Wednesday, 15 January 2014

'SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1435H DARIPADA DYMM YANG DIPERTUAN AGONG XIV SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH'


'SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1435H DARIPADA DYMM YANG DIPERTUAN AGONG XIV SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH'
Alhamdulillah, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2014M berlangsung dengan penuh penghayatan di Masjid Putra, Putrajaya pagi tadi. DYMM Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah telah berkenan merasmikan sambutan tahun ini yang bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Saya berharap umat Islam di Malaysia menghayati titah Baginda yang menyeru kita semua agar sentiasa memperkukuh persaudaraan sesama kita.

Alhamdulillah, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2014M berlangsung dengan penuh penghayatan di Masjid Putra, Putrajaya pagi tadi. DYMM Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah telah berkenan merasmikan sambutan tahun ini yang bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Saya berharap umat Islam di Malaysia menghayati titah Baginda yang menyeru kita semua agar sentiasa memperkukuh persaudaraan sesama kita.


  • You and 15,855 others like this.
  • Ratu Rimba Niagara SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1435H'

    ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH

    ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
    MOGA CINTA DAN KASIH INI
    MENGUNDANG RINDU MEMBARA
    TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
    HINGGA KE AKHIR HAYATKU
    MENCINTAI-NYA
    DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
    SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
    DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW 
    DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA 
    MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH 
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    'SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1435H'

    RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    12 RABIUALAWAL 1435H
    14 Januari 2014M
    January 14 at 12:12pm
  • Ratu Rimba Niagara CINTA KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD S.A.W

    Kau dilahirkan
    untuk memberi 
    Rahmat Sekalian Alam

    Berpekerti mulia
    menempuh segala cabaran
    dan dugaan semata-mata
    untuk menyebar 
    Agama Suci Allah 

    Berkorban apa saja 
    demi umat sezamannya
    dan akhir zaman

    Sambil berdiri, duduk dan 
    berbaring sentiasa
    mengingati umatnya
    mencintai umatnya
    sepenuh hati
    sepenuh jiwa
    Masya-Allah!

    Sentiasa berdoa pada Tuhan
    agar umatnya mati dalam
    ucapan kalimah
    LaaillaahaillAllahMuhammadaRasullullah

    Risaunya Nabi terhadap umatnya
    hingga nafas terakhir
    menyebut-nyebut umatnya
    ‘Umatku! Umatku! Umatku! 

    Duhai Kekasih Allah
    Nabi Muhammad S.A.W
    Biarpun telah tiada jasadmu
    Budimu…
    Pengorbananmu…
    Cintamu kepada umatmu
    akan dikenang…
    dihargai dan
    disanjung tinggi hingga 
    ke akhir hayat kami

    Kami tahu kau mencintai kami
    ketika berdiri… duduk dan berbaring 
    hingga ke akhir hayatmu

    Amatlah rugi dunia akhirat!
    malang dunia akhirat!
    Jika kami tidak membalas cintamu
    Wahai Nabi Allah
    Kekasih Allah

    Sebagai balasan cintamu
    pada kami umatmu
    kami akan menjadi
    pewaris setiamu
    menyebarkan dakwahmu
    Al-Quran dan Hadis
    yang kau tinggalkan
    untuk kami umatmu

    Selawat untukmu
    wahai kekasih Allah
    terimalah kami
    menjadi kekasihmu
    sebagaimana kau
    menjadi Kekasih Allah

    Moga dengan cinta kami ini
    dapatlah kami keberkatan 
    cintamu di dunia
    Di Padang Mahsyar
    mendapat Syafaatmu
    AAmin Ya Rabbal A’lamiin

    'SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1435H'

