Saturday, 25 October 2014

CINTA NEGARAMU CINTA NEGARAKU (412) TEATER BANGSAWAN DIRAJA ,'PUTERA DUYUNG' KARYA RATU RIMBA NIAGARA


CINTA NEGARAMU CINTA NEGARAKU (412) TEATER BANGSAWAN DIRAJA ,'PUTERA DUYUNG' KARYA RATU RIMBA NIAGARA

OLDER
HIJRAH KARYA YANG LEBIH BAIK UNTUK MENGHASILKAN KARYA YANG TERBAIK DI SISI ALLAH TAALA IN SHAA ALLAH AAMIIN.
DALAM DIRIKU ADA KAMU UNTUK BERSAMA KE SYURGA-NYA
akulah si Puteri Arnab itu......
Continue Reading
Sikap saling menghormati hendaknya tidak hanya dijadikan slogan belaka, tetapi harus mampu diterapkan oleh setiap individu dalam kehidupan sehari-harinya.
SOURCE: PUB.VITRUE.COM
LikeLike ·  · 

  • SAHABATKU YANG BERNAMA NUR HIJRAH
    Duhai sahabatku yang bernama Nur Hijrah
    sudilah bersahabat denganku
    hidupku bagaikan burung patah sayapnya tanpa kamu
    kau pelita hatiku
    kau menerangi perjalanan hidupku yang kelabu
    sekelabu awan biru yang berjerubu
    kabus tebal menutup pandangan mataku
    untuk menuju jalan pasti dalam mencapai redho Ilahi
    aku keliru, aku terkeliru dengan keputusan hidupku sendiri
    rasanya semuanya tidak menjanjikan jawapan yang pasti
    yang pastinya aku keliru dengan hidupku sendiri
    di mana-mana aku mencari ...mencari terus mencari
    mana bisa mungkin dalam kegelapan aku dapat mencari
    selagi aku rasa hidupku sempurna
    selagi itulah keegoan mengusai diri
    lalu aku muhasabah diri
    menginsafi diri
    bahawa tiada manusia yang sempurna kecuali Allah Taala
    jalan untuk muhasabah diri mendapat ketenangan diri
    aku mesti berubah
    daripada yang kelabu kehidupan kepada yang mencerahkan kehidupan
    dunia akhiratku
    dari itu aku mesti berhijrah
    berhijrah tanpa ilmu pasti tak akan berubah
    maka duhai sahabatku yang bernama Nur Hijrah
    sudilah menjadi sahabatku
    kerana engkau sudah lama berhijrah
    sejak penghijrahan Nabi Muhammad saw dari kota Mekah ke Madinah
    demi penghijrahan mendapat cinta dan redho Allah...
    perlukan pengorbanan
    pengorbanan harta dan nyawa
    itulah erti penghijrahan yang sebenar
    kerana jiwamu jiwa penghijrahan
    aku mahu bersamamu
    susah senang bersama
    pasti hidupku tenang
    setenang hatimu yang disinari Nur Hidayah Kasih-Nya...
    maka sudilah tumpangkan aku berteduh bersamamu agar mendapat
    limpahan Sinaran Nur Hidayah Kasih-Nya
    sehingga akhir hayatku
    sehingga akhir hayatmu...
    In Shaa Allah Aamiin
    Terima kasih sahabatku Nur Hijrah
    moga Allah swt merahmati
    hidup matimu
    hidup matiku
    berkat penghijrahan yang sama kita azamkan tekadkan...
    samalah kita jayakan
    In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A' Lamiin
    'SALAM MA'AL HIJRAH 1436H'
    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
    Sahabat Dunia Akhiratmu
    Ratu Rimba Niagara
    1 Muharram 1436H
    25 Oktober 2014
    HIJRAH KARYA YANG LEBIH BAIK UNTUK MENGHASILKAN KARYA YANG TERBAIK DI SISI ALLAH TAALA IN SHAA ALLAH AAMIIN.


    Sri Pemangku Adat likes this.

