Wednesday 16 March 2016

KERANA-MU (195) YA ALLAH BERKATILAH ILMU YANG KAMI PELAJARI DAN SAMPAIKAN AAMIIN


KERANA-MU (195) YA ALLAH BERKATILAH ILMU YANG KAMI PELAJARI DAN SAMPAIKAN AAMIIN


AKU MENULIS KERANA-MU MAHUKAN PANDANGAN-MU YA ALLAH
Telaga Zam Zam Mengucap dua kalimah shahadah bulat masuk surga ya Senang bunyinya kerana ikut ikutan dari hadis mengajuk ayat ayat al quran bulat masuk surga shahadah pun tak habis belajar kut kut kut lah berapa rukun syahadah tentu kamu cakap mana ada rukun nya setakat tulis panjang2 nak bodek allah dan rasul boleh kah macam itu
Rabeah Binti Mohd Ali Kita tidak boleh samakan Allah dengan manusia,...
Continue Reading


ALLAHU AKBAR
Manda Conai to Jom Berbagi Ilmu manfaat sesama.
Assalamualaikum wbt Dunia .Allah Hit Like And Type ALLAH HU AKBAR YA KHALIQ
Like
Comment
Comments
Rabeah Binti Mohd Ali
Write a comment...
TAKDIR-NYA ADALAH YANG TERINDAH
Rashid Kocai with Rashid Kocai.
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang-kadang kita rasa kecewa, sedih, dan terluka. Tapi jauh diatas sana Dia sedang mengatur yang terbaik untuk kita.
Kita merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik untuk kita
SOLAT DAN AMAL KEBAJIKAN HANYA KERANA ALLAH JIKA KERANA MANUSIA AKAN TIADA SEBESAR ZARAH PUN NILAIAN-NYA
TAKDIR-NYA SENTIASA INDAH
hidup sepi tanpa cinta...
Continue Reading
Katsumi Suzika to KITA SEMUA MILIK ALLAH SWT
Jangan abaikan gambar ini tanpa mengetik Subhanallah
Like
Comment

OLDER
Like

YA ALLAH BERKATILAH ILMU YANG KAMI PELAJARI DAN SAMPAIKAN AAMIIN

Azmal Sabri
Yesterday at 5:41am
WAHYU, ILMU LADUNI, FIRASAT DAN KASYAF ?
Hati kalau sudah bersih, pandangannya akan menembusi segala hijab-hijab iaitu tabir alam maddiah (benda). Akan tersingkap hijab-hijab itu dan terbanglah ia ke alam ghaib yang maha luas setakat yang diizinkan oleh Allah Taala. Hati yang benar-benar bersih, di waktu itulah Allah SWT curahkan ke dalamnya perkara atau barang yang berharga dan terlalu bernilai iaitu keimanan, keyakinan, ketaqwaan, hikmah, wahyu, kasyaf, ilmu laduni, firasat dan lain-lain lagi. Huraian, tafsiran atau penjelasan tentang halhal ini akan diperbahaskan secara terperinci, di bawah tajuknya yang tersendiri.
WAHYU
Ia adalah ilmu yang Allah sampaikan kepada rasul-rasul dan nabi-nabi secara terus atau direct. Atau melalui perantaraan malaikat, terus jatuh ke hati mereka, terus dapat dihafal dan tidak lupa buat selama-lamanya. Ianya berlaku tanpa usaha ikhtiar dan tanpa belajar. Inilah mauhibah atau anugerah dari Allah. Wahyu membawa syariat baru, memansuhkan syariat yang sebelumnya.
ILMU LADUNI ATAU ILHAM
Apakah itu ilmu laduni? Ia adalah ilmu yang membawa pengertian atau makna yang baru kepada syariat, bukan membawa syariat baru. Ilmu laduni atau ilmu ilham ialah ilmu yang Allah jatuhkan ke dalam hati para wali-Nya, tanpa melalui proses usaha ikhtiar atau hasil mendengar kuliah daripada guru atau hasil berfikir. Ia terjatuh direct ke dalam hati. Yang mana bila disyarahkan atau dihuraikan, ia jadi satu ilmu atau satu huraian yang sangat ilmiah. Ertinya ia jadi satu ilmu yang sangat bermanfaat. Ilmu yang didapati itu tepat, meyakinkan, logik, memberi kepuasan serta tidak meletihkan otak. Bagaimana pun ia boleh lupa daripada ingatan. Berbeza dengan ilmu hasil belajar, membaca, berfikir atau mentelaah yang cepat menjemukan. Kadang-kadang ianya tidak tepat, tidak meyakinkan atau tidak logik dan meletihkan. Untuk mendapatkannya perlu proses masa yang lama. Ertinya hasil membaca, berfikir setelah faham baru dapat ilmu.