    Karya Ratu Rimba Niagara
    12 Rabiulawal 1435H
    14 Januari 2014M
    (PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MEMPERINGATI HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD SAW DAN MENGHARGAI PERJUANGAN BAGINDA RASULULLAH DALAM MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM SEHINGGA TERSEBAR LUAS DI SERATA DUNIA MOGA BERKAT KITA BERTALISIRATURRAHIM ATAS DASAR 1 UMMAH 1 AKIDAH KITA MATI DALAM HUSNUL KHOTIMAH MENDAPAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW DI PADANG MAHSYAR DAN BERSAMA DI SYURGAWI MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
    January 14 at 12:13pm ·
  • Ratu Rimba Niagara SALAM RABI'ULAWWAL 1435H
    BIODATA RASULULLAH SAW
    NAMA :
    Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib.
    TARIKH LAHIR : 
    Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah.
    TEMPAT LAHIR :
    Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah.
    Gelaran: AL AMIN
    Pengasuh Pertama:
    Ummu Aiman
    Ibu Susu Pertama:
    Thuwaibatul Aslamiah
    Ibu Susu Kedua:
    Halimah As Saadiah
    Isteri-Isteri Rasulullah :
    1] Khadijah bt Khuwailid.
    2] Aisyah bt Abu Bakar.
    3] Hafsah bt Umar.
    4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
    5] Hindun bt Umaiyah.
    6] Saudah bt Zam'ah
    7] Zainab bt Jahsy.
    8] Zainab bt Khuzaimah
    9] Maimunah bt Harith.
    10] Safiyah bt Huyai.
    Anak-Anak Rasulullah :
    1) Qassim
    2) Abdullah
    3) Ibrahim
    4) Zainab
    5) Ruqaiyah
    6) Ummi Kalthum
    7) Fatimah Az Zahra'
    Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
    (Riwayat Al Sajary daripada Anas)
    SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H . ✅
    Perpanjangkan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada
    NABI MUHAMMAD SAW.
    By Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari
    January 14 at 12:17pm ·
  • Ratu Rimba Niagara Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
    (Riwayat Al Sajary daripada Anas)
    SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H . ✅
    Perpanjangkan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada
    NABI MUHAMMAD SAW.
    By Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari, Ratu Rimba Niagara & Indahnya Islam
    January 14 at 12:21pm
  • Ratu Rimba Niagara MOGA BERSAMA KITA DI SYURGA FIRDAUSI MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    الله الله الله يا الله

    لا إله إلاَّ الله محمد رسول الل

    لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ

    سُبْحَانَ اللَّهِ ♤ ♣ الْحَمْدُ للَّهِ ♤ ♣ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ♤ ♣ اللَّهُ أَكْبَرُ♤ ♣

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

    أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله

    ~آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ~

    INDAHNYA BERSATU DALAM SATU KALIMAH
    LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

    SENTIASA MUHASABAH DIRI
    MENGINGATI SAKARATULMAUT YANG PASTI HAMPIRI
    SETIAP MASA MENUNGGU ARAHAN DARI ILAHI
    ADAKAH AKU MASIH BEGINI
    MASIH LEKA DENGAN DUNIAWI
    MASIH SALING DENGKI MENDENGKI
    MASIH TAK SEDAR DIRI
    MASIH MENGADU DOMBA SESAMA SENDIRI
    TAK TAKUT MATI
    DATANG SEBENTAR LAGI
    BERGELAR MAYAT YANG AKAN DIKUBURI
    APA YANG HENDAK DIJAWAB NANTI
    SOALAN KUBUR YANG DITANYAI
    TERKELU LIDAH MAYAT TUK MENJAWAPI
    GAGAL DIJAWAB PASTI MERANA DIRI
    MENANGIS TAK GUNA DIRATAPI
    SELAUTAN AIR MATA DARAH TIADA ERTI LAGI
    MERAUNGLAH UNTUK DIHIDUPKAN KEMBALI
    TIDAK AKAN DIPERKENANKAN ILAHI
    SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT UNTUK DIKESALI
    MANA ADA MAYAT DIHIDUPKAN KEMBALI
    MEMBERITAHU BETAPA SAKITNYA SAAT MATI
    MENGGIGIL MENJAWAB SOALAN KUBUR BILA DITANYAI
    BETAPA AZAB SENGSARANYA SEKSA KUBUR AMAT DITAKUTI
    MENYESAL TIADA BERGUNA LAGI
    RATAPILAH I DIPUKUL DIPALU SEHINGGA SANGKAKALA BERBUNYI

    INDAHNYA BERSATU DALAM SATU KALIMAH
    LAA ILLAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

    SENTIASA MAHU MENJAGA TALISIRATURRAHIM
    SALING BERSATU HATI
    SALING BEKERJASAMA DALAM MEMBUAT KEBAJIKAN
    BERBAGI KELEBIHAN KURNIAAN ILAHI
    TANPA ADA NIAT UNTUK BERBANGGA DIRI
    YANG ADA HATI SEMURNI SYURGA
    MEMBANTU SELAGI DAYA
    DALAM PENUH BERBELAS KASIHAN
    TANPA HARAP DIBALASI BUDI YANG DIBERI
    MELAINKAN MENGHARAP REDHA ILAHI
    KETIKA ROH KELUAR DARI JASAD
    TELAFAZLAH KALIMAH
    LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    INDAHNYA DI KALA PERTEMUAN ROH DENGAN ALLAH ROBBUL IDZATI
    HANYA DIA YANG TAHU DI KALA ITU RAHSIA ROH DAN ILAHI

