Tuesday, 31 January 2017

KARYAKU DUNIAKU (125) LENTERA SASTRA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA



KARYAKU DUNIAKU (125) LENTERA SASTRA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA


MENCINTAI-MU ALLAH TIADA PENGHUJUNG-NYA
Akan selalu kusebut dan kusimpan dalam hati namaMu ya Allah,,, hingga nafas ini tak lagi berjalan.........!!! — at اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ.
ALLAH KAU KU CINTA
ALLAH KAU KURINDU
ALLAH KAU DI HATI
ALLAH CINTA-MU RINDU-MU
TELAH KUUKIR DI HATI INI
AGAR AKU SENTIASA INGAT
CINTA-MU RINDU-MU
"Kurela Darahku Dijadikan Tinta Demi Perjuangan Kasih Sayang Kerana-Nya Yang Kudambakan Dalam Hidup Ini,"

SULTAN HASANAL BOLKIAH
Aamiin-kan doa ini:
Ya Allah, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami, kemanapun kami melangkah Engkau menyertai kami, dalam kehilangan, kesakitan dan terluka kami.
Kuatkanlah kami dalam menjalani hidup ini untuk menebarkan cinta dan kasih sayang bagi sesama.





KASIH ANTARA KITA KERANA-NYA

1 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI

Foto Noorulamin Mukhtasar.
Noorulamin Mukhtasar bersama Siti Noridah dan 6 yang lain.
Tulislah "Aamiin" jika doa ini juga doa anda!!!
Alhamdulillah Ya Allah ,
Alhamdulillah Ya Rahman ,
Alhamdulillah Ya Rahim.. 
Wahai Tuhan yang menciptakan cinta, wahai tuhan yang membisikkan rindu, jadikanlah cinta & rindu kami hanya untukmu Ya Allah.
Ya Allah lembutkanlah hati kami semua hanya kepadaMU sebagaimana kau lembutkan besi kepada Daud AS.
Ya Allah tundukkanlah hati kami semua, anak-anak kami semua hanya kepadaMU Ya Allah.. sebagaimana kau tundukkan laut kepada Musa AS.
Ya Allah kau tuhan yang kami sembah dan dari dikau kami meminta pertolongan.
Ya Allah tunjukkan kepada kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang kau beri nikmat, jalan orang-orang yang kau beri kebahagian di dunia & akhirat, jalan orang-orang yang berjaya memasuki syurgaMU Ya Allah.
Ya Allah ..Ya Allah masukkan kami, keluarga kami, Anak-Anak kami ke dalam syurgaMU Ya Allah... Jangan Ya Allah..Jangan Ya Allah .. Jangan Ya Rahman .. Jangan Ya Rahim.. Jangan benarkan kami, ibu kami, Ayah kami, Suami Kami, Anak-anak kami masuk ke nerakamu... Ya Allah kami tak layak ke syurgaMU Ya Allah tapi kami takut ke nerakamu Ya Allah.. Ya Allah masukkan kami ke syurgaMU kerana kami amat takut kepanasan api nerakamu... Ampunikanlah dosa-dosa kami Ya ALLAh...
Amin Ya Rabbal'Alamin ...
   
   
   
   

Foto Manda Conai.
Manda Conai ke Islam Itu Indah & Lengkap
ASSALAMUALAIKUM WBT DUNIA ALLAH
HIT LIKE AND TYPE ALLAH HU AKBAR /SUBHANALLAH.YA KHALIQ
TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'KASIH ANTARA KITA,' Karya Ratu Rimba Niagara, Kdymm Sultan Hassanal Bolkiah , Prince Abdul Malik, YM Sri Pemangku Adat, Muhammad Zahid, Alam Pren Adni Mpn & Pradita Fia
SASTERA ITU BAHASA HATI DAN ROH
Sastera itu indah...
Teruskan Membaca

Foto Roses.
   
   
   
   
SUBHANALLAH PEMANDANGAN YANG MENENANGKAN JIWA ANUGERAH-NYA
ALLAHU AKBAR

Foto Haqqadirrauf Bkl.
   
   
   
   

HEBATNYA KASIH SAYANG SESAMA INSAN ATAS DASAR KERANA ALLAH TAALA

Dalam berkarya aku ingin mendapat kasih sayang Allah,
kasih sayang seluruh penghuni langit dan bumi
itu yang  aku dambakan Aamiin.

Kasih sayang yang lahir dari lubuk jiwa  teramat dalam
KurniaanNya  beginilah maha dahsyatnya kasih sayang
penghuni rimba niagara sesama mereka menyayangi
sepenuh hati setulus hati rela pertaruhkan nyawa demi kasih sayang
tiada berdengki hati jauh sekali mendendami sebab itu kupilih
Rimba Niagara untuk hidup berkasih sayang  berbelas kasihan.
Kehidupan di rimba niagara ini uang tiada nilaian yang ada nilaian
kasih sayang semurni hati. Ukiran daunan kasih sayang adalah pengganti uang.
Mereka lebih memilih kasih sayang daripada harta dan pangkat. Mereka bilang lagi setiap ukiran daunan sastra Ratu Rimba Niagara adalah kehidupan mereka sebab itu mereka akan pertahankan ukiran daunan kasih sayang Ratu Rimba Niagara walaupun nyawa jadi taruhan. Mereka kini sudah mati lemas di Pantai Cinta Ombak Rindu ketika mencari mahkota Ratu Rimba Niagara yang hilang. Jika disuruh pilih kasih sayang mereka atau darjat Ratu, ku akan pilihkasih sayang mereka setulus hati.

Darjat ratu ini adalah wasiat mereka agar Ratu Rimba Niagara dapat membela nasib seluruh rakyat rimba niagara daripada dizalimi oleh manusia yang berhati kejam atas kedamaian penghuni rimba niagara. Mereka berwasiat lagi agar Ratu Rimba Niagara terus berkarya walaupun mereka tidak lagi menjadi hulubalang sastra Ratu Rimba Niagara akan ada hulubalang yang lebih perkasa untuk menjaga dan memelihara seluruh Khazanah Karya Sastra Ratdu Rimba Niagara dan hulubalang sastra jugalah akan merealitikan cita-cita sastra Ratu Rimba Niagara.
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Kuasa Allah mengatasi segala yang ada di langit dan di bumi Allahu Akbar
Tiada daya upayaku melainkan kudrat dan iradatNya  tanpaNya siapalah aku.

Karya Ratu Rimba Niagara
28 JamadilAkhir 1435H
28 April 2014

Kesultanan Mataram Indah
Ratu Rimba Niagara Terlalu indah tak dapat dilahirkan dengan kata-kata.
Maha dahsyatnya jika berkasih sayang sesama insan atas dasar karena Allah Taala. In Shaa Allah AAmiin .
Kesultanan Mataram Amin, Alhamdulillah.
TERIMA KASIH ALLAH KARENA IZINKAN AKU BERKARYA SASTERA DAN MENGURNIAKAN HAMBA-MU UNTUK MENDUKUNG PERJUANGAN CITA-CITA SASTRAKU.
CAHAYA CINTA ALLAH UNTUK PARA HAMBANYA
Cahaya cinta matahari
Cahaya cinta bulan
Memancar-mancar
Berkilau-kilauan
Tak jemu dipandang
Terus memuji KebesaranMu Tuhan
Itulah Cahaya Cinta Allah Untuk Para HambaNya
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Januari 2012







Kenangan Anda di Facebook
Ratu Rimba Niagara, kami prihatin tentang anda dan kenangan yang anda kongsi di sini. Kami fikir anda ingin melihat kembali selepas ini dari 5 tahun lalu.
SEORANG PENYAIR MENYEGARKAN IMANKU YANG TAK LAYU-LAYU
Ayu...ayu..ayu...
Matamu yang kuyu
Senyumanmu bertambah ayu

Duhai wanita melayu
Semangatmu tak pernah layu
Syairmu suka merayu
Rayu iman yang kian layu
Kini segar tak jadi layu
Aku sukakanmu duhai wanita nan ayu
Syairmu tak pernah membuatkanku layu

Aku suka pada syairmu ayu
Berkaryalah terus berkarya duhai ayu
Karyamu sentiasa segar tak layu-layu
Syukurku padaNya Anugerah padaku wanita nan ayu
Seorang penyair menyegarkan imanku agar tak layu-layu

Karya Ratu Rimba Niagara
21 Januari  2012

YA ALLAH JADIKAN LAMAN FBKU SEPERTI TAMAN-TAMAN SYURGA

Ya Allah kupohon belasan kasihanMu Ya Allah
jadikan rakan-rakan fbku dan grupku menyayangiku keranaMu
saling berbagi ilmu yang dimiliki dan jauhkan kami dari sifat-sifat
mazmumah yang mana boleh memisahkan kami...
kami saling membantu dan berkorban kerana 
masalah rakanku adalah masalah aku juga
susahnya susahku juga

Berilah aku kekuatan untuk membantunya
jauhkan hatinya membenci diriku kerana siapapun
yang Kau hadirkan dalam hidupku walaupun cuma
di alammaya adalah permata yang berharga

Bukakan hatinya untuk menerima persahabatan
ini ikhlas keranaMu
berkatilah persahabatan kami dan patrikanlah
persahabatan kami hingga ke SyurgaMu
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
'Ya Allah kumerayu padaMu jadikanlah laman FBku seperti Taman-Taman
Syurga yang penghuninya berkata mengikut iman bukan mengikut perasaan
berkata-kata indah mengundang iman mengundang Nur Hidayah KasihMu
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

