Wednesday, 1 September 2021

SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (108) RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA



SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (108) RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA

Anda dan 16K yang lain
636 Komen
826 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

636 Komen

Paling Relevan

  • Ya Allah, Ya Karim, dengan berkat kebesaran Asmaul Husna, dengan berkat kemuliaan nama-nama Mu, hamba Mu ini memohon doa ke hadrat Mu, semoga di bawah naungan pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, rakyat berbilang kaum berbilang agama, berbilang budaya - berbilang bahasa, cekal berpadu, hidup saling menghormati antara satu sama lain.
    Semoga tanah air kami dalam sejahtera dan makmur serta dilindungi oleh Mu Ya Allah, Ya Tuhan ku dari mala petaka dan sebarang bencana... Aamiin....
    Doa rakyat membawa rahmat... insy-Allah...Like dan Share sebagai tanda doa kepada kesejahteraan Negara...
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Rabeah Binti Mohd Ali
    MERCU KEDAULATAN NEGARA TANAH AIR.
    Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain memperuntukkan: “Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan...”
    Fasa Kepala Utama Negara di bawah Perkara 32(1) itu tanpa sebarang keraguan atau kesamaran meletakkan Raja bagi Persekutuan Malaysia sebagai peneraju utama bagi negara ini.
    Jawatan Kepala Utama Negara seperti yang terdapat pada Perkara 32(1) pada mulanya dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid sebagai Yang di-Pertuan Besar – sesuatu yang mencerminkan cadangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pertama Malaysia susulan pengamatan Tuanku Abdul Rahman selepas meneliti sistem Raja bergiliran di Negeri Sembilan. Sebagaimana dimaklum, di Negeri Sembilan Undang Yang Empat sebagai ‘Rulers’ atau Pembesar-pembesar Memerintah tempatan memilih seorang Raja bagi negeri itu mengikut peraturan adat di Negeri Sembilan.
    Seri Paduka Yang Dipertuan Agong adalah mercu perlambangan Ketua Negara yang paling tinggi ladan Kepala Utama Negara merupakan mercu Kedaulatan Malaysia.
    Semua rakyat tanpa mengira kaum, latar belakang agama, kebudayaan atau kepercayaan sedia terpanggil untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan merupakan adalah Raja bagi Negara Malaysia dan rakyatnya.
    (Disiarkan bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Skesejahteraan hah Al-Musta'in Billah).
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Rabeah Binti Mohd Ali
    7 Wasiat Raja-Raja Melayu dan pemimpin-pemimpin telah dibuat semasa kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 seperti berikut :-
    Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.
    7 perkara itu adalah :-
    Pertama :-
    Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
    Kedua :-
    Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain ;
    Ketiga :-
    Bagi menjaga kamu dan melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman luar negara ;
    Keempat :-
    Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini ;
    Kelima :-
    Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan ;
    Keenam :-
    Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU ; dan
    Ketujuh :-
    Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTEMEWA ORANG-ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istemewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
    • Suka
    • Balas
    • 2m
  • Rabeah Binti Mohd Ali
    WARKAH PUISI UNTUK AGONG & PERMAISURI KE-XVI
    Bismillahirahmanirrahim
    Syukur Alhamdulillah Atas Pemasyhuran
    Sultan Abdullah sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-XVI
    Daulat Tuanku
    Dirgahayu Tuanku
    Menjunjung Kasih Tuanku
    Seluruh rakyat Malaysia berasa bangga dan bertuah
    punyai Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong yang begitu prihatin kepada rakyat dan negara tercinta.
    Sifat Tuanku yang memuliakan dan menyayangi rakyat tidak kira apa jua bangsa membuatkan rakyat rasa terharu dan dihargai.
    Amat bertepatanlah Raja dan rakyat berpisah tiada.
    Atas keprihatinan Tuanku dan Permaisuri Agong Tengku Azizah rakyat tidak rasa terpinggir kerana segala kesusahan rakyat diambil peduli. Susah senang bersama.
    Tuanku berdua bukan sahaja Raja berjiwa rakyat malah lebih daripada itu, Raja yang menjiwai apa saja masalah rakyat.
    Apabila datang bencana menimpa rakyat, Tuanku tanpa protokol diRaja bertemu rakyat untuk sama merasai keperitan hidup rakyat dan memberi bantuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung rakyat.
    Allahu Akbar sungguh mulia hati seorang hamba Allah walaupun Raja sanggup mencemar duli demi rakyat yang dikasihi sepenuh jiwa dan raga.
    Di hari pemasyhuran Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Tuanku bersumpah setia akan memikul tanggungjawab sebagai seorang Ketua Negara yang menyandang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dengan adil saksama kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
    Semoga seluruh rakyat Malaysia rasa terbela di bawah pemerintahan Tuanku. Aamiin.
    Daulat Tuanku
    Dirgahayu Tuanku
    Menjunjung kasih Tuanku daripada,
    Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
    31 Januari 2019
    (Warkah puisi dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah).
    • Suka
    • Balas
    • 4m
  • Rabeah Binti Mohd Ali
    PANTUN MENJUNJUNG KASIH YANG DI PERTUAN AGONG KE-16
    Menjujung kasih sekalung tahniah di atas pemilihan,
    Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong;
    Seluruh rakyat Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
    Yang di-Pertuan Agong ke-16 berjiwa rakyat,
    Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
    Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
    Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diredhai.
    Masalah rakyat masalah baginda juga,
    Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
    Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
    Pengorbanan Tuanku hingga rakyat rasa terharu.
    Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
    Rakyat sentiasa berterima kasih,
    Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.
    Agong kami Raja penyayang,
    Sayangkan rakyat sayangkan negara;
    Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
    Saling bantu membantu demi negara tercinta.
    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Sehati sejiwa mempertahankan negara;
    Seluruh rakyat mempertahankan Institusi diRaja,
    Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.
    Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
    Menjunjung kasih sekalung tahniah daripada,
    Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
    31 Januari 2019
    (Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah).
    • Suka
    • Balas
    • 6m
  • Rabeah Binti Mohd Ali
    PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT MALAYSIA
    Sultan Abdullah Agong berwibawa,
    Memerintah negara adil saksama;
    Rela berkorban demi rakyat tercinta,
    Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.
    Institusi di-Raja dekat di hatiku,
    Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
    Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
    Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.
    Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
    Kepentingan rakyat amat dirasai;
    Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
    Sejak generasi dahulu hingga kini.
    DYM Sultan Selangor raja dihormati,
    Dasanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
    Budi disemai Allah berkati,
    Moga amalan dibalas di akhirat nanti.
    Seluruh rakyat menyayangi Sultan Pahang,
    Kebajikan rakyat amat diutamakan;
    Bertuah sungguh rakyat Pahang,
    Mempunyai Raja suka kebajikan.
    Sultan Nazrin Shah berjiwa rakyat,
    Galakan rakyat berjiwa patriotik;
    Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
    Tuanku disanjung rakyat Perak.
    Sultan Kedah amat dihormati,
    Menabur budi tidak terhingga;
    Ke mana pergi rakyat mentaati,
    Rakyat Kedah amat berbangga.
    Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
    Kepentingan rakyat amat dijaga;
    Masalah rakyat diberi perhatian,
    Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.
    Sultan Kelantan berhemah tinggi,
    Memerintah Kelantan adil saksama;
    Rakyat Kelantan takkan rugi,
    Raja dan rakyat bekerjasama.
    Negeri Terengganu pesat membangun,
    Di bawah pemerintahan Raja yang bijaksana;
    Sultan Mizan bersopan santun,
    Rakyat Terengganu amat terpesona.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Januari 2019
    (Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah).
    • Suka
    • Balas
    • 7m
  • Rabeah Binti Mohd Ali
    TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN!
    Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
    di serata pelosok bumi Malaysia
    Biarpun kumengerti menempuh gelombang
    ombak mengganas! Lalu menghempas ke pantai!
    Ternyiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
    “Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun!
    Untuk anak cucu kita menumpang teduh!
    Terima kasih Bapa Kemerdekaan!
    Akan kuingat pesananmu itu!
    Akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
    di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!
    Demi cintaku pada Malaysia
    akan kuperjuangkan untuk mempertahankanmu!
    Biarpun ke titisan darah terakhir!
    Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
    Merdeka!Merdeka!
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2021
    (Disiarkan Sempena Meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Tercinta Yang Ke-64 Pada 31 Ogos 2021).
    • Suka
    • Balas
    • 10m
  • Rabeah Binti Mohd Ali
    HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!
    Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
    Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
    Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.
    Salam Kemerdekaan dariku untukmu
    dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
    Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
    Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
    diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
    Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
    Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .
    "Hargai Kemerdekaan! Merdeka Selamanya!"
    Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2021
    (DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA YANG KE-64)
    • Suka
    • Balas
    • 12m
  • Rabeah Binti Mohd Ali
    PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA
    1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    Semua benda ada penciptanya,
    Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
    Apa dicipta penuh bijaksana,
    Demi kebaikan seisi alam.
    2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    i) Setia kepada Raja dan negara,
    Rukun negara yang kedua;
    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Negara aman rakyat sentosa.
    ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
    Berkorban nyawa demi negaraku;
    Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
    Seluruh rakyat cintakan negaraku.
    3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    Di parlimen tempat besidang,
    Para pemimpin pilihan rakyat;
    Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
    Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.
    4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    Negara aman ketangkasan polis bertindak,
    Menggadai nyawa membanteras jenayah;
    PDRM & ATM berjiwa patriotik,
    Apabila berjuang tidak pernah mengalah.
    5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
    i) Budi bahasa pengikat kasih,
    Kasih mengasihi sesama insan;
    Saling membantu penyeri kasih,
    Senyuman terukir di hati insan.
    ii) Rakyat sayang Perdana Menteri,
    Galakan rakyat bersatu padu;
    Pelbagai kaum hormat menghormati,
    Agar negara terus di mercu.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    9 Julai 2020
    (Pantun diilhamkan sempena sambutan ulangtahun ke-50 Rukun Negara yang mempertautkan seluruh rakyat Malaysia dalam satu semangat Cinta Negara).
    • Suka
    • Balas
    • 38m
  • Rabeah Binti Mohd Ali
    SYAIR TUNKU ABDUL RAHMAN,'BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA'
    Tersebutlah kisah seorang putera,
    Tunku Abdul Rahman diberi nama;
    Dikasihi semua rakyat jelata,
    Baik budinya tidak terkira.
    Menyayangi rakyat sepenuh hati,
    Perjuangannya tidak pernah terhenti;
    Disambung oleh pemimpin terkini,
    Cintakan perjuangan tidak bertepi.
    Sokongan rakyat Tunku gembira,
    Rela berkorban harta dan nyawa;
    Demi kerana negara tercinta,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.
    Bersama Tun Razak Tunku ke London,
    Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
    Penat dan lelah tidak dihiraukan,
    Asalkan pulang membawa kejayaan.
    Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
    Disambut penuh dengan kegembiraan;
    Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
    Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
    Tunku laungkan merdeka penuh membara,
    Rakyat menyambut laungan membara-bara;
