SENARAI AHLI PARLIMEN SABAH
P.167 KUDAT - Y.B. ABDUL RAHIM BIN BAKRI
P.168 KOTA MARUDU - Y.B. DATUK DR. JOHNITY @ MAXIMUS BIN ONGKILI
P.169 KOTA BELUD - Y.B. ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN
P.170 TUARAN - Y.B. DATUK WILFRED M. BUMBURING
P.171 SEPANGGAR -Y.B. ERIC MAJIMBUN
P.172 KOTA KINABALU - Y.B. HIEW KING CHEU
P.173 PUTATAN - Y.B. MAKIN @ MARCUS MOJIGOH
P.174 PENAMPANG - Y.B. TAN SRI BERNARD GILUK DOMPOK
P.175 PAPAR - Y.B. ROSNAH BTE HJ. ABDUL RASHID SHIRLIN
P.176 KIMANIS - Y.B. DATUK ANIFAH BIN AMAN
P.177 BEAUFORT - Y.B. DATUK SERI PANGLIMA HAJI LAJIM HAJI UKIN
P.178 SIPITANG - Y.B. DATUK SAPAWI HAJI AHMAD
P.179 RANAU - Y.B. DATUK SIRINGAN GUBAT
P.180 KENINGAU - Y.B. DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH PAIRIN KITINGAN
P.181 TENOM - Y.B. RAIMIE BIN UNGGI
P.182 PENSIANGAN - Y.B. TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP
P.183 BELURAN - Y.B. RONALD KIANDEE
P.184 LIBARAN - Y.B. JUSLIE BIN AJIROL
P.185 BATU SAPI - Y.B. Datin LINDA TSEN THAU LIN
P.186 SANDAKAN - Y.B. LIEW VUI KEONG
P.187 KINABATANGAN - Y.B. BUNG MOKTAR BIN RAHIN
P.188 SILAM - Y.B. SALLEH BIN KALBI
P.189 SEMPORNA - Y.B. DATUK SHAFIE BIN APDAL
P.190 TAWAU - Y.B. CHUA SUN BUI
P.191 KALABAKAN - Y.B. DATUK ABDUL GHAPUR BIN SALLEH
Unlike · · Unsubscribe · 2 hours ago
You, Emonk Si Pengemis-Handalan, Datuk Mohd Jeffry Rosman and
4 others like this.
Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam ..ini adalah jawapan
kepada soalan yang diminta oleh KOTAK HITAM...semoga
kita semua akan tahu siapakah ahli Parlimen kita mengikut
kawasan tempat kita tinggal..pihak admin akan
masukkan lagi DUN yang ada di sabah..sebanyak 60 YB..
2 hours ago · Unlike · 2 people
Rabeah Mohd Ali
Tahniah! Kepada TEGUR - Aduan Rakyat SABAH kerana
menyiarkan Nama YB-YB yang dipertanggungjawabkan
di kawasan masing-masing. Ini akan memudahkan
rakyat berhubung dengan YB tersebut dan setiap YB
akan bekerjasama di antara satu sama lain untuk
membantu menyelesaikan masalah . Jika ini jadi kenyataan
barulah seluruh rakyat Sabah akan rasa dihargai tinggal
di bumi bertuah Sabah dan secara tidak langsung merasai
berertinya Hari Malaysia & Kemerdekaan Negara
yang dikecapi selama ini!
14 minutes ago · Like · 1 person
Datuk Mohd Jeffry Rosman Terima kasih rabeah..
6 minutes ago · Like
Rabeah Mohd Ali Semoga impian seluruh rakyat Sabah
mempunyai YB2 yang memahami denyut nadi mereka menjadi
kenyataan dan datuk mohd jeffry rosman salah seorang
YB yang memahami susah senang rakyat Sabah. Tahniah datuk.
Moga Allah mengabulkan niat murni datuk kepada rakyat Sabah.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
about a minute ago · Like
(PETIKAN DARIPADA TEGUR - ADUAN RAKYAT SABAH)
12 Septermber 2011
Datuk Mohd Jeffry Rosman:
Terima kasih rabeah..itulah yg akan sama sama kita doakan
kerana kita mahukan kebaikan buat semua rakyat Sabah.
