Wednesday, 19 March 2014

TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'KERAJAAN REALITI & KERAJAAN DIMENSI PENGETAHUAN-NYA' Karya Ratu Rimba Niagara, Kdymm Sultan Hassanal Bolkiah, Kdymm Maharaja Kutai Mulawarman, YM Kedaton Kraton Wahyu Utama, Raja Hamdan Bin Mohammed Bin Rashid Al Maktoum & Bambang Sugeng Haryanto (6)


Saturday, 14 September 2013

TEATER BANGSAWAN DIRAJA, ' PUTERA DUYUNG' LUKA PARAH CINTA BERDARAH

Ratu Rimba Niagara shared a photo.

Ratu Rimba Niagara shared a photo.

Ratu Rimba Niagara shared a photo.

Ratu Rimba Niagara shared a photo.


Di luar kemahuan kau dan aku..
( casey )

Photo: Andainya ada diantara kita nanti..
Berubah hala serta memungkiri janji..
Jangan ada benci..
Suka dan duka dilalui..
Jadikan kenangan disudut hati..
Andainya cita cita tidak kesampaian..
Ikatan murni terputus dipertengahan..
Jangan dikesalkan..
Jangan lantaran kegagalan..
Kita berdendam saling bermusuhan..
Ungkit mengungkiti..
Sakit menyakiti..
Memusnahkan diri..
Kita harus tabah dan bersedia..
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba..
Di luar kemahuan kau dan aku..<3
( casey )
Like ·
Mimbar Kaligrafi
Hanacaraka by Purwodhoho Kediri

Photo: Mimbar Kaligrafi 
Hanacaraka by Purwodhoho Kediri
Like ·  · Promote · 


TEATER BANGSAWAN DIRAJA ,'BAKTIKU UNTUK ANAK CUCU NUSANTARAKU TERCINTA'

TEATER BANGSAWAN DIRAJA , 'HULUBALANG DIRAJA NUSANTARA' TENGKU BADAR AL-AHMADI, ANAKANDA PUTERA RAJA BONGSU, PUTRI RIMBA NIAGARA, PANGLIMA IWAN TIRTA DAN DAENG ANGGUN (1)

BERSAMA REALITIKAN CITA MOYANG HULUBALANG KITA

Duhai hulubalangku...
Sudah lama ku nantikan kedatanganmu
Allah telah memakbulkan doaku
Mengirimkan rakan seperjuangan
Untuk susah senang bersama

Duhai hulubalangku
Adakah kau ingat sumpah setia
Moyang hulubalangmu moyang hulubalangku
Agar jangan sesekali aku dan kau menjadi
Pendekar derhaka kepada Raja Bugis
Tidak akan izinkan mana-mana rakyat
Menjadi rakyat derhaka yang pasti membawa padah
Makanya jangan sesekali kau mahu berpaling tadah
Dalam perjuangan yang penuh berliku ini

Duhai hulubalangku
Jangan kau herankan perjuanganku
Aku sudah terbiasa berjuang kesendiriaan
Mencapaikan hasrat nenek moyangku yang tak tercapai
Tapi andainya kau sanggup
Melupakan kepentinganmu demi merealitikan
Hasrat dan cita-cita moyang hulubalangmu
Sudilah bersamaku
Susah senang kita bersama
Andainya aku gugur dulu sebelummu
Kau teruskanlah perjuangan ini
Aku sentiasa bersamamu
Kerana setiap langkah perjuanganmu
Adalah bayanganku
Roh perjuanganku telah bersemadi di jiwamu
Bersemadi juga di jiwa anak bangsa....
Kerana kau dan aku telah ditakdirkan
Untuk mencapaikan hasrat moyang hulubalang kita...

Rakan seperjuanganmu,
PUTRI RIMBA NIAGARA
AKULAH SANG PUTERI YANG DIKATAKAN HILANG ITU
AYUH BERSAMAKU TERUSKAN PERJUANGAN....

4 September 2013
28 Syawal 1434H

Panglima Pangeran Nur Aduka commented on his own status.


Iwan Tirta and Ratu Rimba Niagara commented on a photo.



      • DOA MOYANGKU MOYANGMU DOAKU DOAMU DOA CUCUKU CUCUMU' MOGA DIMAKBULKAN ALLAH AZAWAJALLAH  AAMIIN YA RABBAL A'ALAMIN

Kumbang Segak and Ratu Rimba Niagara commented on a photo.


