Thursday, 6 May 2021

BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (433) LAILATUL QADAR


BERTABURAN BUNGA-BUNGA (433) LAILATUL QADAR
  • LAILATUL QADAR PARA HAMBANYA INGIN BERTEMUMU

    lailatul qadar
    senandung doa terdengar
    seraya memeluk angin dan rembulan
    memenuhi langit malam
    subhanallah.....
    seperti seribu cahaya lilin
    terpendar indah
    doaku, doamu, doa kita semua
    temukan aku kembali dengan malam ini
    tahun depan, tahun depannya lagi
    sampai nyawaku menari bersama izrail...
    Doa: Wahyunisa Sy Ibrahim

    Naga Pamungkas ah lailatul qadar, setiap ramadhan kita
    berharap itu. Mungkin tanpa kita sadari kita telah
    mendapatkan lailatul qadar

    Idrisboi Boiboi Assalamualaikum. Lailatul qadar
    melambai-lambai pada mereka yang tidak pernah lelah dan
    jemu bangkit sepertiga malam lalu melaksaakan quamula'il.
    Impian insan yang mengharapkan keredhaan Allah.

    Lailatul Qadar...

    Kedatanganmu ditunggu dengan penuh rasa cinta
    Kedatanganmu diketahui tapi tak tahu malam ke berapa
    Yang diketahui 10 malam terakhir Ramadhan
    Allah rahsiakan ketibaan malam yang ditunggu-tunggu
    Para hambaNya kerana mahu menilai sejauh mana
    Keikhlasan para hambaNya beribadat kepadaNya
    Adakah untuk memburu ganjaran 1000 bulan
    Atau cintaNya
    Ketahuilah 1000 bulan ganjaran yang diberikan itu
    Adalah balasan CintaNya untuk para KekasihNya
    Yang beribadat semata mendapat keredhaanNya
    Meneruskan kehidupan dalam redhaNya
    Selagi nafas tak terhenti!

    Doa Harapan: Ratu Rimba Niagara & Semua Yang Membaca Karya Doa Ini Aamiin
    3 Ramadhan 1434H
    12 Julai 2013M
    Like ·  ·  · Promote · 3 minutes ago · 

  • Pilihlah Aku Menjadi Calon SyurgaMu

    Aku tak layak masuk SyurgaMu
    tapi aku tak mahu masuk nerakaMu
    Ya Allah...
    aku ingin sangat mengecapi nikmat SyurgaMu
    tapi aku ngeri dengan azab nerakaMu
    pilihlah aku menjadi calon SyurgaMu
    justeru berilah aku hidayah
    agar aku sentiasa beramal
    yang Kau terima amalanku
    yang membolehkan menjadi
    calon SyurgaMu
    jauhkan aku perkara
    yang menyebabkan aku
    masuk nerakaMu
    belas kasihanlah padaku
    Ya Allah aku hamba yang hina
    yang selalu alpa dan terlalai
    dengan keasyikkan dunia
    tolong ingatkan aku Ya Allah
    agar lidahku sentiasa berzikir
    mengingati saat-saat sakaratulmaut
    izinkan rohku bertemu denganMu
    dalam keadaan tenang dan
    Kau redhai ketika
    hidup matiku
    pilihlah aku menjadi
    calon SyurgaMu
    Amin Ya Rabbal A’lamin

    Karya Ratu Rimba Niagara
    3 Ramadhan 1434H
    12 Julai 2013M
    Like ·  ·  · Promote · 11 minutes ago · 

  • KAU YANG KUCINTA

    Kau Yang Kucinta
    Kali pertama jatuh cinta denganMu
    hati rasa terharu!
    Terasa damai! Tenang! Aman

    Hari-hari dilalui disinari dengan cahaya
    cahaya yang dipercayai
    dalam sanubari dalam lubuk hati
    MenyanyangiMu… MencintaiMu
    adalah satu anugerah dariMu
    yang paling berharga dalam hidup ini
    Syukur Alhamdulillah

    Karya Ratu Rimba Niagara
    3 Ramadhan 1434H
    12 Julai 2013M
    Like ·  ·  · Promote · 15 minutes ago · 
  • DUHAI KEKASIH HATIKU

    Duhai Kekasih Hatiku!
    Kekasihku…
    Bila aku alpa
    memujiMu
    terasa terhenti nafasku!

