Saturday, 24 May 2014

'ANUGERAH KEHORMAT GELARAN - KEPADA UMUM,' SRI PEMANGKU ADAT




Sri Pemangku Adat posted in Sri Pemangku Adat.
  • Daripada Admin:-
    Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat kepada rakan2 grup Yang Mulia Mulia ini;
    ANUGERAH KEHORMAT GELARAN:- KEPADA UMUM
    -Anugerah Kehormat Gelaran diberikan/dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layan menerimanya berdasarkan jasa, bakti, sumbangan dan komitmen dalam bidang kebudayaan, kesenian dan warisan.
    -Selain dari kelompok/kumpulan yang disebutkan umumnya ahli politik, penjawat awam, orang perseorangan dan ahli perniagaan sama ada dalam kelom...
    Continue Reading
    Like ·  ·  · 4
  • Daripada Admin:-
    Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat kepada rakan2 grup 

Daripada Admin:-
Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat kepada rakan2 grup Yang Mulia Mulia ini;
ANUGERAH KEHORMAT GELARAN:- KEPADA UMUM
-Anugerah Kehormat Gelaran diberikan/dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layan menerimanya berdasarkan jasa, bakti, sumbangan dan komitmen dalam bidang kebudayaan, kesenian dan warisan.
-Selain dari kelompok/kumpulan yang disebutkan umumnya ahli politik, penjawat awam, orang perseorangan dan ahli perniagaan sama ada dalam kelompok masyarakat adat karaeng atau awam (orang luar) yang telah berbakti dan berkhidmat dengan cemerlang dalam apa jua bidang. DISAKA juga boleh menganugerahkan kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak dan sesuai berdasarkan kemeseraan yang tinggi atau perhubungan silaturahmi terhadap DISAKA dan mana-mana anggotanya.
-Buat masa ini anugerah-anugerah kepada umum masih dalam proses penerbitan yang sedang dibincangkan oleh Jawatankuasa DISAKA (Dewan Adat Istiadat Saoraja Adat Karaeng) dan insyallah dalam waktu yang mendatang ia dapat dilaksanakan sebaik-baiknya dan semoga ia memberi menafaat kepada bakal2 penerima, amin.
PENJELASAN MAKSUD BANGSAWAN BERGELAR – KARAENG;
Gelar kebangsawanan ‘Datu’ adalah gelaran yang sudah ada sejak wujudnya kerajaan Bugis di Luwu. Contoh pertama, semua raja bergelar Datu dan raja yang memerintah digelar Pajung, oleh yang demikan tidak semua Datu layak bergelar Pajung. Contoh kedua, di Bone semua raja bergelar ‘Arung’ tetapi tidak semua Arung bergelar Mangkau, iaitu raja yang memerintah. Manakala di Makkasar atau Gowa, semua bangsawan atau raja-raja bergelar KARAENG, hanya yang menjadi raja di Gowa yang bergelar Sombaiya. Untuk membuktikan sebagai keturunan bangsawan atau raja-raja asal usul seperti di Malaysia yang berasal dari Luwu akan bergelar Opu Daeng, yang berasal dari Bone bergelar Puang yang berasal dari Makkasar/Ujung Padang bergelar KARAENG.
BINTANG KARAENG;
-ialah bintang emas yang berbucu enam (6) dengan maksud rukun iman, beriman kepada Allah, beriman kepada Malaikat, beriman kepada Kitab, beriman kepada Rasul, beriman kepada Hari Akhirat dan beriman kepada Qada dan Qadar.