  • TEATER BANGSAWAN DIRAJA , 'KESATRIA RIMBA & RATU RIMBA NIAGARA
TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'TUAN PUTRI RIMBA NIAGARA'

TUAN PUTRI BELAJARLAH RATIB CINTA



TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'KERAJAAN REALITI & KERAJAAN DIMENSI PENGETAHUAN-NYA' Karya Ratu Rimba Niagara, Kdymm Sultan Hassanal Bolkiah, Kdymm Maharaja Kutai Mulawarman, YM Kedaton Kraton Wahyu Utama, Raja Hamdan Bin Mohammed Bin Rashid Al Maktoum & Bambang Sugeng Haryanto (6)
Kedaton Kraton Wahyu Utamaposted toRatu Rimba Niagara
March 21
Sertifikat kerabat kedaton kraton Wahyu Utama dianugerahkan kepada Ratu Rimba Niagara
Kami Persembahkan Penghargaan Termatrai Bagi Penyair Ulung Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua//////////////kedamaian dunia akan berpatut dalam syair gurindam............
By Kdymm Maharaja Kutai Mulawarman

KITA DITAKDIRKAN BERJODOHAN DALAM SASTERAKU SASTRAMU

Bambang Sugeng Haryanto commented on this.
Bambang Sugeng Haryanto added 4 new photos.
·
Meeting team produksi, sutradara, team artistik, koord pemain, koord musik (Rabu, 19 Maret 2014 .16.30 You, Bambang Sugeng Haryanto and
Ratu Rimba Niagara Tahniah moga sukses semuanya. Moga karya sastra Ratu Rimba Niagara dapat difilmkan dan dipentaskan ya...hehehe
Bambang Sugeng Haryanto Terima kasih bundaku sayang yang tak bosan-bosan memberikan semangat nanda untuk terus berkarya....sangatlah tersanjung , karena saya masih taraf belajar, mudah-mudahan Alloh kasih ijin untuk berjodoh dalam berkarya....Aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin moga Allah makbulkan doa kita dan niat suci murni kita. AAmiin.
Teringat bunda di mana bunda tidak yakin adakah bunda seorang penulis...bunda terlalu malu andai orang tahu bunda ini seorang penulis. Sebab bunda bukanlah seorang yang pinter dalam pelajaran, tapi seingat bunda, bunda suka banget melihat alam ciptaan Tuhan dan selalu berbicara dengan bulan, bintang, matahari, awan, pelangi, ombak, pantai, tasik , haiwan dan apa saja yang membuatkan bunda berfikir tentang Kebesaran Tuhan mencipta mahkluk-Nya di langit dan di bumi. Subhanallah Maha Bijaksana-Nya Allah swt tiada tandingan-Nya.
Di sekolah bahasa yang digunakan pada kawan-kawan bunda adalah bahasa yang indah...bermadah-madah sehingga Guru Bahasa Malaysia bilang bunda menulis surat ke Jabatan Kerajaan berbunga-bunga bahasa seperti kirim kepada kekasih...satu kelas ketawakan bunda...bunda senyum malu...hehehe
Bunda juga suka banget menghadiri kursus atau bengkel penulisan yang dianjurkan oleh Persatuan Penulis. Tak tahu kenapa bunda suka sangat apa saja aktiviti yang bersangkut paut dengan penulisan. Walaupun kursus cuma tiga hari tapi bundalah yang mengumpulkan karya-karya peserta kursus dijadikan majalah. Koleksi karya peserta kursus bunda berikan kepada penganjur kursus sebagai kenang-kenangan daripada peserta kursus penulisan..
