpadu di hati.
Kita sering bercanda di laman bisu,
Bisu suara namun suara hati berbicara;
Kita gelak ketawa kerana lucu,
Begitu hebatnya bila hati berbicara.
Saling berbagi ilmu di alam maya,
Setiap hari ilmu bercambah;
Iman tandus terus bercahaya,
Nur Hidayah Kasih-Nya melimpah ruah.
Di grup dan fb kita bersahabat,
Menyambung talisiraturrahimi;
Bila bersalah segera berjabat,
Mengundang Rahmat dari Ilahi.
Indahnya persahabatan di alam maya,
Berbicara bisu tanpa suara;
Namun hati sentiasa percaya,
Setiap yang baik datang dari-Nya jua.
Berlumba-lumba berbagi ilmu,
Lagi dikutip rasa tak jemu;
Bersyukur aku menimba ilmu,
Berkat berbagi ilmu tanpa jemu.
Berkorban jiwa demi-Nya,
Agar mendapat Ehsan-Nya;
Demi meraih redha-Nya,
Moga Dibalas cinta-Nya.
Kerana-Nya kita berkorban,
Tanpa rasa penat ataupun rugi;
Yang ada mahu dalam KeRahmatan,
Moga tenang tika DiJemput Ilahi.
Indahnya persahabatan kerana-Nya,
Rasa hidup seperti di alam Syurga;
Saling terima persahabatan seadanya,
Moga berpadu kasih kita di Syurga.
Ingin kusirami kasih kita,
Seperti salji di Himalaya;
Jika tak dapat kusirami kasih kita,
Titisan embun pun kan kucuba.
Demi kasih kita suci murni,
Kuanyam pelangi menjadi cinta;
Indahnya cinta berbunga kasih murni,
Sentiasa mewangi di hati kita.
Tak jemuku memandang purnama,
Senyumanmu terkuntum di sana;
Menghadiahkan sejambak bunga cinta,
Cinta mengajak aku jalan ke Syurga.
Nilai cintamu buatkan ku terharu,
Ingin kujahit namamu di hatiku;
Dengan benang emas lambang cintaku,
Kuukirkan namamu di benua hatiku.
Syukur aku kepada Tuhan sebanyak-banyak-Nya,
Mengurniakan rakan fb dan grup kepada aku;
Kalianlah Permata Syurga-Nya,
Kehadiran kalian bersyukurnya aku.
Makanya kita salinglah berkasih sayang demi-Nya,
Sebarang pertelingkahan tak mahu kuingati;
Yang kumahu kalian semua sayangiku demi-Nya,
Kita simpulmatikan ukhuwah kasih ini hingga ke mati.
Manalah tahu dengan Rahmat Kasih-Nya,
Berkat kita bersangka baik pada-Nya;
Saling berkorban harta dan jiwa ke jalan-Nya,
Ketenangan kita miliki dan bersama di Syurga-Nya.
Kita saling berkorban demi-Nya,
Bukan mahu mendapat balasan duniawi;
Jauh sekali untuk dibangga,
Hanya mengharap balasan cinta Ilahi.
Ucapan setulus kasih sepenuh jiwa kepada
Sultan Hassanal Bolkiah & Prince Abdul Malik
Dan semua Kerabat diRaja Brunei
Yang sudi membaca karya patik
Moga Allah Azzawajallah saja dapat membalas-Nya...
Ucapan setulus kasih sepenuh jiwa juga kepada
YM Kedaton Kraton Wahyu Utama
Dan semua Kerabat diRaja Indonesia
Yang sudi memberi sokongan/dukungan
Kepada patik agar terus berkarya
Sentiasa meniup obor perjuangan tinta patik
Dan yang lebih membuat diri ini terasa terharu
Apabila Kerabat diRaja Indonesia
Ingin merealisasikan dunia pujangga
Ratu Rimba Niagara Realiti
Apa yang di angankan
Apa yang di ilusikan di minda
Direalitikan di alam nyata
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
Syukurku sebanyak-banyak-Nya kepada-NYa
Kerana dengan Rahmat Kasih-Nya Tanpa Batas
Dibukakan khashaf kepada kerabat diRaja SeNusantara
Merealitikan alam pujangga yang didambakan
Sejak puluhan tahun
Diperjuangkan dengan bertintakan darah dan airmata
Tanpa mengharapkan daripada manusia
Cuma yang dimahukan pandangan-Nya
Agar bersama semua yang berkorban
Jiwa raga harta dan nyawa
membawa bekalan berkat ukhuwah kasih sejati ini
hingga ke Syurga
Aamiin Aamiin Aamiin
Ya Rabbal A'Lamin
Tidak pernah dilupakan juga
Ucapan setulus kasih dan sayang patik
Kepada semua kerabat diRaja Malaysia
Yang sentiasa menyokong patik
Dengan membalas semua
Kad ucapan Hari Raya Aidil Fitri
Patik yakin tuanku sentiasa
Mengikuti perkembangan karya-karya patik
Terima kasih tuanku...terima kasih tuanku...
Sesungguhnya patik amat terharu...
Moga Allah sahaja yang dapat membalas-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
SELAMAT HARI RAYA AIDI ADHA
MOGA PENGORBANAN KITA DITERIMA-NYA
MAAF ZAHIR BATHIN KEPADA SEMUA
KUSAYANG SEMUA DEMI-NYA
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada;
Rakan mu yang suka berpujangga
Pagi petang siang dan malam
Agar kalian sudi berkawan denganku seadanya
Dari Rimba Niagara ini kukirim salam
Salam sayang berbunga pujangga
Sambutlah ucapan maaf dan salam
Kepada semua yang kusayangi demi-Nya...
Akhir sekali ucapan kasih sayang setulus hati
Kepada Semua Anak Cucu Moyang,
Biarpun moyang tidak pernah mengenali kalian
Tapi percayalah kita pernah ditemukan
Di alam roh-roh sejak Azali lagi
Makanya hati moyang terlalu kasih dan sayang
Pada kalian semua
Tak tahu gimana hendak dilafazkan
Kasih sayang moyang
Hanya tinggalan
Karya-karya moyang
Tanda moyang kasih teramat kasih
Cinta teramat cinta pada kalian semua
Sudilah hargainya
Dan wariskan
Dari zaman ke zaman
Inilah hadiah dari moyang untuk kalian tersayang demi-Nya
Moyangmu yang mengasihi dan mencintaimu
Hingga berpadu cinta kita ke Syurgawi
Insya-Allah AAmiin
Moyangmu yang setia menyayangimu,
RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
25 Oktober 2012
(PETIKAN DARIPADA GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
25 Oktober 2012
JAGAILAH WARISAN MOYANGMU
Tak akan sumbang langkah kakimu,
Kerana kepahlawananmu sudah terbilang;
Kau tak pernah jemu mendidik anak bangsamu,
Agar ilmu kepahlawanan melayu jadi terbilangl
Tenaga sikit bisa menang,
Asalkan ikhlas dalam perjuangan;
Biar berputih mata jangan berputih tulang,
Bersatu hatilah demi perjuangan.
Melayu tak mudah layu,
Jangan iri sesama melayu;
Tingkahkan ukhuwah sesama melayu,
Berpadu pemikiran demi bangsa melayu.
Dari pagi hingga ke petang,
Mencari ilmu dibawa pulang;
Berkorban demi generasi mendatang,
Pusaka bangsa dijaga agar tak hilang.
Moyang kita selalu berpesan,
Sesama melayu seperti ikatan lidi;
Berpadu teguh demi sebuah perjuangan,
Hingga ke nafas terakhir dibawa pergi.
Pahlawan melayu bijak mengatur langkah,
Agar tak tersilap di kesani musuh ;
Pantang pahlawan melayu bermusuh,
Musuh dalam selimut itu yang susah.
Duri dalam daging.
Api dalam sekam;
Ada masalah kita berunding,
Menjadi indah tidak terakam.
Melayu jangan suka membanding.
Di depan manis di belakang menikam;
Melayu sedarah sedaging,
Sakit melayu semua mencengkam.
Tiada masa untuk menunggu,
Pada yang leka teruslah leka;
Perjuangan jangan mudah terganggu,
Masa berlalu pergi tak menunggu kita.