Kalau begitu ilmu laduni atau ilmu ilham bukan membawa syariat yang baru. Ia membawa makna atau tafsiran yang baru, yang sesuai dijadikan tindakan dan penyelesai masalah untuk zamannya atau makna yang tertentu, khusus untuk orang itu. Mengapa pula ilmu ilham atau ilmu laduni ini dikatakan sebagai penyelesai masalah sesuai dengan zamannya dan bukan untuk semua zaman? Kalau saya hendak misalkan ilmu Allah itu yakni ilmu Al Quran atau Sunnah Rasul, yang maha luas dan tidak berkesudahan itu diibaratkan sebagai khazanah lautan, setiap orang yang mencari khazanah lautan itu insya-Allah dapat sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya dan juga untuk orang lain. Apa yang diperolehi oleh setiap orang itu mungkin tidak sama di antara satu sama lain. Mungkin ada yang dapat kerang atau ada yang dapat ikan sahaja. Orang yang dapat ikan pula mungkin tidak sama jenisnya. Ada yang dapat ikan yu, ada yang dapat ikan pari, ikan kembung dan sebagainya. Ada juga yang dapat minyak, mutiara, batu karang dan lain-lain lagi.
Bagi orang yang tidak faham, dia akan mengatakan kepada orang yang dapat batu karang: “Awak ni tak dapat apa-apalah! Saya dapat ikan. Inilah khazanah lautan yang sebenar. Awak ni dapat batu karang dari hutan mana?” Tapi bagi orang yang dapat batu karang menyangka mereka yang dapat ikan itu bukan dari khazanah laut. Akhirnya berlakulah tuduh-menuduh. Sebenarnya kerang dan ikan sama-sama khazanah laut, tetapi oleh kerana masing-masing kurang ilmu, maka masing-masing menganggap apa yang mereka dapat itulah sebenarnya dari laut. Yang lain bukan dari laut. Lebih-lebih lagi orang yang dapat minyak, tentulah mereka lebih sombong lagi dan menuduh orang-orang yang dapat benda-benda lain tidak dianggap dari khazanah laut. Oleh itu bagi orang yang faham tentang laut, ia tidak jadi masalah. Semua yang disebut itu adalah khazanah lautan. Cuma keperluan saja yang tidak sama. Ikan untuk dimakan. Kalau minyak untuk enjin dan batu karang pula untuk hiasan dan begitulah seterusnya.
Jadi, orang yang dikurniakan ilmu laduni atau ilmu ilham ini adalah orang yang mendapat khazanah dari lautan ilmu Allah. Ada macam-macam ilmu dan setiap sesuatu ilmu itu mempunyai banyak pengertian dan tafsirannya. Jadi Allah memberi pengertian dan tafsiran satu-satu ayat sesuai pada seseorang itu untuk menyelesaikan masalah di zamannya atau keperluan seseorang itu. Perkara itu pula kebanyakannya bukan pengertian mengenai hukum-hakam kerana soal itu sudah tetap dan tidak berubah untuk setiap zaman kecuali perkara khilafiah. Sebaliknya ilmu laduni ini kebanyakannya mengenai penghuraian, falsafah, didikan, hal semasa, metod dan kaedah sahaja. Perkara-perkara ini boleh berubah.
Jika ilmu wahyu disampaikan kepada rasul atau nabi, ilmu laduni atau ilmu ilham pula Allah kurniakan kepada para wali dan orang-orang soleh. Ilmu wahyu adalah syariat baru yang memansuhkan syariat yang diamalkan sebelumnya manakala ilmu laduni akan membawa tafsiran atau makna baru kepada ilmu wahyu itu, sesuai untuk zamannya atau orangnya. Ilmu wahyu tidak dilupakan tetapi ilmu laduni atau ilham mudah dilupakan oleh orang yang menerimanya. Kalau yang menerima ilmu wahyu itu adalah rasul maka wajib ianya disampaikan tetapi kalau dia seorang nabi, maka tidak wajib menyampaikannya. Sedangkan ilmu laduni elok disampaikan kerana ia akan dapat menyelesaikan masalah-masalah semasa yang sedang dihadapi oleh masyarakat, sesuai untuk zamannya. Atau untuk mengetahui hikmah atau pengajaran sesuatu hukum itu.