DALAM DIRIKU ADA KAMU UNTUK BERSAMA KE SYURGA-NYA
akulah si Puteri Arnab itu...
engkaulah si kucing itu...
kenapa malu-malu kucing
kenapa mesti jauhkan diri dariku?
biarpun kita belainan pendapat
namun jalan kita sama
maka kita perlu seiring sejalan
lihatlah cahaya dari tujuh petala langit terpancar
ke jalan Syurga-Nya yang hendak sama kita tuju
moga cahaya-Nya menembusi hatiku hatimu terus ke tujuh
petala bumi agar semua ummah menyambut persaudaraan
dalam kasih sayang hati semurni Syurga
In Shaa Allah Aamiin.
'SALAM MA'AL HIJRAH 1436H
DALAM DIRIKU ADA KAMU
DALAM DIRIMU ADA AKU
SEKALIPUN BUMI TERBELAH DUA
KITA TAK AKAN TERPISAH
KAU TERCIPTA UNTUKKU
AKU TERCIPTA UNTUKMU
KITA SALING MELENGKAPI
KERANA AKU ADALAH SAHABAT DUNIA AKHIRATMU
MOGA PERJUANGAN DAN KASIH KITA TETAP MENYATU
SAMPAI SYURGA
IN SHA ALLAH AAMIIN AAMIIN,'
"SAHABAT SEJATI SETIAKAWAN HANYA MAUT MEMISAHKAN KITA,'
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA ALAMMAYAMU MERANGKAP SAHABAT DUNIA AKHIRATMU,
DI ALAMMAYA ALLAH TEMUKAN KITA
HATI KITA BERSEMI KASIH PERSAUDARAAN
SALING MENYAYANGI, MENGHARGAI DAN MENGHORMATI.
29 DZULHIJJAH 1435H
24 OKTOBER 2014
a perutusan saya sempena sambutan Maal Hijrah 1436H dihttp://bit.ly/MaalHijrah1436H. Salam Maal Hijrah kepada semua rakyat Malaysia.
LikeLike ·  · 
Saturday, 2 June 2012

PUTRA DUYUNG DITULIS DENGAN BAHASA YANG INDAH DENGAN KESEDIHAN YANG BERDARAH-DARAH MENGISAHKAN CINTA YANG PASRAH BERPISAH







PILIHLAH MANA SATU HATI YANG KITA SUKA
MOGA ALLAH SWT IZINKAN HATIKU HATIMU SEMURNI SYURGA
HATI KETIKA KITA BARU DILAHIRKAN KE DUNIA INI
ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
LikeLike ·  · 

SYAIR PUTERA DUYUNG

Tersebutlah satu kisah percintaan,
Dimulai dengan sebuah perkampungan nelayan;
Telah berlaku satu pergaduhan,
...Continue Reading
 ·  · 
TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'PUTERA DUYUNG' KARYA RATU RIMBA NIAGARA

SYAIR PUTERA DUYUNG

Tersebutlah satu kisah percintaan,
Dimulai dengan sebuah perkampungan nelayan;
Telah berlaku satu pergaduhan,
Hanya kerana ingin merebut kekuasaan.

Pergaduhan berlaku tanpa ihsan,
Sana-sini mayat bergelimpangan;
Bermandikan darah perkampungan nelayan,
Tiga hari dua malam pergaduhan berlarutan.

Malam ini sekumpulan Kampung Nelayan,
Melarikan diri dari permusuhan;
Naik ke kapal berebut-rebutan,
Kerana ingin lari dari kekalutan.

Di malam bulan purnama indah permandangan,
Terpesona mata memandang ke arah bulan;
Mas Merah berbincang dengan Siew Lan,
Mengenai keharmonian kehidupan di lautan.

Siew Lan memujuk Mas Merah dengan kasih sayang,
Mas Merah kawan baiknya dari dulu hingga sekarang;
Berkawan baik atas dasar keikhlasan sayang,
Saling nasihat menasihati demi kasih dan sayang.

Mas Merah luahkan rasa di hati,
Menjadi penghuni lautan itu yang diingini;
Hidup berkasih sayang penuh harmoni,
Tapi apakan daya cuma imaginasi.

Melaung Mas Merah di lautan sepi,
Meraung merintih kenapa nasibnya begini;
Tiada siapa yang ingin mengerti,
Hidup di dunia dirasakan mati.

Telah berlaku sesuatu yang tidak diduga,
Tiba-tiba berlaku perubahan cuaca;
Angin rebut taufan datang melanda,
Penghuni kapal ketakutan dirasa.

Penghuni kapal menjerit ketakutan,
Kapal terhoyang-hayang di tengah lautan;
Ombak bergulung guruh berdentuman,
Penghuni kapal berada dalam kecemasan.

