Friday 9 March 2018

HIJRAH (413) WANITA HEBAT




HIJRAH (413) WANITA HEBAT

Ratu Rimba Niagara mengirim dalam 10 kumpulan.
Selamat Hari Wanita 2015, sempena sambutan yang sungguh bermakna kepada setiap wanita itu, saya tampilkan satu karya baru dalam bentuk ebook bertajuk HI HENSEM, Cara Halus Memikat Lelaki Idaman Anda. Pelancarannya hari ini. Tunggu sat erk, jap lagi akan dapat maklumat2nya di sini.
LELAKI HATI SEMURNI SYURGA
Lelaki hebat bukan kerana dia kacak poket penuh
tapi hati semurni Syurga terhadap wanita
TERIMA KASIH LELAKI KERANA MENYOKONG, MENGHARGAI DAN MERAIKAN HARI WANITA
Maharaja Kutai Mulawarman Napasmu Menghembus di 5 Benua Mengukir untaian Kata Seribu Makna Kujulang Tinggi Rasa Terima Kasih Kepada Sang Ratu Rimba Niagara Yang Disanjung Sebagai Ibunda Pemilik Jiwa Yang Iklas Berjuang dengan Kasih Sayang Dan Cinta..........................................
Rusli Saleh lebat sungguh ceri di lembah
pulau pauh di tngah lautan
hebat sungguh Ratu Rimba Niagara
merantau jauh ke Kalimantan, ,(,salut,,dgn saudari)
Ratu Rimba Niagara Terima kasih sahabatku Rusli Saleh yang tak jemu memberi sokongan kepada hamba untuk terus bersastera.
Rashid Kocai bersama Rashid Kocai.
Sutiyoso Wijanarko Indah sekali
Ratu Rimba Niagara Makasih rakan seperjuanganku atas dukungan yang diberikan.
Kedaton Kraton Wahyu Utama
Kedaton Kraton Wahyu Utama Roh penyair menyatu dalam kehidupan Sang Ratu Pujangga Agung Nusantara..sahabatku tersayang yang aku kagumi ..
Ratu Rimba Niagara Terima kasih atas dukungan yang diberikan...semangatmu semangatku terus membara meniupkan obor api perjuangan untuk anak bangsamu anak bangsaku agar terus mencintai negara melebihi daripada kepentingan sendiri.
*WANITA HEBAT*
🎀 Wanita hebat bukan karena dia cantik
🎀 Wanita hebat bukan karena dia kaya
🎀 Wanita hebat bukan karena dia pintar
🎀 Dan bukan pula karena disampingnya ada lelaki kacak dan kaya
*Tapi wanita hebat adalah*:
🎀 Wanita yang mampu terus berdiri menyelesaikan masalahnya
🎀 Mampu berdoa dan percaya kepada Allah sumber kekuatan
🎀 Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan
🎀 Bersabar saat tertekan
🎀 Tersenyum saat hati menangis
🎀 Diam saat terhina
🎀 Mempesona karena memaafkan
🎀 Mampu membalut luka hati dengan sabar
🎀 Mampu memadam amarah dengan istighfar
🎀 Mampu menghapus dendam dengan maaf.
🌸Slmt Hari Wanita🌸😃😃😃
Ratu Rimba Niagara LELAKI HEBAT
Bukan kerana dia kacak poket penuh
tapi hati semurni Syurga terhadap wanita
RatuRimba Niagara berkongsi siaran İsmail Can.
9hb Mac 2017 jam 2.33 ptg ·
KEKASIH HALALMU
Kekasih...
terima kasih jatuh cinta denganku
menyayangiku
mencintaiku
merinduiku
dalam bayanganmu
tanpa sedarinya aku
Kekasih...
jangan biarin cinta dalam bayangan
menjadikanmu lelah
menyalakan cinta dalam jiwamu
Kekasih...
andai sudah cinta sepenuh hati
lamaran di Istana Cinta Syurga...
kunanti agar kubisa menjadi kekasih halalmu
dalam redho Ilahi kita memadu cinta
bahagia hingga Jannah
itulah yang tersurat di Lauh Mahfuz
kau tercipta untukku
aku tercipta untukmu
indahnya cinta dalam redhoNya Ilahi...