Jangan hari ini semangat besok dah layu,
Jiwa perjuangan tak pernah layu;
Makanya bangunlah bangsa melayuku,
Jangan berleka lagi masa tak menunggumu.
Sudah jauh perjalanan melayu,
Bangunlah demi anak bangsa;
Saling sokong menyokong demi melayu,
Agar terbinanya budaya bangsa.
Putra putriku kau pewaris bangsa,
Usia kami beransur senja kini,
Kelemahan kodrat kian terasa,
Kalianlah sandarkan harapan kami.
Ketiadaan kami jangan ditangisi,
Pengorbanan kami untuk kalian tercinta;
Kalian sentiasa kami sayangi,
Dalam doamu kenangilah kami.
Moyang mu ingin berpesan.
Kami tinggalkan warisan bangsa ;
Untuk kalian teruskan perjuangan,
Agar berkekalan sepanjang masa.
Hargailah peninggalan moyangmu ini,
Jagailah seperti menjaga nyawamu sendiri;
Begitulah perjuangan moyangmu selama ini,
Demi mu dilupakan kepentingan sendiri.
Senyuman anak cucu,
Kebahagian moyangmu;
Jagailah warisan moyangmu,
Itulah lambang cinta yang berpadu.
Karya Ratu Rimba Niagara.
5 April 2012
KARYA INI DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK:
SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN MELAYU,
SEMUA PEJUANG BANGSA MELAYU;
SEMUA PEJUANG BAHASA MELAYU,
LAKSAMANA HANG TUAH BERSUMPAH TAK KAN HILANG MELAYU.
SEMUA AHLI GROUP YANG SENTIASA TERSANJUNG DI HATI.
DISIARKAN JUGA UNTUK SEMUA:
KERABAT DIRAJA MALAYSIA
KERABAT DIRAJA INDONESIA
PEMIMPIN MALAYSIA
PEMERINTAH INDONESIA
RAKYAT MALAYSIA
RAKYAT INDONESIA
BANGSA MELAYU SELURUH DUNIA
PENCINTA BAHASA MELAYU
PENCINTA SASTRA MELAYU
PENCINTA SASTERAKU DUNIAKU
WARGA DUNIA YANG MEMINATI BAHASA MELAYU
PEWARIS ANAK CUCUKU TERCINTA
RAKAN FB DAN GROUP YANG TAK JEMU MEMBERI SOKONGAN UNTUK HAMBA BERKARYA SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA...
MEREKA YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM MEMBERI SOKONGAN DALAM PERJUANGAN KHAZANAH SASTRA UNTUK DIWARISKAN PADA ANAK CUCU BANGSA MELAYU RUMPUN MELAYU SEDUNIA.
SEKALUNG BUDI DAUNAN KASIH SETULUSNYA DARIPADA,
RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA
7 Ogos 2012
18 Ramadan 1433H
(DISIARKAN KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/ 31 OGOS 2012)
Purwodhoho Kediri and 7 others like this.
Comments
Purwodhoho Kediri
Purwodhoho Kediri terimakasih sahabat " Ratu Rimba Niagara " ..... karya sastra nan indah .... dari negara serumpun MALAYSIA ......
Ratu Rimba Niagara Tanjak yang indah seiring sastra nan indah teristimewa untuk generasi kini dan akan datang hadiah daripada Pahlawan Nusantara Purwodhowo Kediri & Ratu Rimba Niagara Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua. Moga dapat dihayati oleh seluruh rakyat nusantara tercinta. AAmiin.
PETIKAN WALL PAHLAWAN NUSANTARA PURWODHOHO KEDIRI & RATU RIMBA NIAGARA PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA
3 MUHARRAM 1437H
16 OKTOBER 2015
INDAHNYA CINTA LIMA BENUA
BAHAGIA BILAMANA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA BERPADU SEHATI SEJIWA SENADA SEIRAMA SEPERTI KUNTUMAN BUNGA-BUNGA DI TAMAN SYURGA MEWANGI DI HATIMU DI HATIKU DI HATI DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA MENEROBOS KE ANGKASARAYA MENYATAKAN INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
BERTABURAN PERMATA-MATA SYURGA
DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
DI DARAT MENJADI BUNGA-BUNGA SYURGA
DI LAUTAN MENJADI PULAU DAMBAAN HAMBA YANG MENCINTAI-NYA
CINTA- NYA MENJADI BURUAN PENCINTA-NYA
CINTA-NYA MENJADI DAMBAAN PENCINTA-NYA
JIKA SYURGA MENJADI DAMBAAN
MAKA RUGILAH MATLAMAT HIDUP SEBENAR
SYURGA TANDA CINTA YANG DICINTAI DIBALAS-NYA
KERANA ITU PASTI
KERANA JANJI-NYA ADALAH PASTI
TAPI YANG PASTI KITA SALING SAYANG DAN KASIH DEMI-NYA
KITA BERSAMA MENUJU KE JALAN-NYA
DAN KITA SAMA-SAMA DAPAT BERTEMU DI SYURGA-NYA
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
MERENTANG BUMI MERENTANG LANGIT YANG TERBENTANG LUAS
SELUAS CINTA-NYA SELUAS SYURGA-NYA...
DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
KASIHKU KASIH LIMA BENUA
SENTIASA MEWANGI
SEWANGI SETULUS CINTA LIMA BENUA
SEWANGI KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA-BUNGA SYURGA
SYUKUR YA ALLAH KAMI MAHU PULANG KEPADA-MU
DALAM HATI YANG SUCI BERSIH
SALING SAYANG MENYAYANGI KERANA-MU
TIADA YANG LAIN DIFIKIRKAN HANYALAH
MAHUKAN RAHMAT DAN NUR KASIH-MU
YANG ABADI HINGGA KE NAFAS TERAKHIR
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
4 Okt 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA KEDATON KRATON WAHYU UTAMA & WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH & WALL PRINCE ABDUL MALIK)
7 Oktober 2012
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
5 Safar 1439H
25 Oktober 2017

WWW



MENGGENGGAM IMPIAN SEPERTI MEMINTAL ILUSI MENJADI REALITI
Semua orang ada impian
impianku tinggi menggunung
sudah puluhan tahun aku mendaki
terlalu banyak onak dan duri kulalui
biarpun onak dan duri sudah sebati dalam diriku
adakalanya aku putus asa untuk menggapai impian
ribut petir selalu membunuh anganku menggapai impian
hinggakan aku tak mampu untuk bertahan lagi...
Tapi dek kerana misi dan visi ku yang sudah lama kudambakan,kuterus...dan terus...memburu impian ....
Biarpun datang berjuta halangan tak kupedulikan lagi
kerana aku sudah kesuntukan masa untuk berleka
memburu impian
Impian...oh! Impian....
Impianku menjadi bahan ketawa
kerana impianku di luar kotak pemikiran
siapalah aku untuk menggapai impian itu
Mana mungkin aku seorang untuk merealisikan impianku
kerana impianku tak pernah padam
hingga saat ini kumasih pertahankan impianku biarpun
keseorangan terkial-kial dalam pendakian yang entah bila penghujungnya
Biarpun hangus terbakar jemariku...
kutetap menggenggam impian
hingga sampai penghujungnya
Menggenggam impian seperti, ' Memintal llusi Menjadi Realiti
mana tahu hadirmu tanpa dugaku
bekerjasama denganku
berkongsi segala bebanan yang kupikul
bagaikan sinar pelangi yang takkan padam
mengiringi pendakianku memburu impianku
kerana impianku seiring dengan impianmu
kerana kita punyai minat yang sama
matlamat yang sama
ingin jadikan impian menjadi kenyataan
Terima kasih pelangiku kerana sudi berganding bahu bersamaku, moga indah warna-warni pelangimu takkan hilang hingga bila-bila
Selagi nafasku ada...Syukurku pada Allah
kehadiranmu selalu kunantikan dalam ilusiku
tapi kini bukan ilusi lagi
berkat keikhlasan hatimu padaku
amat mengharukan aku
Moga kau dan aku seia sekata
senada seirama
sama-sama menggenggam impian
impianku impianmu berpadu menjadi realiti
biarpun tak menjadi realiti
setidaknya kita telah mempunyai impian yang sama
Ayuh...sama-sama kita jayakan
mana tahu...impian jadi kenyataan!