    ITU SEMUA BERKAT KITA TAHU ILMU MAKRIFATULLAH
    DALAM SEGALA PERKARA SEMUANYA BERSENDIKAN KALIMAH
    LAA ILLA HAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
    INDAHNYA BERSATU DALAM KALIMAH
    LAA ILLA HAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

    MOGA BERSAMA KITA DI SYURGA FIRDAUSI MEMANDANG ALLAH AZZAWAJALLAH
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    'HIDUP ADALAH MIMPI
    MATI ADALAH REALITI
    MAKA KITA REALITIKAN AKHIRAT
    AGAR MENJADI FOKUS SEBENAR KITA BERHIDUP DI MUKA BUMI INI
    SEMOGA DENGAN RAHMAT KASIH-NYA KITA BERSAMA DI SYURGA FIRDAUSI MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH ITULAH REALITI-NYA YANG KITA IMPIKAN MENJADI KENYATAAN ' AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'

    'SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1435H'

    RATU RIMBA NIAGARA
    12 Rabiulawal 1435H
    14 Januari 2014M

    *PUISI INI DITULIS MUHASABAH DIRIKU SENDIRI UNTUK
    PERSIAPAN DI HARI ROH KELUAR DARI JASAD DAN KUKONGSI/BERBAGI
    KEPADA YANG SUDI MENDENGARI TANDA KUKASIH KUSAYANG SEMUANYA LILLAHI TAALA.

  • Saturday, 1 June 2013

    DAULAT TUANKU SELURUH WARGA PDRM MENGUCAPKAN SELAMAT HARI KEPUTERAAN KEPADA YANG DI PERTUAN AGONG XIV


    DAULAT TUANKU: Ketua Polis Negara dan seluruh warga PDRM mengucapkan Selamat Hari Keputeraan yang ke-86 kepada Yang Di Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Semoga negara terus aman dan sentosa di bawah pemerintahan Tuanku. Daulat Tuanku.
    DAULAT TUANKU: Ketua Polis Negara dan seluruh warga PDRM mengucapkan Selamat Hari Keputeraan yang ke-86 kepada Yang Di Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Semoga negara terus aman dan sentosa di bawah pemerintahan Tuanku. Daulat Tuanku.
    Unlike · ·  · Yesterday at 2:24pm ·

    • You and 2,304 others like this.
    • Jay Mahendran Thevar DAULAT TUANKU....
    • Sue Suriyanii Daulat tuanku .
    • SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

      Ampun Tuanku bicara patik harap diampun...
      Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
      patik dari Rimba Niagara
      dan wakil dari seluruh Rakyat Rimba Niagara
      mengucapkan selamat menyambut
      Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Peruan Agong Ke- 14
      Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah
      moga Tuanku dan seluruh rakyat Malaysia...
      DiRahmati Allah Azzawajallah Aamiin

      Ampun Tuanku bicara patik harap diampun...
      Tuanku Yang Di Sanjungi Lagi Dihormati,
      patik mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kerana
      di sepanjang Tuanku Memerintah Malaysia...
      rakyat Malaysia hidup dalam aman dan damai
      dan bersyukur dengan nikmat rezeki Kurniaan Allah Azzawajallah
      di bumi bertuah Malaysia dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa
      terkecuali, pemerintahan Tuanku yang adil lagi saksama kepada
      rakyat Malaysia membuatkan setiap rakyat Malaysia rasa dihargai dalam
      penuh kesyukuran kerana diKurniakan Allah SWT seorang Raja yang
      taat kepada Allah SWT dan amat utamakan kepentingan rakyat baginda.

      Ampun Tuanku bicara patik harap diampun...
      Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati...
      Pemerintahan Tuanku yang penuh kasih dan sayang
      kepada rakyat Malaysia menjadi idola kepada semua Raja-Raja Melayu
      yang ada di Seluruh Rumpun Melayu Nusantara.
      Moga Rahmat dan Kasih Allah Robbul Idzati
      DiLimpahi ke atas Tuanku sekeluarga dan seluruh rakyat Malaysia.
      Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

      Dengan Ingatan tulus ikhlas daripada patik:
      Ratu Rimba Niagara @ Puteri Nilam Purnama
      Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
      MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
      1 Jun 2013

      PANTUN PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

      Sekalung tahniah di atas pertabalan,
      Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang di-Pertuan Agong;
      Rakyat 1Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
      Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.

