Monday 12 December 2016

KAMI HAMBA-MU (378) SALAM SEJAHTERA TEMAN AKHIRATKU


KAMI HAMBA-MU (378) SALAM SEJAHTERA TEMAN AKHIRATKU


Noorulamin Mukhtasar
21hb Jun 2013
     
SUBHANALLAH..!!
TERBUKTI CIPTAAN ALLAH SEMPURNA INDAH
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Noorulamin Mukhtasar bersama Srk Khan dan 3 yang lain.
The Miracles of ALLAH.
Ayat-ayat keterangan Allah.

Hairul Nizam Ijam dan Hawa Riyanty Ariffin mengirim dalam 4 kumpulan.
  • صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
    صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
    يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
    يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
    يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
    صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
    أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
    فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
    مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
    قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
    أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
    أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
    أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
    أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
    يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
    يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
    يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
    يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
    مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
    يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
    حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
    وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
    مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
    بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
    وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
    وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ
    عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
    مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
    رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
    بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
    وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
    عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
    أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
    صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
    صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
    صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
    Salam Maulidur Rasul....
    Dari: Hairul Nizam Ijam & Hairul Nizam Ijam II


YA ALLAH BERILAH KEMAAFAN KEPADAKU, SELURUH AHLI KELUARGAKU DAN SELURUH SAUDARA SEISLAMKU SAMADA YANG HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'ANDAI SELURUH MANUSIA TIDAK MENERIMAKU TAPI ENGKAU MENERIMAKU ITU ADALAH LEBIH BERHARGA DARIPADA ALAM DAN SEISINYA,'
'ANDAI SELURUH MANUSIA MENYUKAIKU TAPI ENGKAU MEMBENCIKU , AMATLAH MALANG NASIBKU DUNIA AKHIRAT...'
'YANG AKU DAMBAKAN ENGKAU SENTIASA MENGASIHIKU DAN SELURUH MANUSIA MENYAYANGIKU KERANA-MU BARULAH TENANG DUNIA AKHIRATKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'
جزيرة التصاميم ( Designs Island )
مهما تأذينا ممن حولنا .. لنكن جسداً واحداً .. ويكن حسن التعايش عنوان حياتنا
Apa yang menyakiti orang-orang yang di sekeliling kita.. mari kita menjadi seperti satu.. tajuk adalah baik hidup hidup kita.
TERIMA KASIH SAHABAT AKHIRAT ALAM MAYAKU
Terima Sahabat Akhirat Alam Mayaku...
Hadirnya kata-kata indahmu
Selalu kutunggu
Selalu kunanti
Dalam penuh harap
Kata-kata hikmahmu
Sudi bertandang di wallku
Biarpun cuma di alam maya
Biarpun aku tak kenalmu
Cuma madah pujanggamu
Itu sudah cukup membahagiakan
Percayalah biarpun kita
Tidak bertemu di alam nyata
Cuma di alam maya
Tanpa sengaja bertemu
Sekadar menyinggah di wall rakan fbmu
Aku amat hargai
Setiap baris kata-kata pujanggamu
Bak permata turun dari Syurga
Dan kukutip
Lalu kuletakkan
Di kalbu imanku yang tandus
Terima kasih sahabat akhirat alam mayaku
Moga Allah membalas segala kebaikkanmu padaku
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...
Ratu Rimba Niagara
121212
Komen

KUNCI ILMU ADALAH KESUCIAN HATI
Sulaiman Dawud"
Kunci ilmu itu adalah kesucian hati, jika hati kita bersih dan suci. Maka insya Allah kita akan mudah memahami ilmu-ilmu Allah yang besih nan suci. Karena itu bersihkan hati kita dari rasa ujub, sombong, iri, dengki, dan sifat-sifat negatif lainnya
13 minutes ago · Like · 4
Sulaiman Dawud Hati yang suci akan melahirkan akal yang cerdas, nurani yang berkemanusiaan, dan akhlak yang mulia, serta sifat-sifat yang terpuji.
11 minutes ago · Like · 4
Sulaiman Dawud Orang yang berilmu bagaikan padi yang berbuah, semakin berbuah dan berisi, maka ia semakin merunduk, tawadhu dan suka membantu sesama. Tidak pelit ilmu
8 minutes ago · Like · 2
Tpss Syuhada Siddiq AlMustoffa "Pelit"? maknanya ?
6 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara Pelit tu...maknanya tamak atau kedekut ilmu
yang dia tahu tapi tak mahu berbagi ilmu. Dia rasa rugi jika diberikan pada orang lain...dikuatiri orang lain lebih pandai daripada dia...dia tak mahu begitu...sedangkan kalau dia tak pelit ilmu ...pasti ilmunya akan bertambah-tambah seperti padi yang bercambah-cambah sampai menyembah bumi ...makanya jangan kedekut ilmu...
about a minute ago · Like · 1
SULAIMAN DAWUD & RATU RIMBA NIAGARA
121212
Komen
Rabeah Binti Mohd Ali SALAM SEJAHTERA TEMAN AKHIRATKU

