CINTA NEGARAMU CINTA NEGARAKU (419) TEATER BANGSAWAN DIRAJA , 'BAPA TRANSFORMASI 1RAKYAT MALAYSIA,' Karya Ratu Rimba Niagara
DATUK SRI NAJIB BAPA TRANSFORMASI RAKYAT 1MALAYSIA
Kau seperti sebutir bintang
yang turun ke bumi menyinari
hidup setiap rakyat Malaysia!
Kau kata,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan," kata-kata itu
membakar semangat setiap rakyat Malaysia
yang lesu dan bisu sekian lama.
Setiap butiran kata-katamu
menjadi keramat
yang mendengar...
Mereka terpaku!
bukan kaku!
lalu terus bangun dari lamunan mimpi
yang kini bukan mimpi tapi realiti!
Kau menggerakkan barisan kabinetmu
agar memberi khidmat bakti kepada seluruh rakyat
tak kira penat lelah asalkan nasib rakyat terbela
Kau arahkan semua pentadbiran kerajaan
memahami denyut nadi rakyat!
Kata-kata itu bukan kata-kata kosong
akan dibuktikan!
lihatlah nanti!
Telah tercatat Di Sana, kau adalah
pewaris bangsa yang dinanti-nantikan
sejak sekian lama.
Kau pembawa pemikiran di luar kotak.
bakat kepimpinan yang kau warisi
daripada ayahanda Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Kedua telah sebati
dalam jiwamu.
Kau mahu rakyat dan kerajaan
bersatupadu merealisasikan sebuah
kerajaan yang aman makmur bersatu
demi kepentingan rakyat dan negara
tercinta!
Kau peka dengan setiap masalah rakyat,
masalah rakyat adalah menjadi masalahmu
dan ingin diselesaikan agar tiada satu pun
yang tercicir daripada arus pembangunan.
Siapa sangka kau yang mempunyai kuasa kerajaan
Pemimpin nombor satu mempunyai sikap seperti
rakyat biasa yang tak punyai apa-apa pangkat.
Menyelami dan memahami keluh kesah rakyat adalah
satu perkara yang mahu kau kongsi dan tangani
bersama.
Demi rakyat tercinta , kau gunakan segala kudrat
yang ada untuk terus berkhidmat dengan senyum
gagah seorang perwira yang sedia berjuang dan
membantu!
Setiap keluh kesah rakyat membuatkan
kau gelisah dan bukan kosong mendengar
tetapi membantu selagi mampu.
Jerih perih rakyat adalah bebanan yang
kau pikul untuk dikongsi bersama
senyuman rakyat adalah satu
kepuasan buatmu!
Pening! Memang pening...
bagaimana hendak memikirkan
setiap masalah rakyat yang ingin
dikongsi bersama tapi berkat
kesepakatan barisan kabinetmu kau
pasti berjaya! Insya-Allah.
Lihatlah rakyat Malaysia!
siapakah PM ke-6 ini?
berhati waja lagi mulia
sedia mendengar setiap
rintihan kalbu rakyat Malaysia
tak kira kaum,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan".
Bersyukurlah banyak-banyak kerana kita
dikurniakan seorang pemimpin
yang memahami setiap denyut nadi rakyat Malaysia.
Terima kasih Perdana Menteri Ke-6
pasti nanti negara tercinta ini
mempunyai rakyat yang bersatupadu
dalam ungkapan,'1Malaysia,
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.
Karya: Ratu Rimba Niagara.
31 Julai 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK YAB DATO' SRI NAJIB RAZAK DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN NEGARA)
SELAMAT HARI JADI YAB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran,
Kepada Perdana Menteri kesayangan;
Kesayangan rakyat Malaysia berpanjangan,
Kami kagumi hidupmu penuh perjuangan.
Perjuanganmu setulus ikhlas,
Membela rakyat pelbagai kaum;
Budi ditabur tiada harap dibalas,
Gembira dan bangganya rakyat penuh kagum.
Jasamu Datuk Seri Najib rakyat hargai,
Turun ke padang tak kira masa;
Setiap masalah rakyat cuba difahami,
Agar rakyat hidup sempurna.
Tiada istilah penat dan jemu,
Sentiasa fikirkan masalah negara;
Masalah negara difikirkan tanpa jemu,
Diselesaikan agar rakyat hidup sejahtera.
Hidupmu penuh dengan kebaktian,
Berbakti kepada rakyat dan negara;
Bersyukur rakyat mempunyai pemimpin,
Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara.
Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara,
Mahukan negara terus maju;
Semangat perjuangan terus membara,
Negara dipacu rakyat terus maju.
Negara dipacu rakyat terus maju,
Negara maju rakyat berinovasi;
Negara maju dunia terpukau,
PM mahu rakyatnya berpendapatan tinggi.
Rakyat Malaysia sentiasa menyokong Perdana Menteri,
Jasa Perdana Menteri mewangi di hati rakyat Malaysia;
Gagasan 1Malaysia kami jadikan realiti,
Negara maju rakyat Malaysia berbangga.
Rakyat sentiasa menyokong satu Malaysia,
Cetusan minda Perdana Menteri;
Impianmu tidak akan dipersia,
Rakyat Malaysia akan merealisasi.
Rakyat Malaysia akan merealisasi,
1Malaysia jadi kenyataan;
Kepuasan akan Perdana Menteri rasai,
Bila rakyat pelbagai kaum dalam perpaduan.
Rakyat pelbagai kaum dalam perpaduan,
Bermuafakat bersatu hati,
Bersatu hati untuk merealisasi,
1Malaysia pasti jadi kenyataan.
1Malaysia pasti jadi kenyataan,
Asalkan rakyat dan pemimpin besatu hati;
Bersatu hati saling memberi kepercayaan,
Kepercayaan berdasarkan keikhlasan hati.
Kejujuran hati membentuk kerajaan,
Kerajaan cekap dan amanah;
Rakyat sentiasa didahulukan,
Pemerintahan dilaksana secara berhemah.
Pemerintahan dilaksana secara berhemah,
Tiada perkecilkan mana-mana parti;
Nasib rakyat dan negara terpikul amanah,
Kesejahteraan rakyat dan negara sudahlah pasti.
Perdana Menteri kaulah pertiwi,
Perjuanganmu tak pernah mati;
Semangatmu sentiasa membara kami kagumi,
Jasamu sentiasa mewangi di hati kami.
Terima kasih Perdana Menteri,
Budi Perdana Menteri sentiasa kami ingati;
Segala budimu kami sanjungi,
Budi baikmu sentiasa kami hargai.
Terima kasih Perdana Menteri,
Datuk Sri Najib kesayangan kami;
Moga sentiasa DiRahmati,
Dirahmati ketika hidup dan mati.
Malaysia tersenyum kesejahteraan tercipta,
Pemimpin dan rakyatnya sehati sejiwa;
Saling faham memahami di antara mereka,
Demi kerana negara tercinta.
Karya Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
14 Ramadhan 1434H
23 Julai 2013M
(Karya Diilhamkan Sempena Meraikan Ulang Tahun Kelahiran Perdana Menteri Kesayangan Rakyat Malaysia)
TUN ABDUL RAZAK , 'BAPA PERDAMAIAN MALAYSIA'
Tun Abdul Razak dibesarkan di sebuah perkampungan
yang sangat miskin. Dia ke sekolah berjalan kaki
tanpa kasut kerana ingin merasakan dirinya sama
taraf dengan rakan-rakan yang pergi ke sekolah
tanpa kasut.
Dia seorang murid yang sentiasa merendah diri,
baik budi pekerti dan suka membantu rakan-rakan
nya yang kebanyakan terdiri daripada keluarga
yang miskin. Tiada wujud membangga diri
walaupun dia seorang anak keluarga yang berada.
Berkat ketekunannya dalam pelajaran Tun Abdul
Razak telah berjaya melanjutkan pelajarannya
ke luar negara dengan lulusan undang-undang.
Tun Abdul Razak adalah sahabat baik kepada
Tunku Abdul Rahman. Mereka berdua bersama-
sama telah pergi ke London untuk menuntut
Kemerdekaan Malaysia yang ketika itu dikenali
sebagai Tanah Melayu.
Hasil pertemuan tersebut pada tanggal 31 Ogos
1957 Malaysia telah diistiharkan kemerdekaan
dan di sambut penuh meriah oleh seluruh rakyat
Malaysia untuk meraikan kemerdekaan yang
dinanti-nantikan sejak sekian lama. Rakyat
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.
Tunku Abdul Rahman telah melantik Tun
Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Mereka berdua saling berkerjasama dan saling
hormat menghormati di antara satu sama lain.
Pada 13 Mei 1969 telah berlaku satu rusuhan
kaum di antara kaum Cina dan Melayu.