      Yang di-Pertuan Agong ke-14 berjiwa rakyat,
      Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
      Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
      Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diRedhai.

      Masalah rakyat masalah baginda juga,
      Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
      Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,

      Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
      Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
      Rakyat sentiasa berterima kasih,
      Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.

      Agong kami Raja yang penyayang,
      Sayangkan rakyat sayangkan negara;
      Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
      Saling bantu membantu demi negara tercinta.

      Raja dan rakyat berpisah tiada,
      Sehati sejiwa mempertahankan negara;
      Rakyat 1Malaysia mempertahankan institusi di-Raja,
      Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.

      Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

      Karya Ratu Rimba Niagara
      13 Disember 2011
      (Bersempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14 Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah)

      PANTUN SULTAN & TYT KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA

      Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Agong berwibawa,
      Memerintah negara adil saksama;
      Rela berkorban demi rakyat tercinta,
      Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

      Sultan Kelantan berhemah tinggi,
      Memerintah Kelantan adil saksama;
      Rakyat Kelantan takkan rugi,
      Raja dan rakyat berkerjasama.

      Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
      Kepentingan rakyat amat dirasai;
      Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
      Sejak generasi dahulu hingga kini.

      DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
      Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
      Budi disemai Allah berkati,
      Moga amalan dibalas di akhirat nanti.

      Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
      Kebajikan rakyat amat diutamakan;
      Bertuah sungguh rakyat Pahang,
      Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.

      Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
      Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
      Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
      Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.

      Pemangku Sultan Kedah amat dihormati,
      Menabur budi tidak terhingga;
      Ke mana pergi rakyat mentaati,
      Rakyat Kedah amat berbangga.

      Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
      Kepentingan rakyat amat dijaga;
      Masalah rakyat diberi perhatian,
      Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.

      Sultan Kelantan berhemah tinggi,
      Memerintah Kelantan adil saksama;
      Rakyat Kelantan takkan rugi,
      Raja dan rakyat berkerjasama.

      Institusi di-Raja dekat di hatiku,
      Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
      Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
      Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.

      Negeri Terengganu pesat membangun,
      Di bawah pemerintahan Raja penuh kebijaksanaan;
      Tuanku Mizan suka beramal kebajikan,
      Kepada rakyat Terengganu tidak pernah dilupakan.

      Bertuah sungguh rakyat Sabah,
      Punyai TYT yang amat memahami;
      Denyut nadi rakyat Sabah,
      Maju Sabah dan dihormati.

      TYT Negeri Sarawak baik budi,
      Semua rakyat Sarawak menyayangi;
      Tutur kata sebaik budi,
      Akan dikenang hingga ke mati.

      Melaka negeri penuh bersejarah,
      Diperintah oleh TYT yang berkarisma;
      Ramai pelancong datang berhijrah,
      Menjadi Pusat Perlancongan Sejarah yang ternama.

      Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Abdul Rahman Abbas,
      Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang;
      Berjiwa patriotik dan berhati ikhlas,
      Memerintah Pulau Pinang penuh kasih dan sayang.

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      1 Jun 2013
      (KARYA DISIARKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH PADA 1 JUN 2013 UNTUK TATAPAN SEMUA RAJA & RAKYAT SENUSANTARA TERCINTA)

    Saturday, 1 June 2013

    DAULAT TUANKU SELURUH WARGA PDRM MENGUCAPKAN SELAMAT HARI KEPUTERAAN KEPADA YANG DI PERTUAN AGONG XIV




    DAULAT TUANKU: Ketua Polis Negara dan seluruh warga PDRM mengucapkan Selamat Hari Keputeraan yang ke-86 kepada Yang Di Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Semoga negara terus aman dan sentosa di bawah pemerintahan Tuanku. Daulat Tuanku.
    DAULAT TUANKU: Ketua Polis Negara dan seluruh warga PDRM mengucapkan Selamat Hari Keputeraan yang ke-86 kepada Yang Di Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Semoga negara terus aman dan sentosa di bawah pemerintahan Tuanku. Daulat Tuanku.
    Unlike · ·  · Yesterday at 2:24pm ·

(PETIKAN DARIPADA WALL POLIS DIRAJA MALAYSIA (ROYAL MALAYSIA POLICE & RATU RIMBA NIAGARA)
1 Jun 2013
(PETIKAN PAGE PERDANA MENTERI MALAYSIA YAB DATO' SERI NAJIB RAZAK, RATU RIMBA NIAGARA, GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA)
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
12 Rabiulawal 1435H
14 Januari 2014M

0 comments:

Post a Comment

 
;