    Demi kerana negara merdeka,
    Untuk diwarisi rakyat jelata.
    Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
    Penuh dengan penat dan lelah;
    Walaupun tiada pertumpahan darah,
    Agar generasi dapat berteduh.
    Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
    Pertahankan negara tanpa jemu;
    Rakyat aman sudahlah tentu,
    Generasi mendatang mendapat restu.
    Tanpa diduga komunis bertandang,
    Menceroboh masuk terus meradang;
    Tunku memikir merasa bimbang,
    Keselamatan negara tidak tergoyang.
    Bersambung...
    • Suka
    • Balas
    • 44m
  • Rabeah Binti Mohd Ali
    Tunku berbincang secara aman,
    Dengan Chin Peng membuat keputusan;
    Komunis berundur dengan aman,
    Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
    Jepun menyerang ke negara kita,
    Ingin berkuasa merebut tahta;
    Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
    Makan dan minum berair mata.
    Sana sini mayat bergelimpangan,
    Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
    Asalkan hati penuh kepuasan,
    Kerana hati bertuhankan syaitan.
    Para perajurit ramai terkorban,
    Mempertahankan negara habis-habisan;
    Nyawa di badan jadi taruhan,
    Asalkan negara menjadi aman.
    Perajurit dibantu tentera Inggeris,
    Jepun terus bermuka bengis;
    Berlawan mereka terus menerus,
    Gugurnya perajurit terus ditangis.
    Pergilah perajuritku dengan aman,
    Perjuanganmu menjadi kenangan;
    Kau gugur dalam kemenangan,
    Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
    Jepun mengalah lalu berundur,
    Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
    Sudah terlambat Jepun nak sedar,
    Rakyat mereka ramai yang gugur.
    Tunku hargai jasa perwira,
    Pertahankan negara ke hujung nyawa;
    Rakyat juga amat berbangga,
    Kerana jasamu rakyat terbela.
    Tunku memerintah penuh berhati,
    Rakyat hidup bersatu hati;
    Ke mana pergi Tunku dihormati,
    Pengorbanamu Tunku terus diingati.
    Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
    Memerdekakan negara demi keamanan;
    Agar generasi turut pertahankan,
    Menjadi warisan sejak berzaman.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Julai 2012
    11 Ramadan 1433H
    (Disiarkan Puisi Sempena Meraikan Hari Kemerdekaan Ke-64 Malaysia Tercinta 31 Ogos 1957 - 2021).
    • Suka
    • Balas
    • 46m
  • Rabeah Binti Mohd Ali
    SALAM KEMERDEKAAN KE -64 MALAYSIA TERCINTA!
    Salam Kemerdekaan negaraku tercinta,
    Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
    Tersenyum megah penuh bangga,
    Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.
    Kau tak pernah erti kalah,
    Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
    Di mana pun berada kau berkibar megah,
    Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.
    Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
    Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
    Semangat rakyatnya terus membara-bara,
    Menjadikan realiti impian Keluarga Malaysia.
    Salam kemerdekaan PM Keluarga Malaysia,
    Moga hidupmu dalam keberkatan;
    Perlantikan jawatan PM ramai berdoa,
    Agar Keluarga Malaysia dalam kejayaan.
    Rakyat Malaysia patut berbangga,
    Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
    Membela nasib rakyat di mana saja berada,
    Rakyat terbela negara aman itu yang dimahu.
    Bersambung...
    • Suka
    • Balas
    • 48m
  • Rabeah Binti Mohd Ali
    Rakyat terbela itu yang dimahu,
    Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
    Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.
    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
    Antara pemimpin dan rakyat saling menghormati;
    Sehati senada sejiwa saling memahami,
    Jasamu Perdana Menteri sentiasa mewangi di hati.
    Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
    Keluarga Malaysia sentiasa bersatu hati:
    Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.
    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
    Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
    Yang difikirkan keamanan negara ini,
    Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.
    Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
    Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
    Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
    Maka Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.
    Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
    Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
    Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.
    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
    Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
    Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
    Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.
    Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
    Buat Negaraku Malaysia tercinta:
    Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
    Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.
    Sambutan kelahiranmu yang Ke-64 ini kuberjanji,
    Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
    Moga kau tidak akan disakiti lagi,
    Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.
    Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
    Moga kau sentiasa gembira selalu;
    Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
    Berkibarlah megah dan bangga tanpa jemu.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2021
    (Pantun Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-64 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2021).
    • Suka
    Suka
    • Balas
    • 51m
    • Telah disunting
  • Rabeah Binti Mohd Ali
    Salam Kemerdekaan Ke-64 buat Agong & Permaisuri kesayangan rakyat Malaysia. Syukur kami mempunyai Agong dan Permaisuri yang pentingkan kesejahteraan rakyat dengan menyelesaikan masalah kemelut politik . Moga dengan perlantikan PM dan jemaah menteri yang baharu , tiada lagi wujud rasa tak puas hati lagi dan bolehlah jemaah menteri bersidang di Dewan Rakyat menyusulkan isu2 rakyat dan negara dengan harmoni ibarat seperti sebuah keluarga Malaysia saling memerlukan dan melengkapi di antara satu sama lain.
    • Suka
    • Balas
    • 3j
Lihat lebih banyak komen
14 daripada 608
30 Ogos 2021 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh YB Menteri dan YB Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara.
Istiadat yang berlangsung pada jam 2.30 petang di Balairung Seri Istana Negara disaksikan Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali.
Istiadat ini melibatkan seramai 30 Menteri, termasuk empat Menteri Kanan, dan 37 Timbalan Menteri.
7.5K
223 Komen
438 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