42 minutes ago · Like
Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin. Dengan adanya
group TEGUR - Aduan Rakyat Sabah bertambahlah artikel
blog saya. Terima kasih datuk kerana telah menambahkan
cetusan idea saya di bidang kemasyarakatan dan kepimpinan
yang telus dari kemurniaan hati seorang pemimpin yang
bergelar YB.
37 minutes ago · Like
Rabeah Mohd Ali Saya juga mengambil kesempatan ini memohon
maaf sekiranya ada terkasar bahasa dalam setiap karya yang
dihasilkan...di sepanjang disiarkan di group ini atau mana-
mana yang berkaitan. Jika ada yang tidak berkenan di hati
segera beritahu saya agar dapat diperbetulkan yang mana tidak
sesuai untuk siaran.
31 minutes ago · Like
Amir Anuar hmm... ada bbrp nama YB yg trsilap eja.begitu
juga dengan gelaran mereka. kasi betul dulu donk...hehe
30 minutes ago · Like
Rabeah Mohd Ali Apa ada pada nama....apa ada pada gelaran...
yang penting YB mesti memahami denyut nadi rakyat dan
menyelesaikan masalah rakyat tanpa mesti menunggu hingga
30 tahun ....bah....hihihi
25 minutes ago · Like
Amir Anuar gelaran & nama kenalah betul.supaya nampak yang
kita respek dengan tokoh-tokoh di atas. Bukan sekadar tangkap
muat jak. Tak dalah tokoh-tokah di atas terasa hati....
24 minutes ago · Unlike · 1 person
Muhammad Aqlan Bin Ltod tahniah datuk
24 minutes ago · Like
Rabeah Mohd Ali Kalau nama dah betul dan gelaran pun dah penuh....
kerja pun jangan tangkap muat juga....baru adil kan?
22 minutes ago · Like
Rabeah Mohd Ali Semua YB senang hati....rakyat Sabah pun suka hati...
bendera Sabah pun tersenyum riang!
20 minutes ago · Like
Amir Anuar macamana mana mau mengharap YB turun padang kalau nama &
gelaran yang dimasukkan tidak menggambarkan yang kita ni benar-benar
menghargai kehadiran mereka sebagai pemimpin?tak kiralah di pihak
kerajaan or pembangkang. lebih baik mengkritik selepas kenal
dengan identiti seseorang YB daripada mengkritik tanpa tahu siapa
yang dikritik....hehehe
19 minutes ago · Unlike · 1 person
Amir Anuar soal kerja tangkap muat? hal itu datang kemudian.tapi,
perkara asasnya- soal kita faham ka tidak isu yang mahu dibangkitkan &
kita tahu ka tidak siapa tokoh yang betul untuk kita ajukn pertanyaan..
kalau dah nama tokoh pun ke laut, apa yg nak diharap dengan respon
mereka....hehe
17 minutes ago · Unlike · 1 person
Rabeah Mohd Ali Apapun masalah rakyat Sabah harus diselesaikan segera
dengan cara bijaksana tak kira siapapun YB mereka daripada pembangkang ke....
atau kerajaan. Rakyat akan pilih YB yang memahami masalah mereka...
tak lama lagi pilihan raya...mana-mana YB yang tak faham dengan rakyat....
tinggallah YB dengan pangkat YBnya...
16 minutes ago · Like
Amir Anuar simple.kembali kapada persoalan asas.betulkan dulu nama
dan gelaran mereka...hehehe
16 minutes ago · Unlike · 1 person
Rabeah Mohd Ali Ye...pasti mereka betulkan segera...bah ...
saya cuma tukang cerita saja bah...hihihi
15 minutes ago · Like
Amir Anuar tunggu dan lihat dululah....hahahaha :-p
14 minutes ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
YB tak akan turun padang jika tak ada permaidani merah...
Rakyat kata ...permaidani merah tak boleh dibentangkan kerana
jalanraya tak ada tanah berlumpur berselut sama dengan bekalan
air di rumah mereka.
Makanya YB jadi bingung ...YB tidak hiraukan kakinya berlumpur
bertemu rakyat untuk merasai jerih perit rakyat yang sengsara
selama puluhan tahun lamanya.
