Monday, 22 August 2016

HIDUP SATU PERJUANGAN (191) BERKIBARLAH JALUR GEMILANGKU PENUH MEGAH DAN BANGGA




HIDUP SATU PERJUANGAN (191) BERKIBARLAH JALUR GEMILANGKU PENUH MEGAH DAN BANGGA
Azman Akr Bsp kemas kini gambar profil beliau.
Suka
Komen

    Azman Akr Bsp telah mengemaskini kulit fotonya.
    SukaTunjukkan lagi reaksi
    Komen
    Azman Akr Bsp telah mengemaskini kulit fotonya.
    SukaTunjukkan lagi reaksi
    Komen
    Azman Akr Bsp kemas kini gambar profil beliau.
    Suka
    Komen
    Komen
    Rabeah Binti Mohd Ali BERKIBARLAH DENGAN RASA BANGGA DAN MEGAH JALUR GEMILANGKU! SALAM KEMERDEKAAN KE 59th DARIKU UNTUKMU YANG TERCINTA!
    SukaBalasan2 jam
    Rabeah Binti Mohd Ali KULAUNGKAN MERDEKA SENDIRIAN

    Setiap kali merdeka
    kulaungkan merdeka sendirian
    kulaungkan di teratakku 
    di kelilingi ke enam-enam gambar Perdana Menteri Malaysia...
    di seluruh dinding teratakku
    di penuhi bendera jalur gemilang
    setiap kali detik 12 malam 31 Ogos setiap tahun 
    kulaungkan merdeka sebanyak 7 kali...
    bendera di dinding teratakku berkibar megah
    apabila kulaungkan merdeka
    kulaungkan sepenuh hati penuh syahdu
    kubayangkan ketika kulaungkan 
    ke enam-enam perdana menteri 
    yang telah berjasa pada Malaysia...
    melaungkan bersamaku...
    mereka bergandingan tangan
    sambil menitiskan air mata syahdu

    Terima kasih Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman...
    Terima kasih Bapa Perpaduan Tun Abdul Razak...
    Terima kasih Bapa Patriotisme Tun Hussein Onn
    Terima kasih Bapa Pemodenan Tun Mahathir Muhammad...
    Terima kasih Bapa Minda Kelas Pertama Tun Abdullah...
    Terima kasih Bapa Transformasi Rakyat 1Malaysia Dato' Seri Najib..

    Syukur Alhamdulillah dengan Izin-Nya jua kutelah berjaya
    mengarangkan buku teristimewa ke enam-enam 
    Perdana Menteri Malaysia untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia
    yang menghargai jasa ke enam-enam Perdana Menteri Malaysia

    Jasamu duhai ke semua Perdana Menteri Malaysia
    tak dapat kami balas 
    moga Allah SWT saja yang dapat membalas-Nya
    dengan balasan Syurga Insya-Allah Aamiin.

    Walaupun sendirian kulaungkan merdeka...
    tapi kurasakan 
    aku paling bahagia
    kerana aku tak kesendirian...
    teratakku berdekatan persisir pantai...
    merdeka yang kulaungkan bergema di seluruh pantai
    Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka! Merdeka!
    Ahh!! Bahagia tanpa penghujung
    Syukur Alhamdulillah
    Negaraku telah 59th merdeka...

    Karya Ratu Rimba Niagara,
    11 Zulkaedah 1437H
    13 Ogos 2016.
    SukaBalasan1 jam
    Rabeah Binti Mohd Ali SALAM KEMERDEKAAN KE-59th MALAYSIA TERCINTA!

    SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN BUAT MALAYSIA TERCINTA

    Salam Kemerdekaan Malaysia Tercinta,
    Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
    Tersenyum megah penuh bangga,
    Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

    Kau tak pernah kenal erti kalah,
    Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
    Di mana pun berada kau berkibar megah,
    Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

    Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
    Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
    Semangat rakyatnya terus membara-bara,
    Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

    Salam Kemerdekaan untuk Datuk Seri,
    Semoga hidupmu penuh keberkatan;
    Jasamu sentiasa mewangi di hati,
    Perjuangan terdahulu masih diteruskan.

    Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
    Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
    Membela nasib rakyat di mana saja berada,
    1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

    1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
    Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
    Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
    Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
    Sehati senada sejiwa saling memahami,
    Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

    Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
    Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
    Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
    Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
    Yang difikirkan keamanan negara ini,
    Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

    Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
    Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
    Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
    Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

    Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
    Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
    Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
    Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
    Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
    Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

    Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
    Buat Negaraku Malaysia tercinta:
    Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
    Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

    Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-58 ini kuberjanji,
    Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
    Moga kau tidak akan disakiti lagi,
    Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

    Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
    Moga kau sentiasa gembira selalu;
    Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
    Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2015
    (Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
    Malaysia Ke-58 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2015)
    (BERSEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-58 MALAYSIA TERCINTA.
    (DISIARKAN PUISI SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE- 58 ISTIMEWA UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA TERCINTA BERSAMA KITA MENCINTAI MALAYSIA AGAR TERUS KEKAL MERDEKA UNTUK DIWARISKAN KEPADA ANAK CUCU TERCINTA)

    'SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH
    DUNIA '

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
    Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
    Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
    Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
    202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
    16 Zulkaedah 1436H
    31 Ogos 2015

    SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
    'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI HUJUNG NYAWA!
    ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
    'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA,
    UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 69 , HARI KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O15, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2015 DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2015'

    KH. Abdullah Gymnastiar
    ·
    Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terima kasih atas sebesar apapun amal kita

    PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
    TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
    19 ZULKAEDAH 1437H
    22 OGOS 2016

    Murba Terpinggir
    Semalam pada pukul 6.30 pagi

    KEMENANGAN YANG TERTANGGUH

    Kita tidak kalah
    cuma belum menang
    kemenangan yang tertangguh
    bakal dituai dimasa mendatang.

