BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (330) SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI
YA ALLAH LURUSKAN NIATKU
YA ALLAH LURUSKAN NIATKU
Jika Allah menolongmu tiada siapa yang dapat menghalangNya
Jika Allah menolongmu tiada siapa yang dapat menghalangNya
DENGAN BELAS EHSANMU BALASLAH CINTAKU INI Bila mana hati sudah terpana dengan Dzat CintaMu Tuhan...Segala dipandang didengar adalah zikirku padaMu TuhanKehadiranMu terasa menyelubungi kalbuRasa jantungku berhenti berdegup bila lupakanMuBerilah kekuatan padaku yang tidak pernah sempurnaTapi kucuba melakukan kesempurnaan cintaku padaMuDengan belas EhsanMu balaslah cintaku ini.Karya Ratu Rimba Niagara17 Februari 2012
DENGAN BELAS EHSANMU BALASLAH CINTAKU INI
Bila mana hati sudah terpana dengan Dzat CintaMu Tuhan...
Segala dipandang didengar adalah zikirku padaMu Tuhan
KehadiranMu terasa menyelubungi kalbu
Rasa jantungku berhenti berdegup bila lupakanMu
Berilah kekuatan padaku yang tidak pernah sempurna
Tapi kucuba melakukan kesempurnaan cintaku padaMu
Dengan belas EhsanMu balaslah cintaku ini.
Karya Ratu Rimba Niagara
17 Februari 2012
KENAL DIRI KENAL TUHAN
BIAR ALLAH YANG TAHU SIAPA KITA TANPA MEMPEDULIKAN TANGGAPAN ORANG KEPADA KITA...
PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI
SUBHANALLAH INDAHNYA PELANGI CIPTAAN TUHAN.
AKU BERKARYA TANDA AKU BERSYUKUR PADANYA
Di kala aku tidak diperdulikan...
Aku meronta-ronta di manalah silapku
Puas kucari...cari....cari....
Tiada terlintas di benak fikiranku
Pabila ku berkarya adalah untuk
menempa nama
menjadi popular
disanjungi
mahukan pesona dunia
oh!t idak sama sekali!
tapi mereka bilang begitu
dan tahulah aku inikah puncanya
makanya mereka mahu menjauhkan diri
dari berkarya denganku
mereka bilang aku ini nak
berlagaklah...
macam pandai sangat
tapi karya tak puitis langsung
macam bukan puisi...bukan gurindam
berkarya perasan sendiri!
mahu aku laungkan pada ombak rindu...
aku berkarya bukan untuk menunjuk pandai
aku berkarya kerana aku suka dan minat....minat....minat...
aku akui aku memang tak sepandai mereka yang bijak pandai
aku akui aku memang tak pandai bermadah puitis seperti mereka
tapi aku menulis kerana tanda aku syukur pada Illahi
yang mengurniakan aku bakat menulis
salah ke aku menjadi hambaNya yang bersyukur?
aku menulis bukanlah untuk disanjungi
orang tak ingat aku tak kenal aku pun aku tak kisah
yang penting mereka sudi baca karyaku sampai
aku sudah tiada di dunia ini lagi
mungkin sekarang tiada yang suka ...
mana tahu setelah aku tiada ...
anak cucu cicit ku suka?
dan lebih utama lagi
pabila karyaku ada nilaian di sisiNya
Syukurku dalam sujudku...
Karya Rha NS
15 Mac 2012
OMBAK RINDU MENYATUKAN KASIH KITA
Sahabat yang sentiasa terkasih di hati...
Kau hadir di kala aku hampir berputus asa
Di kala aku hampir kecewa
Di kala aku tidak percaya apa itu cinta sejati
Di kala aku hilang erti kasih sayang sahabat sejati
Di kala aku tidak percaya lagi erti kejujuran kata-kata
Di kala aku mati dengan harapan dan cita-cita
Tapi hadirmu membuatkan
Duniaku yang sepi jadi bak pelangi indah di waktu malam
Telah puluhan tahun senyumanku telah kubenamkan di ombak rindu
Kini ombak rindu mengirimkan semula senyumanku itu
Kerna ombak rindu tak tega aku bergundah gulana selamanya
Terima kasih ombak rindu kerna memahamiku
Kalau dulu aku amat membenci mu
Kerna kau menggheret senyumanku
Dalam bara ombak mengganas!