'Kusayangmu demiNya'
Karya Ratu Rimba Niagara
22 September  2012

IMPIANKU MENJADI REALITI APABILA KARYAKU TERSIAR DI ALAM MAYA


BERSAMA KITA SEMARAKKAN,'LENTERA SASTRA NUSANTARA,'
HINGGA KE HUJUNG DUNIA...
ATAS NAMA CINTA SASTRAMU SASTERAKU
Atas nama cinta
aku ingin mencintaimu
aku ingin memujamu selalu
aku ingin mengabdikan diriku
mencintaimu hingga ke nafas terakhir
biarlah aku korbankan segala hidupku
biarlah aku dihina sehinanya kerana mencintaimu
biarlah jiwaku duka lara
biarlah hatiku remuk redam
biarlah aku dibenamkan
ke laut negeri antah berantah
dibenamkan sampai mati
tanpa siapapun
yang sudi menolong
lagi dibenam
lagi aku
meminta tolong
sampai tenggelam suaraku
minta dikasihi
lagi aku minta dikasihani
lagi aku dizalimi tanpa ehsan
di mananya kemanusiaan
di negeri antah berantah
adakah yang ada di negeri antah
berantah pepatung
mendengar tapi tak dengar
melihat tapi tak lihat
ada hati tapi tak punya hati
bisa bersuara tapi tak bersuara
ada akal tapi tak berakal
mana sumpah setia cinta?
adakah itu palsu belaka?
adakah sekadar mainan di bibir saja?
Ahh!
Aku tak tahu dimananya dunia realiti
di mana dunia mimpi?
ternyata aku berada di dunia realiti
di negeri antah berantah
yang kuratah
adalah penghinaan
yang terlalu hina
sedangkan setiap hari
setiap masa
yang kuungkapkan
bahasa-bahasa indah
bahasa kasih sayang
bahasa kemanusiaan
bahasa untuk sama
mengajak diriku
yang tak sempurna ini
bersama-sama sahabat tercinta
muhasabah diri bersama-sama
menuju ke jalan-Nya
tiada terniatpun
untuk berada di negeri Antah Berantah
merampas kuasa kerajaan
menjadikan negeri antah berantah
untuk mencipta nama terhebat di Nusantara
sepertimana yang dikatakan pujangga
jika ikan di laut pergi ke darat kitalah yang memasinkan
adakah di sini aku mencipta namaku
tuk menjadi gah gagah!
menggunakan Nama Negeri Antah Berantah
demi kepentingan diriku sendiri?
adakah itu maksudmu!
kalau itu maksudmu
kau silap...
aku tak dikenali oleh sesiapa
baik di Malaysia atau di Indonesia
cuma aku dikenali
di seluruh Rimba Niagara
dan aku bukan tin kosong
seperti yang dilaungkan
jika aku tin kosong
adakah tin mu penuh
kalau penuh buktikan?
mana karyamu yang hebat?
boleh aku menuntut ilmu denganmu
kerana tinku kosong
dapat kepenuhi dengan ilmumu
dapat aku masinkan ikan dilaut
dengan ilmumu yang tinggi
sejujurnya aku tak mahu
jadi ikan masin orang yang masinkan
aku ingin menjadi ikan masin
aku yang masinkan sendiri
bukan ikan masin orang
untuk kepentingan sendiri
ikan masinmu
ikan masinku
tin penuhmu
tin kosongku
kita berbeda
pendapat dan pandangan
di negeri antah berantah
tapi percayalah
matlamat kita tetap sama
untuk memartabatkan
sastramu sasteraku
SASTERA MELAYU SENUSANTARA
Atas nama cinta sasteraku sastramu
Sudilah mencintai dunia yang kudambakan
DUNIA SASTRA
YANG KAU MINATI
YANG AKU MINATI
SEJAK AZALI LAGI
TANPA SANGSI LAGI
TANPA CEMBURU LAGI
DEMI-NYA KITA BERSASTRA
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 Sept 2012
ATAS NAMA CINTA SASTERAKU SASTRAMU
ANGANMU ANGANKU DI ILUSI MIMPI JADI REALITI DENGAN IZIN-NYA
Kedamaian bermula dengan kasih sayang.
Jadi mari kita semua memberikan cinta sedikit untuk Hari Keamanan Antarabangsa.
PUNGGUK DI ILUSI MIMPI REMBULAN
LENTERA SASTRA NUSANTARA
Atas nama cinta sasteraku sastramu
Sudilah mencintai dunia yang kudambakan
DUNIA SASTRA
YANG KAU MINATI
YANG AKU MINATI
SEJAK AZALI LAGI
TANPA SANGSI LAGI
TANPA CEMBURU LAGI
DEMI-NYA KITA BERSASTRA
MEREALISASIKAN ANGANKU ANGANMU!
"ANGANMU ANGANKU DIREALISASIKAN JADI REALITI!"
'Terima kasih sahabatku...kaulah satu-satunya yang menyuburkan semangatku untuk berkarya dan sokonganmu itu buatkan hatiku terharu dalam Syukur. Moga kau sentiasa berada di puncak jaya seperti bintang di langit! Nanti kuhadiahkan padamu sebuah puisi untuk menyubur semangat juangmu bertajuk, 'Apabila Tapak Sulaiman Menjadi Bintang!"
MARI BERSAMAKU KE PUNCAK JAYA!
"Jangan Bilang Gak Bisa Sebelum Berusaha"
"Jangan Berputus Asa Bila Dah Usaha"
"DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN"
"USAHA TANGGA KEJAYAAN!"
"ANGANKU ANGANMU SEIRING DIREALISASIKAN"
"MARI BERJAYA BERSAMA-SAMA"
"KITA DILAHIRKAN UNTUK BERJAYA"
"MELANGKAH JAUH DARI YANG BIASA"
"MARILAH BERSAMAKU KE PUNCAK JAYA"
Justeru Hargailah Kasih Sayangku Ini!
KEJAYAANMU KEBAHAGIAANKU
Tahniah, kreativiti yang mengagumkan daripada Purwodhowo Kediri. Salut 3 kali Pencetus Pelangi Budaya Nusantara. Nusantara sepi tanpa kreativitimu. Moga terus sukses menggapai bintang untuk seluruh anak bangsa ibu Pertiwi Nusantara. Aamiin.
KITA MASIH ADA ALLAH
Ratu Rimba Niagara:
KANDA BANGGA PUNYAI ADIK BERBAHASA INDAH
MENENANGKAN JIWA
BERHATI MULIA
MENYANJUNGI MENYAYANGI SESAMA SAHABAT
TANPA MENGIRA APA PUN DARJAT DAN KETURUNAN
ITU YANG AMAT KANDA KAGUMI DINDA.
Zetty Endless Love:
terimakaseh kanda.hadapan hanya sementara.
Harta yang ada hanya pinjaman sementara.
biar kaya budibahasa kanda.musuh jangan dicari.
Buat baik berpada pada. Nak cari musuh sekejap kanda.
Tapi nak eratkan talisilatulrahim tu kembali lambat.
Mengalah tidak bereti kalah kanda.
kita maseh ada Allah.terima kaseh semua rakan-rakan.
adik-adik kakak. mama santai.
Terima kaseh banyak ya kerana tidak putus mendoakn zee.
KARYA : RATU RIMBA NIAGARA & ZETTY ENDLESS LOVE
20 Sept 2012
TUK TEMANKU SEORANG IBU MALAYSIA
By Hendar Cunay
tanpa kata
apalagi suara..
hanya bahasa jiwa
antara engkau dan aku
tak pernah saling bertatap mata. apalagi berjumpa
antara engkau dan aku....
tetapi kita dipertemukan lewat sebuah karya.
karya tentang jiwa kita masing masing..
karya tentang alam dan semua keindahanya..
karya tentang kegelisahan
atau tentang apa saja...
aku tak pernah melihat airmata dan tawamu
begitu juga engkau...
hanya lewat karyalah yang membuat kita memahami jiwa masing masing
tasikmalaya 20 09 12 indonesia
(GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
20 Sept 2012
BELAIAN KASIH PERTEMANAN TERHINGGA NILAINYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
akasara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
Pradita Fia Bundaku sayang / parasmu yang cantik/melambangkan hatimu yang dermawan/kalimatmu yang menyejukan/ untaian kata yang selalu kurindu/ saat kugundah/percikan nadamu/bangkitkan hati yang terluka/ sejukan jiwa yang kerontang/ dan memberikan semangat/ seperti mentari yang tak bosan berkunjung....
MARI BERSAMA KITA KEJAR AKHIRAT
Sahabatku....
Doakan saja agar dia diberi pertunjuk dari-Nya
Lupakan setiap apa yang dilakukan ke atasmu
Hanya yang harus sahabat fikirkan sekarang
Adalah apa yang sahabat mahu dalam hidup ini
Jika semua sudah sempurna dimiliki dengan rasa syukur
Syukurlah sahabat masih lagi diberi kesempatan
Untuk mengumpul sebanyak mungkin
Bekalan untuk dibawa ke alam Abadi
Moga bekalan kita semua ada Nilaian Di Sisi-NYa Aamiin
Dan persahabatan kita yang suci murni ini
Dapat diteruskan hingga ke Syurgawi Aamin Ya Rabbal A'Lamin

"JIKA KITA KEJAR DUNIA... DUNIA AKAN TINGGALKAN KITA
JIKA KITA KEJAR AKHIRAT...DUNIA AKAN MENGIKUTI KITA"

Karya Ratu Rimba Niagara
26 Ogos 2012

Jutaan terima kasih buat sahabat Nusantaraku yang sentiasa sudi like dan koemntar setiap kali disiarkan karya,moga persahabatan kita yang seindah pelangi di malam hari berterusan hingga ke Jannah AAmiin.