    MURBA TERPINGGIR
    Kuala Lumpur.
    SukaBalasan1 jam
    Rabeah Binti Mohd Ali TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'DINDA SRI KANDI SENOPATI PEREMPUAN'

    Dinda Sri Kandi,.........................
    coba kau bentang busur mu,.....
    mari Kanda ajari memanah............
    ...(dalam untaian takdirnya ia adalah senopati perempuan)

    Dinda Sri Kandi,.........................
    inilah saat kita ke tengah palagan,
    berperanglah dengan gagah brani
    meski perempuan Dinda adalah Senopati......

    Kanda akan selalu ada di samping mu,......
    dengan ribuan anak panah dan busur sakti ini,
    Kandapun akan berperang bersama mu dan akan
    melindungi mu dengan sgala kesaktian dan kadigjayaan ku, ayo jangan ragu,......................

    LAKSAMANA MAS,-
    · 
    IBU PERTIWIMU IBU PERTIWIKU

    Kanda Laksamana Mas
    Di segenap penjuru
    Ke mana dinda berada
    Ribuan anak panah
    Bersiap sedia dilepaskan
    Keseluruh tubuh dinda
    Hinggakan dinda rasakan
    Dunia ini tiada yang selamat
    Untuk dinda bersembunyi

    Jika salah satu anak panah itu
    Terkena ke jantung dinda
    Ketika berdetak kencang
    Dalam bara api perjuangan yang meledak
    Dinda sudah bersedia ke arah itu
    Karena ini adalah jalan yang dinda pilih
    Jalan yang seiring kehendak rakyat Nusantara tercinta
    Rela dinda pertaruhkan airmata, darah dan nyawa
    Demi ibu pertiwimu dan ibu pertiwiku tercinta

    Jika kehadiran kanda sudah terlambat
    Untuk bersama dinda menghadapi musuh durjana
    Atas kesibukan kanda itu...
    Dinda amat memahaminya

    Setidak-tidaknya kanda sudi
    Melindungi dinda dengan segala kesaktian yang ada
    Pada kanda...

    Moga di hari kematian dinda nanti...
    Jangan sekali diratapi
    Dengan airmatamu kanda

    Tapi kirimkan doamu untukku kanda...
    Kunantikan doamu di tugu
    Ibu pertiwimu ibu pertiwiku

    Dan bawalah anak panah dan busur sakti
    Dan letakkan di kuburanku nanti
    Sebagai lambang kau menghargai
    Jasa baktiku pada ibu pertiwimu!

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    24 Mei 2012

    Laksamana Mas dinda Ratu Rimba Niagara, nun injih,....ketulusan dan keihklasan pada sbuah pemahaman yang seperti yang sangat kanda rakan2 butuhkan dalam tugas ini,...Och,...untaian kata2 dinda adalah dian yang tak kan pernah padam dalam jiwa kami,.........tidak banyak yang kami butuhkan selain doa dan pengertian,................mungkin hari ini apa-apa yang kami lakukan belum bisa dimengerti dan dipahami,...tapi sebentar lagi ia ibarat purnama yang hadir seketika di saat gelap gulita,.....amin,.....salam hormat ku untuk seluruh penghuni Rimba Niagara,......nuwun...

    Laksamana Mas ralat ; yang sperti itu yang sangat kanda dan rakan2....butuhkan,...
    Ratu Rimba Niagara Aamin Terima kasih kanda...karena sudi menghargai karya dinda...berkat perkenalan kita yang tanpa dirancang semuanya atas kehendak Ilahi....kita saling memberi dukungan dalam sebuah perjuangan suci yang takkan pernah jemu dan ada sangsi pun melainkan ingin berbakti pada ibu pertiwi tanpa mengharapkan balasan. Moga kanda terus mencurahkan baktimu selagi daya demi ibu pertiwimu dan sebuah senyuman anak cucu rumpun nusantara.

    Laksamana Mas Dinda Ratu Rimba Niagara , Injih..amin..nuwun..

    (PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA NIAGARA RATU PUJANGGA CINTA 5 BENUA)
    21 September 2013.
    Rabeah Binti Mohd Ali SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN

    Tersebutlah kisah seorang putera,
    Tunku Abdul Rahman diberi nama;
    Dikasihi semua rakyat jelata,
    Baik budinya tidak terkira.

    Menyayangi rakyat sepenuh hati,
    Perjuangannya tidak pernah terhenti;
    Disambung oleh pemimpin terkini,
    Cintakan perjuangan tidak bertepi.

