Monday, 30 October 2017

HIJRAH (129) CINTA MENUJU SYURGA


HIJRAH (129) CINTA MENUJU SYURGA


SELAMAT PAGI BUNGA-BUNGA CINTA SYURGA

Hadirlah rindu dari Syurga
Hadirlah kasih dan cinta dari Syurga
Hadirlah bahasa-bahasa Syurga
Mengundang rindu
Mengundang kasih sayang Ilahi
Ke kalbu hati
Yang ketandusan rindu dan kasih-Nya
Tiada penghujung pada semua hamba-Nya
Cuma kekebalan dinding hati yang tak mengerti
Akan Ke-Agungan Cinta-Nya
Bila mati baru mengerti
Sudah terlambat semuanya duhai hati yang membeku
Sebelum terlambat duhai hati yang membeku
Ada masa lagi untukmu mencair
Cairkanlah dengan sinar keimanan
Biar telus dan terus meresap ke kalbu hati
Agar dia mengerti
Bahawa cinta dan redha Allah itu
Yang mahu didambakan dalam hidup ini
Agar bila bertemu-Nya
Redha lagi DiRedhai
Duhai jiwa yang tenang....
Cintamu dibalas-Nya tanpa penghujung tanpa nokhtah
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
21 Jun 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL TENDA BIRU)
SETANGKAI MAWAR MERAH
~ Setangkai Mawar
yang kau kirimkan...
~ Rusie...


GERHANA CINTAKU
PELANGI CINTAMU
DALAM RESTU-NYA

Setangkai mawar yang kau kirimkan
Telah menceriakan hatiku yang gundah gulana
Yang tak pernah senyum dek kerana gerhana
Setangkai mawar merah kiriman ikhlas darimu
Ternyata membuatkan aku tersenyum pelangi cinta
Harumnya setangkai mawar merah kirimanmu itu
Seharum hatimu berbunga cinta suci
Kudupnya telah membuka
Gerhana cintaku sejak sekian lama bergerhana
Makanya sekarang
Kubisa menerima cinta suci murni
Hanya semata kerana-Nya...
Kerana-Nya kucinta kamu
Kerana-Nya kuterima apa adanya kamu
Moga Allah merestui
Ikatan kasih cinta suci kita
Abadi selamanya hingga ke Syurgawi

Karya Ratu Karya Ratu Rimba Niagara
20 Jun 2012

Terima kasih duhai sahabat akhiratku...moga kita diterimaNya sebagai hamba-Nya yang ikhlas dalam beramal dan dierima segala amalan soleh. Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
Roslina Khan menunggu nifsu syaaban


MAKA KAU IZINKAN SEGALA KEBAIKAN YANG KUDAMBAKAN YA ALLAH

BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum wr wb
Duhai sahabat akhiratku yang bernama Sya'ban
Kedatannganmu kunanti penuh rindu
Moga kau sudi mentarbiyahkan aku
Agar aku dapat beribadat tanpa lelah demi redha Ilahi
Duhai sahabat akhiratku yang bernama Ramadhan
Ganjaran pahala berlipat kali ganda akan diKurniakan Tuhanku
Makanya kau selalulah tarbiyahkan aku agar
Aku sentiasa diberi rezeki kesihatan dan bermurah hati
Suka bersedekah di bulan Ramadhan agar terkikis
Segala sifat bakhilku pada mereka yang memerlukannya
Ya Allah...dengan izin-Mu jua aku dapat
Beramal soleh pada bulan syaaban dan ramadhan
Maka Kau izinkan Ya Allah segala kebaikan
Ya kudambakan...Sesungguh-Nya Kau
Bersama hamba-Mu yang berbuat kebaikan
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Ratu Rimba Niagara
20 Jun 2012

Wardah Nawwarah:
Syukur Alhamdulillah buat sahabat2 ku.. Manusia yang berkawan kerana Allah Taala, kalau berpisah pun kerana Allah Taala. Sabda Rasulullah SAW:Maksudnya: "Tiadalah dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah itu, melainkan yang lebih dicintai Allah itu, orang yang lebih banyak cintanya pada rakannya."
Bersahabat kerana Allah Taala, ikatan amat kuat sekali. Ia diikat oleh satu akidah. Ia berkawan tidak ada kepentingan dunia yang sementara ini. Bersahabat lah kerana iman, akhlak dan kerana ketaqwaan. Bersahabat seperti ini adalah kuat ikatannya. Insya Allah biasanya sampai mati.Psahabatan seperti ini mendapat perlindungan di Mahsyar dari Allah Taala yang mana hari itu tidak ada perlindungan melainkan perlindungan dari Allah Taala. Sabda Rasulullah SAW:Maksudnya: Cinta kasih-Ku terlimpah di atas mereka yang berkasih sayang kerana-Ku. Akan Kunaungi mereka di bawah naungan Arasy pada hari Kiamat yang mana pada hari itu tiada naungan melainkan naungan-Ku."(Riwayat Abiddunya)sama2 kita nantikan kehadiran Syaaban n Ramadhan dgn penuh keinsafan..Sekali lagi diucapkan.. wa jazakallahu ahsanal khoir, waffaqoniyallahu wa iyyakum.. syukran jazilann khairann.. 