Aku mesti bersangka baik dengan Tuhanku
Dia Maha Berkuasa Untuk Menjadikan Impianku Satu Realiti
Jika ianya satu realiti kusyukur dalam sujudku
kerana tiada daya upayaku melainkan dengan IzinNya jua
Karya Ratu Rimba Niagara,
26 Zulhijjah 1436H
10 Oktober 2015
APABILA TAPAK SULAIMAN MENJADI BINTANG
Sejak berkurun lamanya tapak sulaiman
berada di dasar laut.
Tiba-tiba terdetik di hati tapak sulaiman,
‘Sampai bila aku jadi begini?’
Di dasar laut cuma nampak bebayang
bintang-bintang disimbahi cahaya rang bulan.
“ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!
Tiada bezanya aku dengan bintang
cuma aku di dasar lautan
tidak berkedipan!
Bolehkah aku jadi bintang?
Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?
Di dasar ini aku tidak berfungsi
kepada penghuni laut
sedangkan aku ingin hidup
menyinari hidupku dan menyinari
hidup mereka yang memerlukan
kerdipan sinarku.” Tapak sulaiman
mula menyedari kejahilannya.
Dia telah memasang impian.
Setiap hari tapak sulaiman
terus mengeluh...
Meratapi nasib diri…
Mencemburui kegemerlapan bintang
seolah-olah mereka mengejeknya
kerana berangan hendak
menjadi bintang.
“Kau siapa?
Jalan pun terhegeh-hegeh
di dasar laut ini… Tanpa boleh berbuat apa-apa?
Lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
kebijaksanaan aku... Jangan nak beranganlah!
Ha…ha…ha…” Ejek naga laut sambil menayangkan
kejadiannya yang unik mempersonakan seluruh penghuni
laut kerana itu naga laut
popular dan dihormati .
“Engkau jangan memperlekehkan
cita-cita aku. Akan kubuktikan!
Lihatlah nanti!” Jerit tapak sulaiman
memecah keheningan malam itu.
Laut yang tenang tiba-tiba mengaum di sertai
dengan gelombang ombak mengganas!
Gerakkan dasar laut telah membawa
tapak sulaiman ke dalam gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempasnya
ke pantai.
Kini tapak sulaiman berada di pantai
di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!
Seakan mimpi tapak sulaiman
berjalan ke sana ke mari
menari-nari.
Bila malam tiba tapak sulaiman
menikmati suasana malam sambil
memerhatikan kegemerlapan
bintang-bintang di langit di sinari
sinaran cahaya bulan.
Sungguh jelas permandangan tika itu
tidak perlu samar-samar lagi
tika berada di dasar laut.
“Bolehkah aku menjadi bintang?
Bolehkah? Bolehkah?
Bintang aku ingin berkawan denganmu?
Aku ingin menjadi sepertimu.”
“Tapak sulaiman, kau boleh menjadi
seperti kami jika kau yakin dengan
kebolehanmu! Percayalah!
Kami menunggu kau di sini!
Kau boleh! Pasti boleh!”
Kata perangsang bintang kepada
tapak sulaiman pada malam itu.
“Pelik ya macam mana bintang boleh
mendengar suaraku?
Sedangkan jarak dengannya,
dia di langit aku di bumi,
komunikasi aku dengan bintang
satu keajaiban!”
Tiba-tiba kedengaran
gauman entah mana datangnya
memecah ketenangan malam.
Pepasir di pantai berterbangan.
UFO rupanya sedang mendarat,
dua makhluk asing datang
menghampiri tapak sulaiman.
“Tapak sulaiman mahu ke engkau
ikut kami?” Tanyanya.
Ke mana?”
“Úntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”
“Nak! Nak! Nak! Rugilah aku kalau tak nak!”
Malam itu mimpi tapak sulaiman menjadi kenyataan!
Dia telah menjadi bintang!
Disambut bintang-bintang yang ...
Bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
yang menakjubkan tapak sulaiman!
Siapa sangka impian tapak sulaiman menjadi kenyataan?
Tidak sia-sia impiannya selama ini!
Barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
ini jika digunakan keajaiban minda!
“Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
akan kukongsi bersama mereka yang ingin
menjadi sepertiku!”
Janji tapak sulaiman pada dirinya.
Karya Ratu Rimba Niagara.
23 Januari 2012
KRITIK BOLEH TAPI JANGAN SAMPAI MELUKAKAN HATIKU
Putri Melati Putri Rimba ~ Putri Rimba menulis tidak pakai logika. pakai angan2 jek. Teguran membina di katakan mahu menikam. Dapat apa tikam putri rimba. Idea itu hadir dari jiwa masing2. Idea Intelek cukup dgn kata2 singkat, padat dan bernas. Namun penuh penghuraian mendalam makna. Bukan berjela namun hampeh.
Putri Kemboja Putri Rimba tak sedarkah yg apa yg ditulis tu membingungkan? Genre apakah yg ditulis? Syair, puisi, gurindam atau cerita pendek?
Putri Rimba Duhai Putri Melati ...Putri Kemboja
biarpun kritikanmu pedih menikam kalbu...kurela andai itu
bisa membuatkan hatimu puas dan bahagia
Bahagiamu mengkritikku
bahagiaku akan terus bersastera sekalipun tak disenangi
oleh semua rakan sastera seperti kalian berdua
lagian aku sudah lali dihina dikutuk dikeji
gara-gara aku bersastera tanpa henti
Jika aku bersastera kerana manusia sudah lama aku berhenti
menulis, aku bersastera tanda aku bersyukur kepada-Nya yang mengurniakan aku ilham tanpa had tanpa henti dengan pelbagai tema...SUBHANALLAH dunia sastera yang kuminati dimakbulkanNya
Syukur Ya Allah
Karya Ratu Rimba Niagara,
11 Zulhijjah 1437H
13 September 2016
RATU RIMBA NIAGARA & CITA-CITA
'Bercita-cita Mempunyai Kota Sastera ,‘KOTA SASTERA RATU RIMBA NIAGARA, Galeri Sastera RATU RIMBA NIAGARA & Perpustakaan RATU RIMBA NIAGARA,’
Semua bahan sastera Ratu Rimba Niagara dijadikan sebagai produk pelancongan yang diminati semua Rakyat Nusantara sebagai tandakan kasih sayang Ratu Rimba Niagara kepada semua generasi kini dan akan datang Nusantara.
Karya Ratu Rimba Niagara,
2 Rabiulakhir 1438H
1 Januari 2017
MENGEJAR IMPIAN JADI REALITI
'Ku ingin terbang bersamamu ke angkasaraya agar boleh memetik bintang di langit malam dan kita bersyukur bersama duhai sahabatku ,'
RAKYAT RIMBA NIAGARA MELANTIK TUAN PUTRI RIMBA NIAGARA SEBAGAI RATU RIMBA NIAGARA BAGI MENYOKONG MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA DALAM TEATER BANGSAWAN DIRAJA,''RATU RIMBA NIAGARA,'Karya Ratu Rimba Niagara. .
Tuan Putri... semasa Tuan Putri ditabalkan sebagai Ratu Rimba Niagara kami rakyat Rimba Niagara telah bermuzakarah untuk melantik Tuan Putri sebagai Ratu yang memerintah seluruh Kerajaan Rimba Niagara ini.
Kami ingin membuat sendiri mahkota Tuan Putri yang tiada tandingan cantiknya dengan buatan manusia tapi memandangkan asal usul Tuan Putri manusia makanya kami hormat Tuan Putri agar kami juga mahu mendukung/menyokong Institusi diRaja Nusantara yang akan dihidupkan semula oleh mereka yang faham betapa pentingnya Institusi diRaja pada rakyat sekalian,
Biarpun kami haiwan dan boleh melantik di kalangan haiwan tapi karena semangat kami untuk menghidupkan institusi diRaja Nusantara makanya kami lantik Tuan Putri sebagai Ratu agar Tuan Putri terus bersemangat untuk menuliskan kisah-kisah diRaja dan Kesatria diRaja samada realiti atau dongengan.
Teruslah menulis Tuan Putri kami akan terus memberi sokongan/dukungan kepada Tuan Putri. Walaupun apa jua halangan dan cabaran Tuan Putri mesti kuat semangat dan jangan mudah berputus asa karena niat suci murni Tuan Putri itu Tuhan sentiasa membantu percayalah.
