Saturday, 4 April 2015

SASTERA ITU INDAH (367) DUNIA KANAK-KANAK ADALAH SASTERAKU



SASTERA ITU INDAH (367) DUNIA KANAK-KANAK ADALAH SASTERAKU

Design Fanpage added 4 new photos — with Ro Hassan and 8 others.
L'arte del riciclo




Design Fanpage added 4 new photos — with Ro Hassan and 8 others.
L'arte del riciclo







IMAGINASI KANAK-KANAK SASTERAKU

KIKI

Kiki  suka berada  di bulan.
Di bulan Kiki main sorok-sorok dengan awan.
Kiki  ada sayap.
Kiki  terbang ke sana ke mari
bermain dengan bintang.
Di kepulan awan biru Kiki meniup seruling
sambil menyanyi lagu,  ‘Ibu Oh! Ibu’.

BULAN DAN BINTANG

Bulan tersenyum melihat anak burung
berbulu biru terbang mencari rezeki.
Bulan suka tengok gelagat  tiga ekor
kucing yang suka bermain dengan bintang,
duduk  di pelangi dan  seekor lagi
duduk di  tunggul kayu berangan bermain
sorok-sorok dengan bintang dan bulan.


HARI JADI JOHN

Setiap  tahun  John  meraikan hari jadi.
Hari ini hari jadi John  yang  kesembilan.
Ayah  John  membeli  kek  tiga  tingkat.
Hari jadi  John  sungguh meriah kerana
diadakan di sebuah taman bunga
di kelilingi rama-rama pelbagai warna.


TIKAR AJAIB

Puteri Aliya dengan Putera Aliba
sangat  gembira  kerana dapat terbang
dengan ‘Tikar Ajaib’.

Mereka dapat terbang  setelah terjumpa
dengan  ‘Pelita Ajaib’  yang  boleh memberi
kesaktian kepada  si pemiliknya.

Apabila penat mereka pulang  berehat
di Istana  Kayangan  yang  indah
lagi permai.


NINA SAYANGKAN BAYI DINOSAUR

Nina  tinggal di sebuah pulau bersama
bayi  Dinosaur. Mereka berdua
berkawan baik.
Nina sangat sayangkan bayi
Dinosaur.

Bayi Dinosaur sangat comel.
Telinganya panjang seperti  arnab.
Kukunya tajam  seperti harimau.

Nina  suka cium Bayi Dinosaur.
Bayi Didosaur tersenyum malu.
Bayi  Dinosaur sangat gembira.
Hidupnya hari-hari ceria.

Dia gembira kerana keluarganya
sangat baik dengan keluarga
angkatnya.
Walaupun dia cumalah haiwan
dan keluarga angkatnya manusia
tetapi mereka saling hormat
menghormati dan sayang
menyanyangi  di antara satu
sama lain.
Nina adalah kakak angkat  yang
sangat sayangkan ‘Bayi Dinosaur’.


BERMIMPI JADI ANAK GERGASI

Pada suatu hari Ramasamy pergi
berkelah di sebuah pulau.
Dia membawa bekalan.
Ramasamy tertidur kekenyangan.
Dia tidur dengan nyenyaknya,
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Ketika tidur Ramasamy bermimpi
menjadi anak gergasi.


CITA-CITA SAYA

Cita-cita saya hendak menjadi
seorang  doktor.
Saya mesti belajar bersungguh-
sungguh.
Apabila sudah menjadi doktor
nanti, saya boleh  nasihatkan
pesakit saya supaya  amalkan
makan makanan sihat  seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan.


TAMAN BUNGA IBU SAYA

Ibu  saya suka tanam pokok bunga.
Halaman rumah saya penuh dengan
pokok-pokok bunga.

Setiap petang saya menyiram  pokok-
pokok bunga.

Halaman rumah saya seperti  taman
bunga yang sangat indah di pandang
mata.

Ibu dan ayah saya suka hati melihat
pokok-pokok bunga yang segar dan
cantik.
Ibu saya kata,‘Taman bunga
membuatkan hatinya berasa aman
dan tenang.’


KERETA TERBANG

Pagi  Ahad  itu  Ah Chong bangun pagi.
Dia sangat gembira sambil menghirup
udara segar di jendela.

Setelah mendapat kebenaran ibu dan
ayahnya, dia terbang ke awan  biru.
Ah  Chong  sangat gembira kerana
tanpa sokongan kedua orang tuanya
Ah Chong  tidak akan dapat terbang
di awan biru bersama dengan kereta
terbang ciptaannya.


KEINDAHAN TAMAN BUNGA

Sungguh  indah taman bunga  yang
menghijau ini.

Menghidu bauan bunga-bungaan
yang mewangi setiap pagi.

Dihiburkan dengan kicauan burung-
burung seolah-olah sedang menyanyi-
nyanyi lagu merdu.

Diindahkan lagi dengan Sang Rama-Rama
yang berwarna-warni.
Sungguh indah!
Sungguh aman!
Buat hati rasa tenang!