Salam sejahtera teman akhiratku

Terima kasih padamu
Kerana tak jemu bertandang di wall fbku
Mengirimkan kudup-kudup bunga Syurga
Mewangikan hatiku yang tandus keimanan
Menawanmu di sana
Harummu menyegarkan suasana pagi petang dan malam
Di pagi hari disinari mentari pagi
Diembunkan pelangi cinta Syurga
Di malam hari disinarkan
Bulan purnama menyerikan kudup mawar merahmu
Aku teruja untuk memilikimu
Berteman denganmu membahagiakan
Kata-katamu menenangkan roh dan jasadku
Aku mahu berkata indah-indah sepertimu
Aku mahu sentiasa wangikan hatiku dengan zikirrullah
Aku mahu jadi sepertimu
Mengirimkan kudup-kudup mawar bunga Syurga
Ke seluruh benua alam
Biar satu alam mewangi dengan bauan Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Jika itulah Allah izinkan berlaku KUN FAYAKUN
Akulah hamba yang paling bersyukur
Tersungkur di sejadah cinta-Nya
Betapa aku hamba-Nya yang terlalu kerdil
Mahu mencari jalan-jalan pulang ke negeri abadi
Dalam hati yang seikhlas-ikhlas-Nya
Tanpa rasa ujub
Apa lagi mahu berbangga diri
Akulah yang terhebat berbicara
Akulah yang alim
Akulah yang berilmu tinggi dunia akhirat
Berarti aku sudah menjadi hamba-Nya
Memakai pakaian kesombongan-Nya
Nauzubillah minta dijauhkan Allah
Siapalah aku bisa berilmu
Siapalah aku bisa berbicara indah
Tanpa izin-Mu jua
Dan aku mengaku
Engkau sajalah yang layak
Memakai pakaian kesombongan
Bukan aku
Bukan...bukan...bukan...
Kerana aku cumalah hamba-Mu yang hina
Kerana aku dilahirkan di tempat yang hina
Maka-Nya aku tak mahu menghina orang
Yang aku mahu pulang kepada-Mu
Dalam kain kafan
Setanggi Syurga kiriman-Mu
Berkat aku mengirimkan
Kudup-kudup mawar Syurga-Mu
Tanpa jemu
Kepada semua penghuni bumi
Tanda aku mensyukuri Kurniaan-Mu
Tanda aku menyayangi penghuni bumi seluruhnya
Tanpa terkecuali
Samaada mereka masih hidup atau sudah tiada
Dengan harapan
Semoga kasehku pada mereka terpatri
Di Syurga sedia menanti
Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
121212


TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY JUTAWAN DUNIA JUTAWAN AKHIRAT INSYA-ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
Ahmad Tajuddin & Ratu Rimba Niagara likes a photo.
Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman...
Teruskan Membaca
ABDULLAHABAS.BLOGSPOT.COM
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
Rabeah Binti Mohd Ali
Tulis komen...

