Wednesday, 13 October 2021

SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (135) HIDUP INI PERSINGGAHAN


SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (135) HIDUP INI PERSINGGAHAN

Subhanallah
Tiada huraian foto disediakan.
SALAM DHUHA...
اعوذ بالله من الشيطان الرجيـم.
بســــــم الله الرحمن الرحيــــــم.
Lihat Terjemahan
Kongsi
Alkahu Akbar
Tiada huraian foto disediakan.
SELAMAT MENUNAIKAN
SOLAT SUBUH...
Aku berlindung kepada Allah daripada Syaitan, Kebangkitan.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang




YANG TAK LOGIK BISA JADI LOGIK
Aku dihujani soalan?
Bilang sama aku sampai bila kamu mahu berkarya?
Sampai terhenti nafas terhentilah pena
Bilang sama aku tidak bosan ke kau berkarya?
Tidak ...berkarya adalah jiwaku dan duniaku
Adakah kau tidak penat memerah kudrat pemikiranmu?
Selagi Alllah pinjamkan aku tak pernah lelah
Kau ego dengan diri kau sendiri?
Kenapa kau cemburu ke? Hingga kau tanya soalan begitu?
Manusia pasti ada penat dan letih justeru kau rehatkan mindamu
Ye... betul katamu aku manusia yang tak sempurna dan tak pernah
sempurna tapi akan kucuba menyempurnakan apa yang tak sempurna
itu . Kuharap Dia izinkan aku berkarya tanpa lelah terhenti nafas
terhentilah pena
Sebab apa kau minat dengan karyamu?
Aku tak tahu kenapa aku minat...aku cuba padamkan kerana memikirkan
siapalah aku hendak dibandingkan dengan mereka itu...
tapi lagi kucuba kikis dalam jiwaku...tak semudah itu
rasanya jiwaku kosong ....hidup tak bermakna...
Sebenarnya kau tenggelam dalam duniamu sendiri bukan dunia mereka..
mereka akan mengejek dan mentertawakan kamu...
Aku tak kisah...yang penting aku tak ganggu hidup mereka...dan aku
tak menyusahkan mereka...aku berkarya bukan kerana mereka...aku berkarya
bukan tunjuk pandai...aku berkarya bukan untuk mempopalarkan diri...aku
berkarya bukan untuk bebangga diiri...
Habis tu apa matlamatmu berkarya?
Dengan berkarya aku dapat kasih sayang...
Adakah kau ketandusan kasih sayang?
Allah duga aku dengan ketandusan kasih sayang...tapi dalam pada masa
yang sama ketandusan kasih sayang itulah aku sebar luaskan di serata
pelosok dunia ini dengan sejuta kasih sayang melalui karya-karyaku...
karya bertemakan kasih sayang...
Apa maksud kau ...?
Ye lah karyaku memupuk dan menyemai erti sebuah ehsan kemanusiaan
agar sentiasa menghargai keluhuran kasih sayang sesama insan dan
dengan keluhuran kasih sayang itulah bumi ini menjadi aman makmur tanpa
dicemari dengan tindak tanduk manusia yang di luar batas kemanusiaan
Adakah lojik kau yang ketandusan kasih sayang hendak menyebarkan
sejuta kasih sayang di bumi ini?
Adakah lojik kau tanya soalan itu padaku?
Ye lojik kerana apa yang kau jawab itu amat bertentangan
Apa maksudmu berkata begitu?
Setahu aku cuma orang hidupnya dipenuhi dengan kasih sayang saja yang
layak menyebarkan kasih sayang bukan kau?
Ye aku tahu siapa aku...apa yang ditersirat di hatimu aku faham...tapi
tahukah engkau...kalau Allah izinkan ...tiada yang tak lojik semuanya
lojik belaka...
Kalau itu katamu aku tiada bantahan . Dengan izin Allah yang tak lojik bisa jadi lojik.
Tahu tak apa... Syukur Alhamdulillah kau faham.
Karya Rha NS
12 Oktober 2011
S.A.H.A.B.A.T anugerah dari ilahi
Lokasi Sungai siputeh selama perak.
Mungkin imej satu orang atau lebih, alam dan pokok
Anda dan 7 yang lain
1 Komen
Suka
Komen
Kongsi
1 Komen
Semua Komen