Bila tiada lagi permaidani merah terhampar...
Kaki YB dipenuhi selut
Tepukan sorakkan rakyat menyambut kedatangan YB mereka
Lalu bersorak ....Terima kasih YB kami...
Kehadiranmu dinanti...
YB bagaikan pelangi mempelangikan hidup kami
Kami bangga dengan YB kami
Keranamu masalah kami selesai
Keranamu kami hargai kemerdekaan negara kami
Keranamu kami sayang negara kami
Keranamu kami bersyukur menjadi rakyat Sabah bumi Malaysia
yang bertuah ini!
2 minutes ago · Like
Ahmad Ridzuan Don bha... inbox saya jika terdapat kesilapan.. tq
11 hours ago · Like
Amir Anuar duii....hahaha.mo kerja mudah kaituh? :-p
usaha tangga kejayaan. hehehe
10 hours ago · Like
Dg Khatijah Datu Bachtiyal tahniah Don.. bah do your best with
this ADUAN RAKYAT SABAH..ada kaunter pertanyaan ka?... hehe..
4 hours ago · Like · 1 person
Ahmad Ridzuan Don ur wlc auntie.. hehe.. ada bha :)
about an hour ago · Like
Ahmad Ridzuan Don ajak kenalan masuk group ni ya auntie..
about an hour ago · Like
Bhaie Saab SPLENDID ARD THATZ MORE LIKE IT,WELL DONE
about an hour ago · Like
Yesterday at 2:09pm · Like
Jess Steve
Saya sebenarnya pasal politik ni kalau boleh tidaklah ambil pusing
sangat TAPI SUKA SAYA KONGSI DISINI...KALAU DARI POLITIK SABAH NI
SAYA DAH FOLLOW SEJAK UMUR 6 TAHUN LAGI ZAMAN BERJAYA TAHUN 1980
AYAH SAYA SEORANG PENYOKONG BERJAYA KALAU MASA MENGUNDI SELALUNYA
SAYA AMBIL PELUANG MENOLONG EMAK DIGERAI YANG DIBUKA SEMPENA PILIHAN
RAYA (LEBIH KURANG BAZAR RAMADHAN LAH KIRANYA..MUSIM PUASA SAJA ADA)
KADANGKALA KALAU AYAH BERKEMPEN UNTUK BERJAYA DI N5 TANDEK MASA TU
YB. HERWAN MALINGKA CALON BERJAYA (ANAK ANGKAT AYAH SAYA) vs
YB. SAIBUL SUPU PBS SAYA PUN DIBAWA SAMA MASUK KAMPUNG KELUAR KAMPUNG...
KATALAH APA NAMA KAMPUNG NYA...KG. MARION, KG. TG BATU DARAT, KG. TG
BATU LAUT, TARITIPAN, KG SALIMANDUT, KG NOLOTAN DAN BANYAK LAGI SILA
TANYA YB SEKARANG. LASIAH @ANITA BARANTING.iNI SEMUA MAMBUATKAN SAYA
MUNGKIN BERFIKIRAN SEMACAM SEKARANG.RASA SENTIASA DIPERBODOHKAN DAN
DIAMBIL KESEMPATAN MAKSUDNYA HAK SAYA SEBAGAI SEORANG RAKYAT DIAMBIL
KESEMPATAN.....tapi walau apa pun..sebagai seorang rakyat...saya rasa
terpanggil dan banyak isu...PERLU DIINGAT DISINI...SAYA BUKAN PEMBANGKANG...
(JAUH SEKALI NAK SOKONG PKR!!! DAP!! APATAH LAGI PASSSSSS!!!!)
Datuk Jeff kenal saya sangat rapat...SEBENARNYA KALAU NAK MENGADU
(NAMANYA PLATFORM NI DIPANGGIL ADUAN RAKYAT...) BANYAK SANGAT NAK ADU
DAN ADA KALANYA KALAU SESEORANG TU TAK GUNA AKAL FIKIRAN...ADUAN BUKAN
LAGI JADI ADUAN TAPI GADUH-GADUHAN...SEBAGAI SEORANG RAKYAT YANG CINTAKAN
NEGERINYA...KAWAN-KAWAN SEKALIAN......SAYA BANYAK PERGI KESEMUA TEMPAT...
