Friday, 22 December 2017

HIJRAH (210) YA ALLAH TERIMALAH SUJUDKU


HIJRAH (210) YA ALLAH TERIMALAH SUJUDKU
YA ALLAH AKU MASUK SYURGA-MU KERANA INGIN MELIHAT WAJAH-MU KETIKA HIDUP AKU CUMA BERKOMUNIKASI DENGAN-MU TULISLAH NAMAKU DI PINTU SYURGA-MU
YA ALLAH JANGAN ENGKAU TULIS NAMAKU DI PINTU NERAKA-MU KERANA AKU TAK AKAN BERPELUANG MELIHAT WAJAH-MU RUGILAH AKU SEPANJANG AKU BERHIDUP DI MUKA BUMI INI.
PERKENANKANLAH DOAKU DAN DOA SEMUA YANG MEMBACA DOA INI. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.


YA ALLAH TERIMALAH SUJUDKU
SUJUD PARA KEKASIHMU
Ya Allah terimalah sujudku
Sujud para kekasihMu
MencintaiMu dari lubuk hati nan suci
Para kekasihMu tidak henti mengucapkan
Syukur padaMu
MemujiMu
Di kala senang dan susah
Bersujud hanya keranaMu
Membaca Kalam IndahMu tanpa jemu
Hidup beriman keranaMu
Berbuat baik kepada manusia tanpa harap balasan
Hanya semata ingin mendapat redhaMu
Ya Allah sebelum aku dijemput olehMu
Berilah aku peluang
Dan para kekasihMu peluang
Melakukan segala amal yang Kau redhai
Agar bekalan ini nanti Kau terima
Sekiranya Kau terima
Kamilah hamba-hambaMu yang bahagia
Di kala hidup dan mati
Sesungguhnya Ya Allah
Doa para kekasihMu tanpa hijab
Dengan namaMu Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Terimalah kami menjadi para kekasihMu
Yang Kau balas cinta mereka
Maha Agungnya CintaMu tanpa batas
Dalam sujud aku bersyukur
Dalam sujud para kekasihMu bersyukur.
Karya: Rha NS
11 Julai 2011
HIDUPNYA KERANA ALLAH
MATIPUN KARANA ALLAH
Duhai permata hatiku
Nanda yang kusayang dunia dan akhirat
Kelahiranmu di dunia ini adalah anugerah dariNya
Sejak kelahiranmu bunda sudah berjanji
Bersumpah setia menjadikanmu anak yang
memberi manfaat kepada
dirimu
orang tuamu
semua penguhuni bumi
agamamu
bangsamu
tanah airmu
Itulah kebahagian dunia akhirat nandaku
Adakalanya bunda rasa tewas
dalam mendidikmu ke arah itu
Bunda benar-benar berputus asa
Bunda lelah
Bunda capek
Telah kering air mata bunda
Namun kau tidak mahu juga berubah
Di usia muda hingga ke usia senja kau masih begitu
Jikalah air mata yang jernih ini masih tidak boleh mengubahmu
Mahu saja bunda ngalirkan air mata darah agar kau tahu
bunda hendak sangat melihat kau menjadi anak yang seperti bunda harapkan yang sepertimana bunda idamkan
biar kau tahu betapa terlukanya hati bunda dengan sikapmu yang tak mahu berubah masih menjadi anak yang tidak mahu berjuang ke jalan Allah...
Ya...bunda inginkan anak-anak bunda yang rela mati demi kerana agama Allah
Hidupnya kerana Allah
Matipun kerana Allah
Kerna matlamat bunda yang tak pernah padam ini...
Bunda takkan berputus asa...
Mana tahu berkat kesabaran bunda mendidikmu dan mendoakanmu
Allah makbulkan doa bunda ini
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
22 Disember 2011


