NUSANTARA SEHATI SEJIWA (326) WARKAH UNTUK ADMIN & AHLI GRUP JALAN KE SYURGA DENGAN RAHMAT ALLAH DAN SYAFAAT NABI MUHAMMAD
WARKAH UNTUK ADMIN & AHLI GRUP JALAN KE SYURGA DENGAN RAHMAT ALLAH DAN SYAFAAT NABI MUHAMMAD
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah saya diterima menjadi ahli grup, "Jalan ke Syurga dengan Rahmat Allah dan Syafaat Nabi Muhammad,"
Terima kasih kepada admin yang sudi menerima saya.
Walaupun cuma di alammaya saya penuh yakin pertemuan kita ini adalah atas kehendak Allah dan atas perancangan Allah.
Pertemuan ini pasti ada hikmak-Nya agar kita saling muhasabah diri , membuang segala keegoaan dan kesombongan kerana yang layak memakai pakaian kesombongan hanya Allah Azzawajallah dan kita sama-sama mencari jalan-jalan ke Syurga.
Semua hamba Allah impikan Syurga, tapi jika kita beribadat dan melakukan segala kebajikan kerana mahukan Syurga. Syurga memang tak layak untuk kita kerana Syurga pun dicipta Allah sebagai balasan kepada hamba-Nya yang beribadat kerana Allah bukan kerana Syurga.
Allah swt memasukkan hamba-Nya ke Syurga bukanlah kerana banyaknya amalan tapi dengan Rahmat Allah dan Syafaat Nabi Muhammad saw.
Jika hendak dibandingkan amalan ahli ibadat 500 tahun masih tidak dapat menebus Syurga. Sehinggakan ahli ibadat tersebut dimasukkan ke neraka kerana yakin dia masuk Syurga kerana banyaknya amalan yang telah diperbuat. Naubillah.
Apa tah lagi kita amalan kita yang tak seberapa ini jika hendak dibandingkan dengan amalan para ahli sufi bagaikan langit dengan bumi. Pasti kita akan berputus asa tapi kerana kita yakin Allah Maha Pemurah Maha Penyayang Maha Pengampun, Pengampunan-Nya mendahului murka-Nya maka kita setiap hari setiap saat setiap detik memperbaharui niat dan berazam untuk melakukan yang terbaik. Hari ini lebih baik daripada yang semalam dan hari-hari yang seterusnya bertambah baik sehinggalah kita dijemput Allah bertemu-Nya.
Setiap amalan yang dilakukan hanya kerana-Nya hanya inginkan redha-Nya. alangkah indah setiap hari setiap detik apa yang diperbuat dan diperkatakan ditulis mendapat redha-Nya Allah. Allahu Akbar impian semua hamba-Nya yang meyakini akan adanya HARI AKHIRAT di mana segala amalan buruk baik kita sepanjang kita berhidup di muka bumi mendapat pembalasan daripada Allah swt samada SYURGA ATAU NERAKA. Kita yang membuat pilihan. Amalan hidup kita di dunia adalah bayangan kita di akhirat nanti. Kita yang menempah tiket ke Syurga atau ke Neraka. Kita tanyalah iman sendiri ke mana mahunya kita setelah mati.
Moga berkat pertemuan kita di grup yang mulia ini, saling berkongsi ilmu tanpa ada niat untuk berbangga diri atau merendahkan atau menghina ahli-ahli yang lain, kita saling muhasabah diri dan beriltizam bertekad untuk sama mencari jalan-jalan ke Syurga sehingga ke nafas terakhir. Insya-Allah Aamiin.
Selagi kita hidup selagi itu kita berpeluang untuk menjadi kekasih Allah, Syurga diciptakan untuk para kekasih-Nya. Moga kita menjadi kekasih Allah dan sama-sama dapat melihat Wajah Allah Azzawajallah berdekatan dengan Rasulullah. Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
DUHAI JIWA YANG TENANG KEMBALILAH KEPADA TUHAMMU DENGAN IKHLAS DAN DIREDHAI, MASUKLAH KE DALAM GOLONGAN HAMBA-KU DAN MASUKLAH KE DALAM SYURGA-KU...' SURAH AR-RAD:28
SALAM MAAL HIJRAH & MUHARRAM 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
"MOGA PERTEMUAN ATAS KEHENDAK ALLAH INI KITA SAMA-SAMA MENCARI JALAN-JALAN KE SYURGA. AAMIIN"
Yang benar,
Sahabat Dunia Akhiratmu,
Rabeah Mohd Ali @ Ratu Rimba Niagara,
Statusku aku milik-Nya sampai kapanpun aku hamba-Nya.
5 Muharram 1437H
18 Oktober 2015
2,782 Views
Sahabat dunia & akhirat
ASSALAAMU'ALAIKUM,SAHABAT DUNIA & AKHIRAT
SEMOGA KEHIDUPAN KITA DIRAHMATI ALLAH DUNIA & AKHIRAT.
Aamiin Ya Robbal Alamin.
SEMOGA KEHIDUPAN KITA DIRAHMATI ALLAH DUNIA & AKHIRAT.
Aamiin Ya Robbal Alamin.
1,042 Views
Sahabat dunia & akhirat
Aamiin Ya Robbal Alamin .Assalaamu"alaikum.
ALHAMDULILLAH, SAHABAT DUNIA & AKHIRAT
ALLAHUMMA SOLI' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
WA ALA 'ALIHI SAYYIDINA MUHAMMAD
SELAWAT ATAS JUNJUNGAN BESAR KITA
NABI MUHAMMAD SAW KELUARGANYA SERTA SAHABATNYA
Aamiin Ya Robbal Alamin .Assalaamu"alaikum.
ALLAHUMMA SOLI' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
WA ALA 'ALIHI SAYYIDINA MUHAMMAD
SELAWAT ATAS JUNJUNGAN BESAR KITA
NABI MUHAMMAD SAW KELUARGANYA SERTA SAHABATNYA
Aamiin Ya Robbal Alamin .Assalaamu"alaikum.
Aamiin Ya Robbal Alamin .Assalaamu"alaikum.
5 MUHARRAM 1436H
18 OKTOBER 2015
0 comments:
Post a Comment