CINTA NEGARAMU CINTA NEGARAKU (394) LUKA DI DUNIA SEMENTARA DI AKHIRAT TIDAK BISA DIUBATI LAGI MAKA MAAFKANLAH AKU ANDAI AKU MELUKAI HATIMU
WARKAH UNTUK Y.T.M TUAN SRI PADUKA MAHARAJA INDERA PUTRA ATAU Y.T.M KARAENG SRI MAHARAJA WANGSA ATAU Y.T.M SRI PEMANGKU ADAT
Bissmillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh
Ke hadapan Y.T.M Tuan Sri Paduka Maharaja Indera Putra atau Y.T.M Karaeng Sri Maharaja Wangsa atau Y.T.M. Sri Pemangku Adat,
Patik di sini mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Y.T.M Tuan Sri Paduka Maharaja Indera Putra selaku Admin Grup Sri Pemangku Adat di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada patik untuk terus bersastera dengan
menganugerahkan gelaran sebagai ,'SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA DAN TOH PUAN RATU KENCANA SARI,'
Memang sama sekali tidak menduga sastera yang disiarkan di grup Sri Pemangku Adat mendapat perhatian daripada Y.T.M Karaeng Sri Maharaja Wangsa dan Pentadbir DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
Walaupun disiarkan karya sastera yang ditulis cuma di alammaya tapi tetap juga dihargai, patik amat terharu dan bersyukur kepada Ilahi.
Ada yang mengatakan kepada patik menulis di alammaya seperti berada di alam fantasi yang mana segala yang dicita-citakan dan diusahakan dalam sastera cumalah sekadar anganan kosong yang tidak akan menjadi realiti.
Menulis dengan memegang watak Ratu Rimba Niagara adalah dunia fantasi yang tidak akan menjadi realiti sampai kapanpun akan berada di dunia imaginasi yang tidak menjanjikan dunia sastera menjadi ke dunia realiti.
Mendengar kata-kata mereka itu memanglah pedih menusuk jiwa, rasa mahu mengalah saja memperjuangkan apa yang dicitakan sejak puluhan tahun lamanya.
Tapi memandangkan matlamat patik adalah jelas maka tidak akan dihiraukan akan kata-kata yang memedihkan itu , dianggapkan kata-kata itu cumalah sebagai cabaran untuk lebih berusaha gigih lagi sehingga segala yang dikatakan fantasi menjadi realiti
In Shaa Allah. Aamiin.
Sepanjang menjadi penulis sastera di alammaya memang banyak cabarannya, maka kesabaran adalah penting kerana matlamat adalah jelas sejelasnya untuk berbakti kepada Agama, Raja, Pemimpin Dan Rakyat Seluruh Nusantara. Moga Allah SWT memberkati usaha dan memakbulkan segala cita-cita patik yang telah diusahakan sebelum terpejam mata buat selamanya. In Shaa Allah Aamiin.
Sri Pemangku Adat shared his photo.
Bahawa Andika/Saya yang mewakili DISAKA (Dewan Istiadat Saoraja Adat Karaeng) Malaysia amat berbangga dan berbanyak terima kasih, amin ya allah.
Ratu Rimba Niagara shared Sri Pemangku Adat's photo.
CITA-CITAKU INGIN MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA AGAR DAPAT DITERIMA OLEH SELURUH RAKYAT NUSANTARA DAN WARGA DUNIA IN SHAA ALLAH AAMIIN
TAHNIAH UNTUK MAJELIS PEMANGKU ADAT NUSANTARA
Majelis Pemangku Adat Nusantara sudah ternama dan diiktiraf demi memartabatkan seluruh Institusi diRaja Nusantara . Maka tabik hormat untuk YM Sri Pemangku Adat , seluruh ahli jawatankuasa dibawahnya dan seluruh kesatria yang terlibat bagi menjayakan Majelis Pemangku Adat Nusantara. Moga terus mapan dan sukses agar dapat diwariskan hingga ke anak cucu Nusantara. Allahu Akbar Aamiin.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara, Toh Puan Ratu Kencana Sari,
Pujangga Sribu Jaman, Pujangga Nusantara & Ratu Pujangga Perdamaian Dunia,
24 Dzulhijjah 1435H
19 Oktober 2014
RAKYAT RIMBA NIAGARA MELANTIK TUAN PUTRI RIMBA NIAGARA SEBAGAI RATU RIMBA NIAGARA BAGI MENYOKONG MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA DALAM TEATER BANGSAWAN DIRAJA,''RATU RIMBA NIAGARA,'Karya Ratu Rimba Niagara. .
Tuan Putri... semasa Tuan Putri ditabalkan sebagai Ratu Rimba Niagara kami rakyat Rimba Niagara telah bermuzakarah untuk melantik Tuan Putri sebagai Ratu yang memerintah seluruh Kerajaan Rimba Niagara ini.
