YA ALLAH PILIHLAH KAMI SYAHID BERSAMA SAUDARA KAMI DI GAZA DAN SYRIA
BHG 1)
Ya Allah aku tidak dapat membantu saudara seislamku yang dizalimi Israel tanpa ehsan sedangkan naluriku ingin sangat membantu mereka,
tapi Kau terimalah karya-karya yang kukarangkan sebagai perjuanganku untuk membantu saudara seislamku. Aku mahu syahid bersama mereka dan bertemu mereka di Syurga. Aamiin.
GAZA TAKKAN KUBIARKAN KAU DERITA!
Embun menitis lesu tika
mentari terjaga dari lenanya
tatkala sang camar
menumpahkan dakwat merah
di meja perdamaian
lalu meneguk air di laut darah
membasahkan halkumnya
memamah nanah dan duri
demi kepuasan.
Melemparkan pandangan
ke ruang angkasa
tak pernah damai…
dentuman adalah iramanya!
terburai nyawa sana sini
adalah mata hatinya!
tangisan anak kecil bukan ihsannya.
Demi agama dan bangsanya
adalah wawasan
mangsa derita adalah mereka rakyat Gaza
semoga Tuhan memberi kecekalan
Kami negara yang kerdil ini
tertumpah kasih padamu
Takkan kubiarkan!
kan kucangkan!
kan kulaungkan!
pada camar durjana!
kami kirimkan merpati-merpati putih
dengan berita , ‘Bebaskan GAZA!’
Pada seluruh benua Islam dan bergemalah,
‘Takkan kubiar kau derita!’
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Ramadhan 1435H
10 Julai 2014
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA SAUDARA SEISLAMKU YANG BERADA DI BUMI GAZA, KETAHUILAH DERITAMU DERITAKU JUA MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP MATIMU HIDUP MATIKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
DUHAI YAHUDI LAKNATULLAH AKU BERSUMPAH ATAS NAMA TUHANKU!
Hari ini bumi Gaza dihujani bom
tanpa henti tanpa ehsan
di langit malam bercahaya bom
di bumi Gaza bermandikan darah
jasad keluarga dan sanak saudaraku
bergelimpangan sana sini tak bernyawa
daging manusia bersepai di sana sini
kejamnya bila hati
diselubungi dendam kesumat
wajah manusia tapi
sebenarnya syaitan bin iblis
yang ada di hati
kejam....kejam...kejam..
kejam tanpa ehsan
dengar sini baik-baik
rejim zionis
yahudi laknatullah
kebahagiaan keluargaku
telah kau renggut
atas nama Tuhanku
aku bersumpah
akan menuntut kematian keluargaku
jangan kau pandang sebelah mata sumpahku ini...
kerana doa orang yang dizalimi tanpa hijab
ini bulan ramadhan
bulan penuh berkat
segala permintaan dimakbulkan
tentera-tentera islam di luar sana
sedang siap sedia
untuk membantu dan menolong kami yang dizalimi
Syurga menunggu mereka di sini
mereka syahid fisabilillah
bila syahid fisabilillah
mereka akan hidup selamanya di Syurga
itulah kelebihan kami
di dunia tempat ujian
di Syurga balasan setiap kebaikan atas nama kerana-Nya...
Allahu Akbar AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Ramadhan 1435H
10 Julai 2014
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA SAUDARA SEISLAMKU YANG BERADA DI BUMI GAZA, KETAHUILAH DERITAMU DERITAKU JUA MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP MATIMU HIDUP MATIKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
Duhai penghuni dunia…
Dengarlah rintihan kami ini!
Sekarang kami tidak punyai apa-apa.
Kami dizalimi!
Kami diusir di negara kami sendiri…
Kami dalam buangan kini.
Apa salah kami?
Apa dosa kami?
Kami tiada senjata untuk melawan!
Kami tiada kudrat untuk menepis!
Apalah ada pada tenaga warga tua ini?
Apalah ada pada wanita yang lemah ini?
Apalah ada pada kanak-kanak
yang tak tahu apa-apa ini?
Kamu memanglah manusia kejam!
Kamu adalah syaitan yang
mempertopengkan manusia!