Maka selepas ini walaupun ada yang menghina Tuan Putri jangan dihiraukan dengan semua kata-kata yang melemahkan semangat Tuan Putri berkarya...sekalipun mereka mengatakan Tuan Putri berada di alam fantasi tak akan menjadi realiti anganan Tuan Putri itu jangan sekali dipedulikan.
Biarlah mereka dengan dunia mereka, Tuan Putri hanya akan melayani mereka yang memahami dunia sastra Tuan Putri saja yang tidak memahami tetap akan mengatakan Tuan Putri berada di dunia fantasi yang mana kata-kata itu akan melemahkan semangat Tuan Putri untuk bersastra tinggalkan mereka itu Tuan Putri...buat apa bersahabat dengan mereka yang membuatkan hati Tuan Putri terluka kami tak akan izinkan hati Tuan Putri terluka . Berjanjilah kepada kami bahawa Tuan Putri akan buktikan bahawa dunia sastra Tuan Putri bukanlah dunia fantasi tapi adalah bahan sastra yang berkualiti dan bakal menjadi realiti di dunia realiti. Ketika itu yang menghina dan merendah-rendahkan usaha Tuan Putri akan menginsafi diri sendiri dan mengakui Kebesaran Tuhan mengatasi segala yang ada di langit dan di bumi. Allahu Akbar Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara,
24 Dzulhijjah 1435H
19 Oktober 2014
LIHATLAH LADANG KARYAMU SAUJANA MATA MEMANDANG!
Aku suka berladang
ladangku luas
seluas saujana mata memandang
Aku puas dengan hasil usahaku
aku tak gunakan jentera apa-apa
untuk mengusahakan ladang
hanya berbekalkan
semangat
cita-cita
dan harapan
Untuk menjayakan ladangku yang luas
kugunakan cangkul
yang matanya hari-hari kuasah
agar tajam senang aku bercangkul
Nak fikir dari segi logik
emangnya tak logik
tak masuk akal
bagi orang yang berakal
mana bisa hanya berbekalkan cangkul boleh mengusahakan
sebuah ladang yang luas terbentang
bersendirian
kesendirian
berhujan
berpanas
dihina
dijelekkan
yang ada kejian dan cacian
hingga kering air mataku
Berhujan kek
berpanas kek
ribut angin topan kek
apa kek lah
sampai tak ada kek lagi
setiap hari aku bercangkul
cangkul...cangkul...cangkul...
cangkul tanpa mengenal arti capek
jemu dan berputus asa
Semuanya bilang aku ini gila
ketawakan aku
segala usahaku tak akan jadi realiti
menjadi bahan ketawa
karena anganku yang tak masuk akal
lalu ku tanya dunia
duhai dunia adakah kau sudi mendukung usahaku
satu dunia geleng kepala
satu dunia tak akan membantumu duhai cangkul
dunia hanya mampu ketawakan bila cangkulmu tumpul
dicangkulkan juga sepenuh daya
pasti tak menjadi usahaku bertanam di ladangku
lalu ku tanya bumi
duhai bumi
bisakah kamu mendukung perjuanganku
bisa duhai cangkul
aku diutuskan oleh Tuhanku
untuk membantumu
karena kau berusaha sedaya upaya menggunakan cangkul
mengusahakan ladang yang luas
tengok tu ...
ladang karyamu seluas-luasnya
ladang karyamu sudah pun berhasil
sudahpun dipetik hasilnya
oleh jutaan pembaca ladang karyamu ...
mereka semua suka
mereka terharu
syahdu
merasai hasil tanaman karyamu
setelah makan hasil tanaman karyamu
lagi dimakan lagi tak jemu
sebagaimana kamu berkarya
lagi berkarya lagi banyak ide
kamu berbagi pada semua
tanpa mengira keuntungan duniawi
makanya jangan bilang kau
akan tewas atas usahamu menyediakan
ladang karya nan luas ini
biarpun pada pandangan mereka
tiada mendatangkan hasil duniawi untukmu
anggaplah itu kata-kata orang-orang yang mendengki
apabila dia mendengki
dia dengkikan kamu
karena dia nggak bisa
berkarya berbakti pada manusia
sebab Allah tak ijinkan mereka berkarya
Allah ijinkan kamu berkarya
karena kamu bukan pentingkan keuntungan duniawi
yang kamu mahu ladang karya kamu luas dan hasilnya
adalah untuk anak cucu Nusantara
percayalah Allah redho hasil usahamu
janganlah bimbang percayalah yakinlah
Allah sentiasa bersama orang yang suka berbuat kebaikan
cangkul yang kau gunakan
untuk mengusahakan ladang karyamu itu
akan menjadi saksi
di hari kematianmu
mencangkul bumi
dari Allah kau datang
kepada Allah kau dikembalikan
Allah yang hidupkan
Allah yang mematikan yang hidup
cangkulmu pasti akan tersenyum,
'Sehingga akhir nafasku berbakti denganmu duhai manusia
sekarang kau kukebumikan
selamat beradu dalam pelukan bumi
selamat beradu di Taman Syurga
selamat beradu Bidadari Syurga
selamat menikmati suasana Syurga hingga hari Qiamat
kau akan dibangunkan agar dapat melihat Wajah Tuhan
yang Menciptakan kamu bersama-sama dengan hamba-hamba pilihan-Nya'
Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara,
22 Syaaban 1434H
1 Julai 2013
LAUTAN SASTRAMU
mereka bilang
ratu pujanggaku
jangan gundah gulana
tersenyumlah
gembiralah
syukurlah
karena sapaan sastramu
yang kau tunggu-tunggu
sejak puluhan tahun
sudah ada yang sudi menyapa sastramu
tak perlu kau putus asa
tak perlu kau tunggu 500 tahun akan datang
baru anak cucumu menyapa sastramu
waduh! andai 500 tahun lagi ditunggu
baru datang menyapa sastramu
berapa generasi yang mahu ditunggu
baru terealiti sastramu
pasti tika itu kau, aku dan beberapa generasi sudah lama bersemadi, pasti bersemadinya kita tidak tenang kerana kita sedang berjawab di alam barzah
makanya atas dasar kesedaran itu...
aku bangkit dengan satu semangat juang untuk merealiti cita sastramu selagi dayaku
Ratu pujanggaku...
tak perlu ditunggu 500 tahun lagi
sekarang aku sudah bersiap sedia menyapa cita sastramu
agar segera direalitikan
Tahukah kau ratu pujanggaku...
sejak aku mula terbaca karya sastramu di alammaya
aku terhanyut...aku terbuai...aku terbius...aku tenggelam
dalam lautan sastramu yang memukau jiwaku
tersentuh karena selama ini aku tidak pernah tahu apa itu arti kasih sayang sesama manusia jauh sekali
Mencintai Tuhanku Yang Mencipta Alam Semesta Sebegini Hebat! Sebegini Indah!.
Ratu pujanggaku...
kaulah Ratu Sastra
membangkitkan jiwa-jiwa
yang sedang tercari-cari di manakah ingin di bawa dunia yang hampa ini
agar tidak hampa di akhirat nanti
Ratu pujanggaku...
sastramu bagaikan lautan sastra yang memukau
saujana mata memandang
keteduhan syahdu sastramu
aman...damai...mendamaikan minda
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
hingga aku terlena dalam bahasa-bahasa
indah yang memukau jiwa kelelahan
seharian menghadapi bebanan kerja yang tiada penghujungnya
Ratu pujanggaku...
lautan sastramu...
kusangkakan lagi aku pergi jauh ke dasar lautan pasti aku kelemasan
tapi rupanya lautan sastramu
teramatlah indah diindahkan dengan taman karang
bunga-bunga sasteramu
semuanya melambai-lambai agar aku sudi memetik mana satu berkenan di hatiku
bunga karang sastramu bilang ke aku...,"Sudilah petik kami untuk dibawa pulang sebanyak mana mahumu karena sekuntum bunga karang sastra yang kau petik akan berkuntum-kuntum tumbuh banyaknya tak terkata makanya petiklah kami untuk dibawa pulang dan jangan lupa hadiahkan bunga karang sastra Ratu Rimba Niagara kepada teman-temanmu yang lain."