Kami ingin membuat sendiri mahkota Tuan Putri yang tiada tandingan cantiknya dengan buatan manusia tapi memandangkan asal usul Tuan Putri manusia makanya kami hormat Tuan Putri agar kami juga mahu mendukung/menyokong Institusi diRaja Nusantara yang akan dihidupkan semula oleh mereka yang faham betapa pentingnya
Institusi diRaja pada rakyat sekalian,
Biarpun kami haiwan dan boleh melantik di kalangan haiwan tapi karena semangat kami untuk menghidupkan institusi diRaja Nusantara makanya kami lantik Tuan Putri sebagai Ratu agar Tuan Putri terus bersemangat untuk menuliskan kisah-kisah diRaja dan Kesatria diRaja samada realiti atau dongengan.
Teruslah menulis Tuan Putri kami akan terus memberi sokongan/dukungan kepada Tuan Putri. Walaupun apa jua halangan dan cabaran Tuan Putri mesti kuat semangat dan jangan mudah berputus asa karena niat suci murni Tuan Putri itu Tuhan sentiasa membantu percayalah.
Maka selepas ini walaupun ada yang menghina Tuan Putri jangan dihiraukan dengan semua kata-kata yang melemahkan semangat Tuan Putri berkarya...sekalipun mereka mengatakan Tuan Putri berada di alam fantasi tak akan menjadi realiti anganan Tuan Putri itu jangan sekali dipedulikan.
Biarlah mereka dengan dunia mereka, Tuan Putri hanya akan melayani mereka yang memahami dunia sastra Tuan Putri saja yang tidak memahami tetap akan mengatakan Tuan Putri berada di dunia Fantasi yang mana kata-kata itu akan melemahkan semangat Tuan Putri untuk bersastra tinggalkan mereka itu Tuan Putri...buat apa bersahabat dengan mereka yang membuatkan hati Tuan Putri terluka kami tak akan izinkan hati Tuan Putri terluka . Berjanjilah kepada kami bahawa Tuan Putri akan buktikan bahawa dunia sastera Tuan Putri bukanlah dunia fantasi tapi adalah bahan sastera yang berkualiti dan bakal menjadi realiti di dunia realiti. Ketika itu yang menghina dan merendah-rendahkan usaha Tuan Putri akan menginsafi diri sendiri dan mengakui Kebesaran Tuhan mengatasi segala yang ada di langit dan di bumi. Allahu Akbar Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara,
24 Dzulhijjah 1435H
19 Oktober 2014
MENGGENGGAM IMPIAN SEPERTI MEMINTAL ILUSI MENJADI REALITI
Semua orang ada impian...
impianku tinggi menggunung
Sudah puluhan tahun aku mendaki
terlalu banyak onak dan duri kulalui
biarpun onak dan duri sudah sebati dalam diriku
adakalanya aku putus asa untuk menggapai impian
ribut petir selalu membunuh anganku menggapai impian
hinggakan aku tak mampu untuk bertahan lagi...
tapi dek kerana misi dan visi ku yang sudah lama kudambakan
aku terus...dan terus...memburu impian ....
biarpun datang berjuta halangan tak kupedulikan lagi
Kerana ku sudah kesuntukan masa untuk berleka memburu impian
impian...oh! Impian....
impianku menjadi bahan lawak
kerana impianku di luar kotak pemikiran
siapalah aku untuk menggapai impian itu
mana mungkin aku seorang untuk merealisaikan impianku itu
hingga kini impian ku tak pernah padam
hingga saat ini ku masih pertahankan impianku biarpun
berseorangan terkial-kial dalam pendakian yang entah bila penghujungnya
biarpun hangus terbakar jemariku...
ku tetap menggenggam impian
hingga sampai penghujungnya
Menggenggam impian seperti, 'Memintal Ilusi Menjadi Realiti.'
mana tahu hadirmu tanpa dugaku...
berganding bersamaku...
berkongsi segala bebanan yang kupikul
bagaikan sinar pelangi yang takkan padam...
mengiringi pendakianku memburu impianku
kerana impianku seiring dengan impianmu
kita punyai minat yang sama
matlamat yang sama
ingin jadikan impian menjadi kenyataan
Terima kasih pelangiku kerana sudi bergandingan bersamaku
moga indah warna-warni pelangimu takkan hilang hingga bila-bila
Selagi nafasku ada...Syukurku pada Alllah
kehadiranmu selalu kunantikan dalam illusiku
tapi kini bukan illusi lagi
berkat keikhlasan hatimu padaku
amat mengharukan aku...
moga kau dan aku seia sekata
senada seirama
sama-sama menggenggam impian
impianku impianmu berpadu menjadi realiti
Biarpun tak menjadi realiti
setidaknya kita telah mempunyai impian yang sama
Ayuh...sama-sama kita jayakan
mana tahu...impian jadi kenyataan!
aku mesti bersangka baik dengan Tuhanku
Dia Maha Berkuasa nntuk menjadikan impianku satu realiti
jika ianya satu realiti kusyukur dalam sujudku
kerana tiada daya upayaku melainkan dengan Izin-Nya
Karya Ratu Rimba Niagara
30 Zulkaedah 1435H
25 September 2014
ANUGERAH GELARAN DARIPADA PENTADBIR, DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Mulia Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
AHLI-AHLI MAJLIS LEMBAGA ADAT KARAENG DALAM PERTUBUHAN UNTUK KERABAT DAN KELUARGA WANGSA BUGIS MELAYU.