BERTEMU DAN BERPISAH KERANA-NYA

Cinta dan rindu
Bagaikan irama dan lagu
Kerana cintalah datangnya sayang
Sayang pada Tuhan
Sayang pada diri sendiri
Sayang semua yang ada di langit dan di bumi
Itulah rindu kasih dan cinta
Yang perlu ada pada kita semua
Barulah kedamaian ada di kalbu
Dan kita saling mengerti
Kenapa kita di wujudkan di dunia ini
Saling menghargai
Saling berkasih sayang kerana-Nya
Insya-Allah Syurga milik semua
Yang berkasih sayang kerana-Nya
Bertemu dan berpisah kerana-Nya
Di Mahsyar Insya-Allah kitakan bertemu
Atas ikatan ikhlas setulus hati kerana-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Ratu Rimba Niagara
20 Jun 2012


MEMILIKI CINTA REDHA-NYA ILAHI

Jika kau mahu berlari ke pangkuanku
berarti kita sama-sama bersumpah setia
sehidup semati berusaha bersungguh-sungguh
seikhlas hati mencari jalan-jalan redha Ilahi
sebagai bekalan ke negeri Abadi ...
itulah pegangan tauhid yang perlu ada padamu padaku
sebelum di jemput pulang ke pangkuan Ilahi.
Jika itu ada terpasak di jiwamu di jiwaku...
Insya-Allah segala yang ada di langit dan di bumi mendoakan
hajatmu hajatku dalam memiliki cinta redha-Nya Ilahi.

Karya Ratu Rimba Niagara
20 Jun 20


PELANGI CINTA BERBUNGA SYURGA


Apabila rindu dendam
sudah terpadam
hilang segala cinta terpendam
yang ada derita di tungku hati remuk redam
api cinta terus terpadam
Keyakinan menghidupkan cinta
terlalu menyeksakan
ketabahan perlu
dengan adanya ketulusan hati
bercinta karena-Nya
pasti pelangi cinta
berbunga Syurga
terkuntum di kalbu
serinya dipelukan rindu
syahdu dalam gaun pengantin
bersuterakan
kiriman dari Syurga Ilahi
bahagia dinanti
di perdu rindu Syurga
bagaikan pengantin diRaja
dari Merak Kayangan
cantik jelita
rupawan tertawan
di sejadah cinta
Syukurlah pada Ilahi

Karya Ratu Rimba Niagara
20 Jun 2012


DIPAYUNGI NUR KASIH ILAHI

Dalam bicara kata yang bisu
Masih tercari-cari jawaban yang pasti
Menuju ke destinasi cinta berbunga rindu
Disulami cinta pasakan tauhid
Di kalbu pasrah dalam
Ketentuan takdir
Yang telah tercatat di Lauhmahfuz
Itulah jawapan yang pasti
Kuimani dalam lubuk hati
Dipayungi Nur Kasih Ilahi


Karya Ratu Rimba  Niagara
20 Jun 2012


DIHARGAI DIKASIHI IKHLAS KERANA-NYA
INGIN MENJADI BAIK KERANA ALLAH
ALLAH PASTI MENGIRIMI ORANG YANG BAIK UNTUK KITA
SAMA HARGAI KURNIAAN ALLAH
PASTI AKAN RASA DAMAI ROH DAN JASAD
RASA HIDUP DI ALAM SYURGA
DIHARGAI DIKASIHI IKHLAS KERANA-NYA

PUTRI RIMBA NIAGARA
20 Jun 2012


PENGHUNI SYURGA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

Jika hati telah terpana pada zat cinta-Nya
Tiada apa yang ditakuti lagi melainkan DIA
DIA yang mengaturkan hidup dan mati hamba-Nya
Kita cuma pasrah dan redho apa yang ditakdirkan
Baru tenang roh dan jasad...
Alam kubur pasti menjadi tempat kita beradu
Kita sendiri yang pastikan
Samada kita mahu beradu sebagai penghuni Syurga
Atau sebagai penghuni neraka
Tanya hati tanyalah iman
Mana satu pilihan kita
Moga kita dipilih menjadi
Penghuni Syurga di dunia dan di alam akhirat
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Ratu Rimba Niagara
20 Jun 2012


PIALA KEMENANGAN DIRAIH UNTUK PENGHUNI BUMI TERCINTA


Dalam terjangan ombak terus membadai
Digagahi jua demi meraih kemenangan
Piala kemenangan diraih untuk penghuni bumi tercinta
Piala kemenangan akhirat untuk sesudah kematian
Kerana hidup ini cuma bernilai pada
Hamba-Nya yang faham arti syukur pada nikmat kurniaan-Nya
Makanya terima kasih duhai sahabat... kau di antara
Dalam beribu sahabatku yang sudi menjawab puisi
Teka teki yang diajukan oleh seorang hamba Allah kepadaku
Aku sudah menjelaskan padanya tapi dia masih kabur
Akan matlamat jalan hidupnya yang masih kabur dalam
Kebekuan penyelesaian menuju kemenangan hidupnya
Moga Allah memberi Nur Hidayah Kasih-Nya pada hamba Allah itu
Aamin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya Ratu Rimba Niagara
20 Jun 2012