Siapa yang berani membunuh dirimu duhai dinda As
Biar kanda cari orang yang setega itu pada dinda
Katakan...katakan..katakan...siapa dia itu....??
Kita kena bangga dengan puisi kita...kalau kita tak banggakan puisi kita siapa lagi nak banggakan puisi kita, yang penting kita bangga untuk diri kita sendiiri bukan untuk dibanggakan dengan orang lain sebab bakat kita menulis ini adalah Kurniaan dariNya
Komen
Ratu Rimba Niagara Terima kasih pada Dymm Tuanku kerana sudi menyokong patik dalam berkarya...berkarya adalah dunia patik yang patik minat sejak di zaman kanak-kanak lagi.
pada 1hb Februari 2012 jam 8.57 pagi

 
KARYAKU DUNIAKU! SASTERAKU DUNIAKU!

Duhai hati kenapa kau setega itu?

Kau tak rasa bersalah ke pada
semua teman-teman di alam mayamu?
Adakah kau taksub dengan dunia kau?
Hingga kau setega itu melepaskan mereka
daripada menjadi teman alam mayamu...

Duhai yang memiliki hatiku...
Saat kau tanya soalan ini
aku bagaikan disaat-saat dihiris sembilu pilu...
Jiwaku meruntun merasa aku bersalah
hingga saat ini aku terluka dan retak seribu
tapi terlebih dahulu aku sudah meminta maaf
kepada mereka semua kenapa aku harus mengundurkan
diri daripada mereka
Moga mereka semua maafkan aku dan Allah ampunkan aku

Matlamat aku mahu berkawan dengan mereka kerana mahu:

Bertukar-tukar pendapat dan idea
Berkongsi pengalaman mereka
Berkomunikasi di alam maya dalam ertika kata positif,
mesra dan harmonis bertukar ilmu yang mereka ada tapi
bukan tujuan untuk berbangga diri dan merendah-rendahkan
sesiapa saling ingat mengingati nasihat menasihati dalam
suasana bijaksana dan mengundang Nur Hidayah Kasih dariNya

Pabila kusiarkan karya-karyaku pada mereka...
Cuma seorang dua saja yang memberi sokongan habis-habisan
Yang lain senyap...
Biarpun mereka sendiri orang sastera sama macam aku minat sastra
tapi tidak sebagaimana yang kuharapkan untuk menyokong minat
sasteraku ini

Habis engkau mahu mereka memuji karyamu hebat sangat!
Begitu yang kau mahu?
Tidak terlintas pun aku mahu mereka memuji karya aku begitu...
kerna aku sedar siapa aku...yang tidak sehebat sasterawan
yang hebat-hebat aku cumalah peminat sastera picisan di jalanan
yang tidak dipandang sebelah mata oleh sesiapa dan aku pun
bukan hendak dipandang sesiapa yang aku mahu Allah Taala
yang pandang kerja-kerja penulisanku...

Aku menulis kerana:

Kasih sayang pada Allah dan sekelian manusia ciptaan
Allah Taala Tuhanku
Tiada niat langsung untuk membangga diri atau hendak
mempopularkan diri

Kau tahu puluhan tahu aku menyepi diri kerana aku
tidak suka orang mengenali siapa aku tapi untuk pengetahuan
engkau bukan semudah ini aku memunculkan diriku di alam maya

Kau cakap tak serupa bikinlah...

Bukan saja kau menyiarkan ribuan karya-karya mu dan bergaya
bagaikan permaisuri apa matlamatmu? Itu yang kau katakan
bukan membangga diri?

Aku siarkan karya-karyaku kerana Allah beri aku ilham tak
akan lah aku nak lepaskan beitu saja rugilah aku kerana
setahu aku setiap yang baik itu datangNya dari Allah
moga karyaku ada nilaian di Sisi Allah

Habis tu yang kau bergaya bagaikan permaisuri tu kenapa?
Kau berangan nak jadi permaisuri ke? Cerminlah sikit diri kau tu...
jangan nak berangan yang tak akan jadi nyata...Hahaha ada hati konon

Masya-Allah aku tak terfikirpun ke situ...
ada aku kata aku nak jadi permaisuri?
Yang aku kata nak jadi Permaisuri Rimba Niagara.
Adakah kau faham apa maksud Rimba Niagara?
Rimba itu maksudnya hutan...maknanya Permaisuri Hutan. Adakah
manusia yang tinggal di hutan?

Tak ada yang ada di hutan haiwan...

Ha...tahu pun engkau...takkanlah aku nak jadi permaisuri hutan
kau kata aku hendak berbangga diri?

Ye tak ye juga ye...tapi takkan lah kau bercita-cita hendak
menjadi permaisuri hutan ye?

Engkau ni pun satu...lurus tiang sangat...ini semua untuk
menghidupkan watak dalam karyaku Putera Sang Kuriang...

Sampai begitu sekali?

Kalau aku tidak hargai karya aku siapa lagi! Kerana
Karyaku Duniaku! Sasteraku Duniaku!
Dan untuk pengetahuan engkau aku sentiasa sedar siapa
aku ini...seorang wanita yang telah lanjut usia dan
yang kau lihat cantik itu cumalah sebagai topeng mekap
dibuang makeup itu jadilah aku wanita hodoh ...
jangan terpedaya dengan topeng mekap ye...

Sekarang baru aku faham ...kenapa dan kenapa...

Apa yang kau faham tentang kenapa? Boleh aku tahu...

Kenapa kau lepaskan rakan facebookmu....
Kenapa kau bergaya bagaikan permaisuri ...
Kerana Karyaku Duniaku! Sasteraku Duniaku!

Karya Ratu Rimba Niagara
19 Oktober 201



 
Puisi Karyaku! Duniaku!

Aku berkarya bukan mencipta nama.

Aku berkarya bukan berbangga diri.
Aku berkarya kerana tanda cintaku
pada Allah, manusia dan pada
sekalian alam ini.

Bakat karya anugerah
dari Yang Maha Esa
takkan kupersiakan.
Ya Allah aku syukuri
kerana terpilih menerima
anugerah-Mu.
Ini satu tanggungjawab…
Kupikul setulus ikhlas.

Moga karyaku memberi
hidayah untukku dan kepada
sesiapa membaca.
Kakukan jemariku jika karyaku
mengumpat mengeji manusia
menabur fitnah sana-sini.
Lancarkan jemariku untuk menulis
perkara baik dikira di alam barzah
itu kumahukan Ya Allah!

Aku mesti banyak
membaca,
mendengar,
melihat,
mengkaji,
memikir,
dan bermuhasabah diri
agar karyaku dapat hidupkan
jiwa-jiwa mati!
Jiwa-jiwa mahu hidupkan rohani.

Aku mewakili suara anak-anak kecil
sengsara akibat perang.
Mewakili suara rakyat yang sentiasa ingin dibela.
Mewakili suara kerajaan untuk rakyatnya.

Moga suatu hari nanti
suara-suara hasil karyaku
bertebaran di muka bumi ini
dihayati dan dihargai oleh
seluruh penghuni bumi ini!

Siapalah aku tanpa Pertolongan dari-Nya
menghasilkan karya dikira amal jariah.

Anugerah-Mu ini akan kujaga kerana
Karyaku! Duniaku!

Karya Karya Ratu Rimba Niagara 
18 Januari 2011


SASTERAKU DUNIAKU

Masih kuingat lagi semasa usiaku menjangkau sembilan tahun ,

novel sastera kakakku bertajuk, ‘ Hikayat Merong Mahawangsa’
kubaca dengan penuh kusyuk seolah-olah aku berada dalam
dunia Merung Mahawangsa menyaksikan aksi mencabar itu dan
aku yang berkomunikasi dengan watak yang ada dalam novel
tersebut.

Pada umur dua belas tahun, anak-anak buahku mengelilingiku
mendengar aku bercerita bangsawan yang berkisarkan kepada
watak nenek kebayan dan cerita-cerita fantasi yang ideanya
datang secara spontan semasa bercerita. Mereka mendengar
penuh kusyuk .

Segala watak yang kuceritakan kubawa dengan
penuh emosi, pelbagai watak ada sedih, suspen,lucu yang geli
hatinya apabila watak seram mereka akan menjerit , suspen
mereka melopong, kalau watak lucu mereka gelak habis-
habisan. Waktu yang aku suka apabila melihat mereka tergelak.
Aku apa lagi...ada aje idea untuk membuat mereka tergelak.
Agaknya ini punca aku rapat dengan anak-anak buahku.
Dan ini juga membuatkan aku lebih berimaginasi cerita-cerita
fantasi kanak-kanak sebab itu aku suka bercerita dengan

kanak-kanak sambil bercerita idea datang mencurah-curah.
Yang lebih menyukakan , aku dapat menyiapkan sebuah
buku cerita kanak-kanak bertajuk,‘Tangan Emas’ diterbitkan
Fajar Bakti .

Tapi yang buat aku kecewa apabila seorang kawanku kata
aku kuat berangan, aku diam aje seakan merajuk , mujurlah
kawan kepada kawan aku mengatakan kerana aku kuat
beranganlah aku boleh buat cerita-cerita imaginasi kanak-
kanak. Tak semua orang jadi penulis buku kanak-kanak.
Pasaran buku kanak-kanak luas. Tengok JK Rowling , buku
nya digemari kanak-kanak dan juga orang dewasa dengan
cerita-cerita imaginasinya.

Apapun aku ucapkan terima kasih kepada kawan kepada
kawanku itu, dengan kata-katanya itulah yang membuatkan
aku yakin dengan karya imaginasiku. Terima kasih yang tak
terucap.

Apabila usiaku lima belas tahun, ketika aku mengikut bapa
dan ibuku menaiki kereta, pergi ke rumah saudara maraku
di Kuala Pilah Negeri Sembilan , aku begitu suka menghayati
permandangan sawah, gunung-ganang, bukit- bukau,
permandang perkampungan semuanya memukau aku
dan jiwaku terusik untuk aku lebih berimaginasi. Yang
buat aku terperasan sendiri apabila aku berangan hendak
menjadi novelis hingga anak-anak gadis yang duduk
ditangga sedang membaca novelku. Ah! Aku senyum
dalam imaginasiku yang ingin menjadi seorang pengarang.