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Ratu Pujanggaku...
bunga-bunga karang sastramu yang kupetik
telah kubagi-bagikan kepada teman-temanku
mereka amat menyukainya
mereka bilang akan mendukung bersamaku merealitikan cita-cita sastramu
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara,
11 Zulkaedah 1434H
17 September 2013
MAWAR KUNING DIRAJA MEKARLAH DIKAU
DI TAMAN HATI PUISI SYURGAWI
Lezaihasra Lm was tagged in Lia Luna's photo. —
mawar
mekarmu indah menawan hati yang keresahan
kuncup kudupmu mempesona jiwa yang ketandusan
wangimu mendebarkan hati yang kegersangan
warnamu menghayalkan set
tiap mata yang memandang
bungamu melambangkan cinta pada kekasih hati
setiap warnamu mempunyai rahsia tersendiri
hadirmu di taman mengindahkan lagi suasananya
harum baumu bertebaran dipelusuknya tanpa batasan
adakah kan kekalmu di sana
kekeringan bersama pohon kasihmu
atau dipisahkan sebelum berkembang sepenuhnya
atau bagaimana........
sekadar coretan di tengahari...
Lia Luna
Penang,
1302hrs - 19.11.2012
MENZIKIRKANNYA DI TAMAN FIRDAUSI PUISI CINTANYA
duhai sobatku mawar kuning...
mekarlah kau di sini
biar wangianmu
dapat memenuhi sepenuh bumi
mawarku kini
tak bermaya
kucoba sedaya upaya
untuk berseri
menyebarkan
wangian sepertimu
tapi setiap kali
aku coba menyebarkan
haruman bauanku...
mawar-mawar yang lain
menghalangnya
baru saja hendak bertunas
baru saja hendak berkudup
sudah dicantas habis
itu belum lagi
aku hendak
menyebarkan
wangian mawarku
yang indah
lagi di tarik setiap kelopak
mawarku agar musnah
wangian mawarku
sesudah itu diinjak-injak
sepuas hati...
ketahuilah sobatku mawar kuning
yang baik hati
yang hatimu sewangi kasturi Syurga
berkembang biaklah kau
bertunas-tunaslah kau
karena kau adalah penyeri taman-taman
hati nan tandus
kehadiranmu untuk
mewangikan taman hati tandus iman
amat di nanti-nantikan
oleh seluruh penghuni bumi
duhai mawar kuning diRaja sobatku
aku bersyukur kepada Tuhan...
diKurniakanNya sobat sebaikmu
yang tak lelah dan tak jemu
untuk sudi bersahabat denganku
di kala siapapun tak sudi
berkawan denganku
dan kau sudi menjadi sobat
terbaik untukku...
terima kasih sobatku
mawar kuning diRaja
mekarlah kau di sana
mekar di taman hati
untuk mereka yang sama
mencari jalan-jalan pulang kepadaNya
aku mengangumimu bukan karena
kau hebat berpujangga indah
tapi jika aku mengagumimu
sebenarnya aku
Meng-Agungkan Tuhanku
karena mengurniakan
seorang pujangga sepertimu
menulis mengajak para
hambaNya untuk
sama-sama menyiapkan
bekalan untuk dibawa pulang
ke negeri abadi
yang mana masing-masing sibuk
dengan urusan akhirat masing-masing
tika itu sebesar zarrah pahala dihitung-hitung
dengan harapan bermakna dihitung
dengan harapan selamat dari api neraka
ALLAHU AKBAR
gimana kalau pahala itu ditolak
karena menjadi rebutan
mereka tika di dunia
kita sakitkan hatinya
mengumpat kejinya
mengatakan kitalah yang sempurna iman
karya kita sajalah yang terhebat
nauzubillah moga dijauhkan
daripada sifat dengki khianat hingga ke mati
duhai sobatku mawar diRaja
ketiadaanku nanti
mekar berserilah
dikau di taman-taman puisi
cintakan Pencipta Syurga
mengajak mereka
berpuisi nan indah-indah
saling memuji Allah Azzawajallah
bersahut-sahutan tanpa jemu
hingga terhenti nafas
memujiNya
dengan puisi-puisi nan indah
bak bidadri Syurga
menzikirkanNya
di Taman Firdausi
bergema puisi
cintakanNya
tanpa nokhtah
Karya Ratu Rimba Niagara,
5 Muharram 1434H
19 November 2012
Ratu Rimba Niagara shared Architecture & Design's photo.
Diterbangkan santapan diRaja Nusantara untuk semua peminat sastera Ratu Rimba Niagara Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara tanda kasih sayang yang abadi untuk semua kerabat diRaja Nusantara dan seluruh rakyat Nusantara tercinta. Kasih sayangku tiada noktah Insya-Allah dibawa sampai Syurga Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
CITA-CITA SASTERA RATU RIMBA NIAGARA
Kami Persembahkan Penghargaan Termatrai Bagi Penyair Ulung Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua//////////////kedamaian dunia akan berpatut dalam syair gurindam..............
By Kdymm Maharaja Kutai Mulawarman
SASTERAKU BAGAIKAN MENGUTIP PERMATA SYURGA-NYA LALU MENJADI BUKIT SASTERA PERMATA SYURGA ALLAHU AKBAR AAMIIN
GUBAHAN BUNGA SASTERA RATU RIMBA NIAGARA,
Bunga-bunga sastera kuterbangkan di sudut hatimu
ingin kutempa sasteraku menjadi serpihan hati lalu menelusuri jiwamu.
Jika kau mula memahami dan merasai di situlah mulanya dunia sasteraku dalam jiwamu. Andainya ada yang tidak berkenan di hatimu dalam dunia sasteraku tegurlah dengan kaka-kata nan indah kerana kata-kata nan indah itulah yang akan menghidupka dunia sasteraku.
Setiap hari aku dilimpahi ilham yang tak putus-putus dariNya kerana keterujaan itu, kuingin berkongsi dengan seluruh penghuni dunia, tiada niat sebesar zarrah pun untuk berbangga diri.
Setiap kali aku mengarang mengenai Ketuhanan, roh, alam barzah, kemanusiaan, peperangan,kesatria ,cinta negara, alam rimba, dan lain-lain bukan niat untuk mengajar sesiapa, itu adalah muhasabah untuk diriku sendiri yang lupa tanggungjawabku sebagai khalifahNya di muka bumiNya ini.
Jika kau masih lagi tidak memahami dunia sasteraku maka jangan cemuh sasteraku biarkan sasteraku kesendirian, barangkali sasteraku tidak dapat bertahta di hatimu
namun begitu dunia sasteraku tidak akan mengalah akan terus bersastera, akan kubiarkan curahan ilhamku mengalir ke dunia sasteraku tanpa ada sekatan daripada mereka yang tidak memahaminya kerana itu adalah dunia sasteraku.
Aku yakin suatu saat nanti akan hadir pembaca karyaku yang memahami dan merasai keindahan dunia sasteraku.
Pengakhirannya akan ada hanya satu matlamat kenapa aku bersastera kerana aku mahu mendapat keredhaanNya agar bersama membina Jambatan ke Syurga . Insya-Allah AAmiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
2 Rabiulakhir 1438H
1 Januari 2017
BICARALAH DENGANKU DENGAN BAHASA INDAH SEIIRING HATI SYURGA
Teman...
aku rindukan bahasa bahasa
yang menyejukkan jiwaku
yang sentiasa mendekatkan diriku kepada Penciptaku
bahasa yang kau luahkan itu
selalu aku nantikan
aku suka mendengarnya
lagi kau kata
lagi kau lafazkan
lagi kau tulis
aku rasakan aku berada di Taman Syurgawi
serasa tak sabar bertemu Tuhan
karena Tuhan menjanjikan bahagia untukku
janji Tuhan pasti
janji manusia belum tentu pasti walaupun dia bilang pasti
itu bezanya janji Tuhan dan manusia...
maka aku cuma percaya janji manusia
yang apabila dia berjanji akan dikotakan
dikotakan kerana janjinya, Allah swt sebagai saksi
Teman...
andainya kau bicara tidak seiring hatimu
tolong tinggalkan aku
karena aku tak bisa berteman
yang hatinya penuh kepalsuan dalam bicara
mulut menyebut bahasa nan indah
tapi hati berbungkus pengkhianatan...