DI MATAMU ADA PELANGI CINTA
SETULUS IKHLAS KERANA-NYA


di matamu ada pelangi cinta
setulus ikhlas kerana-Nya
di hatimu ingin
membersihkan kebekuan
hati yang bercelaru
jiwa tak menentu
agar tak buntu
bunga-bunga Syurga
jangan sekali dilepaskan
kerana akan dipersoalkan
cuma penyelesaian
cara berhikmah
penuh bijaksana
agar tiada
yang terluka dilukai
biarpun hatimu remuk redam
biarkan...
asalkan Allah tahu
segala niat murnimu
mahu pulang ke pangkuan Ilahi
dalam tenang
setenang air di kali Syurga
moga Syurga balasan
padamu dan pada semua
yang kau cintai
setulus ikhlas kerana-Nya
percayalah Allah sentiasa
bersama hamba-Nya
selagi hamba-Nya
bersangka baik terhadap-Nya

Karya Ratu Rimba Niagara
20 Jun 2012


KEPUNCAK KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT


Yang kabur tentang dunia bagi mereka yang tak punya mata hati...
Yang punyai mata hati perlu bertabah hati agar mereka bisa
Mengerti hidup tak menunggu kita...
Kematian menunggu kita pasti
Yang pasti kita harus
Jangan lekas putus asa untuk
Berusaha mendoakan mereka agar diberi khashaf Ilahi
Biar hidup di dunia ini bukanlah matlamat sebenar
Matlamat sebenar hidup dunia
Kejayaan diraih untuk bekalan di akhirat
Itulah kejayaan yang sebenar-benarnya
Yang patut dipasakkan dijiwa kita dan mereka..
Tanpa Nur Kasih Ilahi
Kita bukan siapa-siapa
Coma seonggok daging
Yang tak bermakna
Di dunia dan di akhirat
Nauzubillah
Semangat terus yuk
Demi menggapai
Ke puncak kejayaan
Dunia dan akhirat
Aamiin Ya Rabal A'Lamin


Karya Ratu Rimba Niagara
20 Jun 2012

MAYBE

maybe...
dia yang kau cinta
maybe...
dia yang kau puja dalam senyap
maybe dia jua mencintaimu
tapi malu untuk meluahkan isi hatinya
maybe bila dia yakin
kau setulus hati mencintainya
pasti cintamu akan dibalasnya
makanya tiada maybe lagi
karena cinta berbalas cinta
itu yang kau nantikan
betulkan?


Karya Ratu Rimba Niagara
20 Jun 2012

MOGA KITA SEMUA MAHU MENEMPAH TIKET KE SYURGA

Jika kita yakin
Hidup dan mati kita
Adalah urusan-Nya
Apa nak dikesahkan
Remeh temeh masalah dunia
Tapi bila sudah melangkah ke alam
Barzah semuanya sudah terlambat
Untuk diperbetulkan mana yang silap
Selagi hayat dikandung badan
Usahalah memperbaiki diri
Muhasabah diri
Ke mana kita sesudah mati
Kerana kita yang menentukan
Tiket ke Syurga atau ke neraka
Moga kita sentiasa mahu menempah tiket ke Syurga-Nya
Aamiin Ya Rabal A'Lamin