Hujan ribut disertai suara menakutkan,
Muncul rasaksa dasar lautan;
Menenggelamkan kapal ke dasar lautan,
Sekelip mata hilang ditelan lautan.

Semuanya mati ditimpa malang,
Kecuali Mas Merah diselamatkan duyung;
Lelaki duyung bergelar Putera Duyung,
Memiliki kuasa segala duyung.

Mas Merah koma beberapa hari,
Putera Duyung bersusah hati;
Ingin menyelamatkan Mas Merah hajat di hati,
Agar Mas Merah bernafas kembali.

Bertemu pendeta minta pandangan,
Pendeta meminta Putera Duyung fikirkan;
Sebelum membuat apapun keputusan,
Kerana alam duyung dan manusia banyak perbezaan.

Putera Duyung mahukan Mas Merah diselamatkan,
Walau apa cara sekalipun akan diusahakan;
Melihat Mas Merah hatinya ihsan,
Berkorban nyawa dia pertaruhkan.

Hati Putera Duyung perlu didermakan,
Kepada Mas Merah untuk diselamatkan;
Percantuman hati mesti dijalankan,
Itu caranya Mas Merah diselamatkan.

Putera Duyung sanggup dermakan hati,
Melihat Mas Merah koma tak sampai hati;
Putera Duyung yakin Mas Merah manusia baik hati,
Didermakan hati dengan seikhlas hati.

Di malam bulan purnama dijalankan pembedahan,
Antara Putera Duyung dan Mas Merah penuh suspen;
Malam terang disimbahi cahaya rang bulan,
Selamat sudah pendeta lakukan pembedahan.

Selepas pembedahan berlaku perubahan,
Mas Merah bertukar menjadi duyung rupawan;
Gembiranya pendeta berjayanya pembedahan,
Pendeta bersyukur usahanya DiPerkenankan.

Mas Merah hidup bagaikan keajaiban,
Didapati dirinya ada di dasar lautan;
Berasa pelik dengan perubahan,
Perubahan dirinya di luar dugaan.

Dirasakan dirinya berada di alam fantasi,
Seolah tercapai hajat di hati;
Menjadi penghuni lautan yang dibayangi,
Kini menjadi kenyataan masih belum difahami.

Puteri Duyung menyambut kedatangan Mas Merah,
Disambut dengan tarian duyung penuh meriah;
Istana duyung dihias indah,
Menyambut tetamu terhormat Mas Merah.

Mas Merah gembira tidak terperi,
Dilayan Mas Merah seperti Tuan Puteri;
Wajahnya ayu berseri-seri,
Dirasakan impian jadi realiti.

Memang impian menjadi realiti,
Mas Merah masih lagi belum mengerti;
Dipendamkan juga kenapa jadi begini,
Akan terjawab di suatu ketika nanti.

Bergurau senda dengan Puteri Duyung,
Menghayati suasana di Taman Karang;
Menjadi sahabat baik penuh kasih sayang,
Kasih terjalin mengundang sayang.

Setiap hari berkejar-kejaran,
Berkejar-kejaran di balik taman;
Taman Karang dipenuhi bunga-bungaan,
Harum semerbak menyelubungi taman.

Dalam berkejaran terpisah dengan Puteri Duyung,
Puas dicari Puteri Duyung ke mana menghilang;
Muncul pula lelaki duyung,
Mas Merah menangis berasa bimbang.

Putera Duyung memperkenalkan diri,
Diceritakan bagaimana Mas Merah jadi begini;
Fahamlah sudah Mas Merah kini,
Budi baik Putera Duyung terkesan di hati.

Semenjak itu berkenan di hati,
Mas Merah jatuh cinta tanpa disedari;
Dengan Putera Duyung yang baik hati,
Cinta Putera Duyung ingin dimiliki.

Tapi apakan daya cintanya terhalang,
Cinta Putera Duyung kepunyaan Puteri Duyung;
Beralah Mas Merah terus menghilang,
Bukti kasihnya kepada Puteri Duyung.

Demi sahabat ingin menjadi manusia kembali,
Agar cinta sahabatnya bertaut kembali;
Biarlah dia membawa hati,
Membawa hati luka demi sahabat sejati.

Berjumpa pendeta menyampai hajat di hati,
Agar pendeta boleh perkenankan nanti;
Mengertilah sudah pendeta kini,
Memakan 7 jenis rumpai laut itu dikehendaki.