dalam hidupku
yang aku perjuangkan
adalah kemurnian hati
andai kau rasa darjat , kekuasaan , kekayaan dan kebijaksanaanmu
untuk mengaburi mataku
kau silap karena aku berteman denganmu
atas dasar ketulusan hatimu semurni Syurga
itu adalah lebih berharga dari alam dan seisinya
maka jangan kau pernah fikir aku berteman denganmu
kerana kau miliki semua pesona dunia
aku berteman denganmu
karena ketulusan hatimu semurni Syurga
maka hargailah perkenalan kita
di alammaya ini
Teman...
andai hari ini
kau bilang suka berteman denganku
esok kau bilang benci denganku
aku pasrah
tolong tinggalkan aku jika
ada kebenciaan di hatimu sebesar zarrah pun
karena aku tidak bisa berteman
orang yang benci padaku
sepanjang hidupku yang aku perjuangkan
kasih sayang setulus hati karena Allah Taala
dalam berkasih sayang tiada akan pernah wujud
kebencian di hati
kasih sayang tidak semestinya dimiliki
cukuplah sekadar berkata nan indah-indah seindah hati berbunga iman
itu sudah cukup membuatkan imanku
sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Tuhan
andai Tuhan membalas cinta-Nya padaku
itu lebih berharga dari alam dan seisiNya
itulah hikmah di sebalik kenapa Allah swt temukan kita di alammaya ini sebab itu setiap teman yang hadir di alam maya aku hargai sepenuh imanku
cuma aku tak tega
andainya bahasa yang diluahkan padaku
bahasa yang membuatkan imanku luka
yang tak akan bisa dirawat walaupun sudah sampai ke alam barzah, itu yang aku takuti
makanya siapapun kamu
samada kamu mengenaliku atau pernah mengenaliku
tolong maafkan aku
izinkan aku bersastra dalam jiwa yang tenang
setenang hatiku hatimu
di mana kematian menanti kita
moga kematianku kematianmu dalam khusnul khotimah
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Teman Alammayamu,
Ratu Rimba Niagara
13 Rabiulakhir 1435H
13 Februari 2014
Ratu Rimba Niagara shared Architecture & Design's photo.
Diterbangkan santapan diRaja Nusantara untuk semua peminat sastera Ratu Rimba Niagara Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara tanda kasih sayang yang abadi untuk semua kerabat diRaja Nusantara dan seluruh rakyat Nusantara tercinta. Kasih sayangku tiada noktah Insya-Allah dibawa sampai Syurga Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
CITA-CITA SASTERA RATU RIMBA NIAGARA
Kami Persembahkan Penghargaan Termatrai Bagi Penyair Ulung Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua//////////////kedamaian dunia akan berpatut dalam syair gurindam..............
By Kdymm Maharaja Kutai Mulawarman
SASTERAKU BAGAIKAN MENGUTIP PERMATA SYURGA-NYA LALU MENJADI BUKIT SASTERA PERMATA SYURGA ALLAHU AKBAR AAMIIN
BUNGA KASIH MAWAR NAN INDAH INI KUKIRIMKAN KEPADA SEMUA YANG MEMBERI SOKONGAN/DUKUNGAN KARYA SASTRA YANG KUKARANGKAN . TANDA KASIH SAYANG DAN RINDUKU PADAMU MAKANYA KUHANYUTKAN MAWAR NAN INDAH INI KEPADAMU DI SANA...HARUMAN MAWAR INI SEHARUM HATIMU HATIKU INSYA-ALLAH MENGHARUM SAMPAI SYURGA AAMIIN.
Ratu Rimba Niagara shared Rose lovers's photo.
SEJAMBAK BUNGA KASIH SASTRA KUKIRIMKAN DI ANGIN LALU UNTUK SEMUA PEMINAT SASTRA RATU RIMBA NIAGARA.
Sejambak bunga sastra dikirim di angin lalu,
Pada semua peminat karya sasteraku,
Kuingin sastraku masuk ke duniamu,
Karena duniamu adalah sastraku.
Di zaman kanak-kanak aku suka bercerita,
Cerita tentang bangsawan diRaja,
Rakan alammaya sumber inspirasiku bercerita,
Cerita tentang bangsawan diRaja.
Dunia sasteraku amat indah sekali,
Kutulis bahasa nan indah menawan hati,
Syukur sebanyak-banyakNya pada Ilahi,
Karena kurniakan aku ilham tanpa henti.
Terhenti nafas terhentilah pena,
Moga karyaku ada nilaian di SisiNya,
Karya sastra kutinggalkan pada semua,
Tanda kasih sayangku tiada perhujungnya.
Karya Ratu Rimba Niagara,
7 Rabiulakhir 1435H
7 Februari 2014M
RATU BERPUISIAN DALAM AKSARA PUISIKU
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu di saat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan di saat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
Ratu Rimba Niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
Siamir Marulafau 27052013>Puisi Buat Teman
Anugerah Budaya Kesusasteraan Kepada Karyawan:
WATIKAH GELAR ADAT.
“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, YANG MENGUASAI TUJUH PETALA LANGIT DAN TUJUH PETALA BUMI SERTA SEISI KANDUNGANNYA, SEGALA PUJI-PUJIAN BAGI ALLAH SERU SEKALIAN ALAM, MAKA ATAS KUASA YANG ADA PADA ANDEKA DIPERTURUNKAN GELAR ADAT KEPADA YANG AMAT MULIA Rabeah Mohd Ali @ Ratu Rimba Niagara, SEBAGAI Toh Puan Ratu Kencana Sari, DENGAN BERKAT DOA-DOA KAMI KEPADA MUHAMMAD S.A.W, ALAM SEMESTA MENJADI SAKSI DAN SEGALA DI DUNIA DAN SEISINYA MEMPERAKUI DENGAN LAFAZ LAILAHAILLAH MUHAMMADUR RASULLULAH”.
Kurnia ini diberi kerana berjasa atas sumbagan dan komitmen yang dibuktikan menerusi penyampian khususnya budaya kesusasteran dunia maya Laman Rasmi Deplomatik Sri Pemangku Adat. Dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih daripada DISAKA (Malaysia). Aamiin Ya Allah.
Sri Pemangku Adat and Andi Baso Pawiloi like this.
Sri Pemangku Adat salam hormat, YAM Rabeah Mohd Ali @ Ratu Rimba Niagara anda layak menerimanya atas sumbangan dan komitmen anda sendiri pada DISAKA dan kami menyempurnakan yang sewajarnya, Aamiin Ya Allah.
Ratu Rimba Niagara Salam hormat kembali buat YM Sri Pemangku adat dan semua ahli jawatankuasa di SAKA MALAYSIA amatlah tersanjung di hati , segala budi baik akan dikenang sehingga akhir hayat. AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
TOH PUAN RATU KENCANA SARI
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Syukur Alhamdulillah dikurniakan Gelaran Toh Puan Ratu Kencana Sari daripada di SAKA MALAYSIA dan YM SRI PEMANGKU ADAT.
Memang tidak pernah diduga akan dianugerahkan gelaran sebegitu tinggi. Sejak menyertai grup Sri Pemangku Adat hampir empat tahun sudah banyak karya yang disiarkan tanpa henti tanpa had. Cuma semenjak tahun lepas YM Sri Pemangku Adat tidak aktif di grup ini atas urusan kerja selama setahun grup ini bagaikan dilanggar burung garuda sunyi sepi , tapi sabar menanti kehadiran YM Sri Pemangku Adat untuk menyerikan grup ini.
Insya-Allah grup ini kembali ceria dengan banyaknya ilmu tentang diRaja dan Hulubalang Nusantara terutama adat dan budaya Wangsa Melayu Bugis Nusantara. Syabas YM dan terima kasih banyak atas sumbangan ilmu yang amat berguna kepada agama , bangsa dan negara untuk tatapan generasi kini dan akan datang. Secara tidak langsung menyemarakkan lagi dunia sastera saya, apabila dianugerahkan gelaran Toh Puan Ratu Kencana Sari,
Nama Kencana Sari seolah telah lama saya dengar dan amat meminati dengan nama itu tak tahu kenapa. Tapi bilamana malam ini saya dengar nama Kencana Sari saya mula teringat apa yang saya bayangkan dahulu di mana dalam karya kisah dongeng diRaja yang saya karang pernah menaruh nama Putri Kencana Sari... benarlah ilmu Pengetahuan Allah mendahului apa yang kita ketahui akan datang. SemuaNya telah tersurat di sebalik yang tersirat.