Karya Ratu Rimba Niagara
20 Jun 2012

YA ALLAH BAHAGIAKAN ROH DAN JASAD KAMI

Ya Allah aku perlukan cahaya hidayah dari-Mu
Agar hatiku hanya tertumpu pada zat cinta-Mu
Apa saja urusan hidupku hanya cinta -Mu yang kusandarkan
Hanya KAU menjadi keutamaanku
Setiap hamba-Mu yang kau hadirkan dalam hidupku
Sucikanlah dengan hati-hati yang tenang
Mengutamakan-Mu Meng-Agungkan-Mu
Mendambakan cinta-Mu dan redha-Mu
Di kala hidup dan mati
Yang ada di hati kami
Hanya cinta dan sayang menyayangi hanya karena-Mu
Ikatan kami bukan karena pesona dunia
Tapi ikatan kami ikhlas
Sama-sama mendambakan cinta dan redha-Mu
Di setiap perkataan dan perbuatan
Seiring dengan keredhaan-Mu
Suburkanlah hati kami
Bicara-bicara Syurga
Suara-suara akhirat
Yang tak lelah
Mengajak kami
Ke jalan Syurga-Mu
Meraih cinta dan redha-Mu
Andai kata kami punya harta
Bukakan hati kami
Sentiasa mahu menginfakkan ke jalan-Mu
Karena kami sentiasa faham harta yang
Kami miliki adalah datang daripada-Mu
Maka-Nya harta itu mahu dipulangkan kepada-Mu jua
Itulah lambang cinta kami pada-Mu Ya Allah
Kikiskanlah Ya Allah
Kikiskan sifat bakhil kami
Pada harta yang tak membawa arti bagi-Mu
Jika harta itu kami bakhilkan
Yang kami mahu harta kami
Diinfakkan ke jalan-Mu
Antara harta dan cinta-Mu
Kami pilih cinta-Mu Ya Allah
Harta biarpun sepenuh bumi
Tak akan dapat menebus kami
Untuk membeli cinta-Mu di akhirat nanti Ya Allah
Maka-Nya Ya Allah
Di dunia ini harta yang
Kau dilimpahkan pada kami mahu
Diinfakkan ke jalan-jalan-Mu Ya Allah
Karna kami mahu mati
Dalam ketenangan dan kedamaian
Sebagaimana tenangnya air di kali Syurga
Begitulah tenangnya kami
Tika bertemu dengan-Mu Ya Allah
Berkat berkasih sayang kami
Atas simpulan tali kasih Syurga tersimpul mati
Di dunia ini yang semuanya mahu
Ke jalan-jalan-Mu
Temukan kami di Syurga-Mu
Agar bahasa-bahasa Syurga
Yang selalu kami amalkan di dunia
Dibawa ke Syurga-Mu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Bahagia roh dan jasad kami
Bahagia abadi dunia jua akhirat
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
WUJUDNYA KAMI DARIPADA TIADA KEPADA ADA
ALAM ROH KEPADA ALAM JASAD
DALAM KANDUNGAN IBU LAHIR KE DUNIA
DARIPADA ADA KEPADA TIADA
HIDUP DAN KEMUDIAN MATI
DARIPADA TIADA KEPADA ADA
MATI KEMUDIANNYA HIDUP DI ALAM BARZAH
ALAM GHAIB YANG WAJIB KAMI IMANI
MAKA ITU IMAN YANG AKAN DIBAWA
DAN DITANYA TIKA BERADA DI ALAM BARZAH

Karya Ratu Rimba Niagara
21 Jun 2012


SELAMAT PAGI BUNGA-BUNGA CINTA SYURGA

Selamat pagi bunga-bunga cinta Syurga
Hadirlah rindu dari Syurga
Hadirlah kasih dan cinta dari Syurga
Hadirlah bahasa-bahasa Syurga
Mengundang rindu
Mengundang kasih sayang Ilahi
Ke kalbu hati
Yang tandus dengan rindu dan kasih-Nya
Yang tiada penghujung pada semua hamba-Nya
Cuma kekebalan dinding hati yang tak mengerti
Akan KeAgungan Cinta-Nya
Bila mati baru mengerti
Sudah terlambat semuanya duhai hati yang membeku
Sebelum terlambat duhai hati yang membeku
Ada masa lagi untukmu mencair
Cairkanlah dengan sinar keimanan
Biar telus dan terus meresap ke kalbu hati
Agar dia mengerti
Bawa cinta dan redha Allah itu
Yang mahu didambakan dalam hidup ini
Agar bila bertemu-Nya
Redha lagi DiRredhai
Duhai jiwa yang tenang....
Cintamu dibalas-Nya tanpa penghujung tanpa nokhtah
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
21 Jun 2012


SUDI MENTARBIYAHKAN AKU DENGAN PUISI SUFIMU

Duhai hamba Allah yang berjiwa hamba...
Jiwamu tak kosong
Malah terisi dengan ilmu khasaf-Nya Ilahi
Lalu aku muhasabah diriku sendiri
Kenapa aku masih ego dengan diriku
Terpedaya dengan diriku sendiri
Kenapa tidak saja aku menuntut
Ilmu akhirat denganmu
Dan menjadikanmu idolaku
Mentarbiyahkan aku
Dengan puisi-puisi sufimu
Yang indah seperti bulan purnama malam
Duhai hamba Allah
Yang bersuarakan akhirat
Roh dan jasadku kini
Terperuk dikawah penjara
Paling dalam
Gelap
Dalam sinar iman
Yang mahu dilepaskan
Dari kegelapan
Yang tiada sifu agama
Yang sudi membimbingku
Makanya aku perlukanmu
Duhai suara akhirat
Puisi sufimu
Amat kuharapkan
Untuk menerangi
Ketandusan imanku
Yang mencengkam
Roh dan jasadku
Untuk keluar dari kepompong kejahilan
Moga kau terbuka hati menerimaku menjadi sifuku
Sifu aku untuk berpuisi sufi
Yang mengajak aku ke jalan-jalan
Syurga-Nya Ilahi
Ke jalan redhaNya Ilahi