MENCINTAINYA ABADI TANPA HENTINYA
Rangkap syair untukmu teman alam mayaku yang
tersanjung budinya atas pengkongsian ilmu:
Kalbu hanya terpana Dzat CintaNya,
Segala yang didengar dipandang hanyalah Dia;
Beruntunglah para pencintaNya,
MencintaiNya abadi tanpa hentiNya.
MencintaiNya abadi tanpa hentiNya,
Degupan jantung seiring zikir padaNya;
Bicara seiring kalbu moga dikabulkanNya,
Hidup dan mati hanyalah untukNya.
Hidup dan mati hanyalah untukNya,
Tiada yang berharga melainkan cintaNya;
Siang dan malam pagi dan petang memikirNya,
Bertahta di hati hanya cintaNya.
Bertahta di hati hanya cintaNya,
MelupakanNya seakan terhenti degupan jantung;
Jasad dan roh tenang bila mengingatiNya,
Balaslah cintaku duhia Yang Maha Penyayang.
Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang,
Tangisanku ini takkan berhenti selagi Kau tidak membalasNya;
Saat ini dan tika ini jiwaku melayang,
Bersama rindukanku padamu tanpa hentinya.
Bersama rinduku padamu tanpa hentinya,
Apalah erti hidup ini,
Jika Kau menolak cinta sedihnya,
Sedihnya aku muhasabahlah diri sendiri.
Aku berserah seluruh jiwa hanyalah kepadaNya.
Agar diredhai jasad dan rohku.
Pengharapan yang tinggi kuharapkan padaNya,
Sesungguhnya Kau Maha Pengampun ampunkanlah aku.
Sedihnya aku muhasabah diri sendiri,
Aku hambamu yang banyak kelalaian;
Duhai Yang Maha Pengampun ampuni aku ini,
Pengampunanmu sentiasa kuharapkan.
Kan kuperbaiki segala yang kurang,
Kulakukan demimu Ya Tuhan:
Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang,
Doaku sepenuh kalbu kumohon Kau makbulkan.
Dengan KekuasaanMu bukakan Khashaf Cinta DzatMu,
Agar seluruh hidupku tertumpu hanyalah Kau Yang Maha Penyayang;
Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf CintaMu,
Serasa hidupku sentiasa dalam perhatianMu dengan penuh Kasih Sayang.
Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf CintaMu,
Biarpun sepenuh bumi emas kau berikan padaku;
Kalbu tetap terpana dalam Dzat CintakanMu,
Cinta sepenuh bumi sepenuh kalbu hanyalahMu.
Dengan RahmatMu Yang Maha Agong Ya Allah ,
Mulianya kalimah SyurgaMu:
LaaillaahaillaAllah MuhammadaurRasulullah,
Kau balaslah cintaku cinta para pecintaMu.
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
26 Julai 2011


MOGA KITA DIJAUHKAN DARIPADA GOLONGAN YANG SUKA BERBANGGA
Moga rahmat Allah sentiasa bersamamu...
kerana naluriku berkata kau hamba yang membesarkan Allah
di sebilang masa dan ketika ...apa yang dilakukan hanya 
keranaNya semata ... amal yang kau perbuat bukan untuk
dibangga-banggakan kerana kau tahu amalan baik akan
terbakar hangus dengan amalan riak dan berbangga diri.
Moga kita dijauhkan daripada golongan yang suka berbangga.
Apapun segala sokongan, saranan,pengkongsiaan idea dan ilmu
amatku hargai dan tersanjung dikalbuku. Moga Allah sajalah
yang membalas budi baikmu itu sahabat alam mayaku yang
sentiasaku sanjung segala budi baikmu biarpun sebesar zarah.
Karya Rha NS
22 Disember 2011
Komen
Bunga Seroja Amiin... Met pagi Bundaq,,,, salam sayang aja ya buat bunda,,,
Urus
6y
SukaTunjukkan lagi reaksi
Ratu Rimba Niagara Salam sejahtera untuk nanda
Salam sore 
Salam ceria

Salam bahagia
Salam rindu
Salam kasih dan sayang
Salam talisiraturrahim
Salam kemaafan
Moga kasih sayang terjalin seikhlas hati dan nggak bisa terhenti sampai kapan pun hingga ke titik nokhtah terakhir aku menumpang hidup di bumiNya ini.
Urus
6y
SukaTunjukkan lagi reaksi
Bunga Seroja Insya Allah Bundaq...
Urus
6y
SukaTunjukkan lagi reaksi