KAMBING GURUN AJAIB

Ini Kambing Gurun Ajaib.
Kambing Gurun Ajaib ini namanya Lito.
Lito boleh terbang ke mana dia suka.
Lito suka bermain dengan bintang-bintang
yang  bergemerlapan  di langit malam.

Kadang-kadang  dia menanduk bintang.
Bintang suka  berkawan dengan  Lito.
Lito baik hati dan tidak pandai bercakap
bohong.


HARIMAU KEMBAR SIAM


Ini  Harimau Kembar  Siam.
Mereka telah selamat menjalani
pembedahan pemisahan semasa
bayi lagi.

Kini Harimau Kembar Siam telah
dewasa.

Ke mana pergi mereka selalu
bersama.

Setiap  petang,  Harimau
Kembar Siam pergi ke sebuah
tasik untuk menghilangkan
dahaga.

Harimau Kembar  Siam  sayang
menyayangi di antara satu sama lain.


KELUARGA ZIRAFAH


Ini  sekumpulan keluarga  zirafah.
Keluarga zirafah ini sangat bahagia.
Ke mana pergi mereka berkumpulan
bersama.

Ibubapa mereka penyayang  dan
bertanggungjawab.

Anak-anak dididik  supaya  hormat
menghormati di antara satu
sama lain.

Mereka hidup aman damai dan
berkasih sayang selamanya!


KUDA BELANG

Kesian sungguh dengan sekumpulan
kuda belang ini.

Mereka berlari sekuat hati daripada
ditembak oleh manusia yang tiada
perasaan belas kasihan.

Manusia kejam itu hanya mahu
mengaut keuntungan sahaja.

Mereka akan menjual kulit kuda
belang dengan harga yang tinggi.

Kuda belang akan pupus  di muka
bumi ini jika tidak dibanteras
jenayah membunuh kuda belang.


ZOO NEGARA

Saya suka pergi ke Zoo  Negara.
Di  Zoo Negara ada pelbagai
haiwan hidupan liar.

Singa senyum kepada saya.
Anak  zirafah sangat  comel.

Saya suka tengok anak gajah
pakai topi.  Sungguh  comel!
Anak gajah senyum kepada saya.

Saya sangat sayang semua haiwan
yang ada di Zoo Negara.

Nanti ada peluang saya akan
datang lagi ke Zoo Negara.


IKAN LUMBA-LUMBA

Ikan Lumba-Lumba sangat cerdik.
Perangainya suka  melompat-lompat
sambil menyumpit air.
Sungguh melucukan!

Saya suka sangat dengan ikan lumba-lumba.
Saya pernah bermimpi, saya duduk
di belakang ikan lumba-lumba.

Dalam mimpi tersebut ikan lumba-
lumba membawa saya mengembara
ke dasar laut yang indah lagi permai.

Ibu kata saya tidur sambil tersenyum.
Saya ceritakan mimpi saya kepada ibu
saya. Ibu  pun tersenyum  geli hati.

Sungguh indah permandangan di dasar aut.
Di penuhi dengan batu karang, ikan pelbagai
jenis dan warna, tapak sulaiman, siput dan
bermacam-macam lagi.

Mereka hidup bersatupadu tanpa ada
pergaduhan. Masing-masing mencari
rezeki tanpa mengambil hak  penghuni
lain.

Saya suka dengan kehidupan penghuni
laut yang  aman, damai dan permai.


HADIAH WAU

Ayah membeli wau untuk saya.
Wau saya cantik.

Saya suka melihat wau saya terbang tinggi.
Wau saya terbang tinggi ditiup angin.
Saya gembira.
Ayah suka hati.
Ibu senang hati.

Wau! Sukanya hati saya hari ini.
Hendaknya kegembiraan saya ini
dapat dikongsi bersama  dengan
rakan-rakan  yang  seusia dengan saya.

Ibu-ibu …Bapa-bapa…Di luar sana
hadiahkan wau untuk anak kesayangan
anda!

Mereka pasti gembira.
Percayalah cakap saya.
Tak percaya cubalah!
Anak anda pasti gembira seperti saya.


SAYA WARGANEGARA MALAYSIA

Saya warganegara Malaysia.
Rakyat  negara  saya terdiri daripada
pelbagai  kaum  iaitu  Melayu, Cina dan
India.   Walaupun berbeza  agama,
bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidup
aman damai tanpa sebarang sengketa.

Kami hidup bersatupadu,  tolong
menolong dan hormat menghormati.

Perdana Menteri saya yang ke-6
namanya YAB Dato' Sri Mohd Najib
Bin Tun Haji Abd Razak.


Saya menghargai Perdana Menteri
saya  kerana  dapat mencetuskan
Gagasan  1Malaysia iaitu,
1Malaysia Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan.
Saya percaya Gagasan 1Malaysia
akan berjaya! Ini membuatkan  negara
saya aman makmur selamanya!
Saya sayang negara saya!


Karya  :  Ratu Rimba Niagara
              25 Jun 2011


Puisi Cakarawala Sumber Inspirasi  Saya

Saya suka kepada bulan kerana
bulan suka senyum kepada saya.

Saya suka bintang kerana
bintang tak jemu bersinar.

