Thursday 19 February 2015

SASTERA ITU INDAH (103) YA ALLAH JADIKAN KAMI HAMBA-MU YANG SUKA BERSEDEKAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN


SASTERA ITU INDAH (103) YA ALLAH JADIKAN KAMI HAMBA-MU YANG SUKA BERSEDEKAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

YA ALLAH SATUKAN HATI KAMI DALAM MENUJU KE JALAN SYURGA-MU KERANA KAMI MAHU MATI DALAM NUR HIDAYAH KASIH-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
MOGA BERSAMA KITA DI SYURGA FIRDAUSI MEMANDANG ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
...Continue Reading
Like ·  · 

News Feed

Bersedekah dan berbuat baik ‪#‎SalamMuslim‬
Like ·  ·  · 10,86815969

YA ALLAH SATUKAN HATI KAMI DALAM MENUJU KE JALAN SYURGA-MU KERANA KAMI MAHU MATI DALAM NUR HIDAYAH KASIH-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

MOGA BERSAMA KITA DI SYURGA FIRDAUSI MEMANDANG ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

الله الله الله يا الله

لا إله إلاَّ الله محمد رسول الل

لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ

سُبْحَانَ اللَّهِ ♤ ♣ الْحَمْدُ للَّهِ ♤ ♣ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ♤ ♣ اللَّهُ أَكْبَرُ♤ ♣

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله

~آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ~

INDAHNYA BERSATU DALAM SATU KALIMAH
LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

SENTIASA MUHASABAH DIRI
MENGINGATI SAKARATULMAUT YANG PASTI HAMPIRI
SETIAP MASA MENUNGGU ARAHAN DARI ILAHI
ADAKAH AKU MASIH BEGINI
MASIH LEKA DENGAN DUNIAWI
MASIH SALING DENGKI MENDENGKI
MASIH TAK SADAR DIRI
MASIH MENGADU DOMBA SESAMA SENDIRI
TAK TAKUT MATI
DATANG SEBENTAR LAGI
BERGELAR MAYAT YANG AKAN DIKUBURI
APA YANG HENDAK DIJAWAB NANTI
SOALAN KUBUR YANG DITANYAI
TERKELU LIDAH MAYAT TUK MENJAWAPI
GAGAL DIJAWAB PASTI MERANA DIRI
MENANGIS TAK GUNA DIRATAPI
SELAUTAN AIR MATA DARAH TIADA ARTI LAGI
MERAUNGLAH UNTUK DIHIDUPKAN KEMBALI
TIDAK AKAN DIPERKENANKAN ILAHI
SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT UNTUK DIKESALI
MANA ADA MAYAT DIHIDUPKAN KEMBALI
MEMBERITAHU BETAPA SAKITNYA SAAT MATI
MENGGIGIL MENJAWAB SOALAN KUBUR BILA DITANYAI
BETAPA AZAB SENGSARANYA SEKSA KUBUR AMAT DITAKUTI
MENYESAL TIADA BERGUNA LAGI
RATAPILAH I DIPUKUL DIPALU SEHINGGA SANGKAKALA BERBUNYI

INDAHNYA BERSATU DALAM SATU KALIMAH
LAA ILLAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

SENTIASA MAHU MENJAGA TALISIRATURRAHIM
SALING BERSATU HATI
SALING BEKERJASAMA DALAM MEMBUAT KEBAJIKAN
BERBAGI KELEBIHAN KURNIAAN ILAHI
TANPA ADA NIAT UNTUK BERBANGGA DIRI
YANG ADA HATI SEMURNI SYURGA
MEMBANTU SELAGI DAYA
DALAM PENUH BERBELAS KASIHAN
TANPA HARAP DIBALASI BUDI YANG DIBERI
MELAINKAN MENGHARAP REDHO ILAHI
KETIKA ROH KELUAR DARI JASAD
TELAFAZLAH KALIMAH
LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
INDAHNYA DI KALA PERTEMUAN ROH DENGAN ALLAH ROBBUL IDZATI
HANYA DIA YANG TAHU DI KALA ITU RAHSIA ROH DAN ILAHI

ITU SEMUA BERKAT KITA TAHU ILMU MAKRIFATULLAH
DALAM SEGALA PERKARA SEMUANYA BERSENDIKAN KALIMAH
LAA ILLA HAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
INDAHNYA BERSATU DALAM KALIMAT
LAA ILLA HAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