Ketika bunda menghadiri lawatan sambil belajar di Indonesia yang dikelolakan GAPENA bunda dapat ilham yang di luar jangkaan bunda..ketika itu bunda melihat panorama samudra terbentang luas dari atas kapal....bunda dapat ilham , 'PUTRA DUYUNG' secara kebetulan tiba di Indonesia , bunda berkenalan dengan sekumpulan pemuzik yang melagukan lagu-lagu puisi , bila mereka adakan persembahan bunda seakan terkesima dengan alunan muzik dan lagu puisi yang didendangkan...sungguh klasik disertai dengan tarian keseniaan, bunyian gendang diadunkan dengan alatan muzik semuanya berpadu dengan lagu puisi ...benar terkesan sampai kini. Ketua kumpulan tersebut memberikan bunda keset sebagai cenderahati kenang-kenangan daripada kumpulan mereka.Sampai di Malaysia bunda selalu mendengar lagu puisi kumpulan muzik, 'PENTAS SAKRAL' lagu puisi mereka dijadikan suara latar untuk DRAMA PENTAS PUTRA DUYUNG kepada anak murid bunda. Mereka amat meminati nya...karena lagu puisi KUMPULAN PENTAS SAKRAL sepadan dengan Skrip PUTRA DUYUNG. Tapi malangnya kaset tersebut telah hilang dari simpanan bunda. Bunda amat berharap dapat ketemu dengan Kumpulan muzik lagu puisi PENTAS SAKRAL...manalah tahu dengan jasa baik nanda dapat ketemukan bunda dengan kumpulan PENTAS SAKRAL dan dapat memiliki lagu-lagu puisinya nan indah-indah.
PUTRA DUYUNG adalah pencetus minda bunda melahirkan karya-karya kreatif yang lainnya. Dari Putra Duyung karya-karya bunda ada pelbagai tema yang bunda karangkan sebagai TEATER BANGSAWAN DIRAJA jika dikira bukan puluh malah ratusan. SUBHANALLAH semuanya dengan izin Allah jua yang mengizinkan bunda berkarya. Bunda teruja dengan dunia sastra bunda sendiri...seakan hidup bunda berbunga-bunga setiap hari sentiasa berbahasa indah dikelilingi dengan watak-watak yang sentiasa berhati semurni Syurga. ALLAHU AKBAR indah jika apa yang ada di dalam karya yang ditulis dijadikan realiti kehidupan.
Sudah puluhan tahun bunda mencari hamba-Nya yang mahu merealitikan dunia sastra bunda menjadi realiti...sehingga sekarang masih belum ketemui ...bukan tak ketemu tapi masih belum berjaya....barangkali ada hikmahnya. Barangkali nandalah yang Allah tentukan merealitikan sastra bunda untuk berada dilayar perak , dipentaskan dan sebagainya...bunda pasrah jika itu takdir dengan izin-Nya kita ada berjodohan dalam dunia seni karya sastra. SASTERAKU SASTRAMU memberi rahmat seluruh alam ini meneruskan perjuangan Rasulullah bersama hamba-Nya yang terpilih. In Shaa Allah Aamiin begitulah hendak-Nya sebelum bunda dijemput Ilahi pulang ke Pangkuan-Nya.
"MOGA KITA SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH SWT KARENA ALLAH AZZAWAJALLAH MENGIKUT PRASANGKA HAMBA-NYA AAMIIN"
"MOGA NANDA DAN BUNDA SUKSES DALAM PERJUANGAN DUNIA AKHIRAT AAMIIN"
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
18 Jamadilawal 1434H
20 Mac 2014
PUTRA DUYUNG ILHAM YANG DIKURNIAKAN ALLAH SWT TIKA MENGHADIRI LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI INDONESIA
SINOPSIS PUTERA DUYUNG
Mas Merah manusia yang bertukar menjadi duyung
setelah menerima hati daripada Putera Duyung hasil
daripada pembedahan Pendeta Duyung.
Mas Merah bersahabat baik dengan Puteri Duyung
yang merupakan kekasih Putera Duyung. Dalam masa
yang sama Mas Merah jatuh cinta dengan Putera Duyung
tetapi kerana tidak mahu menjadi penghalang percintaan
Puteri Duyung, Mas Merah ingin menjadi manusia kembali.
Mas Merah mendapat nasihat daripada Pendeta Duyung
dengan memakan 7 jenis rumpai laut.
Semasa menjadi menusia kembali, di atas kapal anak-anak
