SALAM KEMERDEKAAN KE-57 MALAYSIA TERCINTA!
Eva Anggraini Puspanegara shared Gabriele Corno's photo.
1 hr ·
A nice Place @ Lake Godech #Bulgaria
Salam Kemerdekaan Malaysia Tercinta,
Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
Tersenyum megah penuh bangga,
Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.
Kau tak pernah kenal erti kalah,
Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
Di mana pun berada kau berkibar megah,
Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.
Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
Semangat rakyatnya terus membara-bara,
Menjadikan realiti impian 1Malaysia.
Salam Kemerdekaan untuk Datuk Seri,
Semoga hidupmu penuh keberkatan;
Jasamu sentiasa mewangi di hati,
Perjuangan terdahulu masih diteruskan.
Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
Membela nasib rakyat di mana saja berada,
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
Sehati senada sejiwa saling memahami,
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
Yang difikirkan keamanan negara ini,
Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.
Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.
Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.
Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
Buat Negaraku Malaysia tercinta:
Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.
Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-57 ini kuberjanji,
Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
Moga kau tidak akan disakiti lagi,
Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.
Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
Moga kau sentiasa gembira selalu;
Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.
Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2014
(Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
Malaysia Ke-57 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2014)
(BERSEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-57 MALAYSIA TERCINTA.
(DISIARKAN PUISI SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE- 57 ISTIMEWA UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA TERCINTA BERSAMA KITA MENCINTAI MALAYSIA AGAR TERUS KEKAL MERDEKA UNTUK DIWARISKAN KEPADA ANAK CUCU TERCINTA)
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2014, INDONESIA
17 AGUSTUS 2014, HARI KEPUTERAAN SULTAN BRUNEI DARUSSALAM KE 68 & HARI KELAHIRAN RATU RIMBA NIAGARA 13 OGOS 2014'
'SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH
DUNIA '
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
5 Zulkaedah 1435H
31 Ogos 2014
AKU BERSASTERA KERANA-MU ALLAH ,
REDHAILAH PERJUANGAN SASTERA
YANG KUTULIS, ALLAHU AKBAR AAMIIN
AKULAH PENYAMBUNG WARISAN
akan aku ajar kamu
erti sebuah kemerdekaan
kenapa kamu mesti pertahankan kemerdekaan
walaupun nyawa jadi taruhan
tak akan kamu biarkan
walaupun seinci
bumi Malaysia ini dijajah
oleh si durjana
yang berhati khianat
kepada bangsanya sendiri
jiwamu
jiwa anak merdeka
jiwa seorang pejuang
tak akan gentar
pada sesiapa pun
kecuali Tuhan
bila kamu berada
di medan juang
kamu tidak akan undur
kamu tidak akan mengalah
kamu tidak akan takut mati
kerana agama bangsa dan tanah air
kamu relakan nyawamu jadi taruhan
hari...hari adalah perjuangan
tiada hari tanpa perjuangan
berbakti terus berbakti
tanpa diminta untuk dihargai
biarlah kamu menjadi pejuang tanpa nama
tanpa dikenali oleh sesiapa
asalkan Tuhan tahu
hidup matimu hanya kerana Allah
bila hanya kerana Allah...
hidup kamu akan tenang
setenang air di kali Syurga
seredup matamu seredup Syurga
seredup hatimu
menyayangi bangsa dan negaramu demi-Nya...
aku menyayangimu
kerana kamulah , "PENYAMBUNG WARISAN!"
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!!
Karya Ratu Rimba Niagara
5 Zulkaedah 1435H
31 Ogos 2014
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PENYAMBUNG WARISAN MALAYSIA YANG TERCINTA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 57, PENYAMBUNG WARISAN NEGARA WIRA ABAD KE-21 MUHAMMAD AMMAR AFIFI)
WARISAN
Pahlawan Ku
Pahlawan Ku...buat sendiri nih...untuk kenang-kenangan..
WARISAN
Abdul Jamal Abdul Azid http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage...
sudirman:warisan
www.youtube.com
Warisan Disini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Disini tersemai cita cita Bercambah menjadi warisan ( korus ) Andai ku terbuang tak diterima ...di manakah kubawa cinta ini...
Ratu Rimba Niagara:
DJ memahami jiwa pendengar biar pun tak kira pendengar berada di mana jua pun....biarpun berada...nun......di Rimba Niagara....
KUKIRIMKAN GUGUSAN BUNGA KARYAKU DI BAYU MEGA ALAMMAYA KEPADA SEMUA PEMINAT KARYA-KARYAKU YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRAT
KUNTUMAN BUNGA KUKIRIMKAN DI BAYU MEGA ALAMMAYA
BUAT SEMUA YANG SUDI MEMBACA KARYA-KARYAKU
SEBAGAIMANA BANYAKNYA GUGUSAN BUNGA NAN INDAH INI
SEBANYAK ITULAH GUGUSAN RINDU DAN KASIHKU KEPADA PEMINAT KARYAKU YANG SUDI MENYOKONG/MENDUKUNG DUNIA SASTERA YANG KUMINATI INI.
KU BERKARYA KERANA TUHAN-KU
LAMBANG AKU CINTAKAN-NYA
LAMBANG AKU KASIHKAN SEMUA YANG DICIPTAKAN DI LANGIT DAN DI BUMI MOGA ALLAH SWT MELIMPAH RUAHKAN ILHAM PADAKU BERKARYA SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2014, INDONESIA 17 AGUSTUS 2014, HARI KEPUTERAAN SULTAN BRUNEI DARUSSALAM KE 68 & HARI KELAHIRAN RATU RIMBA NIAGARA 13 OGOS 2014'
'SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH
DUNIA '
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
5 Zulkaedah 1435H
31 Ogos 2014
TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN!
Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
di serata pelosok bumi Malaysia
biarpun kumengerti menempuh gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempas ke pantai!
Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
“Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun!
untuk anak cucu kita menumpang teduh!
Terima kasih Bapa Kemerdekaan!
akan kuingat pesananmu itu!
akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!
Demi cintaku pada Malaysia
akan kuperjuangkan mempertahankanmu!
hingga ke titisan darah terakhir!
Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Karya : Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2014
(Sempena Meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Tercinta Yang Ke-57
Pada 31 Ogos 2014)
HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!
Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.
Salam Kemerdekaan dariku untukmu
dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .
"Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
31 Ogos 2014)
(SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA YANG KE-57 PADA 31 OGOS 2014)
Pahlawan Ku
www.youtube.com
Pahlawan Ku...buat sendiri nih...untuk kenang-kenangan..
(PUISI-PUISI KARYA RATU RIMBA NIAGARA OBJEKTTIF DISIARKAN BAGI MENYEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA RAKYAT MALAYSIA AGAR CINTAKAN NEGARA MELEBIHI DARIPADA KEPENTINGAN SENDIRI, MENGHARGAI JASA PAHLAWAN-PAHLAWAN NEGARA AGAR TAK LUPUT DALAM INGATAN DAN SECARA TIDAK LANGSUNG MENGHARGAI NIKMAT KEMAKMURAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA AGAR KEMERDEKAAN DAPAT DIPERTAHANKAN SEHINGGA DARI SATU GENERASI KE SATU GENERASI IN SHAA ALLAH AAMIIN)
31 Ogos 2014
0 comments:
Post a Comment