The Majestic Color of Nature..
Shoot with VivoX70 Pro...
Sooc no editing
Komen Dan kritikan rakan2 amat dihargai..
Terima kasih..…
Lihat Lagi
Mungkin imej satu orang atau lebih, senja, awan dan teks yang berkata 'vivo X70 Pro ZEISS HAFIZ HJ ISMAIL'
Anda dan 39 yang lain
4 Komen
Suka
Komen
Kongsi
4 Komen
Lihat 1 lagi komen
Semua Komen



Mungkin imej lautan, pantai, senja, alam dan langit
.......Sungguh aku merinduimu.....😞
Dulu arwah ayah saya suka sangat g pantai...😌
Arwah ayah saya suka sangat menyakat mak kalau kami g pantai...🤣
Skrg....hanya …
Lihat Lagi
— di Pantai kandis bachok.
Suka
Komen
Kongsi
 
Dikongsi dengan Hanya saya
Hanya saya
Mungkin imej senja, awan dan alam
pemandangan senja semalam dimasai,johor.
+picsart
+realmi5i



 
Dikongsi dengan Hanya saya
Hanya saya
Mungkin imej langit
Kebesaran allah S.W.T petang td ada yg shoot jugak ker?
Hidup ini persinggahan
Sabarlah utk cabaran mendatang...
Jalan menuju pulang...
Vivo y20…
Lihat Lagi
Mungkin imej pokok, alam, awan dan senja
Anda dan 63 yang lain
10 Komen
1 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
10 Komen
Lihat 2 lagi komen
Semua Komen

KARYAKU DIBACA PENGHUNI RIMBA ITU MENDAMAIKAN
berkarya jangan kejar populariti
tapi mereka kata namaku tiada
dalam senarai nama penulis di malaysia
mahupun di Indonesia
mereka kata aku berlagak...
berlagak apanya namaku pun
mereka kata tak ada dalam senarai
dan kerana aku menulis bukan kerana populariti
kugunakan nama samaran
agar mereka tak terkesan di mana aku berada
biarlah aku berada di kalangan orang
yang benar -benar ikhas
terima karyaku
dan sudi menghargai karyaku
di lubuk hatinya
bukan untuk menjadi sanjungan
semua orang...
dan kucermin diri
karyaku
hanyalah karya picisan
tak sehebat mereka
makanya aku lebih suka
menyendiri di rimba ini
berkarya seorang-seorang
dan karyaku hanya
dibaca oleh penghuni rimba
itu lebih memberikan kedamaian hatiku
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
89 Oktober 2012
Suka
Komen


AKU MENULIS SELAGI MANA ALLAH SWT IZINKAN
Aku memang suka berkarya...
Tak kira pagi petang siang malam
Aku berkarya...berkarya...berkarya...tanpa jemu tanpa penat
Sebagai manusia biasa aku tak boleh memaksa diriku untuk tak berehat
Aku akur itu...bila dah tak mampu meneruskan baru aku berehat...
Dalam sesuatu topik yang hendak ditulis bukan mudah kerana bidang itu
Bukanlah aku arif untuk menulis...
Allah tak pernah mengecewakan aku
Idea datang di pemikiran
Aku syukur...syukur sangat....sangat....
Syukur Ya Allah Kau tak pernah biarkan aku tanpa ilham...
Kerana terlalu bersyukur padaNya aku menangis setelah habis aku berkarya
Mana tidaknya tanpaNya sebaris ayat aku tidak dapat menulis
TanpaNya satu ilhamku pun tak akan bertandang di pemikiranku
Kalau difikirkan secara lojik aku bukan pandai seperti orang bijak pandai
Tapi bagi Allah SWT jika DIA izinkan tidak perlu aku pertikaikan dan aku syukur
Kerana terlalu bersyukur aku berkarya...berkarya...
dunia karya yang amat mengujakan!
Jika tak berkarya jiwaku mati rasanya nafasku seakan sesak...
Apa saja yang bahan kubaca ...kudengar....kupandang...
semuanya sumber inspirasi dunia karyaku...
Dan aku cukup tak gemar jika yang aku baca itu berbaurkan menghina...
mengeji...membangga diri....
aku suka ilmu yang mendidik dan bukan mengajar....
jika mendidik ilmu terus lekat di hati....
jika mengajar mereka terlebih tahu segala ilmu
makanya ilmu yang ingin disampaikan pastinya akan disepikan...
Kerana terlalu taksub dengan duniaku aku hanya terima rakan-rakan fbku yang sentiasa memberi kerjasama sokongan dengan duniaku...
kalau dia membisu dan hanya sekadar teman fb tanpa memberi inspirasi dan menyepikan karyaku dan dia dengan dunianya seolah aku tiada wujud sebagai
rakan fbnya ...makanya aku terpaksa undur diri....
tapi bukanlah bermakna aku memutuskan talisiraturrahim
mereka semua sentiasa di hatiku...lagi pula sebelum persahabatan di alam maya aku sudahpun berterus terang kenapa aku begini taksub dengan duniaku....makanya setiap rakan fbku amat berharga lebih berharga daripada permata berharga...indahnya seperti indahnya pelangi di malam hari...sebagaimana mereka terima karyaku apa adanya dan aku akan
terimanya lebih adanya.
Selagi mana Allah SWT izinkan aku menulis
Aku akan terus menulis ....sehingga terhenti nafas terhentilah pena.
KARYA Ratu Rimba Niagara
1 April 2012
Aslina Idris, Rashid Kocai dan 1 yang lain

"SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN



INSYA-ALLAH DI SYURGA MENANTI
Rakan fbku
Kau adalah sahabat dunia akhiratku
Di kala aku terlena
Kau yang kejutkan aku dari lena
Agar aku bangun
Mengejar masa yang tertinggal
Masa yang tak akan dapat kuraih kembali
Terima kasih rakan fbku
Rakan fbku
Di kala aku berduka
Kaulah penyembuh dukaku
Dukaku kau rawat dengan benang kasih sucimu
Aku menangis hiba
Aku menangis syahdu
Aku menangis dalam sendu
Aku terharu
Sejujur terharu
Rakan fbku
Bagiku kau permata Syurga
Kiriman dari-Nya untukku Syukuri
Kau pelangi indah yang kutunggu-tunggu
Indahmu bagaikan pelangi di malam hari
Indah....indah....indah...
Terlalulah indah
Tak dapat dilafazkan dengan kata-kata
Melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Rakan fbku
Kehadiranmu kusambut
Dengan segala ketulusan jiwa kasih murni
Sesuci embunan pelangi cinta di pagi hari
Kerana hatimu suci murni bak embunan pelangi cinta
Rakan fbku
Kerana hadirmu adalah
Sumber inspirasiku berkarya
Agar aku dapat berkarya
Memuji Tentang Kebesaran Tuhan
Mahu mendalami pelbagai ilmu
Ilmu ....
Ketuhanan
Kerohanian
Kemanusiaan...
Kemanisan iman
Berkasih sayang kerana-Nya
Berukhuwah kasih kerana-Nya
Mengingati mati
Azab sengsara di alam barzah
Kenikmatan Syurga Firdausi ...
Makanya aku perlukan
Rakan fb ke arah
Ke jalan-jalan
Ke negeri Abadi...
Yang mana bila sudah sampai
Waktu dan ketikanya
Kita tak akan diberi peluang kali kedua
Untuk hidup di bumi semula
Subanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Aku tak mahu sampai
Aku menyesal yang sesungguhnya
Kerana nasi sudah menjadi bubur
Aku tak bisa dihidupkan kembali
Walaupun hanya sekadar ..
Mengucapkan Ya Allah...
Ya Allah ampunkan aku
Hidupkan aku semula
Biarpun aku meraung semesta alam
Biarpun aku menangis seluas samudera
Merayu...rayu...kepada Tuhanku...
Agar dapat dikembalikan semula ke bumi
Tapi rayuanku sudah terlambat untuk dikesali
Masa untuk kubertaubat sudah tamat....
Syukur Ya Allah....
Kau masih memberi aku kesempatan...
Pada waktu yang tersisa ini
Kau berilah aku kesempatan
Membawa sebanyak mana amal soleh
Yang Kau redhai
Itu saja yang aku dambakan pada-Mu
Ya Allah...
Dikala nyawa di kandung badan
Pintu taubat , Kau masih
Memberi aku peluang...
Makanya berilah aku peluang Ya Allah...
Belas Ehsanlah padaku Ya Allah...
Aku tahu jika nafas belum sampai di kerongkong
Kau akan terima taubatku
Setitis air mataku saja jika ikhlas merayu pada-MU
Dapat memadamkan api neraka-Mu
Allahu Akbar
Betapa Maha Pengasih Penyayang-Nya Engkau Ya Allah...