Tun Abdul Razak meminta kaum Melayu
supaya bertenang tetapi rusuhan kaum
tetap juga berlaku di Kampung Melayu.
Kerajaan telah mengarahkan perintah
berkurung untuk meredakan keadaan
yang amat membimbangkan pada
ketika itu. Segala tugas Tunku serahkan
kepada Tun Abdul Razak untuk
menyelesaikannya. Akhirnya kembali
tenang buat seketika.
Memandangkan semua tugas Perdana
Menteri dipertanggungjawabkan kepada
Tun Abdul Razak, rakyat mahu Tun
Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.
Tun Abdul Razak menolak permintaan
rakyat tanda menghormati Tunku
Abdul Rahman yang telah dianggap
sebagai bapa dan sahabat yang paling
disayangi.
Pada 1971 Tunku Abdul Rahman menyerahkan
Jawatan Perdana Menteri kepada Tun Abdul
Razak demi kepentingan rakyat dan negara.
Tun Abdul Razak menerima jawatan tersebut
dan sanggup berkorban apa sahaja demi
rakyat dan negara tercinta.
Ketika menyandang jawatan Perdana Menteri
Yang Ke-2 Tun Abdul Razak berazam untuk
membasmi kemiskinan yang kebanyakkannya
terdiri daripada kaum Melayu. Beliau
membuat Dasar Ekonomi Baharu untuk
menaik tarafkan hidup orang Melayu tetapi
ini tidak disenangi kaum Cina.
Hakikatnya Tun Abdul Razak mahu semua
rakyat di negara ini menikmati kekayaan
negara sama dikongsi oleh semua kaum
Cina, Melayu mahupun India. Tun Abdul
Razak berfikir bagaimana untuk menyatu-
padukan tiga kaum ini.
Tanpa pengetahuan rakyat, Tun Abdul
Razak telah pergi ke Cina untuk membuat
lawatan persahabatan di antara Malaysia
dengan Cina.
Tanpa diduga Tun Abdul Razak telah
mendapat sambutan di luar dugaan
oleh rakyat cina dan para pemimpin
yang mengalu-alukan kedatangan
Tun Abdul Razak ke negara mereka.
Ketika Tun Abdul Razak pulang dari negera China
tanpa diduga beliau telah disambut oleh
ribuan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Tun Abdul Razak melaungkan,
“Kita Berjaya! Kita Berjaya! Kita Berjaya!”
Teriakkan beliau disambut penuh gembira
oleh seluruh rakyat pada ketika itu.
Tidak sia-sialah permegian Tun Abdul Razak ke
negara China kerana visinya untuk menyatupadukan
kaum Cina dan Melayu berjaya akhirnya. Beliau
sangat berasa gembira yang tidak dapat digambarkan
dengan kata-kata.
Rakyat terus aman dan harmoni tanpa perselisihan
kaum lagi. Hidup saling hormat menghormati
di antara satu sama lain dan saling berkerjasama.
Rakyat terus mengecapi arus pembangunan Negara.
Pada tahun 1976 Tun Abdul Razak tidak dapat
menahan kesakitan lagi yang mana selama ini
beliau merahsiakan penyakit lukimea yang
telah dihidapi sejak bertahun lamanya daripada
pengetahuan keluarga mahupun rakyat tercinta.
Tun Abdul Razak pergi ke luar negara
tanpa pengetahuan rakyat untuk
mengubati penyakitnya tetapi penyakit
yang ditanggungnya sudah sampai ke
tahap kritikal. Doktor memberitahu
kepada keluarga Tun Abdul Razak
bahawa Tun tidak dapat diselamatkan
lagi dan dibawa pulang ke tanah air.
Dalam saat-saat genting Tun tidak
mahu dibawa pulang kerana tidak
mahu rakyat kuatir nanti.
Tun Abdul Razak menghembuskan
nafas terakhir pada 1976 di pangkuan
keluarganya yang tercinta.
Jenazah Tun Abdul Razak dibawa pulang
ke Tanah Air diratapi ribuan rakyat
terdiri daripada pelbagai kaum.
Rakyat begitu sedih kerana telah
kehilangan seorang pemimpin berjiwa
Rakyat yang sanggup bersusah payah
demi rakyat. Rakyat menggelar Tun
Abdul Razak. “Bapa Perdamaian”
Visi Tun Abdul Razak telah diwarisi
oleh anakandanya YAB Datuk Seri Mohd Najib
Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-6 dengan visi
Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian
Diutamakan.
Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2010
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI JADI PERDANA MENTERI KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA DATO' SRI NAJIB TUN ABDUL RAZAK MOGA ROH TUN ABDUL RAZAK DIMASUKKAN ALLAH KE DALAM ROH-ROH YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH AAAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
14 Ramadhan 1434H
23 Julai 2013M
SELAMAT HARI IBU UNTUK BONDA TUN RAHAH MOHD NOAH
Bonda Tun Rahah Mohd Noah...
Selamat hari ibu bonda...
bonda kesayangan anakanda sampai Syurga
Bonda...
terima kasih kerana telah membesarkan anakanda
dengan penuh kasih dan sayang setulus hati
Bonda tersayang..
bonda selalu ingatkan anakanda
agar mengikut jejak langkah ayahanda Tun Abdul Razak
berkhidmat untuk rakyat memberi sumbangan kepada masyarakat
pesanan bonda selalu di ingatan anakanda ....
Bonda tersayang...
terima kasih bonda kerana berjaya membesarkan anakanda
anakanda telah mencapai apa yang bonda impikan
kini anakanda menjadi Perdana Menteri Malaysia
bukan pangkat yang anakanda agungkan
tapi dengan pangkat ini anakanda
ingin taburkan bakti setulus hati kepada rakyat Malaysia semua
Bonda tersayang...
doakan anakanda ya...
agar anakanda berjaya menawan hati rakyat Malaysia
anakanda sudah berjanji pada rakyat 1 Malaysia
sempena kemenangan parti BN
anakanda berkhidmat demi rakyat
anakanda kerahkan semua jemaah menteri
bahawa mereka bukan lagi Yang Berhormat
tapi adalah Yang Bersedia Berkhidmat Untuk Rakyat
jika mereka pentingkan diri sendiri
anakanda pastikan mereka letak jawatan tanpa notis...
Bonda tersayang
kerana perjuangan membela nasib rakyat yang anakanda pilih
maka anakanda redha walau apapun dugaan tsunami politik mendatang, anakanda akan tempuh bersama para barisan pemimpin BN dan rakyat
demi agama ...demi rakyat...demi negara...
anakanda akan satukan hati-hati rakyat 1 Malaysia tak kira Parti apa pun mereka , tak kira kaum apapun mereka tak kira yang memusuhi anakanda...anakanda akan cuba sedaya upaya menjalinkan ikatan suci murni antara pemimpin dan rakyat
demi kedaulatan negara tercinta...
Bonda Tun Rahah...
untuk mempastikan Malaysia ini kekal merdeka selamanya
segala yang berbaur perkauman akan anakanda cantas habis-habisan, anakanda akan lakukan transformasi corak pemerintahan
agar pastikan semua rakyat Malaysia pelbagai kaum disatukan tanpa terkecuali dalam jenama produk 1Malaysia...
Sekolah 1Malaysia
Jabatan 1Malaysia
Tentera 1Malaysia
Semuanya 1Malaysia
Bahasa 1Malaysia
Semua Transformasi dirangkum semata-mata untuk menyelamatkan negara dari dijajah oleh pihak musuh durjana...
andai anakanda gagal melalkukan transformasi ini berarti PRU 14 tunggu zaman kehancuran....semuanya hancur...kerana Malaysia dijajah oleh yang mementingkan satu kaum sahaja...tapi selagi hayat dikandung badan ada anakanda tak akan izinkan itu terjadi....
Duhai rakyat Malaysia tercinta...