    Bila aku menyebut NamaMu
    segala jiwaku hidup!
    jantungku berdegup kencang!
    terasa Kau hampir denganku.

    Tika aku membaca KalamMu
    terasa damainya hati
    rinduku membuak-buak
    untuk bertemu denganMu

    Tika aku sujud padaMu
    jasad dan rohku syahdu dalam
    linangan air mata keinsafan atas
    ketaksupan aku pada dunia
    yang melalaikan
    aku daripada…
    MengingatiMu
    MemujiMu
    Meng-AgungkanMu.

    Terimalah aku menjadi
    kekasih setiaMu
    di dunia ini! Juga di akhirat!
    Amin Ya Rabbal A’lamin

    Karya Ratu Rimba Niagara
    3 Ramadhan 1434H
    12 Julai 2013M
    Like ·  ·  · Promote · 19 minutes ago · 

  • CINTA KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD S.A.W

    Cinta Kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W
    Kau dilahirkan
    untuk memberi
    Rahmat Sekalian Alam.

    Berpekerti mulia
    menempuh segala cabaran
    dan dugaan semata-mata
    untuk menyebar
    Agama Suci Allah.

    Berkorban apa saja
    demi umat sezamannya
    dan akhir zaman.

    Sambil berdiri, duduk dan
    berbaring sentiasa
    mengingati umatnya
    mencintai umatnya
    sepenuh hati
    sepenuh jiwa
    Masya-Allah!

    Sentiasa berdoa pada Tuhan
    agar umatnya mati dalam
    ucapan kalimah

    لا إله إلاَّ الله محمد رسول الل

    Risaunya Nabi terhadap umatnya
    hingga nafas terakhir
    menyebut-nyebut umatnya
    ‘Umatku! Umatku! Umatku!

    Duhai Kekasih Allah
    Nabi Muhammad S.A.W
    Biarpun telah tiada jasadmu
    Budimu…
    Pengorbananmu…
    Cintamu kepada umatmu
    akan dikenang…
    dihargai dan
    disanjung tinggi hingga
    ke akhir hayat kami.

    Kami tahu kau mencintai kami
    ketika berdiri, duduk dan berbaring
    hingga ke akhir hayatmu.

    Amatlah rugi dunia akhirat!
    malang dunia akhirat!
    Jika kami tidak membalas cintamu
    Wahai Nabi Allah
    Kekasih Allah.

    Sebagai balasan cintamu
    pada kami umatmu
    kami akan menjadi
    pewaris setiamu
    menyebarkan dakwahmu
    Al-Quran dan Hadis
    yang kau tinggalkan
    untuk kami umatmu.

    Selawat untukmu
    wahai kekasih Allah
    terimalah kami
    menjadi kekasihmu
    sebagaimana kau
    menjadi Kekasih Allah.

    Moga dengan cinta kami ini
    dapatlah kami keberkatan
    cintamu di dunia …
    Di Padang Mahsyar
    mendapat Syafaatmu

    ~آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ~

    Karya Ratu Rimba Niagara
    3 Ramadhan 1434H
    12 Julai 2013MM


TUHAN JIKA INI RAMADHAN TERAKHIRKU

Tuhan jika ini Ramadhan terakhirku...
terimalah
amalanku
berilah pengampunanMu
bukakan hati hamba-hambaMu
yang pernah kukenali atau tidak
biarpun aku tidak mengenali tapi mereka mengenaliku
dapat memaafkan segala kesalahanku pada mereka ...
begitu juga semua keluargaku... sanak saudaraku
juga teman fbku dan alam maya yang membaca karya-karyaku
yang kukenali atau pun tidak
maafkan aku ...
sesungguhnya aku insan yang tak sempurna
biarpun aku menjaga segala perbuatan dan tutur kata
sebaik yang mungkin
tapi
siapalah aku
yang serba tidak sempurna
tapi percayalah
hati dan kalbuku
tiada lain yang kufikirkan
melainkan untuk berbuat baik
kepada semua manusia keranaNya
bukan mengharapkan apa-apa pun balasan!

Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
redhailah hidup matiku!
Kerana aku ingin bertemuMu
dalam keadaan tenang
tanpa dibenci hamba-hambaMu yang hidup
waima makhluk yang Kau Ciptakan
di muka bumi ini!
Lancarkan lafaz
LaaillaahaillaAllah MuhammadarRasullullah
di kala nyawa sampai di kerongkongku nanti.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

...............................
3 Ramadhan 1434H
12 Julai 2013M (Jumaat)




  • SEMUANYA KERANANYA
    Tuluslah dalam berkata
    Tuluslah dalam bersahabat
    Tuluslah dalam bercinta
    Tuluslah dalam berjuang
    Tuluslah dalam beramal
    Semuanya keranaNya
    Insya-Allah Syurga menanti Aamin.
    Karya Putri Rimba.
    23 April 2012
    • Suka
    • 9t
 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
BIDADARI SYURGA SEBAGAI BALASAN CINTAMU
Bila mana kau terdiam
Ini bermakna api cintamu sedang membara
Kepada dia yang kau puja dalam diam
Yang kau cinta dalam bisu
Tanpa menyapa hatimu yang kelam
Kerna cintamu kelam
Segerhana malam tak berbintang
Menanti mu penuh harap
Kedatangan cinta bila menyapa
Dalam diam dalam kelam
Angin rindu datang menyapa
Lalu kau terjaga dari sepi
Malam yang kelam
Bertukar berbulan berbintang
Bergemerlapan
Kau pun suka
Dan kau menangis hiba
Kerna cintaNya adalah lebih hebat
Dari hambaNya yang dijadikan dari
Tulang rusuk kirimu
Tuhan Maha Memakbulkan dan Memahami
KeranaNya kau lebih menghargai cintaNya
Makanya kau Dikirimkan cinta dari
Bidadari Syurga sebagai balasan
Kau mencintaiNya
Setulus hati tanpa tenggelam
Keasyikan cinta pesona dunia.
Karya Putri Rimba.
23 April 2012
1
2 Perkongsian
Kongsi

 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Mungkin imej 2 orang
Setelah banyak hari perjalanan yang buat hati sayu dan saya belajar tentang kehidupan. Rindunya bidadari saya. Rindu anak-anak. Anugerah Allah dalam hidup. Ayah kenapa menangis. Rindu sangat pada bidadari dan anak ayah. Rindu ayah sangat. Ayah pun rindu anak-anak ayah. Ayah nak jadi baby boleh tak? Nak dukung. Seorang lagi ayah nak terbang. Boleh tak ayah.
Semua anak berlari rindu nak
peluk
. Jap ayah mandi bersih-bersih wangi-wangi. Jap-jap yer anakku. Mana pun kita pergi dalam dunia dan apa orang kata. Pelukan bidadari dan anak-anak mengubati segalanya. Nikmat dari Allah.
Berebut-rebut semua nak kiss ayah dia. Nak hug semua sekali. Rumahku syurgaku.
Bidadari saya walau penat
peluk
saya dan kata jangan sedih abang, Allah kan ada. Kan dia jaga kita dari dulu sampai bila-bila. Allah punya semua. Nanti kita menangis sama-sama dalam doa supaya setiap orang yang kita jumpa bahagia dan kasih sayang hadir dalam setiap keluarga di seluruh dunia - ebitlew
Michanel Az
Kongsi
PADA HARI INI
1 tahun lepas
 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Kongsi
 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Tiada penerangan foto disediakan.
Selamat beribadah sahabat2 yg dirahmati Allah — berasa dirahmati.
DOA BUAT SAHABATKU Rabeah Binti Mohd Ali
Bismillahi Rahmanirrahim...
Ya Allah aku memohon dengan keagungan AsmaMu .Muliakanlah sahabatku Rabeah Binti Mohd Ali yang membaca doa ini.
Lapangkanlah hatinya, tenteramkan jiwanya, sehatkan fisiknya, sembuhkan penyakitnya.
Bahagiakan keluarganya.. jadikan anak anaknya Soleh/solehah.Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan.
Lepaskan dia dari hutang piutang.Mudahkanlah segala urusannya Kabulkanlah cita-citanya, dan harapannya Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji perkataan kasar dan Jauhkanlah dia dari segala musibah, serta terimalah semua amal ibadahnya dan ampunilah segala dosa2nya.
Jadikanlah SAHABATKU Rabeah Binti Mohd Ali ini penghuni SyurgaMu ya Allah
‎ آمين يا الله
‎ آمين يا رحمن
‎ آمين يا رحيم
‎ أَمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ.