DALAM NEGARA...LUAR NEGARA....SATU YANG SAYA NAK KONGSI......KITA BANYAK
KETERTINGGALAN.....BANYAK SANGATTTTTTT....TAK TAU, MUNGKIN KITA SEBAGAI
RAKYAT SABAH NI CUKUP UNIK...SEBAB SIKAP KITA TIDAK SUKA BERCAKAP BANYAK...
KALAU ADA UCAP TERIMA KASIH...KALAU TAK PUAS HATI...KITA CUMA BERCAKAP
DIKALANGAN KITA...MASA MENGUNDI...TAK PERNAH LEPAS...MENGUNDILAH JUGAK...
SOKONGGGG...SOKONGGGGG....SOKONGGGGGG...TAPI TAHUN KETAHUN...KITA KETINGGALAN...
NAK GAMBARKAN PUN SUSAH!!!!NAK CERITA PANJANG SANGAT...PALING BAIK KAWAN-KAWAN
KELUARLAH DARI SABAH...TAK USAH JAUH...PERGI SARAWAK....LIHAT SENDIRI...
KALAU SEMANANJUNG..SAYA NASIHATKAN KALAU UNTUK TUJUAN INI JANGAN PERGI
KE NEGERI YANG MAJU MCM SELANGOR..PERGILAH KE TERANGGANU (KEMAMAN). KALAU
TERANGGANU (KEMAMAN) NI KITA KATAKAN NEGERINYA KURANG MAJU...TAPI KITA
MASIH KETERTINGGALAN......JANGAN TENGOK BANGUNANNYA...KALAU SUDUT ITU MEMANG
SABAH MENANG!!! TENGOK DARI SUDUT PELUANG PEKERJAANNYA!!!!!...BILA BALIK..
AMBIL SATU KERTAS..TULIS APA YANG KITA TIDAK ADA DISABAH.....KAWAN-KAWAN
SEKALIAN AKAN DAPAT JAWAPAN.....SEBAB TU SAYA BERANI KATA...SEBENARNYA KITA
KITA TERTINGGAL JAUH...NAK TAHU BERAPA JAUH..LEBIH 10 TAHUN KEBELAKANG!!!!!
SEBENARNYA KITA TAK PERGI JAUH DARI TAHUN 1980 KE 2011......MEMANG KITA
ADA BANGUNAN....JALAN RAYA ( YANG TAK KETENTAUN)...SEKOLAH-SEKOLAH BARU...
KEMUDAHAN ELEKTRIK (KALAU KEMUDAHAN ELEKTRIK DARI TANDEK KE PITAS...
SAYA RASA LEWAT 90AN BARU ADA...20TH DARI MASA SAYA IKUT AYAH BERKEMPEN...)
DAN BANYAK LAGI...TAPI KAWAN-KAWAN...KITA JANGAN MENIPU DIRI SENDIRI...
KITA KETERTINGGALAN SEBENARNYA!!!! BANYAK ISU!!!BANYAK HAL!! BANYAK PERKARA!!!
NAK TANYA APA? SAYA TAK PERLU JAWAP...KEJUJURAN KAWAN-KAWAN SENDIRI PADA
DIRI SENDIRI AKAN MEMBERI JAWAPAN....