MENABUR JASA PADA RAKYAT TKA PERNAH KAU LUPA
Kalau tak sudi nak buat ulasan tak mengapa,
Mungkin kesibukan masa tidak mengizinkan;
Kufaham keadaanmu itu duhai sahabat di sana,
Menabur jasa pada rakyat tak pernah kau lupa.
Karya Rha NS
22 Disember 2011


MEREKA KENANGI SEMUA JASAMU
Kukagumi perjuanganmu,
Perjuanganmu tak pernah jemu;
Rakyat sayang padamu,
Mereka kenangi semua jasamu.
Karya Rha NS
22 Disember 2011


MEMBANTU RAKYAT YANG DERITA
Hari-hari membuat kebaikan,
Membantu rakyat yang derita;
Budimu laksana bulan,
Sinarnya menyinari alam semesta.
Karya Rha NS
22 Disember 2011


BUDIMU LAKSANA BULAN
Memanjangkan talisiraturrahim amalan terpuji,
Berbudi bahasa perhiasan diri;
Suka belanja bertambahnya rezeki,
Menjadi amalan orang yang baik hati.
Assalamualaikum sahabatku yang baik hati di sana,
Moga kebaikan janganlah jemu;
Kerana besar ganjarannya di Sana,
Menjadi bekalan akhirat itu dimahu.
Sabar itu separuh daripada iman,
Kupujuk hati sabar menunggu;
Perjuanganmu penuh kebaikan,
Moga Allah memberkati hidupmu.
Kalau tak sudi nak buat ulasan tak mengapa,
Mungkin kesibukan masa tidak mengizinkan;
Kufaham keadaanmu itu duhai sahabat di sana,
Menabur jasa pada rakyat tak pernah kau lupa.
Kukagumi perjuanganmu,
Perjuanganmu tak pernah jemu;
Rakyat sayang padamu,
Mereka kenangi semua jasamu.
Hari-hari membuat kebaikan,
Membantu rakyat yang derita;
Budimu laksana bulan,
Sinarnya menyinari alam semesta.
Sifat riak bukan kamu orangnya,
Di mana saja merendah diri;
Bercakap besar bukan kamu orangnya,
Kerana kamu orang yang sedar diri.
Moga Allah sentiasa di sisimu,
Merahmatimu setiap masa;
Memberi hidayah kasih padamu,
Itulah balasan orang yang menghargai masa.
Sampai di sini pantun terhenti,
Di lain kali Insya-Allah berjumpa lagi;
Di alam maya perkenalkan diri,
Moga dirimu diriku Allah berkati.
Karya Rha NS
22 Disember 2011


YA ALLAH BERILAH PELUANG UNTUK AKU SIAPKAN BEKALAN YANG KAU TERIMA
SEBELUM NYAWAKU KAU AMBIL YA ALLAH
Ya Allah jangan Kau ambil nyawaku tika aku sedang lalai
Tika aku lupa mengingatkanMu
Tika aku asyik dengan kelalaian dunia yang menipu
Tika aku sombong dan berbangga diri dengan pujian manusia
atas kekuasaan, kekayaan dan ilmu yang setitis ini
merasakan akulah yang terhebat di dunia ini
Minta dijauhkan Ya Allah
Dengan sifatMu Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kau Kurniakan aku cahaya dari setiap penjuru
Agar cahaya itu juga dapat menerangi
Alam kuburku
Alam akhiratku
Sebelum nyawaku Kau ambil
Berilah aku peluang siapkan bekalan yang Kau Terima
Agar Kau Redhai hidupku
Agar Kau Redhai rohku
Amin Amin Amin Ya Rabbal A"Lamin
Rha NS
22 Disember 2011