Saya suka matahari kerana
tanpa matahari hidup saya
gelap gelita.

Saya suka pelangi kerana
pelangi menceriakan hidup saya.

Saya suka semua yang ada di cakarawala
kerana semuanya telah memberi  inspirasi
kepada saya untuk menghargai Pencipta saya!

Saya Bahagia
Hidup saya indah…
Seindah bulan  di langit.

Hidup saya terang
Seterang  bintang  bergemerlapan.
Hidup saya ceria…
Seceria pelangi yang berwarna-warni.


Hidup saya bahagia...
Sebahagia  matahari yang memancarkan
sinar untuk penghuni bumi.

Hidup saya setia...
Sesetia pengedaran bumi berputar
mengikut paksinya.

Hidup saya aman...
Seaman planet di galaksinya yang
berputar mengelilingi matahari mengikut
orbit  masing-masing.

Kalau planet tidak mengikut  orbit  masing-masing
sudah pasti berlakulah pelanggaran planet-planet
di cakarawala. Akan  musnahlah  segalanya.

Justeru saya tidak mahu begitu!
Yang saya mahu penghuni bumi ini bahagia!
Sentiasa bersyukur kepada Tuhan saya Pencipta Semesta Alam!

Karya  :    Ratu Rimba Niagara
                25 Jun 2010




PANTUN PERSAHABATAN SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI

Hari-hari saya ke sekolah,
Pergi ke sekolah bersama dinosaur;
Sukanya hati cikgu tak marah,
Kerana saya berkawan dengan dinosaur.

Dinosaur saya bernama Dino,
Saya berkawan sejak dulu;
Pergi sekolah bersama Dino,
Melintas jalan Dino dahulu.

Dino tunggu di pintu sekolah,
Saya belajar penuh semangat;
Beg saya bewarna merah,
Guru mengajar saya mengingat.

Saya kenalkan Dino dengan kawan,
Kawan gembira tidak terkata;
Di waktu rehat dibelanja kawan,
Dino tersenyum tersebar berita.

Tersebar berita berkawan dengan dinosaur,
Kedatangan Dino disambut mesra;
Dino diberi makan sayur,
Kemesraan mereka amat ketara.

Dino sakit saya bimbang,
Diberi ubat sembuh sakitnya;
Menyayangi Dino bukan kepalang,
Tidak ke sekolah kawan bertanya.

Masa cuti berkelah di pantai,
Semasa di pantai ramai berkerumun;
Meminati Dino yang bijak pandai,
Ramah tamah Dino mereka terpegun.

Semasa mandi-manda kami gembira,
Seakan berpesta besar-besaran;
Gembiranya hati tidak terperi,
Kerana Dino dapat kenalan.

Peminat Dino ramai tidak terkata,
Memberi hadiah tanda persahabatan;
Dino terima dengan hati terbuka,
Terima undangan tidak keberatan.

Hari-hari hidup gembira,
Kerana Dino sentiasa lucu;
Pergi ke sekolah membara-bara,
Ilmu ditimba terus maju.

Seekor kucing melintas jalan,
Dino selamatkan dari dilanggar;
Syukurlah kerana dapat berjalan,
Dibawa pulang saya bersyukur.

Kucing diberi nama Si Seberang,
Kerana tidak pandai menyeberang;
Baiknya kucing tidak menyerang,
Bahagianya kami dahulu hingga sekarang.

Dino tidak bersikap garang,
Walaupun Si Seberang ganas dengannya;
Dari dahulu hingga sekarang,
Dino bersabar dengan kerenahnya.

Si Seberang tidak lalu makan,
Risaunya saya bukan kepalang;
Berjumpa doktor Dino nasihatkan,
Sembuh terus sakit Si Seberang.

Kami ketawa terbahak-bahak,
Apabila Si Seberang dipakai baju;
Sakit perut ketawa terbahak-bahak,
Dino nasihatkan makanlah keju.

Sudah enam tahun kami berkawan,
Kehidupan kami amat membahagiakan;
Dino ke sungai menangkap ikan,
Si Seberang makan saya pun makan.

Kami bertiga tidak pernah bergaduh,
Kami bergurau setiap hari;
Tiada keluar perkataan bodoh,
Kasih sayang kami tidak terperi.

Bersiar di padang kami bertiga,
Si Seberang dengan saya sangat gembira;
Dibawa Dino berjaga-jaga,
Agar kami terus gembira.

Ikatan kami amat mesra,
Kami gembira hidup begini;
Bersenda gurau gembira sentiasa,
Saling sayang menyayangi sesama sendiri.

Indahnya hidup setiap hari,
Moga bahagia milik kami bertiga;
Berkasih sayang antara kami,
Hari-hari berbunga cinta Syurga.

Karya: RATU RIMBA NIAGARA
26 April 2012
(PANTUN IMAJINASI KANAK-KANAK KREATIF INI ISTIMEWA UNTUK  PERI KECIL PALING CANTIK  DEWI SEKAR TANJUNG TERSAYANG)


PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
14 JAMADIL'AKHIR 1436H
4 APRIL  2015

0 comments:

Post a Comment

 
;