12 hours ago · Unlike · 1 person
Jess Steve
LEPAS TU...PANDANG CERMIN....TANYA DIRI KITA..BERCAKAP DENGAN DIRI SENDIRI...SEJAUH MANA KITA TERTINGGAL...SEJAUH MANA KITA GUNA HAK KITA...SEJAUH MANA PEMIMPIN KITA MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAP YANG KITA BERIKAN KEPADA MEREKA MELALUI UNDI YANG KITA BUAT SETIAP PENGGAL...KITA BUAT ADUAN...DAN KENA INGAT SETIAP ADUAN KITA ITU ADALAH MERUPAKAN SATU PERMINTAAN KEPADA SETIAP HAK KITA..HAK SEBAGAI ANAK NEGERI YANG MANA NENEK MOYANG KITA PERNAH BERTUMPAH DARAH UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK KITA DARI SEGALA PERAMPAS HAK KITA (KATAKAN SAJALAH SIAPA MEREKA..BRITISH, JEPUN, PENYANGAK, PENCURI, PENGADAI BANGSA...)....DAN KITA JANGAN LUPA...KITA YANG BERUMUR 37TH INI... 40TH LAGI MUNGKIN SUDAH TIDAK ADA...DAN TANYA DIRI KITA SAMBIL MEMANDANG WAJAH ANAK-ANAK KITA YANG SEDANG TIDUR....PADA MASA INI LAH WAJAH PENUH PENGHARAPAN ANAK-ANAK INI KITA DAPAT LIHAT...,SELAMI SETIAP HEMBUSAN NAFAS MEREKA..DENGAR SETIAP DEGUPAN JANTUNG MEREKA..DAN.....TANYA DIRI KITA PADA SAAT ITU..KETIKA ITU..APABILA KITA SUDAH MENINGGALKAN MEREKA...APA YANG KITA TINGGALKAN KEPADA MEREKA...ADAKAH SELAMA INI KITA SUDAH MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAP KITA MEMPERTAHANKAN HAK MEREKA...MEMASTIKA MEREKA TIDAK AKAN TERPINGGIR, MENGEMIS,KEBULURAN,DIPERBODOHKAN DAN KEHILANGAN HAK, DITANAH TUMPAH DARAH MEREKA... ATAU YANG PALING TIDAK DIINGINI...ADAKAH MEREKA AKAN MENJADI PENINDAS!!!MEMPERBODOHKAN ORANG LAIN!!!PERAMPAS HAK ORANG LAIN!!!!DAN YANG PALING TERUK.....PENGADAI BANGSA DAN TANAH TUMPAH DARAH HANYA DISEBABKAN KUASA DAN WANG RINGGIT.....
11 hours ago · Like
Jess Steve KAWAN-KAWAN...KITA KENA BERUBAH...BUKAN UNTUK KITA...SEBAB MUNGKIN KITA SUDAH TERLAMBAT UNTUK MENIKMATI HASIL PERUBAHAN...TETAPI UNTUK GENARASI KITA YANG AKAN DATANG....KITA PASTIKAN YANG KITA SENTIASA MELANGKAH KEHADAPAN...TETAPI JANGAN LUPA SETIAP SATU LANGKAH KITA KEHADAPAN ITU ADALAH DISEBABKAN PENGAJARAN SETIAP LANGKAH KITA DIBELAKANG YANG KITA TINGGALKAN...
11 hours ago · Like
Jess Steve KITA TIDAK ADA PEMIMPIN SEPERTI ITU...
11 hours ago · Like
Rabeah Mohd Ali Sebenarnya ada...cuma kita yang terlepas pandang Jess Steve
about an hour ago · Like
Rabeah Mohd Ali
Salam rabeah, amin alhamdulillah..saya terlalu menghargainya
kerana perjuangan saya selama ini mendapat tempat di mata rabeah..
saya hanya seekor semut kecil atau lebih afdal digelar peri kecil
yang sedang mencari langkah untuk melangkah..apapun saya tak akan
hampakan niat serta permintaan rakyat demi memperjuangkan hak-hak
asasi rakyat sabah..insyaAllah saya tetap akan berdiri dilandasan
aspirasi mereka semua..biar badai datang melanda nama mahu tewas
hanya pada sang pencipta kita sahaja..tetapi selagi boleh ,
saya akan terus ke hadapan seiring dengan semua rakyat tercinta...
terima kasih wahai rabeah..
"PETIKAN DARIPADA KATA-KATA SEORANG PEMIMPIN SABAH AGAR TERJAWAB PEMIMPIN YANG KUMAKSUDKAN DALAM SETIAP KARYAKU ...INI BERERTI PEMIMPIN YANG DIHARAPKAN MEMBELA NASIB RAKYAT SABAH WUJUD BUKAN FANTASI...DUHAI JESS STEVE!"
about an hour ago · Like
Bhaie Saab P191.KALABAKAN BLH KA KITA ADUH DI SINI/WAJAR KA? ATAU MCM MNA CARA-SILAKAN
about an hour ago · Like
Rabeah Mohd Ali
Jika sekiranya antara rakyat dan pemimpin saling senada seirama dalam membela nasib rakyat maka pembangunan akan dikecapi oleh generasi kini dan akan datang.