MOGA BERSAMA KITA DI SYURGA FIRDAUSI MEMANDANG ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

'HIDUP ADALAH MIMPI
MATI ADALAH REALITI
MAKA KITA REALITIKAN AKHIRAT
AGAR MENJADI FOKUS SEBENAR KITA BERHIDUP DI MUKA BUMI INI
SEMOGA DENGAN RAHMAT KASIH-NYA KITA BERSAMA DI SYURGA FIRDAUSI MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH ITULAH REALITI-NYA YANG KITA IMPIKAN MENJADI KENYATAAN ' AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'

RATU RIMBA NIAGARA
28 Syaaban 1434H
7 Julai 2013M

*PUISI INI DITULIS MUHASABAH DIRIKU SENDIRI UNTUK
PERSIAPAN DI HARI ROH KELUAR DARI JASAD DAN KUKONGSI/BERBAGI
KEPADA YANG SUDI MENDENGARI TANDA KUKASIH KUSAYANG SEMUANYA
LILLAHI TAALA.


AKU AKUI KEBESARAN-MU TUHAN

Segala Pujian Hanya Untuk-Mu Allah...
Ya Allah aku mahu hidup seperti ahli Syurga
Berkata-kata seperti ahli Syurga
Akhlak seperti ahli Syurga
Keluarga seperti ahli Syurga
Saudara mara seperti ahli Syurga
Jiran tetangga seperti ahli Syurga
Sahabat handai seperti ahli Syurga
Kawan-kawan alammayaku seperti ahli Syurga
Semuanya ahli Syurga
Pasti indah hidup ini
Dipenuhi dengan kasih sayang suci murni
Hati dibajai dengan iman
Semuanya berhatikan Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Pasti hidup di dunia ini tenang seperti berada di Syurga
Nikmat Syurga telah dirasai di dunia
Sebelum melangkah ke Syurga...
ALLAHU AKBAR Indahnya
Rahmat Kasih-Mu Tanpa Batas
Yang Kau berikan kepada semua hamba-Mu
Memiliki hati semurni Syurga
MEMANG BENARLAH KUASA-MU MENGATASI SEGALA-NYA
Ku amat yakin janji-Mu pasti
Pasti Kau tepati bila sampai saat-Nya nanti
KUN FAYAKUN
Tiada siapa yang dapat menentang Kuasa-Mu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

.....................................................
aku akui KEBESARAN-MU TUHAN
27 Rabiulakhir 1435H
27 Februari 2014

DALAM TENANG TIKA BERTEMU DENGAN-MU

hidup ini indah
seindah nama-Nya
seindah kalam-Nya
seindah dzikir-Nya
DiAgungkan
Dipuja
DiEsakan
Didzikirkan
Dengan suara mendayu dayu sayu
Merayu rayu...
Memanggil nama-Nya
Berulang-ulang kali
Tanpa jemu
Lagi didzikirkan
Buat hati jadi terlara syahdu
Berguguran air mata mohon
DIA mengampunkan segala kekhilafan dengan-Nya
DIA membalas segala kasih dan cinta akan DIA
Mengizinkan melakukan amal soleh yang diterima-Nya
Memakbulkan segala doa
Duhai Yang Maha Pengampun
Duhai Yang Maha Penyayang...
Duhai Yang Maha Pengasih
Kukasih
Kusayang
Kucinta-Mu
Tiada penghujung-Nya
Maka-Nya di pagi yang syahdu ini
Balaslah kasih dan cintaku pada-Mu
Balaslah kasih dan cinta semua para Kekaseh-Mu
Kami ingin hidup dan mati dalam kebaikan
Moga dapat bertemu dengan-Mu
Dalam redho lagi diredhoi
Dalam tenang tika bertemu dengan-Mu
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin


Karya Ratu Rimba Niagara
22 Rabiualawwal 1434H
3 Febuari 2013
February 3, 2013 at 5:39am · Like · 2