Semasa aku di tingkatan empat , secara kebetulan aku
dilantik guru menjadi pengawas sekolah. Aku menulis
sebuah cerita pendek bertajuk, ‘ Ratina’ , yang lucunya
kawan-kawan perempuan sekelasku membaca sambil
air mata berjuraian, ada yang membuat mereka begitu
sedih. Apa tidaknya aku menulis pun sambil menangis
apabila mengarang cerita ,’Ratina’. Penuh emosi !
ketika menulis. “Beah … sedaplah cerita Ratina ni…
sambunglah lagi,” pinta Rosilawati. “Insya-Allah ..kalau
ada ilham datang aku karang lagi”
Yang seronoknya semua kawan perempuan sekelas denganku
mereka menyokong aku menulis. “Beah masuklah pertandingan
mengarang cerpen , mana tahu menang . Apa kata pagi
Sabtu ni kita pergi pantai cari ilham, ha…nanti kau dapat
banyak ilham apabila tengok permandangan pantai,”
cadang Norlaila. “Elok juga idea kau tu.”

Setelah mendapat kebenaran keluarga aku pergi bersama
Norlaila ke pantai. Secara kebetulan rumahku dekat dengan
pantai. Inilah mengalaman yang tak dapat dilupakan.
Kepada kawan-kawan terima kasih di atas sokongan yang
tak berbelah bahagi padaku. Terima kasih tak terucap.

Ketika menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, aku
sibuk mencari kelas penulisan, dah rezeki agaknya aku
terjumpa di surat khabar , jika berminat menjadi ahli
Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN).

Aku menaiki bas pergi ke tempat alamat yang tertera untuk
mendaftar sebagai ahli Persatuan Penulis Negeri Sembilan.
Dari situ aku mula aktif menghadiri bengkel penulisan yang
dianjurkan oleh persatuan. Semua bengkel penulisan aku
hadiri, yang masih segar dalam ingatan apabila bengkel
penulisan novel guruku yang mengajar ketika itu saudara
Anwar Ridhwan yang kini sudah bergelar Sasterawan
Negara. Secara kebetulan aku baru saja habis menyiapkan
novel Ratina, manuskrip Ratina kuberikan kepadanya
untuk diedit dengan sokongannya yang tidak berbelah
bahagi padaku, novel Ratina habis diedit. Aku amat berpuas
hati. Di sini aku mengucapkan terima kasih yang tidak
terucap.

Satu lagi pengalaman indah sebagai seorang penulis apabila
Persatuan Penulis Negeri Sembilan dengan kerjasama GAPENA
membuat lawatan sambil belajar ke Indonesia. Pengalaman
ketika aku di sana , aku mendapat ilham menghasilkan ,
Putera Duyung. Sekarang sudah 17 tahun dalam simpananku. 
Baru sekarang aku mahu mempromosikan, Putera Duyung.
Harap ada penerbit yang sudi melamar skrip Putera Duyung.

Gambar-gambar mengujakan inspirasiku,
Terima kasih Pejuang Casper Matti:
Karya Putera Duyung bertema ganbar itu,
Doakan karyaku menjadi legenda nanti.

Skrip Ratina pula sudah tiga puluh tahun dalam simpananku.
Aku cuba-cubalah tanya pada teman facebookku seorang
penerbit filem , berminat tak dia… menjadikan novel Ratina
kepada skrip TV, Jawapan yang diberikan amat memeranjat
kan dia kata emelkan padanya untuk dipertimbangkan. Tapi
malangnya novel Ratina masih berbentuk manuskrip lama.
Aku pun cadangkan hendak hantar skrip Putera Duyung.
Sekali lagi memeranjatkanku skrip Putera Duyung , insya-
Allah diterima dalam proses temujanji untuk perbincangan
bagi menjadikan realiti, hanya Allah yang tahu, aku pasrah.
Tanya pulak teman facebookku namanya Awang Karim Kadir
katanya dia berminat untuk dijadikan teater muzikal , hingga
sekarang aku tunggu kata putus darinya samaada jadi atau
tak. Tanya pulak saudara Satile Sagin pemuzik untuk mereka
muzik bagi Skrip Putera Duyung dia berminat hendak beri
kerjasama. Ketiga-tiga mereka kukirimkan dvd gambaran
penulis tentang kisah cerita cinta Putera Duyung dan
Apabila Tapak Sulaiman Menjadi Bintang. Apa komen
daripada mereka tentang dvd tu aku masih menunggu
jawapannya tika ini. Apapun aku ucapkan jutaan terima
kasih kepada mereka bertiga kerana secara tidak langsung
menyokong minatku ini. Terima kasih tidak terucap.

Yang paling tidak dapat kulupakan apabila manuskrip
Ratina kawanku kata cerita yang sudah ketinggalan
zaman. Dia gelakkan aku katanya pada kawannya
cerita Ratina ni seolah-olah tenguk TV hitam putih.
Aku cuma diam aje dalam luka. Tapi yang kelakarnya
kalau diizinkan Allah novel Ratina diterbitkan nanti
kulitnya hitam putih , aku tak hiraukan apa kata kawanku
tentang Ratina. Yang penting aku puas dengan duniaku
seorang penulis. Biarpun dia mentertawakan aku, aku
redha kerana itu haknya.

Yang pentingnya aku sudah membuat yang terbaik
dalam kerjayaku sebagai seorang penulis yang
telah menjadi darah dagingku sejak dari dulu hingga
ke akhir hayatku , Insya-Allah. Berkarya dan terus
berkarya kerana Sasteraku ! Duniaku!

Karya Ratu Rimba Niagara
8 Mei 2011


 
CERPEN KARYAKU DUNIAKU! (BHG 1)

Aku masih ingat lagi ketika itu aku baru berusia

lapan tahun. Ketika itu aku belajar di Sekolah
Kebangsaan Telok Kemang, Port Dickson Negeri
Sembilan. Apabila cikgu tanya apakah cita-citaku,
aku katakan ingin menjadi pengarang terkenal,
semua gelakkan aku kerana aku tidak sepandai
mereka.

Aku menangis teresak-esak kerana malu ditertawakan,
cikgu Mariam memujukku dan memarahi kawan-kawan
yang mentertawakan aku.

Satu hari cikgu Mariam menyuruh ketua darjah menampal
karya cerita bergambarku di dinding bilik darjah.Cerita
bergambar itu bertajuk,‘Pak Dolah Penjual Sate’. Betapa
gembiranya aku ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu.
Aku bangga dengan diriku.

Ketika darjah lima aku suka benar membaca buku sastera
kakakku tingkatan enam. Aku minat sangat dengan bahasa-
bahasa yang digunakan pengarang, di samping kupinjam
buku cerita daripada kawan-kawan sekolahku.

Aku masih ingat lagi ketika aku di tingkatan empat aku
berjinak-jinak menulis novel pendek, selepas tulis aku
memberi kawanku membacanya.Aku bertambah taksub apabila
kawan-kawanku membaca mengalirkan air mata penuh emosi.
Hari-hari mereka menunggu kisah selanjutnya.Bertambahlah
taksub aku mengarang.

Seingat aku novel remaja yang kukarang itu tamat ceritanya
setelah hampir lima tahun. Hingga kini masih ada dalam
simpananku hampir lebih 30 tahun bertajuk,’RATINA’

Yang bertuahnya skrip novel itu telah disemak oleh guruku
pada ketika itu Anwar Ridhwan. Ketika itu aku menghadiri
kursus penulisan anjuran Persatuan Penulis Negeri Sembilan
(PEN). Sekarang guruku telahpun menjadi Sasterawan Negara
bergelar Datuk.

Setelah menghadiri kursus penulisan aku semakin taksub
untuk menghadiri apa-apa jua kursus penulisan anjuran
mana-mana pertubuhan penulisan, kalau dikira hampir
puluhan kursus penulisan aku telah pergi menghadiri ,
ramai guru-guruku yang kini telah bergelar Sasterawan
Negara, kalungan tahniah kuucapkan biarpun agak lewat.
Terima kasih juga kepada guru-guruku yang lainnya.
Jasa kalian mengajar aku dan mencurahkan segala ilmu
penulisan yang amat kuminati sejak di bangku sekolah
lagi begitu terkesan dalam jiwaku hingga saat ini.

BERSAMBUNG

 
CERPEN KARYAKU DUNIAKU! (BHG 2)

Kepada kawan sepenulisanku Zaharuddin sesungguhnya aku

terhutang budi kerana beria-ia sangat ingin karyaku
disiarkan di syarikat penerbitan buku. Atas usahanya
karyaku berjaya di terbitkan. Setelah lima belas tahun
berlalu karya novel kanak-kanak bertajuk.'Tangan Emas'
diulang cetak dalam versi yang baru.

Ada satu cerita lucu yang masih kuingat hingga saat
ini,apabila kawan sepenulisan aku mengatakan namaku
sebaris dengan penulis-penulis tanah air terbitan
Dewan Bahasa Dan Pustaka. Apabila dapat tahu aku
segera memcari buku tersebut dan ternyata memang
tercatat namaku. Seakan nak runtuh dunia ini,tidak
percaya betulkah aku itu? Tapi hakikatnya memang
betul.

Ada satu lagi cerita lucu yang masih kuingat, masa itu
tingkatan lima, “Rabeah ni mengarang surat ke jabatan
kerajaan macam hantar surat kepada kekasih berbunga-
bunga bahasanya,” kata cikgu Nordin ketika mengajar
mata pelajaran Bahasa Malaysia. Aku tersipu-sipu malu
dan kawan-kawan apa lagi gelak habis-habisan.