marilah bersama saya
negara kita sedang menuju era kegemilangan
marilah bersama saya untuk memajukan Malaysia tercinta
kerana tanpa anda siapalah saya
yang sedia berkhidmat demi anda
kerana saya tak mahu negara tercinta ini tumbang
ke arah kehancuran
setelah 56 Tahun merdeka
derita di zaman penjajah belum habis lagi dirasa
pembangunan pesat membangun masih terasa
maka marilah bersama kita kekalkan nikmat kemerdekaan ini
untuk kita wariskan kepada anak cucu kita
agar bila kita tiada nanti
anak cucu tidak menyalahkan kita
Bonda Tun Rahah
itulah janji anakanda pada seluruh rakyat Malaysia
moga bonda doakan segala cita-cita anakanda berjaya
mencemerlangkan rakyat 1Malaysia dan Malaysia tercinta
terima kasih bonda itulah pesanan keramat yang bonda
pesankan kepada anakanda
akan anakanda buktikan
pada bonda
pada Almarhum ayahanda
pada semua rakyat Malaysia tercinta
"SELAMAT HARI IBU UNTUK BONDA TUN RAHAH TERSAYANG"
Karya Ratu Rimba Niagara
2 Rejab 1434H
12 Mei 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK, TUN RAHAH , PARA BARISAN KABINET JEMAAH MENTERI YANG BARU & SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN NEGARA)
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI JADI DATO' SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK PERDANA MENTERI KESAYANGAN RAKYAT 1MALYASIA)
14 Ramadhan 1434H
23 Julai 2013M
SYAIR 1MALAYSIA SAYANGKAN NEGARA
Tersebutlah kisah sebuah negara,
Malaysia digelar diberi nama;
Perdana Menteri bekerja bersama-sama,
Agar Malaysia jadi ternama.
Satu Malaysia ilham Perdana Menteri,
Galakkan rakyat bersatu hati;
Demi kerana negara dicintai,
Moga hidupmu terus diberkati.
PM mengajak rakyat bersatu,
Pelbagai kaum bersatu padu;
Memupuk minda generasi baru,
Demi kerana Malaysia yang satu.
PM bekerja tak kira masa,
Pentingkan rakyat dari segala;
Kerahkan menteri beri kerjasama,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
PM dan menteri kerja bersungguh,
Demi rakyat negara teguh;
Petah bicara bila berhujah,
Agar rakyat dapat berteduh.
PM kita pencetus revolusi,
Galakkan rakyat berkreativiti;
Minda penuh daya imaginasi,
Lahirkan produk berinovasi tinggi.
Menteri kabinet beri perhatian,
Ikut arahan dalam panduan;
Ada kuasa jangan disia-siakan,
Hilang kuasa dalam penyesalan.
Apalah ada pada kuasa,
Salah guna bawa binasa;
Jalankan tugas hati yang waja,
Hidupmu pasti rasa bahagia.
Rakyat perlu pemimpin berjasa,
Menabur jasa sudahlah biasa;
Ramah tamah tak gila kuasa,
Moga hidupmu aman sejahtera.
Melayu Cina India janganlah iri,
Segala usaha tidak menjadi;
Bila bersatu wajah berseri,
Pelbagai bangsa jadi menteri.
Sabah Sarawak tidak dilupakan,
Sama rata diberi peruntukan;
Justeru itu kekalkan perpaduan,
Pasti hidup dalam kesejahteraan.
Mari semua hidup berdamai,
Fikirkan negara amanlah damai;
Indah sungguh hidup yang permai,
Segala budi sama disemai.
Kementerian Pelajaran iktirafkan guru,
Guru berkualiti amat diseru;
Biar murid berminda baru,
Demi kerana Malaysia yang satu.
Ilmu itu pelita hati,
Hati gelap akan diterangi;
Bila gagal cubalah lagi,
Kejayaan cemerlang sedia menanti.
Penjawat awam ubahlah minda,
Jadikan minda kelas pertama;
Seiring dengan kehendak arus perdana,
Kerajaan dan rakyat pasti berjaya.
Majikan perlukan pekerja ikhlas,
Sungguh-sungguh melakukan tugas;
Janganlah ada bersikap malas,
Majikan pun tidak akan bertegas.
Usahawan cemerlang negara terbilang,
Azam bersungguh tak pernah hilang;
Usahakan hati terang benderang,
Barulah usaha jadi terbilang.
Budi bahasa budaya kita,
Adab sopan apabila bicara;
Bila begitu ramai yang suka,
Hidup pasti lebih ceria.
Sifat jujur haruslah ada,
Ke mana pergi senanglah rasa;
Takkan ada rasa kecewa,
Hati pun bersih hasad pun tiada.
Bertuahnya hidup di bumi Malaysia,
Berkat kepimpinan yang bijaksana;
Di bawah pemerintahan Agong adil dan saksama,
Rakyatnya hidup aman dan sejahtera.
Pos Malaysia lambang merdeka,
Kerana terpanggil untuk berjasa;
Demi kerana Negara tercinta,
Moga jasamu dikenang hingga bila-bila.
PM mahu PDRM berintegriti,
Jalankan tugas penuh teliti;
Agar rakyat rasa dilindungi,
Jasa baktimu tetap dihargai.