Suapan Berita

Wahai para istri
Surga dan neraka-mu
Adalah usaha-mu sendiri
Beramal dan bertakwa dengan ilmu
Suami-mu hanyalah kawan pendamping
Saling menasehati dan menguatkan
Agar tetap di jalan Allah
Meskipun perjalanan itu jauh
Wahai para Istri
Jangan sekali-kali membuat sombong lagi lalai
Dengan kedudukan suami-mu
Tetap menuntut ilmu dan beramal
Masing-masing memetik amalnya sendiri
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ﺍﻋْﻤَﻠُﻮﺍ ﻓَﻜُﻞٌّ ﻣُﻴَﺴَّﺮٌ ﻟِﻤَﺎ ﺧُﻠِﻖَ ﻟَﻪُ ، ﺃَﻣَّﺎ ﻣَﻦْ ﻛَﺎﻥَ ﻣِﻦْ ﺃَﻫْﻞِ ﺍﻟﺴَّﻌَﺎﺩَﺓِ ﻓَﻴُﻴَﺴَّﺮُ ﻟِﻌَﻤَﻞِ ﺃَﻫْﻞِ ﺍﻟﺴَّﻌَﺎﺩَﺓِ ، ﻭَﺃَﻣَّﺎ ﻣَﻦْ ﻛَﺎﻥَ ﻣِﻦْ ﺃَﻫْﻞِ ﺍﻟﺸَّﻘَﺎﺀِ ﻓَﻴُﻴَﺴَّﺮُ ﻟِﻌَﻤَﻞِ ﺃَﻫْﻞِ ﺍﻟﺸَّﻘَﺎﻭَﺓِ
Beramal-lah kalian! Sebab semuanya telah dimudahkan terhadap apa yang diciptakan untuknya. Adapun orang-orang yang bahagia, maka mereka akan mudah untuk mengamalkan amalan yang menyebabkan menjadi orang bahagia. Dan mereka yang celaka, akan mudah
mengamalkan amalan yang menyebabkannya menjadi orang yang celaka” (HR. Bukhari)
Suka
Komen
Komen
Rahma Prayitno Nice sentences,,,alhamdulillah,,!Lihat Terjemahan
SukaBalasan17 jam
Rabeah Binti Mohd Ali CINTA ADAM PADA HAWA
Duhai Adam...
Apalah ada pada ilmu yang setetes ini
Jika hati dibalut kesombongan...
Karena kasehkan hawa ...Adam terima pujukan Hawa
Memakan buah larangan di Syurga
Hawa pula dipujuk oleh iblis laknatullah
Jika sekiranya Adam letakkan cinta Allah tempat yang teratas
Pasti Adam tak makan buah Khuldi di Syurga
Jika Hawa letakkan cinta Allah tempat yang teratas
Pasti Hawa tak termakan pujukan iblis
Atas dasar cintakan Hawa... 
Adam memakan buah larangan
Karena melanggar perintah Allah..
Adam dan Hawa
Dikeluarkan dari Syurga
Hilang segala nikmat Syurga
Adam dan Hawa dipisahkan di bumi
Mereka terpisah begitu lama
Adam tanpa berputus asa mencari Hawa
Hingga ke hujung dunia
Hawa menunggu Adam
Dalam sabar dan setia menanti
Dalam proses mencari Hawa
Di saat keluar dari Syurga
Adam & Hawa
Meminta ampun kepada Tuhan
Tak akan mengulangi kesilapan mereka
Adam & Hawa
Redho dengan hukuman dari Allah
Di pisahkan di bumi...
Berkat usaha Adam mencari Hawa
Berkat keyakinan Hawa... Adamnya akan datang bertemunya
Dengan izin Allah
Allah temukan Adam & Hawa di Jabbal Rahmah
Semenjak bertemu.. mereka tidak pernah berpisah
Hawa sepanjang hayat
Menghabiskan usianya bersama Adam ...
Adam pula mencintai Hawa hingga ke hujung nyawanya
Di Syurga mereka bercinta
Di Syuga juga mereka mematrikan cinta
Kerana cinta Adam yang suci pada Hawa
Begitu juga Hawa mencintai Adam sepenuh jiwa
Saling cinta mencintai karena-Nya
Maka di situlah bermulanya
Asal usul berkembang biaknya manusia di dunia ini
Moga Adam
DiKurniakan cinta sesetia Hawa
Di dunia bercinta
Saling cinta mencintai karena-Nya
Di Syurga mematrikan cinta
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya Ratu Rimba Niagara
121212
Barang siapa menaati Rasul (Muhammad) maka sesungguhnya dia telah menaati Allah. Dan barang siapa berpaling (dari ketaatan itu) maka (ketahuilah) Kami tidak mengutusmu (Muhammad) untuk menjadi pemelihara mereka."
(QS. An-Nisa': Ayat 80)
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
YA ALLAH TERIMALAH ROHKU DI KALANGAN HAMBA-MU YANG BERAMAL SOLEH KERANA-MU AAMIN YA RABBAL A'LAMIN
KENAPA AKU BEGINI KENAPA KAU ANGGAP BEGITU?
Engkau ni keturunan puteri ke?
Engkau suka berlagak kan?
Meluat aku...
Weeii kau cermin sikit muka kau tu
Harap mekap je lebih
Buang mekap
Tengok...
Hodoh....
Maka dari itu cermin sikit
Engkau tu siapa...
Aku sentiasa sedar diri
Aku siapa
Yang tak secantikmu
Yang tak semudamu
Aku memang tak setandingmu
Ha sedar pun
Habis tu kenapa
Kau berlagak macam
Seorang puteri raja
Tak malu ke
Perasan?
Salah ke aku
Menghargai kecantikan
Kurniaan dari Allah
Kalau kau nak tahu
Jika aku tak bermekap
Wajahku hodoh
Kalau ditarik lapisan kulit
Wajahku ini lagi hodoh
Seperti tengkorak berjalan
Termasuk juga wajah
Engkau tanpa kulit di wajah
Engkau boleh bayangkan
Jadi apa nak dikesahkan
Pada kecantikan yang
Sementara ini...
Habis tu kenapa kau
Berwatak seperti puteri diRaja
Kau perasan nak jadi puteri ke
Putera mana yang hendak
Kau pikat dan
Putera mana yang akan terpikat
Denganmu
Lainlah aku cantik dan masih muda
Tak perlu mekap pun dah cantik
Sekali aku senyum 10 yang terpikat
Tapi aku tak semudah itu terpikat
Selagi dia itu bukan bergelar jutawan atau kerabat diRaja
Yelah kau cantik dan muda
Aku doakan apa yang kau impikan berjaya...
Tak perlu kau doakan sudah ada pun
Cinta gila-gila dengan aku
Kerana kecantikan aku
Aku pun anak orang berada
Makanya kenalah setaraf denganku
Syukur Alhamdulillah
Moga kau bahagia sahabatku
Tapi kenapa kau masih nak cemburu dengan aku
Kau sudah memiliki segalanya pesona dunia
Yang diimpikan oleh semua orang....
Habis yang kau berlagak macam puteri tu
Tak pesona dunia ke tu...
Teman...aku ini cuma
Menghayati watakku
Sebagai seorang puteri rimba
Yang tinggal bersama dengan
Penghuni rimba niagara
Takkanlah memegang watak
Sebagai puteri rimba pun
Nak cemburu....
Lainlah puteri untuk manusia
Bolehlah kau cemburu
Nasib baik puteri rimba
Kalau puteri istana memang aku cemburu
Dengan haiwan apa nak dicemburukan
Kalau cemburu juga aku lebih teruk daripada haiwan
Tak nak aku....
Tahu tak apa...
Mulai hari ini kau jangan cemburu ye
Kau beri saja sokongan/dukungan padaku
dunia sastraku agar aku dapat berpena
Dengan tenang tanpa ada rasa iri hati
Keikhlasan sokonganmu dalam karya
SASTERAKUDUNIAKU! amat kuharapkan darimu teman...
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
29 Jun 2012
· · · 13 hours ago
SI PUTRI RIMBA DENGAN DAYANGNYA SI KUNTA SI KUNTE
Kuperkenalkan diriku untuk perkenalan ini...
Gambar yang kau lihat itu tak dirancang..
Aku memegang watak Putri Rimba untuk
Teater Bangsawan diRaja yang aku impikan
Satu masa nanti dipentaskan....
Yang mekapkan aku pun
Si kunta si kunte dayang Istana Rimba
Mereka berdua sebagai penasihat aku juga...
Itu yang jadi macam tu...comot...entah arang
Mana diambilnya...ha itu yang jadi macam tu
Aku pun takut nak tengok muka aku sendiri
Aku mahulah padam tapi si kunta si kunte marah
Kalau selagi tak ambil gambar untuk disiarkan
Kepada pembaca setia karya-karya aku
Katanya apa nak dimalukan...
Mereka faham puteri rimba apabila dimekapkan oleh haiwan
Hantam ajelah asalkan ada rupa puteri sikit ...
Itula kisah serba sedikit yang dapat aku beritahumu
Agar kau tak salah faham ye...
Aku kalau tak bermekap...tidaklah rupa macam itu
Seorang yang sudah ditarik kecantikan...
Cuma yang berbaki ini saya yang ingin dihargai...itu saja...
Makanya jangan salah anggap padaku lagi ok...
Nanti bila habis skrip puteri rimba
Kutukar gambar lain...
Moga si kunta si kunte benarkan....
Moga kau gembira mendengar cerita aku ini...
Salam kemaafan untuk kalian berdua...
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
29 Jun 2012
PENGHUNI RIMBA SELALU MENGHARGAI KARYA TUAN PUTRI RIMBA
Duhai sahabatku...
Di Istana Rimba sekarang semuanya sedang berduka
Segerhana cuaca yang gelap gulita menunggu hujan turun
Ribut petir tidak henti-henti menyabar kiri dan kanan.
Sudah jutaan kali penghuni rimba pesan jangan Tuan Puteri
menyumbangkan karya pada mereka...mereka bukan hargai pun
malah satu kesalahan pula...membuat mereka sakit hati...
meluahkan dendam kesumat...
Kami si penghuni rimba ni...yang sentiasa menghargai
karya Tuan Puteri...sentiasa teruja dan ternanti karya tuan puteri
apa nak dihiraukan dengan mereka...biarpun kamu cumalah haiwan
tapi kami faham apa itu kasih sayang semurni hati...
sebab itu di akhirat nanti kami tidak diseksa di neraka....
manusia ni tak habis-habis....dengki.....dengki...dengki...
dengki khianat...Tuan Putri berkarya tak henti-henti pun nak sakit hati...apatah dia orang ni ...ada otak letak kat lutut apa....tak nak baca dan like sudahlah ini kutuk dan hina Tuan Puteri habis-habis... macam nak bunuh karya Tuan Puteri....duhai manusia di luar sana sebelum kalian mahu bunuh karya Tuan Puteri kami...langkah mayat kami dulu....Tuan Puteri kami rela pertaruhkan air mata dan darahnya untuk berkarya...kalian senang-senang saja nak hapuskan karya Tuan Puteri kami...tidak...tidakkk..kami pastikan tak akan terjadi!!!!!
Tuan Puteri bangunlah tuan Puteri...janganlah seksa kami begini...
Kami jumpa tuan puteri dihanyut di lautan asid bergelora dan selamatkan tuan puteri...tuan puteri gembira dan ceria pelangi cinta bersama kami...tapi semenjak bercampur dengan mereka-mereka yang berhati busuk itu...tuan puteri koma semula...kejamnya mereka...madu yang diberi racun yang dibalas...tunggulah...
tunggulah pembalasan dari Tuhan kerana doa orang yang teraniaya tanpa hijab....
Tuan...Puteri...bangun....bangun.... syair ombak rindu...yang tuan puteri karangkan ...kami bacakan ye....
PUTRI RIMBA NIAGARA
28 Jun 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA & GRUP MASYARAKAT ADAT MATARAM & DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
28 Jun 2012
Unlike · · Unfollow Post · Yesterday at 8:47pm
12 hours ago ·
SEBAGAI ROH DI KALANGAN HAMBAMU YANG BERIMAN
Sahabat...
Biarpun nyawamu sudah habis
Tapi rohmu masih hidup
Hidup dan terus hidup
Tika jasadmu hidup...
Kita tahu wujudnya roh
Tapi kita tiada rasa kehadirannya hidup bersama kita
Selama kita hidup
Pabila kita solat bertemu Tuhan
Allah nampak kita
Dan kita rasakan kehadiran Tuhan
