SASTERA AMNUGERAH-NYA TERINDAH (167) PERTOLONGAN ALLAH AMAT DEKAT
BAGI ORANG YANG SABAR
Subhanallah
Aamiin
Aamiin
Aamiin
Aamiin
Aamiin
PANTUN KISAH PERSAHABATAN PALSU
Assalamualaikum duhai semua sahabat fbku,
Apa kabarmu di sana;
Moga bahagia selalu,
Salam kasih salam sayang untuk semua.
Di sini aku mula nak bercerita,
Bukan nak mengumpat bukan nak mengata;
Tentang sebuah kisah untuk dikongsi bersama,
Kalau ada pandangan aku ingin mendengarnya.
Bermula dengan seorang jiranku satu ketika dulu,
Namanya siti rohani kawan baikku;
Sikapnya buatkan aku bercelaru,
Bermuka manis di belakang mengumpat mengejiku.
Kami selalu bergelak ketawa bersama,
Hingga dikenali sebagai kawan hati sejiwa;
Tapi rupanya sekadar topeng belaka,
Tak sangkaku kenapa sampai hatinya.
Memang sifatku bertegur sapa dengan jiran di sekelililngku,
Bila bertemu bersalaman bertanya kabar;
Bercerita tentang ceramah di surau,
Bila cerita gembiranya hati tidak dapat digambar.
Kak Leha jiran yang sama ke surau,
Minta aku ajarkan mengaji untuknya;
Tanpa berfikir aku setuju kerana itu minatku,
Belajar bersungguh bersemangatnya Kak Leha.
Tepat masanya ku nantikan Kak Leha,
Kak Leha tak juga kunjung tiba;
Hatiku bimbang dengan tiba-tiba,
Mungkin Kak Leha sakit agaknya.
Tiba-tiba hatiku terasa pilu,
Kawan baik jiranku semuanya menjauhkan diri;
Tertanya-tanya aku kenapa mereka begitu,
Apa salahku kenapa aku dihukum begini.
Aku mengadu kepada Siti Rohani,
Siti Rohani memujukku agar bertabah hati;
Pujukan Rohani esakanku terhenti,
Syukurku punyai kawan sebaik Siti Rohani.
Kemesraanku dengan jiran-jiranku tidak seperti dulu,
Mereka telah menjauhkan diri dariku;
Mujurlah ada Siti Rohani yang sudi berkawanku,
Selalu memujukku dan menasihatikan aku.
Kutanya Siti Rohani kenapa mereka begitu,
Jahat sangatkah aku hingga mereka menjauhkan diri;
Yang peliknya Kak Leha pun begitu,
Rohani katakan adatlah manusia begini.
Setiap hari aku tertanya-tanya,
Kenapa semua jiranku terus menyepi;
Kepada Tuhan aku berdoa,
Supaya diberi kesabaran ujian yang kuhadapi.
Lama-lama aku sudah menjadi lali,
Tidak mempunyai ramai kawan seperti dulu;
Cuma ada kawan baikku Siti Rohani,
Namun kurindukan semua kemesraan seperti dulu.
Suatu hari aku berkenalan dengan jiran baru,
Dia buta punyai anak dua;
Berkawan dengannya sukanya hatiku,
Lauk-pauk yang kumasak kuberikan padanya.
Biarpun Ros buta aku suka berkawan dengannya,
Anak-anaknya selalu kubelikan coklat;
Berkawan dengan Ros hari-hari berbunga-bunga cinta,
Kuberdoa supaya hubungan persahabatan tidak menjadi kelat.
Tengah hari itu aku pergi ke rumah Ros,
Pergi bersama dengan Siti Rohani;
Menghantar lauk kegemaran Ros,
Ros menyambutku dengan suka hati.
Terperanjatku apabila Ros beritahuku,
Supaya jangan berkawan dengan Siti Rohani;
Kutanya Ros kenapa dia kata begitu,
Katanya Siti Rohani tidak ikhlas hati.
Aku tergelak-gelak untuk menahan sabar,
Kerana Siti Rohani ada di sebelahku;
Ros bercerita tidak sabar-sabar,
Siti Rohani mengatakan padanya perilakuku.
Kata Rohani padanya... jangan makan makanan yang kuberi,
Kerana makanan yang kuberi makanan yang sudah basi;
Elok terus dibuangkan saja jangan disimpan lagi,
Kusenyum dalam duka melihat Siti Rohani.
Siti Rohani tidak terkata apa,
Membisu dia seribu bahasa;
Kupujuk hati supaya tidak mengapa,
Setidaknya ku tahu Siti Rohani itu siapa.
Barulah ku tahu siapkah yang empunya angkara,
Hinggakan kawan-kawanku menjauhkan diri;
Rupanya kawan baikku sendiri empunya angkara,
Aku tak tahu kenapa busuknya hati Siti Rohani.