Baru aku tahu setiap kali aku menghantar surat kepada
jabatan kerajaan aku akan tersenyum sinis sendiri
mengingati kata-kata cikgu Nordin.

Ketika menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53 aku menghantar
poskad kemerdekaan yang aku hasilkan sendiri kepada
Sultan-Sultan dan Pemimpin Kerajaan dengan ucapan
‘Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53 Semoga
Malaysia Tercinta Terus Gemilang!
Hargai Kemerdekaan! Merdeka Selamanya!

Aku menghantar juga kad ucapan Selamat Hari Raya
Aidil Fitri dan aku karangkan serangkap pantun
yang kutujukan khas untuk sultan dan pemimpin .
Gembiranya hati tidak terkira apabila sultan dan
pemimpin membalas kad ucapanku.
Aku terharu hingga saat ini. Siapalah aku.
Aku pamerkan kad tersebut di Galeriku.

Aku masih ingat lagi di alam persekolah apabila pergi
bersama arwah ayahku ke pasaraya pasti aku akan membeli
berbatang-batang ball pen dan buku nota hingga ibu dan
ayahku menggelengkan kepala.

“Bie…baru bulan dulu dah beli…takkan dah habis
dakwat?” tegur ibuku. Aku tersengeh-sengeh
memandang ayahku. “Ala…takkan awak tak tahu
anak awak tu pengarang… ha…banyak mengarang
cepatlah habis dakwat.”Ibuku tidak terkata apa.
Ibu pun tersenyum juga akhirnya.

Kerana taksub dengan pen , beg tangan yang ingin
kubeli kupastikan ada poket di luar senang hendak
kuaturkan dengan deretan ball pen yang pelbagai
jenis dan warna. Bukan nak menayang tapi aku puas
melihat deretan pen seolah-olah rugi aku tidak
mencapainya untuk berkarya jika ilham datang.

Saat yang tidak dapat kulupakan hingga saat ini
apabila arwah ayahku menghadiahkan aku sebatang
pen berjenama ‘ Parker”. Sukanya hatiku saat itu
bukan kepalang. Kucium pipi ayah tanda terima kasih
yang tidak terhingga. Ayah memang seorang yang
penyayang dan memahami.

Ibuku pula bila nampak karyaku tersiar di dada akhbar
dialah yang menayangkan karyaku kepada semua orang
yang ditemuinya. Nak kata macam mana? Ibu peminat
nombor satu setelah ketiadaan ayahku.

Kadang-kadang aku pun tertanya-tanya pada
diriku, “Betul ke aku ini seorang pengarang?
Aku ni bukan pelajar lulusan universiti , ah!
Tak kisahlah yang penting aku minat dengan
duniaku mengarang dan terus mengarang.

Aku masih ingat lagi, ketika aku menghadiri
kursus penulisan selama tiga hari , akulah yang
sibuk-sibuk mengutip hasil karya teman-teman
sekelas untuk dijadikan buku hasil karya penulis
yang menghadiri kursus.Dan apabila jadi buku kuhantar
kepada penganjur untuk dijadikan bahan rujukan dan
koleksi.

Dalam kelas akulah peserta yang paling banyak bertanya.
Selagi tak faham aku akan tanya hinggakan perceramah
tidak kering gusi hendak menjawab. Nak pandai mesti
banyak bertanya.

Masa rehat , aku mengambil kesempatan bertanya
dengan guruku yang kini bergelar sasterawan Negara,
ketika itu aku sedang menyiapkan buku cerita kanak-
kanak bertajuk, “ Putera Duyung”, hasil tunjuk ajar
dan buah pemikirannya aku berjaya menyiapkan
buku tersebut dengan begitu baik sekali.

Aku mendapat ilham menghasilkan, ’Putera Duyung’ ketika
itu aku pergi lawatan sambil belajar di Indonesia ditaja
oleh kerajaan Negeri Sembilan. Terima kasih kerajaan
Negeri Sembilan yang ketika itu Menteri Besar Tan Sri
Isa Samad tanpa sokonganmu siapalah aku.
Benarlah kata pepatah,“Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan”.

Cerita “Putera Duyung” bagiku amat unik dan jika dijadikan
filem animasi akan menjadi filem animasi yang hebat.
Aku pernah menjalankan kaji selidik buku Putera Duyung ,
kanak-kanak amat menggemarinya. Kerana terlalu minat
dengan cerita Putera Duyung yang merangkak membaca
terus pandai membaca. Lucu sekali. Bagaimana kepuasan
penulis menghasilkan karya, begitulah kepuasan pembaca
bila membaca karyaku.

BERSAMBUNG


 
CERPEN KARYAKU DUNIAKU! (BGH 3)

Nak dikatakan aku ni syok sendiri tidak juga, kerana

setiap karyaku akan aku jalankan kaji selidik kepada
ribuan pembaca terdiri daripada pelbagai peringkat
umur, taraf akedemik dan kaum. Semua komen-komen
yang aku perolehi amat mengejutkan, membuatkan aku
bertambah yakin dengan karyaku jika diterbitkan akan
mendapat sambutan di luar dugaan.

Bukan nak membangga diri atau angkat bakul sendiri
tapi sekadar beri semangat kepada diri sendiri yang
dah lewat usia ni masih lagi berangan-angan nak jadi
pengarang.

Angan-anganku untuk mengadakan galeri hasil karyaku
sejak tiga puluh tahun yang lalu kini tercapai,
walaupun tidaklah se gah mana tapi aku puas dengan
galeri karyaku itu. Sijil-sijil kursus penulisan
yang pernah aku hadiri dan surat-surat sokongan
yang aku perolehi daripada jabatan kerajaan dan
swasta menghiasi keseluruhan dinding galeri karyaku.

Rak buku penuh dengan hasil karyaku yang telah
kuhasilkan sejak tiga puluh lima tahun yang lalu.
Semua hasil karya belum diterbitkan mana-mana
penerbitan. Cuma satu dua saja yang diterbitkan.
Sedar tak sedar aku sendiri yang menjadi penerbit
untuk karyaku sendiri.

Pernah aku iklankan di akhbar mencari rakan kongsi
atau pelabur untuk projek hasil karyaku tetapi hingga
kini masih gagal. Aku ingatkan nak kongsi keuntungan
bersama tapi mereka kata karyaku terlalu ringkas dan
tidak sesuai.

Walaupun mereka tidak terimaku sebagai rakan kongsi
perniagaan, ada kebaikan di sebaliknya apabila setiap
kali berjumpa dari seorang ke seorang, idea aku
bercambah. Kertas kerja dari muka surat yang sedikit
lama-lama menjadi ribuan muka surat.

Mana tidaknya segala idea dan kaji selidik pembaca ada
di kertas kerjaku, kerana terlalu tebal, cuma aku dapat
bukukan lima ratus muka surat.Kertas kerja itu (mengenai
ideaku 'Kota Buku Karyaku Duniaku' di jadikan sebagai
produk perlancongan negara) kuhantar kepada Perdana
Menteri dan Menteri-Menteri yang berkaitan dengan kerja
seniku untuk dinilai bagi pihak rakyat Malaysia yang
menyokong penuh untuk direalisasikan kerajaan Malaysia.

Namun begitu terpulanglah kepada kerajaan Malaysia,
bagiku, aku telah mejalankan tanggungjawabku kepada
rakyat Malaysia dan negara tercinta. Kalau diterima
inilah sumbanganku kepada negara tercinta.

Apapun aku yakin dengan karyaku kerana hasil daripada
kaji selidik kepada ribuan pembaca dan surat sokongan
yang aku perolehi mengatakan karyaku berkualiti dan
akan memberi impak yang besar dalam dunia perbukuan
negara di samping dapat memupuk minat membaca kepada
rakyat Malaysia sejak di bangku sekolah lagi.

Sekarang ini pemikiranku masih lagi segar membayangkan
aku telah memiliki sebuah , “Kota Buku” yang di dalamnya
ada semua hasil karyaku. Setiap tajuk buku ada produknya
tersendiri, seperti drama pentas, arca, filem animasi ,
setiap watak kartun yang ada dalam hasil karya ada
permainan kanak-kanak.Secara tidak langsung apabila mereka
membeli, seolah-olah mereka ada dalam dunia karya yang aku
hasilkan itu.

Satu tajuk buku ada lokasinya dan kalau ada lima puluh
tajuk buku seluas mana “Kota Buku” tak dapat hendak
aku bayangkan. Puaslah pecinta karyaku untuk menghayati,
‘Kota Buku” yang aku angankan itu.

Ini cuma bayangan yang ada di kotak pemikiranku .
Kalaulah benar impianku ini menjadi kenyataan pasti
tika itu, “ Karyaku! Duniaku! Dapat dikongsikan
bersama mereka yang meminati karyaku dan akulah
insan yang paling bahagia di dunia ini. Berbaloilah
segala usaha dan pengorbanan apa yang aku perjuangkan
selama puluhan tahun ini. Dan Kota Buku ini akan aku
wariskan untuk generasi dan negaraku yang tercinta!

Jika ini cuma bayangan dan tidak menjadi kenyataan
aku redha dengan ketentuanNya. Aku puas dengan
kehidupanku ini kerana aku menghabiskan usiaku
dengan,“Karyaku!Duniaku! 

Karya Ratu Rimba Niagara
1 Januari 2011


 
PANTUN KARYA SASTERAKU DUNIAKU

Aku menulis sejak dulu,

Karyaku tersimpan di galeriku;
Apabila kutiada untuk generasiku,
Lambang cinta abadi dariku untukmu.

