KUNTUMAN BUNGA SASTRA DIRAJA KUKIRIMKAN PADAMU
DUHAI KEKANDA DIRAJA YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRAT
DUHAI KEKANDA DIRAJA YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRAT
RAKAN ALAMMAYAKU KAU SUMBER INSPIRASIKU BERKARYA MOGA ALLAH SWT MERAHMATIMU AAMIIN
SEJAMBAK BUNGA SASTERA KUKIRIMKAN DI ANGIN LALU KEPADA SEMUA
PEMINAT KARYA SASTRA RATU RIMBA NIAGARA TANDA UCAPAN TERIMA
KASIH DAN SYUKUR PADA-NYA DIKURNIAKAN PEMINAT YANG SETIA .
PEMINAT KARYA SASTRA RATU RIMBA NIAGARA TANDA UCAPAN TERIMA
KASIH DAN SYUKUR PADA-NYA DIKURNIAKAN PEMINAT YANG SETIA .
@jlknhq juga sedia menggerakkan ahli-ahli @officialbskn bagi membantu warga emas/wanita mengangkut air ke rumah mereka#KrisisAir
Insyaallah diharapkan bantuan seumpama ini dapat meringankan beban penduduk yang telah penat serta tertekan dengan masalah #KrisisAirselama ini
Ini melibatkan pihak ATM, Lembaga Lebuhraya Malaysia, SYABAS, MKN, PSKLM & Jabatan Kerajaan Tempatan bagi menyelaras bantuan#KrisisAir
Saya, @mpkotabelud & @PetraJayaMP telah bersetuju menggerakkan anggota dan aset di bawah Kementerian masing-masing ke kawasan-kawasan mengalami #KrisisAir
ATM bersedia mengatur gerak 9 trak Water Browser yang setiap 1nya berkapasiti 10K liter pada bila-bila masa kepada penduduk yang memerlukan @1Mindef #KrisisAir
PBT (agensi @kpkt_gov) bersedia menggerakkan anggota & asetnya jika bantuan ATM & Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya tidak mencukupi#KrisisAir
Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya (agensi @MOWorks) bersedia menggerakkan 6 water browser berkapasiti 5-15K liter ke kawasan-kawasan kritikal #KrisisAir
MELAYU ITU PENDATANG - DORIS JONES
1. Selepas meneliti daripada hujah-hujah yang dibangkitkan oleh saudari Doris Jones, kami daripada Team Nusantara The Patriots mendapati terdapat beberapa kepincangan fakta dan salah penghujahan yang menarik perhatian kami untuk menegur.
2. Kami mendapati bahawa saudari Jones adalah dalam percubaan untuk mengatakan seperti berikut bahawa Melayu ini adalah pendatang, tidak wujud, Hujah saudara dalam dua lingkungan, iaitu mengenai bidang L...Continue Reading
1. Selepas meneliti daripada hujah-hujah yang dibangkitkan oleh saudari Doris Jones, kami daripada Team Nusantara The Patriots mendapati terdapat beberapa kepincangan fakta dan salah penghujahan yang menarik perhatian kami untuk menegur.
2. Kami mendapati bahawa saudari Jones adalah dalam percubaan untuk mengatakan seperti berikut bahawa Melayu ini adalah pendatang, tidak wujud, Hujah saudara dalam dua lingkungan, iaitu mengenai bidang L...Continue Reading
MELAYU ITU PENDATANG - DORIS JONES
1. Selepas meneliti daripada hujah-hujah yang dibangkitkan oleh saudari Doris Jones, kami daripada Team Nusantara The Patriots mendapati terdapat beberapa kepincangan fakta dan salah penghujahan yang menarik perhatian kami untuk menegur.
2. Kami mendapati bahawa saudari Jones adalah dalam percubaan untuk mengatakan seperti berikut bahawa Melayu ini adalah pendatang, tidak wujud, Hujah saudara dalam dua lingkungan, iaitu mengenai bidang Linguistik dan Parameswara, serta dengan mengatakan bahawa budaya-budaya Melayu hari ini adalah budaya cedokan.