Dalam perjalanan hidup saya, semuanya bersangkutan dengan masa silam ke masa kini, dulu saya minat sejarah Mataram tapi kini saya terlibat secara langsung dengan kerajaan Mataram, Moyang saya hulubalang Raja Bugis kini secara langsung saya terlibat dengan Grup Wangsa Bugis Melayu Nusantara...dulu saya minat dengan kisah-kisah diraja saya karangkan kisah dongengan diRaja tapi kini secara langsung saya mengarang kisah diRaja yang realiti...semuanya kait mengait di antara satu sama lain. SUBHANALLAH ALLAHU AKBAR Maha BerkuasaNya Allah...saya yakin semuaNya telah diaturkan oleh Allah swt akan perjalanan hidup mati saya maka saya redha.
Kerana menulis adalah minat saya sedari kecil, maka adalah satu kepuasan bagi saya apabila karya saya diberi komentar oleh pembaca. Dulu sebelum mengenal dunia alammaya untuk mendapat komentar daripada pembaca saya membuat salinan karya dalam kadar yang banyak di sertai dengan borang kajiselidik. Hasil kaji selidik di semua peringkat umur, taraf pendidikan dan pekerjaan memberi komen 99% baik dan di luar jangka sehingga saya yakin saya adalah seorang penulis berbakat ditauliahkan oleh rakyat Malaysia dan ada juga rakyat Indonesia.
Sebelum membuat kajiselidik tahap pencapaian penulisan saya, saya masih ragu dan tidak yakin diri. Saya anggap saya adalah penulis perasan sendiri untuk luahan perasaan sendiri tapi tidak rupanya.
Sebab itu bilamana saya berada di dunia maya, saya terlalu pentingkan komentar daripada pembaca , andai rakan grup tidak memberi komentar atau like tak mengapa tapi sebagai rakan fb wajib andai mereka pelit bin kedekut idea saya terpaksa mencari rakan fb yang lain sebagai pengganti , sebab itu rakan fb saya sampai sekarang silih berganti dan tidak ramai boleh dibilang dengan jari bukan tak mahu terima tetapi saya mahu menumpukan dunia penulisan saya. Moga mereka sudi maafkan saya dan memahami dunia sastera saya.
Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada YM Sri Pemangku Adat dan di SAKA MALAYSIA atas anugerah TOH PUAN RATU KENCANA SARI. Moga dengan gelaran ini bukan bertujuan untuk membangga diri tapi adalah menyuntik semangat untuk saya meneruskan perjuangan sastera saya dan adalah hadiah yang teristimewa untuk anak cucu Nusantara tercinta bahawa moyang sastera mereka berusaha gigih untuk menghasilkan bahan sastra yang bermanfaat dan berkualiti untuk mereka . Insya-Allah Aamiin.
Sekian. Terima Kasih .Wassalam.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara
TOH PUAN RATU KENCANA SARI
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara
@ Pujanggga Seribu Zaman
30 Zulkaedah 1435H
25 September 2014
Tiada penerangan foto disediakan.
Prospettive 🙂
Lihat Terjemahan
Kongsi
PERCAYALAH SEJAK AZALI LAGI KAMU TELAH BERGELAR TENTERA FISABILILLAH
YA ALLAH NAMA-MU CANTIK INDAH TIADA TANDINGAN-NYA INDAH ALLAHU AKBAR!
KAN KU AGUNGKAN NAMA-MU, KAN KUTIUPKAN SEMANGAT JUANG KEPADA SEMUA TENTERA FISABILILLAH-MU MEMPERTAHANKAN-MU WALAUPUN NYAWA JADI TARUHAN TANDA CINTA TERAMAT CINTA PADA-MU YA ALLAH
DUHAI KESATRIA TENTERA FISABILILLAH
BANGUNLAH
BANGKITLAH
BUMI MESIR KINI
DIHUJANI LONTARAN SENJATA KIMIA
PEMBUNUH RAKYAT ISLAM PALING KEJAM
TERLAKNAT KAU WAHAI YAHUDI LAKNATULLAH
DUHAI KESATRIA TENTERA FISABILILLAH
BANGUNLAH
BANGKITLAH
BUMI MESIR KINI
BERMANDIKAN DARAH
MENJADI LAUTAN DARAH
SETIAP HARI
SETIAP SAAT
SETIAP DETIK
SAUDARA SEISLAMMU
DIHUJANI PELURU
HINGGA BERKECAI ...BERSEPAI...
DAGING DI MERATA TEMPAT
KECAIAN DAGING TUBUH SAUDARAMU
MENJADI BAHAN LAWAK YAHUDI LAKNATULLAH
SAUDARA ISLAM KITA DIPERSENDAKAN
DENGAN PEMBUNUHAN PALING KEJAM
DIBAKAR HIDIP-HIDUP
DITEMBAK SESUKA HATI
DIBOM DENGAN SENJATA KIMIA DENGAN SENGAJA
BERGELIMPANGAN MAYAT SAUDARA KITA
RATAP TANGIS SENDU SAUDARA KITA
TIADA SEDIKIT EHSANPUN DI HATI YAHUDI LAKNATULLAH
ALLAHU AKBAR BETAPALAH ZALIMNYA MEREKA!
BETAPA KEJAMNYA MEREKA BEGITU TAK PERIKEMANUSIAAN
BENARLAH MEREKA SYAITAN! IBLIS YANG BERTOPENGKAN MANUSIA
KEKEJAMAN...KEZALIMAN MEREKA...KEPADA SEMUA SAUDARA SEISLAMKU
AKAN DISAKSIKAN ALAM SEMESTA INI DENGAN RATAP TANGIS PILU
ALAM SEMESTA INI MENANGIS KERANA KENAPA
TENTERA FISABILILLAH
MASIH MEMBELENGGU HATI JIWA RAGA
BUKTIKAN CINTAMU PADA SAUDARA SEISLAMMU
YANG BENAR-BENAR MENGHARAP AKAN ADA
BERBONDONG-BONDONG TENTERA FISABILILLAH
MENYELAMATKAN MEREKA DARI KEZALIMAN YAHUDI LAKNATULLAH
JIKA TIADA JUGA
TUNGGULAH...TUNGGUHLAH...TUNGGUHLAH...
BALA DARI ALLAH
AKAN MEMUSNAH RANAPKAN BUMI INI DENGAN BALA YANG AMAT PEDIH SEKALI
DUHAI TENTERA FISABILILLAH...
MANA SATU YANG HENDAK KAMU PILIH
MATIMU DALAM FISABILILAH
ATAU MATIMU SAMA DARJATNYA SEPERTI YAHUDI LAKNATULLAH
KAMU FIKIRLAH SENDIRI
TAPI SETAHU AKU
JIKA SEBENARNYA KAMU INI TENTERA FISABILILLAH
KAMU AKAN MENYAHUT CABARAN INI
DENGAN APA SAJA USAHAMU AKAN PERGI KE BUMI MESIR
MENYELAMATKAN SAUDARAMU YANG TERSEKSA DIZALIMI
JANGAN TERLAMBAT TENTERA FISABILILAH
JIKA KAMU TERLAMBAT
PASTI BUMI MESIR
BERMANDIKAN DARAH
MENJADI LAUTAN DARAH
APABILA TENTERA AMERIKA
DATANG DENGAN SEGALA SENJATA CANGGIH UNTUK MEMERANGI BUMI MESIR
BUMI MESIR AKAN DITAKLUKI YAHUDI LAKNATULLAH
JIKA INI TERJADI
PASTI BUMI MESIR JADI PADANG JARAK PADANG TEKUKUR
BENDERA ISLAM AKAN DITURUNKAN MEREKA
DIINJAK-INJAK MEREKA
DISAMBUTKAN DENGAN HILAI KETAWA SYAITAN-SYAITAN BERMAHARAJA LELA
MENAKLUKI BUMI MESIR
KALIMAH ALLAH YANG MENJADI KALIMAH SUCI TERAMAT SUCI
TELAH DIHAPUSKAN...ADAKAH ITU YANG KITA MAHUKAN TERNTERA FISABILILLAH?