Kekasih izinkan aku menjadi kekasih halalmu
karena rimbunan gandaan pahala menanti
untuk bersama menempah tiket ke SyurgaNya...
Karya Ratu Rimba Niagara
10 JamadilAkhir 1438H
9 Mac 2018

KAU KEKASIHKU
Mungkin jalan yang terbentang..
Bukanlah untuk kita lewati ,
Bersama..
Hanya sebagai keinginan dan impian
Yang ada namun tiada
Dan mungkin kita di takdirkan…
Bukan untuk saling memiliki ,
Hanya sebagai kekasih ,
Dan kenangan di dalam hati
Bila memang cinta tak mungkin bersama
Semoga tak ada luka di antara kita ,
Kisah yang pernah ada..
Biarlah menjadi tautan jiwa
Yang nyata namun tiada
Kau kekasihku…
Di dalam senyummu ada bahagiaku
Dan di dalam jiwaku ada cintamu
Meskipun nanti hanya di sudut hati
Namun cinta jangan pernah kau akhiri
Kau belahan hatiku…
Aku tak ingin mendung membayangimu
Ataupun badai melukaimu
Walaupun hanya di dalam doa
Aku akan terus menjaga..
Agar engkau tetap berbahagia
Biarlah cinta hanya di dalam bayangan
Dan raga bukan untuk bersama
Tetapi rasa tak pernah lelah
Menyalakan cinta di dalam jiwa
Dan bila suatu hari nanti..
Waktu mempertemukan kita ,
Ku ingin memelukmu …sekali lagi ,
Sebagai tanda cinta …
Sebagai tanda kasih..sayangku ,
Yang tak pernah tenggelam .
By Ismail Can,
DATO' SRI JAMHURI ABD RAHMAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG TAK JEMU MENABUR BAKTI KEPADA ANAK BANGSA DEMI NEGARA TERCINTA!
Dato' Sri Jamhuri Abd Rahman memanglah seorang usahawan yang bersungguh untuk memajukan bangsanya! Tahniah! Semua belia yang tidak merebut peluang ini...amatlah rugi! Justeru bertindaklah sekarang! Peluang ada terbentang luas untuk berjaya.
JANGAN TANYA APA SUMBANGAN NEGARA UNTUK ANDA
TAPI TANYALAH APA SUMBANGAN ANDA PADA NEGARA
DATO' SRI JAMHURI ABD RAHMAN SUDAH MEMBUKTIKAN
SUMBANGANNYA PADA ANAK BANGSA DEMI MALAYSIA
NEGARANYA YANG TERCINTA!
TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
SEMOGA EMPAYAR PERNIAGAAN "GREATCOOL"
BERTAMBAH BERKAT & BERJAYA!
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
9 Mac 2012
SENYUMAN IKHLAS
Senyuman ikhlas...
bila kita senyum
mata pun turut tersenyum.
Senyuman ikhlas... hati tenang
bak hidup tiada tekanan.
Senyuman ikhlas ada pahala,
Mengungkap kata tersusun indah;
Menyakiti hati mengundang dosa,
Mengungkap kata penuh berhelah.
Senyuman ikhlas hati tenang,
Hidup bak tiada beban;
Berkata baik pendengar tenang,
Terjalin sudah sebuah persahabatan.
Karya Ratu Rimba Niagara
9 Mac 2012
Manusia yang dapat mencintai adalah manusia yang jujur pada dirinya sendiri, memahami dengan baik kelebihan dan kekurangan dirinya serta dapat menghargai individu lain sebagai diri mereka.
Yang tidak bisa menghormati dirinya sendiri tidak akan mampu menghormati orang lain. Yang tidak pernah peduli pada perkembangan dirinya tidak akan pernah mampu mencintai orang lain.
Hakikat mencintai itu adalah mengembangkan pribadi orang lain sesuai dengan karekternya sendiri. Mencintai adalah memberikan kesempatan pada orang yang kita cintai untuk menjadi diri mereka sendiri, tanpa harus memuaskan atau memenuhi keinginan kita.
