SASTERA ITU INDAH (83) SALAM KASIH PENUH KEDAMAIAN DUNIA
Rabeah Binti Mohd Ali shared a photo to Alam Pren Adni Mpn's timeline.
11 hrs ·
Louder than the neighbors, I bet!
Howler monkeys -- males black, females brown -- doing their howling, which can be heard miles away. Photo Iris Iris Kronenburg
PINNED POST
News Feed
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan bahawa usaha meningkatkan tahap ilmu dan kemahiran dalam kalangan pegawai-pegawai tentera hendaklah diutamakan kerana ia merupakan pemangkin bagi semua keperluan termasuk usaha melahirkan pegawai-pegawai tentera yang berkualiti dan profesional, yang celik teknologi dan berdaya saing.
Titah Baginda, masa depan negara lebih bergantung kepada tenaga dan kewibawaan generasi muda. Jika generasi muda memiliki kekuatan fizikal dan rohani maka insyaallah kekuatan itu akan tumpah pula kepada bangsa dan negara.
Begitulah sebaliknya, jika generasi muda lemah, maka akan tergugatlah ketahanan dan keselamatan kita, kerana itu tidak disangkal bahawa matlamat kita ialah membentuk generasi muda yang kuat, berilmu dan beriman untuk masa depan negara yang hebat.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang juga Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bertitah demikian pada Upacara Perbarisan Pentauliahan (Sovereign’s Parade) bagi 22 orang Pegawai Kadet Pengambilan ke-12 yang berlangsung di Padang Kawad Sekolah Pegawai Kadet ABDB di Perkhemahan Sungai Akar, hari ini.
Menurut Baginda, masa depan akan terus menagih kesetiaan dan komitmen pegawai-pegawai kadet di mana mereka dikehendaki peka dengan pergolakan semasa dan sentiasa siapsiaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak dijangka.
“Atas asas inilah, Beta selalu menekankan supaya usaha meningkatkan tahap ilmu dan kemahiran di kalangan pegawai-pegawai tentera hendaklah sentiasa diutamakan,” titah Baginda sambil menambah bahawa mereka perlu benar-benar menguasai prosedur-prosedur keselamatan sebagai langkah untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini dari berlaku.
“Atas asas inilah, Beta selalu menekankan supaya usaha meningkatkan tahap ilmu dan kemahiran di kalangan pegawai-pegawai tentera hendaklah sentiasa diutamakan,” titah Baginda sambil menambah bahawa mereka perlu benar-benar menguasai prosedur-prosedur keselamatan sebagai langkah untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini dari berlaku.
Pada masa yang sama, titah Baginda, usaha bagi memantapkan lagi kemahiran jurulatih juga perlu ditingkatkan melalui penyediaan keadaan pengajaran yang terbaik.
“Pengenalan sistem Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment) diharapkan boleh memberi pengalaman baru dalam proses pembelajaran.
“Begitu juga pemilihan jurulatih yang berkelayakan bagi seluruh institusi latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, sangat diperlukan melalui prosedur pemilihan yang berkesan.”
Baginda bertitah bahawa latihan ketenteraan selama 48 minggu bagi para pegawai kadet adalah penuh dengan pelbagai ranjau dan liku di mana pengalaman yang merubah kehidupan mereka itu, adalah cukup positif untuk mencorakkan kepimpinan sejati.
Baginda turut mengingatkan setiap mereka adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas mereka yang dipimpin mereka itu.
“Perlu diingat setiap orang adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas pimpinannya. Pemimpin itu pula perlulah tabah dan tekun kerana sikap tabah dan tekun itu merupakan pemangkin kepada kecemerlangan.”
Dalam titah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut mengucapkan syabas kepada pegawai-pegawai kadet atas persembahan perbarisan yang sangat baik dan kemas dan Baginda percaya semua yang hadir di sini juga turut berbangga dengan persembahan tersebut.
Baginda juga mengucapkan tahniah kepada kesemua 22 orang pegawai kadet dari pengambilan ke 12 kerana berjaya menamatkan latihan mereka serta kerana keberanian mereka menyahut cabaran kerjaya tentera.
FROM NOTIFICATIONS
Rabeah Binti Mohd Ali shared Prince Abdul Malik's photo.
A great picture of HIS Royal Highness Prince ‘Abdul Malik looking as elegant as ever!!!
- SASTERA ITU INDAH (83) SALAM KASIH PENUH KEDAMAIAN DUNIA
Today - Yesterday
PETIKAN WALL RATU RIMBA NIAGARA & WALL GROUP MENGENAI KEGIATAN KEDATON KRATON WAHYU UTAMA LABORATORIUM PESONA WISATA DUNIA
26 Rabiulakhir 1436H
16 Februari 2015
0 comments:
Post a Comment