Ku bukan rakyat Sabah tapi terpanggil untuk menabur bakti melalui karyaku biarpun ku sedar siapa aku di mata kalian telalu kerdil untuk membicara hal ehwal negeri Sabah dan rakyatnya.
Maafkan sekiranya kehadiran karya-karyaku di sini tapi percayalah kuberkarya bukan untuk mempopularkan namaku tapi demi kasih sayangku pada rakyat Sabah dan negaraku yang tercinta.
59 minutes ago · Like
Rabeah Mohd Ali
SALAM KEMERDEKAAN KE-54 MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA
Salam Kemerdekaan Untuk Negaraku Tercinta,
Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
Tersenyum megah penuh bangga,
Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.
Kau tak pernah erti kalah,
Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
Di mana pun berada kau berkibar megah,
Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.
Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
Semangat rakyatnya terus membara-bara,
Menjadikan realiti impian 1Malaysia.
Salam Kemerdekaan untuk Datuk Seri,
Semoga Kemerdekaan ini membawa pengertian;
Jasamu sentiasa mewangi di hati,
Perjuangan terdahulu hingga kini masih diteruskPan.
Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
Membela nasib rakyat di mana saja berada,
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
Sehati senada sejiwa saling memahami,
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
Yang difikirkan keamanan negara ini,
Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.
Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.
Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.
Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
Buat Negaraku Malaysia tercinta:
Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.
Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-54 ini kuberjanji,
Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
Moga kau tidak akan disakiti lagi,
Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.
Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
Moga kau sentiasa gembira selalu;
Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.
Karya Rha NS
1 Ogos 2011
(Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
Malaysia Ke-54)
DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK:
SEMUA RAJA DI MALAYSIA
SEMUA PEMIMPIN MALAYSIA
TEGUR ADUAN RAKYAT SABAH
YOUTH ONE STOP CENTRE
SEMBANG-SEMBANG POLITIK TERKINI
SEMUA RAKYAT SABAH & MALAYSIA YANG CINTAKAN NEGARA
DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
BLOG: bukukreatifpatriotik.blogspot.com
BLOG: sasterakuduniaku.blogspot.com
50 minutes ago · Like
Rabeah Mohd Ali Syair Bapa Kemerdekaan
Tunku Abdul Rahman
Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Disambung oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta.
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang,
Menceroboh masuk terus meradang;
Tunku memikir merasa bimbang,
Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita,
Ingin berkuasa merebut tahta;
Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban,
Mempertahankan negara habis-habisan;
Nyawa di badan jadi taruhan,
Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman,
Perjuanganmu menjadi kenangan;
Kau gugur dalam kemenangan,
Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.
Tungku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya: Rha NS
31 Ogos 2011
6 minutes ago · Like
Rabeah Mohd Ali SYAIR PEJUANG RAKYAT MALAYSIA
Tersebutlah kisah suatu cerita,
Malaysia negaraku yang tercinta;
Rakyat pelbagai kaum hidup bersama,
Merealisasikan impian demi Negara.
Saling menghormati bersatu hati,
Tolong menolong amalan murni;
Tiada rasa berdengki hati,
Semua kerana Malaysia dicintai.
Melayu Cina India dalam perpaduan,
Bersatu hati merealisasi impian;
Berganding bahu bersama kerajaan,
Jadi realiti Negara berperlembagaan.
Jika Negara kucar kacir,
Nasib rakyat sentiasa tercicir;
Kerajaan dibina menjadi hancur,
Angkara rakyat selalu engkar.
Ingatlah peristiwa 13 Mei,
Rusuhan kaum sentiasa diingati;
Berpadulah demi Malaysia disayangi,
Agar 13 Mei tidak berulang kembali.
Kalau diingat perjuangan Tunku,
Perjuangannya tak pernah jemu;
Kemerdekaan dicapai gembiranya Tunku,
Biarpun mengharungi perjuangan berliku.
Tunku Abdul Rahman seorang bijaksana,
Menuntut kemerdekaan gunakan minda;
Bijak berkomunikasi terpegunnya mereka,
Mereka istiharkan Malaysia Merdeka.