 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Mungkin imej 1 orang
Anda harus mempercayai apa yang anda lakukan untuk mendapatkan apa yang anda mahukan,
1 Perkongsian
Kongsi
PADA HARI INI
1 tahun lepas
 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Mungkin imej 1 orang
Semoga Allah melimpahi Rahmat buat Kita semua

SUKSESMU KEBAHAGIANKU SUKSESKU KEBAHAGIANMU,'
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
27 JAMADIL'AKHIR 1436H
17 APRIL 2015

 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
1 Komen
Kongsi
**:** Wahai Penyelamat Hamba Allah Yg Terbaik"FRONTLINER2"Dr, Nurse, 👮 PDRM ATM BOMBA RELA+Sukarelawan'tqvm2u'll AllahsajaMbalas
Kongsi
 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Kongsi

23 April 2020 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Tiada penerangan foto disediakan.


Tiada penerangan foto disediakan.
"Senjata bagi seorang mukmin ialah doa. Amatlah pelik bagi seseorang yang mempunyai senjata tetapi tidak pernah digunakan untuk melawan musuh. Justeru, banyakkanlah berdoa dan menyuarakan hasrat kepada Allah SWT khususnya di waktu dinihari."
Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, PUTIK, 8 Julai 2010.

 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Tiada penerangan foto disediakan.

2 April 2012 
MERPATI PUTIH UNTUK NEGERIKU
SALAM DAMAI.
1
1 Komen
2 Perkongsian
Kongsi

1 Komen

  • Mempati putih untuk negerimu,
    Mengucapkan salam kedamaian;
    Penuh hormat tanpa jemu,
    Moga semuanya dalam kedamaian.
    • Suka

PADA HARI INI
9 tahun yang lepas

 mengemas kini gambar profilnya.

1 April 2012 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Tiada penerangan foto disediakan.
Tiada penerangan foto disediakan.
4
1 Komen
132 Perkongsian
Kongsi

Komen

  • CINTA DAN SAYANGKU KEPADA SELURUH PENGHUNI BUMI
    RELA KUPERTARUHKAN NYAWAKU DEMI MENGHARGAI
    KASIH SAYANG SESAMA KITA
    AGAR SENTIASA BERBELAS KASIHAN
    SALING MEMBANTU SELAGI TERDAYA
    SELAGI MAMPU
    KARENA AKU TAK MAMPU
    KUJADI DARAH DAN AIR MATAKU SEBAGAI TINTA
    AGAR KALIAN BERASA TENANG DAN BAHAGIA
    MENGHARUNGI HIDUP INI...
    SELAGI HIDUP SELAGI ITU KITA DIDUGA
    DUGAAN ITU TANDA ALLAH CINTA KITA
    SELAGI HIDUP
    PINTU SYURGA
    SENTIASA TERUNTUK UNTUK KITA
    YAKINLAH DENGAN RAHMAT KASIH ALLAH KEPADA KITA
    IN SHAA ALLAH AAMIIN
    • Suka

BERTINTA SEPENUH JIWA
Tinta-tinta yang indah berjiwa
Ditulis dengan penuh kasih dan sayang
Untuk dibaca mereka yang tersayang
Agar datang rasa sayang setulus hati keranaNya
Tiada niat untuk menyakiti hati yang tersayang
Bertinta bermadah puisi kerna yang tersayang
Sayang...sayang....sayang...
Ungkapan keajaiban untuk menundukkan hati
Hilang segala keegoan membangga diri
Kerana DIA Maha Penyayang Dari Segala Yang Penyayang
Pakaian Kesombongan adalah hanya untuk DIA
Sebagai manusia apalah ada pada harta dan pangkat
Tapi tiada wujud ehsan sesama manusia
Apa tah lagi mengagungkan kasih sayang padaNya
Kasih sayang sesama insan
Allah ku cinta
Insan kusayang
KeranaNya aku bertinta
Kerana insan kusayang
Cinta dan sayang
Bertinta sepenuh jiwa
Demi CintaNya dan sayang semua
Yang ada di alam semesta ini...
Karya Rha NS
28 Mac 2012