3. Kami juga tidak mahu masuk campur mengenai perdebatan antara saudari dan Jamil Hassan. Kita hanya mahu membidas hujahan saudari mengenai bangsa Melayu, terdapat banyak kepincangan yang sangat menyayat hati dan sadis.
4. Pertama, saya ingin mengulas mengenai istilah “Borneo–Philippine languages” dan “Western Malayo-Polynesian languages” yang cuba dibangkitkan oleh saudari. Pertama saudari cuba mengatakan bahawa sesunguhnya bahasa Kadazan-Murut bukannya termasuk dalam kategori Malayo –Polynesian(saya percaya cubaan ini adalah untuk menidakkan kaitan bahasa Kadazan-Murut dan Bahasa Melayu).
5. Saudari kemudiannya meletakkan di mana bahasa Kadazan-Murut adalah dalam kategori Borneo-Philipines languages atau lebih dikenali sebagai Western Malayo-Polynesian. Cuma saya pelik, bagaimana saudari boleh menidakkan Malayo-Polynesian dalam penulisan saudari, kemudian tiba-tiba mengaitkannya dengan bahasa Western-Malayo Polynesian. Tak nampak ke perkataan “WESTERN MALAYO-POLYNESIAN” itu. Bagaimana saudari menolak kemudian mengaitkan dengan bahasa yang sama?
6. Tahukah saudari bahawa Austronesian adalah sebuah keluarga bahasa yang sangat luas. Di bawah Austronesian, terdapat beberapa buah keluarga kecil seperti Malayo-Polynesian, Rukai, Tsou, Puyuma?
7. Dalam Malayo-Polynesian itu sendiri terdapat sub-keluarga bahasanya tersendiri. Sebagai contoh, keluarga kecil Batanic, keluarga kecil bahasa-bahasa untuk di Borneo, Philipine merujuk kepada bahasa-bahasa di Filipina, dan juga Nuclear Malayo-Polynesian. Jadi, mahu atau tidak, bahasa-bahasa pribumi Borneo tetap duduk di bawah keluarga Malayo-Polynesian itu sendiri.
8. Saya tak faham bagaimana saudari cuba mengkasifikasikan umur sesuatu bahasa itu berdasarkan hujah yang sebegitu singkat? Apakah kerana tiada istilah seperti itu dalam bahasa Melayu mengatakan bahawa bahasa Melayu adalah tidak tua? Saudari pernah mendengar istilah BAHASA MELAYU-KUNO? Bagaimana saudari boleh mengukur usia sesuatu bahasa dengan menggunakan istilah-istilah daripada bahasa Melayu yang telah moden, yang menerima banyak pengaruh dari pelbagai tamadun lain? Saya mohon saudari mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu Kuno terlebih dahulu, sebelum membuat kesimpulan sedemikian. Tidak ilmiah langsung! Saya jangkakan analisis secara jitu ke dalam semua kota kasa bahasa Melayu kuno, dan pengukuran dari segi sejarah. Tetapi malangnya hanya jawapan kosong dari pihak saudari.
9. Saya tak nampak di mana apa salahnya kalau bahasa Melayu mempunyai campuran bahasa asing? Saudari tidak kenal bagaimana sifat TAMADUN MELAYU itu. Tamadun Melayu adalah sebuah TAMADUN MARITIM. Kami membangunkan pelabuhan-pelabuhan hebat sejak zaman LANGKASUKA lagi. Sehinggakan semenanjung Tanah Melayu menjadi pertemuan pedagang-pedagang dari Tamadun tamadun lain dunia.
10. Kemudian, di zaman Srivijaya dan Melaka, pelabuhan kami menjadi sebuah tumpuan dunia. Semua catatan daripada China, Parsi Arab menceritakan mengenai Empayar Melayu Srivijaya dan Empayar Melaka sehinggakan dikatakan Venice di Itali tidak dapat menandingi kekayaan Melaka.