Berlaku perubahan setelah makan rumpai laut,
Menjadi kembali manusia terapung di laut;
Teruna muda terjun ke laut,
Menyelamatkan Mas Merah tanpa takut.

Mas Merah pengsan tak sedarkan diri,
Doktor datang memberi rawatan;
Sedar Mas Merah gembiranya hati,
Si teruna muda yang baik budi.

Budi bahasa Mas Merah buat si teruna jatuh hati,
Cinta Mas Merah ingin dimiliki;
Melamar Mas Merah sepenuh hati,
Mas Merah terkesima antara dua hati.

Antara cinta dan budi,
Mas Merah tak mengerti;
Cintakan Putera Duyung setia di hati,
Hatinya dengan Putera Duyung tercantum di hati.

Mas Merah rupawan buat hati tertawan,
Anak-anak kapal berlumba ingin menawan;
Menawan cinta Mas Merah yang rupawan,
Ingin memiliki cinta sanggup berbunuh-bunuhan.

Mas Merah memberontak rasa tak tenteram,
Tiada dimiliki rasa kedamaian;
Tidak seperti berada di dasar lautan,
Ingin kembali menjadi duyung lautan.

Tanpa berfikir baki 7 jenis rumpai laut dimakan,
Bertukar menjadi duyung kembali selepas makan;
Gembiranya hati tak dapat dibayangkan,
Terus menggelongsor ke dasar lautan.

Mas Merah pergi mencari pendeta,
Memohon nasihat dari pendeta bijaksana,
Hajat Mas Merah difahami pendeta,
Berjumpa Puteri Duyung itu dipinta.

Tika itu Puteri Duyung sedang berdandan,
Didandan cantik menjadi pengantin;
Sebentar lagi upacara pernikahan dijalankan,
Dengan Putera Duyung kekasih idaman.

Mas Merah menangis sepenuh hati,
Merayu pilu pada sahabat sejati;
Puteri Duyung tidak sampai hati,
Melepaskan cintanya pernikahan tak jadi.

Budi baik Puteri Duyung dingati sampai mati,
Bukan sengaja merebut kekasih hati;
Sudah terikat antara dua hati,
Moga cintanya terpatri nanti.

Putera Duyung tidak ambil hati,
Apabila Mas Merah menaruh hati;
Kedua-dua duyung tidak dikawini,
Demi kerana menjaga hati.

Sumpahan duyung Mas Merah redha,
Di siang hari menjadi manusia,
Menjadi duyung apabila malam tiba,
Pulau terpencil tempat tinggalnya.

Bernyanyi-nyanyian mengeratkan kasih,
Kasih mengasihi seperti kekasih;
Apakan daya kasih tersisih,
Kerana tak mahu berbagi kasih.

Putera Duyung datang di bulan purnama,
Memastikan Mas Merah hidup sempurna;
Ada masalah dikongsi bersama,
Ketiadaan Putera Duyung Mas Merah redha.

Kebahagiaan mereka rupanya tak lama,
Apabila datang nelayan ke sana;
Mahu menangkap Mas Merah agar ternama,
Dibuat persiapan lembing dibawa.

Malam itu malam penghabisan,
Cinta dua kekasih tidak kesampaian;
Putera Duyung ingin nyatakan,
Agar diterima Mas Merah lamaran.

Mas Merah gembira disarungkan kalungan,
Kalungan mutiara bertatah berlian;
Mas Merah ternampak balingan lembing nelayan,
Dipertaruhkan nyawa demi cinta kesufian.

Nelayan takut sembunyikan diri,
Di balik batu dia bersembunyi;
Tanpa disedari datang ketam gergasi,
Digigit nelayan hingga mati.

Panahan lembing tertusuk di hati Mas Merah,
Mengalir deras pekatnya darah;
Putera Duyung terpaku dalam luka yang parah,
Perginya kekasih dalam cinta berdarah.

Semasa nazak dipangkuan Putera Duyung,
Sempat menyuruh mengawini Puteri Duyung;
Kepedihan dirasa tak dapat dibendung,
Menangis Putera Duyung dalam cinta sayang.

Sedihnya tika itu tahunya Tuhan,
Dicabutnya lembing perlahan-lahan;
Darah terus mengalir terus-terusan,
Menangis hiba cinta tak kesampaian.