-di dalam bulatan dilingkari bunga padi dan berlatar belakang warna merah yang mengandungi keris bersilang dan di atasnya bulan bintang.
DIANTARA ANUGERAH GELAR KEHORMAT UMUM YANG PERNAH DIWARTAKAN PADA MASA DAHULU HINGGA KINI IALAH;
Catatan Tahun 1908 – 19888 (20 Tahun) iaitu (selepas Pembesar-Pembesar Wangsa Bugis Melayu (Karaeng) yang menyokong Sultan Ahmad (Raja Bendahara Wan Ahmad) kehilangan kuasa, akibat perlantikan Residen Inggeris di Pahang)
-Andeka Panglima Bintang Naga Sakti
-Indera Pahlawan Bintang Singa Merah Putih
-Lela Hulubalang Bintang Harimau Kumbang Berantai
-Hulubalang Tiga Serangkai Bintang Naga Roh Perkasa
Catatan Tahun 1958 – 1908 (50 Tahun) iaitu (melalui zaman penjajahan Inggeris, Jepun dan darurat/komunis)
- TIADA sebarang catatan hanya catatan berkaitan perjuangan menentang penjajah oleh golongan ulama dan ahli agama dari Wangsa Bugis Melayu Pahang sahaja.
Catatan Tahun 1965 – 1958 (7 Tahun) iaitu (selepas setahun Malaya Merdeka [Malaysia] pada 31hb Ogos 1957)
-Andeka Panglima Bintang Karaeng
-Indera Pahlawan Bintang Karaeng
-Lela Hulubalang Bintang Karaeng
-Amar Kesatria Bintang Karaeng
Catatan Tahun 1970 – 1965 (5 Tahun) iaitu (era kemodenan Malaysia dalam kemajuan dan pembangunan)
-Darjah Andeka Bintang Bintang Karaeng Naga
-Darjah Indera Pahalawan Bintang Karaeng Singa
-Darjah Lela Hulubalang Bintang Karaeng Harimau
-Darjah Amar Kesatria Bintang Karaeng Garuda
Catatan Tahun 2000 – 1970 (30 Tahun) iaitu (zaman moden kebudayaan, kesenian, warisan pusaka, adat resam semakin dilupakan)
- TIADA catatan langsung, berakhir apa bila Tukang Catat Masyarakat Adat Terakhir/ meninggal dunia/mati
Catatan Tahun 2000 – Hingga Kini (iaitu dibawah kepimpinan YTM Seri Pemangku Adat Wangsa Bugis Melayu Malaysia – Tindakan memulih dan memelihara Saoraja/Rumah Adat, barang pusaka dan religa, askara lontar dan lain-lain pelbagai lagi)
-Darjah Andika Panglima Bintang Karaeng Naga (DPBN) – Kuning Emas
-Darjah Indera Pahlawan Bintang Karaeng Singa (DPBS) – Merah Emas
-Darjah Lela Hulubalang Bintang Karaeng Harimau (DHBH) – Hijau Emas
-Darjah Amar Kesatria Bintang Karaeng Garuda (DKBG) – Biru Emas
(Darjah ini dilengkapi sehelai SELEMPANG, sebutir BINTANG dan sebutir PINGAT, manakala bagi keturunan dan suaka waris2 akan ditambah dengan pemberian seutas rantai emas berserta lencana LAMBANG dan sehelai kain renda IKATAN PINGGANG dan setiap seseorang penerima itu akan memiliki gelaran khusus untuk dirinya).
RUMUSAN KAMI: Dalam Book of Recod (Askara Lontar) ada catatan dan laporan yang tidak lengkap kerana tulisan huruf rumi lama, juga terutama tulisan huruf jawi lama yang kurang jelas dan pelbagai masalah teknikal. Oleh yang demikan, maka buat masa ini kami mempersembahkan setakat yang hampir/anggaran sahaja dan, kami terlebih dahulu memohon kemaafan, jika ada sebarang kesilapan.
Untuk pengetahuan dan makluman, Amin Ya Allah. Gambar2 yang dipamerkan sekadar informasi sahaja.
Unlike ·  · 
  • You, Sri Pemangku Adat and 2 others like this.
  • Ratu Rimba Niagara TERIMA KASIH YM SRI PEMANGKU ADAT