Kalau ilmu wahyu ditolak, automatik seseorang itu akan jatuh murtad atau kafir dan di Akhirat akan terjun ke Neraka serta kekal selama-lamanya. Sebaliknya kalau menolak ilmu laduni atau ilmu ilham, tidak menjadi kafir tetapi akan menghilangkan barakah dan tertutup pintu bantuan Allah. Mungkin ada orang yang akan menolak pendapat ini tentang ilmu laduni ini dan payah untuk menerimanya terutamanya:
1. Orang yang tidak percaya adanya ilmu laduni atau ilham di dalam Islam.
2. Seseorang yang tidak ada ilmu ini dan tidak ada pengalaman mengenainya, sekalipun dia mempercayainya.
3. Seseorang yang tahu mengenai ilmu ini tetapi kerana hasad dengki, dia tidak senang dengan orang yang mendapat ilmu ini, maka dia pun buat-buat menolaknya, sedangkan hatinya membenarkan.
Apa bukti ilmu laduni atau ilmu ilham ini wujud? Buktinya, adalah berdasarkan hujah berikut:
PERTAMA: Hujah naqli (nas)
1. Hujah Al Quran
Dalam Al Quran ada dalil yang kuat sebagai bukti kewujudan ilmu ini. “Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan ajar kamu.” (Al Baqarah: 282) Dalam ayat ini jelas Allah memperkatakan tentang orang-orang bertaqwa yang bersih daripada sifat-sifat mazmumah, Allah akan beri ilmu secara wahbiah, tanpa usaha ikhtiar, tanpa belajar atau berguru.
2. Hujah Hadis
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu.” (Dikeluarkan oleh Abu Nuaim) Inilah buktinya. Ertinya ilmu yang telah sedia ada itu akan bertambah bila diamalkan. Yakni ia akan dapat ilmu baru hasil dipraktikkan ilmu itu. Proses ini juga berlaku secara wahbiah.
Inilah yang dikatakan ilmu laduni atau ilmu ilham yang mana Allah pusakakan melalui tiga cara:
i. Ilmu itu Allah jatuhkan terus ke dalam hati.
ii. Adakalanya Allah tayangkan ilmu itu yang boleh dilihat seolah-olah melihat skrin TV. Sedangkan orang lain yang ada bersama-sama dengannya ketika itu tidak dapat melihatnya.
iii. Atau mungkin mendengar suara yang membisikkan ke telinganya tetapi tidak nampak rupa makhluknya. Inilah yang dikatakan hatif. Mungkin suara ini suara malaikat, jin yang soleh atau wali-wali Allah.
KEDUA: Bukti Sejarah
Banyak kitab dahulu menceritakan bagaimana pengalaman salafussoleh, ulama-ulama besar dan pengarang-pengarang kitab sendiri yang mendapat ilmu-ilmu laduni ini. Ada kitab-kitab karangan ulama muktabar yang menunjukkan pengarangnya mendapat ilmu laduni. Di antara ulama yang memperolehi ilmu laduni atau ilmu ilham ini di samping ilmu melalui usaha ikhtiar ialah imam-imam mazhab yang empat, ulama-ulama Hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, ulama-ulama tasawuf seperti Imam Al Ghazali, Imam Nawawi, Imam Sayuti, Syeikh Abdul Kadir Jailani, Junaid Al Baghdadi, Hassan Al Basri, Yazid Bustami, Ibnu Arabi dan lain-lain lagi.
1. Imam Al Ghazali
Umurnya pendek sahaja iaitu sekitar 54 tahun. Beliau mula mengarang selepas sahaja habis bersuluk di kubah Masjid Umawi di Syam (Syria). Umurnya waktu itu sekitar 40 tahun. Ertinya dalam hidupnya dia mengarang sekitar 14 tahun. Dalam waktu yang pendek ini dia sempat mengarang 300 buah kitab yang tebal-tebal, yang bermacam-macam jenis ilmu pengetahuan termasuklah kitab yang paling masyhur iaitu Ihya Ulumuddin, kitab tasawuf (dua jilid yang tebal-tebal) dan Al Mustasyfa (ilmu usul fiqh yang agak susah difahami).
Cuba anda fikirkan, bolehkah manusia biasa seperti kita ini menulis sebanyak itu. Walau bagaimana genius sekalipun otak seseorang itu, tidak mungkin dalam masa 14 tahun boleh menghasilkan 300 buah kitab-kitab tebal, kalau bukan kerana dia dibantu dengan ilmu laduni yakni ilmu tanpa berfikir, yang terus jatuh ke hati dan terus ditulis. Dalam pengalaman kita kalau ilmu hasil berfikir dan mengkaji, sepertimana profesor-profesor sekarang, dalam masa empat tahun baru dapat membuat satu tesis di dalam sebuah buku. Kalau satu buku mengambil masa empat tahun, ertinya kalau 14 tahun dapat tiga buah buku. Terlalu jauh bezanya dengan Imam Ghazali yang mencapai 300 buah buku itu.
2. Imam Sayuti
Umurnya juga pendek, hanya 53 tahun. Beliau mula mengarang sewaktu berumur 40 tahun dan dapat menghasilkan 600 buah kitab. Dalam masa hanya 13 tahun dapat menghasilkan sebegitu banyak kitab. Ertinya dia dapat menyiapkan sebuah kitab setiap dua minggu. Kitabnya itu pula tebal-tebal dan tinggi perbahasannya dalam bermacam-macam jenis ilmu. Antara kitabnya yang terkenal Al Itqan fi Ulumil Quran, Al Hawi lil Fatawa (dua jilid), Al Jamius Soghir (mengandungi matan-matan Hadis), Al Ashbah wan Nadzoir, Tafsir Jalalain, Al Iklil dan lain-lain lagi. Kalaulah beliau menulis atas dasar membaca atau berfikir semata-mata, tentulah tidak mungkin dalam masa 13 tahun da-pat menulis 600 kitab atau tidak mungkin dalam masa hanya dua minggu dapat tulis sebuah kitab. Inilah ilmu laduni. Tidak hairanlah hal ini boleh berlaku kerana dalam kitab Al Tabaqatul Kubra karangan Imam Sya’rani ada menceritakan yang Imam Sayuti dapat yakazah dengan Rasulullah sebanyak 75 kali dan dia sempat bertanya tentang ilmu dengan Rasulullah.
3. Imam Nawawi
Beliau adalah antara ulama yang meninggal sewaktu berusia muda, iaitu 30 tahun. Beliau tidak sempat berkahwin tetapi banyak mempusakakan kitab-kitab karangannya. Di antara yang terkenal ialah Al Majmuk yakni kitab fekah. Kalau ditimbang berat kitab itu lebih kurang 3 kilogram, yakni kitab fekah yang sangat tebal. Selain itu termasuklah kitab Riadhus Solihin, Al Azkar dan lain-lain lagi. Untuk mengarang kitab Al Majmuk saja kalau ikut kaedah biasa yakni atas dasar kekuatan otak, tidak mungkin dapat disiapkan dalam masa dua atau tiga tahun. Mungkin memakan masa 10 tahun. Ini bererti dia mula mengarang semasa berumur 20 tahun. Biasanya di umur ini orang masih belajar lagi. Tetapi di usia semuda itu Imam Nawawi mampu mengarang bukan saja Al Majmuk, tetapi turut mengarang kitab-kitab besar yang lain. Ini luar biasa! Biasanya orang jadi pengarang kitab di penghujung usianya. Ini membuktikan selain dari cara belajar, ada ilmu yang Allah pusakakan tanpa belajar, tanpa usaha ikhtiar dan tanpa berguru. Itulah dia ilmu laduni atau ilmu ilham.
Sesudah kita mengkaji kemampuan ulama-ulama dahulu, kita lihat pula ulama-ulama sekarang ini dan cuba kita bandingkan. Berapa banyakkah buku-buku atau kitab yang telah ditulis oleh mereka sekalipun setelah mereka ada PhD? Oleh itu, jika ulama-ulama dulu mampu menulis kitab-kitab yang banyak dan tebal-tebal dalam masa yang singkat tentulah ianya bantuan Allah yang luar biasa melalui ilmu laduni atau ilmu ilham yang bersifat wahbi di samping ilmu kasbinya. Jelaslah sekarang ini sudah tidak ada lagi ulama yang dapat ilmu laduni. Ini kerana kita semua sudah bersalut dengan cinta dunia dan berkarat dengan mazmumah. Lihatlah zaman sekarang ini, susah untuk kita dapati ulama yang mengarang buku atau kitab. Mereka tidak mampu mengarang kerana kekeringan minda, sibuk dengan dunia, di samping perlu menggunakan otak, berfikir, membaca, banyak mentelaah dan kena banyak reference yang tentunya memakan masa yang lama. Ini semua membosankan dan meletihkan, banyak ambil masa serta tidak cukup masa. Mereka tidak dapat pula ilmu melalui saluran ilham. Maka inilah rahsia kenapa ulama sekarang tidak menulis atau kurang menulis.