Permergian Mas Merah sentiasa dikenangkan,
Apa nak buat takdir menentukan;
Cinta kekasih tidak kesampaian,
Diredhainya dalam kepasrahan.

Di hari persandingan penuh hiba,
Jenazah Mas Merah menyaksikan cinta;
Hajat Mas Merah disampaikan juga,
Mahukan perkahwinan dijalankan segera.

Setelah persandingan upacara pengkebumian,
Mas Merah dibawa ke kuburan;
Di Taman Karang Mas Merah dikebumikan,
Menjadi legenda penghuni lautan.

Cinta Legenda Khashaf Takdir Cinta Abadi,
Antara dua kekasih berlainan alam perbezaan hati;
Bercantuman hati hingga ke mati,
Membawa cinta hingga ke alam abadi.

Sekian sahaja syair kisah cinta Putera Duyung,
Sekelip mata kekasihnya hilang;
Cinta Mas Merah akan dikenang,
Tragis Percintaan mereka terus dikenang.

Karya: Ratu Rimba Niagara
12 Mei 2012


LUKAKU PARAH CINTA BERDARAH (LIRIK LAGU PUTERA DUYUNG)

Napa itu terjadi...
cinta kita tak kesampaian
belum sempat kulafazkan cinta
kau tinggalkanku
dalam luka parah
duhai kekasih hatiku o...

Kusalahkan diriku sendiri
membuatmu tertunggu-tunggu
lafaz cinta dariku
maafkanku kekasihku
bukan sengajaku buatmu begini
cintaku telah dimiliki dia
tapi kesetiaanmu padaku
buatkan kujatuh cinta padamu.

Pabila kuingin balas cintamu
sudah terlambat kulafaz cinta
kau tinggalkanku
meratap pilu pemergiaanmu
selamanya.

Kau korbankan dirimu demiku
o...kasih ...kenapa...o...kenapa
aku sepi tanpamu
hatiku lara
pedih hati
kau balas cintaku
dengan cinta berdarah
aku pilu
rindu dalam sendu
Tak sanggupku trima perpisahan ini
tapi apakan daya
takdir harus ku imani
moga kau tenang
di alam sana
ooo kekasihku Mas Merah.

Karya: Ratu Rimba Niagara
15 Mei 2012
May 15 at 6:02pm · Like

TERLEWAT KULAFAZKAN CINTA
(Lirik Lagu Putera Duyung)

Maafkanku duhai kekasih
kerna terlewat
lafazkan cinta
ooo...maafkanku
buatmu ternanti-nanti
entah kenapa kelu lidahku
untuk lafazkan cinta
biarpun ku sudah jatuh cinta
padamu duhai kekasih
tika itu
cintaku dimiliki dia
ku bersalah terhadapnya
biarpun dia relakan kumilikmu
demi menjaga... demi menjaga...
hatinya ...hatimu...
ku tak rela berbagi kasih
kubuatmu ternanti-nanti...
kejamnya aku
kejamnya aku padamu
maafkanku duhai kekasih....
biarpun ku tahu
cintamu terlalu suci
kusalah diriku
sesal sendiri...merana sendiri
...
pabila ku terlewat lafazkan cinta
padamu duhai kekasih ooo....

lukaku parah...
lukamu parah...
cinta berdarah
sesal sendiri
merana sendiri...
kau tinggalkanku sendiri
ooo....ooo...
maafkanku kerna
terlewat lafazkan cinta
kau pergi bersama cintaku
kau tinggalkan cintamu
untuk kukesalkan sendiri
ooo....maafkan daku....ooo
kerna terlewat
kulafazkan cinta...
sesal sendiri
merana sendiri
lukaku parah
cinta berdarah
maafkan daku
duhai kekasih
hatiku selamanya
biarpun kumiliki dia
hanya kau di hatiku..
ooo....kasih...

