Sunday 25 December 2011

YB TURUN PADANG TANPA PERMAIDAI MERAH

Rabeah Mohd Ali:

YB tak akan turun padang jika tak ada permaidani merah...
Rakyat kata ...permaidani merah tak boleh dibentangkan kerana
jalanraya tak ada tanah berlumpur berselut sama dengan bekalan
air di rumah mereka.

Makanya YB jadi bingung ...YB tidak hiraukan kakinya berlumpur
bertemu rakyat untuk merasai jerih perit rakyat yang sengsara
selama puluhan tahun lamanya.

Bila tiada lagi permaidani merah terhampar...
Kaki YB dipenuhi selut
Tepukan sorakkan rakyat menyambut kedatangan YB mereka
Lalu bersorak ....Terima kasih YB kami...
Kehadiranmu dinanti...
YB bagaikan pelangi mempelangikan hidup kami
Kami bangga dengan YB kami
Keranamu masalah kami selesai
Keranamu kami hargai kemerdekaan negara kami
Keranamu kami sayang negara kami
Keranamu kami bersyukur menjadi rakyat Sabah bumi Malaysia
yang bertuah ini!

Karya Rha NS
25 Disember 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;