NUR HIDAYAH KASIH-NYA TERUS BERSINAR

Mentari akan terus bersinar
bersama senyumanmu senyumanku
bersama syukurmu syukurku
mengental berpintal lalu
tersimpul mati
dalam hatimu dalam hatiku
tak pernah jemu kita saling
jalinkan kasih dan sayang demi-Nya
tak akan ada terluka dilukai
tak akan ada perih
menanti kasih di ombak rindu
tak akan ada sepi menyepi
tak akan ada teka teki
dalam menjalinkan kasih dan sayang
yang ada kusayangmu demi-Nya
kau sayangku demi-Nya
kita semarakkan karya bersama
karyamu karyaku
penuh dengan jiwa
penuh dengan penghayatan
agar roh sucimu
agar roh suciku
dapat mensucikan
debu-debu
kemunafikan dari kalbumu kalbuku
maka tertintalah hasil pena
yang berarti buatmu buatku
buat semua pembaca
yang sudi menghayati
hasil karangan
yang digubah indah
mengindahkan hati-hati yang suram
dalam derita sengsara tanpa Nur Hidayah Kasih-Nya
berkat ilham
yang disirnakan ke kalbumu kalbuku
kita menangis bersama-sama
betapa kerdilnya kita di Sisi-Nya
betapa kita perlukan-Nya
di setiap saat dan ketika
tanpa-Nya
kita bagaikan hilang arah tanpa tujuan hidup
hidup berarti kerana-Nya
hidup tak berarti tanpa-Nya
Makanya
Hadirlah Ya Allah
Hadirlah ke kalbu imanku
Hadirlah ke kalbu iman dia rakan sastraku
Hadirlah ke kalbu iman pembaca
Yang membaca karyaku karya rakan sastraku
Inilah dunia yang kami dambakan tanpa lelah
Semata-mata mahu mendapat
Redho-Mu
Kasih-Mu
Rahmat-Mu
Tika hidup dan mati
Aamiin Aamiin Ammin Ya Rabbal A'Lamin

Ratu Rimba Niagara
25 Rabiuakhir 1436H
15 Februari 2015


AKU SI JAHIL MAHUKAN ILMU KEMANISAN IMAN

Aku cemburu
orang yang solat
sebab aku tak solat

aku cemburukan
orang yang berqiamulail
sebab aku tak tahu apa itu qiamulail

aku cemburukan
orang yang pandai mengaji
sebab aku tak pandai

aku cemburukan
orang yang berpuasa
sebab aku tak pernah berpuasa

aku cemburukan
orang yang pergi haji
sebab aku belum pergi

aku cemburukan
mereka yang bersedekah
sebab aku bakhil

aku cemburukan
mereka yang berzakat
sebab aku tak berzakat
biarpun harta melimpah ruah

aku cemburukan
mereka yang suka berbuat baik
sebab aku anti kebaikan
sukakan kejahatan

aku cemburukan
mereka yang suka berkata yang baik
sebab aku suka mengumpat mengeji
menyakiti hati orang
aku rasakan akulah yang kaya
akulah yang berkuasa
akulah yang mempunyai segala yang
manusia idamkan kemewahan hidup di dunia ini

baru aku tahu kini
sebenarnya aku terpedaya dengan
keegoaanku sendiri yang leka dan lalai

salah aku juga
punca aku cemburu kepada mereka
kerana aku tak tahu
apa itu
syahadah
solat
puasa
zakat
menunaikan haji di Mekah
Rukun Islam
yang mesti diamalkan
dan diimani oleh semua
orang Islam selagi
hidup mesti dilakukan
kerana taatkan perintah Allah.

Ya Allah ...aku jahil
aku tak tahu semua ilmu
yang patut kutahu
mulai
detik ini
saat ini
sampai bila-bila pun
aku mahu belajar
ilmu yang patut aku tahu
ilmu kemanisan iman.

Ya Allah...bukakan
hatiku seluasnya
untuk
mencari
dan
memiliki
ilmu kemanisan iman.

Ya Allah...bukakan
hati bakal guru-guruku
mengajarku dengan setulusnya keranaMu
biar ilmu yang dicurahkan
meresap terus ke dalam
roh dan jasadku.

Yang aku tahu
neraka tempat yang mengerikan
dan menakutkan
segala azab sengsara akan
dibalas kepada orang yang lalai
lalai berpunca kerana tak berilmu
jahil kenapa aku dihidupkan di dunia ini
aku tak mahu menjadi si jahil yang ego
rugi dunia akhirat!

Yang aku tahu
Syurga tempat segala nikmat yang mengasyikkan
dihadiahkan kepada orang yang taat kepada Allah
orang yang semasa hidup di dunia ini
merasai kemanisan iman.