Satu Malaysia sayangkan negara,
Rasa cinta terus membara;
Teruskan perjuangan walau di mana,
Biarpun terpaksa bekorban nyawa.
Sekian sahaja syair Malaysia kusayang,
Rakyatnya hidup tolong menolong;
Budi yang baik tak akan hilang,
Moga negara terus gemilang.
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2014
(Bersempena Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-57 pada 31 Ogos 2014)
PANTUN 1MALAYSIA PATRIOTIK
Nabi Muhammad S.A.W lambang perpaduan,
Berbudi pekerti mulia berhemah tinggi;
Semasa hidup memberi panduan,
Akhir kalam umatnya disayangi lagi diingati.
Sultan Abd Halim Mua'dzam Shah Agong berwibawa,
Memerintah negara adil saksama;
Rela berkorban demi rakyat tercinta,
Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.
Tunku Abdul Rahman PM pertama,
Digelar rakyat Bapa Kemerdekaan;
Impian Tunku telah terlaksana,
Menjadikan Malaysia pesat membangun.
Allahyarham Tun Abdul Razak PM kedua,
Mohd Najib anak kesayangan;
Matlamat perjuangan tidak berbeza,
Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan.
Tun Hussein Onn PM ketiga,
Tertib sungguh bila berbicara;
Masalah rakyat diurus dijaga,
Agar rakyat hidup terbela.
Malaysia maju idea Tun Mahathir,
Digelar rakyat Bapa Pemodenan;
Pejuangan beliau tidak berakhir,
Malaysia maju dalam pembangunan.
Tun Abdullah Ahmad Badawi PM kelima,
Pentingkan rakyat berminda kelas pertama;
Satu Malaysia bermuafakat bersama,
Menjadi warga dunia yang teristimewa.
Transformasi kerajaan idea PM keenam,
Rakyat letakkan harapan yang tinggi;
Saling bertoleransi biarpun pelbagai kaum,
Agar semuanya saling hormat menghormati.
Lambai Limbai bukan lambaian kosong,
Melambangkan hati nurani rakyat Sabah;
Satu Malaysia rakyat cemerlang,
Akan semuanya menjadi indah.
Negeri Sarawak terus membangun,
Bajet pembangunan dibuat telus;
Nasib rakyat tidak dibiarkan,
Biar cemerlang terus menerus.
Tentera Darat mendukung aspirasi rakyat dan negara,
Demi rakyat dan negara tercinta;
Rela berkorban jiwa dan raga,
Jasamu dikenang hingga ke hujung nyawa.
PLKN generasi patriotik,
Itulah asas benteng negara;
Tiada terlibat agenda politik,
Hanya semata untuk negara.
Rosmah pencetus Permata Negara,
Bagi membentuk generasi berjasa;
Cita-cita dipupuk terus membara,
Memahat nama di antarabangsa.
Tahun Baharu Cina disambut meriah,
PM dan rakyat beramah mesra;
Idea pembangunan kian bercambah,
Demi kepentingan rakyat dan negara.
Hari Thaipusam tidak dilupakan,
PM datang menyerikan majlis;
Kaum India gembira sakan,
Kerana PM berwajah manis.
Kerajaan dan media rakan kongsi,
Masalah rakyat dikongsi bersama;
Gagasan 1Malaysia akan direalisasi,
Malaysia pasti jadi ternama.
Karya seni warisan negara,
Kerajaan hargai rakyat banggai;
Pelancong yang datang dilayan mesra,
Produk terkenal berkualiti tinggi.
Rakyat faham Satu Malaysia,
PM tersenyum tanda gembira;
Mari kita pakat sama-sama,
Gemilangkan Malaysia di persada dunia.
Satu Malaysia jadi kenyataan,
Pasti PM tersenyum bangga;
Menabur jasa janganlah bosan,
Biarpun terkorban jiwa dan raga.
Malaysia ini milik semua,
Rakyat hidup dalam sejahtera;
Tercipta sudah negara bangsa,
Pemimpin dan rakyat seiring sekata.
Satu Malaysia rakyat patriotik,
Bersatu padu bersatu hati;
Rakyat sejahtera tanpa konflik,
Negara makmur Malaysia dihormati.
Karya: Ratu Rimba Niagara
(31 Ogos 2014)
(Bersempena Meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-57)
PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA
1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Semua benda ada penciptanya,
Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
Apa dicipta penuh bijaksana,
Demi kebaikan seisi alam.