YA ALLAH KAU REDHAILAH ROH KAMI
Semalam aku mendengar ceramah mengenai roh kita setelah kita meninggal dunia.
Bunyinya begini.
Tika nyawa dicabut dari tubuh, tika itu roh kita masih berada berdekatan dengan kita ...memerhatikan apa yang mereka lakukan pada kita....dimandikankan ....dikapankan..semua diperhatikan...
dan tika roh kita dibawa ke langit ketujuh bertemu dengan Tuhan...maka berbahagialah jika Allah redha dengan roh kita dan dimasukkan kedalam roh-roh yang beriman maka sebaliknya jika roh kita dalam kemurkaaan Allah....jadilah roh yang amat malang menanggung azab segala sengsara di kubur dan Mahsyar nanti.
Ya Allah...dengan belas-ehsanMu yang tanpa batas jadikanlah aku,semua keturunanku dan sahabat-sahabatku ...tergolong di kalangan hambaMu yang setiasa mendapat Nur Hidayah KasihMu agar hidup kami di dunia ini Kau Redhai dan setelah matinya kami Kau Redhai Roh kami dam masukkan roh kami ke dalam roh-roh hambaMu yang beramal soleh. Amin Amin Amin Ya Rabbal A'Lamin
Doaku Pada Allah
Moga Allah Perkenankan
Amin Amin Amin Ya Rabbal A"Lamin

YANG KUMAHU SENYUMAN YANG MENGUNDANG RAHMATMU
Senyuman penyeri wajah
Senyuman satu sedekah
Apabila senyuman menjadi satu sedekah
Allahu Akhbar Maha PemurahNya Allah memberi pahala pada hambaNya
Kerna keikhlasan senyuman Allah memberi pahala
Makanya biar pahit macam manapun senyumlah
Biar susah macam manapun senyumlah
Biar hatimu disakitipun senyumlah
Biar berhadapan dengan musuh pun senyumlah
Kerna senyum pengikat talisiraturrahim
Kerna senyum sebegitu bisa mengundang rahmat Allah
Terpulanglah senyummu itu dibalas atau nggak
Terpulanglah senyumanmu itu dianggap tak ikhlas
Yang penting Allah tahu senyumanmu itu ikhlas
Ada nilai di Sisi Allah
Ya Allah jadikanlah aku , keluargaku dan semua sahabat yang kukasihi tergolong dalam hambaMu yang sentiasa ikhlas walaupun tika melemparkan senyuman yang mengundang rahmatMu
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
22 Disember 2011
Komen
Lina senyumanmu bagaikan bulan purnama
Nabila senyumanmu semanis gula
Mahabbah senyumanmu bisa membuat semua temanmu senyum

Moga senyummu senyumku bisa mengundang Rahmat dari Allah
Urus


PANTUN MUHASABAH DIRI SENDIRI
Tidurku lena yang panjang;
Terkeduku bila terjaga dari lena;
Aku menyesal memanjang,
Alam barzah menantiku dari lena.
Aku ketakutan pabila jaga dari lena,
Air mata penyesalan sudah tiada erti;
Lenaku di dunia membawaku ke sini,
Alam barzah yang sedia menanti.
Datang ke sini tanpa bekalan,
Aku menyesal terlepas peluang;
Peluang yang diberiNya kubiarkan,
Matilah aku dalam bekalan yang kosong.
Tuhan hidupkan aku ke dunia semula,
Mahuku berbuat segala amalan;
Berbuat baik pada Allah jua manusia,
Agar dapat kutebus segala penyesalan.
Tapi apakan daya nasibku malang,
Aku yang menempah nasibku begini;
Bukan Allah tidak memberiku peluang,
Ketika hidup aku orang yang rugi.
Menyesal aku sendiri,
Merana aku sendiri;
Kini aku menyendiri,
Alam barzah meranaku sendiri.
Oh! Tuhan di pagi yang penuh berkat ini
Kau masih memberi aku peluang untuk aku merebut segala
peluang amalan sebagai bekalan ke alam barzah.
Dengan Belas-EhsanMu Tanpa Batas Kau Limpahkan
Sinar Nur Hidayah KasihMu padaku hingga ke nafas terakhirku agar aku dapat membawa bekalan yang Kau Redhai.
Amin Ya Rabbal ALamin.
Karya Ratui Rimba Niagara
8 Safar 1434H
21 Disember 2012M



TANGISAN EMBUN DI PAGI HARI
Menangislah engkau duhai embun
Jika tangisan mu itu dapat meredakan kesedihanmu
Kesedihanmu adalah kesedihanku jua
Setetes tangisanmu
Adalah tangisan Kekasih-NYa
Yang rindu akan suara-suara Syurga
Syurga...Syurga...Syurga...
Apa saja mengenai Syurga
Semuanya indah mempersonakan mengujakan
Semua mahu meraihkan Syurga
Tapi adakah amal yang setetes ini
Pencipta Syurga mengurniakan padamu duhai embun?
Iya kita bisa malu
Sekadar amal yang setetes ini
Kita mahu DIA mengurniakan Syurga untuk kita
Sedangkan selautan tetesan embun amal kita
Tidak dapat menebus Syurga...
Allahu Akhbar!
Amal tanpa redhaNya
Seperti amal memakan diri seindiri
Bermakna Allah SWT menerima hambaNya
Setelah DIA redha dengan hamba-Nya
Jika DIA redha
Biarpun sekadar dua rakaat solat sunat dilakukan hamba-Nya
Selautan tetesan embun ganjaran pahala untuk hamba-Nya
Allahu Akbar!
Betapa besarnya harga redha Allah SWT
Tak dapat dinilaikan dengan selautan tetesan embun pagi
Redha Allah biarpun sekadar setetes embun pagi
Boleh menjadi selautan tetesan embun pagi
Jika hamba-Nya benar-benar ikhlas untuk meraih ke darjat
Redha Allah SWT
Duhai embunan pagi ..
Menangislah kamu...menangislah kamu...menangislah kamu
Jika tangisanmu itu dapat meraih redha-Nya Allah
Dan sejujurnya aku cemburu padamu embun
Setiap bait syair gurindam pantun puisimu
Mengheret jiwaku sebak dalam jiwa terlara
Betapa terasa kerdilnya aku di hadapan-Nya
Duhai embunan pagi
Sebanyak mana tangisan mu yang kau teteskan
Sebegitu jugalah aku
Menangis ...merayu dalam sendu pada-NYa
Kurniakan aku redha-Mu Ya Allah
Bukakan mata hatiku
Jangan sesekali pesona dunia
Menggelapkan mata hatiku
Menutupkan mata hatiku
Membuatkan aku menjadi manusia yang sombong!
Sedangkan perjanjian di alam ruh ku dengan Mu
Mahu taat dan setia dengan Mu
Mengaku Tiada Tuhan Selain Engkau
Hanya Engkau Saja Yang Layak DiSembah
Dengan Ini Aku Naik Saksi Tiada Tuhan Selain Engkau
Nabi Muhammad Pesuruh-Mu
Maka terimalah syahidku ini hanyalah untuk-Mu
Insya-Allah Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ..
Doa hamba-Mu yang kerdil di pagi hari,
5 Safar 1434H
19 Disember 2012 


Waalaikummusalam Warahmatullahi Wabarakatuh...
Asal kejadian manusia itu daripada tanah dan akan kembali ke tanah
Manusia di hidupkan kerana di alam roh telah berjanji pada PenciptaNya untuk menjadi hambaNya yang beriman dalam redhaNya dan pabila mati mahu rohnya Allah redhai juga.
Justeru manusia yang ada matlamat hidup di dunia ini mahukan Allah Redhai semasa hidup dan setelah bergelar roh .
Adakah jawapan ku ini dapat memuaskan hatimu duhai sahabatku...
Aku bukanlah yang arif tentang agama tapi minat sangat untuk menjadi hambaNya yang ingin meraih belas EhsanNya agar aku diRedhai di kala hidup dan matiku.


Salam sejahtera untuk nanda
Salam sore
Salam ceria
Salam bahagia
Salam rindu
Salam kasih dan sayang
Salam talisiraturrahim
Salam kemaafan
Moga kasih sayang terjalin seikhlas hati dan nggak bisa terhenti sampai kapan pun hingga ke titik nokhtah terakhir aku menumpang hidup di bumiNya ini.


Foto Gaza, Aqsa Aku Datang.
Gaza, Aqsa Aku Datang
berbalam-balam, bumi Palestin yang dirampas Israel...
Komen
OMBAK CANTIK MU OMBAK
KAU SEDANG MEMBALAS RINDUMU PADA PANTAI
DENGAN LEMBUT KAU MENYAPA

AKU CINTA PADAMU DUHAI PANTAI
MAKA BALASLAH DENGAN RASA 
SYUKURMU PADA ILAHI 
HATIKU HANYA UNTUK KAMU
AKU CINTA SESUNGGUH CINTA
PADAMU KERANA-NYA...


1
Urus



PELUANG FISABILILLLAH SEBELUM MATI
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Yang Berkasihan Belas Kepada Semua Hamba-Nya Tanpa Terkecuali
Menguji hamba-Nya tanda Dia cinta
Menguji mengikut kemampuan hamba-Nya
Kerana Dia Maha Tahu hamba-Nya boleh lalui segala ujian
Gaza diuji dari segenap sudut
Kiri kanan
Depan belakang
Tapi mereka tetap tabah
Harta benda mereka ranap sekelip mata redha
Keluarga mereka mati di hadapan mata redha
Jasad mereka cacat akibat keganasan yahudi redha
Redha ....redha...redha...
Mereka masih tersenyum
Biarpun tak punya
Kaki...tangan....buta...
Sekali pun badan hancur
Sedang nyawa-nyawa ikan
Masih redha...masih redha...masih redha...
Allahu Akbar ....
Betapa tinggi darjat redhamu rakyat Gaza
Duhai rakyat Gaza...
Malu kami pada Tuhan...
Kerana kami tak seredha kalian
Memang patutlah Syurga tempat kamu
Kamu redha dengan Tuhan....
Tuhan pun redha dengan kamu
Redha meredhai
Tauhidmu begitu kukuh
Hingga kau bawa ke nafas terakhirmu
Tapi cuma satu kau tak redha
Negaramu dizalimi
Yahudi laknatullah
Tanpa ehsan
Biarpun sebesar zarah
Mahu dihancurkan negaramu
Dan berazam akan menghancurkan
Seluruh negara Islam
Yang ada dimuka bumi ini
Bilamana negara islam hancur
Akan hancurlah Islam ..
Itu matlamat
Yahudi Laknatullah
Dan ini sudah termaktub
Dalam Al-Quran ...
Duhai saudara Islam
Di luar sana
Hari ini
Kami diuji kami redha
Kerana kami tahu Allah cintakan kami
Maka kami diuji mengikut kemampuan kami
Tapi tahukah kamu
Apakah ujian kamu pula
Ujian kamu
Adakah kamu membiarkan saja
Negara kami hancur
Tanpa pembelaan
Daripada saudara seislam
Kamu boleh makan seenaknya
Kamu boleh tidur seamannya
Kamu miliki keluarga bahagia sesempurnanya
Kamu miliki harta setinggi gunung
Kamu miliki negara yang aman sentosa
Hidup kamu bahagia...
Hidup kamu sentosa...
Hidup kamu cuma
Canda...canda...canda...
Ketawa...ketawa..ketawa...
Makan...makan...makan...
Tidur...tidur...tidur...
Hiburan..hiburan...hiburan...
Tapi tahukah kamu jika
Apa yang kamu miliki itu
Direntap sekelip mata gimana?
Pasti kamu akan tergamam...
Menyesal pun tak berguna
Kerana kamu tak menghargai
Rebutlah lima perkara
Sebelum datang lima perkara
Sebelum kamu miskin
Bantulah kami dengan seikhlasmu
Kerana kami amat memerlukan
Untuk membangunkan semula negara
Kami yang hancur ini sehancur hati kami
Akibat kekejaman yahudi laknatullah
Sebelum kamu mati
Tanpa status hamba Allah fisabilillah
Rugilah kamu kerana tahukah kamu
Jika kamu mati fisabilillah
Syurga tempat kamu
Biarpun mereka sangka kamu mati
Sebenarnya kamu tak mati
Kamu hidup bahagia di Syurga
Dengan rezeki yang tak putus-putus
Segala nikmat Syurga kamu dapat
Kerana mendapat rezeki yang tak putus-putus
Hingga setiap saat kamu akan rasakan
Inilah Syurga yang Allah telah janjikan pada
Kami yang syahid ke jalan-Nya
Janji Allah pasti dikotakan
Allah Maha Menepati Janji
Kerana kami terlalu bersyukur pada-Nya
Kami mohon pada-Nya
"Ya Allah hidupkan kami semula
Kami mahu fisabilillah lagi Ya Allah...
kerana kami mahu membantu
saudara seislam kami ...kami
tahu Kau pasti tak perkenankan
kerana setiap hamba-Mu diberi peluang
tika waktu masa hidup saja...
jika sudah mati habis segala peluang..."
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Karya: Ratu Rimba Niagara
7 Safar 1434H
21 Disember 2012M
(DILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKYAT GAZA & SELURUH UMAT ISLAM SEDUNIA)