11. Nah,sekarang cuba bandingkan dengan orang Kadazan Dusun yang tinggal di lembah pantai dan pedalaman?Adakah orang Kadazan Dusun pada zaman dahulu PERNAH MENGUASAI JALURAN PERDAGANGAN ASIA TENGGARA DAN BERINTERAKSI SECARA BESAR BESARAN dengan tamadun luar sepertimana orang Melayu? Jadi,peminjaman kosakata bahasa dari tamadun lain itu adalah satu perkara biasa dan semestinya akan terjadi,jika sesebuah tamadun itu membuka pintu mereka terhadap tamadun lain.
12. Tak hairanlah di mana sebuah Tamadun yang menjadi sebuah penemuan tamadun-tamadun dunia yang lain seperti China, Rom, Parsi, India, akhirnya menerima pengaruh bahasa-bahasa asing. Sebagai contoh, Bahasa Inggeris menerima banyak pengaruh dari seluruh dunia. Bahasa Turki mempunyai sebanyak 40 peratus pengaruh bahasa-bahasa luar.Tahukah saudari,Bahasa Inggerislah yang paling banyak mencedok kosakata bahasa-bahasa lain berbanding bahasa Melayu.
13. Saudari dilihat begitu bersungguh-sungguh cuba mengaitkan bahasa saudari dengan Filipina. Kononnya Filipina cuba menuntut Sabah atas alasan bahawa mereka serumpun dengan bahasa Western Polynesian. Ada dua kepincangan dalam hujah saudari ini.
14. Pertama, tujuan tuntutan Filipina bukan sebab bahasa atau serumpun, tetapi kerana Sabah pernah berada di bawah Kesultanan Sulu. Betulkan dulu fakta saudari dulu. Oh ya, saya ada satu berita buruk untuk saudari.
15. Ketika Revolusi Filipina melawan penjajah dulu, tahukah bahawa Jose Rizal sebenarnya tidak pun menggunakan istilah RUMPUN DAYAK, RUMPUN BORNEO-FILIPINA atau seumpama dengannya tetapi membangkitkan semangat berdasarkan istilah RUMPUN MELAYU!
16. Sila baca buku yang ditulis mengenai Jose Rizal oleh orang Filipina sendiri, iaitu Pride Of The Malay Race. Jose Rizal dipetik pernah berkata bahawa BANGSA FILIPINA HARUS memasuki satu ruang lingkup rumpun Melayu. Kemudian, Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya” menyokong gagasan yang mula dicadangkan oleh Jose Rizal.
17. Tak cukup dengan itu, pada tahun 1879, parlimen Haiwaii dengan bantuan Maharaja Abu Bakar, Sultan Johor pada ketika itu telah mengusulkan satu usul yang bertajuk, “Penyatuan Dunia Melayu.”
18. King Kalākaua, Raja Kerajaan Hawaii yang masih belum berada di bawah jajahan Amerika pada ketika itu, merupakan antara orang yang mencadangkan penyatuan tersebut. Katanya. Bangsa Melayu yang meliputi daripada Kepulauan Pasifik sehinggalah ke Kepulauan Melayu di Asia Tenggara haruslah bersatu membentuk Pan-Malay Unity, dan kesatuan itu diharap mampu mengelak daripada penjajahan.
19. Tambah mengagumkan, ketika itu Maharaja Abu Bakar sempat menghadiahkan senaskah Al-Quran kepada King Kalakua dan isterinya serta anak perempuannya, Queen Emma dan Princess Pauahi. Saya tak nampak pun tokoh-tokoh di atas cuba menggunakan istilah yang didakwa oleh saudari, tetapi sebaliknya BANGGA DI GELAR BANGSA MELAYU.
20. Saya tidak nampak tujuan apa yang cuba dibangkitkan oleh saudari dalam menceritakan agama Hindu-Buddha yang dipeluk oleh orang Melayu dulu. Ada apa dengannya? Oh ya, nak tegur sikit. Macam mana boleh wujud istilah Indonesia itu dulu, bagaimana orang Melayu boleh dipanggil sebagai orang Indonesia atau orang India sedangkan istilah itu adalah diberi oleh penjajah pada zaman moden. Ini mana dapat fakta ni? Mimpi?