Begitu juga berbincang dengan komunis,
Tunku bincang dengan cara harmonis;
Hinggakan mengalah ketua komunis,
Menjadi legenda kenangan manis.
Pemimpin berjiwa rakyat itu yang dimahu,
Biarpun lama rakyat menunggu;
Sabar menunggu tak pernah jemu,
Asalkan pembelaan rakyat tertunai itu dimahu
Bukan tak ada pemimpin berjiwa rakyat,
Sentiasa ikhlas mengurus masyarakat;
Jiwa kental sentiasa muafakat,
Berkorban apa saja demi rakyat.
Rakyat susah pemimpin ambil peduli,
Pemimpin bersara rakyat hargai;
Rakyat dan pemimpin bersatu hati,
Barulah aman Negara ini.
Rakyat dan pemimpin seia sekata,
Apa masalah rakyat dikongsi bersama;
Masalah diatasi dengan bijaksana,
Barulah rakyat dan pemimpin boleh bekerjasama.
Kesusahan rakyat masalah pemimpin,
Selagi tak selesai pemimpin fikirkan;
Sanggup berpening memikirkan,
Asalkan masalah rakyat dapat diselesaikan.
Permintaan rakyat untuk rakyat,
Pemimpin usulkan di Dewan Rakyat;
Didengari semua wakil Rakyat,
Apabila tertunai sukanya rakyat.
Rakyat Malaysia harus bersatu,
Demi kerana Malaysia yang satu;
Negara aman berkat bersatu,
Syukur generasi kini dan terdahulu.
Sama-sama merealisasikan impian,
Majunya Malaysia dalam pemodenan;
Semua rakyat saling memahami dalam perpaduan,
Demi kerana Malaysia mencapai kecemerlangan.
Karya: Rha NS
13 Mei 2011
4 minutes ago
Datuk Mohd Jeffry Rosman salam rabeah, saya amat hargai segala
sumbangan rabeah kepada semua group kerana itulah caranya..
dan saya memohon dr rabeah untuk mengupas isu air dikudat itu
secara prolifik..saya akan berhubung dgn MP Kudat iaitu Datuk
Abd Rahim Bakri secepat mungkin sebagai jawapannya yg masih
menghantui org kudat..
23 minutes ago · Like
Rabeah Mohd Ali Waalaikummussalam ...terima kasih kepada datuk
kerana memahami apa yang ingin saya sampaikan. Saya tidak dapat
memberi penerangan secara terperinci mengenai masalah air rakyat
yang berada di kudat. Justeru saya memohon jasa baik datuk berhubung
terus dengan rakan facebook saya Awang Karim Kadir kerana dia lebih
arif mengenai masalah ini. Saya cuma memahami apa yang diluahkan
rakyat kudat melalui wall facebook saya saja.
15 minutes ago · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA YANG DIRAIKAN PADA 16
SEPTEMBER 2011 MASALAH YANG DIHADAPI RAKYAT KUDAT DAPAT DISELASAIKAN
SETELAH MENAHAN KESABARAN SELAMA 30 TAHUN DAN MEMBUAT ADUAN SUDAH
30 TAHUN MENANTI KEPUTUSAN MANA TAHU AKHIRNYA BERJAYA ADUAN MEREKA
DITERIMA KERAJAAN MEMERINTAH! BARULAH HARI MALAYSIA INI BERERTI BAGI
MEREKA! TERIMA KASIH YB DAN KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT DALAM
MENYELESAIKAN ISU AIR RAKYAT KUDAT SABAH.
7 minutes ago · Like · 1 person
PETIKAN DARIPADA TEGUR ADUAN RAKYAT SABAH DISIARKAN UNTUK DIAMBIL
PERHATIAN OLEH SAHABATKU AWANG KARIM KADIR. MOGA PENANTIAN 30 TAHUN
ISU AIR BERAKHIR SUDAH. AMIN YA RABBAL A'LAMIN.
Sunday at 2:30pm · Like
(PETIKAN DARIPADA WALL AWANG KARIM KADIR RABEAH MOHD ALI)
4 hours ago · Like · 2 people
Like · · Unfollow Post · 4 minutes ago near Petaling Jaya
(PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
25 Disember 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment