Friday, 11 December 2015

MUJAHIID FISABILILLAH-MU (163) SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI


MUJAHIID FISABILILLAH-MU (163) SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI


SEMASA HIDUP TAK PERCAYAKAN TUHAN SUDAH MATI SUDAH TERLAMBAT UNTUK DIKESALI
2,952 Views
Allahtuhanku muhammadnabiku islamagamaku H'N'R
UMAT ISLAM WAJIB TONTON VIDEO INI,
Ketika Anda Melihat Video Ini, Mungkin Anda Tak Sanggup Tengoknya Sampai Habis... Coba Renungkan Betapa Banyaknya Dosa Kita Selama Hidup Ini... Smoga Video Ini Bermanfa'at Bagi Orang Yang Masih Hidup Dan Diampuni Segala Dosa-Dosanya Aminn.......
10 people like this.
Comments
Saiful Klanglama tak boleh menggambarkan secara visual ( nyata ) urusan yg dihijab Allahswt ( alam kubur , siksa neraka , nikmat syurga .. dll ) .. atas dasar dan niat apapun .. smile emoticon
LikeReply6 hrs
Rabeah Binti Mohd Ali Untuk muhasabah diri yang sering lalai terpulang kepada penerimaan yang empunya diri ...lagian setiap yang hidup pasti akan mati
LikeReply


SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI

Saiful Klanglama tak boleh menggambarkan secara visual ( nyata ) urusan yg dihijab Allahswt ( alam kubur , siksa neraka , nikmat syurga .. dll ) .. atas dasar dan niat apapun .. smile emoticon

Rabeah Binti Mohd Ali Untuk muhasabah diri yang sering lalai terpulang kepada penerimaan yang empunya diri ...lagian setiap yang hidup pasti akan mati;;;;

SEMUA JASAD BAKAL DIMAKAN CACING DAN ULAT

Secantik dan setampan apa-pun wajah kita. sesexi dan segagah apa-pun tubuh kita. Sekaya dan setinggi apa-pun jabatan kita. Jangan-lah terlalu berlebih-lebihan membanggakan diri dengan KESOMBONGAN..!!! Sesungguhnya semua itu akan HANCUR kelak termakan CACING dan ULAT...!!!

(PETIKAN DARIPADA SUARA AKHIRAT)
16 Jun 2012


ULAT ROH

Semua orang pasti mati
tak tahu bila masanya
akan mati
mahu tak mahu pasti tempuhi juga
muda atau tua
pasti mati
aku tak terkecuali
pasti mati
adakah aku takut?
Ya ...aku takut
kalau matinya aku
tanpa bekalan
kalau aku yakin ada bekalan
tapi aku tetap takut
takut bekalan yang kubawa
tidak diterimaNya
lalu aku dicampakkan ke Neraka
itulah yang kutakuti
bukan aku takut mati
aku takut...aku takut bekalanku tak diterimaNya nanti.

Apabila mati...
Jasadku tentu membusuk
dimakan jutaan ulat
jika itu hukum alam
aku redha
tapi jika amalanku
dimakan ulat-ulat rohku
macam mana?
Allahu Akbar
merana rohku
merana yang tak tertebus!
Nak menangis pun tak berguna
jasad dah hancur dimakan ulat
tangisan roh percuma saja.

Ya Allah ... aku rela jasadku dimakan ulat
tapi aku tak mahu amalanku dimakan ulat-ulat roh
tolonglah Ya Allah kasihanlah aku
izinkan aku melakukan amalan ikhlas semata keranaMu
agar ianya menjadi
bekalan yang Kau terima
dan jauhkan bekalanku dimakan ulat-ulat roh.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya: Putri Rimba Niagara
16 Jun 2012
Yesterday at 11:41am ·


KITA KENA INGAT MATI, SUPAYA PERASAAN UNTUK MENGEJAR ILMU DI DUNIA DAN DI AKHIRAT AKAN SENTIASA MENJADI KEUTAMAAN


TENTANG MATI

Kenapa takut mati?
Takut mati mati
Hindari mati mati
Sihat mati
Sakit pun mati
Tua muda mati
Kaya miskin mati
Semuanya akan mati
Mati milik semua
Bersedia atau tidak mati
Mati tak kira siapa
Tak kira di mana
Di mana-mana boleh mati
Bersedia atau tidak mati
Yang penting mati dalam husnul khotimah
Mati dalam kebaikan dalam redho-Nya Ilahi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin


KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Jun 2012


TERIMA KASIH SUARA AKHIRAT


Kaya macam mana manusia itu
Dia tetap miskin

Apa maksudmu?
Sebab aku ni kaya punya harta tak terkira banyaknya

Kau lahir ke dunia ini kosong...

Lagi aku tak faham?
Apa maksud kosong
Aku lahir atas kehendak ibu dan ayah aku
Apa pulak kosong...


Kau silap...
Kau lahir atas kehendak Pencipta-Mu
Kalau kau lahir atas kehendak ibu dan ayahmu
Pasti mereka hendak anak mereka sempurna cantik dan tampan
Tak ada satu pun celaan yang menyusahkan hati mereka
Yang kukatakan kosong itu...tika kau lahir
Tiada apa pun yang kau bawa ....kosong
Mati pun cuma kain kafan yang kau bawa
Kalau mati membawa semua hartamu yang ada
Jenuh juga orang nak menggali kuburmu
Satu bulan hendak menggali kubur pun tak siap-siap...

Apa maksudmu?
Katakan jangan selindung-selindung aku tak suka
Jelaskan sejelas-jelasnya agar aku faham
Sebab aku ni pencinta harta
Bagiku harta adalah segala-galanya
Untuk diri aku sendiri pun aku berkira
Inikan hendak bersedekah
Kirim salamlah
Kalau nak kaya usaha sendirilah
Kau tahu kerana aku banyak hartalah aku
Ramai suka berkawan dengan aku
Aku pun pelik kenapa mereka suka berkawan dengan aku
Dan hormat gila-gila dengan aku...
Aku bukan bagi pun harta aku pada mereka
Tapi masih terhegeh-hegeh nak menjadi kawan aku
Pelik kan manusia ini..
Cuba aku papa kedana...
Seorang pun tak mahu berkawan dengan aku...
Manusia ini sukakan harta
Sebab itu aku sukakan harta
Kerana harta aku dihormati dan disanjungi
Ke mana saja aku pergi semua hormat aku
Sanjungi aku ...
Sebab itu aku suka...suka....sukakan harta...
Hidup aku senang lenang atas usaha aku sendiri
Harta yang banyak inilah Syurga duniaku...


Kau terpedaya dengan diri kau sendiri
Harta yang banyak itu kau nak bawa ke kubur ke?
Ha...sebab itulah aku katakan tadi
Sebulan hendak menggali kuburmu pun ak siap-siap
Sebab segala eset yang kau miliki mahu ditanam sama
Kau bayangkanlah rumah kau yang macam istana ini
Nak di kebumikan juga...
Itu baru istana belum lagi yang lain nak dikebumikan juga
Yelah nak ikut wasiat tuannya...
Dalam kubur pun kau nak teruskan perniagaan mewahmu jugakan...


Tapi aku tak pernah dengar orang dalam kubur
Jalankan perniagaan...ada ke pembelinya
Takkan ahli kubur masih lagi nak berjual beli ye..
Macam mana ye rupanya pembeli produk aku
Dibeli boleh pocong-pocong
Hee takutnya nasib baiklah aku pun sudah bergelar pocong...
Tapi apa produk yang aku nak jual ye...kalau aku jual mereka
Berminat ke nak beli...buntu aku ni...


Kalau kau tak nak buntu...dari sekaranglah kau kena berubah...