FIRASAT
Firasat ialah perasaan atau gerakan hati yang benar atau tepat kerana mendapat pimpinan dari Allah. Sabda Rasulullah: “Takutlah olehmu firasat oran mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah.” (Hadis Riwayat At Tarmizi)
Jika hati kotor, syaitanlah yang mengisinya yakni jahat sangka, keraguan dan lain-lain lagi.
Apa itu kasyaf? Kasyaf ertinya ‘singkap’ yakni tabir-tabir jadi penghalang atau yang jadi hijab pada mata batin untuk melihat alam ghaib atau rohaniah itu, Allah singkapkan. Allah buka dan perlihatkan. Tabir-tabir penghalang itu adalah sifat-sifat mazmumah. Apabila tabir-tabir mazmumah itu sudah terangkat, maka hatinya jadi celik dan terang-benderang, putih bersih. Sehingga mata mampu melihat makhluk-makhluk Allah yang pelik-pellik di alam yang bukan alam benda atau material itu seperti melihat alam jin, malakut dan alam barzakh. Juga dapat melihat sifat batin manusia yakni seseorang itu berperangai seperti kuda, maka rupa orang itu seperti kuda. Kalau berperangai anjing, orang itu berupa anjing. Allah perlihatkan hakikat orang itu.
Abdul Rauf Anuar Terima kasih saudara Azmal Sabri atas penerangan yang cukup panjang dan padat dengan informasi. Jazakallahu Khairan Kasiraa..
AKU MENULIS KERANA-MU MAHUKAN PANDANGAN-MU YA ALLAH
Telaga Zam Zam Mengucap dua kalimah shahadah bulat masuk surga ya Senang bunyinya kerana ikut ikutan dari hadis mengajuk ayat ayat al quran bulat masuk surga shahadah pun tak habis belajar kut kut kut lah berapa rukun syahadah tentu kamu cakap mana ada rukun nya setakat tulis panjang2 nak bodek allah dan rasul boleh kah macam itu
Rabeah Binti Mohd Ali Kita tidak boleh samakan Allah dengan manusia,
menulis untuk mendapat pandangan manusia itu bodek
tak sama menulis untuk pandangan Allah...
jika menulis panjang berjela tapi tidak mendapat pandangan Allah itu sia-sia samada diterima atau tidak itu rahsia Allah kita sebagai hambaNya hanya berharap agar diterimaNya
sentiasa bersangka baik dengan Allah
percaya setiap yang baik datang dariNya
yang khilaf itu atas kejahilan sendiri...
kita akan sentiasa berusaha untuk tabah melakukan
amalan soleh dalam kebajikan sekalipun tidak disenangi mereka yang merasakan dirinya sempurna bijak dalam berilmu mengatasi orang lain.
Telaga Zam Zam Rabeah binti mohd ali saka sangat bercerta masuk surga ada kah berkongsi dengan allah pembuat surga tu
Rabeah Binti Mohd Ali bercerita tentang Syurga pun nak sakit hati ...
jika kita rasakan diri kita baik sangat orang lain semua tak layak bicara tentang Syurga apatah lagi bercita masuk Syurga...siapa kita? kita bukan Tuhan untuk menghukum...kita adalah hambaNya yang bakal bergelar jenazah dimana semua rahsia tentang roh ke Syurga atau neraka hanya Allah SWT yang tahu...maka tundukkan keegoaan kita sebagai hambaNya.