Cumanya jika kita tidak lalai dalam solat
Bila kita sudah bergelar roh
Roh cuma melihat jasad yang terbaring kaku
Sebelum dimandikan dikafankan disembahyangkan dikebumikan
Kini barulah kita yakin seratus peratus kita adalah roh
Bukan manusia lagi yang hidup
Mereka yang hidup tak nampak kita
Tapi kita nampak mereka
Sedang meratapi kematian kita
Kita ...bercakap-cakap dengan mereka
Tapi mereka tidak mendengar apa yang kita cakapkan
Semuanya sudah tiada apa-apa makna lagi...
Yang bermakna sekarang...
Bekalan yang di bawa...
Ye bekalan...
Allahu Akhbar ....
Adakah aku sudah bersedia untuk bertemu dengan Tuhanku
Yang menciptakan aku...
Yang memberi peluang ketika aku hidup di dunia
Ya Allah berkat aku bersangka baik dengaMu Ya Allah
Terimalah segala bekalan yang kubawa ini
Biarpun bekalan ini... malu untuk aku persembahkan padaMu
Serasa mahu aku dihidupkan semula
Agar aku masih berkesempatan mengumpul lagi sebanyak bekalan
Walaupun dengan menyebut sepatah perkataan Allahu Akhbar
Tapi mana bisa mungkin aku dihidupkan semula
Masa untukku sudah tamat
Sudah tercatat aku ditakdirkan hari ini adalah hari terakhir aku
Berhidup di bumi Tuhan.
Hari ini mahu tak mahu aku akan berjumpa dengan Tuhanku
Aku akan ditanya soalan kubur dan hari ini bersedia atau tidak aku mesti bersedia apa saja yang berlaku ke atas aku ...tak boleh sebut redho kerna redho itu hanya diberi peluang tika hidup di dunia saja.
Apa saja setelah mati adalah balasan yang setimpal dengan amalan ketika berhidup di dunia....
Allahu Akbar semasa hidupku yang aku pasakkan di kalbu bahawa
Kau sentiasa mengikut prasangka hambaNya...aku selalu berperasangka baik padaMu Ya Allah makaNya terimalah rohku ini
Sebagai roh-roh di kalangan hambaMu yang beramal soleh.
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya Ratu Rimba Niagara
28 Mei 2012
(PETIKAN DARIPADA BORNEO DALAM INDONESIA MALAYSIA & BRUNEI)
28 Mei 2012
Monday at 6:07pm · Like · 1
Like · · Unfollow Post · 2 hours ago
12 hours ago ·
KU DAN TUHAN
Tuhan ...
Aku rindu pada-Mu
Kapan hati yang keruh ini bertemu dengan-Mu
Wibawa sering lupa dan melakukan dosa
Akankah ampunan-Mu menyertai ku?
Tuhan ...
Aku makhluk ciptaan-Mu sempurna
Sempurna akan makhluk-makhluk-Mu
Bersikap, bermoral etika sistematika
Indah bersama norma-norma-Mu
Hanya kepada-Mu memohon Do’a
Tuhan ...
Aku bersyukur dalam cengkraman-Mu
Hadir tiap malam tuk mendekat dengan-Mu
Membina cinta yang indah ...
Indah surga moga jadi rumah abadi
Derai airmata menjadi saksi
By Muhamad Abdul Rahim
29 Juni 2012
Unlike · · Unfollow Post · 11 hours ago near Surabaya, Jawa Timur
You like this.
TUHAN BALASLAH CINTA HAMBA-MU INI
Tuhan balaslah cinta hamba-Mu ini
Hamba adalah hamba-Mu yang hina
Tapi semampu daya ingin muhasabah diri
Ingin pulang ke Pangkuan-Mu
Dalam Redha lagi di Redhai
Aammin Ya Rabbal A'Lamin
RATU RIMBA NIAGARA
121212
PANTUN MUHASABAH DIRI SENDIRI
Tidurku lena yang panjang;
Terkeduku bila terjaga dari lena;
Aku menyesal memanjang,
Alam barzah menantiku dari lena.
Aku ketakutan pabila jaga dari lena,
Air mata penyesalan sudah tiada erti;
Lenaku di dunia membawaku ke sini,
Alam barzah yang sedia menanti.
Datang ke sini tanpa bekalan,
Aku menyesal terlepas peluang;
Peluang yang diberiNya kubiarkan,
Matilah aku dalam bekalan yang kosong.
Tuhan hidupkan aku ke dunia semula,
Mahuku berbuat segala amalan;
Berbuat baik pada Allah jua manusia,
Agar dapat kutebus segala penyesalan.
Tapi apakan daya nasibku malang,
Aku yang menempah nasibku begini;
Bukan Allah tidak memberiku peluang,
Ketika hidup aku orang yang rugi.
Menyesal aku sendiri,
Merana aku sendiri;
Kini aku menyendiri,
Alam barzah meranaku sendiri.
Oh! Tuhan di pagi yang mulia dan penuh berkat ini
Kau masih memberi aku peluang untuk aku merebut segala
peluang amalan sebagai bekalan ke alam barzah.
Dengan Belas-EhsanMu Tanpa Batas Kau Limpahkan
Sinar Nur Hidayah KasihMu padaku hingga ke nafas
terakhirku agar aku dapat membawa bekalan yang Kau Redhai.
Amin Ya Rabbal ALamin.
Karya Ratu Rimba Niagara
121212
CINTA ALLAH SENTIASA ADA UNTUK SEGENAP HAMBA-NYA
Andai manusia tahu
Cinta Allah sentiasa ada untuk segenap hamba-Nya
Pasti waktu amat bermakna
Untuk memburu cinta-Nya yang tiada penghujung-Nya
Dan mengenepikan segala kebuntuan tak menentu
Karena waktu tak menunggu
Bila sampai waktu
Dipanggil Ilahi
Cinta-Nya yang didambakan di kala hidup
Terjawab sudah
Bahagia di kala itu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Di sejadah cinta tika bersujud di dunia
Menjadi bukti cinta dibalas sesudah mati..
Itulah cinta yang berarti
Tiada henti...tiada noktah...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
121212