Selamat malam Sahabat...
KAWAN YANG TIADA ERTI
KAWAN YANG BERERTI
Apa erti kawan kalau saling tak mengerti
Apa erti kawan kalau saling membisu
Apa erti kawan kalau membatu
Apa erti kawan bicara tak seiring hati
Apa erti kawan berjanji tak tepati
Apa erti kawan tak saling membantu
Apa erti kawan tak mahu hidup susah dan senang
Apa erti kawan hanya mementingkan diri sendiri
Apa erti kawan hanya pentingkan perasaan sendiri
Apa erti kawan kata menyakitkan hati
Apa erti kawan kata melukakan hati
Apa erti kawan tiada hati kemanusiaan
Apa erti kawan kerana suka berbangga dengan darjat, pangkat dan ilmu
Apa erti kawan bakhil dengan ilmu yang dimiliki
Apa erti kawan bakhil dengan harta benda yang dimiliki
Apa erti kawan suka hina menghina
Apa erti kawan tiada kasih sayang di hati demiNya
Apa erti kawan tiada mahu mengajak ke jalanNya
Justeru
Kawan yang bererti bagiku:
mengerti
memahami
saling berbagi ilmu dunia akhirat
bicara seiring hati
menghargai aku apa adanya
menyayangiku keranaNya
mengajak aku ke jalan SyurgaNya
terus berkawan hingga ke Syurga
Apa yang aku mahukan dalam berkawan
Dia dan aku cumalah mahu
RedhaNya dan cintaNya
Karya Ratu Rimba Niagara
9 Mac 2012
MENJADI SAHABAT SETIANYA TAKKAN RUGI-RUGI
Teman sejati tiada harga mati
Dialah amal peneman di kala mati
Menjadi sahabat setianya takkan rugi-rugi
Tak rugi dunia tak rugi akhirat
Semuanya untung...untung ...tak rugi-rugi..
Asalkan ikhlas semata keranaNya Insya-Allah Syurga menanti. Aamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
17 Febuari 2012
TIADA APA YANG DAPAT DILAFAZKAN MELAINKAN
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Sahabat...
Kau muncul bagaikan indahnya pelangi di waktu malam
Kau menyerikan lagi malam yang berbulan berbintang
bercahaya-cahaya membuatkan alam berpesta cahaya
bergemerlapan di angkasa raya...
penghuni alam dan semerta alam berzikir memuji
Kebesaran Tuhan betapa indahnya malam yang
berpelangi
berbulan
berbintang
Bintang pelbagai warna dan bentuk
diserikan cahaya bulan bercahaya-cahaya
adanya pelangi lagi mengindahkan malam
tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Sahabat....
pada lojik akal mana bisa mungkin kukenalmu
kerana
kau di benua sana
aku di benua sini
dan kita tidak pernah ketemu
di alam realiti atau fantasi
tapi bilamana
Allah sudah aturkan pertemuan
kita bisa kenal
walaupun cuma di alam maya
tapi besar ertinya
seperti kita sudah lama dikenalkan
sejak azali lagi
tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Sahabat...
Allah mengurniakan darjat padamu yang tinggi
di muka muka ini ...pastinya untuk menyebarluaskan
kesucian Islam di muka bumi ini dan kau telah buktikan
sedaya upayamu biarpun nyawa jadi taruhan...
darahmu untuk perjuangan Agama Allah ...
harta benda untuk membela mereka yang tertindas
sanjungan bukan kau letak tempat utama
yang ada di fikiranmu
fisaibilillah
Berjuang demi KeranaNya
Berjuang demi negara tercinta
Berjuang demi Agama Allah dicintai
tiada apa yang dapat dilungkapkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Sahabat...
biarpun dirimu berketurunan bangsawan
hamba cumalah insan biasa yang tak punya apa-apa
ibarat langit dengan bumi
ibarat enggang dengan pipit
dan tidak pernah tefikirpun hamba akan hadir dalam
hidup hamba seorang sahabat yang berdarah bangsawan yang
mewarisi harta banyak tak terkira
sudi menjadi sahabat hamba yang kerdil ini
terkedu!
terharu!
syahdu!
lalu syukur hamba dalam sujud padaNya
PadaNya tiada yang tak lojik jika Dia perkenankan
tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Karya Ratu Rimba Niagara
18 Februari 2012
BIARPUN BERJUTA INGIN MEMBUNUH ANGAN PERJUANGANMU!