Karya Ratu Rimba Niagara
21 Jun 2012


PELANGI CINTA PURNAMA MALAM

KITA TAK MERANCANG UNTUK SALING JATUH CINTA
ITU SEMUA RANCANGAN ALLAH TANPA DIDUGA
JIKA CINTA ITU ADALAH MILIK KITA
ITU TANDANYA CINTA KITA SUDAH TERCATAT SEJAK AZALI
JIKA CINTA ITU BUKAN MILIK KITA
KUREDHA KARENA ITU TAKDIR ILAHI
APAPUN AKU BERSERAH
TAKDIR CINTA ADALAH KETENTUAN-NYA ·
KEBAHAGIAANMU KEBAHAGIAANKU KEBAHAGIAAN ANAK CUCU
DI PELANGI CINTA PURNAMA MALAM
LALU AKU TERUS MERINDU PADAMU
Sayang...janganlah bawa jauh rinduku
Karena aku tak tega kehilangan rindumu
Pabila aku kehilangan rindumu
Seluruh keceriaan hidupku
Akan diheret ombak rindu
Lalu aku terus merindu padamu
Makanya jangan buang rinduku di hatimu sayang....


Karya Ratu Rimba Niagara
21 Jun 2012


MOHON REDHA ILAHI

andai simpatimu semakin gersang
andai katamu semakin usang
percayalah cintaku padamu tak pernah gersang
rinduku padamu tak pernah usang
sentiasa semakin sayang
tak akan hilang
bila hati dah sayang
mengundang rindu
mengundang cinta
berkasih sayang
kerana-Nya
mohon redha Ilahi

Karya Ratu Rimba Niagara
21 Jun 2012


CINTA ITU INDAH

Salam sejahtera buat rakan yang kukasihi...
Walaupun ku tak mengenali mu
Sudilah terima puisiku sebagai tanda kasih sayang dariku
Moga di sini kita semua dapat berpuisi nan indah-indah
Kerana Cinta Itu Indah ...
Seindah terbitnya pelangi di malam hari
Bahasa-bahasa cinta pun indah-indah
Jika bahasa cinta itu di luar batas ...
Akan membuatkan kita rasa cinta itu menghinakan
Kerana cinta itu indah
Gunakan bahasa yang indah-indah
Cinta itu suci
Sucikan dengan ikatan murni
Barulah cinta itu menjadi CINTA SYURGA
Cinta Oh Cinta...
Ku hargai dan sanjungimu
Kerana kau membuat hati-hati berpelangi cinta
Apabila dalam hati ada taman pelangi cinta
Senyuman pun terukir
Pelangi cinta suci
Sesuci CINTA SYURGA
Pasti bahagia membahagiakan
Cinta yang terpatri di dunia
Bawa ke Syurga-Nya...
Makanya burulah cinta
Yang boleh membawa ke Syurga-Nya...
Cinta...oh! Cinta...
Aku memburumu tak kira di mana kau berada...
Cinta kepada:
Tuhanku Yang Mencipta Alam ini
Semua penghuni bumi dan langit
Bahagia rasa hati pabila hidup
Mencintai semua yang ada
Kerana-NYa
Sebab itulah CINTA ITU INDAH!


Karya Ratu Rimba Niagara
21 Jun 2012


RINDUKANMU TIADA PENGHUJUNGNYA

Rindumu selalu kunanti dalam mimpi
Tapi lagi kutunggu tak juga kunjung tiba
Kau sepikan rinduku lalu kusepi tanpa rindumu
Rindumu kunanti tanpa jemu
Tiada penghujung...
Biarpun malam kan tiba
Bersama dengan indahnya purnama malam
Pengubat sepiku
Ingin kulupakan rindumu
Namun rindumu datang bertamu di hatiku
Biarpun tanpa diundang
Kutetap rindukanmu
Biarpun kau telah membuang rinduku di ombak rindu
Lagi kau buang
Lagi kurindu
Serindu-rindunya
Mujurlah helang malam sudi menjelma di bulan purnama
Serasa kau hadir membalas rinduku
Terubatlah rinduku padamu...
Rindukanmu tiada penghujungnya...

Karya Ratu Rimba Niagara
21 Jun 2012

ALAM CIPTAAN-NYA PENUN INDAH!!!
AIR TERJUN NAN INDAH DI RIMBA NIAGARA
DI BATUAN DI KELILINGI PENGHUNI RIMBA
SANG PUTRI RIMBA MELAGUKAN
GURINDAM SYAIR PUISI...
SEMUANYA TERHIBUR PENUH SYAHDU
BERSYUKUR NIKMAT KURNIAAN DARI
TUHAN MENGINDAHKAN ALAM
CIPTAAN-NYA DI ALAM INI PENUH INDAH
MEMPESONAKAN!
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR


Karya Ratu Rimba Niagara
23 Jun 2012


KUNTA KUNTE PENCENTUS INSPIRASIKU BERKARYA SASTERA

Inilah si kunta si kunte ku tika sakit dirawat doktor
wataknya selalu melucukan aku
melihat wajahnya aku hilang stress
memberi sokongan tidak berbelah bahagi pada dunia sasteraku
berkorban sehingga hujung nyawa demi kebahagiaan perjuangan sasteraku merekalah sumber inspirasiku berkarya sastera
kiriman Allah swt untuk aku memelihara mereka dengan penuh kasih sayang mencetuskan ilham kenapa aku menggunakan nama pena RATU RIMBA NIAGARA seolah mereka hidup di sisiku walaupun sudah lama terpisah kasih dengan mereka moga watak kunta kunte akan menjadi produk filem animasi untuk kanak-kanak di seluruh dunia tanda kasih sayangku kepada kanak-kanak seluruh dunia semua tajuk filem animasi kanak-kanak semuanya mengujakan dunia kanak-kanak kerana dunia kanak-kanak penuh imaginasi dan fantasi moga menjadi kenyataan direalitikan oleh mereka yang diTentukan-Nya dalam misi dan visi sasteraku. Aamiin.
Duhai kanak-kanak di seluruh dunia yang dikasihi sepenuh jiwa raga sabar ya...untuk merealitikan dunia fantasimu bukanlah mudah kena sabar kerana mereka yang terpilih dalam perjuangan ini adalah mereka yang bercita-cita besar, berbakat besar dan mempunyai kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadamu, bukan keuntungan menjadi matlamat tapi bakat seni yang diKurniakan Ilahi adalah untuk memberi kasih sayang padamu melalui karya seni. Andainya berjaya kamu akan menghargai hidup ini dan kamu akan tahu hidup ini penuh dengan keindahan dalam berbahasa diriringi dengan peribadi mulia, di hatimu disemai semangat perikemanusiaan untuk saling berkasihan belas terhadap sesama manusia dan juga haiwan.In Shaa Allah itulah mesej yang ingin disampaikan kepadamu sayang. Hidup ini indah dengan kasih sayang setulus hati. Berkata seiring hati tiada berdengki hati . Hidup saling membantu selagi mampu dan saling memaafkan.
Moga Allah swt perkenankan misi dan visi sasteraku ini dan ditemukan mereka yang benar-benar ikhlas untuk menjadikan segala misi dan visi sasteraku kenyataan. In Shaa Allah Aamiin.
"SALING BERKASIH SAYANG BERBELAS KASIHAN MEMBANTU YANG MEMERLUKAN BERBAKTI DALAM BERAMAL ITULAH MISI DAN VISI SASTERA RATU RIMBA NIAGARA"
" Duhai anak-anakku di seluruh dunia rela kuhadapi segala rintangan demi melihat sebuah senyuman darimu tanda kukasih dan sayang pada semua selagi hayat di kandung badan.
Bersabarlah menanti....kerana telah kuwarnakan corak 7 pelangi nan indah di hatimu sayang....,"
Bunda Ratu Rimba Niagara.
" Walaupun sasteraku dibekukan oleh mereka yang mendengki namun perjuangan sasteraku tidak pernah beku dan tak akan terhenti sehingga ke hujung nyawaku walaupun terpaksa berjuang kesendirian. Itulah aku dalam dunia sasteraku."
Indra Utama Nasution and Eva Anggraini Puspanegara like this.
Ratu Rimba Niagara Garang Raja Rimba Niagara kena pada tempatnya apabila keamanan Rimba Niagara cuba diganggu gugat!!!

Karya Ratu Rimba Niagara
30 Zulkaedah 1435H
25 September 2014

HADIAH KITA YANG PALING BERHARGA APABILA KITA DAPAT MENJAWAB SOALAN DI KUBUR JIKA ITU KITA BERJAYA MENJAWABNYA ITULAH HADIAH YANG LEBIH BERHARGA DARI ALAM DAN SEISINYA. MANALAHLAH TAHU BERKAT KITA BERTEMAN FB WALAUPUN CUMA DI ALAM MAYA YANG SERING BERBAGI ILMU DUNIA AKHIRAT DENGAN MEMADAMKAN KEEGOAAN DIRI SENDIRI YANG SENTIASA BERPERASANGKA MAZMUMAH DALAM BERTEMAN FB.DEMI-NYA KITA LUPAKAN DARJAT SIAPA PUN KITA KERANA KITA BERASAL DARI ROH DAN BERAKHIR DENGAN ROH JUGA .MOGA ROH KITA SUCI SESUCI TIKA BERSUMPAH SETIA DENGAN TUHAN BAHAWA, 'ENGKAULAH TUHAN KAMI YANG KAMI SEMBAH TIADA TUHAN SELAIN ENGKAU ,KAMI BERSUMPAH AKAN MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI-MU SELARI DENGAN KEHENDAK-MU'

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
BENARLAH APA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI MENG-AGUNGKAN-NYA
MAKHLUK CIPTAAN-NYA YANG ADA
DI TUJUH PETALA LANGIT TUJUH PETALA BUMI
MENZIKIRKAN NAMA-NYA DI SEBILANG MASA DAN KETIKA
TERLALU MAHA AGUNG-NYA MU YA ALLAH
TIADA TUHAN LAIN LAYAK DISEMBAH KECUALI ENGKAU
ENGKAU SAJA YANG DI AGUNGKAN OLEH SEMUA
MAKHLUK 7 PETALA LANGIT 7 PETALA BUMI
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHHU AKBAR
'YA ALLAH AMPUNKAN AKU
AMPUNKAN SEMUA KELUARGAKU
SEMUA SAHABAT ALAMMAYAKU
DAN SEMUA SAUDARA SEISLAMKU
TEMUKAN KAMI DI SYURGA-MU
BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH
UNTUK BERSAMA MEMANDANG WAJAH-MU
AAMIIN YA RABBAL ALAMIIN.'