CINTA ATAS KETENTUAN-NYA
Cinta yang didambakan
Oleh dua insan untuk
Mematrikan cinta
Dalam redha Ilahi
Membawa tragedi yang menyayat hati
Entah apa dosanya
Mencintai yang dicintai
Saling cinta mencintai
Atas dasar Cinta Atas Ketentuan-Nya
"Berdosakah aku mencintainya," Itulah
Yang selalu diungkapkan berulang kali
Berkali-kali sambil memandang cincin
Bertahtakan permata dari Syurga dari
Bidadaranya yang diKurniakan oleh Pencipta cinta dan rindu.
Selalu yang dilafakan , " I love u darling & I miss u darling "
Suasana kehidupan bagaikan di Syurga
Berkata-kata bak penghuni Syurga
Beribadat bersama-sama
Sebagai bekalan pulang ke negeri abadi
Moga diterima segala amalan itu
Dapatlah mematrikan cinta hingga ke Syurga
Ahhh! Dunia impian setiap pasangan bidadara dan bidadari
Yang faham apa itu Takdir Atas Ketentuan-Nya
Sedang mahu keluar dari istana, 'Rumahku Syurgaku'
Untuk mencari rezeki disamping untuk meringankan beban
Bidadara yang hidup serba sederhana...
Dia ditahan oleh sekumpulan manusia berhatikan binatang buas!
Memukul ...menghentak ...seluruh tubuh sehingga
Berdarah....berdarah...darah...
Sampai separuh mati...dikerjakannya....
Raungan si bidadari cinta tidak dihiraukan
"Tolonglah fahami keadaan aku...
Berdosakan aku mencintainya...aku cumalah redha atas ketentuan-Nya
Cinta Kurniaan-Nya kenapa harus dengki denganku? Bunuhlah aku kalau
Itu dapat meredakan dendam kalian yang membara-bara itu...aku sudah
Redha kerana Ketentuan Cintaku Bersama Bidadaraku Hanya setakat ini saja...LAILLAHAILLAH MUHAMMADDARRASULLALLAH"
Setelah habis bidadari cinta menghabiskan kalimah shahadahnya ...tubuhnya yang berdarah....darah...darah...disimbahi dengan minyak tanah oleh si pendendam Cinta menghidupkan api langsung terbakar hanguslah tubuh bidadari cinta kerana-Nya"
Yang menjadi kemusykilan semua orang... Cincin Cinta Permta Dari Syurga tidak hangus...malah makin bersinar-sinar....dikucup penuh dengan linangan air mata oleh si bidadara cinta...." Kanda cincin permata Syurga ini adalah tiket dinda untuk ke
Syurga-Nya dan Insya-Allah cinta kita akan diteruskan di Syurga....makanya di hari kematian dinda nanti redhakan saja kematian dinda...percayalah dinda akan menunggu kanda di Pintu Syurga ...biarpun kita terpisah jasad tapi cinta kita tetap bersatu di alam cinta redha Ilahi...I love n miss u forever n ever kanda...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
121212