JIKA KAMU SENGAJA MASIH MEMBATU MENDIAMKAN KEZALIMAN DI BUMI MESIR
MEMANG PATUTLAH KAMU MATI SAMA DARJATNYA DENGAN YAHUDI LAKNATULLAH
ALLAHU AKBAR
JANGAN SAMPAI JADI BEGITU TENTERA FISABILILLAH
AKU PERCAYA SEJAK AZALI LAGI KAMULAH TENTERA FISABILLAH ALLAH
HIDUP DALAM FISABILILLAH
MATIPUN DALAM FISABILILAH
SYURGA BALASANMU
BIDADARI SYURGA MENANTIMU DALAM RINDU SEORANG KEKASIH ALLAH
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
19 Syawal 1434H
26 Ogos 2013M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA TENTERA FISABILLAH DI SELURUH DUNIA ISLAM)
MERDEKALAH ANAK BANGSAKU! BERBANGGALAH HADIAH KEMERDEKAAN MILIKMU! MILIK GENERASI PENERUSMU!

WWW


DUHAI HATI TUNDUKKAN HATIMU
Ya Allah matikanlah kami dalam menyebut kalimah Syurga-Mu
La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah
Duhai hati
keranaNya buangkanlah keegoanmu
sesama manusia jangan sombong
sekalipun hatimu terluka angkara mereka
tetaplah meminta maaf
andai benci dan dendam sehingga di saat sakaratmu
jangan mimpi kau dapat mengucapkan kalimah Syurga-Nya
jangan mimpi rohmu bertemu Allah dengan tenang
jangan mimpi rohmu di terima Allah
Duhai hati
jika engkau mahu
rohmu diterima Allah
sentiasa tundukkan hatimu
sekalipun beribu-ribu kali hatimu dilukai
kerana itu semua adalah dugaan dari-Nya buatmu
Duhai hati
percayalah
apalah ada luka kecewa di dunia ini
jika dibandingkan luka dan kecewa di akhirat
yang tak bisa dirawat lagi
Duhai hati...
percayalah
andai Allah terima rohmu
pastilah Allah akan terima jasadmu
pada pandangan manusia engkau telah mati dikebumikan
tapi hakikatnya engkau hidup selamanya
menikmati alam Syurga yang abadi
bersama roh-roh yang beriman lagi beramal soleh
Insya-Allah AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara.
15 Rabiul Awwal 1437H
27 Disember 2015
5 Tahun yang Lalu
Suka
Komen

Komen

Semalam jam 12:30 PTG 
Dikongsi dengan Awam
Awam
Aamiin

'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
15 RABI'UL AWWAL 1437H
27 DISEMBER 2015
"SALAM MAULIDUR RASUL12 RABI'UL AWWAL 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
Tiada penerangan foto disediakan.

"SALAM MAULIDUR RASUL12 RABI'UL AWWAL 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"


Rabbi najjinii minal qaumazhzhaalimiin.( QS:28/21)
ARTINYA;
Wahai Tuhanku,selamatkanlah aku dari orang2 yg zhalim
Rabbi innii limaa anzalta ilayya min khairin faqiir. (QS: 28/24)
ARTINYA :
Ya Tuhanku ,sesungguhnya ǎku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yg Engkau turunkan kepadaku.
YA ALLAH SATUKAN HATI KAMI SALING MENYAYANGI KERANA-MU
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Ya Allah Kau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
semua hamba-Mu Kau kasih dan sayang
Kau memberikan ujian pada hamba- Mu
bukanlah berarti Kau tak kasih dan sayang
tapi itu semua lambang Kau kasih dan sayang pada hamba-Mu
itu pun mengikut kemampuan hamba-Mu mengatasi ujian
Kuatkanlah aku menjalani hidup ini untuk nebarkan cinta dan
kasih sayang demi-Mu
jika aku lemah lantaran penghinaan mereka ke aku
Kau kuatkanlah semangatku
Untuk terus dan terus menyebarkan benih-benih kasih sayang
Yang Kau Redhai...
Kau sukakan akan persaudaraan...
Jalinan tali ukhuwah kasih yang kukuh
Yang boleh membuatkan islam di dunia ini bersatu padu
Tanpa ada permusuhan sesama sendiri
Di kala aku kesedihan dalam segala bentuk penghinaan mereka
Kau kirimkan senyuman mentari ..senyuman bulan...senyuman bintang
Itu sudah cukup menyerikan senyumanku yang kelat ini
Aku tak mahu memperlihatkan senyuman yang
Kelat, perih. sendu
Kepada-Mu
Kepada mereka
Biarlah Kau saja yang tahu isi hatiku
Betapa aku sayangkan semua hamba-Mu
Yang mahu ke jalan-jalan-Mu
Dan aku yakin seyakin-Nya
Di hari di mana semua yang aku kasihi di dunia ini
Tidak dapat membantuku
Masing-masing sibuk urusan diri sendiri
Untuk mengetahui samada kaki langkah
Ke Syurga atau ke neraka
Allahu Akbar pastilah keputusan yang amat mendebarkan...
Pasti akan menyebut
Allahuma Salim..Salim...
Selamatkan saya...selamatkan saya...
Saat kacau bilau ...huru hara..penuh debaran
Dengan sejuta harapan agar mendapat syafaat
Nabi Muhammad SAW
Masing-masing mahukan syafaat Kekasih-Mu
Nabi Muhammad SAW
Yang dapat diketemui baginda Rasulullah
Di Titian Sirad...
Di Neraca Al-Mizan
Di Kolam Nabi Muhammad SAW
Yang panjang kolam itu sebulan perjalanan
Dan lebar kolam sebulan perjalanan juga
Inilah tiga tempat yang mesti kami cari
Nabi Muhammad SAW
Dan moga kami dapat bertemu Rasulullah
Di tempat tersebut dan dapat memohon syafaat
Baginda Rasulullah berkat selalu mengingatinya
Tika di dunia dulu...
Sebagaimana Rasulullah menyayangi kami
Sehingga di akhir kalamnya menyebut kami
'Umatku...Umatku...Umatku...
Sebagaimana Rasulullah sayangkan kami
Kami pun sayangkan Nabi Muhammad SAW
Syukur kami sebanyak-banyak-Nya
Kepada-Mu karna mengurniakan
Nabi Muhammad SAW Kekasih-Mu
Yang tak jemu berdakwah kepada umatnya
Berkat dakwahnya
Kami dapat memiliki ilmu Al-Quran & Hadis..
Kerana tidak akan sesat seorang hamba itu
Jika berpegang teguh kepada
Al-Quran & Hadis
Moga Al-Quran & Hadis...
Sebati dalam roh dan jasad kami
Itulah tauhid kami hingga nafas terakhir
Mogalah terlafaz kalimah Syurga
لا إله إلا الله محمدا رسول
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Kuatkan hati-hati kami
Beramal soleh hanya kerana-Mu
Bukan untuk menunjuk-nunjuk
Tapi hanyalah semata kerana-Mu
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Satukanlah hati-hati kami
Sentiasa bersatu hati
Untuk menyebarkan kasih sayang
Dengan bahasa-bahasa yang Kau Redhai
Dan setiap kata-kata kami
Adalah mutiara-mutiara Syurga
Yang ada nilaian di Sisi-Mu
Yang akan dikira tika ditimbang Di Neraca Al-Mizan
Dan dapat menyelamatkan ketika meniti Titian Sirad..
Yang mana menentukan ke Syurga atau ke neraka...
Moga berkat kami saling berkasih sayang kerana-Mu
Tika di dunia ini
Tika nafas masih ada...
Dengan Rahmat Kasih-Mu Tanpa Batas
Masukkan kami Ke Syurga-Mu
Syurga Firdaus...
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Hamba-Mu yang kerdil,
12 Muharram 1434H
(PETIKAN DARIPADA WALL SULTAN HASSANAL BOLKIAH &
WALL PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
12 Muharram 1434H
HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah.
Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU
IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)

Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
3 Januari 2021

WWW

0 comments:

Post a Comment

 
;