Amalanku sedikit
Rayuanku dengan tangisan hiba mahu pulang kepada-Mu
Kau terima tanpa mengira siapa aku....
Sesungguh-Nya
Akulah manusia yang paling rugi
Jika kesempatan hidup yang tersisa ini
Aku biarkan percuma tanpa perhatian-Mu Ya Alllah...
Makanya Ya Allah...
Izinkanlah aku berbuat segala amalan soleh
Bukan untuk dipandang manusia
Tapi hanyalah untuk mendapat keredhaan-Mu
Bantulah aku jika aku buntu
Bantulah aku jika aku dianiaya manusia yang mendengki
Mudahkanlah aku untuk ke jalan-jalan-Mu
Tanpa dihalang oleh sesiapa melainkan-Mu
Kerana hidup dan matiku sudah kuserahkan pada-Mu
Moga Kau makbulkan segala cita-citaku yang Kau Redhai
Aamiin Aamiin Amiin Ya Rabbal A'Lamin ...
Rakan fbku
Kerana hidup matiku hanyalah untuk-Nya
Dan tak akan kufikirkan masalah yang remeh temeh
Fikiranku hanya terfokus kepada matlamatku
Matlamat mencapai segala cita-citaku
Makanya aku sudi menjadi rakan fbmu
Niatku sentiasa baik padamu
Sayangku padamu kerana-Nya
Tolong tinggalkan aku
Jika kamu berniat tak baik padaku
Tolong tinggalkan aku jika kamu wujud tapi tak wujud difbku
Tolong tinggalkan aku jika kamu mahu menfitnahku
Tolong tinggalkan aku jika kamu sengaja mahu menyakitkan hatiku
Tolong tinggalkan aku jika kamu berdengki hati denganku
Tolong tinggalkan aku jika kamu jenis yang sibuk selalu
Tolong tinggalkan aku jika tak mahu berkomunikasi denganku
Jika kau tak mahu tinggalkan aku kerana sebab-sebab tertentu
Maafkan aku jika aku tinggalkan kamu...
Anggaplah kita bertemu kerana Allah
Kita berpisah kerana Allah juga...
Maaf...maaf ...maaf kupinta...
Andainya berpisahan terjadi jua...
Tak bertemu di alam maya
Insya-Allah di Syurga menanti....
Luahan rasa rakan fbmu,
Ratu Rimba Niagara
1 Muharram 1438H
2 Oktober 2016
"SALAM MAAL HIJRAH 1438H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
ERTI KEBAHAGIAAN DALAM BERSAHABAT DI ALAM MAYA
biarpun alammaya ini cumalah laman sosial
saja santaikan minda
canda...canda...
suka...suka...
tapi bagiku
terlalu serius
terutama laman fbku
medan juangku bersastera
segala pemikiran
segala idea
segala ilham
dicurah di laman fbku
yang ku namakan laman fbku
KERAJAAN RIMBA NIAGARA
AKU SEBAGAI RATU MEMERINTAH KERAJAAN RIMBA NIAGARA
rakyatku adalah rakan-rakan fbku
rakyatku tidaklah ramai
lebih kurang 20 orang saja
sebagai menyandang jawatan rakyat rimba niagara
mereka juga merangkap kesatria sastera RATU RIMBA NIAGARA
kesatria sastraku jika tidak aktif
malas untuk berbakti pada KERAJAAN RIMBA NIAGARA