Apa maksud kau? Tolong bantu aku dari kebuntuan ini agar aku tak
Menyesal sebelum aku bergelar pocong


Hidup jangan leka sangat dengan pesona dunia...
Harta kau yang banyak-banyak ni
Banyak-banyaklah kau infakkan ke jalan-Nya
Itulah keuntungan yang tak akan habis-habis
Biarpun kau sudah berada di alam barzah
Kau bukan lagi menjadi jutawan pocong
Tapi kau adalah roh suci yang telah disucikan
Dengan harta yang telah kau infakkan ke jalan-Nya
Di dunia kau mencari jalan-jalan ke Syurga
Di kubur mu nanti kaulah ahli Syurga
Kau tidur sebagai ahli Syurga dan diperlihatkan
Syurga yang Maha Indah hingga tiada apa yang
Kau lafazkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Mesti kau rasa bersyukur ketika di dunia kau
Sempat bertaubat dengan menginfakkan hartamu
Ke jalan-jalan Syurga-Nya


Masya-Allah aku tak terfikir
Sebagaimana yang kau fikir
Terima kasih suara akhirat
Kaulah sahabat dunia akhiratku
Moga Rahmat Allah Azzawajalllah
DiLimpahkan kepadamu dan seluruh ahli keluargamu
Yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin



KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Jun 2012
Yesterday at 1:14pm ·
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
17 Jun 2012


JANGAN BERBANGGA APA YANG DIMILIK KERANA MATI PASTI MENJEMPUT KITA

Kesultananan Indrapura:

"Jangan bangga berkulit putih karena kulit terakhir kita adalah tanah liat!
"jangan bangga dengan rumah bagus dan besar karena rumah terakhir kita adalah kuburan 2x1meter!
"Jangan bangga dengan baju bagus karena baju Terakhir kita adalah kain kafan!
"Jangan bangga dgn Mobil & Motor bagus ,karena kendaraan kita yang Terakhir adalh keranda?"

You, Kesultanan Indrapura and 16 others like this.

Adi Jaya Kesuma:

Dan berbanggalah kita karna menjadi Umat Muhammad SAW....

Tengku Zulaikha betul tu :D
yang di dunia hanya titipan/sementara sedangkan yang di akhirat yang kekal abadi ..

Pakoe Jagad Djawa Dwipa:

Leres/ Betul sekali. Beruntunglah kita semua yang masih memunyai Tuhan Yang Baik, walaupun agama kita berbeda semua tapi Tuhan masih memberi makan, rizqi bagi yang mensyukurinya, serta tidak memilih/ membedakan mana yang umat-Nya dan mana yang bukan Umat-Nya. Tetapi celakalah bagi orang2 yang Ingkar, kufur, sombong dengan Nikmat dan Berkah-Nya kelak di kemudian hari nanti. Terlebih kita terlahir dari Titisan Keturunan Darah Pewaris Raja, yang tidak bisa di pesan terlebih dahulu kepada Sang Khalik Mempunyai Agama yang lurus dijalan-Nya serta Nabi Muhammad yang menjadi panutan serta contoh di seluruh Umat Islam serta penutup dari seluruh Nabi dan Rasul Utusan-Nya.

Rabeah Mohd Ali:

Makanya sentiasalah menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur atas apa yang dimiliki dan sentiasa mencari jalan-jalan redho Ilahi untuk bekalan kita di hari mati.

(PETIKAN DARIPADA WALL KESULTANAN INDRAPURA)
1 Jun 2012
Yesterday at 12:57pm · Like


KENAPA AKU BEGINI KENAPA KAU ANGGAP BEGITU?

Engkau ni keturunan puteri ke?
Engkau suka berlagak kan?
Meluat aku...
Weeii kau cermin sikit muka kau tu
Harap mekap je lebih
Buang mekap
Tengok...
Hodoh....
Maka dari itu cermin sikit
Engkau tu siapa...

Aku sentiasa sedar diri
Aku siapa
Yang tak secantikmu
Yang tak semudamu
Aku memang tak setandingmu

Ha sedar pun
Habis tu kenapa
Kau berlagak macam
Seorang puteri raja
Tak malu ke
Perasan?

Salah ke aku
Menghargai kecantikan
Kurniaan dari Allah
Kalau kau nak tahu
Jika aku tak bermekap
Wajahku hodoh
Kalau ditarik lapisan kulit
Wajahku ini lagi hodoh
Seperti tengkorak berjalan
Termasuk juga wajah
Engkau tanpa kulit di wajah
Engkau boleh bayangkan
Jadi apa nak dikesahkan
Pada kecantikan yang
Sementara ini...