223 Komen

Paling Relevan

  • Faizul Samsudin
    Daulat Tuanku. Junjung kasih Tuanku dan Raja Raja Melayu telah sepakat melantik seorang PM (bukan pilihan jumhur rakyat). Semoga Allah memberi hidayah pada PM bersama ahli jemaah menteri termasuk mereka yg pernah derhaka yg terbesar bagi negara pimpinan Tuanku yg kian merosot ekonomi, ketahanan rakyat bertambah lesu, kemiskinan bertambah, COVID-19 kini telah jadi endemik dan rasuah tiada di kekang. Ampun Tuanku. Sekiranya ada pilihan kami redha apa jua demi kedaulatan Tuanku dan Raja Raja Melayu apabila rakyat membuat pilihan dengan berkat Allah dalam 18 bulan lagi. Rakyat junjung janji Tuanku. Daulat Tuanku
    2
    • Suka

HANG TUAH DAN HANG JEBAT BERADA DALAM DIRI KITA BERDIRI MENJADI TUBUH MELAYU

KITA SAMA-SAMA PERTAHANKAN BUMI BERTUAH INI!
semangat.......
Wan Muhammad Sabri:
untuk masa ini semangat jebatlah yang harus kita tiru, karena pemimpin sekarang banyak yang lalim, klo ikut tuah dg kepolosan dan kejujurannya menjujung duli, mako kito akan disebut oleh masyarakat sbg angkat telou, makonyo teladan jebat sebagai orang yang berani mengkritisi, walau mati padahnyo.