akan dilucutkan kerakyatannya sebagai rakyat rimba niagara
kerana telah derhaka kepada Kerajaan Rimba Niagara
tidak mahu menyumbang bakti tanda kesetiaan kepada Kerajaan Rimba Niagara.
Andai mereka yang telah kulucutkan kerakyatan
janganlah berkecil hati atau marah....anggaplah ini sandiwaraku sandiwaramu
kita sama-sama sandiwara...kau dengan sandiwaramu kenapa mahu jadi rakyat rimba niagara dan aku dengan sandiwaraku menjadi RATU RIMBA NIAGARA
jadi kita sama-sama faham dan tidak akan kecil hati jika kita tidak memahami sandiwara masing-masing.
Hiduppun satu sandiwara....kita sebagai pelakonnya...kita hendak melakonkan watak yang disenangi atau tidak terpulang kepada kita tiada siapa yang memaksanya.
Semua hidup bermatlamat...
Waima pun bersahabat dalam fb...
Jika kita hendak berkawan dalam fb kita tanya diri kita terlebih dahulu
Adakah kita berkawan ini untuk saling membahagiakan atau saling melukakan
Jika kita rasa kita tidak dapat membahagiakan kawan kita saja canda-canda
Itu satu keputusan yang silap yang perlu diperbetulkan....
Agar kita tidak saling menyalahkan kawan kita....
Moga kita bisa menjadi seorang sahabat saling membahagiakan dan memahami
Kehendak sahabat kita jika kehendaknya boleh mewangikan silaturahim sampai ke kubur sampai ke Syurga. ITULAH SAHBAT ALAMMAYA SALING MEMBAHAGIAKAN KERANA MENJAGA HUBUNGAN SILATURRAHIM AGAR TIADA KERETAKAN...ITULAH SEBENARNYA ERTI KEBAHAGIAAN DALAM BERSAHABAT DI ALAM MAYA INI.
RATU RIMBA NIAGARA
1 Muharram 1438H
2 Oktober 2016
DENGAN PENUH KEINSAFAN AKU MEMOHON KEMAAFAN KEPADA SEMUA YANG MENGENALIKU DI ALAM MAYA ATAU DI ALAM REALITI KERANA AKU TAK MAHU MATI SEBAGAI ROH YANG RUGI TIKA BERTEMU TUHANKU.
AKU BUKANLAH ORANG YANG BAIK
TAPI AKU BERCITA-CITA MENJADI ORANG YANG TERBAIK
HUBUNGAN BAIK DENGAN ALLAH
HUBUNGA BAIK DENGAN MANUSIA
JIKA AKU BERBUAT BAIK TAPI DIBALAS RACUN AKU TETAP JUGA MEMBALAS DENGAN KEBAIKAN TANPA DENDAM DI HATI
JIKA MASIH LAGI TIDAK DISUKAI OLEH MANUSIA PADAKU AKU PERLU MUHASABAH DIRI KENAPA MANUSIA TIDAK SUKAKAN AKU...BARANGKALI AKU SEORANG YANG SOMBONG LAGI BONGKAK DENGAN MERASAKAN KESEMPURNAAN DIRIKU
MALANGLAH JIKA AKU BEGITU MANUSIA BENCIKAN AKU KERANA AKU MANUSIA YANG SOMBONG ..MEMANG PATUTLAH MANUSIA BENCIKAN AKU KERANA PAKAIAN SOMBONG ADALAH HANYA LAYAK UNTUK ALLAH SWT SAHAJA... DAN SYURGA TIDAK LAYAK BAGI MEREKA YANG SOMBONG LAGI BONGKAK..
DAN LEBIH AKU KUATIRI JIKA SEKIRANYA ALLAH JUGA MEMBENCI AKU KERANA AKU DIBENCI OLEH MANUSIA...
ALLAHU AKBAR BUMI MANA LAGI HENDAK KUTUMPANGKAN USIAKU YANG TERSISA INI....