Aku menulis bukan kerana nama,
Tapi mahukan karyaku ternama;
Aku dan pembaca saling bekerjasama,
Agar penulisanku senada seirama.

Ketika bulan purnama aku berkarya,
Penaku disinari cahaya rang bulan;
Seronoknya aku tika berkarya,
Tersyahdu aku keindahan bulan.

Tersyahdu aku keindahan bulan,
Bulan purnama sumber inspirasiku;
Cita-cita ingin menggapai bulan,
Kugenggam bara menjadi abu.

Sinaran bulan sumber inspirasiku,
Karyaku berlatarkan bulan purnama;
Pemuzikku hasilkan irama untuk karyaku,
Penyatuan senimu seniku jadi sempurna.

Di siang hari diserikan pelangi,
Di malam hari disinari bulan;
Cinta yang murni terus mewangi,
Puisi cinta terpancar di bulan.

Sahabatku namanya Rufiah,
Menggelar dirinya Pejuang Seni;
Perjuangannya tidak pernah mengalah,
Berjaya citanya mempertabatkan seni.

Terharu sangat dengan Pejuang Seniku,
Meyakini sangat impianku;
Memiliki kota buku Karyaku Duniaku,
Doanya jadi kenyataan harapanku.

Jutaan terima kasih kepada Pejuang Seniku,
Kerana sudi menghargai karyaku;
Aku terkesima dengan penghargaanmu itu,
Tapi aku tak mahu tertaksub dengan diriku.

Rupamu rupawan seindah budi,
Tutur katamu menawan hati;
Andai dikau menjauhkan diri,
Hancur segala ikatan murni.

Pejuang seniku diammu buatku gundah,
Kata puitismu aku rindui;
Kiranya ada bicaraku yang tersalah,
Maafkan daku kerana hadirmu tidak kulupai.

Berilah peluang hatimu senyum,
Kerana senyum ada pahala;
Biarpun pahit untuk tersenyum,
Senyuman ikhlas ramai yang suka.

Hari-hari berbunga cinta,
Cintakan semua yang dimiliki;
Moga Pejuang Seniku tenang jiwanya,
Memiliki cinta yang hakiki.

Letakkan harapan padaNya,
Nescaya dipenuhi sinar hidayahNya;
Kujua mengharap padaNya,
Agar kau dan aku dalam Nur KasihNya.

Maafkanku duhai teman dihormati,
Kerana tidak dapat berkata-kata;
Kecilkan hatimu tanpa kusedari,
Lebih baik kudiam daripada berkata-kata.

Maafkanku buat hatimu terluka,
Padamnya persahabatan tanpa relaku;
Maafkan dunia akhirat segala silap dan kata,
Kuundur diri moga bahagia dirimu,

Persatuan Seni Sabah berdiri megah,
Berpenderian mambantu warga seni Sabah;
Ingin berjaya perlu tabah,
Tabahkan hatimu duhai generasi Sabah.

Tiga sahabat menjadi idola sastera,
Perjuangan sastera hingga ke hujung nyawa;
Mengungkapkan kata-kata penuh sejahtera,
Dikau tiada generasi seni berasa kecewa.

Khazanah sastera akan dipelihara,
Dipelihara warga seni Sabah;
Perjuanganmu memupuk semangat membara,
Di hati pecinta seni seluruh Sabah.

Aku menulis bukan kerana nama,
Tapi mahukan karyaku ternama;
Ya Allah jauhkan riak walau di mana,
Kerana semua amalan tidak Kau terima.

Kusyukuri kurniaanMu Ya Allah padaku,
Kerana kurniakan bakat yang berharga;
Ingin kukongsi kurniaan ini kepada semua,
Moga sama-sama memakmurkan bumi tercinta.

Setiap manusia merasai mati,
Tiada sebab takut mati;
Hargai hidup biar bererti,
Agar karyaku karyamu DinilaiNya nanti.

Pencentus revolusi minda itu hajatku,
Apabila berhubung dengan rakan seperjuanganku;
Banyak idea tercetus itu mahuku,
Moga kecemerlangan dunia akhirat milikmu milikku.

Kita punyai minat yang sama,
Sokong menyokong perlu antara kita;
Karyamu karyaku berirama seni bersama,
Insya-Allah menghasilkan produk seni legenda milik semua.

Kutinggalkan ilmu bukan untuk dibanggai,
Hanya semata Allah dicintai;
Moga pembaca mendoakanku nanti,
Sebar luaskan karyaku ini.

Karya Ratu Rimba Niagara
1 Mei 2011


 
MENGGENGGAM IMPIAN SEPERTI MEMINTAL ILUSI MENJADI REALITI

Semua orang ada impian...

Impianku tinggi menggunung
Sudah puluhan tahun aku mendaki
Terlalu banyak onak dan duri kulalui
Biarpun onak dan duri sudah sebati dalam diriku
Adakalanya aku putus asa untuk menggapai impian
Ribut petir selalu membunuh anganku menggapai impian
Hinggakan aku tak mampu untuk bertahan lagi...

Tapi dek kerana misi dan visi ku yang sudah lama kudambakan
Ku terus...dan terus...memburu impian ....
Biarpun datang berjuta halangan tak kupedulikan lagi
Kerna ku sudah kesuntukan masa untuk berleka memburu impian

Impian...oh! Impian....
Impianku menjadi bahan lawak
Kerana impianku di luar kotak pemikiran
Kerana siapalah aku untuk menggapai impian itu

Mana mungkin aku seorang untuk merealisaikan impianku itu
Kerana impian ku tak pernah padam
Hingga saat ini ku masih pertahankan impianku biarpun
berseorangan terkial-kial dalam pendakian yang entah bila penghujungnya

Biarpun hangus terbakar jemariku...
Ku tetap menggenggam impian
Hingga sampai penghujungnya
Menggenggam impian seperti, ' Memintal Illusi Menjadi Realiti

Mana tahu hadirmu tanpa dugaku...
Berganding bahu denganku...
Berkongsi segala bebanan yang kupikul
Bagaikan sinar pelangi yang takkan padam...
Mengiringi pendakianku memburu impianku
Kerana impianku seiring dengan impianmu
Kerana kita punyai minat yang sama
Malatlamat yang sama
Ingin jadikan impian menjadi kenyataan
Terima kasih pelangiku kerana sudi berganding bahu bersamaku
Moga indah warna-warni pelangimu takkan hilang hingga bila-bila
Selagi nafasku ada...Syukurku pada Alllah
Kehadiranmu selalu kunantikan dalam illusiku
Tapi kini bukan illusi lagi
Berkat keikhlasan hatimu padaku
Amat mengharukan aku...
Moga kau dan aku seia sekata
Senada seirama
Sama-sama menggenggam impian
Impianku impianmu berpadu menjadi realiti
Biarpun tak menjadi realiti
Setidaknya kita telah mempunyai impian yang sama
Ayuh...sama-sama kita jayakan
Mana tahu...impian jadi kenyataan!

Aku mesti bersangka baik dengan Tuhanku
Dia Maha Berkuasa Untuk Menjadikan Impianku Satu Realiti
Jika ianya satu realiti kusyukur dalam sujudku
Kerana tiada daya upayaku melainkan dengan IzinNya

Karya Ratu Rimba Niagara25 September 2011



 
AKU MENULIS DENGAN AIR MATA

Aku ingin menulis puisi

Tapi malu ditertawakan penyair
Katanya kertas kosong yang tiada nilai
Yang hanya bisa menyapu air mataku sendiri

Katanya aku penulis yang tak pandai berpuitis
Tak sepuitisnya bila berkarya puisi
Hatiku pilu bagaikan ditusuk sembilu katanya itu
Aku cuma diam dalam hati yang remuk

Mahu saja aku kakukan jemariku dari berpena
Tapi aku ngak bisa
Kerna kalbuku meledak untuk berpena
Kucapai pena
Dengan titisan air mata
Kumenulis syair puisi cinta
TentangNya
Alam ciptaanNya
Hamba-hambaNya yang sentiasa bersangka baik
Bersangka baik padaNya dan hamba-bambaNya

Barulah tenang jiwaku kini
Tanpa memperdulikan penyair itu
Aku terus berkarya...berkarya lagi tanpa henti
Selagi kudrat pemikiranku berfungsi
Kerana aku menulis bukan kerana nama
Tapi aku menulis adalah keranaNya
Dan kerana sayangkan semua yang ada
dimuka bumi ini termasuk seluruh yang ada di langit CiptaanNya.

Karya Ratu Rimba Niagara
26 Julai 2011


 
AKU TAK MAHU KEHILANGAN DAKWAT

Jangan jadi penyair

jika tak tahu bermetafora dan berrhima

kerana aku pandai bermetafora dan berrhima
justeru aku ternama sampai sekarang.

Renyukkankan ajelah
hasil penulisanmu itu
biarkan kubalingkan ke sungai
agar dakwatnya hilang
diresapi derasan sungai.

Kamu tak boleh jadi penyair
tulisanmu kaku
tak bermetafora
tak berrhima
kerana karya penyair
mesti seperti aku
penyair ternama
sudah mencipta nama.

Kamu tak layak
menjadi penyair
kamu penulis
jalanan
di bahu jalan
di tepi longkang!
Maka sedarlah dirimu siapa?

Aku sedar diriku siapa...
Tulisanku tak setandingmu
tulisanku kaku
tapi takkan kurenyukkan
takkan kubalingkan ke sungai
kerana aku tak mahu kehilangan dakwatnya
biarpun tak bermetafora dan berrhima
asalkan aku bahagia dengan caraku bekarya
aku yakin pembaca di alam maya
sudi membaca karyaku
yang datang dari
sanubariku
dengan kasih dan sayang!
Mana tahu setelah membaca
meresap ke jantung hati !
Itulah balasan cinta yang kuperolehi
dari pembaca kerana kuhadiah sejambak bunga kasih
berjambak-jambak memenuhi dewan hati
mewangikan hati-hati yang inginkan
hidayah kasih dariNya
itulah hadiahku untuk mereka
dan hadiah yang kuterima dari mereka
berkat hati yang berkasih sayang
dalam redhaNya.