muda berebut ingin mendapatkan cinta Mas Merah hingga
sanggup berbunuh-bunuhan. Ini menyebabkan Mas Merah
ingin menjadi duyung kembali dan setelah makan 7 jenis
rumpai laut yang masih berbaki, Mas Merah menjadi
duyung semula.Ketika itu Puteri Duyung sedang bersiap
diandam untuk menjalani upacara penikahan dengan
Putera Duyung. Mas Merah memujuk Puteri Duyung
agar melepaskan Putera Duyung kepadanya.
Atas pujukan itu Puteri Duyung melepaskan cintanya
dengan rela hati.
Demi menjaga hati kedua wanita duyung,
Putera Duyung tiada mengawini kedua-duanya. Kali ini
Putera Duyung hanya dapat berjumpa Mas Merah di pulau
yang tidak berpenghuni apabila bulan mengambang sahaja
kerana Mas Merah di waktu siang menjadi manusia dan di
malam hari menjadi duyung.
Seorang nelayan ingin menangkap Mas Merah untuk tujuan
perniagaan. Tangkapan pertama gagal. Tangkapan kedua ,
ketika itu bulan mengambang penuh, pada ketika itu juga
Putera Duyung bertemu dengan Mas Merah menyarungkan
kalung mutiara ke leher Mas Merah. Belum sempat
Putera Duyung meluahkan hajatnya untuk melamar ,
Mas Merah mati terkena lembing nelayan.
Mas Merah menggadaikan nyawanya apabila ternampak nelayan
membalingkan lembing ke arah Putera Duyung. Sebelum
menghembuskan nafas terakhir Mas Merah meminta
Putera Duyung mengawini Puteri Duyung.
Disediakan oleh : Ratu Rimba Niagara
15 Oktober 2012
TEATER BANGSAWAN DIRAJA,' PUTERA DUYUNG'
SYAIR PUTERA DUYUNG
Tersebutlah satu kisah percintaan,
Dimulai dengan sebuah perkampungan nelayan;
Telah berlaku satu pergaduhan,
Hanya kerana ingin merebut kekuasaan.
Pergaduhan berlaku tanpa ihsan,
Sana-sini mayat bergelimpangan;
Bermandikan darah perkampungan nelayan,
Tiga hari dua malam pergaduhan berlarutan.
Malam ini sekumpulan Kampung Nelayan,
Melarikan diri dari permusuhan;
Naik ke kapal berebut-rebutan,
Kerana ingin lari dari kekalutan.
Di malam bulan purnama indah permandangan,
Terpesona mata memandang ke arah bulan;
Mas Merah berbincang dengan Siew Lan,
Mengenai keharmonian kehidupan di lautan.
Siew Lan memujuk Mas Merah dengan kasih sayang,
Mas Merah kawan baiknya dari dulu hingga sekarang;
Berkawan baik atas dasar keikhlasan sayang,
Saling nasihat menasihati demi kasih dan sayang.
Mas Merah luahkan rasa di hati,
Menjadi penghuni lautan itu yang diingini;
Hidup berkasih sayang penuh harmoni,
Tapi apakan daya cuma imaginasi.
Melaung Mas Merah di lautan sepi,
Meraung merintih kenapa nasibnya begini;
Tiada siapa yang ingin mengerti,
Hidup di dunia dirasakan mati.
Telah berlaku sesuatu yang tidak diduga,
Tiba-tiba berlaku perubahan cuaca;
Angin rebut taufan datang melanda,
Penghuni kapal ketakutan dirasa.
Penghuni kapal menjerit ketakutan,
Kapal terhoyang-hayang di tengah lautan;
Ombah bergulung guruh berdentuman,
Penghuni kapal berada dalam kecemasan.
Hujan ribut disertai suara menakutkan,
Muncul rasaksa dasar lautan;
Menenggelamkan kapal ke dasar lautan,
Sekelip mata hilang ditelan lautan.
Semuanya mati ditimpa malang,
Kecuali Mas Merah diselamatkan duyung;
Lelaki duyung bergelar Putera Duyung,
Memiliki kuasa segala duyung.
Mas Merah koma beberapa hari,
Putera Duyung bersusah hati;
Ingin menyelamatkan Mas Merah hajat di hati,
Agar Mas Merah bernafas kembali.
Bertemu pendeta minta pandangan,