Setiap hari…
Setiap minit dan setiap saat…
Kami hidup dalam serba
kepayahan… penderitaan…
penderaan mental dan fizikal!
Suara-suara teriakkan kami
untuk dikasihani…
Tiada sebesar zahrah pun
boleh meruntun hati si zalim itu!
Kejinya mereka!
Bermaharajalela melakukan kezaliman
ke atas kami yang lemah ini!
Mereka rakus dengan darah
kami yang lemah ini…
Tidak puas dengan segala kezaliman
yang dilakukan mereka mahu
menghapuskan semua generasi
kami di bumi Palestin ini!
Segala perhubungan darat,
udara dan lautan diputuskan
daripada dunia luar!
Kejamnya kamu Israel!
Kamu adalah manusia
yang tiada berperikemunusiaan!
Namun kami percaya ada
Penghuni di luar sana mendengar
rintihan kami di sini.
Mereka pasti akan membantu
kami tidak kira daripada
pelosok bumi mana!
Biarpun kamu menzalimi
Mereka dan menyekat
dengan segala tipu muslihat kamu…
Mereka akan tetap datang
membantu kami walaupun
terpaksa menggadaikan
nyawa mereka untuk kami!
Terima kasih!
Terima kasih kepada perwira-perwira
Kami kerana sudi memberi bantuan
dan menyelamatkan kami yang
dalam kegetiran ini!
Biarpun hajat murni kalian
disekat oleh si durjana itu tapi
kami di sini amat menghargainya
dan amat terharu!
Kami doakan kalian selamat
dan dilindungi Allah.
Setidak-tidaknya di celah-celah
tembuk kematian ini…
Ada sedikit ruang cahaya
yang menembusi tembuk
kematian ini!
Biarpun kami tahu usia
kami tidak panjang untuk
menunggu bilakah kami
akan dibantu dan diselamatkan
oleh perwira-perwira kami,
setidak-tidaknya generasi kami
yang masih berbaki ini masih
ada sinar bahagia menanti mereka.
Tapi ingatlah rejim Zionis!
Siapa pun kamu!
Apapun yang telah kamu lakukan
kepada rakyat kami! Negara kami!
Sampai mati pun kami tidak akan
maafkan kamu!
Kamu sebenarnya manusia
pengecut! Penakut!
Melakukan kekejaman kepada
kami yang lemah dan tidak bersenjata ini!
Kamu manusia yang paling keji!
Tuhan kami akan membalas-Nya!
Kamu boleh tergelak kerana
telah berjaya meneguk darah
kami tanpa ada belas kasihan…
Penuh keganasan!
Dan kekejaman!
Tapi kamu silap sebenarnya…
Darah kami yang kamu teguk
bagaikan arak itu akan menjadi
racun buatmu! Akan tiada penawarnya untuk mengubati kamu!
itu sumpah kami! Percayalah!
Di luar sana nanti akan datang
berduyun-duyun perwira-perwira
kami akan datang menyelamatkan
kami dan negara kami!
Generasi kami yang ingin kamu
musnahkan di muka bumi Palestin
ini akan bangun menuntut bela
di atas kematian kami!
Di masa itu barulah kamu tahu siapa
kami sebenarnya! Kami bukan lemah
sepertimana kamu sangkakan!
Kerana kamilah perwira dunia!
Karya: Ratu Rimba Niagara
211212
Bumi Gaza bergema lagi
irama dentuman menakutkan!
"Apa dosa kami?" jerit penghuni Gaza bertempiaran lari
Anak kecil tahu apa?
Ibubapa cemas!
Datuk ...nenek tiada kudrat lagi
Lari mati...duduk sajalah menunggu ajal
Sambil berdoa biar mati dalam
kalimah Syurga,
"Laa ilaaha illallah Muhammadar Rasulullah
(Tidak ada Tuhan selain Allah Muhammad utusan Allah)"
Keluarga tersayang hancur berkecai di hadapan mata
Mana pergi kemanusiaan?
Mana pergi pembela keamanan?
Hanya ada di hadapan kami
Manusia yang berhatikan syaitan dan iblis!