LUAHAN HATI SEORANG HAMBA-NYA
Waalaikummussalam wr wb
Kepada Yang DiMuliakan Pangeran Adipati Agong...
Sejujurnya patik tabik hormat
Kepada YM Pangeran Adipati Agong...
Kerana mengadili patik mengikut
Pertimbangan yang wajar
Tanpa dipengaruhi mana-mana pihak
Patik bersyukur kepada Allah Azzawajallah
Kerana DiKurniakan hamba-Nya
Yang diberi darjat diraja
Bukan untuk membangga diri
Tetapi untuk membela rakyat jelata
Tidak sia-sialah perjuangan patik
Bersama kerabat diraja berusaha
Sepenuh daya untuk memartabatkan
Institusi diRaja Nusantara yang telah dilupakan
Dalam lipatan sejarah nusantara
Bahawa raja-rajalah yang
Mempertaruhkan nyawa
Demi kemerdekaan Nusantara...
Untuk dihadiahkan kemerdekaan kepada
Rakyat yang baginda kasihi
Sepenuh jiwa dan raga
Keputusan YM Pangeran Adipati Agong...
Mengeluarkah mereka yang menfitnah patik
Amat memeranjatkan patik
Kerana patik sudah bersedia
Untuk dikeluarkan dari grup ini
Atau patik yang keluar dari grup ini
Demi kedamaikan grup ini
Kerana telah banyak yang patik lalui
Sepanjang menyertai grup
Di alam maya
Pernah terjadi
Admin grup
Mengeluarkan patik daripada grup tersebut
Gara-gara admin menfitnah patik
Deletekan post yang dihantarkan ahli grup
Patik menafikan kerana
Mana mungkin patik deletekan post
Kerana patik baca post tersebut pun tidak
Dan mana mungkin patik boleh deletekan post
Tersebut kerana patik bukan admin
Puas patik menafikan
Tapi admin masih tak berpuas hati dengan patik
Selepas itu admin
Mencari kesalahan patik
Mengatakan karya-karya patik
Menyemakkan dinding-dinding
Grup beliau
Sedangkan patik siarkan karya
Terlalulah banyak dari pagi
Hingga ke malam
Berhari-hari
Berminggu-minggu
Berbulan-bulan
Hingga ke bintang
Salah seorang ahli grup
Yang bijak pandai
Yang ada ijazah doktor falsafah kesusasteraan melayu
Menegur karya patik
Tak berkualiti
Bahasa berterabur
Sebab itu menyemakkan
Dinding-dinding grup tersebut
Dan mengganggu ahli lain untuk berkarya
Disambung ayat oleh admin di situ
Terlalulah sedih hati patik di kala itu
Sudahlah patik siang malam
Munyumbang baktikan karya
Secara percuma
Tanpa apa-apa bayaran se sen pun
Tapi dikutuk habis-habisan
Lebih menyedihkan lagi
Salah seorang ahli pujangga di situ
Membuat sebuah sajak
Bertajuk. SAMPAH!
Dan admin di situ like
Dan memberi komen
Karya-karya sampah
Jangan menyemakkan di sini
Semak....semak...
Jangan bikin orang menyampah!
Menangis patik mendengar
Penghinaan itu
Tiga hari tiga malam patik menangis
Atas penghinaan Admin
Kepada karya-karya patik
Yang dikatakan sampah
Patik tak kisah jika
Apa yang patik karyakan
Mengenai puisi yang tak ada mesej
Hinalah sampah pun tak apa
Patik boleh terima
Tapi yang patik tak boleh
Terima sama sekali
Patik mengarangkan
Puisi bertemakan
KETUHANAN
JIWA SEORANG HAMBA
BERKASIH SAYANG KERANA-NYA
Kerana sikap admin
Yang sombong itu
Patik hendak keluar dari grup tersebut
Tapi dihalang oleh
Ahli grup yang lain
Yang sukakan karya-karya patik
Tapi admin tetap juga dengan
Keputusannya mahu keluarkan patik
Dari grup tersebut
Dengan mengatakan
YANG PATAH AKAN TUMBUH
YANG HILANG AKAN BERGANTI
Dan patik dikeluarkan dari
Grup tersebut
Begitulah pengalaman
Patik dalam menyertai grup-grup
Di alam maya ini
Kebanyakannya terlalu
Amat mencabar dan melukakan hati
Tapi ada hikmah di sebaliknya
Patik dapat ilmu
Yang tak ternilai harga-Nya
Patik bersyukur sebanyak-banyak-Nya
Kerana diKurniakan ilmu
Bak Permata Syurga
Walaupun banyak air mata yang tertumpah
Dek penghinaan mereka yang tak senang
Patik berkarya mengenai Ketuhanan
Patik yakin
Tuhan bersama patik
Dialah yang memujuk patik
Di kala patik kesedihan
Atas penghinaan mereka ke patik
Gara-gara menulis
Karya-karya Ketuhanan
Patik sedar ...
Patik tidaklah sesempurna mereka
Memiliki kesempurnaan hidup yang sempurna
Patik tak sebijak mereka
Yang mempunyai ijazah bergulung-gulung
Patik tak sealim mereka
Yang faham ilmu agama
Patik tak sekaya mereka
Yang memiliki harta tinggi menggunung
Patik tak sebahagia mereka
Yang mempunyai kesempurnaan cinta
Patik tak punyai apa-apa
Patik adalah hamba-Nya
Yang sentiasa diuji dan diuji
Biarpun patik pernah memohon
Pada-NYa ambil sajalah nyawaku
Aku tak tahan diuji begini hebat!
Syukur Alhamdulillah
Allah tak memakbulkan doa patik
Mengambil nyawa patik
Dalam keadaan patik tak redho
Apabila diuji
Yang cuma hanyalah 1% saja
Jika hendak dibandingkan
Nikmat ilmu dan kemanisan iman
Yang dikurniakan pada patik
Itu adalah lebih bernilai
Daripada dugaan-dugaan
Yang diberikan pada patik
Syukur Ya Allah...
Kau memanglah
Maha Bijaksana
Ilmu ghaib semua dalam pengetahuan-Mu
Tak akan Kau uji hamba-Mu
Mengikut kemampuan hamba-Mu
Melainkan untuk kebaikan hamba-Mu juga
Kau uji tanda Kau cinta
Kau uji tanda sayang
Aku bersyukur kerana
Kau pilih aku menerima ujian-Mu ini
Kumohon pada-Mu Ya Allah
Setiap apa yang Kau uji aku
Berikanlah aku kekuatan
Menerima setiap takdir ke atasku
Dengan rasa redho
Kerana aku sudah pasrahkan
Hidup dan matiku
Hanyalah untuk-Mu
Moga dengan Rahmat kaseh-MU
Tanpa Batas Kau Perkenankan
Segala cita-citaku yang ada Nilai di Sisi-Mu
Sebelum aku bertemu-Mu
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Luahan hati seorang hamba-Nya,
Ratu Rimba Niagara @ Putri Alam Nilam Purnama
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
Istana Rimba Niagara
MALAYSIA/INDONESIA/BUNEI/SINGAPURA/THAILAND
12 Disember 2012
WARKAH UNTUK SAHABAT SULAIMAN DAWUD
'MOGA MENJADI REALITI VISI KERAJAAN RIMBA NIAGARA'
Bukan visi Kerajaan Rimba Niagara membantu Imam Mahdi...tapi Imam Mahdi yang membantu/menyokong dalam segala yang diperlukan akan menjadi kenyataan visi Kerajaan Rimba Niagara..Insya-Allah . AAmiin.