2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
i) Ampun tuanku beribu ampun,
khilaf patik harap diampun;
Di setiap karya patik nyatakan,
Rakyat kasihi tuanku sampai bila-bila pun.
ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
Rela berkorban nyawa demi negaraku;
Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
1Malaysia sayangkan negaraku.
3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Di parlimen tempat besidang,
Para pemimpin pilihan rakyat;
Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Negara aman ketangkasan polis bertindak,
Menggadai nyawa membanteras jenayah;
PDRM & ATM berjiwa patriotik,
Apabila berjuang tidak pernah mengalah.
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
Jiwa tenang setenang air di kali ;
Seruan yang indah kata yang santun,
Pasti membaca berulang kali.
ii) 1Malaysia idea Perdana Menteri,
Galakkan rakyat bersatu padu;
Pelbagai kaum hormat menghormati,
Agar negara terus di mercu.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
31 April 2014
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NAFAS TERAKHIR!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, ,
UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA 13 OGOS 2O14, HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2014 & SAMBUTAN HARI MALAYSIA (SABAH & SARAWAK PADA 16 SEPTEMBER 2014)
KUHADIAHKAN BULAN & BINTANG UNTUKMU MALAYSIA, SABAH & SARAWAK TER CINTA! MOGA SUDI HARGAI KASIH SETULUS HATIKU INI SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA MOGA DI SYURGAWI KASIH KITA TERSIMPUL MATI BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERKAT KITA SALING MENJALINKAN TALISIRATURAHIM DALAM SEMANGAT BERGOTONG ROYONG MEREALISASIKAN CITA-CITA ANAK CUCU MALAYSIA TERCINTA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
RATU RIMBA NIAGARA
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
31 Ogos 2014M
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA DAN INDONESIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NAFAS TERAKHIR!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG INDONESIA, MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPURA & THAILAND
MERDEKA MALAYSIAKU, MERDEKA INDONESIAMU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O14, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2014 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2014'
SEKALUNG BUNGA CINTA IBU PERTIWI KEPADA SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA GUGUR DI MEDAN JUANG...SELAMAT BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR!
TANPAMU SIAPALAH KAMI ...PASTI SEMUA RAKYAT MALAYSIA TINGGAL DI BUMI SENDIRI DALAM KEADAAN TIDAK AMAN MAKA DARI ITU SETITIS KERINGATMU DAN DARAH PERJUANGANMU YANG GUGUR KE BUMI AKU AMAT HARGAINYA. MOGA SYURGALAH TEMPATMU ATAS SEGALA PENGORBANANMU PADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG TERCINTA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SEHINGGA NAFAS TERAKHIR!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI, SINGAPURA & THAILAND
MERDEKA MALAYSIAKU MERDEKA INDONESIAMU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2014, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2014' DAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 68 TAHUN.MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP SEMUA DI KALA HIDUP SAMPAI HARI AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NAFAS TERAKHIR!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, INDONESIA ,BRUNEI, SINGAPURA & THAILAND, UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O14, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2014 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2014'
KUHADIAHKAN BULAN & BINTANG UNTUKMU MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI,SINGAPURA & THAILAND TERCINTA! MOGA SUDI HARGAI KASIH SETULUS HATIKU INI SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA MOGA DI SYURGAWI KASIH KITA TERSIMPUL MATI BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERKAT KITA SALING MENJALINKAN TALISIRATURAHIM DALAM SEMANGAT BERGOTONG ROYONG MEREALISASIKAN CITA-CITA ANAK CUCU NUSANTARA TERCINTA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
RATU RIMBA NIAGARA
Pujangga Ratu Rimba Cinta Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
31 OGOS 2014
(PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
31 OGOS 2014
(PUISI DISIARKAN BAGI MENYEMARAKKAN ROH SEMANGAT JUANG ANAK BANGSA DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA MENGHARGAI KEMERDEKAAN DAN MENCINTAI MALAYSIA MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI AGAR MALAYSIA INI AMAN SEJAHTERA DAN KESEJAHTERAAN INI DAPAT DIHADIAHKAN KEPADA GENERASI AKAN DATANG IN SHAA ALLAH AAMIIN)
(PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
31 OGOS 2014
Bismillaahi Tawakkaltu Allallaah; Wa laa haula wa laa quwwata illaa Billaah;
"Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah; dan tidak ada daya upaya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah."