21. Hujah seterusnya daripada saudari cuba mengatakan bahawa Melayu adalah pendatang. Hujah sadara adalah Parameswara yang lari daripada Majapahit. Boleh saya ketawa membaca hujah ini? Parameswara adalah sebenarnya PUTERA SRIVIJAYA. Dari mana datangnya MAJAPAHIT ni?
22. Sebenarnya saudari orang Melayu tidak ada di sini pada awal 1300 Masihi, orang Melayu sudah wujud sejak ribuan tahun lalu. Melaka bukannya kerajaan pertama orang Melayu. Biar saya senaraikan kepada saudari.
23. Sebenarnya,kerajaan Melayu telah lama wujud di Semenanjung Melayu sebelum ketibaan Parameswara lagi.Buktinya,wujud negara negara kota Melayu yang wujud di Semenanjung Melayu seperti Kedah Tua(Kataha),Chih Tu(Tanah Merah),Gangga Negara,Beruas,Grahi,Tambralingga,Tun Sun dan lain lain lagi.Kerajaan Langkasuka telah wujud di utara Semenanjung Tanah Melayu sejak abad ke 2 Masihi,dan kerajaan Sridharmaraja yang terletak di Segenting Kra yang pernah menguasai Semenanjung Melayu sejak abad ke 11.
Sriwijaya?..Usah ditanya identiti kerajaan ini kerana semestinya merupakan empayar thalosokrasi Melayu yang terulung di Asia Tenggara dan bahagian timur dunia pada masa itu.Kerajaan ini pernah menguasai Sumatera,Semenanjung Melayu dan Borneo pada sekitar abad ke 7 hingga 11.Parameswara hanyalah pewaris empayar Kadatuan Malayu Sriwijaya yang berjaya menyambung legasi Sriwijaya dengan penubuhan kerajaan Kesultanan Melaka.
Parameswara dan orang Melayu tidak boleh dianggap pendatang kerana sebelum itu,terdapat penempatan dan kerajaan Melayu yang wujud di Semenanjung Melayu sebelum itu.Dan oh ya,di Semenanjung ada Orang Asli seperti Jakun,Semai dan Senoi,sekaligus membuktikan bahawa orang Melayu ini memang sebenarnya pendatang?
Saudari,kajian terbaru menunjukkan yang Melayu memang adalah kaum peribumi di Semenanjung Melayu malahan di Asia Tenggara.Kaum Melayu mengikut kajian linguistik terbahagi kepada dua kelompok,iatu Melayu Proto dan Melayu Deutro.Melayu Proto atau lebih dikenali sebagai Melayu Purba dan Melayu Asli wujud di sekitar rantau Asia Tenggara sekitar 75000-72000 tahun dahulu.Antara kelompok yang dikategorikan sebagai Melayu-Proto adalah Jakun,Orang Kubu,Semang,Senoi dan Orang Laut.Orang Melayu-Proto banyak terdapat di sekitar Semenanjung Malaysia,Sumatera dan Kalimantan.
Interaksi antara Orang Asli di tanah tinggi dan pesisiran pantai akhirnya menjurus kepada perubahan paras rupa dan ini melahirkan Melayu-Deutro.Melayu-Deutro adalah seperti suku Bugis,Minang,Banjar dan Melayu Moden yang wujud sekarang.
Saya rasa mungkin artikel dari New Straits Times ini boleh menerangkan pada saudari mengenai kaitan genetik antara Melayu(samada Melayu-Proto atau Melayu Deutro) dengan Negrito,iatu satu lagi peribumi asal di Asia Tenggara dan Tanah Melayu ini.Tetapi,apa yang pasti,Melayu dan Negrito adalah peribumi asal di Tanah Melayu ini.Tiada istilah pendatang ataupun perampas tanah,kerana sejak dari dulu lagi,kedua-dua kaum ini saling hidup secara rukun dan kajian terbaru mendapati bahawa mereka berasal dari satu moyang yang sama dan kedua-dua mereka diiktiraf sebagai peribumi asli di Asia Tenggara.