Telaga Zam Zam Soal nya bukan sakit hati ini bolih pembaca yang besangka sangka dengan mudah nya masuk surga dan cukup sekadar yang ada sekarang secara sengkat untuk mengenal jalan menuju arahnya lman lslam tauhud makrifah lman percaya ilmunya usulludin atau sipat 20 islam ilmunya pekah ibadah munakahah muamalah dan jenayah dalam hubungan sesama manusia Tauhid hubungan manusia dengan Allah Makrifah hubungan Allah dengan manusia kamu becakap semuanya hubungan sesama manusia berapa jauh kah lagi nak kesurga Bila kamu ada makrifah baru Allah tunjukkan pada kamu surga minta maaf ya jangan marah
WALI ALLAH RAHSIA ALLAH.
Wali itu wujud di dunia ini
siapa pun tidak tahu
jika diri sendiri mengaku wali Allah
atau orang lain mengatakan dia wali Allah
sebenarnya sudah tertipu dengan diri sendiri
jika hendak tahu diri sendiri wali atau tidak
tunggulah selepas mati
baru tahu jawapannya
jika tahu jawapannya
tidak akan dapat diketahui oleh orang yang hidup
sebab itu rahsia Allah....
di sini kita bincangkan yang bersangkutan ilmu laduni
bukan mengenai wali Allah
yang saya kesalkan
laman yang indah ini
sudah bertukar menjadi
bahan lawak kata mengata
yang tiada penghujungnya
akhir sekali
akan timbul berpecahan sesama ahli
lantaran sakit hati bila kata mengata
majlis ilmu sudah bertukar
menjadi perbalahan
yang amat menjengkelkan
dalam perbahasan yang saling hendak
menang bila bicara
kita di sini nobatkan dia sebagai juara
perdebatan ...
siapa yang menang perdebatan
diucapkan tahniah
kerana bijak membahaskan
topik Ilmu Laduni
untuk tiket ke Syurga
tak kira siapa
semuanya boleh masuk Syurga
andai seluruh manusia
dari zaman Nabi Adam as sehingga ummat nabi Muhammad saw
dimasukkan ke Syurga
masih ada ruang lagi
maha luas-Nya Syurga
Masya-Allah,
cumanya untuk menjadi penghuni Syurga
syaratnya mesti menjadi kekasih Allah...
dengan sifat kita yang mazmumah (jahat)
pasti tak layak menjadi kekasih Allah,
tapi selagi ada peluang hidup
kita berusaha untuk menjadi kekasih Allah,
tanpa orang tahu bagaimana usaha kita
amalan kita hanya disaksikan oleh Allah kerana
banyak macam mana pahala kita
Allah sahaja yang dapat menilainya
orang lain tak akan tahu walaupun yang empunya diri
jadi kita bukan wali
wali rahsia Allah,
cuma kita berusaha mahu menjadi Kekasih Allah...
sebab itu juga Allah tidak mengira bermulanya kamu
Allah mengira berakhirnya kamu
moga kita hidup dan mati dalam khusnul khotimah
dapat mengucap dua kalimah syahadah
itu sudah berharga dari alam dan seisinya
Insya-Allah AAmiin.
dengan harapan penuh harap
kita dapat berkumpul bersama-sama
dapat memandang Wajah Allah Azzawajallah
berdekatan dengan Rasulullah,
Insya Allah. AAmiin.
.....................................................................................
aku hamba Allah seperti kamu juga
yang bercita-cita menjadi kekasih Allah,
Syurga ditempatkan hanya untuk kekasih Allah sahaja.
15 Rejab 1436H
4 Mei 2015
LIHATLAH LADANG KARYAMU SAUJANA MATA MEMANDANG!
Aku suka berladang
ladangku luas
seluas saujana mata memandang
Aku puas dengan hasil usahaku
aku tak gunakan jentera apa-apa
untuk mengusahakan ladang
aku hanya berbekalkan
semangat
cita-cita
dan harapan
Untuk menjayakan ladangku yang luas inilah
kugunakan cangkul
cangkul yang matanya hari-hari kuasah
bagi tajam agar senang aku menyangkul
Nak pikir dari segi logik
emangnya tak logik
tak masuk akal
bagi orang yang barakal
mana bisa hanya berbekalkan cangkul boleh mengusahakan
sebuah ladang yang terbentang luas
bersendirian
kesendiriaan
berhujan
berpanas
dihina
dijelekkan
yang ada kejian dan cacian
hingga kering air mataku
Berhujan kek
berpanas kek
ribut angin topan kek
apa kek lah
sampai tak ada kek lagi
setiap hari aku menyangkul
cangkul...cangkul...cangkul...