Habis tu kenapa kau
Berwatak seperti puteri diRaja
Kau perasan nak jadi puteri ke
Putera mana yang hendak
Kau pikat dan
Putera mana yang akan terpikat
Denganmu
Lainlah aku cantik dan masih muda
Tak perlu mekap pun dah cantik
Sekali aku senyum 10 yang terpikat
Tapi aku tak semudah itu terpikat
Selagi dia itu bukan bergelar jutawan atau kerabat diRaja

Yelah kau cantik dan muda
Aku doakan apa yang kau impikan berjaya...

Tak perlu kau doakan sudah ada pun
Cinta gila-gila dengan aku
Kerana kecantikan aku
Aku pun anak orang berada
Makanya kenalah setaraf denganku

Syukur Alhamdulillah
Moga kau bahagia sahabatku

Tapi kenapa kau masih nak cemburu dengan aku
Kau sudah memiliki segalanya pesona dunia
Yang diimpikan oleh semua orang....

Habis yang kau berlagak macam puteri tu
Tak pesona dunia ke tu...

Teman...aku ini cuma
Menghayati watakku
Sebagai seorang puteri rimba
Yang tinggal bersama dengan
Penghuni rimba niagara
Takkanlah memegang watak
Sebagai puteri rimba pun
Nak cemburu....
Lainlah puteri untuk manusia
Bolehlah kau cemburu

Nasib baik puteri rimba
Kalau puteri istana memang aku cemburu
Dengan haiwan apa nak dicemburukan
Kalau cemburu juga aku lebih teruk daripada haiwan
Tak nak aku....

Tahu tak apa...
Mulai hari ini kau jangan cemburu ye
Kau beri saja sokongan/dukungan padaku
dunia sastraku agar aku dapat berpena
Dengan tenang tanpa ada rasa iri hati
Keikhlasan sokonganmu dalam karya
SASTERAKUDUNIAKU! amat kuharapkan darimu teman...

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
16 Jun 2012

UKIRAN DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA NIAGARA

Daunan kasih lambang kasih sayang sejati
Penghuni Rimba Niagara hidup berkasih sayang
Saling mempertahankan kasih sayang
Selagi nyawa di kandung badan
Kerana kasih setulus hati nan ikhlas kerana-Nya
Penting kerana kasih tak tersisih
Kasih bawa ke Syurga

Kasih dan cinta
Bukan berlandaskan
Kepentingan sendiri

Tak akan ada cemburu
Sakit hati
Luka dilukai

Yang ada kasih sejati
Berkorban jiwa
Demi kasih setulus ikhlas kerana-Nya

Jadinya
Seluruh penghuni Rimba Niagara
Pentingkan kasih dan sayang demi-Nya

Moga Allah SWT pelihara
Seluruh penghuni rimba niagara
Daripada mereka-mereka
Yang ada niat untuk
Memusnahkan kasih sejati kerana-Nya

Hidup ini cumalah setetes cuma
Apalah ada pada kami penghuni rimba ini lagi
Melainkan kami mahu kedamaian dan
Ketenangan jiwa yang abadi
Sebelum dijemput pulang ke pangkuan Ilahi

Ya Allah moga kedamaian seluruh penghuni
Rimba Niagara ini dapat bertumpang teduh
Di bumi-Mu dengan dengan aman dan bahagia
Tenang indah seperti hidup di alam Syurga-Mu

Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Jun 2012



MOGA ALLAH SWT MEREDHAI HIDUP MATIMU USTAZ

Redha perlu dicari
Bukan dinanti

Inilah kisah yang ingin kukongsikan bersama pembaca alam maya
Sebagaimana yang diceritakan oleh salah seorang ustaz kepadaku

Ceritanya bermula begini.

Ini pengalaman ustaz itu sendiri yang kerjayanya sebagai pendakwah mahu menyebarkan agama Allah Azzawajallah...apa yang dilakukan hanyalah mahu memcari Redha Allah SWT di kala dia hidup dan mati.