Mayat-mayat bergelimpangan sana-sini
Negara kami berhujankan bom
Kami bermandikan darah
Daging manusia bersepai sana sini
Mengerikan!Menakutkan!Menyayatkan!
Kejam! Kejam! Kejam!
Pembunuhan paling kejam!
Apa salah kami?
Apa dosa kami?
Tuhan Maha Adil
Tapi mana perginya keadilan manusia?
Gila kuasa...gila harta...
Tidak habis...habis...
Kamu menangis air mata darahpun
Tidak dapat menebus
Kesedihan di hati ini
Hati kami bagaikan disiat-siat
Kamu kejam! Kamu kejam!
Kamu zalim! Kamu biadap!
Kamu terimalah padanya nanti!
Lihatlah dengan mata hati kamu
Apa yang telah kami lakukan!
Mana mata hatimu?
Mana mata batinmu?
Kamu bayangkanlah
Jika peristiwa kekejaman ini
Kepada keluarga kamu?
Apa tindakan kamu?
Mahukah kamu membisu seribu bahasa?
Pastinya kamu mesti menuntut bela!
Lambang cinta kamu pada mereka
Begitulah kami!
Generasi kamu...generasi pengecut!
Generasi kami, adalah 'Wira Bangsa!'
Yang sentiasa menuntut
Kedamaian dan keamanan
Percayalah!
Biarpun kamu dapat meneguk kekayaan kami
Tapi sebenarnya kamulah negara
Yang termiskin dan terkutuk
Merompak kekayaan di bumi kami
Dengan limpahan air mata dan darah kami!
Sungguh keji!
Rakyat kamu pasti akan kecewa sama kamu...percayalah!
Lihatlah apa yang telah berlaku
Kepada kanak-kanak yang malang ini...
Hilang kedua kakinya
Wajahnya tetap tenang
Kanak-kanak lelaki ini
Hilang kedua belah tangannya
Masih tenang
Masa depannya pasti kabur
Setelah kedua orang tuanya tiada...
Sudah jatuh ditimpa tangga...
Gadis malang ini pula
Amat mengerikan!
Matanya mengalirkan darah!
Air mata darah!
Bayi-bayi mati dalam pelukan ibu
Semuanya menyeksakan jiwa
Pabila menatap wajah mereka
Dikaulah bayi Syurga sayang...
Kengerian di hospital
Masih jelas terbayang
Mereka mati begitu saja
Belum sempat mendapat rawatan
Rupanya di luar sana
Ada negara simpati nasib malang
Yang menimpa kami
Tidak kira apa jua bangsa dan agama
Menghulurkan bantuan tidak henti-henti
Sesungguhnya kami amat hargai
Siapalah kami tanpa bantuan dan sokongan/dukungan
Anda yang budiman...
Hanya yang kami dapat ucapkan
Jutaan terima kasih atas segalanya
Alangkah bahagianya
Jika manusia semuanya seperti kamu
Mencintai kedamaian dan keamanan
Sekali lagi kami terhutang budi
Dan sambutlah salam sayang
Dari kami yang dirundung malang!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
13 Muharram 1434H
27 November 2012M
(KARYA ,'APA DOSA KAMI?" DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKYAT GAZA TERCINTA. BERTABAHLAH HATI DUHAI PENGHUNI SYURGA...DERITAMU
DERITA KAMI JUA ...KITAKAN SAUDARA SEISLAM ...KAMI DOAKAN SEGALA BANTUAN DARI LANGIT DAN BUMI ALLAH KIRIMKAN UNTUK KAMU DI BUMI GAZA....YA ALLAH SELAMATKAN BUMI GAZA...SELAMATKAN DARI KEZALIMAN MEREKA YANG MENDENGKI HINGGA TERTUTUP HATI MEREKA PADA SEBUAH KEDAMAIAN.AAMIIN).
9 minutes ago • Like
(PETIKAN DARIPADA WALL KHAI NOOR, KERABAT RAJA JEMBAL KELANTAN, SULTAN HASSANAL BOLKIAH & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
13 Muharram 1434H
27 November 2012M
0 comments:
Post a Comment