Yang mendapat syafaat Nabi di padang mahsyar kelak cumalah 70 ribu orang umat Nabi Muhammad SAW...
Kerana nabi Muhammad SAW sayangkan umatnya meminta Allah SWT tambahkan lagi..makanya Dengan Rahmat Kasih Allah SWT Allah ditambah 70 ribu x 70 ribu itulah jumlah umat nabi Muhammad yang mendapat Syafaat Nabi Muhammad SAW
Moga berkat kita memperjuangkan jalan-jalan fisabilillah...kita terpilih mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW..
Insya-Allah Aamiin. Itulah visi kerajaan Rimba Niagara. Moga Allah SWT hadirkan tentera-tentera fisabilillah
untuk membantu agar menjadi realiti segala yang dicitakan.
Insya-Allah Aamiin.
Harap dengan penjelasan ini menjadi pencerahan buat tuan hamba di sana. Wassallam.
SETIAP YANG BAIK DATANG DARI-NYA
YANG KHILAF ITU DARI HAMBA SENDIRI
MAKANYA MAAFKAN HAMBA JIKA ADA
YANG TERSALAH BICARA
HAMBA BUKANLAH SESIAPA
JIKA TIDAK IZINNYA HAMBA
TIDAK DAPAT MENULIS
BIARPUN SEPATAH PERKATAAN...
Siapalah hamba di hatimu
Siapalah hamba di Sisi-Nya
Yang hamba mahu sahabat semurni kasihmu
Agar dipermudahkan jalan-jalan menuju ke Syurga-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...
Sahabatmu Dari Rimba Niagara,
Ratu Rimba Niagara
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
21 Muharram 1434H
5 Disember 2012M
PERTEMANAN NILAINYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
akasara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niaga tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
Pradita Fia Bundaku sayang / parasmu yang cantik/melambangkan hatimu yang dermawan/kalimatmu yang menyejukan/ untaian kata yang selalu kurindu/ saat kugundah/percikan nadamu/bangkitkan hati yang terluka/ sejukan jiwa yang kerontang/ dan memberikan semangat/ seperti mentari yang tak bosan berkunjung....
SAHABAT DUNIA AKHIRAT
Yang membuat kita rasa sempurna bilamana sahabat kita ikhlas bersahabat kerana Allah Taala dan setiap kali berkata-kata menenangkan roh dan jasad.
Itulah sahabat sejati berazam bersama mematrikan persahabatan hingga ke Syurgawi. Insya-Allah Aamiin.
14 Muharram 1434H
28 November 2012M
Di saat terakhir aku memandang wajahmu ibu... bagaikan memandang indahnya purnama...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
moga Syurga lah tempatmu ibu
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajallah kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya
Memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI
DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KEINDAHAN ALAM CIPTAAN TUHAN LAGI DIPANDANG LAGI TAK JEMU KERANA KEINDAHAN YANG TERINDAH MENENANGKAN JIWA ALLAHU AKBAR
YA ALLAH JADIKANLAH KARYA SASTERAKU MENGALIR SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA YANG MENGALIR TERUS MENGALIR MENYATU HINGGA KE SUNGAI-SUNGAI SYURGA-MU
AKU MENULIS KERANA-MU
ILHAM YANG AKU TULIS DATANG DARI-MU
KAU HADIRKAN ILHAM TANPA HENTI PADAKU ATAS KEHENDAK-MU, AKU BERSYUKUR ILHAM DATANG TANPA HENTI-NYA ,ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH
TANPA IZIN-MU AKU TIDAK DAPAT MENULIS BIARPUN SEBARIS AYAT, ALLAHU AKBAR KEKUASAAN-MU MENGATASI SEGALA-NYA.
YA ALLAH KERANA KARYA SASTRA YANG KUTULIS ADALAH DARI-MU JADIKANLAH AKU DAN YANG MEMBACA KARYAKU
HAMBA-MU YANG SENTIASA REDHA ATAS TAKDIR-MU
PERCAYA SETIAP YANG DITAKDIRKAN ITU ADA HIKMAH DI SEBALIK-NYA
YA ALLAH JADIKAN KARYA SASTERA YANG KUTULIS SESUAI DENGAN ZAMAN WALAUPUN ZAMAN TERUS BERUBAH TAPI KARYAKU SENTIASA ADA DI JIWA SEMUA MANUSIA YANG MENGHAYATINYA KERANA SASTERAKU ADALAH ILHAM DARI-MU, JIKA ILHAM DARI-MU PASTI MEMBERI KEBAIKAN PADA DIRIKU DAN PADA SEMUA YANG MEMBACA KARYAKU.
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'SASTERAKU ILHAM DARI-NYA'
NAMA PENAKU INI ILHAM DARI-NYA JUGA
ADA YANG TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT
ATAS NAMA PENAKU INI
RATU SEORANG RAJA/RATU ATAU PEMIMPIN ITU YANG TERSURAT YANG TERSIRAT MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA
RIMBA AGAR SENTIASA RASA MERENDAH DIRI MEMERINTAH DI KERAJAAN RAKYAT RIMBA JADI TIADA SIAPA HENDAK CEMBURU KERANA BUKAN MEMERINTAH KERAJAAN MANUSIA ,TERSIRATNYA MAHU DAPATKAN INSPIRASI UNTUK MENJIWAI WATAK RAJA DAN PEMERINTAH UNTUK DITUANGKAN ILHAM DALAM KARYA SASTERA.
NIAGARA KARYA SASTRA YANG DIHASILKAN SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA SENTIASA MENGALIR, SENTIASA BERSASTRA TANPA HENTI SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA, BIARPUN NAFAS TERHENTI SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS-TERUSAN DIBACA OLEH YANG MASIH HIDUP ,
MOGA ILMU SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS MASUK KE AKAUN SAHAM AKHIRATKU SEPERTI MENGALIR AIR TERJUNAN NIAGARA MENYATU TERUS KE SUNGAI-SUNGAI SYURGAWI INSYA-ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Manda Conai Assalamualaikum wbt selamat malam Adinda sayang
Ratu Rimba Niagara Waalaikummussalam wr wb kandaku sayang...moga gembira membaca karya yang dinda siarkan dan diberkati olehNya. Aamiin.
Manda Conai Alhamdulillah Nak tidur suka buka FB Adik fikiran pun melayang dibuat terbuai dgn kata yg indah
Ratu Rimba Niagara Alhamdulillah tiada kata seindah bahasa ...bahasa yang membuatkan lebih mengenaliNya dan cintakanNya itulah yang terindah...Allahu Akbar Aamiin.
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
12 RABIULAWAL 1438H
12 DISEMBER 2016

YA ALLAH JIKA ADA PAHALA DI SETIAP PENULISANKU SAMPAIKANLAH PAHALA ITU KEPADA KEDUA ORANG TUAKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

SubhanAllah
Suka6 min


Suka3 min

Utami Utami Aamiin allahuma amiiin...

0 comments:

Post a Comment

 
;