Pendeta meminta Putera Duyung fikirkan;
Sebelum membuat apapun keputusan,
Kerana alam duyung dan manusia banyak perbezaan.
Putera Duyung mahukan Mas Merah diselamatkan,
Walau apa cara sekalipun akan diusahakan;
Melihat Mas Merah hatinya ihsan,
Berkorban nyawa dia pertaruhkan.
Hati Putera Duyung perlu didermakan,
Kepada Mas Merah untuk diselamatkan;
Percantuman hati mesti dijalankan,
Itu caranya Mas Merah diselamatkan.
Putera Duyung sanggup dermakan hati,
Melihat Mas Merah koma tak sampai hati;
Putera Duyung yakin Mas Merah manusia baik hati,
Diderma hati dengan seikhlas hati.
Di malam bulan purnama dijalankan pembedahan,
Antara Putera Duyung dan Mas Merah penuh suspen;
Cahaya terang disimbahi cahaya rang bulan,
Selamat sudah pendeta lakukan pembedahan.
Selepas pembedahan berlaku perubahan,
Mas Merah bertukar menjadi duyung rupawan;
Gembiranya pendeta berjayanya pembedahan,
Pendeta bersyukur usahanya DiPerkenankan.
Mas Merah hidup bagaikan keajaiban,
Didapati dirinya ada di dasar lautan;
Berasa pelik dengan perubahan,
Perubahan dirinya di luar dugaan.
Dirasakan dirinya berada di alam fantasi,
Seolah tercapai hajat di hati;
Menjadi penghuni lautan yang dibayangi,
Kini menjadi kenyataan masih belum difahami.
Puteri Duyung menyambut kedatangan Mas Merah,
Disambut dengan tarian duyung penuh meriah;
Istana duyung dihias indah,
Menyambut tetamu terhormat Mas Merah.
Mas Merah gembira tidak terperi,
Dilayan Mas Merah seperti Tuan Puteri;
Wajahnya ayu berseri-seri,
Dirasakan impian jadi realiti.
Memang impian menjadi realiti,
Mas Merah masih lagi belum mengerti;
Dipendamkan juga kenapa jadi begini,
Akan terjawab di suatu ketika nanti.
Bergurau senda dengan Puteri Duyung,
Menghayati suasana di Taman Karang;
Menjadi sahabat baik penuh kasih sayang,
Kasih terjalin mengundang sayang.
Setiap hari berkejar-kejaran,
Berkejar-kejaran di balik taman;
Taman Karang dipenuhi bunga-bungaan,
Harum semerbak menyelubungi taman.
Dalam berkejaran terpisah dengan Puteri Duyung,
Puas dicari Puteri Duyung ke mana menghilang;
Muncul pula lelaki duyung,
Mas Merah menangis berasa bimbang.
Putera Duyung memperkenalkan diri,
Diceritakan bagaimana Mas Merah begini;
Fahamlah sudah Mas Merah kini,
Budi baik Putera Duyung terkesan di hati.
Semenjak itu berkenan di hati,
Mas Merah jatuh cinta tanpa disedari;
Dengan Putera Duyung yang baik hati,
Cinta Putera Duyung ingin dimiliki.
Tapi apakan daya cintanya terhalang,
Cinta Putera Duyung kepunyaan Puteri Duyung;
Beralah Mas Merah terus menghilang,
Bukti kasihnya kepada Puteri Duyung.
Demi sahabat ingin menjadi manusia kembali,
Agar cinta sahabatnya bertaut kembali;
Biarlah dia membawa hati,
Membawa hati luka demi sahabat sejati.
2 hours ago · Like
Berjumpa pendeta menyampai hajat di hati,
Agar pendeta boleh perkenankan nanti;
Mengertilah sudah pendeta kini,
Memakan 7 jenis rumpai laut dikehendaki.
Berlaku perubahan setelah makan rumpai laut,
Menjadi kembali manusia terapung di laut;
Teruna muda terjun ke laut,
Menyelamatkan Mas Merah tanpa takut.
Mas Merah pengsan tak sedarkan diri,
Doktor datang memberi rawatan;
Sedar Mas Merah gembiranya hati,
Si teruna muda yang baik budi.
Budi bahasa Mas Merah buat si teruna jatuh hati,
Cinta Mas Merah ingin dimiliki;