cangkul tanpa mengenal arti capek
jemu dan berputus asa
Semuanya bilang aku ini gila
ketawakan aku
segala usahaku tak akan jadi realiti
menjadi bahan ketawa
karna anganku yang tak masuk akal
Lalu ku tanya dunia
duhai dunia ...adakah kau sudi mendukung usahaku
satu dunia geleng kepala
satu dunia tak akan membantumu duhai cangkul
dunia hanya mampu ketawakan bila cangkulmu tumpul
dicangkulkan juga sepenuh daya
pasti tak menjadi usahaku bertanam di ladangku
Lalu ku tanya bumi
duhai bumi
bisakah kamu mendukung perjuanganku
bisa duhai cangkul
aku diutuskan oleh Tuhanku
untuk membantumu
karena kau berusaha sedaya upaya menggunakan cangkul
mengusahakan ladang yang luas
tengok tu ...
ladang karyamu seluas-luasnya
dan ladang karyamu sudah pun berhasil
sudahpun dipetik hasilnya
oleh jutaan pembaca ladang karyamu ...
mereka semua suka
mereka terharu
syahdu
merasai hasil tanaman karyamu
setelah makan hasil tanaman karyamu
lagi dimakan lagi tak jemu
sebagaimana kamu berkarya
lagi berkarya lagi banyak ide
kamu berbagi pada semua
tanpa mengira keuntungan duniawi
Makanya kau jangan bilang kau
akan tewas atas usahamu menyediakan
ladang karya nan luas ini
biarpun pada pandangan mereka
tiada mendatangkan hasil duniawi untukmu
anggaplah itu kata-kata orang-orang yang mendengki
apabila dia mendengki
dia dengkikan kamu
karna dia nggak bisa
berkarya berbakti pada manusia
sebab Allah tak ijinkan mereka berkarya
Allah ijinkan kamu berkarya
karna kamu bukan pentingkan keuntungan duniawi
yang kamu mahu ladang karya kamu luas dan hasilnya
adalah untuk anak cuu nusantara
Percayalah Allah redho hasil usahamu
janganlah bimbang percayalah yakinlah
Allah sentiasa bersama orang yang suka berbuat kebaikan
Cangkul yang kau gunakan
untuk mengusahakan ladang karyamu itu
akan menjadi saksi
di hari kematianmu
menyangkul bumi
dari Allah kau datang
dari Allah kau dikembalikan
Allah yang hidupkan
Allah yang mematikan yang hidup
Cangkulmu pasti akan tersenyum,
'Sehingga akhir nafasku aku berbakti denganmu duhai manusia
Sekarang kau kukebumikan
Selamat tidur dalam pelukan bumi
Selamat tidur di Taman Syurga
Selamat tidur Bidadari Syurga
Selamat menikmati suasana Syurga hingga hari Qiamat
kau akan dibangunkan agar dapat melihat wajah Tuhan
yang Menciptakan kamu bersama-sama dengan hamba-hamba
pilihan-Nya'
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
CETUSAN IDE DARIPADA RUBIANTO TANOTO ,'CANGKUL'
22 Syaaban 1434H
1 Julai 2013
Dania Zahro, Achmad Rafli and 9 others like your post in Jom Berbagi Ilmu manfaat sesama.: "Janganlah kamu berperasangka kerana..."
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN BAHAGIA UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI
KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
"SALAM MAAL HIJRAH & MUHARRAM 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
Maharaja Kutai Mulawarman's photo.
Maharaja Kutai Mulawarman with Muhammad Isma Asri and 5 others.
September 30, 2015
Napasmu Menghembus di 5 Benua Mengukir untaian Kata Seribu Makna Kujulang Tinggi Rasa Terima Kasih Kepada Sang Ratu Rimba Niagara Yang Disanjung Sebagai Ibunda Pemilik Jiwa Yang Iklas Berjuang dengan Kasih Sayang Dan Cinta..........................................
Comments
Rusli Saleh lebat sungguh ceri di lembah
pulau pauh di tngah lautan
hebat sungguh Ratu Rimba Niagara
merantau jauh ke Kalimantan, ,(,salut,,dgn saudari)
Ratu Rimba Niagara Terima kasih sahabatku Rusli Saleh yang tak jemu memberi sokongan kepada hamba untuk terus bersastera.
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
8 JAMADILAKHIR 1437H
17 MAC 2016

0 comments:

Post a Comment

 
;