Pengalamannya bersama Mat Rempit.
Ustaz rela dirinya dipukul
Disepak terajang dengan besi
Hingga berdarah-darah
Bengkak-bengkak urat sarafnya
Semata ingin menjalankan tugasnya sebagai khalifah Allah SWT
Berkat kesabaran ustaz
Mat rempit itu diberi Allah SWT
Nur Hidayah Kasih-Nya
Mat rempit tersebut kini menjadi
Seorang Hafiz Al-Quran
Atas bimbingan ustaz

Pengalamannya bersama
Ketua Babi Hutan

Ustaz bersama dua tiga orang
Ingin pergi berdakwah
Disebuah perkampungan orang asli
Yang semuanya bukan menganuti agama Islam
Dalam perjalanan ke sana
Di petengahan jalan
Kenderaan mereka dihadang oleh
Sekumpulan babi hutan
Ustaz keluar dari kenderaan
Bertemu dengan ketua babi hutan
Kerana dia sudah letakkan
Hanya Allah sahaja yang ditakuti
Dengan berani dia
Berkata dengan ketua babi hutan itu

Mata bertentangan mata
Ketua babi hutan merenung mata ustaz
"Duhai babi hutan sungguh pun engkau babi
Tapi kau redha dengan asal kejadianmu
Menjadi haiwan yang dilarang dimakan dan disentuh
Oleh Pencipta-Mu...mulianya kamu biarpun kamu
Bergelar babi...sifat redhamu amat tinggi...aku salut padamu babi..."
Ketua babi hutan itu menganggukkan kepalany tanda bersyukurnya
Dia pada Penciptanya yang mentakdirkan dia menjadi babi dan dia redha. Tergenang air mata ustaz penuh mengharu birukan jiwanya di kala itu.
"Babi...kau redha dengan hidupmu yang selamanya haram
Aku mahu ke seberang sana...untuk mencari redha Allah maka berilah
aku laluan agar aku dapat menyebarkan agama Allah..."

Ketua babi hutan menganggukkan kepalanya dan memberikan isyarat kepada semua sekumpulan babi hutan yang mengerumuni kenderaan
ustaz ..agar pergi dari situ.

Ustaz selamat pergi ke perkampungan orang asli dan berjaya mengislamkan sekampung orang asil tersebut.
Syukur Alhamdulillah kepada Allah sebanyak-banyak-Nya

Kepada ustaz pendakwah yang hidupmu penuh fisabilillah
Kami doakan moga Allah SWT meredhai hidup dan matimu nanti
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
25 Mei 2012

KITA HIDUP KERANA ADA ROH DI JASAD

JIKA KITA TANYA ROH KITA
KE MANA KAH MAHUNYA ROH KITA PERGI SETELAH MATI
ITULAH JAWAPAN KITA SEBENARNYA...
JAWAPAN ROH ADALAH TEPAT
JAWAPAN HATI SUKAR DIRAMAL KETEPATANNYA
SEBAB HATI KITA SELALU BERUBAH-UBAH
SUKA BERJANJI TAPI TAK TEPATI JANJI
JANJI SESAMA MANUSIA TAK TEPATI JANJI PUN AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI
INIKAN PERJANJIAN KITA DI ALAM ROH DENGAN PENCIPTA KITA
SUBHANALLAH BETAPA KERDILNYA KITA DI SISI-NYA
YANG MAHA AGUNG YANG MAHA BERKUASA ATAS SEGALA-NYA
MOGA KITA TERGOLONG DALAM HAMBA-NYA
YANG TAHU APA MATLAMAT KITA DIHIDUPKAN DI MUKA BUMI INI
BEGITU JUGA MATLAMAT KITA MASUK KE GRUP ATAU BERTEMAN FB
SERIUS UNTUK BERBAKTI ATAU SEKADAR WUJUD TAPI TAK WUJUD
KITA SENDIRI YANG BUAT KEPUTUSAN KITA SENDIRI YANG PAHAM
TIADA ISTILAH MEMAKSANYA ATAU TERPAKSA
SEMUANYA SUKARELA INGIN MENCURAH BAKTI SEIKHLAS HATI
SELAGI DAYA SELAGI UPAYA SELAGI MAMPU
BARULAH INDAHNYA TALISIRATURRAHIM DI ALAM MAYA INI
KERANA SEMUA BAKAL BERGELAR ROH
TERDIRI DARIPADA ROH-ROH YANG TENANG REDHA LAGI DIREDHOI ALLAH
IN SHA ALLAH JIKA KITA YAKIN MATI ITU PASTI
AKAN TIBA SAATNYA AKAN SAMPAI KE GILIRAN KITA
CUMA MASA TAKDIR YANG MENTUKAN
JIKA DAUNAN DI LAUHMAHFUZ YANG TERTULIS ATAS NAMA KITA GUGUR BERERTI TAMAT SUDAH MASANYA KITA BERHIDUP DI MUKA BUMI INI, MOGA KITA DAPAT UCAPKAN SELAMAT TINGGAL KEPADA JASAD KITA YANG PERNAH BERBAKTI KEPADA SELURUH PENGHUNI BUMI DENGAN NIAT IKHLAS KERANA SEMATA MAHU MENDAPAT KEREDHAAN ILAHI ATAS SEGALA KEBAIKAN YANG DIBERIKAN....AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