Artikel:http://www.nst.com.my/opinion/letters-to-the-editor/malay-origins-evidence-suggests-otherwise-1.167600
Tiada istilah pendatang pada Parameswara dan orang Melayu yang mengasaskan Melaka kerana mereka sebenarnya hanya bergerak dan berpindah di dalam wilayah mereka,dari Sumatera,Semenanjung Melayu sehingga ke Sulawesi dan Kepulauan Filipina yang lebih dikenali sebagai KEPULAUAN MELAYU atau THE MALAY ARCHIPELAGO.Tiada istilah Melayu pendatang dari Indonesia kerana Indonesia pada masa itu pun tidak wujud lagi,yang ada hanyalah KEPULAUAN MELAYU atau BENUA MELAYU(VANUA MALAYU)
24. Saya tak nampak dari mana saudari mereka-reka fakta sendiri dalam mengatakan bahawa Melayu menamakan bangsanya sendiri ME – LAYU kerana lari dari Majapahit? Bangsa mana yang bodoh sangat menamakan bangsa mereka sendiri dengan nama yang menghina diri mereka.
25. Saudari… sebelum peristiwa Paramesawara ke semenanjung, atau kewujudan Majapahit, nama Melayu telah dilihat tercatat lebih awal. Sebagai contoh, dalam Prasasti Han Chey, telah tertulis mengenai Melayu.
“... mala Malayu iva malayam raja..."
(Petikan Batu Bersurat)
Batu bersuray Han Chey di Kemboja bertarikh abad ke-6 Masehi, dipahat oleh Bhavavarman II, raja Chenla yang berjaya menakluk seluruh Funan.Ayat di atas bermaksud 'Raja Mala dari Negeri Melayu'.
Saya tahu saudari cuba mengatakan yang perkataan Melayu dan Malayu bukan perkataan yang sama,justeru menafikan poin di atas.Jangan risau saudari,perkataan Malayu dan Melayu adalah sama maksudnya.
Ini kerana sekitar abad ke 18 dan 19,perkataan ملايو dalam tulisan jawi,ketika diterjemahkan ke dalam tulisan Rumi,menjadikannya Melayu, kerana ملا akan menjadi 'Mela' dalam tulisan Rumi, memandangkan jikalau perkataan مالا barulah menjadi Mala.
26. Tak cukup dengan itu, saya bawa saudari mengembara membaca Batu Bersurat Matari Singa Jaya Himat. Isinya adalah berbunyi:
“...Matari Singa Jaya Himat namanya.
Lama-lama baranak lanang;
Matari Singa Jaya Mat, dari ratu,
lami lami bangsa Malayu...”
Nampak tak perkataan Melayu di situ?
27. Juga kelihatan dalam catatan I-Ching ketika melawat Srivijaya dulu. Beliau ada menulis seperti berikut:
"...tiba dan menginap selama 6 bulan. Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini. Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...."
Boleh jadi juga nama Melayu ini datang daripada nama negeri itu? Bahkan terdapat sebuah sungai yang bernama Sungai Melayu di Sumatera, dan nama Melayu juga boleh dikatakan berasal dari nama sungai itu.
28. Asal-usul Melayu senang sahaja, ianya adalah dalam sebuah wilayah yang bernama Malay Archipelago. Alfred Russel Wallace dalam bukunya yang bertajuk The Malay Archipelago, beliau menakrifkan bahawa beliau menakrifkan penduduk gugusan Kepulauan Melayu sebagai rantau Asia Tenggara yang hampir-hampir berbentuk segi tiga, bermula di Pulau Nikobar di Timur Laut ke Pulau Solomon di Tenggara, dan dari Luzon di Utara ke Rotti dekat pulau Timor di Selatan. Kawasan yang luas itu dibahaginya kepada beberapa kumpulan: Kepulauan Indo-Malaya, Kepulauan Timor, Kepulauan Maluku dan Kepulauan Papua.
