'SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1435H''
Ratu Rimba Niagara shared a status.
CINTA KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD S.A.WCINTA KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Kau dilahirkan
untuk memberi
Rahmat Sekalian Alam
Berpekerti mulia
menempuh segala cabaran
dan dugaan semata-mata
untuk menyebar
Agama Suci Allah
Berkorban apa saja
demi umat sezamannya
dan akhir zaman
Sambil berdiri, duduk dan
berbaring sentiasa
mengingati umatnya
mencintai umatnya
sepenuh hati
sepenuh jiwa
Masya-Allah!
Sentiasa berdoa pada Tuhan
agar umatnya mati dalam
ucapan kalimah
LaaillaahaillAllahMuhammadaRasullullah
Risaunya Nabi terhadap umatnya
hingga nafas terakhir
menyebut-nyebut umatnya
‘Umatku! Umatku! Umatku!
Duhai Kekasih Allah
Nabi Muhammad S.A.W
Biarpun telah tiada jasadmu
Budimu…
Pengorbananmu…
Cintamu kepada umatmu
akan dikenang…
dihargai dan
disanjung tinggi hingga
ke akhir hayat kami
Kami tahu kau mencintai kami
ketika berdiri… duduk dan berbaring
hingga ke akhir hayatmu
Amatlah rugi dunia akhirat!
malang dunia akhirat!
Jika kami tidak membalas cintamu
Wahai Nabi Allah
Kekasih Allah
Sebagai balasan cintamu
pada kami umatmu
kami akan menjadi
pewaris setiamu
menyebarkan dakwahmu
Al-Quran dan Hadis
yang kau tinggalkan
untuk kami umatmu
Selawat untukmu
wahai kekasih Allah
terimalah kami
menjadi kekasihmu
sebagaimana kau
menjadi Kekasih Allah
Moga dengan cinta kami ini
dapatlah kami keberkatan
cintamu di dunia
Di Padang Mahsyar
mendapat Syafaatmu
AAmin Ya Rabbal A’lamiin
'SALAM MALIDURRASUL 12 RABIULAWAL 1435H'
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Rabiulawal 1435H
14 Januari 2014M
(PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MEMPERINGATI HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD SAW DAN MENGHARGAI PERJUANGAN BAGINDA RASULULLAH DALAM MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM SEHINGGA TERSEBAR LUAS DI SERATA DUNIA MOGA BERKAT KITA BERTALISIRATURRAHIM ATAS DASAR 1 UMMAH 1 AKIDAH KITA MATI DALAM HUSNUL KHOTIMAH MENDAPAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW DI PADANG MAHSYAR DAN BERSAMA DI SYURGAWI MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN)
0 comments:
Post a Comment