Karya: Putri Rimba Niagara
1 Mei 2012
Like · · 40 minutes ago near Kuala Lumpur
May 15 at 6:05pm · Like


Lagu Mas Merah Kepada Putera Duyung
(Kubawa Cintamu Hingga Ke Hujung Nyawaku)

Apa Harus Putus Dulu by POTRET lirik
www.youtube.com
lagunye POTRET


BIAR KUBAWA CINTAMU HINGGA KE NAFAS TERAKHIRKU
(LIRIK LAGU MAS MERAH KEPADA PUTERA DUYUNG)

Sudah lama kunantikan
lafaz cinta darimu
kutahu kau bukan milikku
dan kupasrah
jika itu takdirnya

Namun kumasih berharap
lafaz cinta darimu
kunanti penuh sabar
pabila kau tiada di sisi
kurindu
kunantimu setiap bulan purnama
penuh syahdu

kau kucinta satu-satunya…
cintamu bertahta di hati
tapi apakan daya kau miliknya
aku pasrah
jika itu takdirnya
kulepaskan cinta ini untuk dia
yang kau cinta

Biar kubawa cinta ini
hingga ke nafas terakhirku
demi kebahagiaanmu dan dia.

Karya: Ratu Rimba Niagara
15 Mei 2012
Like · · 46 minutes ago near Kuala Lumpur

May 15 at 6:07pm · Like ·  1 ·


TERIMA KASIH SAYANG

Aku hanya mengerti
hanya engkau yang
ada di hati ini
kaulah cinta pertama
cinta terakhirku
tiada dua hanya
kau seorang
yang bertahta
di hati ini
kaulah yang menangis untukku
bukan tangisan berduka
tapi tangisan bahagia
kerna kau telah berjaya
mentakluki hatiku
untuk mencintaimu
seumur hidupku
terima kasih sayang...

Karya Putri Rimba Niagara
15 Mei 2012
(LIRIK PUTERA DUYUNG BARU )

SINOPSIS PUTERA DUYUNG

Mas Merah manusia yang bertukar menjadi duyung
setelah menerima hati daripada Putera Duyung hasil
daripada pembedahan Pendeta Duyung.

Mas Merah bersahabat baik dengan Puteri Duyung
yang merupakan kekasih Putera Duyung. Dalam masa
yang sama Mas Merah jatuh cinta dengan Putera Duyung
tetapi kerana tidak mahu menjadi penghalang percintaan
Puteri Duyung, Mas Merah ingin menjadi manusia kembali.

Mas Merah mendapat nasihat daripada Pendeta Duyung
dengan memakan 7 jenis rumpai laut.
Semasa menjadi menusia kembali, di atas kapal anak-anak
muda berebut ingin mendapatkan cinta Mas Merah hingga
sanggup berbunuh-bunuhan. Ini menyebabkan Mas Merah
ingin menjadi duyung kembali dan setelah makan 7 jenis
rumpai laut yang masih berbaki, Mas Merah menjadi
duyung semula.Ketika itu Puteri Duyung sedang bersiap
diandam untuk menjalani upacara penikahan dengan
Putera Duyung. Mas Merah memujuk Puteri Duyung
agar melepaskan Putera Duyung kepadanya.

Atas pujukan itu Puteri Duyung melepaskan cintanya
dengan rela hati.

Demi menjaga hati kedua wanita duyung,
Putera Duyung tiada mengawini kedua-duanya. Kali ini
Putera Duyung hanya dapat berjumpa Mas Merah di pulau
yang tidak berpenghuni apabila bulan mengambang sahaja
kerana Mas Merah di waktu siang menjadi manusia dan di
malam hari menjadi duyung.

Seorang nelayan ingin menangkap Mas Merah untuk tujuan
perniagaan. Tangkapan pertama gagal. Tangkapan kedua ,
ketika itu bulan mengambang penuh, pada ketika itu juga
Putera Duyung bertemu dengan Mas Merah menyarungkan
kalung mutiara ke leher Mas Merah. Belum sempat
Putera Duyung meluahkan hajatnya untuk melamar ,
Mas Merah mati terkena lembing nelayan.

Mas Merah menggadaikan nyawanya apabila ternampak nelayan
membalingkan lembing ke arah Putera Duyung. Sebelum
menghembuskan nafas terakhir Mas Merah meminta
Putera Duyung mengawini Puteri Duyung.