Ya Allah aku perlukan Ilmu Kemanisan Iman
agar aku dapat mencintaiMu dengan setulus hatiku.

Ya Allah terimalah taubatku
kerana aku si jahil yang sombong
hidupku selama ini menyeksakan
rohku sendiri
kesian rohku yang terseksa...
berduka di atas kejahilanku.

Duhai roh maafkan aku
biarkanmu terseksa dan berduka
aku terlalai untuk
menunaikan keperluanmu
iaitu ilmu Kemanisan Iman
akan ku belajar dan memiliki
Ilmu Kemanisan Iman
tanpa jemu dan bosan
sehingga terhenti nafasku!

Karya: Ratu Rimba Niagara
20 Jun 2011


 ANDAI ORANG YANG SUDAH MATI DIHIDUPKAN KEMBALI MAHU SETIAP HARI DIA BERSEDEKAH KERANA AMALAN BERSEDEKAH GANJARAN PAHALA BERGANDA-GANDA DIKIRA SEHINGGA DI PADANG MAHSYAR DI MANA HARTA BENDA TIDAK BERHARGA LAGI MELAINKAN AMALAN SOLEH. WALAUPUN SEBESAR ZARRAH AMALAN SOLEH TERLALU BERNILAI DARI ALAM DAN SEISINYA.

MOGA PELUANG DIBERI KESEMPATAN MASIH HIDUP KITA TERGOLONG DI KALANGAN HAMBA-NYA YANG SUKA BERSEDEKAH SEHINGGA KE AKHIR HAYAT. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.


NDAHNYA SEDEKAH INDAHNYA ISTANA SYURGA

Ibu ...tak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan....
gimana ibu...makanan untuk dimakan hari ini pun nggak ada...

Tak apalah nak...kita makanlah apa yang ada...

Pokoknya semuanya nggak ada...kita kena berlapar ibu...

Berlapar itu lebih bagus daripada kita meminta-minta nak...

Kenapa ya buk...orang-orang kaya ini nggak yang ada suka
membantu orang miskin seperti kita... mereka mau kita
melutut di kakinya belum tentu mahu berbagi nikmat harta
yang mereka miliki...

Nak...orang miskin ni...dipandang hina orang kaya nak...
orang kaya baginya akan jadi miskin jika mereka bersedekah walaupun
dengan sekeping roti canai....

Ibu....saya mau keluar sekejap...ibu tunggu saja di rumah
zikir banyak-banyak untuk hilangkan lapar ya buk...

Si anak tadi pergi ke rumah orang yang paling kaya di kampung itu.
secara kebetululan orang kaya itu sedang bersarapan pagi dengan
10 keping roti canai.....

Si anak itu menghampiri si kaya.

Pak...boleh tak berikan saya sedikit roti canai yang bapak punya...."

Pergi kamu dari sini ...aku jijik lihat kamu ini ...taunya kamu
minta...minta ...di sini bukan untuk meminta sedekah...pergi kamu dari sini ...!!!"

Si anak tak berputus asa...pergi juga merayu-rayu penuh simpati apabila mengenangkan
ibunya dirumah kelaparan...

Pak...kasihanilah saya...udah tiga hari saya dan ibu saya tak makan...
tak rugi bapak sedekah kan sekeping roti canai pun udah memadai.
Saya bukan minta uang bapak...saya cuma minta sekeping roti canai untuk saya makan dengan ibu saya..pak...tolong kasihani saya pak..."

Kenapa kamu degil sangat...pergi kamu...! Pergi kamu dari sini..."
Marah si kaya yang amat sangat lantaran itu di balingkan roti canai ke muka si anak itu...

Anak itu terus lari bersama dengan sekeping roti canai yang dibalingkan oleh si kaya.

Sampai di rumah ibunya masih berzikir.

" Ibu...ini rezeki kita...ibu....ibu makan separuh saya makan separuh buk..."

"Syukur Alhamdulillah...Allah berikan kita rezeki tanpa sangka-sangka bolehlah mengalas kelaparan kita...kita angkat tangan ya nak agar Allah merahmati orang yang menyedekahkan kitaroti canai ini."

Si anak menangis apabila mengingatkan gimana dia dimaki hamun oleh si kaya raya dan membaling roti canai itu ke wajahnya dan roti itu jatuh di ke tanah."