Melamar Mas Merah sepenuh hati,
Mas Merah terkesima antara dua hati.
Antara cinta dan budi,
Mas Merah tak mengerti;
Cintakan Putera Duyung setia di hati,
Hatinya dengan Putera Duyung tercantum di hati.
Mas Merah rupawan buat hati tertawan,
Anak-anak kapal berlumba ingin menawan;
Menawan cinta Mas Merah yang rupawan,
Ingin memiliki cinta sanggup berbunuh-bunuhan.
Mas Merah memberontak rasa tak tenteram,
Tiada dimiliki rasa kedamaian;
Tidak seperti berada di lautan,
Ingin kembali menjadi duyung lautan.
Tanpa berfikir baki 7 jenis rumpai laut dimakan,
Bertukar menjadi duyung kembali selepas makan;
Gembiranya hati tak dapat dibayangkan,
Terus menggelongsor ke dasar lautan.
Mas Merah pergi mencari pendeta,
Memohon nasihat dari pendeta bijaksana,
Hajat Mas Merah difahami pendeta,
Berjumpa Puteri Duyung itu dipinta.
Tika itu Puteri Duyung sedang berdandan,
Didandan cantik menjadi pengantin;
Sebentar lagi upacara pernikahan dijalankan,
Dengan Putera Duyung kekasih idaman.
Mas Merah menangis sepenuh hati,
Merayu pilu pada sahabat sejati;
Puteri Duyung tidak sampai hati,
Melepaskan cintanya pernikahan tak jadi.
Budi baik Puteri Duyung dingati sampai mati,
Bukan sengaja merebut kekasih hati;
Sudah terikat antara dua hati,
Moga cintanya terpatri nanti.
Putera Duyung tidak ambil hati,
Apabila Mas Merah menaruh hati;
Kedua-dua duyung tidak dikawini,
Demi kerana menjaga hati.
Sumpahan duyung Mas Merah redha,
Di siang hari menjadi manusia,
Menjadi duyung apabila malam tiba,
Pulau terpencil tempat tinggalnya.
Bernyanyi-nyanyian mengeratkan kasih,
Kasih mengasihi seperti kekasih;
Apakan daya kasih tersisih,
Kerana tak mahu berbagi kasih.
Putera Duyung datang di bulan purnama,
Memastikan Mas Merah hidup sempurna;
Ada masalah dikongsi bersama,
Ketiadaan Putera Duyung Mas Merah redha.
Kebahagiaan mereka rupanya tak lama,
Apabila datang nelayan ke sana;
Mahu menangkap Mas Merah agar ternama,
Dibuat persiapan lembing dibawa.
Malam itu malam penghabisan,
Cinta dua kekasih tidak kesampaian;
Putera Duyung ingin nyatakan,
Agar diterima Mas Merah lamaran.
Mas Merah gembira disarungkan kalungan,
Kalungan mutiara bertatah berlian;
Mas Merah ternampak balingan lembing nelayan,
Dipertaruhkan nyawa demi cinta kesufian.
Nelayan takut sembunyikan diri,
Di balik batu dia bersembunyi;
Tanpa disedari datang ketam gergasi,
Digigit nelayan hingga mati.
Panahan lembing tertusuk di hati Mas Merah,
Mengalir deras pekatnya darah;
Putera Duyung terpaku dalam luka yang parah,
Perginya kekasih dalam cinta berdarah.
Semasa nazak dipangkuan Putera Duyung,
Sempat menyuruh mengawini Puteri Duyung;
Kepedihan dirasa tak dapat dibendung,
Menangis Putera Duyung dalam cinta sayang.
Sedihnya tika itu tahunya Tuhan,
Dicabutnya lembing perlahan-lahan;
Darah terus mengalir terus-terusan,
Menangis hiba cinta tak kesampaian.
Permergian Mas Merah sentiasa dikenangkan,
Apa nak buat takdir menentukan;
Cinta kekasih tidak kesampaian,
Diredhainya dalam kepasrahan.
Di hari persandingan penuh hiba,
Jenazah Mas Merah menyaksikan cinta;
Hajat Mas Merah disampaikan juga,
Mahukan perkahwinan dijalankan segera.
Setelah persandingan upacara pengkebumian,
Mas Merah dibawa ke kuburan;
Di Taman Karang Mas Merah dikebumikan,