Syukurku kepada Tuhan Yang Maha Tahu,
Menunjukku siapakah Siti Rohani sebenarnya;
Di depan manis di belakang menikamku,
Tidak sangkaku kenapa sampai hatinya.
Selama ini aku amat menghargai persahabatan dengannya,
Kenapa dia setega itu denganku;
Kujalinkan persahabatan seikhlas hati dengannya,
Tapi apakah ini balasannya keikhlasan persahabatanku.
Aku terlalu kecewa dengan sikap Siti Rohani,
Menangisku pabila kenangkannya;
Moga aku tidak diketemukan kawan seperti Siti Rohani,
Mulut manis tapi amat busuk hatinya.
Moga Allah jauhkan aku dari persahabatan yang palsu,
Kata-kata manis tapi hati penuh beracun;
Persahabatan palsu buat hatiku pilu,
Moga persahabatan palsu ku ini menjadi pengajaran.
Kepada semua teman FB yang dihormati,
Terima kasih atas segala sapaanku;
Sampai sini pena terhenti,
Salam ceria dariku untuk semua teman fbku.
Karya Rha NS
21 November 2011
www
SURI PUNYAI CITA-CITA TINGGI
Suri adalah orang gaji baru bonda Fatimah.
Berasal dari Indonesia.
Seorang yang sangat rajin .
Semalam datang ke rumahku bersama bonda Fatimah.
"Suri gaji kau sebulan RM 500.00 kalau duit Indonesia berapa ye?" tanyaku
"Banyak tu kak..."
"Kau kata kau nak kerja 3 tahun di Malaysia sebagai pengurus rumah tangga...mesti duit kau banyak kan...kau nak buat apa duit yang sebanyak itu?"
"Saya mahu memiliki sebuah butik,"
"Bagus itu sekali cita-cita mu...jadi kau kena sabar dan tekun selama 3 tahun. Kau jangan kabur sudahlah ye..."
"Begoklah saya kalau saya kabur...susah-susah datang saya sini mahu kabur."
"Begok tu apa Suri."
"Begok tu bodoh!"
"Ha! Kau bilang aku bodoh?"
"Nggak begitu maksud saya...begok itu maksudnya bodoh!"
"Sekarang ni umur kau berapa ?"
"23 tahun."
"Kau kerja 3 tahun jadinya 26 tahun kau balik ke Indonesia ...buka butik...
waduh pasti kau sudah jadi kaya umur sebelum 30 tahun. Masa tu kau pasti punya mobil yang bagus...rumah pun yang bagus juga...."
"Bisa ke saya jadi macam tu..."
"Bisa kalau Allah izinkan...yang penting kau usaha, doa dan tawakal."
"Itu saya tahu...kalau dibilang sama orang pasti kata saya gila....kan kak..."
Suri tergelak ...aku uga tergelak.
"Janganlah kau bilang sama orang."
"Habis saya mahu bilang sama sapa?"
"Orang gila bilang sama orang gila jugalah barulah sama-sama faham.
Angan-angan akan menjadi kenyataan kalau kita berusaha...yakin itu Suri?"
"Iya...iyalah kak....Suri yakin Suri akan berjaya mencapai cita-cita Suri.."
"Amin Ya Rabbal A'Lamin."
Karya Rha NS
21 November 2011
ww
LIHATLAH OMBAK BULAN PUNGGUK
DI SITU ADA RINDUKU KE KAMU
percayalah
jika kamu lihat ombak
menderu-deru
itulah deruan rinduku ke kamu
jika kamu lihat bulan
di situ ada wajahku
melemparkan senyuman rindu untuk mu
jika kamu dengar pungguk berlagu
di situlah aku berlagu rindu
rindu serindunya pada mu
lirik lagu bila kurindu
kuseru namamu
di ombak rindu
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
21 November 2012
GERHANA CINTAKU
PELANGI CINTAMU
DALAM RESTU-NYA
Setangkai mawar yang kau kirimkan
Telah menceriakan hatiku yang gundah gulana
Yang tak pernah senyum dek kerana gerhana
Setangkai mawar merah kiriman ikhlas darimu
Ternyata membuatkan aku tersenyum pelangi cinta
Harumnya setangkai mawar merah kiriman mu itu
Seharum hatimu berbunga cinta suci
Kudupnya telah membuka
Gerhana cintaku sejak sekian lama bergerhana
Makanya sekarang
Kubisa menerima cinta suci murni
Hanya semata kerana-Nya...