    Sokongan rakyat Tunku gembira,
    Rela berkorban harta dan nyawa;
    Demi kerana negara tercinta,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.

    Bersama Tun Razak Tunku ke London,
    Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
    Penat dan lelah tidak dihiraukan,
    Asalkan pulang membawa kejayaan.

    Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
    Disambut penuh dengan kegembiraan;
    Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
    Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

    Tunku laungkan merdeka penuh membara,
    Rakyat menyambut laungan membara-bara;
    Demi kerana negara merdeka,
    Untuk diwarisi rakyat jelata.

    Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
    Penuh dengan penat dan lelah;
    Walaupun tiada pertumpahan darah,
    Agar generasi dapat berteduh.

    Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
    Pertahankan negara tanpa jemu;
    Rakyat aman sudahlah tentu,
    Generasi mendatang mendapat restu.

    Tanpa diduga komunis bertandang,
    Menceroboh masuk terus meradang;
    Tunku memikir merasa bimbang,
    Keselamatan negara tidak tergoyang.

    Tunku berbincang secara aman,
    Dengan Chin Peng membuat keputusan;
    Komunis berundur dengan aman,
    Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

    Jepun menyerang ke negara kita,
    Ingin berkuasa merebut tahta;
    Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
    Makan dan minum berair mata.

    Sana sini mayat bergelimpangan,
    Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
    Asalkan hati penuh kepuasan,
    Kerana hati bertuhankan syaitan.

    Para perajurit ramai terkorban,
    Mempertahankan negara habis-habisan;
    Nyawa di badan jadi taruhan,
    Asalkan negara menjadi aman.

    Perajurit dibantu tentera Inggeris,
    Jepun terus bermuka bengis;
    Berlawan mereka terus menerus,
    Gugurnya perajurit terus ditangis.

    Pergilah perajuritku dengan aman,
    Perjuanganmu menjadi kenangan;
    Kau gugur dalam kemenangan,
    Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.

    Jepun mengalah lalu berundur,
    Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
    Sudah terlambat Jepun nak sedar,
    Rakyat mereka ramai yang gugur.

    Tunku hargai jasa perwira,
    Pertahankan negara ke hujung nyawa;
    Rakyat juga amat berbangga,
    Kerana jasamu rakyat terbela.

    Tungku memerintah penuh berhati,
    Rakyat hidup bersatu hati;
    Ke mana pergi Tunku dihormati,
    Pengorbanamu Tunku terus diingati.

    Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
    Memerdekakan negara demi keamanan;
    Agar generasi turut pertahankan,
    Menjadi warisan sejak berzaman.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2011

    Jamhuri Abd Rahman likes this.

    (PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA NIAGARA RATU PUJANGGA CINTA 5 BENUA)
    26 Disember 2011

    KARYA SASTERA DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA KE 59th BAGI MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA (31 OGOS 1957-31 OGOS 2016)
    SukaBalasan1 jam
    Rabeah Binti Mohd Ali RAKYAT MALAYSIA BERJIWA PATRIOTIK KUSANJUNGIMU

    Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
    Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
    Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.

    Salam Kemerdekaan Ke-54 & Salam Hari Malaysia Ke-48 dariku untukmu
    dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
    Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tungku Abdul Rahman
    Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
    diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
    Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
    Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .

    "Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
    Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"

    Karya Ratu Rimba Niagara
    22 Ramadhan 1432H
    22 Ogos 2011

    KARYA SASTERA DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA KE 59th BAGI MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA (31 OGOS 1957-31 OGOS 2016)
    SukaBalasan1 jam
    Rabeah Binti Mohd Ali PANTUN SATRIA

    Hajat hati nak jadi perwira,
    Tiada kudrat apalah dayaku;
    Namun begitu bersemangat satria,
    Relaku mati demi negaraku.

    Kata ibu datukku seorang pahlawan,
    Keturunan hulubalang Raja Bugis;
    Aku bersyukur berdarah pahlawan,
    Kutiupkan roh patriotik di jiwa pewaris.

    Rupanya aku tidak keseorangan,
    Di luar sana menyokong perjuanganku;
    Sokong menyokong atas dasar perjuangan,
    Di perjuangkan habis-habisan demi negaraku.

    Takkan hilang melayu di dunia,
    Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
    Melayu bersatu bermuafakat bersama,
    Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

    Berjuang tetaplah berjuang jua,
    Pantang undur sebelum berjuang;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

    Jasa perajurit memang tidak dilupakan,
    Jasamu mewangi hingga ke mati;
    Siap siaga demi agama dan negara dipertahankan,
    Kaulah perwira rakyat dan negara sejati.

    Pasukan Polis bersedia berkhidmat,
    Bersiap siaga setiap masa;
    Menangani jenayah begitu cermat,
    Agar negara dan rakyat aman sentiasa.

    Tentera Udara Malaysia segak bergaya,
    Berkhidmat sepenuh jiwa dan raga;
    Pertaruhkan nyawa di angkasa raya,
    Keamanan Malaysia di puncak jaya.

    TLDM tidak kurang hebatnya,
    Berada di laut bersiap siaga;
    Musuh yang datang akan ditentangnya,
    Demi keamanan negara sentiasa dijaga.

    Pasukan RELA rela berkorban,
    Berkorban masa dan juga tenaga;
    Berkhidmat dengan RELA atas dasar keikhlasan,
    Demi rakyat dan negara tercinta.

    Jasa PEKIDA tidak dilupakan,
    Matlamatnya jelas pertahankan agama dan negara;
    Kesatria di jiwa dipertaruhkan,
    Semangat perjuangan terus membara.

    PERKASA kusanjung jasamu,
    Berjuang habis-habisan demi agama dan negaramu,
    Tidak pernah berputus asa di hatimu,
    Perjuangan dipertaruhkan tiada jemu.

    PEWARIS Malaysia mempertabatkan melayu tanpa jemu,
    Roh perjuangan tepat dan jelas;
    Semangat membara-bara hidup di hatimu,
    Moga murni perjuanganmu Allah membalas.

    Seni persilatan melayu amat dikagumi,
    Kepahlawananmu tiada tandingannya;
    Generasi muda minat mempelajari,
    Ilmu persilatan melayu dekat di hatinya.

    Kebangkitan rakyat Mesir kekejaman Hosni Mubarak,
    Pemerintahan diterajui menzalimi rakyat;
    Jutaan rakyat bangkit memberontak,
    Akhirnya kemenangan menyebelahi rakyat.

    Kekejaman pemerintahan Libya terus dipertahankan,
    Jutaan rakyat bermandikan peluru dan darah;
    Pemimpinnya rakus gilakan kekuasaan,
    Kemusnahan negara dan rakyat tinggal sejarah.

    Rakyat Malaysia cintakan keamanan,
    Pemimpin Malaysia cintakan negara;
    Rakyat dan pemimpin saling sefahaman,
    Saling berkorban demi negara.

    Peristiwa Mesir dan Libya jadikan pedoman,
    Jangan dengki-mendengki rakyat dan pemimpin;
    Negara sentiasa terus aman,
    Kedaulatan negara sejak berzaman.

    Pahlawan melayu pantang berundur,
    Rela bermandikan darah dihujani peluru;
    Demi pewaris takkan berudur.
    Nyawa dipertaruhkan di setiap penjuru.

    Berkibarlah benderaku terus berkibar,
    Rakyat dan pemimpin terus pertahankan;
    Rakyat Malaysia jangan dicabar,
    Roh perjuangan meniti zaman.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    25 Mac 2011
    (Bersempena Memperingati Hari Polis Malaysia Ke-204 Tahun)

    KARYA SASTERA DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA KE 59th BAGI MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA (31 OGOS 1957-31 OGOS 2016)
    SukaBalasan33 min
    Rabeah Binti Mohd Ali TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN

    Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
    di serata pelosok bumi Malaysia.

    Biarpun kumengerti menempuh gelombang
    ombak mengganas! Lalu menghempas ke pantai!

    Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
    “Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun!
    Untuk anak cucu kita menumpang teduh!

    Terima kasih Bapa Kemerdekaan!
    Akan kuingat pesananmu itu!
    Akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
    Di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!

    Demi cintaku pada Malaysia
    Akan kuperjuangkan untuk mempertahankanmu!
    Biarpun ke titisan darah terakhir!

    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
    Merdeka! Merdeka! Merdeka!

    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2007 (Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-50)

    KARYA SASTERA DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA KE 59th BAGI MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA (31 OGOS 1957-31 OGOS 2016)
    SukaBalasan30 min
    Rabeah Binti Mohd Ali SYAIR PEJUANG RAKYAT MALAYSIA 

    Tersebutlah kisah suatu cerita,
    Malaysia negaraku yang tercinta;
    Rakyat pelbagai kaum hidup bersama,
    Merealisasikan impian demi Negara.

    Saling menghormati bersatu hati,
    Tolong menolong amalan murni;
    Tiada rasa berdengki hati,
    Semua kerana Malaysia dicintai.

    Melayu Cina India dalam perpaduan,
    Bersatu hati merealisasi impian;
    Berganding bahu bersama kerajaan,
    Jadi realiti Negara berperlembagaan.

    Jika Negara kucar kacir,
    Nasib rakyat sentiasa tercicir;
    Kerajaan dibina menjadi hancur,
    Angkara rakyat selalu engkar.

    Ingatlah peristiwa 13 Mei,
    Rusuhan kaum sentiasa diingati;
    Berpadulah demi Malaysia disayangi,
    Agar 13 Mei tidak berulang kembali.

    Kalau diingat perjuangan Tunku,
    Perjuangannya tak pernah jemu;
    Kemerdekaan dicapai gembiranya Tunku,
    Biarpun mengharungi perjuangan berliku.

    Tunku Abdul Rahman seorang bijaksana,
    Menuntut kemerdekaan gunakan minda;
    Bijak berkomunikasi terpegunnya mereka,
    Mereka istiharkan Malaysia Merdeka.

    Begitu juga berbincang dengan komunis,
    Tunku bincang dengan cara harmonis;
    Hinggakan mengalah ketua komunis,
    Menjadi legenda kenangan manis.

    Pemimpin berjiwa rakyat itu yang dimahu,
    Biarpun lama rakyat menunggu;
    Sabar menunggu tak pernah jemu,
    Asalkan pembelaan rakyat tertunai itu dimahu

    Bukan tak ada pemimpin berjiwa rakyat,
    Sentiasa ikhlas mengurus masyarakat;
    Jiwa kental sentiasa muafakat,
    Berkorban apa saja demi rakyat.

    Rakyat susah pemimpin ambil peduli,
    Pemimpin bersara rakyat hargai;
    Rakyat dan pemimpin bersatu hati,
    Barulah aman Negara ini.

    Rakyat dan pemimpin seia sekata,
    Apa masalah rakyat dikongsi bersama;
    Masalah diatasi dengan bijaksana,
    Barulah rakyat dan pemimpin boleh bekerjasama.

    Kesusahan rakyat masalah pemimpin,
    Selagi tak selesai pemimpin fikirkan;
    Sanggup berpening memikirkan,
    Asalkan masalah rakyat dapat diselesaikan.

    Permintaan rakyat untuk rakyat,
    Pemimpin usulkan di Dewan Rakyat;
    Didengari semua wakil Rakyat,
    Apabila tertunai sukanya rakyat.

    Rakyat Malaysia harus bersatu,
    Demi kerana Malaysia yang satu;
    Negara aman berkat bersatu,
    Syukur generasi kini dan terdahulu.

    Sama-sama merealisasikan impian,
    Majunya Malaysia dalam pemodenan;
    Semua rakyat saling memahami dalam perpaduan,
    Demi kerana Malaysia mencapai kecemerlangan.

    Karya Ratu Rimba Niagara,
    13 Mei 2011

    KARYA SASTERA DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA KE 59th BAGI MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA (31 OGOS 1957-31 OGOS 2016).
    SukaBalasan26 min
    Rabeah Binti Mohd Ali PEMIMPIN DAN RAKYAT BAGAIKAN AUR DENGAN TEBING

    Pemimpin dekat di hati rakyat...
    Bagaikan aur dengan tebing
    Rakyat belum bersuara
    Sudah faham
    Rakyat bersuara
    Lagi terlebih faham
    Lalu difikir
    Di benak hati
    Di Luar kotak pemikiran
    Bagaimana mahu diselesaikan
    Setiap masalah yang ditanggung rakyat
    Diperah biarpun setitis kudrat pemikiran

    Demi rakyat untuk rakyat
    Rela dia
    berhujan berpanas
    berpenat berlelah
    dihina dikutuk
    dilalui dengan hati yang tabah dan redha

    Yang menjadi tanda tanya
    Kenapa dia sanggup
    Bersusah payah demi rakyat?
    Sedangkan dia telah miliki segalanya!
    Tak perlu berpening memikirkan
    Masalah rakyat?
    Apa lagi yang diperlukan dalam dunia ini?

    Itulah yang mengagumkan aku
    Bila dia jawab
    Itu adalah tanggungjawabnya
    Akan dipertanggungjawabkan
    Di akhirat kelak
    Dia jawab lagi
    Mahu menjadi khalifah Alllah
    Yang mati dalam perjuangan
    Kerana perjuangannya adalah
    'Fisabilillah'
    Aduh! Terkedu aku mendengarnya

    Moga apa yang dicitakan oleh
    pemimpin berjiwa rakyat itu
    dipermudahkan segala urusan
    apabila dia berurusan
    mengenai rakyat dan negaranya
    moga dimakbulkan Allah
    segala hajat dan cita-citanya
    moga Allah membalas segala baktinya
    dengan balasan Syurga
    kerana hidup matinya
    semuanya kerana Allah
    bukan kerana manusia
    bukan untuk mengejar kuasa dunia
    bukan untuk mencipta nama
    bukan untuk kepentingan sendiri
    makanya ditempuh onak dan duri
    biarpun hati hancur berkecai!
    biarpun ombak tsunami datang membadai!
    biarpun dihujani peluru di setiap penjuru
    demi rakyat dia rela begitu
    moga Allah sentiasamu
    di setiap langkah dan helaan nafas
    di setiap denyut nadi
    di setiap degupan jantung
    memikirkan rakyat
    adalah tanggungjawab
    itulah roh perjuangannya
    akan terus berjuang
    hingga ke titisan darah terakhir
    sehingga terhenti
    tarikan nafas
    degupan jantung
    denyutan nadi
    Subhanallah Alhamdulillah Alllahu Akhbar
    Itulah lafaz dari rakyat untukmu
    seorang pejuang yang sentiasa mewangi jasamu
    bak haruman kasturi direnjiskan haruman setanggi!
    di kuburanmu ditaburkan bunga-bunga kemboja putih
    seputih perjuanganmu dan diiringi doa restu
    pergilah dikau dengan aman dan tenteram
    kerana perjuanganmu diwarisi oleh generasi
    setiamu yang sudah sebati dalam jiwa
    apa erti tersirat perjuanganmu selama ini!
    Pemergianmu diredhai
    Moga Syurga tempatmu
    Pergimu Senyuman Syurga!
    Allahu Akhbar!

    Karya Ratu Rimba Niagara
    29 Ramadhan 1432H
    29 Ogos 2011

    KARYA SASTERA DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA KE 59th BAGI MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA (31 OGOS 1957-31 OGOS 2016).
    SukaBalasan13 min
    Rabeah Binti Mohd Ali YB KERANAMU KAMI HARGAI KEMERDEKAAN INI

    YB tak akan turun padang jika tak ada permaidani merah...
    Rakyat kata ...permaidani merah tak boleh dibentangkan kerana
    jalanraya tak ada... tanah berlumpur berselut sama dengan
    bekalan air di rumah mereka.

    Makanya YB jadi bingung ...YB tidak hiraukan kakinya berlumpur
    bertemu rakyat untuk merasai jerih perit rakyat yang sengsara
    selama puluhan tahun lamanya.

    Bila tiada lagi permaidani merah terhampar...
    Kaki YB dipenuhi selut

    Tepukan sorakkan rakyat menyambut kedatangan YB mereka
    Lalu bersorak ..."Terima kasih YB kami!
    Kehadiranmu dinanti...
    YB bagaikan pelangi mempelangikan hidup kami
    Kami bangga dengan YB kami
    Keranamu masalah kami selesai
    Keranamu kami hargai kemerdekaan negara kami
    Keranamu kami sayang negara kami
    Keranamu kami bersyukur menjadi rakyat Sabah bumi
    Malaysia yang bertuah ini!"

    Karya Ratu Rimba Niagara
    12 September 2011
    Like · · Unsubscribe · 3 hours ago near Kuala Lumpur

    KARYA SASTERA DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA KE 59th BAGI MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA (31 OGOS 1957-31 OGOS 2016).
    Rabeah Binti Mohd Ali PEJUANG RAKYAT BERJIWA RAKYAT

    Duhai pejuang rakyat
    Kau mesti teruskan perjuanganmu

    Biarpun tsunami datang membadai!
    Biarpun hatimu hancur lulur remuk redam
    Biarpun tubuhmu hancur berkecai dihujani peluru
    Di mana kau berada diburu di setiap penjuru
    Namun berundur tidak sekali!
    Perjuanganmu membela rakyat mesti kau teruskan

    Tanpa mempedulikan LIMO atau Ferari
    Biarpun kau cumalah kancil
    Tapi mindamu pantas daripada LIMO atau Ferari

    Justeru jangan kau bimbang...
    Jika Perjuanganmu benar suci
    Demi rakyat
    Demi Agamamu
    Demi bangsamu
    Demi negaramu
    Berjuanglah tanpa jemu
    Tanpa henti
    Hingga
    Nafas terhenti!

    Karya Ratu Rimba Niagara
    7 Julai 2011
    (Diilhamkan Khas Untuk Pejuang Sabah YBhg Datuk Mohd Jeffry Rosman)

    KARYA SASTERA DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA KE 59th BAGI MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA (31 OGOS 1957-31 OGOS 2016).
    SukaBalasan5 min
    Rabeah Binti Mohd Ali SKRIP HANG TUAH & HANG JEBAT ERA MODEN

    HANG JEBAT : Apa salahnya kita bermaaf-maafan,
    kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku
    selama ini membela kau.

    HANG TUAH : Ya...betul katamu Jebat...
    kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
    Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
    Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
    Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah
    rakyat yang setia ...apa yang terjadi selama ini adalah
    cuma salah faham saja angkara fitnah. Raja pasti boleh
    terima apa yang kukatakan.

    HANG JEBAT : Betul ke Tuah.

    HANG TUAH : Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan
    rakyat dan negara melebihi diri sendiri. Begitu juga rakyat
    sayangkan Raja dan negara melebihi diri sendiri.

    HANG JEBAT : Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.

    HANG TUAH : Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
    Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati. Tiadalah
    sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan datang
    pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!

    HANG TUAH/HANG JEBAT : DAULAT TUANKU!

    SULTAN : SAYANG RAKYAT!

    Karya Ratu Rimba Niagara
    30 Jun 2011

    KARYA SASTERA DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA KE 59th BAGI MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA ANAK BANGSA (31 OGOS 1957-31 OGOS 2016).

SAHABATKU YANG BERNAMA MAWAR BUNGA
Moga mbak Mawar Bunga dimasukkan kedalam roh yang beramal soleh .sebagai mana indahnya bunga kirimannya ini begitu indahnya ditempatkan di Syurga Jannah dan semoga kita dapat ketemunya di Jannah agar menyambungkan tali kasih dan rindu kepadanya Aamiin Ya Rabbal A'lamiin.
pada 3hb Februari 2014 jam 7.25 ptg · Telah disunting · Suka · 4
SAHABATKU YANG BERNAMA MAWAR BUNGA
sahabatku Mawar Bunga
sudahlama kita tidak bertanya kabar
semenjak kita terputus komunikasi di alammaya
di awal perkenalan kau selalu
mengirimkan aku
pelbagai jenis bunga-bungaan
yang cantik lagi indah
hingga aku terpesona
dengan keindahan bunga-bungaan kirimanmu itu
patutlah nama mu mawar bunga
orangnya pun sukakan bunga-bungaan
selang sebulan kita berkenalan
kau mula tidak mengirimi bunga padaku
aku tertunggu tunggu mana bunga bunga mu nan indah karena aku tidak mahu hampa
dan membuatkan aku tertunggu tunggu
kuundurkan diri dengan alasan tidak mahu menantikan penantian yang hampa
selang seminggu kau hadir di inboxku
meminta maaf karena sibuk dengan kerjaya
dan aku pun meminta maaf karena
atas kesalahanku tinggalkanmu tanpa relamu
kita saling memahami
dan saling memaafkan
semenjak itu aku tidak lagi mendengar berita dari mawar bunga
selang setahun
aku dapat tahu mawar bunga sudah meninggal dunia
aku sedih yang amat sangat
kehilangan seorang sahabat di alammya yang bagiku terlalu baik dan sangat penyabar
sahabatku mawar bunga
maafkan segala kesalahanku padamu
tahukah kau aku terlalu merinduimu
karena tidak mahu hampa menunggu rindumu
aku jauhkan diriku darimu
tapi kini kau lagi jauh dariku
kau pergi tinggalkan aku buat selamanya
moga kau ditempatkan dalam roh-roh para kekasih Allah , menikmati keindahan Taman Firdausi dikelilingi dengan bunga-bungaan
Syurga nan indah sepertimana kau agungkan bunga-bungaan ciptaan Ilahi
tika di dunia , Allah balas dengan Taman Syurgawi yang indahnya tidak terkata...
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiiin
sahabatku mawar bunga
yang di kasihi dunia akhirat
kita tidak ditakdirkan bertemu di dunia realiti
tapi kita ditakdirkan bertemu di Taman Syurgawi
maka tunggulah aku di Taman Syurgawi
In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Sahabat Alamaya Yang Merinduimu Mawar Bunga,
Ratu Rimba Niagara
MALAYSIA
3 Rabiulakhir 1435H
3 Februari 2014M

Foto Mawar Bunga.

SukaTunjukkan lagi reaksi
    Komen
Komen
Ahmad Albab The memories of a loving friendship will always live on.. sahabat sejati sentiasa hidup dihati sanubari.. begitulah kita menyayangi dan menghargai nilai persahabatan..
Tak SukaBalasan13 jam
Rabeah Binti Mohd Ali Moga persahabatan kita nan indah di grup ,' SEHATI SEJIWA KITA BERSAMA,' begitu juga hendaknya sejatinya persahabatan sehingga di Syurga menyambung tali persahabatan Aamiin.
SukaBalasan3 jam
Ahmad Albab Insyaallah... Aamiin..
Tak SukaBalasan12 jam
Rabeah Binti Mohd Ali

SASTERA ITU BAHASA HATI DAN ROH
Sastera itu indah
karena lahir dari bahasa hati dan roh
bila hati dan roh seiring berbicara
maka tiada yang diungkapkan melainkan
memuji dan memuja Allah yang menciptakan semua makhluk
di langit dan di bumi
apa juga yang terangkum
tidak lari daripada TUHAN yang mencipta kita sebegini indah...
kenal diri kenal TUHAN
bilamana kenal TUHAN...
kita tidak akan pedulikan lagi
kata-kata negatif
karena kita mahu menjaga hati kita
agar bersih sebagaimana baru dilahirkan ke dunia ini...
agar bila saat maut menjemput, hati kita seputih kain kafan
yang membalut jasad In Shaa Allah Aamiin
......................................................
sampai kapan pun aku milik-Nya,
2 Rabiulakhir 1436H
23 Januari 2015
Alam Pren Adni Mpn
Menguasai semua ilmu-di aars dan dibumi atau-ilmuan atau penelitian dan penciptaan-kemampuan modernnisasi.sastera sukses selalu--
- (Rabeah Binti Mohd Ali)-maka salam sukses untuk ibunda NUSANTARA INI-GURU NUSANTARA IBUNDA -sastera wati-sastera pertiwi-sastera jagat pembumian dunia jagat----sastera memelayuan dunia nya----salam sastera
MOGA SASTERA YANG KUKARANGKAN ADA NILAIAN DI SISI-NYA AAMIIN
SALAM NUSANTARA AGUNG DI LIMA BENUA DI SELURUH DUNIA
JIWA NUSANTARAMU
SEHATI SEJIWA
SENADA SEIRAMA
BERPADU DALAM JIWA
BERSAMA
MENANAM TEKAD
BERBAKTI PADA PERTIWI
DI LIMA BENUA
MERENTASI ANGKASARAYA
MELAYANGKAN PUISI PUISI
CINTA ANAK BANGSA
PADA IBU PERTIWI DI LIMA BENUA
MERASAKAN KEBERSAMAAN
MENYAYANGI NUSANTARA
ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
SALAM NUSANTARA AGUNG NAN INDAH
SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI
PURNAMA PUN TERSENYUM
RAHMAT KASIH ALLAH PUN DATANG
MENGURNIAKAN BINTANG MILIK-NYA
UNTUK SEMUA PEJUANG PENCINTA KEDAMAIAN
DI LIMA BENUA DI SELURUH DUNIA
TERSENYUMLAH ANAK BANGSA
DI LIMA BENUA
DI SELURUH DUNIA
'SALAM NUSANTARA AGUNG'
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
& 202 NEGARA DUNIA
2 ZULKAEDAH 1436H
17 OGOS 2015
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA & MALAYSIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI KAPAN PUN!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI, SINGAPURA & THAILAND
MERDEKA INDONESIAMU MERDEKA MALAYSIAKU!
UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 70 , HARI KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O16, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2016 DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2016'
KELAHIRAN SEORANG YANG SANGAT INOVATIVE DAN REVOLUSIONER MENGABDI PADA SESAMA UNTUK MENCAPAI HABUL MINALLAHAL- FATEHA AMIEN YA ROB
Garjito Gondokusumo
SALAM.Sahabatku. Rabeah mohd.ali. ku haturkankan kata Di hari yg Bersejarah Bagimu dan bagi alam ini Dgn kelahiran seorang Yang sangat inovative dan revolusioner...Selamat Berulang tahun sukses dan sehat wal alfiat dgn Berkah dari Allah swt. Terus,terus,terus berjuang utk Khitoh Manusia sejati..Mengabdi pada sesama untuk Mencapai Habul minalallah...Alfateha...Amien ya rob...
NILAIANNYA SAMPAI KE ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niaga tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
"Ya Allah jadikanlah kubur kami Taman-Taman Syurga berkat amalan soleh yang Engkau terima AAmiin Ya RabbalA'Lamiin."