Menjadi legenda penghuni lautan.
Sekian Sahaja Syair Putera Duyung Kisah Cinta Abadi,
Antara dua kekasih berlainan alam perbezaan hati;
Bercantuman hati hingga ke mati,
Membawa cinta hingga ke alam abadi.
Karya: Ratu Rimba Niagara
15 Oktober 2012
Lirik Lagu Putera Duyung & Mas Merah...
LUKAKU PARAH CINTA BERDARAH (LIRIK LAGU PUTERA DUYUNG)
Napa itu terjadi...
cinta kita tak kesampaian
belum sempat kulafazkan cinta
kau tinggalkanku
dalam luka parah
duhai kekasih hatiku o...
Kusalahkan diriku sendiri
membuatmu tertunggu-tunggu
lafaz cinta dariku
maafkanku kekasihku
bukan sengajaku buatmu begini
cintaku telah dimiliki dia
tapi kesetiaanmu padaku
buatkan kujatuh cinta padamu.
Pabila kuingin balas cintamu
sudah terlambat kulafaz cinta
kau tinggalkanku
meratap pilu pemergiaanmu
selamanya.
Kau korbankan dirimu demiku
o...kasih ...kenapa...o...kenapa
aku sepi tanpamu
hatiku lara
pedih hati
kau balas cintaku
dengan cinta berdarah
aku pilu
rindu dalam sendu
Tak sanggupku trima perpisahan ini
tapi apakan daya
takdir harus ku imani
moga kau tenang
di alam sana
ooo kekasihku Mas Merah.
Karya: Putri Rimba Niagara
15 Mei 2012
May 15 at 6:02pm · Like
TERLEWAT KULAFAZKAN CINTA
(Lirik Lagu Putera Duyung)
Maafkanku duhai kekasih
kerna terlewat
lafazkan cinta
ooo...maafkanku
buatmu ternanti-nanti
entah kenapa kelu lidahku
untuk lafazkan cinta
biarpun ku sudah jatuh cinta
padamu duhai kekasih
tika itu
cintaku dimiliki dia
ku bersalah terhadapnya
biarpun dia relakan kumilikmu
demi menjaga... demi menjaga...
hatinya ...hatimu...
ku tak rela berbagi kasih
kubuatmu ternanti-nanti...
kejamnya aku
kejamnya aku padamu
maafkanku duhai kekasih....
biarpun ku tahu
cintamu terlalu suci
kusalah diriku
sesal sendiri...merana sendiri
...
pabila ku terlewat lafazkan cinta
padamu duhai kekasih ooo....
lukaku parah...
lukamu parah...
cinta berdarah
sesal sendiri
merana sendiri...
kau tinggalkanku sendiri
ooo....ooo...
maafkanku kerna
terlewat lafazkan cinta
kau pergi bersama cintaku
kau tinggalkan cintamu
untuk kukesalkan sendiri
ooo....maafkan daku....ooo
kerna terlewat
kulafazkan cinta...
sesal sendiri
merana sendiri
lukaku parah
cinta berdarah
maafkan daku
duhai kekasih
hatiku selamanya
biarpun kumiliki dia
hanya kau di hatiku..
ooo....kasih...
Karya: Ratu Rimba Niagara
1 Oktober 2012
Like · · 40 minutes ago near Kuala Lumpur
May 15 at 6:05pm · Like
Lagu Mas Merah Kepada Putera Duyung
(Kubawa Cintamu Hingga Ke Hujung Nyawaku)
Apa Harus Putus Dulu by POTRET lirik
www.youtube.com
lagunye POTRET
BIAR KUBAWA CINTAMU HINGGA KE NAFAS TERAKHIRKU
(LIRIK LAGU MAS MERAH KEPADA PUTERA DUYUNG)
Sudah lama kunantikan
lafaz cinta darimu
kutahu kau bukan milikku
dan kupasrah
jika itu takdirnya
Namun kumasih berharap
lafaz cinta darimu
kunanti penuh sabar
pabila kau tiada di sisi
kurindu
kunantimu setiap bulan purnama
penuh syahdu
kau kucinta satu-satunya…
cintamu bertahta di hati
tapi apakan daya kau miliknya
aku pasrah
jika itu takdirnya
kulepaskan cinta ini untuk dia
yang kau cinta
Biar kubawa cinta ini
hingga ke nafas terakhirku
demi kebahagiaanmu dan dia.
Karya: Ratu Rimba Niagara
15 Oktober 2012
Like · · 46 minutes ago near Kuala Lumpur
YouTube - Broadcast Yourself.
www.youtube.com
Share your videos with friends, family, and the world
