Sunday, 25 December 2011

GURINDAM ANTARA RAJA DAN RAKYAT JELATA

Ampun Tuanku Sembah Patik Harap Diampun
Di sini patik mengucapkan jutaan terima kasih
yang tidak terhingga kerana kesudian Tuanku
membalas Kad ucapan Hari Raya Aidilfitri dan
Ucapan Kemerdekaan Ke-54 negara tercinta.

Terharu rasa hati patik tak dapat hendak
diungkapkan dengan kata-kata kerana
siapalah patik...
Tapi itu semua tidak Tuanku pentingkan.

Terbukti sudah kesemua Raja-Raja Di Malaysia
begitu prihatin dan sayangkan semua rakyat baginda
tidak sama sekali membeza-bezakan siapa pun rakyat,
baginda terima dengan penuh kasih sayang
antara Raja dengan kesemua rakyat baginda.

Selama ini yang ada di benak pemikiran rakyat
antara Raja-Raja dengan rakyat ada jurang perbezaan
Darjat Kebesaran kerana ada rasa jurang perbezaan
darjat kebesaran hubungan rakyat dengan raja renggang
Hakikatnya tidak begitu duhai rakyat Malaysia!

Hati nurani semua Raja sememangnya mengasihi rakyat
jelata tanpa ada rasa membezakan siapa pun rakyat
yang menaungi negeri jajahan baginda rela berkorban
demi rakyat dan negara tercinta, kesusahan rakyat
dan derita rakyat baginda terpanggil untuk menghulurkan
bantuan.

Negara ditimpa bencana alam ...baginda turut merasai
penderitaan rakyat yang ditimpa musibah baginda bantu
terdaya mampu kesusahan rakyat kesusahan baginda juga.

Kesempurnaan hidup rakyat dan kesejahteraan negara
tercinta ini sentiasa diikuti dan dalam perhatian semua
Raja-Raja. Bilamana rakyat dan pemerintah tidak bersatu hati
tentunya kegusaran di hati baginda Sultan kerana hanya
yang difikirkan melainkan keamanan negara tercinta!
Baginda mahu tiada jurang antara rakyat, pemimpin dan Raja.

Ampun Tuanku Daulat Tuanku
Sembah patik harap diampun
Semuanya bersatu hati mengekalkan Kemerdekaan Negara Tercinta

Makanya keamanan negara tercinta ini
sentiasa dalam perhatian semua Raja-Raja di Malaysia

Semangat patriotik Ke Bawah Duli Tuanku
amat rakyat jelata kagumi
rakyat jelata bersumpah setia dan
akan taat setia kepada kesemua Ke bawah Duli Tuanku
keperihatinan ke Bawah Duli Tuanku kepada semua rakyat
di Malaysia membuatkan kesemua rakyat jelata terharu
dan menghargai kasih sayang Ke Bawah Duli Tuanku.

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan Ke-54
Malaysia Negara Tercinta ini ..Rakyat Malaysia kesemuanya mengaku
akan taat setia kepada kesemua Raja-Raja Di Malaysia sepertimana
Yang termaktub dalam Rukun Negara Yang Kedua ,
"KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA"

DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Karya Rha NS
13 September 2011
(Diilhamkan Bersempena Meraikan Sambutan Hari Malaysia &
Kemerdekaan Malaysia Ke-54 Pada 16 September 2011)

DISIARKAN TERISTIMEWA UNTUK:

SEMUA KE BAWAH DULI TUANKU DI MALAYSIA
TUAN YANG TERUTAMA NEGERI SABAH, SARAWAK MELAKA DAN PULAU PINANG
PERDANA MENTERI DAN SEMUA MENTERI
SEMUA PARTI KERAJAAN DAN PEMBANGKANG
TEGUR ADUAN RAKYAT SABAH
SEMBANG-SEMBANG POLITIK TERKINI
YOUTH ONE STOP CENTRE
DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
BLOG: bukukreatifpatirotik.blogspot.com
BLOG: sasterakuduniaku.blogspot.com
Semua Rakyat Malaysia Yang Cintakan Negara!

Like · · Unfollow Post · Yesterday at 10:05am near Petaling Jaya

(PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI
25 Disember 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;