29. Mengenai Sulalatus Salatin yang saudari cuba bangkitkan, sebenarnya untuk pengetahuan saudari bahawa salasilah dalam buku tersebut adalah merujuk kepada raja-raja Melayu. Dalam kita memperkatakan asal usul bangsa Melayu, saudari kena belajar untuk membahagikan dua perkara, raja-raja Melayu dan bangsa Melayu. Lagipun Sulalatus Salatin ditulis adalah merekodkan mengenai salasilah raja-raja Melayu,bukannya SEJARAH KESELURUHAN BANGSA MELAYU itu sendiri.
30. Saya tidak ada masalah dengan budaya-budaya dari kaum Kadazan-Murut. Jadi, saya turut tumpang kagum dengan budaya penuh keindahan suku-suku kaum Kadazan-Murut.
31. Bagaimana ni hujah mengatakan bahawa bangsa Melayu tak wujud hanya kerana berdasarkan puisi Usman Awang yang dibacakan oleh DS Najib Razak? Puisi itu sebenarnya merujuk kepada perlembagaan Malaysia mengatakan bahawa sesiapa sahaja yang beragama Islam dan mengamalkan budaya Melayu sebagai Melayu. Puisi Usman Awang itu sebenarnya datang daripada istilah Melayu dalam perlembagaan Malaysia.
32. Ini adalah tuduhan yang tak berasas mengatakan bahawa orang Melayu tidak mempunyai kebudayaan Asli. Saya tiada masalah dengan budaya Kadazan-Murut tetapi adalah sesuatu yang sangat BIADAP dalam memperlekehkan budaya bangsa saya hanya berdasarkan persepsi-persepsi sahaja.
33. Biar saya senaraikan budaya-budaya Melayu yang anda tidak akan jumpa pada budaya-budaya bangsa lain di dunia.
• Teater Mak Yong
• Teater Mek Mulong
• Bangsawan
• Zapin
• Dikir Barat
• Tarian Pelanduk Pahang
• Tarian Inang Renek Kedah
• Tarian Ulik Mayang
• Main Puteri
• Tarian Lilin
• Congkak
• Gasing Patah
• Dongdang Sayang
• Joget Melayu
• Tarian Balai
• Tarian Saba
• Rodat
• Wau Bulan
• Awang Batil
• Joget Marhum
• Dikir Rebana Pahang
• Penglipur Lara
Rasanya cukuplah saya menyenaraikan budaya-budaya Melayu yang anda tidak akan dapat di mana-mana. Sebenarnya terdapat banyak lagi tarian-tarian, permainan serta budaya Melayu yang anda boleh dapat.
34. Kesimpulannya, sila belajar sejarah dengan betul-betul sebelum menyebarkan berita palsu. Terima kasih. Oh ya nak jemput saudari Doris untuk mengenali siapakah Austronesia itu sebenarnya dalam video di bawah.
Link: http://www.youtube.com/watch?v=oShirKsUDAk
Mari belajar mengenai Austronesia.
Untuk pengetahuan saudari,video ini sebenarnya dicipta oleh seorang profesor dari Hawaii,iatu Prof Adam Keaweokai Kinau Manalo-Camp,yang tidak malu menyatakan yang rumpun Austronesia pernah digelar sebagai The Malay Race,seperti yang terdapat dalam video tersebut.
(SEBARKAN SUPAYA ANAK BANGSA MELAYU TAHU DAN CELIK AKAN SEJARAH,DARI MELIHAT SEJARAHNYA DINODAI OLEH PIHAK YANG BERNIAT JAHAT UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI)
-HE dan RAD-
Eva Anggraini Puspanegara shared Planeta Vivo's photo.
30 Rabiulakhir 1435H
2 Mac 2014
0 comments:
Post a Comment