Hanafi Mohan:
Sebaéknye tak usah lagi gunekan kate "Lanon", karene "Lanon" berasal dari kate "Iranun", Iranun yaitu name suatu kaom di Borneo yang Kaom Iranun ni di mase silam tekenal keperkaseannye di Laotan, sehingge Bangse Eropa yang menjajah Kepulauan Melayu ini tak bedaye dibuatkannye ketike itu. Dan mungkin dari dan oleh Bangse Eropa yang Penjajah itu pula' make kate Iranun/Lanon digunekan untok menyatekan "perompak", mungkin dengan maksod untok menistakan/merendahkan Kaom Iranun yang gagah perkase bejuang menghalau kerakusan dan ketamakan Para Penjajah dari Eropa itu.
Rahmad Pijha: cabutkn keris, tikam dalam_dalam.
Tenny Permana SE:
Makan gulai dirmh makan mak ipe,
Minumnya pesan jus mentimun,
Kalo boleh saye bertanye ncek erie,
Di tanah melayu moderen masih adakah lanun??
Leni Fitria:
Raje adil, Raje disembah,
Raje Zalim, Raje disanggah.
Syahiddallah SSos:
Sekali layar terkembang pantang surut ke belakang, lancang kuning belayar malam
TUAH SAKTI HAMBA NEGERI
ESA HILANG DUA TERBILANG
PATAH TUMBUH HILANG KAN BERGANTI
TAK KAN MELAYU HILANG DIBUMI...
DARI BINTAN KEPULAWAN RIAU
GAUNG BAKTIMU KESEGENAP RANTAU
WALAU KINI KAU TELAH TIADA
FATWA MU TIADAKAN SIRNA
HAMBE SUSUN JARI SEPULUH
MENGATUR SEMBAH DUDUK BERSIMPUH
HALUS BUDI RESAM MELAYU...
HANG TUAH OH HANG TUAH...


HANG TUAH OH! HANG TUAH...



Ratu Rimba Niagara berkongsi kenangan.

12j 
Dikongsi dengan Hanya saya
Hanya saya
17 Ogos 2020 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2020 di Istana Melawati, Putrajaya.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan YABhg. Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Haji Abdul Rahman.
Pada Istiadat hari ini, KDYMM Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan Darjah-Darjah Kebesaran kepada 31 penerima. Darjah-Darjah Kebesaran tersebut adalah Darjah Seri Setia Mahkota (S.S.M), Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N), Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M), Pingat Panglima Jasa Negara (P.J.N) dan Pingat Panglima Setia Diraja (P.S.D).
Daulat Tuanku.
Suka
Komen

0 Komen

Tika kau di rimba sepi
berteman aggas
lalu mengigitmu
namun kau tahu ke mana arahmu
itu falsafah yang penting
bebanding tika di hutan batu
kau tersesat jalan
kerana tiada petunjuk minda
akan selamanya tersesat
justeru pilih mana satu sukamu
jalan yang sesat atau jalan yang lurus
pasti kau pilih jalan yang lurus
kerana kau bukan mengejar duniawi
kudoakan Allah sentiasa memberimu
pertunjuk jalan
yang lurus
yang diredhaiNya
Karya: Rha NS
25 Jun 2011
KEMENANGAN RAKYAT!
KUALA LUMPUR: UMNO dan PAS secara prinsip bersetuju untuk terus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


PM MUHYIDDIN YASSIN - SAYA DILANTIK JADI PERDANA MENTERI BUKANLAH PADA MOMEN YANG TERBAIK, KAMI TIDAK SEMPURNA

“Saya jadi Perdana Menteri untuk anda di saat momen yang terbaik”`.Mungkin kali ini bukan kerajaan yang anda undi, tetapi saya ingin beritahu anda semua, saya prihatin dengan anda semua. Saya dilantik menjadi Perdana Menteri di saat yang tidak seronok. Saya terpaksa menghadap pelbagai krisis termasuklah politik, ekonomi dan kesihatan.
Kejadian ini tidak pernah berlaku sebelum ini, sudah pasti memerlukan penilaian yang tidak sama dengan sebelumnya. Jadi, kepada semua rakyat Malaysia yang disayangi, saya berharap untuk anda sama-sama memikul tanggungjawab ini bersama saya dan rakan kabinet yang lain.
InsyaAllah kita akan lebih kuat dan maju setelah krisis ini berakhir.



MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajallah kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya
Memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI
DENGAN IZIN ALLAH

HIKMAH


Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diredhai, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
31 Ogos 2021

0 comments:

Post a Comment

 
;