KAMI BERSATU DALAM VISI MENGGAPAI BINTANG SASTERA-MU DI LANGIT KE TUJUH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
YA ALLAH BERILAH AKU PELUANG UNTUK MENGGAPAI BINTANG SASTERA DI LANGIT
KE TUJUH-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
ALLAH DAN MUHAMMAD NAMA YANG KUPUJA KUCINTA
ALLAHU AKBAR AAAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
WARKAH UNTUK DR TUAH YANG BERTUAH DUNIA AKHIRAT IN SHAA ALLAH AAMIIN
"Yang paling handal/jaguh bukan yang sekali buat terus berjaya,
tapi orang yang gagal akhirnya beroleh jaya," DrTuah.
KENAPA SAYA LIKE PAGE DR TUAH
1. Namanya Tuah
Nama Laksamana Hang Tuah Pendekar Yang Terbilang Kepahlawanannya , Keberaniannya Membela Agama, Bangsa Dan Negara. Laksamana Hang Tuah menjadi tema saya berkarya kependekaran Hulubalang Raja-Raja Melayu. Maka salute untuk Dr Tuah atas nama TUAH , pasti ibubapa Dr Tuah berjiwa kepahlawanan. Salute pada ibubapa Dr Tuah yang melahirkan anak yang bertuah dunia akhirat. In Shaa Allah AAmiin.
2. Pernah mendengar ceramah Dr Tuah di TV, motivasi yang disampaikan amat bersahaja tapi memukau penonton untuk terus mendengar. Segala yang disampaikan semuanya bermesej tinggi membuatkan kita menjadi seorang yang , 'CRITICAL THINKING' mana tidaknya seorang pakar motivasi yang sentiasa berfikiran ,'ARAS TINGGI DAN KREATIF' dalam setiap penyampaiannya. Memang layaklah menjadi seorang PAKAR MOTIVASI YANG BERJAYA, TERKENAL DAN TERBILANG DI MALAYSIA.
3. Kejayaan Dr Tuah menjadi idola dan kekuatan saya untuk berjaya, motivasinya mengenai , 'MEMBINA IMAGINASI MENJADI REALITI' seolah ada dalam setiap karya saya. yang bertemakan membina imaginasi kanak-kanak dalam karya .
4. Untuk pengetahuan Dr Tuah, di mana-mana page, group dan rakan fb saya suka berkongsi karya saya. Moga Dr Tuah tidak keberatan mengizinkan karya saya bersiaran di wall Dr Tuah, andai rasa keberatan tak apa saya sentiasa memahami.
Sekian. Terima Kasih.
"SASTERA ADALAH DUNIAKU IMPIANKU MEMILIKI UNIVERSITI SRIKANDI KESUSASTERAAN DIRAJA NUSANTARA & SEBUAH KOTA SASTERA RATU RIMBA NIAGARA MENJADI REALITI IN SHAA ALLAH AAMIIN.."
MERDEKALAH PANJI-PANJI ALLAH DI SELURUH DUNIA ALLAHU AKBAR AAMIIN
MOGA KITA MERDEKA DENGAN KESYUKURAN , MERDEKA DARI AZAB KUBUR DAN MERDEKA DARI AZAB API NERAKA ALLAHU AKBAR AAMIIN INILAH ERTI KEMERDEKAAN SEBENAR , MEMERDEKAKAN NEGARA SEBAGAI KITA MENYOKONG/MENDUKUNG AGAR UMAT ISLAM DAPAT BERAMAL DAN MENGEMBANGKAN AGAMA ISLAM DALAM AMAN DAMAI TANPA DIGANGGU GUGAT OLEH MANA-MANA PENGKHIANAT YANG INGIN MENGHANCURKAN NEGARA ISLAM.MERDEKALAH NEGARA ISLAM! DENGAN PANJI-PANJI ALLAH BERKIBAR MEGAH DI SELURUH DUNIA. ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'SELAMAT HARI MALAYSIA KE-51 PADA 16 SEPTEMBER 2014'
'SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2014, INDONESIA 17 AGUSTUS 2014, HARI KEPUTERAAN SULTAN BRUNEI DARUSSALAM KE 68 & HARI KELAHIRAN RATU RIMBA NIAGARA 13 OGOS 2014'
'SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH
DUNIA '
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
5 Zulkaedah 1435H
31 Ogos 2014
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
1 MUHARRAM 1436H
25 OKTOBER 2014
0 comments:
Post a Comment