Disediakan oleh : Ratu Rimba Niagara Rimba Niagara
15 Mei 2012


'SALAM MAAL HIJRAH 1436H MAAF ZAHIR BATHIN'

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ TOH PUAN RATU KENCANA SARI
@ PUJANGGA NUSANTARA @ PUJANGGA SRIBU JAMAN
1 MUHARRAM 1435H
25 OKTOBER 2014

FROM NOTIFICATIONS
WALAUPUN KITA BERBEZA ALAM, AKU TAK FAHAM BAHASAMU KAU TAK FAHAM BAHASAKU TAPI KASIH SAYANG MENYATUKAN KITA ITULAH ERTI RAHMAT KASIH ALLAH SWT KEPADA SEMUA MAKHLUK CIPTAAN-NYA. ALLAHU AKBAR.
حان وقت النوم  رووعة اللقطة
LikeLike ·  · 



Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Mulia Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
ANUGERAH PENGHORMATAN KEPADA KERABAT DAN KELUARGA BESAR KETURUNAN WAN DALAM WANGSA BUGIS MELAYU.
Di Malaysia, umumnya Kerabat dan Keluarga Besar yang berketurunan WAN telah menganggotai Lembaga Adat Karaeng sejak 1974 menerusi Pertubuhan Kerabat dan Keluarga Keturunan Wan. Mereka dianugerahkan gelar adat kehormat sebagai bukti sokongan terhadap DISAKA (Malaysia). Diperjelaskan seperti berikut:-
Yang Dipertua : To’ Paduka Raja Amar Wan Perkasa
Naib Yang Dipertua : To’ Sri Laksamana Indera Wan Perkasa
Setiausaha : To’ Sri Temenggung Lela Wan Perkasa
Penolong Setiausaha : To’ Panglima Andeka Wan Perkasa
Bendahari : To’ Biduanda Indera Wan Perkasa
AJK (1) : To’ Amar Pahlawan Wan Perkasa
AJK (2) : To’ Lela Raja Wan Perkasa
AJK (3) : To’ Indera Bentara Wan Perkasa
Gambar2 yang dipamerkan sekadar informasi sahaja.
LikeLike ·  · 

Ratu Rimba Niagara 
posted in 4 groups.
  • HIKMAH ALLAH SWT TEMUKAN KITA DI ALAMMAYA
    SAHABAT WALAUPUN KAMU TIDAK SUDI LIKE DAN KOMENTAR KARYAKU TAK MENGAPA KERANA AKAN ADA HAMBA ALLLAH YANG SETULUS IKHLAS SUDI LIKE DAN KOMENTAR KARYAKU. TERIMA KASIH SAHABAT DUNIA AKHIRATKU SEMUA. AKU AMAT PERCAYA INILAH HIKMAH KENAPA ALLAH SWT TEMUKAN KITA DI ALAMMAYA UNTUK SALING MENJALINKAN SILATURRAHIM DALAM REDHA ILAHI. ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
    TERIMA KASIH SAHABAT KERANA SUDI MENJADI SAHABAT SETIAKU DI ALAMMAYA, SETIA MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUSIARKAN, AKU AMAT TERHARU. SECARA TIDAK LANGSUNG KAU MEMBERI SOKONGAN/DUKUNGAN UNTUK AKU TERUS BERSASTRA DI ALAMMAYA. SAYANG KAMU SAMPAI KAPAN PUN ITU....
    'SALAM MAAL HIJRAH 1436H MOGA PERSAHABATAN KITA DI ALAMMAYA MEMBAWA KECEMERLANGAN DUNIA DAN AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN'
    RATU RIMBA NIAGARA
    SAHABAT ALAMMAYAMU YANG SUKA BERPUJANGGA
    1 MUHARRAM 1436H
    25 OKTOBER 2014
    LikeLike ·  · 

  • 17 mins · 
    HIKMAH ALLAH SWT TEMUKAN KITA DI ALAMMAYA
    SAHABAT WALAUPUN KAMU TIDAK SUDI LIKE DAN KOMENTAR KARYAKU TAK MENGAPA KERANA AKAN ADA HAMBA ALLLAH YANG SETULUS IKHLAS SUDI LIKE DAN KOMENTAR KARYAKU. TERIMA KASIH SAHABAT DUNIA AKHIRATKU SEMUA. AKU AMAT PERCAYA INILAH HIKMAH KENAPA ALLAH SWT TEMUKAN KITA DI ALAMMAYA UNTUK SALING MENJALINKAN SILATURRAHIM DALAM REDHA ILAHI. ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
    TERIMA KASIH SAHABAT KERANA SUDI MENJADI SAHABAT SETIAKU DI ALAMMAYA, SETIA MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUSIARKAN, AKU AMAT TERHARU. SECARA TIDAK LANGSUNG KAU MEMBERI SOKONGAN/DUKUNGAN UNTUK AKU TERUS BERSASTRA DI ALAMMAYA. SAYANG KAMU SAMPAI KAPAN PUN ITU....
    'SALAM MAAL HIJRAH 1436H MOGA PERSAHABATAN KITA DI ALAMMAYA MEMBAWA KECEMERLANGAN DUNIA DAN AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN'
    RATU RIMBA NIAGARA
    SAHABAT ALAMMAYAMU YANG SUKA BERPUJANGGA
    1 MUHARRAM 1436H
    25 OKTOBER 2014
  • See 2 more posts
Ratu Rimba Niagara posted in 9 groups.