Kehidupan dipenuhi dengan cita-cita disebatikan dengan bunga-bunga cinta suci adalah satu kehidupan di dunia yang begitu indah dan mengasyikkan. Di siang hari diserikan pelangi menceriakan kehidupan dan malam hari di sinari bulan yang memberi senyuman ikhlas padaku. Istimewa untuk teman fb dan teristimewa untuk
pejuang seniku Rufiah kerana kau sumber inspirasiku!
1 Perkongsian
Kongsi
Hajat hati nak jadi perwira,
Apakah daya seorang yang lemah,
Namun begitu bersemangat satria,
Rela kumati demi negaraku.
Kutinggalkan ilmu bukan untuk dibanggai,
Hanya semata kerana Allah dicintai,
Moga pembaca mendoakan kunanti,
Sebar luaskan karya ku ini.
1 Perkongsian
Kongsi
Aku berpantun dengan teman FB ku,
Bukan untuk membangga diri,
Idea tercerna antara mereka dan aku,
Gembiranya hati tidak terperi.
Bersahabat atas dasar keikhlasan,
Bukan untuk mendapat balasan,
Menjalinkan talisilaturrahim tiada alasan,
Moga keberkatan sebagai balasan.
1
1 Komen
2 Perkongsian
Kongsi

Komen

  • Keikhlasan & kejujuran kunci sebuah persahabatan... thanks!!! kerana hadir sebagai sahabatku. Hadirmu meniupkan semangat ke sanubariku... kata-kata perjuanganmu amat ku hargai. Semoga terus bertahan dan berberjaya menggapai IMPIAN diri... amin. Aku setia menanti hasil karyamu... KOTA BUKU... 'KARYAKU! DUNIAKU!
    • Suka



Pantun Teman FB

Aku berpantun dengan teman FB ku,

Bukan untuk membangga diri,

Idea tercerna antara mereka dan aku,

Gembiranya hati tidak terperi.

 

Bersahabat atas dasar keikhlasan,

Bukan untuk mendapat balasan,

Menjalinkan talisiraturrahim tiada alasan,

Moga keberkatan sebagai balasan.

 

Sampaikan mesej biar betul,

Jangan suka menabur fitnah,

Hina menghina patut diperbetul,

Berbudi pekerti tinggi tidaklah musnah.

 

Bahagia hidup saling hormat menghormati,

Bahasa yang sopan pengubat hati,

Sebelum berkata perlu diteliti,

Indahnya bahasa diingat hingga ke mati.

 

Dalam kata-kata ada pahala dan dosa,

Anda pilih yang mana satu,

Kata yang salah tetap berdosa,

Mendapat Syurga itu yang dimahu.

 

Kata-kata indah buat hati jadi tenang,

Seperti berada di Taman Syurga,

Dalam perbalahan tiada yang menang,

Justeru betutur katalah seperti penghuni Syurga.


12

Bersahabat atas dasar kasih keranaNya,
Kasih mengasihi seperti di alam Syurga;
Tidak akan ada kata-kata berbisa-bisa,
Hanya yang ada cinta dan kasih selamanya.
Karya Rha NS
25 Februari 2012
1


Anda dan 181 yang lain
107 Komen
Suka
Komen

Komen

Lihat komen terdahulu
Setiap kali ujian datang...senyumlah agar terpadam segala kelukaan di hati.



Semua orang akan rasa sedih jika lalui cabaran dengan seorang diri, cari orang yang boleh bersama susah dan senang kita
Suka
Komen
Kongsi

 

6j 
Semua orang akan rasa sedih jika lalui cabaran dengan seorang diri, cari orang yang boleh bersama susah dan senang kita
  • Moga hadir hambaNya yang sejujur ikhlas menyokong perjuanganku. Aamiin.
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Inshaa Allah ... Allah akan hadirkan seseorang yang boleh menjadi suporter kita jika kita letak Allah dalam hati saat melalui jalan yang sukar ... ❤👍
    8
    • Suka
    • Balas
    • 5j
    Most Relevant is selected, so some replies may have been filtered out.


'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)

Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
7 Mei 2021

0 comments:

Post a Comment

 
;