Biarpun berjuta ingin membunuh angan perjuanganmu...
Kau akan tetap di situ...
Tak akan berganjak walau seinci pun!
Kau takkan bergoyang semangat atau rebah menyembah bumi
Kau hanya layak rebah tika bersujud pada Ilahi
Kau berjuang matlamatnya bukan untuk dipuji atau disanjungi
Tapi yang ada di hati hanyalah DIA Tuhan Yang Mecipta Semesta Alam...
Percayalah sesusah mana pun kau berada Allah sentiasa bersamamu...
bila mana kau fikirkan itu pasti jiwamu akan tenang....
setenang air di kali...aku di sini sentiasa menyokong perjuangan suci mu dalam keadaan apa jua pun Insya-Allah itu pun jika kau sudi menerima sokonganku dari jauh ku doakan kau bertabah hati menempuh segala onak dan duri di dunia ini sebelum sampai ke negeri pasti!
Karya Ratu Rimba Niagara
2 Februari 2012
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Seperti keris dan sarungnya lambang perpaduan;
Penguasa yang adil dikasihi rakyat di mana berada,
Telah Ditetapkan Allah Sebagai Penguasa Di Akhir Zaman.
BANGKITLAH SEMANGAT
Bangkitlah semangat jangan dikuburkan begitu saja...
biarpun tsunami datang membadaimu
kau masih lagi tetap bersemangat!
sebelum ajal datang bertandang
kau tetap bersemangat meneruskan perjuangan anak bangsamu...!
Suatu masa nanti angan-angan bukan lagi angan-angan tapi
angan-angan yang telah direalitikan berkat doa restu mereka yang bisa mengerti erti sebuah perjuangan suci demiNya.
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Februari 2012
Ratu Rimba Niagara berkongsi foto Salam Muslim.
8hb Mac 2
RESPEK WANITA
Wanita jangan dipandang sebelah mata
Jika dipandang sebelah mata
Itu bererti lelaki itu buta
Buta mata buta hati
Tanpa wanita lelaki tidak sempurna hidupnya
Tanpa lelaki siapalah wanita
Lelaki dan wanita saling menyempurnakan
Wanita diciptakan untuk lelaki respek
Lelaki mesti menghargai dan respek wanita
Lelaki mesti berhatikan semurni Syurga pada wanita
Kerana KUNCI PINTU SYURGA
terletak pada lelaki berhati semurni Syurga
Duhai lelaki...
Duhai wanita...