Boleh luangkan masa anda 1 saat untuk membaca istighfar ?
Alhamdulillah, terima kasih... ||

YA ALLAH JADIKANLAH KARYA SASTERAKU MENGALIR SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA YANG MENGALIR TERUS MENGALIR MENYATU HINGGA KE SUNGAI-SUNGAI SYURGA-MU
AKU MENULIS KERANA-MU
ILHAM YANG AKU TULIS DATANG DARI-MU
KAU HADIRKAN ILHAM TANPA HENTI PADAKU ATAS KEHENDAK-MU
AKU BERSYUKUR ILHAM DATANG TANPA HENTI-NYA
ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH
TANPA IZIN-MU AKU TIDAK DAPAT MENULIS BIARPUN SEBARIS AYAT
ALLAHU AKBAR KEKUASAAN-MU MENGATASI SEGALA-NYA

YA ALLAH KERANA KARYA SASTRA YANG KUTULIS ADALAH DARI-MU
JADIKANLAH AKU DAN YANG MEMBACA KARYAKU
HAMBA-MU YANG SENTIASA REDHA ATAS APA YANG ENGKAU TAKDIRKAN
PERCAYA SETIAP YANG DITAKDIRKAN ITU ADA HIKMAH DI SEBALIK-NYA

YA ALLAH JADIKAN KARYA SASTERA YANG KUTULIS SESUAI DENGAN ZAMAN WALAUPUN ZAMAN TERUS BERUBAH TAPI KARYAKU SENTIASA ADA DI JIWA SEMUA MANUSIA YANG MENGHAYATINYA KERANA SASTERAKU ADALAH ILHAM DARI-MU, JIKA ILHAM DARI-MU PASTI MEMBERI KEBAIKAN PADA DIRIKU DAN PADA SEMUA YANG MEMBACA KARYAKU.
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

'SASTERAKU ILHAM DARI-NYA'
NAMA PENAKU INI ILHAM DARI-NYA JUGA
ADA YANG TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT
ATAS NAMA PENAKU INI
RATU SEORANG RAJA/RATU ATAU PEMIMPIN ITU YANG TERSURAT
YANG TERSIRAT MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA

RIMBA AGAR SENTIASA RASA MERENDAH DIRI MEMERINTAH DI KERAJAAN RAKYAT RIMBA JADI TIADA SIAPA HENDAK CEMBURU KERANA BUKAN MEMERINTAH KERAJAAN MANUSIA ,TERSIRATNYA MAHU DAPATKAN INSPIRASI UNTUK MENJIWAI WATAK RAJA DAN PEMERINTAH UNTUK DITUANGKAN ILHAM DALAM KARYA SASTERA.

NIAGARA KARYA SASTRA YANG DIHASILKAN SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA SENTIASA MENGALIR, SENTIASA BERSASTRA TANPA HENTI SEHINGGA NAFAS TERHENT BIARPUN NAFAS TERHENTI SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS TERUSAN DIBACA OLEH YANG MASIH HIDUP , MOGA ILMU SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS MASUK KE AKAUN SAHAM AKHIRATKU SEPERTI MENGALIR AIR TERJUNAN NIAGARA MENYATU TERUS KE SUNGAI-SUNGAI SYURGAWI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
17 MUHARRAM 1437H
30 OKTOBER 2015
Amalia Nor ke SeiNdAh CiNtA IsLaM (Rashid Kocai)
Slm shbt Dalam Seindah IsLam


PERTEMANAN TAK TERHINGGA NILAIANNYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
2 people like this.
Adri Sandra Selamat berkarya, kami tunggu karya anda. Salam kreatif.
Ratu Rimba Niagara Makasih Adri Sandra...atas penerimaan untuk karya-karyaku bersiaran di sini.
OMBAK MEMUTIH SEBENING IMPIAN KAU DAN AKU
Percikan Ombak
ombak bergumul sepertinya
menghanyutkan rasa kerinduan
kutelan sepanjang usia senja
pada masa lalu,seiring aku terhempas
oleh bayangan kepercikan ombak
sampai ke tepian
betahun sudah kusandang petualangan
di ujung jalan tak bertuan berputar sampai
ke ujung dunia tapi aku yakin percikan
ombak memutih sebening impian kau
semayamkan dalam kalbuku membuat
tubuhku terkulai di atas pasir pantai
menantikan impian kau lukiskan dengan
airmata memandang walaupun aku
di seberang lautan luas kau impikan
dunia maya meyakini percikan kau
hempaskan ke tepian menggeliat di sekujur
tubuhku jadi rohku tersentak, tertegun
dengan rasa gembira bahwa harapan
kuemban terbawa arus ombak lautan
ke tepian
siamir marulafau 27052013>DSJ
BERTEMU DAN BERPISAH KARENA ALLAH TAALA
akan kuhanyutkan rindu ini ke ombak rindu
biar diheret ke gelombang tsunami yang membadai
adakah setega itu untuk aku lakukan duhai yang dirindui
makanya jangan biarin aku terdera rindu
untuk mendengar sapaan mu di angin lalu
jangan bisukan suaramu aku nggak tega ..
aku gak tega memadamkan rindumu rinduku
yang sudah kuikat dengan tali kasih abadi sampai akhir hayatku...
tolong fahami daku
aku sayang kamu
aku kasih kamu
aku cinta kamu
kita berkasih sayang semuanya karena-Nya
kita jadikan persahabatan ini
talisilaturrahim sentiasa dalam redho Ilahi
tiada saling melukakan
tiada saling menyakitkan hati
tiada saling mengecewakan
saling menyempurnakan yang tak sempurna
saling bekerjasama
atas kelebihan yang ada
tiada rasa prasangka
sentiasa redha akan apa yang ditakdirkan Ilahi
tidak akan mendendami dan kecewa
jika terpisah akhirnya
bertemu dan berpisah karena Allah
karena kita paham dan sentiasa paham
akan erti Qada & Qadar
yang ditetapkan kepada setiap hamba-Nya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
26 Mei 2013
Siamir Marulafau Makasih Bu Ratu atas atensinya membaca puisi saya dan saya sangat kagum dengan karya ibu sebagai balasan karya saya.Salam Kenal.
Ratu Rimba Niagara Makasih...sejujurnya saya amat berminat untuk membalas semua puisi-puisi rakan-rakan di sini...memandangkan komitmen saya begitu terhad..saya coba sedaya mampu...di sini adalah tempat kita berbagi ilmu kepujanggaan...pasti semuanya peminat sastra ...dan ibu amat paham orang yang berjiwa sastra...sama seperti ibu...minat seminatnya sejak dijaman anak-anak lagi sehinggalah sekarang...bila kita bersastra adalah satu kepuasan...dan kedamaian hati karena bahasa sastra adalah ilham dari Ilahi...ilham dari Ilahi pastilah semuanya yang indah-indah dan baik-baik semuanya...sebab itu ibu amat menghargai mereka yang bergelar pujangga.
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajallah kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya
Memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
27 MUHARRAM 1438H
28 OKTOBER 2016
INDAHNYA CINTA LIMA BENUA
BAHAGIA BILAMANA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA BERPADU SEHATI SEJIWA SENADA SEIRAMA SEPERTI KUNTUMAN BUNGA-BUNGA DI TAMAN SYURGA MEWANGI DI HATIMU DI HATIKU DI HATI DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA MENEROBOS KE ANGKASARAYA MENYATAKAN INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
BERTABURAN PERMATA-MATA SYURGA
DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
DI DARAT MENJADI BUNGA-BUNGA SYURGA
DI LAUTAN MENJADI PULAU DAMBAAN HAMBA YANG MENCINTAI-NYA
CINTA- NYA MENJADI BURUAN PENCINTA-NYA
CINTA-NYA MENJADI DAMBAAN PENCINTA-NYA
JIKA SYURGA MENJADI DAMBAAN
MAKA RUGILAH MATLAMAT HIDUP SEBENAR
SYURGA TANDA CINTA YANG DICINTAI DIBALAS-NYA
KERANA ITU PASTI
KERANA JANJI-NYA ADALAH PASTI
TAPI YANG PASTI KITA SALING SAYANG DAN KASIH DEMI-NYA
KITA BERSAMA MENUJU KE JALAN-NYA
DAN KITA SAMA-SAMA DAPAT BERTEMU DI SYURGA-NYA
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
MERENTANG BUMI MERENTANG LANGIT YANG TERBENTANG LUAS
SELUAS CINTA-NYA SELUAS SYURGA-NYA...
DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
KASIHKU KASIH LIMA BENUA
SENTIASA MEWANGI
SEWANGI SETULUS CINTA LIMA BENUA
SEWANGI KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA-BUNGA SYURGA
SYUKUR YA ALLAH KAMI MAHU PULANG KEPADA-MU
DALAM HATI YANG SUCI BERSIH
SALING SAYANG MENYAYANGI KERANA-MU
TIADA YANG LAIN DIFIKIRKAN HANYALAH
MAHUKAN RAHMAT DAN NUR KASIH-MU
YANG ABADI HINGGA KE NAFAS TERAKHIR
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
4 Okt 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA KEDATON KRATON WAHYU UTAMA & WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH & WALL PRINCE ABDUL MALIK)
7 Oktober 2012
  

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
10 Safar 1439H
30 Oktober 2017
  
        
                                             

Foto drtuah.


0 comments:

Post a Comment

 
;