YA ALLAH JADIKANLAH KARYA SASTERAKU MENGALIR SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA YANG MENGALIR TERUS MENGALIR MENYATU HINGGA KE SUNGAI-SUNGAI SYURGA-MU


AKU MENULIS KERANA-MU
ILHAM YANG AKU TULIS DATANG DARI-MU
KAU HADIRKAN ILHAM TANPA HENTI PADAKU ATAS KEHENDAK-MU, AKU BERSYUKUR ILHAM DATANG TANPA HENTI-NYA , ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH TANPA IZIN-MU AKU TIDAK DAPAT MENULIS BIARPUN SEBARIS AYAT, ALLAHU AKBAR KEKUASAAN-MU MENGATASI SEGALA-NYA.

YA ALLAH KERANA KARYA SASTRA YANG KUTULIS ADALAH DARI-MU JADIKANLAH AKU DAN YANG MEMBACA KARYAKU
HAMBA-MU YANG SENTIASA REDHO ATAS TAKDIR-MU
PERCAYA SETIAP YANG DITAKDIRKAN ITU ADA HIKMAH DI SEBALIK-NYA

YA ALLAH JADIKAN KARYA SASTERA YANG KUTULIS SESUAI DENGAN ZAMAN WALAUPUN ZAMAN TERUS BERUBAH TAPI KARYAKU SENTIASA ADA DI JIWA SEMUA MANUSIA YANG MENGHAYATINYA KERANA SASTERAKU ADALAH ILHAM DARI-MU, JIKA ILHAM DARI-MU PASTI MEMBERI KEBAIKAN PADA DIRIKU DAN PADA SEMUA YANG MEMBACA KARYAKU.
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

'SASTERAKU ILHAM DARI-NYA'

NAMA PENAKU INI ILHAM DARI-NYA JUGA
ADA YANG TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT
ATAS NAMA PENAKU INI

RATU SEORANG RAJA/RATU ATAU PEMIMPIN ITU YANG TERSURAT YANG TERSIRAT MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA

RIMBA AGAR SENTIASA RASA MERENDAH DIRI MEMERINTAH DI KERAJAAN RAKYAT RIMBA JADI TIADA SIAPA HENDAK CEMBURU KERANA BUKAN MEMERINTAH KERAJAAN MANUSIA ,
TERSIRATNYA MAHU DAPATKAN INSPIRASI UNTUK MENJIWAI WATAK
RAJA DAN PEMERINTAH UNTUK DITUANGKAN ILHAM DALAM KARYA SASTERA.

NIAGARA KARYA SASTRA YANG DIHASILKAN SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA SENTIASA MENGALIR, SENTIASA BERSASTRA TANPA HENTI SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA, BIARPUN NAFAS TERHENTI SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS-TERUSAN DIBACA OLEH YANG MASIH HIDUP ,

MOGA ILMU SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS MASUK KE AKAUN SAHAM AKHIRATKU SEPERTI MENGALIR AIR TERJUNAN NIAGARA MENYATU TERUS KE SUNGAI-SUNGAI SYURGAWI
INSYA-ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'

MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH

'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'

As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)

WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).

BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)

Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....amin.

Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin

YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

"SALAM  BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"

KH. Abdullah Gymnastiar

·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
                                             
20 ZULKAEDAH 1437H
23 OGOS 2016 

0 comments:

Post a Comment

 
;