    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum wr wb

    Terima kasih YM Sri Pemangku Adat 
    atas penerangan mengenai anugerah
    diterangkan secara jelas agar yang 
    membaca faham .

    Saya beranggapan semua yang bakal terima anugerah 
    bukan kerana anugerah mereka mahu menabur jasa
    tapi adalah atas dasar semangat juang yang tinggi
    untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
    Mereka yang menerima anugerah sebagai syarat 
    saja agar rakan-rakan seperjuangan yang lain
    turut menyumbangkan bakti tanpa mengira apa juga
    keadaan yang menghalang untuk terus berbakti.
    Itulah prinsip seorang pejuang dalam pelbagai bidang.
    Apapun yang diperjuangkan matlamatnya tetap sama mahu 
    menjadi khalifah-Nya selagi hayat di kandung badan.

    Kita yang tahu kehendak kita sendiri.
    kita yang kenal diri kita sendiri apa mahunya kita dalam hidup ini
    jika kita masih ragu-ragu, tak tahu mana hala tuju kita akhirnya
    pasti akan merasakan kitalah yang hebat dan merasakan 
    kita akan hidup selamanya...

    Tanyalah pada siapapun semuanya takut mati...
    sedangkan mahu tak mahu takut atau tidak akan mati
    jika kita tahu mati itu adalah suatu nikmat 
    kita dapat bertemu Allah swt dan Rasulullah
    yang sedia menanti kita pasti kita 
    tak sabar-sabar menunggu bilakah hari kematian kita...
    ttu bagi mereka yang yakin akan bertemu Allah Robbul Idzati
    menyambut kita dengan Rahmat Kasih-Nya
    dengan berkata , 'Duhai jiwa yang tenang redha lagi diredhai'
    Allahu Akbar alangkah bertuahnya roh kita jika kita dapat ungkapan
    daripada Allah swt ...pasti kita rasa semasa kita berhidup diduga dengan pelbagai ujian akan rasa bersyukur malah dilupakan terus kerana sudah mendapat balasan cinta-Nya Allah kepada hamba-Nya.
    Allahu Akbar ungkapan redha lagi diredhoi dari Allah swt setelah kita bergelar roh segala matlamat semasa hidup sudah tercapai dan terjawab sudah ...Allahu Akbar alam barzah bak Taman-Taman Syurga
    beradu bagaikan bidadara bidadari Syurga Allahu Akbar In Shaa Allah Aamiin.

    Karena kita mahu setelah kita mati mendapat lafaz dari Allah swt, ' Roh yang tenang redho lagi diredhoi,' maka sebelum kita mati...apa saja yang kita perbuat mahukan Allah swt redha jika itulah yang dapat kita laksanakan mahukan redha Allah dalam setiap perkara...kita termasuk dalam golongan hamba-Nya yang tahu bersyukur....
    Apa saja keputusan yang kita buat...bukan berlandaskan demi menjaga hati manusia tapi Allah swt ...kita tidak perlu bimbang karena cukuplah Allah bagiku atas segala urusan hidup dan matiku.

    Jika apa yang kita buat untuk dihargai dan dipandang manusia, segunung bakti dan amalan apapun tidak akan ada nilaian di Sisi Allah Azzawajallah.
    Moga apa saja yang kita baktikan adalah semata-mata mahukan redha Allah swt dan jika dihargai oleh pihak-pihak yang menghargai jasa bakti itu adalah sebagai kenang-kenangan untuk anak cucu agar mereka tahu moyang mereka adalah seorang pejuang, berkorban jiwa raga untuk mereka.

    Dikesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada YM Sri Pemangku Adat di sepanjang saya menjadi ahli grup Sri Pemangku Adat melebih tiga tahun...saya diizinkan bersiaran karya semahu yang saya suka dan tidak pernah pun membuatkan sastera saya terluka... terima kasih YM Sri Pemangku Adat kerana sudi memahami dunia sastera yang saya minati sejak kecil lagi.

    In Shaa Allah apa yang YM Sri Pemangku Adat terangkan diatas segala tema karya saya bersangkut paut...dalam karya saya , di grup ini merupakan medan juang saya bersastera walaupun karya saya tidak mendapat komentar daripada ahli grup.
    Barangkali mereka suka membaca tapi tidak berminat untuk memberi komentar. Walaupun karya saya tidak mendapat komentar di grup...sebab itu setiap rakan fb saya diwajibkan memberi komentar sebab itu rakan fb saya silih berganti karena mereka sibuk atau malas nak beri ide ...bagi saya komentar rakan fb pada karya saya adalah penting karena apabila mereka memberi komentar secara tidak langsung boleh menaiktarafkan kualiti penulisan saya dan fakta yang ada dalam karya tersebut. Itu matlamat saya kenapa saya mahukan karya saya di komentar yang bernas lagi mantap dengan menggunakan pemikiran aras tinggi (critical thinking).

    Karya seiring dengan komentar dalam apa juga tema semuanya menjadi bahan sastera yang saya kumpulkan di Galeri Sastera Ratu Rimba Niagara agar dapat dibaca oleh semua peminat Sastera Karya Ratu Rimba Niagara di seluruh dunia diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dunia In Shaa Allah Aamiin.

    Terima kasih sekali lagi YM Sri Pemangku Adat...karena sudi menjadi rakan fb saya dan sudi menyokong penuh karya-karya saya. Moga Allah swt saja yang dapat membalas segala kebaikan YM Sri Pemangku Adat.

    Sekian. Wassalam.

    "SETIAP YANG BAIK ADALAH ILHAM DARI ALLAH AZZAWAJALLAH YAKINLAH ITU"

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

    Ratu Rimba Niagara,
    Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
    Cinta 5 Benua
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
    24 Rejab 1435H
    24 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

 
;