Di Malaysia, lazimnya seramai tujuh (7) orang anggota yang dikenali sebagai AHLI MAJLIS LEMBAGA ADAT KARAENG dalam sesebuah Pertubuhan, Persatuan atau Badan Organisasi yang seumpamanya. Mereka adalah orang-orang yang difikirkan layan untuk dianugerahkan Gelar Adat secara otomatik setelah, dilantik sebagai Jawatankuasa dalam sesebuah Pertubuhan, Persatuan atau Badan Organisasi yang seumpamanya. Diperjelaskan seperti berikut:-
Diantara Anugerah Yang Dikurniakan Kepada Mereka Ialah:
Yang Dipertua : To’ Paduka Maharaja Indera Putra
Naib Yang Dipertua : To’ Sri Bendahara Andeka Pahlawan
Setiausaha : To’ Sri Laksamana Amar Pahlawan
Penolong Setiausaha : To’ Panglima Lela Perkasa
Bendahari : To’ Sri Temenggung Indera Pahlawan
AJK (1) : To’ Amar Bija Wangsa
AJK (2) : To’ Lela Bija Sura
PERHATIAN: Diperingkat Ahli Majlis adalah TIADA golongan perempuan kecuali, mereka yang berkhidmat untuk Balai Adat Karaeng sahaja.
ANUGERAH GELARAN TOH PUAN RATU KENCANA SARI
Anugerah Budaya Kesusasteraan Kepada Karyawan:
Oleh: Sri Pemangku Adat
Anugerah Budaya Kesusasteraan Kepada Karyawan:
WATIKAH GELAR ADAT.
“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, YANG MENGUASAI TUJUH PETALA LANGIT DAN TUJUH PETALA BUMI SERTA SEISI KANDUNGANNYA, SEGALA PUJI-PUJIAN BAGI ALLAH SERU SEKALIAN ALAM, MAKA ATAS KUASA YANG ADA PADA ANDEKA DIPERTURUNKAN GELAR ADAT KEPADA YANG AMAT MULIA Rabeah Binti Mohd Ali, SEBAGAI Toh Puan Ratu Kencana Sari, DENGAN BERKAT DOA-DOA KAMI KEPADA MUHAMMAD S.A.W, ALAM SEMESTA MENJADI SAKSI DAN SEGALA DI DUNIA DAN SEISINYA MEMPERAKUI DENGAN LAFAZ LAILAHAILLAH MUHAMMADUR RASULLULAH”.
Kurnia ini diberi kerana berjasa atas sumbagan dan komitmen yang dibuktikan menerusi penyampian khususnya budaya kesusateran dunia maya Laman Rasmi Deplomatik Sri Pemangku Adat. Dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih daripada DISAKA (Malaysia). Amin Ya Allah.
Sri Pemangku Adat and Andi Baso Pawiloi like this.
Sri Pemangku Adat salam hormat, YAM Rabeah Binti Mohd Ali anda layak menerimanya atas sumbangan dan komitmen anda sendiri pada DISAKA dan kami menyempurnakan yang sewajarnya, amin ya allah.
Ratu Rimba Niagara Salam hormat kembali buat YM Sri Pemangku adat dan semua ahli jawatankuasa di SAKA MALAYSIA amatlah tersanjung di hati , segala budi baik akan dikenang sehingga akhir hayat. AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
"Y.T.M TUAN SRI PADUKA MAHARAJA INDERA PUTRA JASA BAKTI Y.T.M PADUKA PADA GENERASI KINI DAN AKAN DATANG AKAN SENTIASA DIKENANG SEBAGAI LELUHUR MOYANG NUSANTARA YANG SANGAT MEREKA KASIHI DAN CINTAI SELAGI HAYAT DI KANDUNG BADAN. IN SHAA ALLAH AAMIIN. MOGA ALLAH SWT MERAHMATI DUNIA DAN AKHIRAT Y.T.M PADUKA AAMIIN."
Sekali lagi patik mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Y.T.M. TUAN SRI PADUKA MAHARAJA INDRA PUTRA dan di SAKA MALAYSIA atas anugerah TOH PUAN RATU KENCANA SARI. Moga dengan gelaran ini bukan bertujuan untuk membangga diri tapi adalah menyuntik semangat untuk patik meneruskan perjuangan sastera patik dan adalah hadiah yang teristimewa untuk anak cucu Nusantara tercinta bahawa moyang sastera mereka berusaha gigih untuk menghasilkan bahan sastra yang bermanfaat dan berkualiti untuk mereka . In Shaa Allah Aamiin.
Sekian. Terima Kasih .Wassalam.
'SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1436H MAAF ZAHIR & BATHIN'
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara @ Rabeah Mohd Ali,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujanggga Sribu Jaman
28 DZULHIJJAH 1435H
23 OKTOBER 2014
0 comments:
Post a Comment