Karya Ratu Rimba Niagara
20 Jun 2011


 
ENGKAU ADA? AKU TAK ADA...

Engkau ada karya hebat?

Aku tak ada...
Aku ada!
Hebat sangat ke karya engkau tu ye
Mestilah hebat! Sebab bahasa aku puitis tak macam engkau!
Syukur Alhamdulillah engkau ternama dan disanjung ...
Engkau cemburu ke....?
Sikit pun tak...

Engkau ada harta?
Tak ada...
Aku ada...tujuh keturunan... harta aku tak habis...
Syukurlah Tuhan beri nikmat kekayaan pada engkau

Engkau ada cinta?
Tak ada...
Aku ada...cinta sehidup semati sayang gila-gila dengan aku...
Syukurlah Allah Kurniakan pada engkau cinta sehidup semati
Kesihan engkau patutlah engkau sepi kan...
Aku tak sepilah...!Aku redha dengan ketentuanNya
Kau tak cemburu dengan aku ke?
Kenapa pulak aku nak cemburu dengan engkau ye...
Yelah aku punya karya...punya harta ...punya cinta...engkau apa ada?
Walaupun aku tak ada apa-apa seperti yang kau ada..aku bersyukur apa adanya...

Karya Ratu Rimba Niagara
2 Januari 2012


TERIMA KASIH KERANA FAHAM BAHASA

Engkau ada karya sehebat aku?

Tak ada...
Kalau tak ada ...kenapa kau nak berkarya...?
Salah ke...?
Bahasa kau rendah ...tak sehebat kamilah...!!!!
Ye....aku mengaku aku tak setanding kalian yang berbahasa puitis!
Engkau tahu tak bahasa yang kau tulis tu...rendah macam orang tak sekolah tinggi
Ye aku tak sekolah tinggi macam kau ...tinggi melangit...
Sedar...pun...habis tu kenapa terhegeh-hegeh kau nak menulis?
Dah aku minat hendak buat macam mana?
Hei! Sedarlah sikit ...cermin sikit siapa engkau tu...
Kenapa ye...salah ke aku minat...
Engkau tu sudahlah tak ada kelulusan ada hati hendak menulis
Salah ke aku menulis?
Memang salah sebab engkau dungu...tak setanding kami yang pandai!
Ye...lah kau yang terpandai di dunia ini aku tak pandai...
Kalau engkau tahu tak pandai napa nak menulis?
Dah aku katakan tadi...aku minat...aku minat....! aku minat...!!!
Wei! Minat je tak mencukupilah...bahasa pun berterabur...
Yelah engkau ajelah yang pandai berbahasa ...aku tak...
Kalau engkau sedar engkau tak pandai berbahasa ...kenapa engkau nak menulis?
Engkau pandai je berbahasa tahu tak tahu bahasa...kan aku dah katakan tadi...
Engkau ni memang betullah tak tahu bahasa?
Wei...aku ke atau engkau yang tak tahu bahasa?
Engkau...engkau...engkau memang tak tahu bahasa...
Engkau...engkau...memang tak faham bahasa...
Senang cakaplah bagi engkau faham...berhenti dari menulis! Faham!
Kalau aku tak faham ...
Hahahahaha tak faham? Kesihan engkau...
Kesihan ke mencantas aku nak menulis...
Sebab tu rerama aku tak like pun apa yang kau tulis...tak faham lagi?
Dah lama aku faham...
Faham pun engkau...
Aku tak kisah pun lah rerama engkau tu nak like ke tidak...
Engkau tengok aku ni...aku tulis semuanya rerama like...
Aku tak kisahlah aku menulis bukan kerana rerama engkau tu ye...
Itu membuktikan tulisan engkau tu...karya bodoh! Faham???
Faham...Tuan Penyair Hebat!!!!
Kalau engkau tahu aku dan rerama aku hebat engkau jangan menulis!!!
Aku akan menulis selagi aku mampu menulis...
Engkau tulislah tiada siapapun yang hendak baca jauh sekali nak like!Haahaha
Wei...aku tulis bukan kerana engkau...bukan kerana rerama engkaulah....
Kerana kedegilan engkau nak menulis dan menyakitkan hati aku...
Engkau sakit hati ke?
Iye aku sakit hati...sakit....sakit...sakit...sakit hati aku?
Habis tu aku nak buat macam mana hati engkau sakit...
Engkau jangan menulis baru hatiku tak sakit...!
Pelik ye...aku menulis aku tak ganggu pun engkau dengan rerama engkau...
Kerna aku terlalu bencikan engkau ...aku padamkan nama engkau di grup kami...
Terima kasihlah kerana engkau dah faham bahasa sebab itu kau pandai...

Karya Ratu Rimba Niagara
28 Januari 2012


 
MAAFKAN AKU RERAMA

Sepi ...

pergilah kau sepi...
kau tak perlu hadir dalam hidupku lagi
krena kau telah mentsunamikan fikirku tenang
jadi celaru tak menentu....

untuk apa kau hadir dalam hidupku?
kedatanganmu tak diundang...
tapi kerana menyahut seruanmu
untuk bergandingan memintal impian suci
kuterima untuk sama memberi kerjasama....
kita gelak ketawa bersama
pelangi sentiasa tersenyum dikelilingi
hilai ketawa mesra rerama yang mengindahkan
lagi pintalan yang diimpikanmu

sedang asyik membina pintalan impian nan indah
tetiba kau dengan sengaja menguraikan pintalan
impian itu dan pintalan itu musnah lalu
kau campakkan ke longkang!
aku terus kaku dan bisu
setega itu dan aku tak tahu kenapa kau jadi begitu?

tidak puas dengan itu kau kata ...
kau akan gantikan pintalan yang baru dan akan kau
bina bersama-sama rerama yang pandai membuat pintalan
yang indah ...

aku kau usir kerana tidak mahu aku mecacatkan pintalan
rerama-rerama yang pandai lagi bijak membina pintalan...

aku amat menghargaimu dan rerama-rerama yang ada di situ
tapi kau buang aku sambil disahut dengan hilai ketawa rerama di situ
apakah ini balasan yang kuterima darimu?

jika aku tahu begininya engkau dan rerama di situ
tak akan aku terima undangan namaku di situ
tapi aku tak tahu....jadinya begini

kerna ini semua adalah ketentuan dariNya
aku terima dengan redha

aku berjanji dengan diriku tak akan mengganggu kau dan reramamu
pintallah sebanyak mana mahumu memintal dengan reramamu yang
bijak itu aku doakan moga kau dan reramamu berjaya menuju apa yang
dicitakan dalam membina pintalan yang indah.

cuma satu ku berharap pada kau dan rerama-rerama kau
jangan pernah cuba kaitkan nama aku dan pintalan-pintalan yang
pernah kubina di situ...musnahnya nama aku di situ musnahkan juga pintalan aku di situ.

kepada rerama-rerama pengikutmu....
maafkan aku kerana aku tak mahu ada hubung kait lagi dengan dia dan kamu ...
biarpun begitu aku tetap mendoakan kejayaan untukmu duhai rerama dan aku tetap
menghargai persahabatan kita sampai kapanpun!
Maafkan aku rerama ...aku tak sesuai terbang bersamamu untuk memintal impian bersamanya...
kucuba...kucuba...tapi tak terdaya...
maafkan aku ye rerama...

Karya Ratu Rimba Niagara
28 Januari 2012

BERGANDINGAN BERKARYA BERSAMANYA UNTUKMU

Lagi kubaca puisimu ...

Lagi jiwaku sayu
Sesak nafasku terkedu
Kata yang menusuk kalbu
Pandanganku kelabu
Jiwaku tertunduk malu
Betapa kerdilnya aku
Menumpang di bumiMu
Tanpa ada syukurku
PadaMu
Duhai Allah Tuhanku
Aku hambaMu
Terimalah aku
Terimalah sahabatku
Semua tintanya dan tintaku
Bergandingan berkarya bersamanya untukMu
Berkarya terus berkarya tanpa pernah jemu
Mohon redhaMu cintaMu
Duhai Tuhanku Yang Maha Tahu Isi Hati HambaMu...

Karya Ratu Rimba Niagara
25 Januari 2012


 
WARKAH UNTUK SEMUA RAKAN GRUP PUISI ILAHI

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Kepada semua rakan di grup Puisi Ilahi yang sentiasa
tersanjung di hati.
Izinkankan aku berbicara pada kalian semua walaupun tanpa suara
Pabila suara hati berbicara yang mendengarpun hati-hati yang tenang.

Sudah puluhan tahun aku berkarya bersendirian
Duniaku adalah berkarya...,'sasteraku adalah duniaku'
Dunia yang kuminati sejak dari kanak-kanak lagi.

Teringat aku dua puluh tahun yang lalu...semasa aku ada kudrat...
di mana aku menjalankan kajiselidik setiap karyaku pada pembaca
yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur , taraf pendidikan
dan taraf pekerjaaan....rata-rata mengatakan karyaku bagus dan
memenuhi citarasa pembaca...Allahu Akhbar...
kepuasan pembaca adalah kepuasanku sebagai seorang penulis
pendapat-pendapat mereka semua menguatkan semangat aku untuk
terus berkarya dan yakin dengan karya yang kutulis.

Dalam usia sebegini ..aku tiada kudrat lagi untuk menjalankan
kajiselidik seperti itu kerana menggunakan kudrat yang banyak
berhujan...berpanas..turun bas naik bas...dengan membawa karyaku
yang dan borang-borang kajiselidik... berat macam batu...kalau
dah minat tidak kisahkan itu semua yang penting ada kepuasan menulis.