Lalu tanpa ehsanmu kau hempaskan aku ke pantai
Lalu aku terdampar
Di pantai tidak berpenghuni
Di Rimba Niagara
Penghuni rimbalah penawar dukaku
Mereka bergotong royong
Mendirikan istana indah untukku berteduh
Daripada hujan dan panas
Amat indah dan berseni istana yang didirikan untukku
Dan aku amat bahagia sekali tinggal di sini
Dilayani sebagai seorang puteri diRaja
Bagaikan mimpi aku
Apabila mereka suka dengan
Hasil syair dan gurindam
Karanganku
Setiap kali aku berlagu gurindam
Mereka menangis bila gurindamku bernada sedih
Dan mereka akan ketawa terbahak-bahak apabila gurindam jenaka
Habis saja aku berlagu gurindam mereka terkinja-kinja keseronokan
Yang bukan kepalang gembiranya
Aku teruja berkarya
Mereka teruja mendengar
Sama-sama teruja
Merekalah yang menyediakan kelengkapan penulisanku....
Bulu burung geroda sebagai penanya
Darah mereka sebagai dakwatnya
Setiap kali aku menulis aku menangis
Kerana aku bertintakan darah menghuni rimba tersayang
"Tuan puteri yang kami sayangi demi cita-cita Tuan Puteri
bukan setakat darah kami saja ...nyawa kami pun sanggup kami pertaruhkan
demi cia-cita tuan puteri ."
"Allahu Akhbar tak sanggup beta bertintakan darah rakyat beta yang terkasih di hati.
"Kami ikhlas tuan puteri...tuan puteri memperjuangkan kehidupan kami..kenapa tidak kami hargai....kami tidak mahu menjadi makluk Tuhan yang tidak bersyukur tuan puteri...."
Kerana ketulusan hati mereka dalam apa yang ingin aku perjuangkan...setiap kali berkarya aku pasti menangis...hingga kembang tulisan dengan titisan air mataku yang tak henti. Tulisan darah penghuni rimba bercampur dengan air mataku.
Duhai penghuni rimba pengorbananmu takkan kulupa
Duhai sahabatku sokonganmu kusanjungi di hati
Duhai ombak rindu ...kau menyatukan kasih sayangku dengan
penghuni rimba dan para sahabatku yang terkasih di hati
Moga kasih kita terpatri hingga ke Syurgawi!
Amin Amin Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
15 Mac 2012
Kebahagiaan terletak di hati
Jika hati bahagia walau dugaan datang melanda tetap bahagia
Moga kita bahagia dunia akhirat. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
KAULAH PERMATA DALAM SEJUTA
Duhai sahabat permata hati...
Darimu aku belajar banyak perkara:
Berkasih sayang demiNya
Menjalinkan ukhuwah talisiraurrahimi
Menghargai sahabat biarpun berlainan benua
Berkawan tidak memilih darjat keturunan
Mengalah demi menjaga hati
Tidak berputus asa
Erti sabar
Erti kehidupan
Erti kemanusiaan
Berlawak jenaka yang tidak mengguris hati
Sentiasa tenang
Kemurnian hati
Erti cinta
Saling membantu
Saling memahami
Kerendahan hati
Merendah diri
Bertolak ansur
Pemurah
Pemaaf
Tak sombong
Jiwa korporat
Jiwa kepahlawanan
Jiwa cintakan Agama Bangsa dan Negara
Tidak semua orang ada sikap seperti ini....
KAULAH PERMATA DALAM SEJUTA!
Moga dengan sikap-sikap mu Allah SWT meredhai hidup dan matimu.