JIKA SEBENTAR LAGI AKU DIPANGGIL TUHAN BERTEMUNYA PASTI AKU MENYESAL BILA ALLAH TAK SUDI TERIMA ROHKU ...
DAN DI KALA ITU ROHKU DICAMPAKKAN KE DALAM API NERAKA PALING HINA....ALLAHU...AKBAR.. AMPUNKAN AKU YA ALLAH KERANA AKU TIDAK MENJAGA HUBUNGAN BAIK DENGAN MANUSIA AKU MENERIMA AZAB YANG PEDIH....!!!!
SYUKUR AKU MASIH DIBERI KESEMPATAN ALLAH SWT UNTUK MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA MANUSIA YANG TELAH KUSAKITKAN HATINYA DEMI MENJAGA SILATURRAHIM DI ALAM MAYA MAHUPUN DI ALAM REALITI.
1 MUHARRAM 1438H YANG MULIA INI DAN SAMPAI AKHIR NAFASKU ...KU MENGHULURKAN SEPULUH JARI MEMOHON MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI KEPADA SEMUA SAUDARA SEISLAMKU DI ALAM MAYA INI ATAU DI ALAM REALITI SUDI MEMAAFKAN AKU AGAR AKU DAPAT MENJAWAB SOALAN DI KUBUR ....AGAR ALLAH SUDI MENERIMA ROHKU SEBAGAI ROH-ROH YANG DIMASUKKAN KEDALAM ROH-ROH YANG BERAMAL SOLEH KERANA-NYA AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'SAMPAI KAPANPUN AKU TETAP MINTA MAAF KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN ALAMMAYAKU KERANA AKU ADALAH INSAN YANG TIDAK SEMPURNA MAKA SUDILAH MAAFKAN AKU'
RATU RIMBA NIAGARA
1 MUHARRAM 1438H
2 OKTOBER 2016
BELAIAN KASIH PERTEMANAN TERHINGGA NILAINYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
Pradita Fia Bundaku sayang / parasmu yang cantik/melambangkan hatimu yang dermawan/kalimatmu yang menyejukan/ untaian kata yang selalu kurindu/ saat kugundah/percikan nadamu/bangkitkan hati yang terluka/ sejukan jiwa yang kerontang/ dan memberikan semangat/ seperti mentari yang tak bosan berkunjung....
MARI BERSAMA KITA KEJAR AKHIRAT
Sahabatku....
Doakan saja agar dia diberi pertunjuk dari-Nya
Lupakan setiap apa yang dilakukan ke atasmu
Hanya yang harus sahabat fikirkan sekarang
Adalah apa yang sahabat mahu dalam hidup ini
Jika semua sudah sempurna dimiliki dengan rasa syukur
Syukurlah sahabat masih lagi diberi kesempatan
Untuk mengumpul sebanyak mungkin
Bekalan untuk dibawa ke alam Abadi
Moga bekalan kita semua ada Nilaian Di Sisi-NYa Aamiin
Dan persahabatan kita yang suci murni ini
Dapat diteruskan hingga ke Syurgawi Aamin Ya Rabbal A'Lamin
"JIKA KITA KEJAR DUNIA... DUNIA AKAN TINGGALKAN KITA
JIKA KITA KEJAR AKHIRAT...DUNIA AKAN MENGIKUTI KITA"
RATU RIMBA NIAGARA
1 MUHARRAM 1438H
2 OKTOBER 2016
SALAM MAAL HIJRAH SALAM MUHARRAM 1437H MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SAHABAT YANG SENTIASA TERSANJUNG DI HATI.
"SALAM MAAL HIJRAH 1438H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
WWW