Allah SWT itu Maha Kaya Maha Memahami hambaNya...
Dengan izinNya aku diberi celik IT
Dapatlah aku meneruskan agendaku untuk membuat kajiselidik pada karyaku.
Pada mualanya teman fb ku ramai juga ...tapi bila mana mereka sekadar ada je akaun fb tapi tak aktif dan bilamana berkomunikasi diam membisu tanpa
apa jawapan...aku terpaksa padamkan nama mereka...bukan untuk memutuskan talisiraturrahim tiada niatpun begitu...terus terang tujuan aku ber fb dengan mereka bukan untuk mendengar mereka umpat keji...kutuk mengutuk orang...berbangga dengan kepandaian diri dan berbangga dengan kekayaan dimiliki atau kuasa mereka yang ada...tidak...tidak...tidak..justeru rakan-rakan fbku boleh dikira dengan jari yang tinggallah itulah rakan fbku yang lebih berharga daripada permata.

Kadang kala aku menerima sindiran kerana memutuskan talisiraturrahim
gara-gara nama sahabatnya dipadamkan...aku diam je...kerana aku tak mahu melukakan hati mereka...moga rakan-rakan yang telah kupadamkan harap dapat mengerti dan memaafkan aku dan Allah ampunkan aku.

Ada tu pangkat datuk ....dia baik sangat...selalu memberi sokongan
setiap kali karyaku bersiaran...memandangkan dia ada komitmen yang
tinggi pada pertubuhan belia anjurannya ...aku undur diri dari
menjadi rakan fbnya...kalau dia tak sibuk mungkin aku menjadi teman
fbnya semula...

Tanpa dugaku seorang hamba Allah masukkan aku ke grup Puisi Ilahi...
Terperanjat juga ada kerana siapalah aku hendak dibandingkan dengan mereka yang hebat-hebat belaka...tapi kugagahi juga demiNya dan dalam diam aku bersyukur padaNya kerana mengizinkan aku masuk ke grup Puisi Ilahi.

Aku bukanlah seorang ustazah atau orang yang arif dalam ilmu agama...tapi minat sangat dengan puisi yang bertemakan KETUHANAN ...
Kukarang puisi bukanlah hendak menunjukkan aku ini sempurna baik...
tapi di hati ini ingin sangat meraih redhaNya dan cintaNya tambahan
pula usia sebegini...apa lagi yang hendak difikirkan kecuali memikirkan
bekalan untuk dibawa di hari mati...

Insya-Allah di sinilah tempat yang sesuai untuk aku berkarya
yang bertemakan KETUHANAN ...namapun grup Puisi Ilahi takkan lah
lari dari tajuk kot? Moga tidak lari dari tajuk yang diilhamkan
oleh pengasasnya. Dan hingga kini aku tak tahu siapakah pengasas
Grup ini...moga Allah Limpahkan rezeki yang melimpah ruah padanya
agar dapat dia berjihad ke jalan Allah selagi nyawanya di kandung badan.

Jikalah grup ini tempat untuk:

keji mengeji
umpat mengumpat
bergaduh
menunjukkan karya siapa yang hebat!
mencipta nama sebagai penulis agar dikenali ramai lalu disanjungi
sedangkan tiada karya yang hebat kecuali Al-Quran Kitab Allah.

Tujuan berkarya dan berpuisi di grup,'PUISI ILAHI ini hanyalah semata untuk mendapat pandangan Allah bukan manusia
justeru menulislah dengan karya yang terbaik untuk dipersembahkan
kepada Allah SWT...biar sebaris ayat pun tak mengapa yang penting
ikhlas dalam berkarya bukan ada niat sedikitpun untuk menyakiti
hati-hati orang yang hendak membacanya...

Berkaryalah kita semua dalam suasana kasih sayang dan hormat menghormati jagalah hati rakan-rakan semua... kerana mereka semua ingin ke jalanNya jadilah seperti, 'Padi...Semakin Berisi Semakin Tunduk'.

Harapanku pada rakan-rakan semua dapat terima kehadiranku di sini apa adanya dan sudi memberi pendapat dan memperbaiki karyaku mana yang kurang keindahan bahasa...aku amat-amat alu-alukan...faham-fahamlah aku hamba baru belajar kalau salah berkarya tolong ajarkan ye...

Doaku pada Allah moga grup ini berjaya merealisasikan visi dan misi
grup ini ditubuhkan. Amin Ya Rabbal A'Lamin

Sebelum berundur ...kumemohon jutaan ampun dan maaf jika kata-kataku ada yang menyinggung hati rakan-rakan semua dan memohon maaf juga sepanjang aku berkarya di Grup Puisi Ilahi ...aku insan yang tak sempurna...harap sudi maafkan aku.

Akhirkata sambutlah salam ukhuwah puisi dariku untuk kalian yang sentiasa tersanjung di hatiku.

SELAMAT BERKARYA SEMOGA KARYA KITA DITERIMA ALLAH SWT SEBAGAI BEKALAN DI AKHIRAT
Aamin Ya Rabbal A'Lamiin

Sahabat yang menyayangimu keranaNya,
Ratu Rimba Niagara
30 Januari 2012


 
KUNJUNGAN INDAH PELANGI CINTA

Segugus cinta bergugus-gugus...

Menjadi rebutan untuk dimiliki
Semakin dimiliki rasa tak mencukupi
Itulah gugusan cinta dunia yang tak sudah-sudah
Memilikinya sanggup ketepikan kemanusiaan
Tanpa hati tanpa perasaan
Jadilah gugusan cinta dipuja ke mana pergi
Disanjung di merata tempat
Diketepikan hati yang terlara di sudut sepi
Makanya takkan ada cinta lagi di gugusan cinta
Yang ada senyuman diheret ombak membara
Moga hilang segala yang membadai cinta
Kunjungan indah pelangi cinta
Menyeri berseri-seri di sudut hati yang inginkan cinta Ilahi!

Karya Ratu Rimba Niagara
31 Januari 2012



 
SEORANG PENYAIR MENYEGARKAN IMANKU YANG TAK LAYU-LAYU

Ayu...ayu..ayu...

Matamu yang kuyu
Senyumanmu bertambah ayu
... Duhai wanita melayu
Semangatmu tak pernah layu
Syairmu suka merayu
Rayu iman yang kian layu
Kini segar tak jadi layu

Aku sukakanmu duhai wanita nan ayu
Syairmu tak pernah membuatkan ku layu
Aku suka... pada syair mu ayu
Berkaryalah terus berkarya duhai ayu
Karyamu sentiasa segar tak layu-layu
Syukurku padaNya Anugerah padaku wanita nan ayu
Seorang penyair menyegarkan imanku agar tak layu-layu...

Karya Ratu Rimba Niagara
31 Januari 2012


 
CINTAMU PADA ALLAH TEMPAT YANG TERATAS!

Aku sentiasa mengerti kasih...

kerna laungan cintamu sejati
dan ku pasti cintamu pada Allah Adalah Tempat Yang Teratas!
justeru kerana itu aku jatuh cinta padamu kasih
bagiku dimana cinta Allah mendahului segalaNya
disitulah cintaku akan bertapak di hatimu
percayalah kasih...
kusetia menanti...dan menanti...
jika itu takdirnya ku terima dengan pasrah dan redha

Karya Ratu Rimba Niagara
1 Februari 2012


 
SEMUA HAMBANYA MENG-AGUNGKANNYA

Raja Segala Raja Bersemayam Dia Di Sana

Semua hambaNya Meng-AgungkanNya
MemujiNya pagi petang siang dan malam
Setiap tarikan nafas adalah pujian bagiNya
Tiada Tuhan Yang Lain Disembah Kecuali Dia
Semua hambaMu ini mahukan redhaMu
Semua hambaMu mahukan balasan cintaMu
Terimalah kami semua dalam redhaMu
Dan Balaslah cinta kami ini
Wahai Tuhanku Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Aamin Ya Rabbal A'Lamiin

Karya Ratu RimbaNiagara
1 Februari 2012


 CAHAYA CINTA ALLAH UNTUK PARA HAMBANYA

Cahaya cinta matahari

Cahaya cinta bulan
Memancar-mancar
Berkilau-kilauan
Tak jemu dipandang
Terus memuji KebesaranMu Tuhan
Itulah Cahaya Cinta Allah Untuk Para HambaNya
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar


Karya Ratu Rimba Niagara

31 Januari 2012

 
Indah sungguh bicara puisimu,
Seindah titisan embun di waktu pagi;
Membaca puisimu rasa tak jemu,

Terasa dekatnya hati pada Ilahi.

Karya Ratu Rimba Niagara30 Januari 2012

Seorang pejuang ...hanya mahu apa yang diperjuangkannya dekat di hati walaupun dia sudah mati tidak kembali lagi...

 
BERSAMALAH KITA MELESTARIKAN BUDAYA BANGSA


Sungguh indah budaya bangsa,
Kekayaan bangsa pelbagai kebudayaan;
Bersamalah kita melestarikan budaya bangsa,
Agar tak hilang ditelan zaman.

Bila dilestarikan bangsa akan terkenal,
Nilai kebudayaan disebar di serata dunia;
Bangganya anak bangsa bila terkenal,
Terkenal budaya tinggi di seluruh dunia.

Karya Ratu Rimba Niagara
31 Januari 2012

Seorang pejuang tidak minta disanjungi...
Seorang pejuang ...hanya mahu apa yang diperjuangkannya dekat di hati walaupun dia sudah mati tidak kembali lagi...

KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
4 JamadilAwal 1438H
1 Februari  2017

0 comments:

Post a Comment

 
;