Kerana-Nya kucinta kamu
Kerana-Nya kuterima apa adanya kamu
Moga Allah merestui
Ikatan kasih cinta suci kita
Abadi selamanya hingga ke Syurgawi
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
21 November 2012
BERTEMU DAN BERPISAH KERANA-NYA
Cinta dan rindu
Bagaikan irama dan lagu
Kerana cintalah datangnya sayang
Sayang pada Tuhan
Sayang pada diri sendiri
Sayang semua yang ada di langit dan di bumi
Itulah rindu kasih dan cinta
Yang perlu ada pada kita semua
Barulah kedamaian ada di kalbu
Dan kita saling mengerti
Kenapa kita di wujudkan di dunia ini
Saling menghargai
Saling berkasih sayang kerana-NYa
Insya-Allah Syurga milik semua
Yang berkasih sayang kerana-Nya
Bertemu dan berpisah kerana-Nya
Di Mahsyar Insya-Allah kitakan bertemu
Atas ikatan ikhlas setulus hati kerana-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
21 November 2012
MEMILIKI CINTA REDHA-NYA ILAHI
Jika kau mahu berlari ke pangkuanku
berarti kita sama-sama bersumpah setia
sehidup semati berusaha bersungguh-sungguh
seikhlas hati mencari jalan-jalan redha Ilahi
sebagai bekalan ke negeri Abadi ...
itulah pegangan tauhid yang perlu ada padmu padaku
sebelum di jemput pulang ke pangkuan Ilahi.
Jika itu ada terpasak di jiwamu di jiwaku...
Insya-Allah segala yang ada di langit dan di bumi mendoakan
hajatmu hajatku dalam memiliki cinta redha-Nya Ilahi.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
21 November 2012
PELANGI CINTA BERBUNGA SYURGA
Pabila rindu dendam
sudah terpadam
hilang segala cinta terpendam
yang ada derita di tungku hati remuk redam
api cinta terus terpadam
Keyakinan menghidupkan cinta
terlalu menyeksakan
ketabahan perlu
dengan adanya ketulusan hati
bercinta karena-Nya
pasti pelangi cinta
berbunga Syurga
terkuntum di kalbu
serinya dipelukan rindu
syahdu dalam gaun pengantin
bersuterakan
kiriman dari Syurga Ilahi
bahagia dinanti
di perdu rindu Syurga
bagaikan pengantin diRaja
dari Merak Kayangan
cantik jelita
rupawan tertawan
di sejadah cinta
Syukurlah pada Ilahi
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
21 November 2012
DIPAYUNGI NUR KASIH ILAHI
Dalam bicara kata yang bisu
Masih tercari-cari jawaban yang pasti
Menuju ke destinasi cinta berbunga rindu
Disulami cinta pasakan tauhid
Di kalbu pasrah dalam
Ketentuan takdir
Yang telah tercatat di Lauhmahfuz
Itulah jawapan yang pasti
Kuimani dalam lubuk hati
Dipayungi Nur Kasih Ilahi
RATU RIMBA NIAGARA
21 November 2012
wKUMILIK-MU TUHAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah aku mulakan berkarya
Ya Allah kurniakan aku ilham
yang membuatkan jiwaku tenang
setenang air di kali Syurga
menjadi ladang amalku
sedekah jariahku
saham akhiratku
semua-Nya ada nilaian di sisi-Mu
berkarya kerana-Mu
bukan mahukan pandangan manusia
tapi hanyalah pandangan-Mu
jika aku berkarya mahukan dipandang manusia
aku sombong dan bongkak
jika pandangan-Mu
membuatkan aku teruja
menulis terus menullis tentang
Kebesaran-Mu
Keagungan-Mu
Keesaan-Mu
segala urusan dunia akhir-Nya berpulang kepada-Mu jua
aku mahu pulang dalam bekalan amal yang Kau redhai
pulang bertemu-Mu dalam fitrah-Mu
seperti aku baru dilahirkan ke dunia
jika itu yang Kau Perkenankan
tenang jiwa dan rohku
pasti indah pertemuan Kau dan aku di kala itu
AAmiin AAmiin AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
"TIADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN DENGAN IZIN-MU JUA PADA-MU KUSANDARKAN SEGALA URUSAN DUNIA AKHIRATKU KERANA SEGALA-NYA MILIK-MU"
......................................................
kuMilik-Mu TUHAN
19 Syawal 1435H
15 Ogos 2014
Assalamualaikum shbt2...
Tegakkan tauhid....tebarkan sunnah...
MOGA ALLAH MENYATUKAN KASIHKU KASIHMU KERANA KASIH KAU DAN AKU TELAH SERASI SEJAK AZALI SERASI DI DUNIA SERASI DI SYURGA AAMIIN
TUJUH PETALA LANGIT TUJUH PETALA BUMI BERSAMA MEREALITIKAN CINTA-NYA
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI
INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN BAHAGIA UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
21 November 2021
0 comments:
Post a Comment