"Kenapa anak nangis? Apa yang telah tejadi nak?"

"Marilah kita sama doakan yang sedekah roti canai ini pada kita ya buk...moga Allah balas dengan sebuah istana di Syurga. Aamiiin ya Rabbal A'Lamiin."

Si kaya yang membalingkan roti canai itu tika pergi ke kantornya telah berlaku kecelakaan jalanraya dan mati ditempat kejadian.

Roh si kaya kaget gimana dia boleh memiliki sebuah Istana Syurga yang indahnya tidak dapat dibandingkan dengan istananya di dunia.

Baru dia sadar bahawa roti canai yang dilemparkan kepada anak si miskin itulah yang menyebabkan dia diKurniakan Allah sebuah Istana Syurga yang indah....Subnallah jika dia tahulah begini hebatnya nikmat bersedekah bukan setakat sekeping roti canai saja malah istana dan uangnya yang banyak itu diinfakkan ke jalan-jalan Allah....tapi dia cuma memiliki sebuah Istana Syurga sahaja itu pun berkat doa si miskin yang mendoakannya walaupun didermakan sekeping roti canai dengan keadaan yang amat menyedihkan!.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
22 Syaaban 1434H
1 Julai 2013M


JALAN IHDINASSIRATHALMUSTAQIM (JALAN YANG LURUS)

Aku ingin mencari jalan
Jalan-jalan menuju ke Pangkuan-Nya

Biarpun aku ingin mencari jalan yang lurus
Mana bisa mungkin wujud di dunia ini
Jalan yang lurus
Semuanya akan ada bengkang bengkok
Sudahlah begitu pasti banyak simpang
Simpang yang boleh menyesatkan jika
Lemah kepercayaan tauhid pada-Nya...

Dalam banyak jalan
ALLAH SWT izinkan aku
Melalui satu jalan
yang amat indah
saujana mata memandang
bunga-bungaan memutih
kiri kanan jalan
harum semerbak hingga ke perdu iman
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
sepanjang jalan ku berzikir
seakan gema zikirku seiring dengan gema zikir
penghuni tujuh petala langit tujuh petala bumi
ALLAHU AKBAR
KEBESARAN ALLAH SWT mengatasi segala
yang ada di langit dan di bumi
aku syahdu aku menangis penuh hiba
inilah jalan yang kudambakan
yang aku tercari-cari selama ini
moga jalan-jalan yang sedang kulalui ini
akan terus kulalui sehingga akhir hayatku
moga ALLAH SWT sentiasa izinkan aku lalui jalan Ihdinassirathalmustaqim
itu adalah lebih berharga daripada alam dan seisinya
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

RATU RIMBA NIAGARA
2 Zulhijjah 1434H
6 Oktober 2013M

SURAH AL-FATIHAH
Surah pertama
Diturunkan di Mekah - 7 ayat

1. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan memelihara dan mentadbir sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari Akhirat).

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah saja kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7. Iaitu jalan-jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula jalan) orang-orang yang sesat



MENULIS BUKAN MENJADI TERNAMA JAUH SEKALI UNTUK DISANJUNG
MELAINKAN MENDAPAT RAHMAT KASIH-NYA DUNIA AKHIRAT DAN
MENDAPAT KASIH SEMUA YANG DICIPTAKAN-NYA DI LANGIT DAN DI BUMI
ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

Indah sastera ilham dari Ilahi,
Lagi ditulis rasa tak jemu,
Syukur sebanyak-Nya pada Ilahi,
Moga ada Nilaian di sisi-Mu.
Menulis mendambakan Nur Rahmat Kasih-Nya,
Menyebarluaskan Maha Pemurah Kasih-Nya,
Kepada semua yang DiCiptakan-Nya,
Moga yang menulis dan membaca mendapat Rahmat Kasih-Nya.
(Aamiin)

Indah sungguh bulan purnama,
Sinarnya terpancar ke bunga tanjung,
Mengarang bukan menjadi ternama,
Jauh sekali untuk disanjung.

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA,

RATU RIMBA NIAGARA @ TOH PUAN RATU KENCANA SARI
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
PUJANGGA SRIBU JAMAN @ RATU PUJANGGA NUSANTARA
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA @ MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
29 RABIULAKHIR 1436H
19 FEBRUARI 2015



0 comments:

Post a Comment

 
;