YA ALLAH YA RASULULLAH BETAPA INDAHNYA BILAMANA KALAMULLAH-MU DI HAYATI DI JIWA DIRESAPI DI KALBU DICINTAI DI SETIAP SAAT DAN WAKTU...ALLAHU AKBAR betapa indahnya kehidupan sebegini pasti berada bagaikan di Taman-Taman Syurgawi....
Moga Syurgalah tempatmu nenek
kepada bidadari kecil sungguh aku terkesima dengan kesungguhanmu
mengajar nenekmu penuh kasih sayang dengan kelunakkan suaramu yang memukau segenap jiwa yang mendengar lantunan suaramu membaca Al-Quran ...sesungguhnya engkaulah bidadari kecil yang dipinjamkan-Nya di bumi ini...
ALLAHU AKBAR sungguh aku terkesima syahdu hingga saat ini....
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
PUJANGGA ALAMMAYA NUSANTARA & DUNIA
RATU RIMBA NIAGARA
SAUDARA SEISLAMMU YANG MENYAYANGIMU DUNIA AKHIRAT
29 MUHARRAM 1437H
11 NOVEMBER 2015
YA ALLAH YA RASULULLAH BETAPA INDAHNYA BILAMANA KALAMULLAH-MU DI HAYATI DI JIWA DIRESAPI DI KALBU DICINTAI DI SETIAP SAAT DAN WAKTU...ALLAHU AKBAR betapa indahnya kehidupan sebegini pasti berada bagaikan di Taman-Taman Syurgawi....
Moga Syurgalah tempatmu nenek
kepada bidadari kecil sungguh aku terkesima dengan kesungguhanmu
mengajar nenekmu penuh kasih sayang dengan kelunakkan suaramu yang memukau segenap jiwa yang mendengar lantunan suaramu membaca Al-Quran ...sesungguhnya engkaulah bidadari kecil yang dipinjamkan-Nya di bumi ini...
ALLAHU AKBAR sungguh aku terkesima syahdu hingga saat ini....
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
PUJANGGA ALAMMAYA NUSANTARA & DUNIA
RATU RIMBA NIAGARA
SAUDARA SEISLAMMU YANG MENYAYANGIMU DUNIA AKHIRAT
29 MUHARRAM 1437H
11 NOVEMBER 2015

Foto Norhaza Manda Conai.
Norhaza Manda Conai ke Izinkan Aku ke Surga Mu ya Allah..
ASSALAMUALAIKUM WBT DUNIA ALLAH
HIDUP HANYA SEKALI MATI PASTI DATANG HANYA GAMBAR BERBICARA

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
3 RabiulAkhir 1439H
22 Disember 2017

0 comments:

Post a Comment

 
;