NUSANTARA SEHATI SEJIWA (148) STATUSKU MILIK-NYA
News Feed
STATUSKU MILIK-NYA.
Bahagia tak perlu dilakonkan tapi lahir dari hati atas ketabahan hati menerima ujiaan dari Allah swt.
Siapa yang tak mahu bahagia cuma orang gila saja tak mahu bahagia tapi takdir sudah mengatasi segalanya setiap kejadian ada hikmah-Nya bersangka baiklah pada Allah , baik Adam ataupun Hawa apabila diuji dengan perpisahan bermakna Allah mahu menggantikan yang lebih baik agar lebih mendekatkan diri kepada-Nya.
Tabahlah wahai Adam...
Tabahlah wahai Hawa...
Apabila hatimu hatinya tak serasi bersama
Apa guna bahagia hanya untuk dilakonkan bahagia
tapi hakikatnya tak bahagia
ganjaran pahala yang sepatutnya berganda-ganda
tapi di hati tiada ikhlas melayani Adam ataupun Hawa,
yang ada hanya kesedihan dan kepuraan bahagia dibawa sampai mati
amat malang penipuan bahagia yang dibawa sampai mati...
Hidup bukanya lama sangat
maka bahagia bukan untuk dilakonkan
bahagialah yang sebenarnya bahagia yang Allah redha..
redha apabila diuji perpisahan
redha apabila diuji poligami
redha apabila diuji kesendirian tak berteman
Segala masalah dirintihkan hanya kepada Allah
segala masalah sudah tidak menjadi masalah lagi
wajahpun tak akan berkerut seribu tanda bermasalah
hanya orang yang berdengki hati memikirkan masalah orang lain
itulah bezanya orang bahagia yang dilakonkan dengan orang yang
mendapat bahagia atas
dugaan-Nya ...
Allah memberi ujian mengikut kemampuan hamba-Nya
maka bertabah hatilah wahai Adam dan Hawa apabila diuji
dengan perpisahan
perpisahan memang menyakitkan dan memilukan
ramai hati-hati yang terluka parah akibat perpisahan...
kita bisa merancang untuk bahagia
tapi jika takdir sudah mengatasi segala-Nya...
dan jika itu takdir-Nya...
siapalah aku untuk melawan takdir-Nya...
sebagai hamba-Nya aku redha jika itu takdir-Nya...
justeru sampai kapanpun statusku milik-Nya
Karya Ratu Rimba Niagara,
27 Zulkaedah 1436H
11 September 2015
Sociedad Argentina de Horticultura added 3 new photos — with Barrera Emerson and 3 others.
News Feed
MEMANGLAH PERCERAIAN ITU DIBENARKAN tetapi ia amat tidak disukai oleh ALLAH. Jika anda masih ingin bercerai juga, pastikan matlamatnya untuk menambah iman, tetapi kalau selain daripada itu kesan kejiwaan yang bakal anda terima boleh jadi lebih dahsyat daripada sewaktu anda masih bergelar suami isteri.
Satu kajian menunjukkan wajah mangsa perceraian kelihatan lebih tua berbanding mereka yang tidak bercerai. Kajian itu diketuai oleh Profesor Bahaman Guyuron yang mengumpulkan maklumat menerusi soal selidik dan imej digital daripada 186 pasangan kembar. - (Agensi 7 Feb 09)
- Dipetik dari buku BELAILAH KALBU oleh DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj, buku yang telah mendapat seal BEST SELLER
Ratu Rimba Niagara shared drtuah's photo.
MEMANGLAH PERCERAIAN ITU DIBENARKAN tetapi ia amat tidak disukai oleh ALLAH. Jika anda masih ingin bercerai juga, pastikan matlamatnya untuk menambah iman, tetapi kalau selain daripada itu kesan kejiwaan yang bakal anda terima boleh jadi lebih dahsyat daripada sewaktu anda masih bergelar suami isteri.Satu kajian menunjukkan wajah mangsa perceraian kelihatan lebih tua berbanding mereka yang tidak bercerai. Kajian itu diketuai oleh Profesor Bahaman Guyuron yang mengumpulkan maklumat menerusi soal selidik dan imej digital daripada 186 pasangan kembar. - (Agensi 7 Feb 09)- Dipetik dari buku BELAILAH KALBU oleh DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj, buku yang telah mendapat seal BEST SELLER
PETIKAN PAGE DR TUAH & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
27 ZULKAEDAH 1436H
11 SEPTEMBER 2-015
0 comments:
Post a Comment