Ratu Rimba Niagara DALAM DIRIKU ADA KAMU UNTUK BERSAMA KE SYURGA-NYA

akulah si Puteri Arnab itu...
engkaulah si kucing itu...
kenapa malu-malu kucing
kenapa mesti jauhkan diri dariku?
biarpun kita belainan pendapat
namun jalan kita sama
maka kita perlu seiring sejalan
lihatlah cahaya dari tujuh petala langit terpancar 
ke jalan Syurga-Nya yang hendak sama kita tuju
moga cahaya-Nya menembusi hatiku hatimu terus ke tujuh 
petala bumi agar semua ummah menyambut persaudaraan
dalam kasih sayang hati semurni Syurga 
In Shaa Allah Aamiin.

'SALAM MA'AL HIJRAH 1436H
DALAM DIRIKU ADA KAMU
DALAM DIRIMU ADA AKU
SEKALIPUN BUMI TERBELAH DUA
KITA TAK AKAN TERPISAH
KAU TERCIPTA UNTUKKU
AKU TERCIPTA UNTUKMU
KITA SALING MELENGKAPI
KERANA AKU ADALAH SAHABAT DUNIA AKHIRATMU
MOGA PERJUANGAN DAN KASIH KITA TETAP MENYATU 
SAMPAI SYURGA 
IN SHA ALLAH AAMIIN AAMIIN,'

"SAHABAT SEJATI SETIAKAWAN HANYA MAUT MEMISAHKAN KITA,'

RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA ALAMMAYAMU MERANGKAP SAHABAT DUNIA AKHIRATMU,
DI ALAMMAYA ALLAH TEMUKAN KITA 
HATI KITA BERSEMI KASIH PERSAUDARAAN 
SALING MENYAYANGI, MENGHARGAI DAN MENGHORMATI.
29 DZULHIJJAH 1435H
24 OKTOBER 2014


  • CITA-CITAKU CITA-CITAMU DEMI KERANA AGAMA, NUSA DAN NEGARA BANGSA 

    Sri Pemangku Adat amin ya allah, YAM Rabeah Binti Mohd Ali anda membuktikan karya yang sesuai dengan IMPIAN dan CITA-CITA kami, setinggi-tinggi terimah kasih kami DISAKA ucapkan... 
    amin ya allah.

    CITA-CITAKU CITA-CITAMU 
    IMPIANKU IMPIANMU
    BERBAKTI TERUS BERBAKTI
    DEMI KERANA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
    TIADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN DENGAN IZIN-NYA JUA
    ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    Sri Pemangku Adat salam hormat, kami DISAKA akan menghargai.. walaupun hanya satu ayat.. yang disampaikan dalam Laman ini, jika ia memberikan menafaat untuk agama, nusa dan negara bangsa akan kami hargai sepanjang zaman.. walaupun kami yang menjadi pentadbir kini sudah tiada di dunia ini... DISAKA... tetap kekal diwarisi generasi kami.. demikianlah kami.. yang mewarisi dari mereka yang terdahulu, amin ya allah.

    PETIKAN WALL GRUP SRI PEMANGKU ADAT & RATU RIMBA NIAGARA
    29 Dzulhijjah 1435H
    24 Oktober 2014
  • Ratu Rimba Niagara LUKA DI HATI SEMENTARA LUKA DIBAWA SAMPAI MATI PARAH TAK BISA DIUBATI LAGI, MOGA LUKA DI DUNIA DAPAT DIMAAFI SEBELUM MATI AGAR MATI TIDAK TERLUKA IN SHA ALLAH DI AKHIRAT TIDAK SALING MENUNTUT AKIBAT LUKA MELUKAI...


'SALAM MA'AL HIJRAH 1436H'
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Sahabat Dunia Akhiratmu
Ratu Rimba Niagara
1 Muharram 1436H
25 Oktober 2014

0 comments:

Post a Comment

 
;