Sebelum mematrikan janji sebagai Adam dan Hawa
Tanyalah pada diri
Adakah aku boleh membahagiakan Hawa
Adakah aku boleh membahagiakan Adam
Adakah aku boleh membawa Hawa ke Syurga
Adakah Adam boleh membawa Hawa ke Syurga
Jika iya jawapannya silakan tanpa ragu mematri cinta
Jika masih ragu-ragu lupakan segala cinta
Kerana kita sendiri tidak yakin dengan janji Allah
Pasti pada mereka yang sentiasa mahu ke Jalan-Nya
Duhai lelaki respeklah pada wanita
Duhai lelaki jika kamu tidak respek pada wanita
Jangan haraplah wanita hendak respek sama kamu
Wanita sentiasa respek kepada lelaki
Kerana lelaki diciptakan Allah gagah perkasa
Untuk melindungi wanita daripada segala musibah durjana
Bukan lelaki yang sengaja mendatangkan musibah kepada wanita
Duhai lelaki respeklah pada wanita
Kerana wanita dijadikan dari tulang rusuk kirimu
Jika lelaki sengaja persiakan menzalimi wanita
Lelaki itu adalah manusia yang selemah iman
Kerana menzalimi wanita tanpa ehsan
Duhai lelaki respeklah pada wanita
Berilah sokongan padu pada wanita
Kerana sokonganmu lelaki
Membuatkan wanita berjaya
Menggapai cita-cita untuk anak bangsamu
Duhai lelaki terima kasih kerana respek pada wanita
Engkaulah Adam yang Allah ciptakan untuk menghargai wanita
Engkaulahlah bidadara Syurga yang dipinjamkan Allah di dunia ini
Untuk mengharum wangikan cinta-cinta yang sentiasa
Cinta Sewangi Seharum Semerbak Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Indahnya Cinta Sewangi Seharum Semerbak Syurga
'TERIMA KASIH LELAKI KERANA RESPEK WANITA'
"HAWA DICIPTAKAN UNTUK ADAM CINTAI KERANA ALLAH TAALA
HAWA MENYEMPURNAKAN IMAN ADAM AGAR TENANG BERTEMU ILAHI MOGA CINTA ADAM DAN HAWA MEMBAWA KE SYURGA-NYA AAMIIN"
"SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA"
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara,
17 Jamadilawal 1436H
8 Mac 2015
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 8 MAC 2015
Selamat Hari Wanita
kepada wanita di seluruh dunia
kaulah ibu
kaulah isteri
kaulah kekasih
kaulah kakak
kaulah adik
kau ibu mithali
kau isteri soleha
Hawa kau kekasih bakal isteri soleha
kau kakak penyayang
kau adik manja
siapa pun statusmu
kau adalah Hawa Ciptaan Ilahi
diciptakan dari tulang rusuk kiri
seorang lelaki yang bergelar Adam
kaulah Hawa DiCiptakan untuk Adam cintai setulus hati
tanpamu Hawa tidak sempurnalah hidup Adam
justeru Adam bersyukur Kurniaan Ilahi
menciptakan Hawa untuk menyempurnakan hidup Adam
cinta Adam pada Hawa kerana Allah Taala
tanda bersyukur kepada Allah SWT
cinta Hawa kepada Adam kerana Allah Taala
tanda bersyukur DiCiptakan untuk Adam cintai
tanpa Adam siapalah Hawa
tanpa Hawa siapalah Adam
tanpa izin Allah siapalah Adam dan Hawa
semuanya bergantung harapan kepada Allah Azzawajallah
yang menciptakan Adam dan Hawa
juga menciptakan seluruh manusia untuk menghiasi
muka bumi ini bersama dengan makhluk Tuhan yang lain
cumanya beza manusia dengan yang lain
manusia diberikan akal
tidak diciptakan sesuatu dengan sia-sia
semuanya ada manfaat
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Ya Allah aku bersyukur
Kau ciptakan Adam untuk Hawa
Kau ciptakan Hawa untuk Adam
tanpa Adam dan Hawa
pastilah tidak akan lahirnya
anak cucu Adam dan Hawa ke dunia ini
jika tidak ada Adam dan Hawa
pasti kami tidak wujud di dunia ini
pasti kami tidak mengenal-Mu Allah
pasti kami hilang arah dan tujuan hidup
andai Kau tak Kurniakan Nabi Muhammad saw
maka kami yakin kami Kau Ciptakan untuk
memberi peluang kepada kami
menjadi penghuni Syurga
seperti ibu dan bapa kami
ADAM DAN HAWA
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
dari-Mu aku datang
kepada-Mu aku dikembalikan
berilah aku peluang untuk kembali bertemu-MU
dalam jiwa dan roh yang tenang
Redha Lagi DiRedhai-Mu
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
"HAWA DICIPTAKAN UNTUK ADAM CINTAI KERANA ALLAH TAALA
HAWA MENYEMPURNAKAN IMAN ADAM AGAR TENANG BERTEMU ILAHI MOGA CINTA ADAM DAN HAWA MEMBAWA KE SYURGA-NYA AAMIIN"
"SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA"
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN,
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
20 Jamadil Akhir 1439H
8 Mac 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;