RAKAN ALAMMAYAMU MERANGKAP SAUDARA SEISLAMMU SAMPAI KUBUR SAMPAI SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIIN.
HAMBA ALLAH YANG SENTIASA FAKIR ILMU DUNIA AKHIRAT,
BANTULAH AKU UNTUK AKU MENGGAPAI JALAN AKHIRAT
BANTULAH AKU JIKA AKU SUDAH BERADA DI ALAM AKHIRAT
DENGAN DOA IKHLASMU KE AKU BOLEH MENYELAMATKAN AKU
DARIPADA AZAB SENGSARA AKHIRAT
HANYA MEMAMAHAMINYA SAJA BISA FAHAM...

RAKAN DUNIA AKHIRATMU
YANG MAHU BERSAMAMU DI KALA SUSAH DAN SENANG BERJUANG
UNTUK BEKALAN AKHIRAT KITA BERSAMA
SEBAB ITU KITA SAMA BERAZAM
GUNAKAN MASA HIDUP SEBELUM MATI
KERANA HIDUP ADALAH MIMPI
MATI ITULAH REALITI MENANTI PASTI
SALAM PERSAHABATAN ALAM MAYA DUNIA AKHIRAT
MAAF ZAHIR BATHIN JIKA KU TERKHILAF BAHASA DALAM BERSASTERA
KERANA DI HATI INI MAHU BERTALISIRATURRAHIM DENGANMU SAMPAI KE KUBUR
SAMPAI KE SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
.................................................................................................
(YANG BERSTATUS HAMBA ALLAH SAMPAI KAPAN PUN)
7 Ramadhan 1434H
16 Julai 2013M

*DUNIAKU SASTERA JADI FAHAMI DAKU IKHLASKAN PERSAHABATAN INI ANDAINYA AKU BERLALU PERGI DARI FBMU MAAFKAN DAKU PERCAYALAH KAU TETAP SAUDARA SEISLAMKU SAMPAI KUBUR SAMPAI SYURGA IN SHAA AALAH AAMIN.
DUHAI RAKAN FBKU DAN GRUP KU
KALIAN ADALAH NADI SASTERAKU
ANDAI KALIAN TAK MEMAHAMI DUNIAKU
NADI SASTERAKU TERSAKITI NAZAK
MAKANYA AKU PERLUKAN DUKUNGAN/SOKONGAN SEIKHLAS HATI DARIPADA KALIAN...
MOGA DAPAT MEMAHAMI DAN MOGA SENTIASA SUDI MEMAAFKAN DAKU.....


WAHAI JIWA YANG TENANG

surat Ar-Rad : 28:
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masukah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).


BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH

Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.

Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin

PETIKAN PAGE KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH, DR TUAH & RATU RIMBA NIAGARA
21 SYAABAN 1436H
8 JUN 2015

Suttan Seghayo Amin yra

Komunitas Sultan & Raja,Keraton/Kedatun dan Kerabat se Nusantara

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
20 SYAABAN 1436H
7 JUNI 2015


UKIRAN DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA UNTUK SEMUA YANG DIKASIHI DAN DISAYANGI DUNIA AKHIRAT SAMADA YANG HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA...SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI ..SEMOGA SEGALA NIAT MURNI DAN DOA YANG DIUKIRKAN DI DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA NIAGARA DIMAKBULKAN ALLAH SWT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

0 comments:

Post a Comment

 
;