AMIN AMIN AMIN YA RABBAL A'LAMIN
Karya Rha NS
15 Mac 2012
- KAULAH SRI KANDI SEINDONESIA!Nandaku buah hatiku pengarang jantungku..Apa yang kau rasai itu juga ku rasai...Semangat roh perjuanganmu yang tak akan berakhirMenjadi saksi SeIndonesiaYang kau adalah Sri Kandi SeIndonesiaMembangkitkan semangat putra putrimu SeIndonesiaBiarpun aku dari benua siniAku senantiasa meniupkan roh perjuangan suci muAgar tak pernah luntur biar tsunami datang membadai!Biar badan hancur dilumat-lumatkan!Namun demi anak bangsa kita relakan!Asalkan negaramu negaraku...Mengekalkan kemerdekaan selamanya!Selagi ada bulan dan matahari!Insya-Allah Amin.Karya Rha NS14 Mac 2012
Duhai sahabatku permata hatiku Jamhuri Abd Rahman,
Terima kasih sahabatku ....kehadiranmu biarpun cuma di alam maya...telah menjadi sumber inspirasiku untuk berkarya...secara tidak langsung kau telah memberi sokongan dan kerjasama biarpun dalam watakmu yang sempoy telah menghidupkan karya-karya dan aku suka watakmu yang sempoy itu ada kemurnian hati. Benarlah apa yang dikatakan rakan fbmu ,KAU ADALAH PERMATA DALAM SEJUTA' dan kuberdoa agar Allah SWT merahmati dan meredhai hidup dan matimu Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Sepanjang persahabatan kita jika ada bicaraku yang telah mengguriskan hatimu samada sengaja atau pun tidak...harap maafkan aku dan begitu juga kepada semua rakan fbmu...percayalah aku sentiasa insan yang tak pernah sempurna. Jika kau rakan fbmu tak sudi maafkan aku...sedihlah aku kerana mana tahu ini adalah hari terakhir. Justeru maafkanku.
Dan halalkan segala ilmu yang kuperolehi darimu walaupun secara tidak langsung ye dan begitu juga rakan-rakan fbmu... setiap ilmu amat berguna bagiku kerana aku boleh berbagi dengan orang lain juga.
'JANGAN LUPA KENANG DAKU DALAM DOAMU'
Ikhlas daripada sahabatmu yang menyanjungimu,
Puteri Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara
15 Mac 2012
Bintang yang bergemerlapan adalah lambang kecemerlangan kejayaan segala apa yang kau usahakan. Syukur Alhamdulillah dan ucapan sekalung tahiah daripada sahabatmu di benua sini! Moga hidup matimu Allah SWT Redhoi Amin Amin Amin Ya Rabbal A'Lamin
Kasih di antara kita seputih salji di pergunungan Himalaya
sesuci embun di waktu pagi
kasih kita tak terpisah tak tersisih
kita akan saling menyayangi sehingga ke akhir hayat
demi kasih yang suci ini
nyawaku jadi taruhan demimu sayang....
kita selamanya saling setia saling menyayangi...
indahnya kasih sayang kita walaupun di antara dua alam...
sayang kamu sampai kapan pun itu...hehehe
MOGA KAU DAN AKU SESETIA OMBAK RINDU!
Dengan adanya kamu di sisiku sayang
Moga kelemahan kudrat ku yang kian ketara ini
Dapat kau tiupkan roh perjuanganku
Agar terus menulis dan menulis
Apa maknanya erti rindu pada:
Tuhanmu Tuhanku Tuhan semua hambaNya
Untuk belajar. mengajar, membaca Al-Quran
Para Nabi
Para Ambiya
Para Hamba Allah SWT
Para makhluk Ciptaan Allah SWT
Sokonganmu dan doaku amatlah aku harapkan.
Apapun Syukur aku pada Tuhan kerana hadirkan kau dalam hidupku
biarpun cuma di alam maya. Syukur Ya Allah.
Moga kau dan aku sentiasa ikhlas berkasih sayang selagi hayat dikandung badan.
Kenang daku dalam doamu.
Moga kau dan aku setia ...
sesetia ombak rindu!
Rha NS
13312
www
Bersahabat atas dasar kasih keranaNya,
Kasih mengasihi seperti di alam Syurga;
Tidak akan ada kata-kata berbisa-bisa,
Hanya yang ada cinta dan kasih selamanya.
Karya Rha NS
25 Februari 2012
Setiap kali ujian datang...senyumlah agar terpadam segala kelukaan di hati.
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
15 Mac 2021
0 comments:
Post a Comment