TERIMA KASIH SAYANG
Aku hanya mengerti
hanya engkau yang
ada di hati ini
kaulah cinta pertama
cinta terakhirku
tiada dua hanya
kau seorang
yang bertahta
di hati ini
kaulah yang menangis untukku
bukan tangisan berduka
tapi tangisan bahagia
karna kau telah berjaya
mentakluki hatiku
untuk mencintaimu
seumur hidupku
terima kasih sayang...
Karya Ratu Rimba Niagara
15 Oktober 2012
(LIRIK PUTRA DUYUNG BARU )
Ratu Rimba Niagara ANDAI SYAMSUL YUSOF DAN PUTERI SARAH MENJADI HERO DAN HEROIN FILEM ATAU TEATER BANGSAWAN DIRAJA HASIL KARYA YANG DITULIS OLEH RATU RIMBA NIAGARA BAGAIKAN MIMPI DI SIANG HARI, BAGAIKAN BULAN JATUH KE RIBA BAGAIKAN TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI TUAH MANUSIA SIAPA YANG TAHU APAPUN SEMUA-NYA ATAS IZIN ALLAH SWT. ALLAHU AKBAR..JIKA ALLAH KATA KUN FAYAKUN TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA.
(DISIARKAN DI WALL H.H HAJI HASSANAL BOLKIAH, PRINCE ABDUL MALIK, KEDATON KRATON WAHYU UTAMA, TENGKU MULYA AMRIL AMAN SALEH, PERKUMPULAN KERATON NUSANTARA, RATU RIMBA NIAGARA & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
15 Oktober 2012
Like ·
Kesatria Kemuliaan and H.H Haji Hassanal Bolkiah like this.
Ratu Rimba Niagara TERIMA KASIH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MUI'ZZADDIN WADDAULAH KERANA SUDI MENYUKAI KARYA-KARYA RATU RIMBA NIAGARA MOGA ALLAH SAJA YANG DAPAT MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN TUANKU .
AAmiin Ya Rabbal A'Lamin
(PETIKAN DARIPADA WALL H..H. HAJI HASSANAL BOLKIAH & RATU RIMBA NIAGARA)
15 Oktober 2012
(PETIKAN DARIPADA KOLEKSI NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA)
9 Jun 2013
PROUD OF PRINCE HAMDAN
Hamdan Bin Mohammed Bin Rashid Al Maktoum
·
Today I inaugurated Art Dubai. I'm pleased how it had become a creative platform for the world's best artists. Art Dubai reinforces the prominence of the UAE's vibrant cultural sector & consolidates Dubai's position as a center for culture & the arts
Ratu Rimba Niagara shared Hamdan Bin Mohammed Bin Rashid Al Maktoum | Fazza's photo.
March 14 at 12:06pm
apps & at the end of the year we will announce which govt. department is the "smartest". We're eager to complete implementation of the programs & initiatives of the strategic plan in under 3 years, as per Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum’s directives
Ratu Rimba Niagara Love, Respects, and Peace Be On Us All.
AKU BERUSAHA KEPADA MU , AKU BERTAWAKAL ATAS SEGALA USAHAKU YA ALLAH ENGKAULAH YANG MAHA MENENTUKAN TAKDIRKU...TAKDIRKAN AKU JALAN-JALAN YANG MENDEKATI CINTA-MU DAN REDHA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
Ratu Rimba Niagara MOGA ALLAH SWT MAKBULKAN DOAMU DOAKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
DOA SULTAN HASSANAL BOLKIAH
Allaahumma innii auudzu bika min ‘ilmin laa yanfa’,
wa min qalbin laa yakhsya’, wa min nafsin laa tasya’,
wa min da’watin laa yustajaabulahaa”
artinya:
“Ya Allah,
aku berlindung kepada-MU dari ilmu yang tidak bermanfaat,
hati yang tidak khusyu,
jiwa yang tidak pernah puas, dan doa yang tidak terkabulkan”
♠̇Aamiin
Yaa Rabbal 'alamiin
PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
18 Jamadilawal 1435H
20 Mac 2014

0 comments:

Post a Comment

 
;