"JANGAN KITA CUBA MENGUBAH ARAH TUJU ANGIN
KERANA KITA TIADA DAYA UNTUK MENGUBAHNYA
KITA CUMA HANYA BOLEH MENGELAK ...
KITA UMPAMA NAKHODA YANG BOLEH MENGUBAH PELAYARANNYA UNTUK MENUJU KE DESTINASI DAN DESTINASI ITULAH AKHIRAT."
Hj Ridzuan Mustapha, Toki Alam dan 3 yang lain
1 Komen
1 Perkongsian
Kongsi
Allah Kekasih Awal dan Akhir . Moga di Syurga kita bersama dapat menatap Wajah Allah Yang Maha Sempurna Indah.Dapat memandang Wajah Allah adalah nikmat yang tak dapat dibandingkan dengan syurga. Itulah sebesar-besar nikmat dari Allah kepada setiap hambaNya yang beriman yang bergelar kekasihNya. Moga kitalah kekasihNya. Aamiin.
Hj Ridzuan Mustapha, Toki Alam dan 3 yang lain
1 Komen
1 Perkongsian
Kongsi
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku (29) dan masuklah ke dalam Syurga-Ku (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
Hj Ridzuan Mustapha dan 2 yang lain
2 Komen
Kongsi
SELUAS CINTA-NYA SELUAS SYURGA-NYA
Jalan ke Syurga terbentang luas untukmu
Sekiranya lorong jalan ke neraka kau tutup
Tuhan Maha Pengampun
Tuhan Maha Penyayang
Cinta-Nya sentiasa ada untukmu
Selagi cintamu pada-Nya Tempat Teratas
Jangan sesekali kau pandang hina pada dirimu
Berilah penghargaan buat diri sendiri
Kerana tiada siapa hendak menghargai dirimu
Kecuali dirimu sendiri
Hargailah nikmat
Daripada berbilion manusia yang melata di muka bumi ini
Kau dipilih sebagai umat Islam ..
Jika nikmat ini kau persiakan
Amatlah rugi kerana kau termasuk
Golongan yang munafik!
Makanya hargailah nikmat hidupmu
Barulah berarti hari kematianmu
Jalan-jalan ke Syurga
Terbentang luas untukmu
Seluas cinta-Nya seluas Syurga-Nya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
16 September 2012
ITULAH YANG TERZAHIR
apa yang kau zahir
apa yang ku zahir
itulah ilham dari Allah
kerana setiap yang baik itu
datang dari-Nya
jika apa yang kau zahir
tak seiring apa yang ku zahir
pandangannya berbeda
tapi matlamatnya tetap sama
mahu menuju ke jalan-jalan-Nya
itulah yang terzahir...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
16 Sept 2012
KRITIK BOLEH TAPI JANGAN SAMPAI MELUKAKAN HATIKU
Putri Melati Putri Rimba ~ Putri Rimba menulis tidak pakai logika. pakai angan2 jek. Teguran membina di katakan mahu menikam. Dapat apa tikam cik puan. Idea itu hadir dari jiwa masing2. Idea Intelek cukup dgn kata2 singkat, padat dan bernas. Namun penuh penghuraian mendalam makna. Bukan berjela namun hampeh.
Putri Kemboja Puan tak sedarkah yg apa yg puan tulis tu membingungkan? Genre apakah yg puan tulis? Syair, puisi, gurindam atau cerita pendek?
Putri Rimba Duhai Putri Melati ...
Putri Kemboja
biarpun kritikanmu pedih menikam kalbu...kurela andai itu
bisa membuatkan hatimu puas dan bahagia
Bahagiamu mengkritikku
bahagiaku akan terus bersastera sekalipun tak disenangi
oleh semua rakan sastera seperti kalian berdua
lagian aku sudah lali dihina dikutuk dikeji
gara-gara aku bersastera tanpa henti
Jika aku bersastera kerana manusia sudah lama aku berhenti
menulis, aku bersastera tanda aku bersyukur kepada-Nya yang mengurniakan aku ilham tanpa had tanpa henti dengan pelbagai tema...SUBHANALLAH dunia sastera yang kuminati dimakbulkanNya
Syukur Ya Allah
Karya Ratu Rimba Niagara,
11 Zulhijjah 1437H
13 September 2016
'Hatiku remuk apabila ada yang bilang dunia mayaku dunia fantasi
tak akan jadi realiti!
Bila tiba masanya akan kubuktikan bahawa dunia mayaku bukan fantasi tapi adalah realiti dengan izin-Nya jua...
'Tiada yang mustahil dengan izin Allah dan kadangkala di luar batas logik pemikiran manusia..Allahuakbar ..'
Mohd Noor to KITA SEMUA MILIK ALLAH SWT
February 21 at 10:37pm
"Aamiin"
MOGA ALLAH MENYATUKAN KASIHKU KASIHMU KERANA KASIH KAU DAN AKU TELAH SERASI SEJAK AZALI SERASI DI DUNIA SERASI DI SYURGA AAMIIN
TUJUH PETALA LANGIT TUJUH PETALA BUMI BERSAMA MEREALITIKAN CINTA-NYA
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI
INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN BAHAGIA UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
13 Oktober 2021


"SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

0 comments:

Post a Comment

 
;